Anak Sungai Derhaka |
Harga Barang Naik: Salahkan Anwar Ibrahim sajalah Ku Nan.. Posted: 18 Jan 2014 03:35 AM PST Nampaknya setelah menyedari kenaikkan harga barang secara besar-besaran yang bermula pada awal tahun ini benar-benar menghimpit hidup rakyat, pemimpin UMNO/BN mula meletakkan kesalahan pada pihak lain pula.. Sekali lagi mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan mengatakan kononnya orang tengah memainkan peranan dalam hal kenaikkan harga barang ini. Dan seperti biasa akhirnya mereka meletakkan kesalahan pada Pakatan Rakyat.. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyelar sikap "orang tengah" yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang. Beliau berkata "orang tengah" ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat. "Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. "Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur hari ini. Beliau turut mengingatkan para peniaga Islam dan bukan Islam supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menyifatkan pihak yang memainkan isu "kangkung" sebagai bodoh. "Saya hendak bagi tahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Mereka tidak tahu 'connotation' (makna tersirat) apa maksudnya kerana kangkung ini murah boleh ditanam merata-rata. "Datuk Seri Najib sebenarnya hendak sebut, kenapa ini pun boleh jadi harga turun naik," katanya ~ The Malaysian Insider Inilah hasilnya bila orang bodoh dilantik sebagai pemimpin.. Yang menaikkan harga Diesel dan Petrol ialah BN dan yang meluluskan kenaikkan tarif elektrik ialah BN juga.. Kedua-duanya memberikan kesan kepada kos pengeluaran sesebuah industri oleh itu untuk mengekalkan keuntungan harga produk yang dikeluarkan terpaksa ditingkatkan. Oleh kerana harga produk meningkat, untuk mengekalkan keuntungan mereka para pemborong atau orang tengah terpaksa menaikkan harga produk.. Macam tu punya mudahpun pemimpin UMNO tak boleh berfikir.. betullah kata Mahathir dalam UMNO ni yang bodoh dilantik sebagai pemimpin supaya mudah diperbodohkan oleh ahli-ahlinya.. Selepas salahkan orang tengah disalahkan pula Pakatan Rakyat.. Salahkan Anwar Ibrahim terus kan lebih senang.. tentu macai akan percaya 100%... |
Gambar Sekitar Himpunan Menentang Penghinaan Terhadap Najib Oleh UMNO.. Posted: 17 Jan 2014 11:31 PM PST Sebentar tadi telah berlangsung satu demonstrasi aman membantah tindakan yang telah dilakukan Adun PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon dan beberapa pengikut dari kalangan masyarakat Cina yang secara sinis menghina Perdana Menteri dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika karikatur Datuk Seri Najib. Penghinaan yang agak melampau ini hanya di hadiri oleh masyarakat Cina yang dilihat lebih signifikan dengan tindakan yang boleh dikategorikan sebagai penghinaan yang radikal kepada PM dan juga kepada pemimpin Melayu khususnya.Demo yang dianjurkan itu hanya dihadiri kira-kira 15 orang sahaja Bertempat di perkarangan Bandar Sunway Seberang Jaya,peserta yang dianggarkan kira-kira 1200 orang telah berkumpul dan melakukan perarakan secara aman ke perkarangan pusat membeli-belah Sunway Carnival Mall.Keadaan lalu lintas terkawal dengan bantuan dari pihak Polis. Datuk Reezal Merican Naina Merican yan juga Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang dalam ucapannya,beliau menganggap perbuatan adun PKR itu sebagai satu tindakan yang biadap dan melampau dari Adun tersebut. "Tindakan Adun PKR itu adalah satu penghinaan yang besar terhadap PM dan khususnya masyarakat Malaysia ". "Kami mencabar adun PKR itu buat sekali lagi,dan kita akan lihat rakyat jelata akan bersama siapa"katanya dengan penuh semangat kepada peserta demo bantahan tersebut. Ucapan juga telah diberikan oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam,saudara Zaidi atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi,Ketua UMNO Permatang Pauh. Demo tersebut juga turut disertai beberapa NGO sekitar P.Pinang yang merasa tercabar dengan tindakan adun PKR itu lapor UtaraNews. Menarik bukan.. Polis membantu mengawal lalu lintas.. Berikut adalah sedikit gambar untuk dikongsikan bersama.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan