Sabtu, 25 Januari 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bangang ke Nyanyuk Najib nih?

Posted: 25 Jan 2014 12:28 AM PST

Sebagai hiasan semata-mata.... semoga tidak mencemar duli....
 
Nyanyuk ke apa PM Najib ni? Dia adalah Ketua Kerajaan diperingkat negara Malaysia dan dia telah membenarkan Ummat Kristian menggunaan kalimah Allah dalam baibel mereka. 

 Tetiba kelmarin dia buka mulut dan cakap, "Penggunaan 'Allah' dalam Alkitab adalah sah untuk Sabah dan Sarawak, dan mana-mana negeri lain yang tidak melarang penggunaannya di kalangan bukan Islam. 

Sepuluh daripada 13 negeri di Malaysia mempunyai enakmen yang sama mengharamkan penggunaan bukan Islam "Allah" dan kata-kata Arab lain. Pengecualian adalah Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.  

Bangang betul Najib nih! Bagaimana dia boleh membenarkan enakmen negeri bertembung dan mengatasi undang-undang negara? Bukankah Raja-raja dalam Malaysia ini adalah Raja-raja Berpelembagaan?
Dinyatakan dengan jelas : Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang di- Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri (Kabinet), manakala raja sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Dalam lain perkataan, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara, manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. Di peringkat negeri pula raja ialah Ketua Negeri, manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah ketua kerajaan.Baca lagi di sini

Tiada ulasan: