Rabu, 15 Januari 2014

Addin

Addin


Temberang Sultan Melaka Terbongkar?

Posted: 15 Jan 2014 08:23 AM PST

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan sijil pengiktirafan sebagai waris kesultanan Melayu Melaka milik Noor Jan Tuah adalah palsu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (gambar) berkata pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka telah menerima surat daripada pihak ICJ di the Hague, Belanda, pada September tahun lepas menyatakan Noor Jan sebagai pembohong.

"Kenyataan Noor Jan adalah pembohong besar jelas dinyatakan dalam pengakuan pihak ICJ yang ditulis kepada kami," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di Melaka, hari ini.

Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Noor Jan yang mahu perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai "Sultan Melaka" kerana mendakwa beliau telah mendapat pengiktirafan daripada ICJ.

Noor Jan, 57, bagaimanapun ditahan polis pada 10.50 pagi semalam di jeti Anjung Batu, Umbai dekat sini sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama pengikutnya.

Polis pada hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Majistret bagi menahan reman Noor Jan selama empat hari untuk membantu siasatan kes dia mendakwa dirinya Sultan Melaka.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata kerajaan negeri Melaka akan tetap melakukan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 secara bersemuka kepada rakyat negeri itu berbanding penggunaan kaedah penyaluran ke akaun bank.

Beliau berkata proses penyerahan akan dibuat seperti sebelum ini melalui wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang turun padang untuk menyerahkan baucar tunai kepada penerima.

"Kaedah ini dilakukan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara wakil rakyat dengan penduduk negeri ini di samping kami menggunakan masa ini untuk menyatakan rasa terima kasih kami kepada pengundi," katanya.

Beliau berkata setakat ini, seramai 185,000 pemohon telah mendaftar bagi mendapat BR1M di negeri ini.

Kerajaan sebelum ini memperkenalkan langkah terbaru penyaluran BR1M ke akaun bank penerima bagi mengelak mereka beratur panjang di program tersebut. ~bernama


Addin:

Jikalau betul bulan September terima surat dari ICJ.. kenapa sekarang baru dedah kepada media. Sultan Melaka pun tak boleh nak percaya, KM  Melaka pun susah nak percaya..


Iklan C (ii)



Rupanya Individu Ini Punca Najib Berterusan Di Caci Maki Oleh Segenap Lapisan Masyarakat

Posted: 15 Jan 2014 06:26 AM PST

Jika mengambil kira laporan portal berita Asia Sentinel bahawa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak berdepan dengan kebencian merentasi semua lapisan masyarakat, maka tidak salah untuk kita ungkapkan bahawa beliau perdana menteri pertama dalam sejarah negara yang di sumpah seranah, dimarahi dan tidak kurang juga dimaki setiap hari oleh rakyat marhaen.

Saya tidak tahu hendak kategorikan ini sebagai satu pencapaian seumur hidup seorang perdana menteri, ataupun harus dilihat sebagai satu kegagalan serius para pegawai media beliau dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

Lihat sahaja komen-komen para pengguna Facebook dalam laman Facebook Najib.Jika terdapat seribu komen, majoriti komen-komen di situ nyata berbentuk sindirian, cacian, makian malah melepaskan kemarahan akibat kesialan yang dibawa oleh regim Barisan Nasional ini.

Bangga dengan dua juta pengikut, tapi apa guna jika komen-komen semua bersifat negatif?Kini soal utamanya ialah, apa sudah jadi dengan kumpulan penasihat atau pegawai media yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membentuk imej positif perdana menteri ini?

Semacam lembik bak kangkung.Malah, ketika isu kangkung yang turut mendapat liputan BBC ini pun, hanya kelihatan Menteri Belia dan Sukan sahaja yang mempertahankan bos beliau sedangkan unit media pejabat perdana menteri semacam tidur kelenaan.

Bukankah ini merupakan tugas penting mereka dalam menjelaskan isu sebenar 'kangkung-gate' ini kepada rakyat melalui media.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di Putrajaya khususnya, amat simpati terhadap perdana menteri ini.

Sudahlah dikelilingi dengan barisan menteri yang terkenal dengan kenyataan kurang waras lalu ditambah pula dengan bayangan isteri beliau yang setakat ini sudah dua kali 'berjasa' kepada rakyat, kemudian keadaan bertambah nazak apabila para pegawai media pejabat perdana menteri yang gagal tampil dengan satu mekanisma untuk mendekati rakyat demi mempertahankan maruah dan imej perdana menteri yang saban hari menjadi mangsa cemuhan rakyat.

Tulisan ini tiada niat untuk merendahkan peranan para pegawai media di Pejabat Perdana Menteri, namun harus diakui bahawa kegagalan penasihat dan para pegawai media ini adalah malapetaka buat Datuk Seri Mohd Najib Razak dan tidak mungkin sama sekali zaman kegemilangan beliau seawal diangkat menjadi Perdana Menteri dahulu menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dapat dikembalikan semula.

Kangkung sudah menjadi layu! ~tmi

Iklan C (ii)



Laporan Memalukan Dari Portal Antarabangsa Yang Tidak Di War-Warkan Oleh Media Pro Umno BN

Posted: 14 Jan 2014 09:14 PM PST

Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak (pic) berdepan kebencian merentasi semua lapisan daripada rakyat sehinggalah dalam Umno sendiri, lapor portal berita Asia Sentinel.

Laman tersebut melaporkan situasi sama semasa penyingkiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kini berulang lagi, memetik sumber dalaman Umno kepada Asia Sentinel.

"Kebencian sama bukan khusus kepada beberapa segmen Umno dan elit pemerintah sahaja.

"Zaman Mahathir, kebencian dan kurang senang hanya di kalangan kumpulan intelektual dan hak asasi manusia. Tetapi Najib, ia merentasi semuanya sehingga ke isterinya dan rakan-rakannya," kata Asia Sentinel yang memetik pendedahan sumber Umno.

Walaupun kumpulan blogger daripada kem bekas perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan tekanan kepada Najib, ia masih tidak memadai.

"Tangan Mahathir dan Daim (bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin) di merata-rata tempat tetapi kuncinya sekarang adalah Najib dan isterinya yang menyediakan semua peluru.

"Tanpa peluru tersebut, Mahathir sukar mengerah bala tenteranya untuk menentang Najib," kata sumber yang dipetik dalam Asia Sentinel.

Asia Sentinel dalam laporannya juga mendedahkan dua blogger kem Mahathir yang lantang mengkritik Najib, Kadir Jasin dan Outsyedthebox.

Kedua-dua blogger tersebut menurut Asia Sentinel seringkali membidas langkah dan polisi pentadbiran Najib yang dilihat banyak membazir.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin sebelum ini membidas Najib susulan kontroversi penggunaan aset kerajaan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan luar negara.

Kadir secara sinis berkata Najib perlu mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Rosmah sebagai menteri.

Selain itu, Dr Mahathir juga tidak ketinggalan membidas Najib apabila mempersoalkan keperluan Putrajaya memiliki banyak kapal terbang berbanding ketika zaman pemerintahannya.

Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang pesawat mewah sewaktu pimpinan beliau namun berpendapat kerajaan kini mempunyai wang mencukupi untuk membelanjakan kemewahan tersebut.

Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya tujuh kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing.

Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28.

Menurut Asia Sentinel lagi, suara-suara marah rakyat serta beberapa pemimpin dalam Umno tersebut juga berpunca daripada pemotongan beberapa subsidi yang diberikan kerajaan baru-baru sehingga mengakibatkan kenaikkan harga barang yang mendadak.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.

Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.

Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013. ~tmi


Iklan C (ii)



Betul Ke Ni Wajah Pemuda Umno Hulu Selangor Yang Tumbuk Timbalan Menteri Pelajaran?

Posted: 14 Jan 2014 05:00 PM PST


Difahamkan inilah wajah ahli Pemuda UMNO Hulu Selangor yang berjawatan sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan tempoh hari gara-gara berang kerana permintaannya untuk menukarkan insan yang rapat dengan diri beliau yang bekerja sebagau pendidik bertukar mengajar dari sekolah di Johor ke Hulu Selangor.

Laporan polis telah pun dibuat dan siasatan dibawah Sek 323 Kanun Keseksaan dijalankan . Sehingga kini lebih dari 20 kenyataan telah pun dirakam dari saksi-saksi yang melihat kejadian.

Mengikut kenyataan .. kertas siasatan akan di kemukakan kepejabat Timbalan Pendakwaraya Selangor untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

Nampaknya budaya samseng sudah menjadi semacam budaya tegar dalam UMNO. ~omakkau


Addin:

Ada sesiapa yang boleh mengesahkan berita ni?


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: