Jumaat, 17 Januari 2014

Addin

Addin


Najib Dalam Bahaya.. Ini Buktinya

Posted: 17 Jan 2014 08:08 AM PST

Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.

Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya."Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.

Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.

Isu yang utama adalah rasuah yang melampau dalam sektor awam dari pegawai rendah sehingga kepada pemimpin politik.Perbincangan perpaduan yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak kerajaan telah membawa beliau kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PAS.

Bagaimanapun, sesetengah pihak dalam Umno tidak berminat dengan laporannya dan meningkatkan serangan ke atas Najib, lapor mingguan itu.Serangan berterusan ke atas Najib juga tidak dipertahankan oleh rakan-rakannya dalam Kabinet.

"Hanya sedikit sahaja keraguan bahawa Najib berada di kedudukan paling lemah dari segi politiknya dan sebahagian besar dari masalah berpunca dari dirinya sendiri," kata seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Najib sebagaimana dilaporkan The Edge Review.

Dalam menghadapi kedua-dua musuh iaitu pembangkang dan pihak dalam Umno sendiri, mingguan itu menyifatkan keputusan Najib sebagai "strategi risiko tinggi untuk hadapi krisis" dalam kepimpinan.

Tetapi selepas lapan bulan ke sana ke mari, pembangkang akhirnya letih dengan cakap-cakap Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan."Berdasarkan pengalaman lalu, ia adalah silap. 

Anwar menyertai perbincangan ini atas keyakinan ia boleh membawa agenda pembaharuan," lapor mingguan itu berdasarkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang.Bagaimanapun, kata The Edge Review, rundingan berpanjangan Najib ini tidaklah sia-sia.

Perdana menteri sentiasa saja meniupkan berita perbincangan setiap kali berlakunya krisis kepimpinan, termasuk ketika kemungkinan kepimpinan beliau tercabar misalnya menjelang pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu.Bagaimana mingguan ini berkata, taktik Najib kali ini tidak akan berjaya lagi.

Ia termasuklah kerana kekurangan sokongan kepada Najib dari kerajaannya sendiri dan juga meningkatnya kemarahan awam terhadap kepimpinan beliau, kata The Edge Review, lebih-lebih lagi apabila banyak janji menjelang pilihan raya yang tidak tertunai dan kelemahan pengurusan telah menyusahkan Najib.

Artikel itu juga memetik kenyataan Ibrahim Sufian dari Merdeka Center yang berkata,"Pada masa ini, dia kelihatan lumpuh tanpa sebarang tindakan terhadap kesemua isu panas. Beliau sepatutnya berbesar hati bahawa dia memenangi pilihan raya umum dan kepimpinan parti. 

Dia sepatutnya memenuhi mandat yang diterima itu".Mingguan itu memetik Ibrahim yang mencadangkan supaya Najib turun menerangkan kepada rakyat kedudukan kewangan negara dan penyelesaian yang diperlukan untuk meneguhkan ekonomi negara.

Beliau berkata, Najib juga patut memimpin melalui tauladan misalnya dengan memotong gaji anggota Kabinet termasuk dirinya.Yang paling penting, mingguan itu meminta Najib membawa semula agenda kesederhanaannya itu.

"Dia kena tunjukkan keberaniannya untuk melawan tekanan itu hatta jika ia diketuai sendiri oleh bekas perdana menteri. Dia kena tunjukkan bahawa dia adalah pemimpin bukan sekadar ahli politik biasa," katanya."Bagi Malaysia, apa berlaku selepas ini adalah pilihan Najib." ~tmi


Iklan C (ii)






Panas!! Khairy Jamaluddin Buat U-Turn

Posted: 17 Jan 2014 03:30 AM PST

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) semalam yang menyebut kenaikan harga sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan disebabkan cuaca buruk adalah satu kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan sebelumnya, kata PAS.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Khairy sebelum ini melahirkan rasa kebimbangan terhadap kenaikan harga barang tetapi semalam membuat pusingan U menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga barang.

"Kenyataan Khairy semalam tentang kenaikan kos barang seperti sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan. Sekali lagi Khairy yang pada awalnya menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan harga barang, berpatah balik menyokong tindakan orang atasannya.

"Khairy menjadi ingatan umum sememangnya pantas dan licik membodek majikan mengikut rekodnya. 

Beliau wajar diingatkan Ekonomi 101 bahawa inflasi disebabkan cuaca ialah sementara dan akan berkekalan selagi punca pencetusnya tidak ditangani," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bernama semalam melaporkan Khairy berkata faktor permintaan, bekalan, cuaca dan musim perayaan menjadi antara punca utama mempengaruhi kenaikan atau penurunan sesuatu barangan di pasar.

Katanya, kenaikan harga petrol hanya memberi kesan kecil kepada barangan di pasar borong serta menolak tanggapan bahawa penurunan subsidi harga petrol menjadi faktor utama kenaikan harga barang.

Dzulkefly berkata beberapa pakar ekonomi telah mengingatkan Putrajaya supaya tidak melakukan tarikan subsidi serentak ditambah dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun hadapan yang akan menyaksikan peningkatan inflasi.

Katanya, beberapa bank saudagar meramalkan inflasi paling buruk setinggi 3-3.5% setahun pada 2014 dan 4% pada 2015 bahkan lebih tinggi selepas pelaksanaan GST.

"Inflasi iaitu kenaikan kerana kos berbeza dengan kenaikan kerana permintaan disebabkan cuaca buruk. Inflasi disebabkan cuaca ialah sementara. Khairy perlu tahu.

"Maka inflasi ialah hasil cetusan Putrajaya dan kalau akhirnya memuncak sebagai kemelut maka ia adalah krisis ciptaan Putrajaya," katanya.

Khairy pada minggu lalu menyokong kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Putrajaya terlebih dahulu perlu berjimat selepas memotong subsidi, susulan kenaikan harga barang dan tarif elekrik.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, teguran yang dilontarkan Dr Mahathir perlu diambil kira memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas sebagai bekas perdana menteri.

"Isu dia tegur kenaikan harga, desak kerajaan kena berjimat. Saya faham hinggakan kerajaan terpaksa naikkan tarif (elektrik). Kita kena tunjukkan terlebih dahulu penjimatan dalam kerajaan," katanya.

Dr Mahathir dalam satu artikel di blognya meluahkan rasa tidak bersetuju dengan keputusan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga barang keperluan dalam meningkatkan pendapatan negara.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mengurangkan kos dan menggunakan konsep "cost down" bagi mengurangkan pembaziran."Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan. 

Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekal atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan," katanya. ~tmi


Iklan C (ii)






Berita Menggemparkan Seluruh Malaysia.. Saksikanlah

Posted: 16 Jan 2014 08:37 PM PST

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menuntut penjelasan segera daripada Kementerian Pendidikan isu guru wanita Islam diarahkan membuka tudung jika ingin terus mengajar di SJKC Nan Ya di Kota Tinggi, Johor.

Penjelasan awal Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman seperti mana dilaporkan akhbar pada 14 Jan lalu mengesahkan telah mengambil keterangan daripada empat individu berhubung isu tersebut dan siasatan kes ini telah selesai dan dihantar ke Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

"Perkara seumpama ini jika benar-benar berlaku melibatkan keharmonian beragama antara masyarakat Malaysia," ujar Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri kepada Harakahdaily.

Katanya, kelewatan memberikan penjelasan akan mengundang pelbagai persepsi negatif dan dibimbangi ada pihak yang cuba mengambil keuntungan politik dengan mempolitikkan isu seumpama ini. ~hrkh


Iklan C (ii)




Tiada ulasan: