Sabtu, 18 Januari 2014

Addin

Addin


Rosmah Mungkin Terkedu Dengar Berita Ini..

Posted: 18 Jan 2014 08:12 AM PST

Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.

Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Aktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan.

"Saya ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi filem terutama Joey, Riza dan Joe yang mengambil risiko menerbitkan filem ini," katanya.

Ucapan itu boleh disaksikan melalui laman Youtube pada minit ke 1:37 dan video itu turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman sosial, Twitter untuk mengesahkan Riza adalah "tulang belakang" kepada filem berkenaan.

"Saksikan ucapan Leonardo DiCaprio sewaktu menerima anugerah Golden Globe bagi filem The Wolf of Wall Street."Pada minit ke 1:37, beliau memberi kredit kepada Riza dan beberapa individu lain termasuk 'Joe' dan persoalannya adakah Joe itu merujuk kepada penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low?," katanya di Twitter.

Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar berkenaan broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

DiCaprio bersetuju berlakon filem itu di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun lalu.Riza bagaimanapun enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya. ~selangorku


Iklan C (ii)



(Gambar) Sambutan Terhangat Dari Penyokong Umno Di Himpunan Sekangkung.. Saksikanlah

Posted: 18 Jan 2014 04:44 AM PST


Bertempat di Sunway, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pagi ini telah berlangsungnya satu perhimpunan dari macai-macai UMNO,  pembela Najib Razak.

Ianya membantah tindakan ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan kuncu-kuncunya yang dikatakan kononnya melakukan kerja biadap menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Kehadiran yang tidak sampai 300  orang, hampir 100% penyokong dan ahli UMNO.Tidak nampak langsung seorang kelibat yang bergelar pemimpin UMNO di perhimpunan menentang penghinaan terhadap PM .. mungkin mereka sedar .. jika hadir akan menghina diri mereka sendiri. 

Melayu Penang hidup macam kangkung warisan pemerintahan BNMaunya tidak rasa malu dan terhina .. lihat sahaja bahasa poster jemputan yang cacar merba bahasanya... 

Tahun pun silap... Sepatutnya Pantang maut sebelum ajal tapi depa tulis pantang ajal sebelum maut.Cakap berdegar dikaca TV dan media .. apabila tiba masa untuk berlongok nyatakan sokongan dan bantahan batang hidup dan bayang pun tak nampak ... 

Jelas betapa mudahnya para macai UMNO dikangkungkan oleh pemimpin mereka.Malang sungguh nasib badan Najib kini .. bila memerlukan para hulubalangnya datang untuk membela tidak ramai mana pun yang datang dan sudi untuk berlonggok.






Iklan C (ii)




Wajah Sebenar Umno Terselah Dalam Isu Kangkung

Posted: 17 Jan 2014 09:47 PM PST

Antara bahan lawak menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tersebar luar di laman sosial.

Ketidakmampuan Umno untuk melihat sisi lawak parodi kangkung mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tanda bahawa mereka hilang sentuhan dengan perasaan rakyat dan enggan mengiktiraf kuasa media sosial, kata penganalisis.

Penganalisis berkata, keadaan itu menunjukkan parti ahli Melayu dan penyokongnya masih berpegang kepada mentaliti bahawa pemimpin mereka tidak boleh dikritik.

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata cara pemikiran ini kebanyakannya didorong oleh struktur dan sejarah parti Melayu itu, penetapan tradisional yang ada kaitan kuat dengan budaya feudal.

"Mereka datang daripada pelbagai rangka fikiran, mereka mempunyai cara berbeza memandang pemimpin. Ia dipengaruhi kuat oleh feudalism dalam budaya Melayu, maka budaya mencium tangan sering dilihat antara ahli dengan pemimpin," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahad lalu, Najib berkata kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) tidak pernah dipuji apabila harga barangan turun. Menggunakan kangkung sebagai contoh, beliau berkata harga sayuran sudah turun tetapi Putrajaya tidak menerima sebarang pujian.

Kenyataannya disiarkan oleh siaran televisyen tempatan TV3 dan dimuat naik ke You Tube, mencetuskan kritikan daripada pengguna laman sosial, dengan kebanyakannya menyatakan kebodohan perdana menteri menggunakan kos sayuran yang tumbuh liar di tepi jalan sebagai contoh kerajaan memahami.

Sejak itu, kenyataan kangkung tersebar luas di media sosial hingga ada yang memuat naik video, gambar, parodi, jenaka dan flash mob yang mempersendakan Najib.Ini menyebabkan ahli Umno mengkritik mereka yang tidak menunjukkan rasa syukur kerana harga sayur yang lebih murah dan mengejek kerajaan.

Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi ada unsur perkauman apabila blogger Umno, Dr Novandri Hassan Basri membelasah ahli pembangkang berbangsa Cina."Pakatan (Rakyat) Cina menjadi lebih ekstrem dan biadap. 

Mereka secara terbuka menghina perdana menteri dengan memasukkan kangkung ke dalam mulut replica Najib," katanya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk dari PKR, Lee Khai Loon menganjurkan bantahan di Pulau Pinang yang memaparkan patung Najib disumbat dengan kangkung.

Ibrahim berkata, reaksi daripada Umno menunjukkan bahawa BN mempunyai masalah berdepan dengan golongan lebih muda yang tidak berkaitan terhadap pemimpin.

Katanya, mereka tidak selesa mereka mereka tidak biasa dengan maklum balasa seumpama itu.Beliau berkata, masalahnya menjadi lebih teruk kerana pemimpin selalu dilihat lebih hebat daripada hakikat dan dengan mengejek pemimpin, ia menjadikan lebih sukar untuk mereka meyakinkan rakyat Malaysia mengenai polisi pada masa depan dan ia bahaya.

"Internet adalah landasan untuk rakyat menyuarakan kesedihan dan Umno tidak bersedia untuk melihat penentangan sudah sampai ke peringkat itu," katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Monash Malaysia, Profesor James Chin, berkata sokongan di sekeliling Najib oleh ahli parti dan penyokong berhubung isu itu adalah konsisten dengan kemampuan Umno untuk berdepan degan media baru.

Beliau berkata, BN tewas dalam perang sosial media sejak pilihan raya umum 2008."Umno tidak faham bahawa parodi kangkung adalah jenaka. Mereka jadi defensif. Mereka sepatutnya perlu diam sahaja atau menghasilkan idea jenaka lain untuk mengalihkan perhatian," katanya.

Beliau berpendapat, dilema Umno disebabkan fakta bahawa mereka melayan media sosial sebagai satu lagi bentuk media tradisional, dan kejahilan seumpama itu boleh menjejaskan parti.

"Mereka tidak sepatutnya mewujudkan kontroversi, ia akan menguatkan jenama buruk yang Umno ada," katanya.Ketua Pegawai Operasi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh, berkata ia ironi kerana Umno dan penyokongnya marah meluap-luap terhadap warga internet mengenakan Najib apabila mereka melakukan perkara serupa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

"Mengapa mereka senyap apabila penyokong atau mereka daripada kumpulan lain melakukan helah yang sama terhadap pemimpin pembangkang?"Mereka boleh meluahkan rasa marah yang serupa, tetapi mereka tidak melakukannya," katanya dan menambah mereka sepatutnya konsisten dengan pendirian.

Berdepan dengan kenaikan kos sara hidup berikutan pemotongan subsidi dan kenaikan harga, Yeoh berkata, rakyat Malaysia menggunakan jenaka untuk membantu mereka menangani masalah."Tidak banyak yang boleh dilakukan, sama ada anda ketawa atau menangis, jadi adalah lebih baik ketawa," katanya. ~tmi


Iklan C (ii)




Pencipta Lagu Remix Kangkung Di Tahan Polis?

Posted: 17 Jan 2014 07:50 PM PST

Kordinator Jingga 13 Malaysia, Faris Musa dalam akaun sosial Tweeter beliau mendakwa komposer lagu Kangkung remix ditahan polis, lewat petang semalam.

Memetik berita yang semakin tersebar di blog dan laman sosial, komposer terbabit yang dinamakan sebagai Yuri Wong dikatakan bekerja sebagai Jurutera Suara di The Factory Music Studio, Kuala Lumpur.

Penahanan Wong dipercayai berkait rapat dengan serangan bertali-arus diinternet terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan penurunan harga kangkung yang dibuat beliau beberapa hari lalu.

Wong dikatakan menghasilkan video remix ucapan Najib itu sehingga disebar luas di laman-laman sosial dan menjadi antara 'trending' kangkung yang paling popular.

Bagaimanapun, Wong yang berjaya dihubungi Selangorkini pagi ini sekadar membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakanbeliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan atau temubual buat masa ini.

Selain desas-desus penahanan Wong, laporan BBC berkenaan 'kangkung' yang mengaitkan Najib juga tidak dapat diakses dan pakar teknikal membayangkan ia kemungkinan disekat.

Pada 14 Februari lalu, stesen penyiar British itu memetik berita berkenaan sendaan orang ramai terhadap kenyataan Najib berhubung penurunan harga kangkung yang tidak mendapat pujian rakyat.

Selain laporan BBC, laporan Malaysiakini versi Bahasa Inggeris bertajuk 'Kangkung -theme protest draws giggles' juga didakwa disekat, pada 15 Februari lalu.

Pihak Malaysiakini terpaksa memuat naik semula laporan sama semalam dan versi baru itu masih boleh diakses dan tidak lagi disekat.

Iklan C (ii)






Tiada ulasan: