Jumaat, 17 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Banjir dah surut.. RM750 yang dijanjikan mana??

Posted: 17 Jan 2014 06:00 AM PST


NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hairan dengan sikap dolak dalih Kerajaan Negeri Pahang dalam isu sumbangan banjir.

Penyelarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata ramai mangsa banjir besar yang melanda daerah ini awal lalu menghubungi kami dan tertanya-tanya, bilakah agaknya sumbangan banjir yang dijanjikan oleh kerajaan akan turun.

Mereka hairan, kerajaan memberi berbagai alasan berkaitan perkara itu.

Umum mengetahui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Temerloh beberapa hari selepas banjir melanda, telah berjanji akan memberi sumbangan darurat sebanyak RM500 kepada semua mangsa yang terlibat.

Selepas itu, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob pula berjanji untuk memberi bantuan tambahan Kerajaan Negeri sebanyak RM250 lagi.

Ini bermakna seorang mangsa akan mendapat RM750 sebenarnya. Namun selepas sekian lama menunggu, nampaknya bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba, sedangkan musim persekolahan penggal pertama sudah bermula.

Sedangkan majoriti mangsa banjir mengalami kerugian yang besar akibat musibah yang melanda. Kini sudah hampir dua bulan banjir itu berlalu, ramai yang mengeluh mana perginya wang banjir yang dijanjikan oleh kerajaan itu.

Beliau juga berkata, kerajaan seolah-olah cuba bersikap "double standard" dalam urusan pengagihan kepada mangsa banjir.

"PM sanggup turun ke Kemaman dan berikan sumbangan banjir yang besar hampir RM7,500 kepada setiap mangsa.... namun di Kuantan negeri beliau sendiri hingga kini masih menunggu", kata Shukri.

Beliau juga hairan, begitu mudah Menteri Besar Pahang mengatakan Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersetuju menyumbangkan RM32.5 juta (AS$10 juta) kepada Pahang bagi membantu kerajaan negeri menangani kesan daripada bencana banjir yang melanda awal Disember lalu.

Sedangkan umum mengetahui Presiden UEA mahu hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir ketika banjir melanda, maka sudah pastilah untuk keperluan mereka (individu).

Tetapi kini lain pula ceritanya. "Soalnya, kenapa sumbangan itu pula jadi untuk memulahkan kesan banjir atau prasarana yang berkaitan?. Bukankah itu tugas Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk menyediakan dana terbabit... "

"Bukankah kerajaan sudah menyediakan bantuan segera untuk tujuan berkenaan. Kenapa wang sumbangan untuk mangsa dikatatakan untuk prasarana. Jika begitu, sudah pasti wang berkenaan tidak akan sampai kepada kami walau satu sen pun.. atas alasan untuk membangunakn semula prasarana.... Maknanya, kerajaan negeri gunakan wang yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat bagu tujuan memulihkan kesan banjir.. bukan kepada mangsa-mangsa berkenaan", tambah beliau lagi.

Sementara itu, beliau juga hairan bila agaknya wang sumbangan pusat serta negeri RM750 itu akan turun.

"Banyak alasan dibuat kononnya mangsa banjir yang tidak banjir mengaku kena banjir dan sebagainya... Bukankah satu dunia dah tau kawasan seperti Cenderwasih dan Perkampungan Sungai Isap, majoriti memang kena banjir yang teruk.. maka apa lagi yang mahu disiasat oleh kerajaan.. "

"Adakah mereka mahu memilih bulu baru mahu hulurkan sumbangan terseut?. Adakah mahu pilih penyokong kerajaan atau orang UMNO BN sahaja baru nak disumbangkan.. Bagi mereka yang tidak menyokong kerajaan pasti tidak dapat sumbangan. MB tidak perlu berdolak dalih dalam hal ini.. Wang yang telah diamanahkan sepatutnya diagihkan kepada rakyat dengan telus dan adil.. jika tidak beliau terpaksa jawab di akhirat kelak.. "

"Mangsa banjir mereka mahu pilih bulu baru nak bagi sumbangan.. inikah kerajaan yang prihatin kepada rakyat.. Mereka berdendam sebenarnya sebab Kuantan dan Indera Mahkota majoritinya menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang lalu", katanya lagi.

Beliau turut menggesa, kerajaan tidak membuat kesalahan kedua yang boleh mengecewakan hati rakyat.

"Jika berjanji untuk beri sumbangan ... maka berilah... tidak perlu berdolak dalih dengan berbagai alasan. Jika sumbangan UEA itu dibuat untuk kesan banjir.. pasti yang dapat nanti ialah proksi-proksi dan kroni-kroni yang akan mendapat kontrak atas kerja-kerja yang akan dilakukan."

"Bukankah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri sudah menjalankan kerja-kerja berkaitan. Kenapa wang tersebut perlu digunakan untuk itu lagi. Seeloknya ia diberikan kepada rakyat, kerana mereka kini amat memerlukan dikala harga barangan naik dan kos ekonomi yang terus meningkat..."

"Nak bagi bagilah, jangan bagi alasan seolah-olah wang tersebut itu kini untuk mereka belaka", tambah Shukri lagi ~ Pahang Daily Online

Video berkaitan sila lihat di SINI

Gereja di Tanjung Karang: Yang luluskan UMNO.. yang bantahpun UMNO..

Posted: 17 Jan 2014 01:56 AM PST


Pada 9 Januari yang lalu,  kira-kira 200 penduduk di sini berhimpun secara aman bagi membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang.

Pengerusi Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKKP) Kampung Sg Tengi Kiri, Johari Md. Nooh berkata, umat Islam di kawasan tersebut mempunyai hak untuk menentang pembinaan gereja tersebut.

"Setelah 15 tahun kami mempertahankan kampung ini.Mereka tidak memberi sebarang maklumat mengenai pembinaan gereja ini.

"Kami menentang pembinaan ini kerana majoriti penduduk di kawasan ini merupakan umat Islam dan hanya 1 atau 2 peratus sahaja yang beragama Kristian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pembinaan hari ini.

Tambahnya,permohonan membina gereja ini diluluskan sejak parti pembangkang mengambilalih tampuk pimpinan negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

"Dulu kita pertahankan supaya gereja ini tidak dibina,tapi selepas tukar pemerintahan,mereka buat apa yang mereka suka tanpa berbincang terlebih dahulu.

"Kita,penduduk kampung yang rasa kesannya.Kalau nak buat (bina gereja),buatlah di kawasan mereka...bukan ditempat kita," katanya.

Johari turut berharap agar umat Islam menilai sendiri keadaan yang berlaku kini kerana tindakan pihak yang memberikan kelulusan pembinaan gereja ini seolah-olah mencabar masyarakat Islam.

Sementara itu,memorandum bantahan pembinaan gereja turut diserahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin dan diterima oleh Setiausaha MDKS bagi pihak YDP MDKS,Noraini Roslan. 

Azahari berkata, pihaknya akan meneliti memorandum yang diserahkan oleh wakil penduduk kampung kepada pihaknya.

Itu apa yang dilaporkan oleh RakyatNews di SINI

Untuk makluman semua JKKP adalah lantikan Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO/BN dalam negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Meskipun ianya telah dibantah oleh kebanyakkan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana berlakunya pertindihan tugas demi kepentingan macai-macainya ianya diteruskan juga oleh Kerajaan Pusat.

Mereka direlakan makan elaun atau gaji buta kerana kebanyakkan dari mereka hanya memerhatikan sahaja JKKK melakukan kerja.

Berbalik kepada isu Geraja.. siapa yang membenarkan Gereja tersebut dibina sila baca di bawah..

PAS mempersoalkan niat sebenar Umno membantah pembinaan gereja Methodist di Tanjung Karang apabila mengambil kira sejarah penjualan tapak gereja yang berlaku sewaktu Selangor diperintah Umno dan BN sekitar tahun 80-an. 
Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini berkata, bersikap hipokrit apabila pada satu waktu dahulu membenarkan urusniaga itu yang jelas untuk tujuan pembinaan gereja tetapi kini membantahnya pula. 
Beliau merujuk kepada demo Umno Tanjung Karang yang membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang, pada 9 Januari lalu. 
"Kini, mereka jadikannya satu isu nak tunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat ini berikan tanah kepada orang bukan Islam untuk bina gereja. 
"Tanah ini tanah untuk gereja sejak 80-an," kata Khalid. 
Hadir sama pada sidang media petang ini adalah Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman. 
Menurut Khalid lagi, hasil carian dengan pejabat tanah dan daerah mendapati Lot 178 di mukim Tanjung Karang itu dijual oleh pemilik asalnya kepada Setiausaha Majlis Pemegang Amanah (Malaysia Barat) Gereja Methodist Malaysia untuk tujuan pembinaan gereja pada tahun 26 April 1982. 
Khalid berkata, PAS Tanjung Karang maklum gereja itu dibina di kawasan Melayu namun jelasnya pihak gereja Methodist telah mempunyai hak untuk berbuat demikian sejak lebih 30 tahun lamanya. 
Menurutnya, PAS Tanjung Karang mengambil pendirian "tidak menyokong dan tidak juga membantah" pembinaan gereja tersebut selepas menyelidiki latar belakang peristiwa yang membawa kepada pembinaan gereja itu. 
Katanya, keluasan tapak gereja itu yang hanya 14 ribu kaki persegi tidak menjadi isu kerana ia hanyalah sebesar satu lot rumah banglo yang mampu memuatkan sekitar 30 hingga 40 penganut Kristian pada satu-satu masa. 
"Tempat ketiga termulia bagi org Islam iaitu Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, di sebelahnya ada gereja yang wujud sejak sebelum zaman Nabi Muhammad. 
"Saidina Omar sendiri menziarahinya apabila sampai di Baitulmuqaddis. 
"Ini saiz (gereja Tanjung Karang) lebih kurang lot banglo sahaja, janganlah nak beri gambaran seolah-olah ia sebesar Masjid Negara. 
"Bagi PAS, ia hak orang Kristian dan ia tanah yang dibeli dan ditukar syarat khas untuk (dibina) gereja. 
"Kenapa Umno tak bising dahulu?" soal Khalid sambil mendakwa ia merupakan strategi politik untuk melagakan orang Islam dan orang Kristian ~ Malaysiakini

Ha... ha... ha... yang luluskan ialah pemimpin UMNO.. yang bantah pulak macai-macai UMNO.. kan dah jadi meludah ke langit..

Najib sedih kenyataannya pasal kangkung dipermainkan..

Posted: 16 Jan 2014 10:00 PM PST


Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca.

Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya.

Kenyataan beliau itu menjadi bahan ejekan di Internet.

Sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kemudiannya menarik perhatian media antarabangsa apabila agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya, melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.

Lihat video ucapannyanya di SINI

Mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak patut dipermainkan.

Menurutnya, sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.

"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung... (sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. 

"Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.


Ha..ha..ha... kesiannya kat dia.. tak payah nak sedihlah Najib.. sepatutnya beliau sedar kenapa kesilapannya dipermainkan oleh majoriti warga internet dan faham apa makna disebalik serangan itu..

Maknanya rakyat dah menyampah dengan dia, jadi eloklah letak jawatan dan digantikan dengan lain-lain pemimpin UMNO/BN yang ada...

Tapi Najib bohong bila dia kata harga kangkun turun.. lihat di SINI

Luahan Hati Blogger UMNO.. Kesiannya kat depa....

Posted: 16 Jan 2014 07:01 PM PST


Memang dah jadi lumrah Umno bila kita sudah tidak diperlukan lagi maka kebajikan kita juga tidak akan dipedulikan lagi oleh mereka.

Tapi ini bukan bermakna tanpa Umno mengambil tahu KAMI semua akan mati kebulur tak makan. Dah alang alang orang tak peduli.. pi mampuih lah dengan diaorang!!!

Jadi malam tadi aku, Tun Faisal, Yuseri dan beberapa teman "keyboard writers" (kami dah meluat dengar diri kami dipanggil Pejuang Maya Umno atau apa saja gelaran tok nenek yang diberi pemimpin selama ini) berbincang bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup kami semua dan rakan rakan yang senasib dengan kami.

Salah satu langkah jangka pendek yang KAMI temui tanpa memerlukan modal yang banyak adalah menjalankan perniagaan menjual Kad Prabayar Tone Excel WOW dari pembekal perkhidmatan telepon Tune Talk.

Setelah membuat kajian akan prospek perniagaan ini dan pulangannya yang berterusan terhadap pengguna kad prabayar, Tun Faisal telah mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menyediakan kemudahan awal untuk kami atau siapa saja "keyboard writers" yang berminat untuk mendapatkan pendapatan pasif setelah terpaksa menjadi penganggur setelah selesai PRU13.

Daripada kita membuang masa membela dan mempertahankan Umno secara PERCUMA ada lebih baik kita buat perniagaan ini demi mencari rezeki untuk bagi makan anak isteri dan keluarga kita.

Kerja kerja membela dan mempertahankan Umno ni biar saja Lifestyler Lifestyler Ibdil dan mereka mereka "yang dibayar" lakukan kerana takkan nak mentekedarah gaji buta je...

Nanti bila tiba masanya PRU14 hampir dekat dan waktu tu Umno memerlukan khidmat kita, kita akan guna KAEDAH THE HIGHEST BIDDER.

Siapa BID paling tinggi masa itu kita pergi kerja untuk mereka... Apa macam.....?

Jadi kepada teman teman yang senasib kalau berminat boleh je email aku azmiapa@gmail.com

P/S : Kalau korang rasa nak buat kerja FREE aku tak boleh nak larang kerana itu hak masing masing.

Tapi dalam korang merasa korang ni PEJUANG MAYA UMNO tolong fikir balik... korang berjuang untuk mempertahankan parti atau mempertahankan PENYAMUN PENYAMUN dalam parti?

Korang makan KANGKONG...pemimpin makan ASPARAGUS.

Itupun nasib baik sebab "Kangkong yang naik hari ni dah turun...."


By Aku Peduli Apa @ APA


... Dalam hal ini aku rasa nasib Blogger UMNO lebih baik dari Blogger Pro PR, sebabnya mereka pernah diingati dan dibayar.. tapi Blogger Pro PR ni langsung tak diingati dan dipandangpun.. kecuali kaki bodek.

Punca utamanya ialah kebanyakkan Blogger Pro PR ni kaki melawan dalam lain ayat bukan jenis lembu yang dicucuk hidung..

Anwar Ibrahim wajar dipersalahkan kerana beliau yang mengajar.. 'Lawan tetap LAWAN!!!'...

Tiada ulasan: