Selasa, 21 Januari 2014

Addin

Addin


Najib Hanya Ada Satu Cara Untuk Di Puji Rakyat.. Ini Caranya

Posted: 21 Jan 2014 08:05 AM PST

Selepas agak puas dikangkungkan, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor diboo pula semalam ketika menyampaikan hadiah di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia. Suara penonton yang mengejek dan memboo agak jelas kedengaran ketika Rosmah sedang berjalan untuk menyampaikan hadiah kepada Lee Chong Wei.

Sebagaimana isu kangkung yang cuba dikaitkan dengan isu perkauman, insiden di majlis penyampaian hadiah badminton itu juga mahu diseret dengan sentimen perkauman dengan cuba digambarkan yang mengejek dan memboo isteri PM itu terdiri daripada kalangan bukan Melayu.

Walaupun mungkin ada benarnya perkara itu, tetapi barangkali ia cumalah kebetulan saja. Apa yang dapat dirasakan ialah bahawa sentimen penolakan terhadap Najib sekarang ini bukan lagi bersifat perkauman. Ia adalah kehendak rakyat perbagai kaum yang celik internet, terdedah kepada pelbagai maklumat, mereka yang tinggal di bandar dan separa bandar serta juga golongan muda.

Mereka yang menolak Najib sekarang adalah golongan yang sama yang tidak mengundi BN dalam pilihanraya umum lalu. Mereka sudah cuba menolak kepimpinan Najib dalam pilihanraya umum lalu sehingga menghasilkan BN hanya mampu meraih 47 peratus undi popular tetapi hanya diselamatkan oleh sistem pilihanraya yang diamalkan. Hakikatnya penolakan itu tidak dapat dinafikan sama-sekali.

Dalam isu kenaikan harga barang yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini, golongan ini menjadi lebih agresif kerana Najib dilihat cuba memperbodohkan rakyat secara terang-terangan. Dengan menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula dan meluluskan peningkatan tarif letrik sebanyak 15 peratus, kerajaan dilihat masih cuba mempertahankan bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah kerajaan sedangkan kenaikan harga barang yang berpunca daripada tindakan kerajaan itulah yang paling dipertikaikan oleh rakyat.

Dalam masa yang sama, pimpinan kerajaan pula tidak menunjukkan perangai dan budi bahasa yang baik terhadap rakyat di mana ketika rakyat dibebankan dengan tindakan mereka sendiri yang menyebabkan kos sara hidup meningkat, kemewahan, keborosan dan amalan berbelanja sesuka hati terus juga menjadi amalan.

Dalam keadaan itu, sudah tentulah kemarahan rakyat sentiasa meluap-luap.

Apabila timbul isu kangkung, ia sebenarnya adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap Najib dan kerajaan yang tidak memahami derita rakyat. Ia bukanlah isu serangan atau perlekehan mana-mana kaum terhadap Najib atau Perdana Menteri tetapi adalah isu yang melibatkan rakyat semua kaum. Semua golongan dan lapisan rakyat sekarang ini memperkatakan mengenai kangkung, tidak kira kaum daripada golongan paling kaya hinggalah rakyat bawahan.

Begitu juga apabila Rosmah kena boo semalam di stadium, ia juga adalah adalah luahan manifestasi penolakan rakyat terhadap gaya hidup mewah dan penggunaan jet kerajaan yang dilakukan oleh isteri PM itu selama ini. Tidak dapat dibuktikan yang melakukannya semalam terdiri daripada satu-satu bangsa saja tetapi yang nyatanya penolakan terhadap gaya hidup mewah dan boros Rosmah yang sering dipamerkan selama ini, ditolak oleh sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Mesej penolakan itu ialah sebagai pemimpin, Najib dan keluarganya mestilah belajar menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Era pemimpin boleh melakukan apa saja dan rakyat pula akur sepanjang masa, sudah lama berlalu. Dalam keadaan rakyat susah dan diminta mengikat perut, teladan itu mestilah datang daripada beliau dan keluarganya terlebih dahulu. Sebelum beliau meminta rakyat berjimat cermat, beliau dan keluarga serta menteri-menterinya haruslah berbuat demikian dahulu.

Apa yang rakyat mahukan ialah sebagai pemimpin, Najib mestilah sentiasa memperlihatkan dirinya sentiasa bersama-sama serta menunjukkan pemahamannya yang sebenar tentang kesusahan itu.

Selepas dikangkungkan dan diboo, Najib dan isterinya mungkin akan terus menerima lebih banyak signal penolakan daripada rakyat. Trend yang ada memperlihatkan ia tidak akan berhenti setakat ini saja. Apa pun yang cuba dilakukannya selepas ini tidak akan diterima lagi. Beliau akan terus diejek, dipersenda, kehadirannya dalam sesuatu majlis tidak dialu-alukan dan kesilapannya dalam bercakap atau memberi fakta akan terus diperbesar-besarkan untuk menunjukkan ketidaklayakannya untuk terus menerajui negara ini.

Bermula dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup ini, Najib boleh dikatakan akan melalui detik-detik hitam dan mencabar dalam kepimpinannya. Selepas dikangkungkan dan diboo, serangan yang diterimanya mungkin lebih dahsyat lagi. Ada yang mengatakan kebangkitan dan arus penolakan ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana PM sebelum ini, bahkan ketika Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mahu dijatuhkan dahulu pun, suasananya tidaklah separah sekarang ini.

Najib mungkin memerlukan keajaiban untuk menukar fenomena kangkung dan boo yang menghantuinya sekarang kepada kata-kata pujian dan sanjungan, kecuali daripada kelompok yang berkepentingan dengannnya. Tetapi jika Najib benar-benar mengharapkan sanjungan dan kata-kata pujian daripada rakyat, berundur diri sebagai PM mungkin satu-satunya pilihan yang harus dipertimbangkannya dengan serius ketika ini.

Rakyat akan lebih menghargai dan menyanjungnya jika beliau berjiwa besar dan sanggup mengundurkan diri sebagai pengorbanan untuk memulihkan banyak kekusutan dalam negara yang tidak terungkai sekarang ini. Pasti ramai yang menyanjung dan betepuk tangan kepadanya.

Ini kerana kerosakan yang berlaku nampaknya tidak mungkin boleh diperbaiki oleh tangan yang sama yang dulunya membawa kehancuran. Ia memerlukan tangan lain untuk memulihkannya. ~shahbudin

Iklan C (ii)



(Advertorial) Cara Mendatangkan Rezeki Yang Tidak Terduga

Posted: 21 Jan 2014 06:18 AM PST





InsyaAllah..semuanya akan selesai

Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah.

KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI



Hamid Albar Dedah Punca Sebenar Kenaikan Tambang Bas Sekolah

Posted: 21 Jan 2014 05:37 AM PST

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Tan Sri Syed Hamid Albar, dalam perjalanan KTM ke Stesyen Bandar Tasik Selatan bagi program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. 

Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mendakwa isu kenaikan tambang bas sekolah juga berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar kadar baharu tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) itu berkata, tidak timbul isu kedegilan pengendali bas sekolah yang tetap ingin menaikkan kadar tambang sebanyak 40%, kerana akhirnya ibu bapa terpaksa akur apabila tiada alternatif lain untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Beliau berkata, Spad membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil.Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Tan Sri Syed Hamid Albar melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

"Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan namun tidak ada tampil membuat laporan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan.

Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun Spad masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September.

Oleh kerana tiada ibu bapa yang tampil membuat laporan, beliau berkata Spad tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemilik bas sekolah yang menaikkan kadar tambang.

Katanya, keadaan pasti bertambah sukar bagi ibu bapa sekiranya Spad bertindak menggantung lesen bas sekolah.Kalau kita ambil tindakan batalkan lesen pengusaha bas sekolah jadi bagaimana budak hendak pergi sekolah? " soalnya.

"Sekiranya ibu bapa tampil membuat aduan berserta bukti, maka perkara ini pasti boleh dibawa ke mahkamah."Syed Hamid berkata Spad kini dalam usaha memikirkan cadangan bagi mengurangkan kos kenaikan kepada pengusaha bas sekolah.

Salah satu cadangan yang mungkin dikemukakan adalah penggunaan iklan bergerak sebagai pendapatan lebih bagi pengusaha bas, supaya mereka tidak menaikkan tambang bas sekolah, katanya.

Apabila ditanya adakah kemungkinan akan berlakunya kenaikan kadar tambang pada pengangkutan awam lain, beliau berkata pihaknya cuma menyelaraskan, bukannya menaikkan.

"Ada perbezaan antara menaikkan dan menyelaraskan, dan kita lebih senang dengan terma penyelarasan kadar," katanya.Tambahnya, kuasa untuk menaikkan kadar pengangkutan awam juga tidak terletak pada Spad.

"Kita tidak ada kuasa untuk itu, tapi kita akan menyelaraskan, dengan erti kata lain, melihat kadar yang boleh diterima semua. ~tmi

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes Dr Ling mengatakan beliau tidak pernah ditipu oleh bekas menteri pengangkutan itu. ~tmi

Iklan C (ii)





Bekas Presiden MCA Mengamuk?

Posted: 21 Jan 2014 04:09 AM PST

Dr Ling berkata, Kabinet sebenarnya membuat keputusan yang betul untuk membeli tanah bagi projek tersebut."Dalam hal ini hanya peguam negara yang beranggapan keputusan itu salah, mereka adalah bodoh," katanya pada satu sidang media di Kajang, hari ini.

Baru-baru ini Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dalam dakwaan ke atas Dr Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dalam kes penipuan terhadap kerajaan dalam pembelian tanah PKFZ.

Dr Ling adalah menteri pengangkutan dari 1986 hingga 2003 mengatakan harga tanah PKFZ kini sudah meningkat dan melihat kembali pembelian tanah ketika itu, ia adalah sesuatu yang menguntungkan.

"Tanah dijual kepada PKFZ dengan harga RM21 kaki persegi dan itu adalah harga jualan. Hari ini, ia berharga di antara RM70 dan RM80 kaki persegi. Itu sudah menunjukkan keuntungan," katanya.

Dr Ling juga menggesa media menemuramah pihak pengurusan PKFZ tentang bagaimana ia berjaya sekarang.Ini merupakan kali kedua Dr Ling menyerang Abdul Gani selepas minggu lepas.

Dr Ling dalam temuramah bersama akhbar berbahasa Cina minggu lepas menuduh Peguam Negara memandang rendah pemimpin Cina yang pernah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Bekas presiden MCA itu mengatakan beliau cuba untuk hidup seperti biasa selepas menjalani perbicaraan yang beliau anggap sebagai "kesilapan pendakwaan" akan tetapi mengakui sudah hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan negara.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes Dr Ling mengatakan beliau tidak pernah ditipu oleh bekas menteri pengangkutan itu. ~tmi

Iklan C (ii)



Dengan Selamba, Najib Sekali Lagi Mempertahankan Kenyataan Kangkungnya

Posted: 21 Jan 2014 01:37 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyelar kritikan yang mengejeknya berhubung kenyataan "kangkung" dengan menegaskan bahawa ia adalah makanan kegemarannya.

Najib berkata, beliau menggunakan kangkung sebagai cara menggambarkan konsep penawaran dan permintaan."Saya suka kangkung dengan sotong. 

Saya bagi contoh supply and demand. Sawi ke, ikan kembung ke. Kita perlu lihat rasionalnya," katanya.Dalam ucapannya di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan hari ini, beliau berkata, program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi.

Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.

"Tujuan kita bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa penstrukturan ekonomi."Kalau ada cara kita tolong rakyat kita akan tolong. Kami semua tahu kami dipilih rakyat. 

Kalau hendak buat pun demi jangka panjang kerana ia akan menguntungkan negara dan rakyat," katanya pada perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi seperti disangka banyak pihak, sebaliknya tanpa penstrukturan semula ekonomi, negara ini akan berkembang dalam trend yang terlalu perlahan.

"Ini semua senario kalau kita tidak struktur semula ekonomi. Ini berbeza dengan gawat. Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi."Kalau kita tidak struktur semula, ekonomi kita akan berkembang lebih perlahan. Tahun demi tahun trendnya akan menunjukkan lebih perlahan.

"Kalau ini berlaku kita tidak dapat lonjakkan ekonomi kita kepada ekonomi tahap tinggi. Kita akan berdepan tekanan kewangan sekiranya perbelanjaan operasi kita lebih tinggi daripada pendapatan," katanya.

Langkah Putrajaya merasionalisasikan subsidi dilihat pakar ekonomi sebagai tindakan bijak untuk mengekang defisit negara, namun pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan tarif elektrik dan tol termasuk pemansuhan subsidi gula dan kenaikan kos bahan api menerima respon negatif rakyat yang merasakan peningkatan kos sara hidup.

Malah, kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati, tanpa sebarang tindakan yang tepat, isu kenaikan kos harga barang, peningkatan kos bahan api  bakal menjadi penentu Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Apa yang kita lakukan ini untuk menjamin kemampanan kita," kata Najib, dan menambah proses rasionalisasi subsidi ini bagaimanapun akan dilakukan sedikit demi sedikit dengan kerajaan akan membantu kumpulan rakyat berpendapatan rendah.

"Apa langkah kita perlu lakukan adalah mengurangkan subsidi tetapi secara berperingkat."Bila kita jimatkan subsidi sebahagian kita bagi balik kepada kerajaan, sebahagian kita gunakan untuk kurangkan defisit," katanya, sambil merujuk pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak sebagai langkah kerajaan membantu golongan berkenaan. ~tmi


Iklan C (ii)



Najib Dan Rosmah Kena Boo Membuktikan Rakyat Dah Terlalu Menyampah ~ Pemuda Umno

Posted: 20 Jan 2014 10:23 PM PST

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Malaysia Open semalam.

"Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara," kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.

Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam , Mukhriz berkata jika kerajaan mengekalkan tindakan yang tidak popular ini, BN akan tewas pada PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2018.

Syed Rosli berharap makmal yang akan diadakan untuk menangani masalah ini dapat dihidupkan segera dan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

"Rakyat tertekan dengan apa yang berlaku seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, kenaikan harga barang serta ura-ura kenaikan harga tol yang mana mereka lihat kerajaan gagal menangani isu ini secara berkesan," katanya lagi. ~fmt


Iklan C (ii)



Di War-Warkan Sebagai Negara Islam.. Tapi Masih Berlaku Kisah Memalukan Ini

Posted: 20 Jan 2014 08:27 PM PST

Bukan soal agama, atau kaum atau isu politik, tapi mari kita lihat kejadian yang menjolok mata ini dari sudut hak asasi. Kes seorang penyanyi yang diarah turun pentas oleh salah seorang dari penganjur sebab penyanyi itu bertudung.

Keadaan ini berlaku dalam suasana masih panas lagi kontroversi diskriminasi ke atas seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarah membuka tudung semasa mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan ina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, baru-baru ini.

Pada pagi Ahad, seorang penyanyi membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi kerana terhina dimalukan dengan dihalau turun pentas kerana memakai tudung.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, (gambar) yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus mendakwa diarahkan turun daripada pentas ketika majlis makan malam sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

"Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand," jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu.

Menurut Mysuara.net, kejadian itu berlaku apabila Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong pada jam 8.00 malam Sabtu sejurus sebelum Marina membuat persembahan sempena Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung meminta dicari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan namun itu mustahil dilakukan pada saat akhir persembahan sudah hendak bermula.

"Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah (bangkitkan) isu mengenai tudung yang saya pakai.

"Hanya semasa hari majlis tersebut (malam Sabtu), Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab."

Marina, bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal berkata ini pertama kali beliau menjadi mangsa diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam bidang nyanyian.

Beliau menyifatkan tindakan pegawai syarikat berkenaan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

"Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!" tegas Marina.

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul dalam persembahan selepas itu bersimpati dengan Marina lalu mengundang beliau naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, "Someone Like You" dan "Price Tag".

"Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan," jelas Marina.

Namun Marina mendakwa beliau selepas itu dipanggil keluar dewan oleh Shannon dan dimarahi kerana menerima pelawaan Farina untuk menyanyi dalam keadaan bertudung.

Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkan Marina bersama Penolong Pengurus Pembangunan CATMET, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jaharudin mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut atas alasan beliau bukan pihak yang berautoriti ketika dihubungi MySuara.net iaitu portal berita MySuara FM, sebuah Radio Internet 'live' tempatan.

Mari kita tunggu apa komen pejuang-pejuang hak asasi di Malaysia... apakah mereka perjuangan mereka hanya terhadap isu LGBT saja, atau yang mempunyai agenda pembangkang sahaja. Isu ini ujian keikhlasan mereka.


Iklan C (ii)



Anwar Terbeban Dengan Kemelut Khalid - Azmin?

Posted: 20 Jan 2014 05:30 PM PST

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai pilihan selain mengambil pendirian tegas dalam kemelut di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua PKR negeri, Mohamed Azmin Ali bagi mengelak keadaan menjadi lebih parah.

Sumber memberitahu, Anwar mengambil pendirian tepat dalam pergelutan antara Azmin yang juga timbalan presiden PKR dan merupakan orang kanannya sejak sekian lama dan Abdul Khalid yang lebih popular sejak dilantik sebagai menteri besar pada 2008 lagi.

Pertembungan antara kedua-dua ahli politik PKR timbul semula selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai menteri besar untuk penggal kedua dan mewujudkan perselisihan pendapat dalam banyak perkara, daripada pengumuman bajet negeri sehingga isu kenaikan gaji yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Terbaru, Azmin disingkirkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ketika Anwar cuba meredakan perpecahan kedua-dua orang pentingnya, pandangan pemimpin utama PKR tersebut banyak bertentangan dengan Abdul Khalid dan kerajaan negeri, sekali gus menimbulkan spekulasi wujud pertembungan antara beliau dan menteri besar tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Anwar secara jelas menyatakan sudah bosan dengan Abdul Khalid semasa mesyuarat pimpinan pusat PKR minggu lalu.

Abdul Khalid tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam parti tetapi hanya mempunyai peranan dalam biro politik.

Sumber berkata, Anwar membuat keputusan tidak menyebelahi Abdul Khalid lagi semasa mesyuarat yang hangat berlangsung untuk membincangkan pemecatannya sebagai menteri besar.

Difahamkan, Anwar menyatakan rasa tidak puas hatinya ke atas Abdul Khalid dalam mesyuarat tersebut kerana sering tidak merujuk kepada pemimpin tertinggi parti dalam membuat keputusan sehingga menimbulkan kekecewaan di kalangan pemimpin PKR, bukan hanya di kem Azmin sahaja.

"Saya tidak dalam kedudukan untuk mempertahankan MB lagi, tiada perbincangan, tidak peduli, dia kira negeri dia, dia yang kawal, tiada siapa tahu pendiriannya, tiada sesiapa dirujuk, tiada sesiapa tahu kenyataannya, jadi kita ada masalah," sumber memetik Anwar sebagai berkata dalam mesyuarat tersebut.

"Soal air tak ada perbincangan, saya tak tahu, saya baca surat khabar.

"YB Rodziah dalam meeting cuba explain (isu air), itu saja.

"Soal Allah saya tak tahu, sampai hari ini, tidak ada apa-apa," kata Anwar dipetik berkata dalam mesyuarat itu.

Cubaan untuk mendapatkan pengesahan Anwar berhubung komennya itu tidak berjaya.

Beberapa pemimpin tertinggi PKR yang hadir dalam mesyuarat yang berlangsung hangat itu juga senada dengan Anwar, malah ada menyokong penuh cadangan penyingkiran Abdul Khalid daripada jawatan menteri besar Selangor.

"Jadi saya pada malam ini seribu seratus peratus menyokong beliau dipecat," kata salah seorang pemimpin tertinggi PKR yang bangkit menyatakan rasa tidak puas hati ke atas Abdul Khalid semasa mesyuarat tersebut.

Perbincangan tentang kedudukan dan langkah seterusnya untuk menyingkirkan Abdul Khalid dalam mesyuarat berlangsung hampir sejam lebih, dengan kebanyakan pemimpin PKR yang hadir melahirkan rasa tidak puas hati ke atas menteri besar Selangor itu.

"Kalau betul Tan Sri Khalid ini tidak boleh lagi memimpin negeri Selangor, sewajarnya kita buat satu keputusan biarlah dia berhenti ataupun kita berhentikan dia.

"Dan kita carilah jalan supaya kita boleh pilih seorang menteri besar yang boleh menunjukkan bahawa parti kita adalah parti reformasi," kata salah seorang pemimpin tertinggi PKR dalam rakaman mesyuarat itu.

Anwar bagaimanapun semasa mesyuarat tersebut berkata, keputusan mengenai kedudukan Abdul Khalid juga mesti dibincang dan dipersetujui bersama rakan Pakatan Rakyat (PR).

"Keputusan juga melibatkan rakan dalam parti , saya tidak fikir lain... soalnya sekarang keputusan Pakatan Rakyat (PR).

"Dia bukan musuh, dia bukan Umno, dia orang Keadilan dan dia juga harungi banyak masalah macam kita juga... dan dia juga diketepikan kerana dia sokong kita, itu semua kena ambil kira," katanya.

Anwar juga menyatakan kebimbangan kandungan mesyuarat tersebut akan dibocorkan kepada media.

"Cuma sekarang ini kita kena bincang, sebab kalau bocor umpamanya majlis pimpinan nak guling, ia bukan suatu yang baik," kata sumber memetik kebimbangan Anwar sekiranya maklumat tentang mesyuarat tersebut bocor.

Abdul Khalid sebelum ini mendakwa usul pemecatan beliau dibuat oleh kumpulan timbalan presiden PKR.

Difahamkan, rakan komponen dalam PR juga meluahkan kebimbangan terhadap kemelut terbuka tersebut memandangkan Abdul Khalid yang lebih popular di kalangan penjawat awam dan orang ramai kerana ketegasan dan pentadbirannya yang bersih.

"Anwar perlu membuat keputusan segera kerana sebarang perubahan akan memberi kesan kepada sokongan terhadap Pakatan dalam pilihan raya depan.

"Kedua-dua Azmin dan Khalid perlu lihat perkara ini kerana ia beri kesan buruk kepada kami," kata seorang pemimpin PR kepada The Malaysian Insider. ~tmi

Iklan C (ii)



Tiada ulasan: