Anak Sungai Derhaka |
- Bumi Bergegar Ketika Ariel Sharon Hendak Dikebumikan..
- Kangkung : Ungku Aziz Nafi Yang Tersebar Di Twitter Dan Facebook Tulisannya..
- Kangkung Turun Harga?.. Najib Bohong!!.. baca nih!
- Kangkung turun harga, Kedai Mamak pulak nak naik harga..
- Giat Mara ditutup: Jawapan buat fitnah macai-macai..
Bumi Bergegar Ketika Ariel Sharon Hendak Dikebumikan.. Posted: 15 Jan 2014 07:24 AM PST Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter. Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari. Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel. Masya'Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan. " SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…" Itulah antara baris ayat Ariel Sharon. Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan. Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel. Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon. Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut. Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin. Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut. Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986 ~ MyNewsHub Earthquake Shakes Northern Israel As Former Prime Minister Ariel Sharon Is Laid To Rest |
Kangkung : Ungku Aziz Nafi Yang Tersebar Di Twitter Dan Facebook Tulisannya.. Posted: 15 Jan 2014 02:54 AM PST Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Rabu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook. Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu. "Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu...saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu. "Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim," katanya kepada Bernama di sini. Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas. Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: "Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit." Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi. Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian. "Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku. "Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini," katanya. - BERNAMA |
Kangkung Turun Harga?.. Najib Bohong!!.. baca nih! Posted: 14 Jan 2014 11:38 PM PST Nak disalahkan Najib sepenuhnya pun tak boleh sebab menurut beberapa sahabat dari UMNO, kebanyakkan apa yang diucapkan oleh Najib adalah setelah beliau mendengar nasihat dari penasihat-penasihatnya.. Jadi dalam hal ini.. kerana mendengar nasihat dari penasihat yang tak pernah turun padang dan mendengar keluh kesah rakyat tentang kenaikkan harga barang, Najib menerima padah.. Ini petikan dari ucapan PM di Kemaman yang menjadikan kangkung terkenal seluruh dunia.. ...."pada hakikatnya bukan semua barang naik kerana kerajaan."... " Kalau musim tengkujuh nelayan tak turun ke laut sebab laut bergelora harga ikan naik sebab supply kurang. Ikan kerapu naik harganya. Ikan senangin naik harganya ikan tongkol naik harganya. Apakah itu salah kerajaan "... "kalau lah harga sayuran naik. Sawi naik. Kang kong naik. Ada masa dia naik ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar yg saya baca ada yang turun. Kang kong dulu naik. Sekarang kini dah turun."...... " Bila turun kenapa tidak puji kerajaan . Masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ada faktor cuaca. Cuaca yg dikatakan susah hendak dijangka".... Video ucapannya yang telah mencecah 120,000 views sila lihat di ( SINI ) Rentetan dari ucapannya, Najib menjadi sasaran kecaman warga internet.. Tapi.. Akhbar mana satu yang Najib maksudkan dalam ucapannya itu?.. Sedangkan keratan akhbar di bawah menyatakan harga kangkung tidaklah turun dan semurah yang Najib katakan itu.. "Harga bagi semua sayur-sayuran adalah lebih mahal, kangkung tidak terkecuali. Mengatakan kangkung turun adalah jelas satu pembohongan" Kata seorang pekerja gerai sayur. Tambahnya lagi " Mungkin sekiranya Perdana Menteri menjadi pembekal kita, jadi kita boleh mendapat kangkung yang murah". "Sayur tersebut bukannya jenis kelas tinggi, ia tumbuh di mana terdapat air. Hingga kini ianya bukan murah. Pembekal-pembekal kami menjual kangkung dan sayuran lain pada harga yang tinggi masa ini" kata seorang penjual sayur.. Tapi.. dalam hal ini biarpun dinasihati oleh orang-orang yang bodoh.. kesalahan tetap pada Najib kerana mudah diperbodohkan oleh penasihat yang bodoh.. |
Kangkung turun harga, Kedai Mamak pulak nak naik harga.. Posted: 14 Jan 2014 06:30 PM PST Jika sebelum ini pelanggan di kedai mamak hanya perlu membayar RM2.70 untuk menikmati segelas teh tarik dan roti canai kosong, jangan terkejut jika harganya berubah menjadi RM3.11 menjelang Mac depan. Harga baru yang dinaikkan sekitar 18 ke 23 sen itu adalah anggaran kasar sekiranya kira-kira 6,000 pemilik restoran di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menaikkan harga makanan sehingga 15 peratus. Ia berdasarkan cadangan persatuan itu yang mahu menggunakan harga makanan dan minuman baru dengan tambahan antara lima hingga 15 peratus sebagai menampung peningkatan kos operasi. Sekiranya ia dikuatkuasakan, hidangan yang menjadi pilihan kebanyakan orang seperti nasi campur, mi goreng mamak dan maggi goreng ayam akan turut berdepan kenaikan antara 75 sen ke RM1.50. Presiden PRESMA Noorul Hassan Saul Hameed ketika diajukan perkara itu berkata, pihaknya sekadar mengemukakan cadangan terbabit berdasarkan situasi semasa, namun hingga kini masih belum membuat sebarang keputusan ~ myMetro |
Giat Mara ditutup: Jawapan buat fitnah macai-macai.. Posted: 14 Jan 2014 04:30 PM PST Kalau semalam aku dah siarkan jawapan YB Fuziah mengenai fitnah beliau salahgukan wang bantuan banjir berjumlah RM50,000 di ( SINI ), ini pula jawapan untuk fitnah macai-macai mengenai isu GiatMara ditutup di Selangor.. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat Mara Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai. "Bukan pasal DAP yang tutup Giat Mara. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa. "Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah. Kami akan bincangkan esok dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya," katanya. Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan hegeri Selangor merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan. Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta. Sebelum ini, Pusat Giat Mara Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan. Sumber sama mendedahkan, Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008. "Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia. "Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional. "Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram," katanya lapor The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan