Jumaat, 31 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Politik buruk golongan ‘kopiah putih’ dalam PAS – Hafiz Ahmad

Posted: 31 Jan 2014 05:55 AM PST

Baru-baru ini iklim politik Malaysia "panas" dengan peletakan jawatan mengejut Adun Kajang  Lee Chin Cheh. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang. 
Ternyata langkah politik ini mengejutkan rakan politik PKR dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP. Bermacam-macam komen  mengecam tindakan PKR yang disifatkan sebagai membazir duit rakyat kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil yang sudah tentu melibatkan jumlah wang yang banyak.
Tanpa merujuk pimpinan PAS pusat, tindakan PKR ini menerima kecaman beberapa kerat golongan "kopiah putih" dalam PAS yang sememangnya menunggu untuk menghentam PKR dan Anwar Ibrahim.  Kritikan paling keras datangnya daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan PKR telah khianat undi rakyat. Ustaz yang baru sahaja dapat anugerah Datuk daripada Sultan
Pahang begitu galak menyerang PKR dengan pelbagai kecaman keras walaupun semasa sidang media pengumuman calon dihadiri pimpinan eksekutif tertinggi PAS seperti Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang. 
Tidak ketinggalan menyertai siri kecaman terhadap PKR dan Anwar Ibrahim ialah seorang lagi golongan "kopiah putih" yang juga bekas Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang mengatakan ini satu kegilaan yang dicipta PKR. 
PKR berada dalam situasi politik yang sukar ketika ini dan mengharapkan sokongan daripada rakan-rakan komponen PR. Disaat ramai pemimpin bukan "kopiah putih" dalam PAS menyokong tanpa berbelah bahagi kepada PKR, tiba-tiba golongan "kopiah putih" begitu panas hati dan terus mengecam PKR.
Malahan DAP juga menyokong penuh tindakan politik PKR di Kajang walaupun pada mulanya juga terkejut tapi DAP tidak menghentam seperti golongan "kopiah putih". 
Golongan "kopiah putih" yang majoritinya golongan ustaz ini patut malu dengan golongan kafir DAP yang menyokong rakan disaat susah dan senang. Akhlak yang ditunjukkan golongan kafir DAP lebih Islamik daripada akhlak golongan "kopiah putih" ini.
Malah golongan yang mendakwa PKR khianat ini juga mengugut mahu jawatan menteri besar diberikan kepada PAS memandangkan PAS mempunyai bilangan kerusi yang lebih berbanding PKR tanpa menyentuh perbuatan khianat tikam belakang kawan  geng "kopiah putih" yang meletakkan calon di DUN Kota Damansara. Ugutan ini amat dikesali disaat rakan berada dalam kesusahan tetapi jawatan MB yang didambakan.
Politik buruk golongan ini bukan sahaja mengenai PKR Kajang tapi ramai pemimpin PAS yang jujur juga menjadi mangsa politik buruk ini. Lihat sahaja di Kelantan macam mana Naib Presiden PAS yang menang iaitu Husam Musa dipinggirkan di Kelantan malah diturunkan pangkat daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 ke Timbalan Pesuruhjaya 3.
Adalah pelik Naib Presiden yang menang dalam pemilihan parti tempatnya diganti dengan individu yang kalah. Ini satu penghinaan terhadap jawatan yang dipilih secara demokratik. Saya tidak pasti adakah ini cara pemilihan jawatan parti Islam. 
Saya secara peribadi berasa simpati nasib yang menimpa Husam Musa. Mat Sabu juga pernah menjadi mangsa golongan "kopiah putih" yang mengaku pendokong ulama semasa beliau bertanding mengekalkan jawatan Timbalan Presiden sehingga beliau mengeluh pemilihan sesi ini yang paling teruk pernah beliau alami. Label Syiah dan liberal jadi peluru untuk menyerang individu tertentu yang dilihat bukan pro-ulama.
Selamat maju jaya kepada PR yang akan bertanding dalam PRK Kajang nanti. Diharap tidak ada sebarang sabotaj dalaman daripada kem PR yang akan menjejaskan peluang mengekalkan kerusi DUN Kajang. – 31 Januari, 2014.TMI

PRK Kajang : Rafizi - Kalau ini permainan PKR, tolaklah kami

Posted: 31 Jan 2014 03:40 AM PST


PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak.

"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat.

"Ia demokratik dan ia juga sadistik.


"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.

"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.

"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.

Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.

"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya.

Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman  di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

"Ini bukan soal menukar MB semata-mata, ini bukan soal masalah dalaman PKR semata-mata. Ini soal kita perlu berdepan dengan satu serangan politik yang kita perlu bersedia (menghadapinya).

"Kita tahu permainan politik dan agama ini perlu dijawab dengan permainan politik juga.

"Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.

"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya.

Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli.

"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya.

Forum malam tadi yang dianjurkan radio internet Radio Bangsar Utama turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dimudahcara bekas pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah. - malaysiakini

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MASA INILAH NAK KENAL SAHABAT....

Posted: 31 Jan 2014 05:23 PM PST

Buruknya cara golongan 'kopiah putih' berpolitik dalam PAS.Yang baik semua golongan ini seolah-olah maksum pulak.....


Baru-baru ini iklim politik Malaysia "panas" dengan peletakan jawatan mengejut Adun Kajang Lee Chin Cheh. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Ternyata langkah politik ini mengejutkan rakan politik PKR dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP. Bermacam-macam komen mengecam tindakan PKR yang disifatkan sebagai membazir duit rakyat kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil yang sudah tentu melibatkan jumlah wang yang banyak.

Tanpa merujuk pimpinan PAS pusat, tindakan PKR ini menerima kecaman beberapa kerat golongan "kopiah putih" dalam PAS yang sememangnya menunggu untuk menghentam PKR dan Anwar Ibrahim. Kritikan paling keras datangnya daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan PKR telah khianat undi rakyat. Ustaz yang baru sahaja dapat anugerah Datuk daripada Sultan.

Pahang begitu galak menyerang PKR dengan pelbagai kecaman keras walaupun semasa sidang media pengumuman calon dihadiri pimpinan eksekutif tertinggi PAS seperti Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang.

Tidak ketinggalan menyertai siri kecaman terhadap PKR dan Anwar Ibrahim ialah seorang lagi golongan "kopiah putih" yang juga bekas Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang mengatakan ini satu kegilaan yang dicipta PKR.

PKR berada dalam situasi politik yang sukar ketika ini dan mengharapkan sokongan daripada rakan-rakan komponen PR. Disaat ramai pemimpin bukan "kopiah putih" dalam PAS menyokong tanpa berbelah bahagi kepada PKR, tiba-tiba golongan "kopiah putih" begitu panas hati dan terus mengecam PKR.

Malahan DAP juga menyokong penuh tindakan politik PKR di Kajang walaupun pada mulanya juga terkejut tapi DAP tidak menghentam seperti golongan "kopiah putih".

Golongan "kopiah putih" yang majoritinya golongan ustaz ini patut malu dengan golongan kafir DAP yang menyokong rakan disaat susah dan senang. Akhlak yang ditunjukkan golongan kafir DAP lebih Islamik daripada akhlak golongan "kopiah putih" ini.

Malah golongan yang mendakwa PKR khianat ini juga mengugut mahu jawatan menteri besar diberikan kepada PAS memandangkan PAS mempunyai bilangan kerusi yang lebih berbanding PKR tanpa menyentuh perbuatan khianat tikam belakang kawan geng "kopiah putih" yang meletakkan calon di DUN Kota Damansara. Ugutan ini amat dikesali disaat rakan berada dalam kesusahan tetapi jawatan MB yang didambakan

. Politik buruk golongan ini bukan sahaja mengenai PKR Kajang tapi ramai pemimpin PAS yang jujur juga menjadi mangsa politik buruk ini. Lihat sahaja di Kelantan macam mana Naib Presiden PAS yang menang iaitu Husam Musa dipinggirkan di Kelantan malah diturunkan pangkat daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 ke Timbalan Pesuruhjaya 3.

Adalah pelik Naib Presiden yang menang dalam pemilihan parti tempatnya diganti dengan individu yang kalah. Ini satu penghinaan terhadap jawatan yang dipilih secara demokratik. Saya tidak pasti adakah ini cara pemilihan jawatan parti Islam.

Saya secara peribadi berasa simpati nasib yang menimpa Husam Musa. Mat Sabu juga pernah menjadi mangsa golongan "kopiah putih" yang mengaku pendokong ulama semasa beliau bertanding mengekalkan jawatan Timbalan Presiden sehingga beliau mengeluh pemilihan sesi ini yang paling teruk pernah beliau alami. Label Syiah dan liberal jadi peluru untuk menyerang individu tertentu yang dilihat bukan pro-ulama.

Selamat maju jaya kepada PR yang akan bertanding dalam PRK Kajang nanti. Diharap tidak ada sebarang sabotaj dalaman daripada kem PR yang akan menjejaskan peluang mengekalkan kerusi DUN Kajang.

~ Hafiz Ahmad

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Perbincangan rekonsiliasi selamatkan Najib daripada disingkir?

Posted: 31 Jan 2014 09:14 PM PST

Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu. - Gambar The Malaysian Insider. 
Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu. - Gambar The Malaysian Insider.

Tawaran pendamaian Pakatan Rakyat (PR) dengan saingannya Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah perkauman dan ekonomi juga dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada musuh dalamannya yang mahu menyingkirkannya.
Pemimpin kanan PR membuat spekulasi tawaran berunding bagi mencari persamaan berhubung isu peningkatan kadar inflasi, jenayah dan rusuhan kaum membantu Najib menangani puak ultra Melayu yang wujud di dalam Umno.
Pada masa sama, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyifatkan percaturan di Kajang meskipun tidak popular dapat mengukuhkan kebolehan Najib memulakan rundingan pendamaian dengan PR.
Rafizi adalah "arkitek" dalam pencaturan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kajang bagi membolehkan ketua pembangkang itu dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang dikatakan kemudiannya akan mengambil alih jawatan menteri besar.
Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu.

Calon bebas PRK Dun Kajang terperangkap dengan isu kaum

Posted: 31 Jan 2014 09:13 PM PST

Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada Sankara Nair, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini terperangkap dengan isu perkauman selepas status kontroversi berhubung Tahun Baru Cina di Facebook pada Khamis.

Semuanya bermula apabila Yuktes, yang menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada "5 peratus orang Cina yang baik dan kenang budi".

"Kepada semua Cina DAP dan yang Cina lain yang sehaluan dengan mereka, sila minum banyak dan pandu kereta ke genting...

"Kalau sempat sampai tolong judi macam ianya hari kiamat dunia... Kalau sempat bangun esok, dah ditakdirkan... tak mampu kita ubah... terpaksa lawan perangai rais ini untuk satu tahun lagi....

"Kepada keluarga saya yang 5% itu, you know I sayang you all," tulisnya.

Ketika laporan ini ditulis, status itu dikongsi 40 kali serta mengundang 226 komen dengan banyak pengguna Internet mengutuk kenyataan itu.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebentar dengan Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan bagaimanapun mempertahankan tulisan itu dengan berkata tidak adil menggelarkannya seorang rasis.

Selain Yuktes, calon bebas lain yang disebut-sebut untuk pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) itu adalah Ramlan Abu Bakar yang terkenal dengan gelaran "reformis bogel" serta calon parti parti NewGen.

Skrip Lucah Apakah Akan Timbul Oleh Macai Dan Barua Sempena PRK Dun Kajang..???

Posted: 31 Jan 2014 07:15 PM PST

"Semua rakyat Malaysia sudah tahu tentang isu Kajang . Dalam masa terdekat ini Kajang akan diberi perhatian. Maka semakin terkenal lah Kajang walaupun bandar itu sinonim dengan makan popular rakyat Malaysia iaitu satay.
Sebaik saja SPR mengumumkan tarikh mengundi yang akan didahului dengan hari penamaan calon , maka hari-hari Kajang akan diberi fokus oleh media umno

PRK Kajang sudah pasti hangat. Hangat bukan kerana akan berlaku pertembungan dua calon yang handal. Tetapi hangat dengan cerita-cerita yang semua kita TST ( Tahu Sama Tahu ).Ini adalah kerana di pihak PR sudah pun diumumkan siapakah calonnya. PR meletakkan calon SUPER HEAVYWEIGHT. Seandainya BN meletakkan Najib ke atau Mahuydin atau Madey...confirm akan berlaku big fight. Tapi kalau BN letak cicak , akan berlaku perlawanan berat sebelah.
Memandangkan yang akan bertanding itu adalah Anwar Ibrahim , confirm rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan cerita dan bahan2 lucah. Sewaktu tersebar desas desus Anwar akan bertanding dalam PR kecil selepas tamat tempoh larangan terhdapnya , kita di kejutkan dengan cerita dan pengakuan saiful yang dia diliwat. Kemudian setelah Anwar menjadi MP muncul di Youtube aksinya adegan seks dengan pelacur murahan yang menurut kata mereka itu adalah Anwar. TV siang malam mengulas adegan dalam youtube itu. Lepas itu keluar lagi gambar kononnya Anwar dengan jantan pulak.
Dalam PR Kajang ini nanti apakah cerita lucah untuk dihidangkan kepada kita semua termasuk kepada pelajar-pelajar sekolah. Apakah sempat skrip lucah disiapkan dalam masa singkat ini ? Sudah pasti ada.

Sama-sama kita tunggu.

Nak tahu sebab sebenar mereka marah sangat PRK Dun Kajang?

Posted: 31 Jan 2014 07:10 PM PST

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali , kedudukan Menteri Besar adalah keputusan yang dibuat oleh parti Islam, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

  "Berterusan mempersoalkan Khalid sebagai Menteri Besar bermakna mereka mempersoalkan kebijaksanaan presiden kita," katanya lagi.

Tidak ada sebab untuk menggantikan Khalid sebagai MB kerana beliau telah mentadbir negeri dengan jayanya. 

 Jika terdapat keperluan untuk menggantikan jawatan tertinggi itu, ia akan lebih mudah diberikan semula kepada PAS, dengan melantik pesuruhjaya Selangor , Iskandar Abdul Samad, yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Cempaka dan exco negeri. 

 Katanya lagi, bahawa sebab sebenar di sebalik langkah itu adalah untuk menggantikan Menteri Besar PKR dan untuk mengelakkan kedudukan itu diambil oleh PAS.

Sepatutnya, kedudukan Menteri Besar milik PAS kerana ia memegang majoriti kerusi di negeri ini dengan 15 kerusi, selain dari sekutu yang lain, DAP, juga dengan 15 kerusi. PKR mempunyai 13 kerusi. 

Kenyataan Khairudin ini mendapat pujian wartawan Sinarharian ~ Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini hanya 13 kerusi. Sila baca di sini
 
 Saya tidak berapa pasti samada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS ini benar-benar mahu mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar dalam isu  PRK Kajang ini atau kerana kepentingan sesuatu? Bak kata orang, ada udang di sebalik batu ....

Walau apapun sebelum saya komen mengenai kenyataan garang Khairudin diatas tadi, terlebih dahulu perlu dinyatakan bahawa PAS dan DAP sokong Anwar tanding di Kajang
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: PKR rela ditolak pengundi

Posted: 31 Jan 2014 06:59 PM PST

PKR sedia ditolak oleh pengundi dalam PRK Dun Kajang sekiranya pengundi berasa parti tersebut mempermainkan demokrasi ekoran tindakan mengosongkan kerusi tersebut untuk diberikan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjayakan satu agenda.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu sebenarnya berisiko tinggi kerana taruhan yang dibuat terlalu besar dan bukan calang-calang.

"Ini terpulang kepada rakyat untuk tentukan siapa yang mereka mahu pilih, jadi kita tunggu orang Kajang buat keputusan mereka.

"Kalau ini didakwa permainan PKR, kami rela ditolak. Kami tidak memanipulasi sistem demokrasi seperti yang didakwa pihak lain," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum itu, pada forum ' Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' semalam, Rafizi berkata keputusan tersebut amat menyakitkan orang ramai namun ia perlu dilakukan demi tanggungjawab dan kepentingan bersama.

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar ke dalam perkara ini dan ia bukan perkara yang mudah.

"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda, apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya.

Terdahulu, PRK itu terpaksa diadakan berikutan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada 27 Januari lalu.

Read More / Baca Lagi >>

Janji ‘dicapati’: Harga barang KR1M masih tinggi, kerajaan salah salur peruntukan

Posted: 31 Jan 2014 06:53 PM PST

Rafizi
SHAH ALAM, 1 FEB: Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) didapati gagal bersaing disebabkan kebanyakan harga barangan yang ditawarkan kedai serbaneka terbabit tidak kompetitif dengan pesaing lain.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, kegagalan itu disumbangkan wang RM40 juta yang diperuntukkan tahun ini kepada projek KR1M tidak disalurkan bagi membantu menurunkan harga barangan yang dijual, sebaliknya dilaburkan untuk membuka lebih banyak cawangan kedai berkenaan.
"Tahun ini, peruntukan RM40 juta diberikan untuk menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana kononnya KR1M adalah jawapan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat tetapi Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukan satu sen pun untuk menurunkan harga barang yang dijual di kedia itu.
"Keseluruhan peruntukan RM40 juta itu adalah untuk ubah suai kedai untuk dijadikan KR1M. Jadi, sebab itu KR1M tidak ada kesan langsung untuk meringankan kos sara hidup rakyat tetapi lebih banyak memberi manfaat kepada mereka yang berada di belakangnya yang saya difahamkan banyak membabitkan pasaraya Mydin.
"Keadaan ini seperti memberi satu lagi jalan kepada pihak swasta bagi mendapat wang daripada kerajaan untuk membuka KR1M, namun tidak beri kesan positif kepada kehidupan rakyat," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pelajar terpaksa cari alternatif atasi kenaikan kos sara hidup

Posted: 31 Jan 2014 06:52 PM PST

KUALA LUMPUR - Bagi menampung kehidupan harian berikutan kenaikan kos sara hidup kini, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah itu.
  
Menyedari tidak boleh hanya bergantung dengan wang pinjaman pendidikan, Ag Mohd Nasharudin Awang Nayan, 20, memilih bekerja sambilan di kedai makan berhampiran kediamannya bagi menampung perbelanjaan sehariannya.
  
Menurutnya, walaupun mendapat pinjaman pendidikan, wang itu tidak mencukupi kerana baki yang tinggal setelah ditolak yuran pengajian dan penginapan adalah terlalu sedikit sedangkan dirinya memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan.
  
"Setelah ditolak yuran dan sewa penginapan baki pinjaman saya hanya tinggal dalam kira-kira RM200 (sebulan) sahaja, dan jumlah itu tidak cukup, jadi saya memilih untuk mencari kerja sambilan untuk mencari duit belanja, walaupun dibayar kira-kira RM45 sehari, bagi saya ia mencukupi" kata pelajar tahun dua Diploma Jurusan Reka Bentuk Multimedia di sebuah kolej swasta di ibu kota kepada Bernama.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Lee Chong Wei Jawab Isu Bakal Dicalonkan Menentang DS Anwar Ibrahim..

Posted: 31 Jan 2014 05:52 PM PST

Respon Lee Chong Wei isu dicalonkan DUN Kajang - Berita pencalonan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kajang merupakan antara kejutan menarik minggu ini. 

Bermula dengan cadangan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul untuk meletakkan Chong Wei sebagai calon kerana popularitinya yang dapat menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ada kemungkinan cadangan itu bakal dipertimbangkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai.
Ditanya tentang respon Lee Chong Wei berhubung cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau memberitahu langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut."

Read More / Baca Lagi >>

Imam masjid dibunuh di Iskandariah oleh Regim Zionis As-Sisi

Posted: 31 Jan 2014 05:46 PM PST

Imam masjid dibunuh di Iskandariah 
KAHERAH - MESIR. Imam Masjid Ali Ibn Abi Talib di bandar Iskandariah dibunuh selepas pasukan keselamatan menyerbu rumah mangsa dan memukulnya beberapa kali.

Dipetik laoran Al - Jazeera, tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ke atas Sheikh Akram kerana beliau didakwa menyampaikan sentimen antikerajaan menerusi khutbah di masjid tersebut.

Ahli keluarganya mendakwa, imam terbabit turut dicampakkan dari balkoni rumah mereka ketika serbuan itu dibuat.

Dalam perkembangan lain, seramai 10 anggota Ikhwanul Muslimin telah ditahan atas kesalahan menghasut keganasan di laman sosial.

Read More / Baca Lagi >>

Anak pasangan Malaysia selamat tiba di KLIA pagi tadi

Posted: 31 Jan 2014 05:44 PM PST

Anak pasangan Malaysia selamat tiba pagi tadi
SHAH ALAM - Keempat-empat anak pasangan rakyat Malaysia yang ditahan reman di Sweeden selamat tiba ke tanah air kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

"Kami gembira tiba di sini", demikian reaksi ringkas anak sulung pasangan terbabit, Aisyah Azizul Raheem, 14.

Sebuah portal melaporkan, Aisyah dan tiga adiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat MAS dari Stockholm, diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Mereka sebelum ini diletak di bawah jagaan sebuah keluarga bukan Islam ketika ibu bapa mereka ditahan reman, diserah kepada Kedutaan Malaysia di sini semalam.

Ketibaan mereka disambut oleh lebih 10 ahli keluarga yang menanti sejak jam 6 pagi.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Cina sudah buat keputusan, masa depan mereka bukan bersama BN, kata bekas menteri dari Umno

Posted: 31 Jan 2014 05:42 PM PST



Zainuddin yakin bahawa zaman kegemilangan BN sudah berlalu. - Gambar The Malaysian Insider.  
Zainuddin yakin bahawa zaman kegemilangan BN sudah berlalu. - Gambar The Malaysian Insider. 

 Barisan Nasional (BN) tidak berpeluang menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana pengundi Cina sudah membuat keputusan masa depan mereka bukan lagi bersama BN, kata bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Zainuddin Maidin.
"Mereka telah memutuskan masa depan mereka bukan lagi bersama dengan BN, itu yang saya fikir. Sekadar orang Melayu yang boleh dibawa untuk menyokong Umno.
"Tapi orang Cina telah buat keputusan mereka. Zaman BN yang menyakinkan sudah berlalu, telah datang zaman yang sukar untuk BN menyakinkan," ujar bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu.
Oleh itu, bagi bekas menteri penerangan tersebut, tidak mungkin pengundi Cina akan mengubah fikiran untuk memilih BN pada ketika parti pemerintah tersebut dilihat lemah.
"Saya rasa, BN pasti kalah dalam PRK di Kajang.
"Saya tidak fikir orang Cina akan berubah fikiran mereka. Tidak ada," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider mengenai peluang BN untuk menang di Kajang.
Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.
Keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu, kekalahan banyak kerusi BN disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah.
Keputusan mengosongkan kerusi Kajang yang dibuat oleh PKR bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang.
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikkan harga: Peniaga kecil, pengguna dakwa terbeban...pemimpin peduli apa..!!

Posted: 31 Jan 2014 05:35 PM PST

Dizaman Najib Dan Rosmah: Pinjaman bank akan lebih mahal?

Posted: 31 Jan 2014 04:25 PM PST

KELMARIN, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berhubung perkembangan monetari dan kewangan negara memaklumkan kadar inflasi, iaitu kenaikan dalam harga barangan, mencecah 3.2 peratus bagi Disember tahun lalu, berbanding 2.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Menurut BNM, kenaikan itu disumbangkan peningkatan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang naik sebanyak 4.5 peratus pada Disember 2013 berbanding 3.9 peratus pada November 2013.

"Kenaikan harga makanan itu mencerminkan harga yang lebih tinggi dalam sub kategori ikan dan makanan laut, daging, dan sayur-sayuran, berikutan keadaan cuaca buruk, selain kenaikan harga juga dicatat dalam sub kategori makanan di luar rumah," menurut BNM.

Inflasi, selain memberi kesan secara terus kepada poket orang ramai yang perlu membeli barangan pada harga lebih mahal, turut membawa kesan lebih membimbangkan, iaitu terhadap kadar faedah pinjaman yang ditawarkan di bank-bank seluruh negara.

Walaupun BNM pada Rabu lalu mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) di Malaysia pada tiga peratus untuk separuh pertama tahun ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini menjangkakan BNM menaikkan OPR pada separuh kedua 2014 akibat tekanan inflasi.

"Persekitaran kadar faedah rendah ini telah mencapai titik penting dan ada kemungkinan OPR akan disemak semula kepada kadar lebih tinggi.

"Tetapi BNM dijangka cuba sebaik mungkin untuk tidak mengubah OPR walaupun ada tekanan inflasi," menurut Pengarah Eksekutif MIER Dr Zakariah Abdul Rashid, baru-baru ini.

OPR naik, kadar faedah di bank turut naik
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: BN kalah jika letak calon MCA kata Dr Mansor Md Noor

Posted: 31 Jan 2014 04:13 PM PST

Logo PRK dun Kajang
SHAH ALAM- Formula meletakkan golongan agamawan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang tidak boleh diguna pakai BN berikutan komposisi pengundinya yang hampir sama antara Melayu dan Cina.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, calon agamawan juga belum mampu mempengaruhi pengundi untuk memberikan kemenangan kepada BN.

"Formula di Permatang Pauh dengan meletakkan calon agamawan semasa pilihan raya lalu mungkin sesuai kerana ia kawasan kampung dengan majoritinya Melayu dan berhasil kerana berjaya kurangkan undi kepada PKR.

"Tapi di Kajang, pengundi Cina khususnya tidak akan mengambil kisah dengan calon agamawan atau tidak langsung memberi undi kepada BN kerana komposisinya 49 peratus Melayu dan 40 peratus Cina," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Cadangan BN jangan letak calon kalau rasa PRK Dun Kajang membazir disokong

Posted: 31 Jan 2014 04:09 PM PST


Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletak calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika berasa ia satu pembaziran mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Exco Selangor.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail (gambar) berkata, masih belum terlambat untuk BN bertindak dan memberi kemenangan percuma kepada calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kalau Umno rasa dengan berlakunya PRK Kajang ini satu pembaziran, jangan bertanding. Beri laluan kepada calon PKR. Amacam?," katanya sebagaimana yang dilaporkan Selangorkini, laman rasmi kerajaan negeri Selangor.
Sementara itu, penulis buku politik, Shahbudin Husin dalam tulisan di blognya menyindir Umno yang pernah melakukan tindakan sama pada 1997 ketika mahu menggantikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sebagai Menteri Besar Selangor.
Katanya, Tan Sri Abu Hassan Omar yang menjawat posisi menteri kabinet meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor, manakala Jamaluddin Adnan pula berundur sebagai Adun Permatang bagi memberi laluan kepada Abu Hassan.
Beliau berkata, tindakan itu memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan dua PRK setelah Abu Hassan dan Jamaluddin bertukar kedudukan.
"Jika PRK DUN Kajang yang diadakan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dianggap membazir, maka dua PRK serentak ketika mahu melantik Abu Hassan dulu tentu jauh lebih membazir lagi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1

Posted: 31 Jan 2014 04:07 PM PST


Kelibat Noh Omar tidak kelihatan di forum yang dianjurkan oleh RTM malam tadi. - Gambar Facebook Suhaizan Kaiat.Kelibat Noh Omar tidak kelihatan di forum yang dianjurkan oleh RTM malam tadi. - Gambar Facebook Suhaizan Kaiat.Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi.
Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.
Hasilnya dalam forum malam tadi, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.
Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.
Dalam forum malam tadi, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Khutbah Jumaat "Syiah !"

Posted: 31 Jan 2014 03:59 PM PST

Minyak Malaysia Naik Bukan Kerana Minyak Dunia - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 31 Jan 2014 07:58 AM PST

'Malam Namat'..'Tok Imam Mitak Nasi!' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 31 Jan 2014 07:54 AM PST

20 Sen vs 1 Qirath - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 31 Jan 2014 07:52 AM PST

Cara Solat Jenazah - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 31 Jan 2014 07:51 AM PST

PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR LARI LINTANG PUNGKANG TIDAK BERANI BERDEBAT DENGAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT DALAM RANCANGAN LANDSKAP RTM1.

Posted: 31 Jan 2014 07:48 AM PST

Punyalah brengsek bangsat haprak kangkung Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar.

Rancangan landskap RTM1 malam ini sepatutnya mempertemukan beliau dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Suhaizan Kayat untuk mengupas isu PRK DUN N25 Kajang.

Akhirnya tempat beliau digantikan oleh bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda UMNO dan Panglima Ludah Beracun Armand Azha.

Sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh Omar nak lanyak sampai lunyai lumat Ketua Pemuda PAS Pusat .. Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak YB Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah .. Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk di pulas pun dia lari mencicit sampai tidak cukup tanah.

Dalam perbincangan 4 serang 1 itu, Omak Kau lihat betapa Ketua Dewan Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat tetap tenang dan dingin kepala memberikan penjelasan mengapa PAS terutamanya DPPP yang diketuainya mengambil akan menyokong dan memebrikan sokongan padu dari segi soral dan gerak kerja jentera demi kelangsungan penguasaan Pakatan Rakyat keatas Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib jangan terjerat dengan Mahathir di Kajang

Posted: 31 Jan 2014 05:54 AM PST

Najib Razak seakan berat hati sahaja untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil N25 Kajang. Macam tidak bersungguh kelihatannya. Mungkin Najib sudah dapat mengagak apakah keputusannya kelak. Tetapi berbeza dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Moahamad.
Muhyuddin dihari pertama sebaik kerusi Kajang diityharkan kosong sudah memberi kenyataan BN akan letak calon. Walaupun nadanya tidak bersemangat dan lemah, tetapi menyerlahkan Muhyuddin tidak mahu mengalah. Kenapa?
Manakala Dr Mahathir Mohamad seperti sangat berharap BN meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Kajang dengan menekan agar MCA diberi peluang. Pandangan Mahathir selari dengan naluri Muhyuddin. BN kena bertanding.
Mahathir bersandarkan kepada Cina memandang kedudukan pengundi Cina di situ yang hampir sama dengan pengundi Melayu. Pengundi Cina sebanyak 40.46% manakala pengundi Melayu 48.48% dan pegundi India 10,15% daripada keseluruhan jumlah pengundi sebanyak 38,965.
Saranan Mahathir itu dari sudut lain menampakkan dia ikhlas dia tidak mahu Umno yang diberi laluan sepereti mana dicadang oleh pemimpin Khairy Jamaluddin dan dipersetujui oleh Zahid Hamidi kerana kawasan itu hak MCA. Kenapa soal siapa calon ini menjadi berbeza pandangan?
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Kredibiliti PKR hancur kata Isma

Posted: 31 Jan 2014 05:28 AM PST


Mohd Hazizi Abd Rahman 

SHAH ALAM - Keputusan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah telah menghancurkan kredibiliti partinya.

Setiausaha Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, tindakan meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR bagi menggantikan Chin Cheh merupakan langkah tidak bertanggungjawab pucuk pimpinan parti tersebut.

"PKR yang selama ini melaung-laungkan akauntabiliti, amanah, ketelusan dan anti pembaziran telah meranapkan seruan mereka sendiri, akibat perebutan kuasa sesama mereka," kata beliau yang dipetik Ismaweb.

Tambahnya tindakan itu tidak masuk akal dan membazirkan wang rakyat untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduh rakyat Malaysia pemalas: Mana kerjanya Ahmad Maslan?

Posted: 31 Jan 2014 05:18 AM PST

TIMBALAN Menteri Kewangan yang sering mengeluarkan kenyataan tidak menyenangkan rakyat mengenai sesuatu isu, Ahmad Maslan kini menuduh pula kenaikan angka pengangguran di negara ini adalah disebabkan mereka yang menurut hemat beliau sebagai 'rakyat Malaysia pemalas'.
          
Menurutnya , "Tiga peratus adalah mereka yang pemalas…  Mereka lebih buruk dari sekadar malas.  Terdapat 300,000  yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa," bagi merujuk kepada mereka yang dianggap oleh Ahmad Maslan sebagai pemalas.
          
Sejak Merdeka, ramai dari kalangan pemimpin Umno dan juga dari kalangan pemimpin parti komponen BN yang lain pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Walaupun dalam memilih anggota kabinet, terutama sekali Timbalan Menteri, Umno biasanya mengamalkan sikap 'jobs for the boys' maknanya melantik seseorang ke jawatan itu untuk memberikan pekerjaan kepada orang tertentu dalam parti (biasanya kerana akrab dengan pucuk pimpinan dan tidak semestinya kerana kebolehan, prestasi dan trek rekod), tetapi biasanya untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan ia dilakukan dengan lebih hati-hati.

Hanya mereka yang tahap inteleknya tinggi sahaja dilantik memenuhi jawatan tersebut dan tidak semestinya mereka yang memiliki berjela-jela ijazah atau merupakan bekas pelajar cemerlang yang pernah menerima pelbagai anugerah.

Namun di zaman Najib, amalan ini nampaknya telah diubasuai  sedikit.  Walaupun Najib masih lagi mengekalkan amalan 'jobs for the boys', tetapi perlantikan Timbalan Menteri Kewangan juga dibuat mengikut acuan yang sama.  Justeru tidak hairanlah sekiranya, terlalu banyak analisis mengenai ekonomi dibentangkan oleh Ahmad Maslan  tidak tepat, tersasar, berat sebelah dan meragukan dan akhirnya menjadi tidak lebih daripada cakap-cakap politik kosong bagi menegakkan benang basah kerajaan Umno-BN.
       
Read More / Baca Lagi >>

dollah yankee

dollah yankee


Gaduh? Mana ada!

Posted: 31 Jan 2014 06:09 PM PST

dollah yankee -
Gaduh?! mana ada kami gaduh!