RAKYAT MARHAEN |
- Perbincangan rekonsiliasi selamatkan Najib daripada disingkir?
- Calon bebas PRK Dun Kajang terperangkap dengan isu kaum
- Skrip Lucah Apakah Akan Timbul Oleh Macai Dan Barua Sempena PRK Dun Kajang..???
- Nak tahu sebab sebenar mereka marah sangat PRK Dun Kajang?
- PRK Dun Kajang: PKR rela ditolak pengundi
- Janji ‘dicapati’: Harga barang KR1M masih tinggi, kerajaan salah salur peruntukan
- Pelajar terpaksa cari alternatif atasi kenaikan kos sara hidup
- PRK Dun Kajang: Lee Chong Wei Jawab Isu Bakal Dicalonkan Menentang DS Anwar Ibrahim..
- Imam masjid dibunuh di Iskandariah oleh Regim Zionis As-Sisi
- Anak pasangan Malaysia selamat tiba di KLIA pagi tadi
- PRK Dun Kajang: Cina sudah buat keputusan, masa depan mereka bukan bersama BN, kata bekas menteri dari Umno
- Kenaikkan harga: Peniaga kecil, pengguna dakwa terbeban...pemimpin peduli apa..!!
- Dizaman Najib Dan Rosmah: Pinjaman bank akan lebih mahal?
- PRK Dun Kajang: BN kalah jika letak calon MCA kata Dr Mansor Md Noor
- Cadangan BN jangan letak calon kalau rasa PRK Dun Kajang membazir disokong
- PRK Dun Kajang: Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1
- Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Khutbah Jumaat "Syiah !"
- Minyak Malaysia Naik Bukan Kerana Minyak Dunia - Ustaz Azhar Idrus
- 'Malam Namat'..'Tok Imam Mitak Nasi!' - Ustaz Azhar Idrus
- 20 Sen vs 1 Qirath - Ustaz Azhar Idrus
- Cara Solat Jenazah - Ustaz Azhar Idrus
- PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR LARI LINTANG PUNGKANG TIDAK BERANI BERDEBAT DENGAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT DALAM RANCANGAN LANDSKAP RTM1.
- Najib jangan terjerat dengan Mahathir di Kajang
- PRK Dun Kajang: Kredibiliti PKR hancur kata Isma
- Tuduh rakyat Malaysia pemalas: Mana kerjanya Ahmad Maslan?
Perbincangan rekonsiliasi selamatkan Najib daripada disingkir? Posted: 31 Jan 2014 09:14 PM PST Tawaran pendamaian Pakatan Rakyat (PR) dengan saingannya Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah perkauman dan ekonomi juga dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada musuh dalamannya yang mahu menyingkirkannya. Pemimpin kanan PR membuat spekulasi tawaran berunding bagi mencari persamaan berhubung isu peningkatan kadar inflasi, jenayah dan rusuhan kaum membantu Najib menangani puak ultra Melayu yang wujud di dalam Umno. Pada masa sama, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyifatkan percaturan di Kajang meskipun tidak popular dapat mengukuhkan kebolehan Najib memulakan rundingan pendamaian dengan PR. Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu. |
Calon bebas PRK Dun Kajang terperangkap dengan isu kaum Posted: 31 Jan 2014 09:13 PM PST Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada Sankara Nair, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini terperangkap dengan isu perkauman selepas status kontroversi berhubung Tahun Baru Cina di Facebook pada Khamis. Semuanya bermula apabila Yuktes, yang menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada "5 peratus orang Cina yang baik dan kenang budi". "Kepada semua Cina DAP dan yang Cina lain yang sehaluan dengan mereka, sila minum banyak dan pandu kereta ke genting... "Kalau sempat sampai tolong judi macam ianya hari kiamat dunia... Kalau sempat bangun esok, dah ditakdirkan... tak mampu kita ubah... terpaksa lawan perangai rais ini untuk satu tahun lagi.... "Kepada keluarga saya yang 5% itu, you know I sayang you all," tulisnya. Ketika laporan ini ditulis, status itu dikongsi 40 kali serta mengundang 226 komen dengan banyak pengguna Internet mengutuk kenyataan itu. Beliau yang juga pernah berkhidmat sebentar dengan Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan bagaimanapun mempertahankan tulisan itu dengan berkata tidak adil menggelarkannya seorang rasis. Selain Yuktes, calon bebas lain yang disebut-sebut untuk pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) itu adalah Ramlan Abu Bakar yang terkenal dengan gelaran "reformis bogel" serta calon parti parti NewGen. |
Skrip Lucah Apakah Akan Timbul Oleh Macai Dan Barua Sempena PRK Dun Kajang..??? Posted: 31 Jan 2014 07:15 PM PST "Semua rakyat Malaysia sudah tahu tentang isu Kajang . Dalam masa terdekat ini Kajang akan diberi perhatian. Maka semakin terkenal lah Kajang walaupun bandar itu sinonim dengan makan popular rakyat Malaysia iaitu satay. Sebaik saja SPR mengumumkan tarikh mengundi yang akan didahului dengan hari penamaan calon , maka hari-hari Kajang akan diberi fokus oleh media umno PRK Kajang sudah pasti hangat. Hangat bukan kerana akan berlaku pertembungan dua calon yang handal. Tetapi hangat dengan cerita-cerita yang semua kita TST ( Tahu Sama Tahu ).Ini adalah kerana di pihak PR sudah pun diumumkan siapakah calonnya. PR meletakkan calon SUPER HEAVYWEIGHT. Seandainya BN meletakkan Najib ke atau Mahuydin atau Madey...confirm akan berlaku big fight. Tapi kalau BN letak cicak , akan berlaku perlawanan berat sebelah. Memandangkan yang akan bertanding itu adalah Anwar Ibrahim , confirm rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan cerita dan bahan2 lucah. Sewaktu tersebar desas desus Anwar akan bertanding dalam PR kecil selepas tamat tempoh larangan terhdapnya , kita di kejutkan dengan cerita dan pengakuan saiful yang dia diliwat. Kemudian setelah Anwar menjadi MP muncul di Youtube aksinya adegan seks dengan pelacur murahan yang menurut kata mereka itu adalah Anwar. TV siang malam mengulas adegan dalam youtube itu. Lepas itu keluar lagi gambar kononnya Anwar dengan jantan pulak. Dalam PR Kajang ini nanti apakah cerita lucah untuk dihidangkan kepada kita semua termasuk kepada pelajar-pelajar sekolah. Apakah sempat skrip lucah disiapkan dalam masa singkat ini ? Sudah pasti ada. Sama-sama kita tunggu. |
Nak tahu sebab sebenar mereka marah sangat PRK Dun Kajang? Posted: 31 Jan 2014 07:10 PM PST Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali , kedudukan Menteri Besar adalah keputusan yang dibuat oleh parti Islam, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Berterusan mempersoalkan Khalid sebagai Menteri Besar bermakna mereka mempersoalkan kebijaksanaan presiden kita," katanya lagi. Tidak ada sebab untuk menggantikan Khalid sebagai MB kerana beliau telah mentadbir negeri dengan jayanya. Jika terdapat keperluan untuk menggantikan jawatan tertinggi itu, ia akan lebih mudah diberikan semula kepada PAS, dengan melantik pesuruhjaya Selangor , Iskandar Abdul Samad, yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Cempaka dan exco negeri. Read More / Baca Lagi >>Katanya lagi, bahawa sebab sebenar di sebalik langkah itu adalah untuk menggantikan Menteri Besar PKR dan untuk mengelakkan kedudukan itu diambil oleh PAS. Sepatutnya, kedudukan Menteri Besar milik PAS kerana ia memegang majoriti kerusi di negeri ini dengan 15 kerusi, selain dari sekutu yang lain, DAP, juga dengan 15 kerusi. PKR mempunyai 13 kerusi. Saya tidak berapa pasti samada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS ini benar-benar mahu mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar dalam isu PRK Kajang ini atau kerana kepentingan sesuatu? Bak kata orang, ada udang di sebalik batu ....Kenyataan Khairudin ini mendapat pujian wartawan Sinarharian ~ Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini hanya 13 kerusi. Sila baca di sini Walau apapun sebelum saya komen mengenai kenyataan garang Khairudin diatas tadi, terlebih dahulu perlu dinyatakan bahawa PAS dan DAP sokong Anwar tanding di Kajang |
PRK Dun Kajang: PKR rela ditolak pengundi Posted: 31 Jan 2014 06:59 PM PST PKR sedia ditolak oleh pengundi dalam PRK Dun Kajang sekiranya pengundi berasa parti tersebut mempermainkan demokrasi ekoran tindakan mengosongkan kerusi tersebut untuk diberikan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjayakan satu agenda. Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu sebenarnya berisiko tinggi kerana taruhan yang dibuat terlalu besar dan bukan calang-calang. "Ini terpulang kepada rakyat untuk tentukan siapa yang mereka mahu pilih, jadi kita tunggu orang Kajang buat keputusan mereka. "Kalau ini didakwa permainan PKR, kami rela ditolak. Kami tidak memanipulasi sistem demokrasi seperti yang didakwa pihak lain," katanya kepada Sinar Harian semalam. Sebelum itu, pada forum ' Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' semalam, Rafizi berkata keputusan tersebut amat menyakitkan orang ramai namun ia perlu dilakukan demi tanggungjawab dan kepentingan bersama. "Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar ke dalam perkara ini dan ia bukan perkara yang mudah. "Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda, apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya. Terdahulu, PRK itu terpaksa diadakan berikutan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada 27 Januari lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Janji ‘dicapati’: Harga barang KR1M masih tinggi, kerajaan salah salur peruntukan Posted: 31 Jan 2014 06:53 PM PST SHAH ALAM, 1 FEB: Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) didapati gagal bersaing disebabkan kebanyakan harga barangan yang ditawarkan kedai serbaneka terbabit tidak kompetitif dengan pesaing lain. Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, kegagalan itu disumbangkan wang RM40 juta yang diperuntukkan tahun ini kepada projek KR1M tidak disalurkan bagi membantu menurunkan harga barangan yang dijual, sebaliknya dilaburkan untuk membuka lebih banyak cawangan kedai berkenaan. "Tahun ini, peruntukan RM40 juta diberikan untuk menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana kononnya KR1M adalah jawapan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat tetapi Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukan satu sen pun untuk menurunkan harga barang yang dijual di kedia itu. "Keseluruhan peruntukan RM40 juta itu adalah untuk ubah suai kedai untuk dijadikan KR1M. Jadi, sebab itu KR1M tidak ada kesan langsung untuk meringankan kos sara hidup rakyat tetapi lebih banyak memberi manfaat kepada mereka yang berada di belakangnya yang saya difahamkan banyak membabitkan pasaraya Mydin. "Keadaan ini seperti memberi satu lagi jalan kepada pihak swasta bagi mendapat wang daripada kerajaan untuk membuka KR1M, namun tidak beri kesan positif kepada kehidupan rakyat," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >> |
Pelajar terpaksa cari alternatif atasi kenaikan kos sara hidup Posted: 31 Jan 2014 06:52 PM PST KUALA LUMPUR - Bagi menampung kehidupan harian berikutan kenaikan kos sara hidup kini, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah itu. Menyedari tidak boleh hanya bergantung dengan wang pinjaman pendidikan, Ag Mohd Nasharudin Awang Nayan, 20, memilih bekerja sambilan di kedai makan berhampiran kediamannya bagi menampung perbelanjaan sehariannya. Menurutnya, walaupun mendapat pinjaman pendidikan, wang itu tidak mencukupi kerana baki yang tinggal setelah ditolak yuran pengajian dan penginapan adalah terlalu sedikit sedangkan dirinya memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan. "Setelah ditolak yuran dan sewa penginapan baki pinjaman saya hanya tinggal dalam kira-kira RM200 (sebulan) sahaja, dan jumlah itu tidak cukup, jadi saya memilih untuk mencari kerja sambilan untuk mencari duit belanja, walaupun dibayar kira-kira RM45 sehari, bagi saya ia mencukupi" kata pelajar tahun dua Diploma Jurusan Reka Bentuk Multimedia di sebuah kolej swasta di ibu kota kepada Bernama. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Lee Chong Wei Jawab Isu Bakal Dicalonkan Menentang DS Anwar Ibrahim.. Posted: 31 Jan 2014 05:52 PM PST Respon Lee Chong Wei isu dicalonkan DUN Kajang - Berita pencalonan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kajang merupakan antara kejutan menarik minggu ini. Bermula dengan cadangan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul untuk meletakkan Chong Wei sebagai calon kerana popularitinya yang dapat menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ada kemungkinan cadangan itu bakal dipertimbangkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai. Ditanya tentang respon Lee Chong Wei berhubung cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau memberitahu langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut. "Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut." |
Imam masjid dibunuh di Iskandariah oleh Regim Zionis As-Sisi Posted: 31 Jan 2014 05:46 PM PST Dipetik laoran Al - Jazeera, tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ke atas Sheikh Akram kerana beliau didakwa menyampaikan sentimen antikerajaan menerusi khutbah di masjid tersebut. Ahli keluarganya mendakwa, imam terbabit turut dicampakkan dari balkoni rumah mereka ketika serbuan itu dibuat. Dalam perkembangan lain, seramai 10 anggota Ikhwanul Muslimin telah ditahan atas kesalahan menghasut keganasan di laman sosial. |
Anak pasangan Malaysia selamat tiba di KLIA pagi tadi Posted: 31 Jan 2014 05:44 PM PST SHAH ALAM - Keempat-empat anak pasangan rakyat Malaysia yang ditahan reman di Sweeden selamat tiba ke tanah air kira-kira jam 7.00 pagi tadi. Read More / Baca Lagi >>"Kami gembira tiba di sini", demikian reaksi ringkas anak sulung pasangan terbabit, Aisyah Azizul Raheem, 14. Sebuah portal melaporkan, Aisyah dan tiga adiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat MAS dari Stockholm, diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin. Mereka sebelum ini diletak di bawah jagaan sebuah keluarga bukan Islam ketika ibu bapa mereka ditahan reman, diserah kepada Kedutaan Malaysia di sini semalam. Ketibaan mereka disambut oleh lebih 10 ahli keluarga yang menanti sejak jam 6 pagi. |
Posted: 31 Jan 2014 05:42 PM PST Barisan Nasional (BN) tidak berpeluang menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana pengundi Cina sudah membuat keputusan masa depan mereka bukan lagi bersama BN, kata bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Zainuddin Maidin. "Mereka telah memutuskan masa depan mereka bukan lagi bersama dengan BN, itu yang saya fikir. Sekadar orang Melayu yang boleh dibawa untuk menyokong Umno. "Tapi orang Cina telah buat keputusan mereka. Zaman BN yang menyakinkan sudah berlalu, telah datang zaman yang sukar untuk BN menyakinkan," ujar bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu. "Saya rasa, BN pasti kalah dalam PRK di Kajang. "Saya tidak fikir orang Cina akan berubah fikiran mereka. Tidak ada," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider mengenai peluang BN untuk menang di Kajang. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. Keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu, kekalahan banyak kerusi BN disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah. Keputusan mengosongkan kerusi Kajang yang dibuat oleh PKR bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang. Read More / Baca Lagi >> |
Kenaikkan harga: Peniaga kecil, pengguna dakwa terbeban...pemimpin peduli apa..!! Posted: 31 Jan 2014 05:35 PM PST |
Dizaman Najib Dan Rosmah: Pinjaman bank akan lebih mahal? Posted: 31 Jan 2014 04:25 PM PST KELMARIN, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berhubung perkembangan monetari dan kewangan negara memaklumkan kadar inflasi, iaitu kenaikan dalam harga barangan, mencecah 3.2 peratus bagi Disember tahun lalu, berbanding 2.9 peratus pada bulan sebelumnya. Menurut BNM, kenaikan itu disumbangkan peningkatan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang naik sebanyak 4.5 peratus pada Disember 2013 berbanding 3.9 peratus pada November 2013. "Kenaikan harga makanan itu mencerminkan harga yang lebih tinggi dalam sub kategori ikan dan makanan laut, daging, dan sayur-sayuran, berikutan keadaan cuaca buruk, selain kenaikan harga juga dicatat dalam sub kategori makanan di luar rumah," menurut BNM. Inflasi, selain memberi kesan secara terus kepada poket orang ramai yang perlu membeli barangan pada harga lebih mahal, turut membawa kesan lebih membimbangkan, iaitu terhadap kadar faedah pinjaman yang ditawarkan di bank-bank seluruh negara. Walaupun BNM pada Rabu lalu mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) di Malaysia pada tiga peratus untuk separuh pertama tahun ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini menjangkakan BNM menaikkan OPR pada separuh kedua 2014 akibat tekanan inflasi. "Persekitaran kadar faedah rendah ini telah mencapai titik penting dan ada kemungkinan OPR akan disemak semula kepada kadar lebih tinggi. "Tetapi BNM dijangka cuba sebaik mungkin untuk tidak mengubah OPR walaupun ada tekanan inflasi," menurut Pengarah Eksekutif MIER Dr Zakariah Abdul Rashid, baru-baru ini. OPR naik, kadar faedah di bank turut naik Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: BN kalah jika letak calon MCA kata Dr Mansor Md Noor Posted: 31 Jan 2014 04:13 PM PST SHAH ALAM- Formula meletakkan golongan agamawan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang tidak boleh diguna pakai BN berikutan komposisi pengundinya yang hampir sama antara Melayu dan Cina. Read More / Baca Lagi >>Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, calon agamawan juga belum mampu mempengaruhi pengundi untuk memberikan kemenangan kepada BN. "Formula di Permatang Pauh dengan meletakkan calon agamawan semasa pilihan raya lalu mungkin sesuai kerana ia kawasan kampung dengan majoritinya Melayu dan berhasil kerana berjaya kurangkan undi kepada PKR. "Tapi di Kajang, pengundi Cina khususnya tidak akan mengambil kisah dengan calon agamawan atau tidak langsung memberi undi kepada BN kerana komposisinya 49 peratus Melayu dan 40 peratus Cina," katanya kepada Sinar Harian semalam. |
Cadangan BN jangan letak calon kalau rasa PRK Dun Kajang membazir disokong Posted: 31 Jan 2014 04:09 PM PST Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletak calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika berasa ia satu pembaziran mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Exco Selangor. Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail (gambar) berkata, masih belum terlambat untuk BN bertindak dan memberi kemenangan percuma kepada calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kalau Umno rasa dengan berlakunya PRK Kajang ini satu pembaziran, jangan bertanding. Beri laluan kepada calon PKR. Amacam?," katanya sebagaimana yang dilaporkan Selangorkini, laman rasmi kerajaan negeri Selangor. Katanya, Tan Sri Abu Hassan Omar yang menjawat posisi menteri kabinet meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor, manakala Jamaluddin Adnan pula berundur sebagai Adun Permatang bagi memberi laluan kepada Abu Hassan. Beliau berkata, tindakan itu memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan dua PRK setelah Abu Hassan dan Jamaluddin bertukar kedudukan. "Jika PRK DUN Kajang yang diadakan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dianggap membazir, maka dua PRK serentak ketika mahu melantik Abu Hassan dulu tentu jauh lebih membazir lagi," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1 Posted: 31 Jan 2014 04:07 PM PST Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi. Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha. Hasilnya dalam forum malam tadi, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand. Dalam forum malam tadi, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read More / Baca Lagi >> |
Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Khutbah Jumaat "Syiah !" Posted: 31 Jan 2014 03:59 PM PST |
Minyak Malaysia Naik Bukan Kerana Minyak Dunia - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Jan 2014 07:58 AM PST |
'Malam Namat'..'Tok Imam Mitak Nasi!' - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Jan 2014 07:54 AM PST |
20 Sen vs 1 Qirath - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Jan 2014 07:52 AM PST |
Cara Solat Jenazah - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Jan 2014 07:51 AM PST |
Posted: 31 Jan 2014 07:48 AM PST Punyalah brengsek bangsat haprak kangkung Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar. Read More / Baca Lagi >>Rancangan landskap RTM1 malam ini sepatutnya mempertemukan beliau dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Suhaizan Kayat untuk mengupas isu PRK DUN N25 Kajang. Akhirnya tempat beliau digantikan oleh bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda UMNO dan Panglima Ludah Beracun Armand Azha. Sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh Omar nak lanyak sampai lunyai lumat Ketua Pemuda PAS Pusat .. Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak YB Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah .. Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk di pulas pun dia lari mencicit sampai tidak cukup tanah. Dalam perbincangan 4 serang 1 itu, Omak Kau lihat betapa Ketua Dewan Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat tetap tenang dan dingin kepala memberikan penjelasan mengapa PAS terutamanya DPPP yang diketuainya mengambil akan menyokong dan memebrikan sokongan padu dari segi soral dan gerak kerja jentera demi kelangsungan penguasaan Pakatan Rakyat keatas Putrajaya. |
Najib jangan terjerat dengan Mahathir di Kajang Posted: 31 Jan 2014 05:54 AM PST Najib Razak seakan berat hati sahaja untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil N25 Kajang. Macam tidak bersungguh kelihatannya. Mungkin Najib sudah dapat mengagak apakah keputusannya kelak. Tetapi berbeza dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Moahamad. Muhyuddin dihari pertama sebaik kerusi Kajang diityharkan kosong sudah memberi kenyataan BN akan letak calon. Walaupun nadanya tidak bersemangat dan lemah, tetapi menyerlahkan Muhyuddin tidak mahu mengalah. Kenapa? Manakala Dr Mahathir Mohamad seperti sangat berharap BN meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Kajang dengan menekan agar MCA diberi peluang. Pandangan Mahathir selari dengan naluri Muhyuddin. BN kena bertanding.Mahathir bersandarkan kepada Cina memandang kedudukan pengundi Cina di situ yang hampir sama dengan pengundi Melayu. Pengundi Cina sebanyak 40.46% manakala pengundi Melayu 48.48% dan pegundi India 10,15% daripada keseluruhan jumlah pengundi sebanyak 38,965. Saranan Mahathir itu dari sudut lain menampakkan dia ikhlas dia tidak mahu Umno yang diberi laluan sepereti mana dicadang oleh pemimpin Khairy Jamaluddin dan dipersetujui oleh Zahid Hamidi kerana kawasan itu hak MCA. Kenapa soal siapa calon ini menjadi berbeza pandangan?Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Kredibiliti PKR hancur kata Isma Posted: 31 Jan 2014 05:28 AM PST SHAH ALAM - Keputusan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah telah menghancurkan kredibiliti partinya. Setiausaha Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, tindakan meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR bagi menggantikan Chin Cheh merupakan langkah tidak bertanggungjawab pucuk pimpinan parti tersebut. "PKR yang selama ini melaung-laungkan akauntabiliti, amanah, ketelusan dan anti pembaziran telah meranapkan seruan mereka sendiri, akibat perebutan kuasa sesama mereka," kata beliau yang dipetik Ismaweb. Tambahnya tindakan itu tidak masuk akal dan membazirkan wang rakyat untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun itu. Read More / Baca Lagi >> |
Tuduh rakyat Malaysia pemalas: Mana kerjanya Ahmad Maslan? Posted: 31 Jan 2014 05:18 AM PST Menurutnya , "Tiga peratus adalah mereka yang pemalas… Mereka lebih buruk dari sekadar malas. Terdapat 300,000 yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa," bagi merujuk kepada mereka yang dianggap oleh Ahmad Maslan sebagai pemalas. Sejak Merdeka, ramai dari kalangan pemimpin Umno dan juga dari kalangan pemimpin parti komponen BN yang lain pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Walaupun dalam memilih anggota kabinet, terutama sekali Timbalan Menteri, Umno biasanya mengamalkan sikap 'jobs for the boys' maknanya melantik seseorang ke jawatan itu untuk memberikan pekerjaan kepada orang tertentu dalam parti (biasanya kerana akrab dengan pucuk pimpinan dan tidak semestinya kerana kebolehan, prestasi dan trek rekod), tetapi biasanya untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan ia dilakukan dengan lebih hati-hati. Hanya mereka yang tahap inteleknya tinggi sahaja dilantik memenuhi jawatan tersebut dan tidak semestinya mereka yang memiliki berjela-jela ijazah atau merupakan bekas pelajar cemerlang yang pernah menerima pelbagai anugerah. Namun di zaman Najib, amalan ini nampaknya telah diubasuai sedikit. Walaupun Najib masih lagi mengekalkan amalan 'jobs for the boys', tetapi perlantikan Timbalan Menteri Kewangan juga dibuat mengikut acuan yang sama. Justeru tidak hairanlah sekiranya, terlalu banyak analisis mengenai ekonomi dibentangkan oleh Ahmad Maslan tidak tepat, tersasar, berat sebelah dan meragukan dan akhirnya menjadi tidak lebih daripada cakap-cakap politik kosong bagi menegakkan benang basah kerajaan Umno-BN. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan