Sabtu, 28 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Rafizi pula nak saman polis

Posted: 28 Dec 2013 08:41 PM PST

Oleh: Norhayati Umor


KUALA LUMPUR 29 DIS : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengambil tindakan undang-undang ekoran tuduhan mengaitkan beliau dengan perancangan letupan bom pada malam 31 Disember ini.

Beliau turut kesal dengan tindakan polis yang memanggil beliau untuk diberi keterangan sedangkan perkara itu jelas disebarkan oleh blogger Barisan Nasional (BN).

Rafizi SAMRafizi menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak adil kerana tidak memanggil pihak yang bertanggungjawab dalam sebaran berita terbabit.

"Tuduhan itu jelas rekaan dari blogger Umno, saya sangat kesal dengan pihak polis yang berat sebelah memanggil saya untuk memberi keterangan.

"Sedangkan yang sepatutnya dipanggil atau memberi keterangan dan disiasat ialah blogger Umno kerana mereka bertindak menjejaskan ketenteraman awam dengan menyebarkan berita palsu," katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Program Advokasi Anti Pemerdangangan Manusia, di Pangsapuri Intan, di sini.

Rafizi turut mempersoalkan tindakan polis yang sebelum ini tidak pernah menyoal siasat blogger Umno walaupun pelbagai fitnah dilemparkan berunsurkan jenayah.

"Kalau perkara itu orang biasa, sudah lama polis letak mereka dalam penjara.

"Tapi blogger Umno, sampai sekarang bukan mereka yang disiasat sedangkan mereka yang lakukan segala fitnah dan menjejaskan ketenteraman awam, sebaliknya orang macam saya yang kena tuduh.

"Oleh itu, saya kesal dengan tindak tanduk polis, jika polis bertindak melampaui batas, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Difahamkan, Rafizi dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi, pada 11 pagi,hari ini.

Sebelum ini, beberapa blogger mengeluarkan satu lampiran yang kononnya dipintas masuk ke e-mail milik Rafizi berhubung letupan bom di lima kawasan sekitar Kuala Lumpur pada 31 Disember.

Rafizi sebelum ini, menafikan penglibatan Pakatan Rakyat dalam bantahan yang akan diadakan ekoran kenaikan harga barangan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka. - SUMBER

Rafizi: Siasat penulis blog isu emel 'letupan'
 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau terkejut dipanggil memberi keterangan berhubung sebaran emel yang mendakwa akan berlaku kejadian letupan semasa perhimpunan pada malam 31 Disember.
Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepatutnya menyiasat penulis blog dan juga akhbar yang didakwanya menyebarkan emel khabar angin tersebut.
"Hal ini bukan saja drama yang teruk, tapi mewujudkan satu duluan yang teruk. 

"Adakah selepas ini jika ada orang dapat emel mengenai cerita  (Datin Seri) Rosmah (Mansor), PDRM akan panggil beliau (Rosmah)?

MP Pandan itu juga berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang usaha berhubung apa-apa letupan pada malam 31 Disember.
"Satu-satunya bom yang saya tahu ialah kuih bom," kata MP muda itu secara berseloroh.

Rafizi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 11:30 pagi tadi diiringi peguamnya N. Surendran dan Pengerusi Biro Guaman PKR, Latheefa Koya.

Beliau kini sedang memberi keterangan setelah dipanggil untuk siasatan hari ini.

Sementara itu Surendran berkata PDRM patut menarik balik anggapan buruk terhadap Rafizi kerana ia hanya tohmahan semata.

"Saya beri amaran jika mereka (PDRM) tidak minta maaf atas tuduhan ini, kita akan saman di mahkamah," kata beliau.

che’GuBard kepada Amar Singh - Minta Maaf atau saman RM100 juta

Posted: 28 Dec 2013 07:15 PM PST

KENYATAAN MEDIA

 29 Disember 2013

Simpati PDRM diperalat regim. Amar Sigh, minta maaf atau disaman RM100juta



1.       Dengan ini saya merakamkan rasa terkejut dan kecewa dengan tuduhan Timbalan Ketua Polis K.Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan saya dan Solidariti Anak Muda  Malaysia (SAMM) dengan tuduhan menganjurkan himpunan untuk mengulingkan kerajaan  pada 31 Disember nanti.Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu konon wujud perancangan mengebom dan sebagainya.



2.       Rakyat terhimpit dengan kenaikan kos hidup. Ini berkait rapat dengan kegagalan regim  pemerintah selama ini dengan memungkiri janji janji pilihanraya yang belum setahun berlalu. Di masa pilihanraya Bn telah berjanji untuk menurunkan tol dan perbagai lagi usaha pengurangan kos hidup. Tetapi akhirnya mereka sendiri menipu, bukan sahaja gagal mengawal kos hidup tetapi mereka sendiri mengumumkan kenaikan berantai bermacam macam lagi keperluan asas yang lain seperti minyak ,elektrik, gula dan lain lain lagi. Sedar dengan kegagalan dan penipuan regim ini maka muncul cadangan untuk rakyat turun ke Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes terhadap kenaikkan kos sara hidup.  Cadangan ini bermula dengan persetujuan yang diolah dalam media baru seperti Facebook.



Ekoran itu beberapa ngo seperti SAMM menyambut baik persetujuan yang diolah secara organik ini dengan menyusun promosi  dan seumpamanya, malah satu seketeriat  ditubuhkan bukan sebagai penganjur tetapi penyelengara untuk melicinkan perbagai urusan.



3.       Namun regim yang sentiasa menganggap kebangkitan kesedaran dan kecerdikan rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikkan kos sara hidup sebagai himpunan menggulingkan kerajaan.



4.       Media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikkan kos sara hidup kepada menggulingkan kerajaan . SAMM antara yang bersetuju dengan hak rakyat berhimpun dan menyatakan  protes terhadap kos kehidupan serta penipuan janji janji pilihanraya Bn, telah berkali kali menegaskan melalui kenyataan persendirian dan kenyataan bersama bahawa himpunan ini cuma himpunan rakyat menyatakan protes bukan berbentuk keganasan tetapi aman.



5.       Malah pra himpunan banyak telah di adakan atas nama flashmob di banyak tempat sama ada di dalam atau diluar lembah Kelang. Semua berjalan baik,begitulah bentuk himpunan ini cuma ia dalam skala yang besar di Dataran Merdeka pada malam tahun baru nanti.



6.       Tidak di nafikan banyak juga pihak termakan dakyah jahat yang mengaitkan himpunan malam tahun baru nanti dengan keganasan menggulingkan kerajaan. Cuma tidak pasti PDRM merupakan pihak yang terpedaya propaganda jahat tersebut atau dengan sendirinya terlibat menjayakan propaganda tersebut. 



7.       Kemuncaknya adalah semalam apabila Timbalan Ketua Polis KL  telah membuat sidang media seolah mempunyai maklumat gempar. Ia kelihatan seperti lidah propaganda jahat menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama saya dan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai terlibat menganjurkan himpunan guling kerajaan malam tahun  baru yang bukan sahaja bersifat ganas tetapi terkait juga dengan bom dan sebagainya. 



Amar Singh kononya ada maklumat mengenainya. Lebih lawak jenaka kerana dalam begitu serius membawa tuduhan mengenai himpunan besar menggulingkan kerajaan, dia sendiri pula  berkata bahawa NGO – NGO yang disebut itu cuma NGO kecil sahaja dan himpunan tersebut hanya akan dihadiri oleh ratusan orang sahaja. Saya amat kasihan dengan Amar Singh, seoprang pegawai polis kanan begitu kelihatan bodoh ketika menjadi alat aparat dakyah regim.



8.       Saya dengan ini menafikan dakyah Amar Singh ini. Mohon semua pihak bertenang, ini semua usaha mengalihkan isu sebenar –rakyat susah, kos hidup naik, regim gagal, janji PRU Bn menipu. Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Amar Singh dan memohon maaf. Dia harus dedah sumber pembohongan ini. Saya akan mengambil tindakan undang – undang terhadap dia dan semua media jahat yang menjadi penyambung fitnah tersebut. Isnin 30 Disember) akan menghantar notis undang – undang terhadap Amar Singh dan media – media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100juta ke atasnya. 



9.       Semua harus datang secara aman, jika ada bersenjata dan membuat provokasi menghasut keganasan, ia agen jahat maka rakyat sendiri akan tangkap dan serah kepada polis. Polis juga sudah tentu tidak mahu menandakan permulaan tahun baru ini dengan titik hitam hubungan polis dengan rakyat. Hanya bersenjatakan banner, poster dan laungan kita jumpa di Dataran Merdeka 31 Disember ini.



** kenyataanm ini dikeluarkan dari Miri, Sarawak  kerana dalam Lawatan Kerja SAMM ke Sarawak. Dua hari berada di belantara Baram bersama komuniti orang asal yang bangkit menentang pembinaan Empangan Baram. Sebentar lagi akan terbang ke Kuching untuk pelancaran program anak muda Sarawak- Nyah Taib 

Takkan la kerajaan Najib serapuh biskut kering?

Posted: 28 Dec 2013 06:28 PM PST


Serentak dengan sambutan malam tahun baru beberapa hari lagi, beberapa NGO pro pembangkang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Dataran Merdeka untuk menzahirkan luahan perasaan terhadap kerajaan yang menaikkan beberapa harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa bulan lalu.


Sejak pilihanraya umum Mei lalu, kerajaan didapati telah menaikkan empat hingga lima barang dan perkhidmatan, manakala menjelang 1 Januari 2014 nanti, beberapa kenaikan lagi turut menyusul yang sekaligus menjadikan kehidupan rakyat terus-terusan disusahkan oleh kerajaan.

Siri kenaikan yang paling banyak dalam sejarah negara ini jelas tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan sepatutnya mengurangkan kos, bukannya menaikkan harga.

Lebih dari itu, ada yang menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barang naik dan tahun sengsara bagi rakyat yang pada hakikatnya semakin hari semakin dikemudiankan oleh kerajaan.

Lantaran itu, perhimpunan aman di malam ambang merdeka ini tentulah dapat difahami maksud dan tujuannya. Ia hanyalah sekadar medan untuk rakyat meluahkan perasaan dan agar kerajaan lebih mendengar rintihan mereka.


Bagaimanapun, sementara sesetentah pemimpin dan ahli UMNO memahami dengan rasional tujuan perhimpunan itu, terdapat pula pihak lain yang cuba memesongkan pemikiran massa dengan mengatakan perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan. Beratus-ratus laporan polis sudah dibuat untuk meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan itu.


Walaupun sudah dijelaskan berkali-kali oleh pihak penganjur bahawa perhimpunan itu tiada kena-mengena dengan agenda menggulingkan kerajaan, namun ia seperti tidak diendahkan dan laporan polis terus juga dibuat. Termasuk yang tidak mahu faham dan turut mengaitkannya dengan tujuan menggulingkan kerajaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang turut mengetuai sekumpulan orang membuat laporan polis semalam.

Rupa-rupanya bukan kalangan pemimpin muda daripada Pemuda UMNO saja yang tidak faham, pemimpin sudah beruban seperti Ali Rustam pun turut sama tidak faham.

Hakikatnya, ketidakfahaman mereka itu lebih menggambarkan kebimbangan terhadap kejayaan perhimpunan tersebut. Mereka tahu rakyat sedang marah ketika ini dan ia mungkin mendorong ramai daripadanya untuk turut sama turun ke Dataran Merdeka.

Jika ramai yang turun ke Dataran Merdeka, tentulah ia dilihat sebagai manifestasi bahawa rakyat semakin jauh dengan kerajaan. Tetapi ia cuma sekadar itu. Sambil merayakan sambutan tahun baru, mereka ingin juga melakukan sesuatu yang bermakna, selain daripada berhibur. Selebihnya mungkin hadir hanya untuk berhibur semata-mata.

Tidak mungkin kerajaan terguling atau tumbang hanya kerana sekumpulan anak-anak muda mengadakan protes kenaikan harga barang. Sistem, budaya dan kedudukan masyarakat kita jelas tidak menerima kerajaan ditumbangkan melalui rusuhan atau tunjuk perasaan. Berdemo dan mengadakan tunjuk perasaan hanyalah sekadar meluahkan perasaan, lagi pula ia dibenarkan dalam Perlembagaan dan sesuai dengan janji Najib mengenai perhimpunan aman sendiri.

Tidak mungkin kerajaan tumbang atau terguling hanya ketana perhimpunan seperti jni, kecualilah kerajaan Najib ini sudah begitu rapuh seperti biskut kering yang mudah dipatah atau lembut bila direndam dalam air. Tetapi adakah begitu keadaannya?

Sejarah telah membuktikan bahawa kita ada rekod dan sistem tersendiri kalau mahu menukar kerajaan atau menukar Perdana Menteri.

Jadi, janganlah kalut terlebih-lebih dengan perhimpunan ini.

Begitu dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis KL, Amar Singh Ishar Singh yang menyatakan perhimpunan itu bertujan menimbulkan kekecohan, malah menyatakan penganjur akan mendirikan beberapa khemah di sekitar Dataran Merdeka serta membawa pelbagai senjata termasuk bom ke perhimpunan itu.

Kenyataan ini lebih bertujuan menakutkan rakyat dan tidak membantu memperbaiki imej kerajaan. Polis seharusnya lebih fokus kepada kawalan keselamatan dan mencegah sesuatu yang buruk. Jika ada bukti kukuh dan sahih, tangkaplah mereka yang terbabit itu walaupun secara realitinya ternampak mustahil penganjur secara terbuka mendirikan khemah dan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan ke tempat awam.

Jika benar polis mempunyai maklumat seperti itu, mereka yang terbabit seharusnya ditahan sebelum pun mereka sampai ke Dataran Merdeka lagi. Maklumat seperti ini tidak seharusnya diucapkan secara santai melalui media, kecualilah tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan dan menghalang kehadiran rakyat.

Walaupun sudah beratus laporan polis dan nyanyian mengguling kerajaan semakin kuat kedengaran, pihak polis tidak seharusnya mudah melatah dengan perkara ini. Biarkanlah anak-anak muda ini meluahkan perasaan mereka, tetapi mesti diingatkan supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang buruk yang boleh menjejaskan keselamatan.

Daripada menghebahkan pelbagai perkara yang tidak pasti, pihak polis sebaiknya memanggil penganjur terlibat dan meminta jaminan tiada kekecohan, huru-hara atau keganasan daripada mereka atau mereka akan dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu yang buruk.

Kerajaan seharusnya lebih bijaksana menangani isu, manakala sikap kalut dan reaksi berlebih-lebih hanya memperlihatkan kepimpinan Najib sedang rapuh dan umpama biskut kering saja kedudukannya.- SH 

Perhimpunan 3112 : Penganjur bawa senjata termasuk bom tangan ooi, hangpa jaga2 ... depa nak gulin Najib ... hehehe aku gelak gulin-gulin

Posted: 28 Dec 2013 05:14 AM PST

Kalau mengikut risikan polis himpunan  haram yang dirancang oleh kumpulan yang dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang gugat keamanan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Empat kumpulan yang dikenalpasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).


Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Sabtu beliau memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka Selasa ini.

Katanya pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012. 

Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan.-28/12/2013 - Agenda Daily

Wanita dirogol beramai-ramai malam Krismas

Posted: 27 Dec 2013 11:40 PM PST

New Delhi 28 Dis - Seorang wanita berusia 20 tahun didakwa menjadi mangsa rogol beramai-ramai menjelang sambutan Krismas di selatan India, lapor media semalam, kejadian terbaru dalam siri serangan seksual yang dilaporkan di negara itu.
Laporan mengenai serangan terbaru berkenaan tersiar dua hari sebelum India dijangka memperingati ulang tahun pertama kematian penuntut wanita yang dirogol beramai-ramai di atas bas dalam serangan yang mengejutkan negara itu. 
Wanita yang diserang menjelang Krismas itu memberitahu polis beliau diculik tiga lelaki ketika bersiar-siar dengan rakan-rakannya di Karaikal, bandar raya pelabuhan di Puducherry, laporan Times of India dan rangkaian televisyen.

Salah seorang lelaki berkenaan merogolnya di sebuah tempat terpencil sebelum membebaskan mangsa, menurut Times of India.
Beliau meminta tolong tetapi sekumpulan tujuh lelaki lain menyerangnya ketika dibawa ke tempat selamat. Enam daripada mereka merogolnya.
"Satu kes sudah dilaporkan. Ada 15 tertuduh dan seorang mangsa," kata pegawai kanan polis, Monika Bhardwaj. 
Bhardwaj berkata, tiga daripada tertuduh melarikan diri.
Akhbar Times of India melaporkan polis mendaftarkan kes berkenaan sebagai penculikan, rogol berkumpulan dan ugutan jenayah terhadap tertuduh. - AFPs

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Fitnah Menguling: Dituduh sebagai dalang: SAMM dan Jingga 13 akan saman Polis

Posted: 28 Dec 2013 09:27 PM PST

Polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai dalang utama perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Empat pertubuhan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan senjata.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya telah mengenal pasti kumpulan tersebut berdasarkan hasil maklumat dan risikan.

"Justeru polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang akan menggugat ketenteraman awam pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam.

Rentetan dari itu  laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13 terhadap tuduhan tidak berasas yang dianggap sebagai fitnah itu, dan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut akan disaman dalam tempoh yang terdekat.

Bagaimanapun sekumpulan individu dari PERKASA yang dibiayai oleh Kerajaan dilaporkan telah cuba menghalang laporan Polis itu.


Selain Jingga 13, SAMM yang turut difitnah sebagai dalang untuk menggulingkan kerajaan pada tahun baru ini turut mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau atau berhadapan saman RM100Juta.

SAMM: Tarik balik fitnah atau disaman RM100j
SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.
Read More / Baca Lagi >>

Rasionalisasi ekonomi kerajaan 47% BN yang tidak rasional

Posted: 28 Dec 2013 09:23 PM PST

KERAJAAN Pusat sudah melaksanakan rasionalisasi ekonominya menerusi pendekatan menaikkan harga barangan dan caj tenaga serta yang terbaru cadangan menaikkan bayaran tol pengguna lebuh raya.
Ia adalah lanjutan daripada siri-siri kenaikan harga barangan asas selepas pilihan raya umum yang ketika kempen pihak BN menjanjikan untuk mengurang kos sara hidup rakyat.
Namun apa yang berlaku ialah kos sara hidup itu cuba dikurangkan dengan menaikkan harga petrol, diesel dan gas. Seperti mana pada 3 September lalu harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan kepada 20 sen menyambung daripada siri-siri kenaikan harga sebelum ini.
Kerajaan BN Pusat cuba memujuk rakyat dengan mengadakan beberapa pendekatan antaranya membuka rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malik semasa perasmian KR1M di Tawau, Sabah pada 15 September lalu berkata, langkah kerajaan membuka KR1M dan bersedia menjual sebanyak 397 jenis barangan pengguna pada harga berpatutan membuktikan kerajaan menepati janji. Kenyataan ini adalah permainan wayang yang cuba mempersendakan rakyat.
Ia ditambah buruk lagi dengan sikap pemimpin BN yang menghiburkan rakyat dengan segala pemberian termasuk BR1M, insuran satu Malaysia dan pelbagai skim kredit atas jenama 1Malaysia.
KR1M bukan penyelesaian
Read More / Baca Lagi >>

Emel Fitnah: Siasat penulis blog isu emel 'letupan' - Rafizi

Posted: 28 Dec 2013 09:21 PM PST

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau terkejut dipanggil memberi keterangan berhubung sebaran emel yang mendakwa akan berlaku kejadian letupan semasa perhimpunan pada malam 31 Disember.
Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepatutnya menyiasat penulis blog dan juga akhbar yang didakwanya menyebarkan emel khabar angin tersebut.
"Hal ini bukan saja drama yang teruk, tapi mewujudkan satu duluan yang teruk.

"Adakah selepas ini jika ada orang dapat emel mengenai cerita  (Datin Seri) Rosmah (Mansor), PDRM akan panggil beliau (Rosmah)?

MP Pandan itu juga berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang usaha berhubung apa-apa letupan pada malam 31 Disember.
"Satu-satunya bom yang saya tahu ialah kuih bom," kata MP muda itu secara berseloroh.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah "BOM": Rafizi beri keterangan hari ini, persoal kewajaran tindakan polis

Posted: 28 Dec 2013 09:20 PM PST



Rafizi Ramli bercakap kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Disember, 2013. 
Rafizi Ramli bercakap kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Disember, 2013.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat PKR Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan kewajaran tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil beliau untuk disoal siasat berhubung satu emel mendakwa usaha membuat letupan di beberapa kawasan semasa sambutan tahun baru yang dimulakan oleh blog Umno.
Beliau menyifatkan permintaan untuk beliau datang ke balai polis adalah sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan ia hanyalah tuduhan  tanpa sebarang bukti.
"Saya begitu terkejut dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu ini kerana bagi saya ia satu tuduhan yang dibuat secara main-main oleh pihak blogger.
"Bagaimanapun, polis seperti tidak tahu membezakan tuduhan khabar angin dengan percaya saya mempunyai kebolehan untuk menanam bom," katanya kepada media di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

Apa kaitan Riza Shahriz – Jho Low??

Posted: 28 Dec 2013 08:06 PM PST

Anak tiri Najib Razak, anak Rosmah Mansor Riza Shahriz Abdul Aziz dilaporkan membeli kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.
Riza_Shahriz_Jho_Low 
Gambar di atas adalah gambar Riza Shahriz Abdul Aziz (kiri) dan jutawan Low Taek Jho (kanan), yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low. Jho Low sebelum ini telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi oleh Najib Razak seperti didakwa Anwar, di sini.
Apakah kaitan mereka berdua sehingga Riza Shahriz Abdul Aziz yang menyimpan sejak kecil seperti ibunya mampu membeli kondo RM110 juta di New York?

Dihalau seperti PATI: Penduduk Kampung Railway tuntut bela di mahkamah

Posted: 28 Dec 2013 08:01 PM PST

Penduduk Kampung Railway tuntut bela di mahkamah 
 James (dua, kanan) menunjukkan keratan akhbar mengenai anaknya yang didakwa dicederakan pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR - Rumah bagi projek perumahan rakyat (PPR) yang dijanjikan masih belum siap, namun rumah sedia ada sudah dirobohkan manakala pampasan dijanjikan juga tidak diberi.

Itu antara isu yang menjadi pertikaian penduduk  Kampung Railway sehingga memaksa mereka membuat desakan terhadap pihak berkuasa serta tuntutan di mahkamah bagi membela nasib.

Seorang penduduk, S Prawathy, 56, berkata tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan rumah mereka dianggap tidak berperikemanusiaan dan dilihat seperti menghalau orang asing sedangkan mereka adalah rakyat tempatan.

"Kami tinggal di sini sejak kecil dan sudah lima generasi hidup dan membesar di kampung ini. Datuk saya juga bekas kakitangan syarikat pengangkutan kereta api yang tinggal di sini sampai keadaannya uzur.

"Tapi sampai hari ini kita dibuang begitu saja. Rumah tiada. Terpaksa tinggal di rumah pakcik. Bagaimana nasib kami?" Katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Batu, semalam.

Menurut Prawathy, mereka hanya mahukan pembelaan sewajarnya dengan memberikan rumah dijanjikan.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi kesal polis tidak ambil tindakan terhadap blogger Umno

Posted: 28 Dec 2013 07:58 PM PST

KUALA LUMPUR 29 DIS : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengambil tindakan undang-undang ekoran tuduhan mengaitkan beliau dengan perancangan letupan bom pada malam 31 Disember ini.
Beliau turut kesal dengan tindakan polis yang memanggil beliau untuk diberi keterangan sedangkan perkara itu jelas disebarkan oleh blogger Barisan Nasional (BN).
Rafizi menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak adil kerana tidak memanggil pihak yang bertanggungjawab dalam sebaran berita terbabit.
"Tuduhan itu jelas rekaan dari blogger Umno, saya sangat kesal dengan pihak polis yang berat sebelah memanggil saya untuk memberi keterangan.
"Sedangkan yang sepatutnya dipanggil atau memberi keterangan dan disiasat ialah blogger Umno kerana mereka bertindak menjejaskan ketenteraman awam dengan menyebarkan berita palsu," katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Program Advokasi Anti Pemerdangangan Manusia, di Pangsapuri Intan, di sini.
Rafizi turut mempersoalkan tindakan polis yang sebelum ini tidak pernah menyoal siasat blogger Umno walaupun pelbagai fitnah dilemparkan berunsurkan jenayah.
"Kalau perkara itu orang biasa, sudah lama polis letak mereka dalam penjara.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Perlu Berjimat Untuk Kerajaan 47% Bermewah..!!!

Posted: 28 Dec 2013 07:53 PM PST

SHAH ALAM – Kerajaan boleh menjimatkan kos dengan mengurangkan perbelanjaan yang dianggap kurang penting.

Pakar ekonomi, Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, walaupun nampak remeh, tetapi banyak perbelanjaan yang boleh dijimatkan tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan.

"Misalnya, perbelanjaan perjalanan pemimpin boleh dikurangkan dengan menggunakan pesawat penerbangan yang lebih murah. Selain itu, boleh juga kurangkan mesyuarat yang tidak penting.

"Itu belum lagi kos untuk makan mewah setiap kali mesyuarat diadakan. Sedangkan benda ini kalau dikurangkan, langsung tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut beliau, setiap jabatan kerajaan juga perlu memikirkan cara kreatif untuk mengurangkan kos dalam perkhidmatan mereka.

"Contohnya, kemudahan e-mel boleh digunakan bagi menggantikan telefon. Jabatan juga boleh sediakan peruntukan untuk kakitangannya menggunakan aplikasi perhubungan yang percuma seperti Whatsapp.
"Malah, sebagai galakan untuk jabatan-jabatan berusaha mengurangkan kos, mungkin kerajaan boleh sediakan penghargaan kepada mereka," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Polis pantas siasat Rafizi isu emel palsu 'letupan' yang dicipta macai Umno..!!

Posted: 28 Dec 2013 07:40 PM PST

Polis memanggil pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk siasatan berhubung kandungan satu emel yang mendakwa mengenai usaha untuk membuat letupan di beberapa kawasan semasa sambutan malam tahun baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu kenyataan berkata, emel tersebut didakwa dihantar oleh Dr Rahim Ghouse – seorang bekas exco Pemuda Umno Pulau Pinang.

Kenyataan polis bagaimanapun tidak menyebut sama ada pasukan itu juga telah mengenalpasti pihak yang mula-mula menyebarkan emel berkenaan.

"PDRM memandang serius terhadap penyebaran e-mel yang dikatakan dihantar oleh Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli mengenai rancangan letupan di beberapa kawasan strategik sempena sambutan Tahun Baru.

"Pengarah Strategi PKR yang juga MP Pandan Rafizi Ramli telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Sehingga hari ini, sejumlah 1,151 laporan polis diterima dari seluruh negara terhadap bantahan penganjuran perhimpunan memudaratkan ketenteraman awam yang disebarkan melalui media sosial sebelum ini," kenyataan itu dipetik.
Read More / Baca Lagi >>

SAMM: Tarik balik fitnah atau disaman RM100juta

Posted: 28 Dec 2013 07:38 PM PST


Badrul Hisham Shaharin 

SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.

"Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.

"…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

"…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya," katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya.
Read More / Baca Lagi >>

TURUN 31 Dis: Wanita PKR Johor bawa isi hati rakyat

Posted: 28 Dec 2013 07:36 PM PST

Wanita PKR Johor bawa isi hati rakyat 
Natrah (tiga, kiri) mengiringi Haniza (dua, kanan) beramah mesra dengan Wanita PKR negeri yang hadir ke Majlis Pemilihan Jawatankuasa Pilihanraya Wanita PKR Negeri Johor, semalam.
JOHOR BAHRU – Wanita PKR Johor akan menghantar jenteranya untuk bersama-sama menyertai himpunan di Dataran Merdeka, 31 Disember ini.

Ketuanya, Natrah Ismail berkata, Wanita PKR menolak dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan himpunan berkenaan diadakan untuk mengguling kerajaan sedia ada.
Sebaliknya menurutnya, himpunan itu dibuat untuk bersama-sama memprotes pelbagai kenaikan harga barang yang tidak disangka-sangka hanya beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kita akan bersama-sama membawa isi hati rakyat kerana pelbagai kenaikan barangan yang berlaku secara mendadak menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, tapi mereka tidak berani untuk tampil ke depan.

"Kalau ramai yang membantah, contohnya berpuluh ribu, tak mungkin kerajaan masih tidak peka dengan kehendak rakyat," katanya selepas Majlis Pemilihan Jawatankuasa Pilihanraya Wanita Negeri Johor, semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Pilihanraya Wanita PKR merangkap Adun Taman Medan Selangor, Haniza Talha.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduh dalang guling k'jaan 47% BN, NGO mahu saman Amar Singh RM100 juta

Posted: 28 Dec 2013 07:28 PM PST


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan saman terhadap Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan mereka antara dalang himpunan guling kerajaan 31 Disember ini.

Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, tuduhan Amar Singh yang turut mengaitkan namanya itu adalah bersifat fitnah jahat serta cuba mengalih isu sebenar terhadap kemarahan rakyat akibat kenaikan kos hidup.

"Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada.

"Saya dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Amar Singh pada satu sidang media mendedahkan kononnya empat NGO sebagai dalang utama himpunan 'menggulingkan kerajaan' malam sambutan tahun baru Selasa ini.

Beliau menamakan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta beberapa individu yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan bom dan senjata.
Read More / Baca Lagi >>

Khidmat bas, tren RapidKL hingga 2 pagi pada 1 Jan

Posted: 28 Dec 2013 07:26 PM PST

 (Pemuda Umno Kata Ubah Cara Sambutan..?? Ada Berani...!!)



Perkhidmatan pengangkutan awam bandar bas RapidKL, sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan dilanjutkan sempena sambutan Tahun Baharu 2014, Selasa ini.

Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad Lim Jin Aun berkata semua stesen LRT dan monorel akan dibuka sehingga pukul 1 pagi dengan stesen utama iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa melanjutkan operasi masing-masing sehingga pukul 2 pagi.

"Meskipun begitu, kami akan memantau bilangan pengguna dengan teliti. Jika terdapat keperluan untuk melanjutkan lagi tempoh operasi, kami akan berbuat demikian selain menambah bilangan tren," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkhidmatan bas RapidKL pula akan dilanjut setengah jam melebihi perkhidmatan tren bagi memudahkan orang ramai, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Cover Line Malu Umno: Tidak salah Ali serah balik darjah kebesaran, masyarakat sudah berubah, kata Awang Selamat

Posted: 28 Dec 2013 07:23 PM PST



Bagi Utusan Malaysia, rakyat boleh memulangkan darjah yang diterima. Gambar fail. 
Bagi Utusan Malaysia, rakyat boleh memulangkan darjah yang diterima. Gambar fail.

Akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini menyifatkan tindakan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, bekas Pengerusi Johor Coorporation (JCorp) memulangkan semua tiga anugerah yang diterimanya kepada istana Johor tidak menjadi suatu kesalahan.
Bagi akhbar mingguan kepada Utusan Malaysia itu, Ali sebagai rakyat sebenarnya boleh memulangkan darjah yang diterima.
"Tiada salahnya kerana individu atas nama rakyat juga ada hak. Lagipun nilai masyarakat sudah berubah, tidak lagi seperti dahulu kala," tulis Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Bagaimanapun, Awang Selamat tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau dengan "nilai masyarakat sudah berubah, tidak lagi seperti dahulu kala" itu.
Semalam Ali mengesahkan bahawa beliau telah memulangkan tiga anugerah yang diberikan oleh istana Johor kepada beliau.
"Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013," kata Mohamad Ali.
Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).
Read More / Baca Lagi >>

Mingguan Malaysia siar surat fitnah macai ‘C for Chaos’ yang kononnya dihantar kepada Rafizi

Posted: 28 Dec 2013 07:21 PM PST

Akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan sepucuk surat yang didakwanya ditulis oleh rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung rancangan mencetuskan huru-hara pada perhimpunan 31 Disember ini yang kononnya tersebar luas di internet sejak kelmarin.
Dalam surat yang bertajuk 'C For Chaos' (C Untuk Huru-hara) itu, Abdul Rahim didakwa meminta Rafizi dan pemimpin pembangkang mengeksploitasi kebanjiran orang ramai menyambut malam ambang tahun baharu untuk 'bertindak seperti yang dirancang pada mesyuarat sebelum ini'.
Beliau turut dikatakan meminta mereka mengelak lima lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat pusat beli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan.
Beberapa blog hari ini menyiarkan surat tersebut yang antara lain turut mendakwa Abdul Rahim mengatakan 'angkatan media sosialnya' akan merakam setiap detik yang berlaku pada malam itu dan memuat naik terus ke laman YouTube dengan pantas bagi memastikannya menjadi 'viral'.
Apabila rakaman-rakaman tersebut menjadi 'viral' jelas surat itu, beliau dikatakan akan meminta Rafizi meletakkan kesalahan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dan dari situ, mereka akan memantau corak kejadian yang berlaku untuk perancangan seterusnya.
Read More / Baca Lagi >>

PARKIR KERETA DI BAWAH SELIAAN DAN KUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, PERAK SUDAH DIKENAKAN GST 6%??

Posted: 28 Dec 2013 07:16 PM PST

Resit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbandaran Manjung, Majlis Perbandaran Manjung yang menyatakan dengan jelas G.S.T 6% telah dikenakan kepada tuan punya kereta yang meletakkan keretanya selama 1 hari 20 jam dan 57 minit.

Mengikut kata janji Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 ... GST hanya akan mulai dikuatkuasakan mulai April 2015 ... tetapi mengapa pihak Majlis Perbandaran Manjung dibawah pemerintahan UMNO/BN telah melaksanakan terlebih awal dari janji bajet????

Mohon penjelasan yang benar lagi menyakinkan demi pencerahan dari pihak yang berwajib.

Rafizi: Polis Perlu Tangkap & Siasat Blogger UMNO Sebar Fitnah Ancaman Bom

Posted: 28 Dec 2013 06:38 PM PST

[Gempar] Rancangan Letupan Bom Di Himpunan Aman Rakyat 31 Dec, Didedahkan Oleh Bloggers UMNO !

Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli.Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh puak-puak macai mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan cybertroopers mereka yang akan berada di "ground" bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.

Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

Sama ada email ini benar atau tidak , MMI rasa pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan.
- theunspinners

 Fitnah Macai Semasa Bersih
 Fitnah Macai Semasa Bersih
Fitnah Macai Semasa TURUN

Menanti 2014 yang lebih mahal

Posted: 28 Dec 2013 06:23 PM PST


Akhirnya tirai 2013 berlabuh untuk memberikan laluan kepada kedatangan 2014.
Apakah tahun baru akan menjadi lebih baik buat kita? Kita hanya boleh berharap.
Harapan menyebabkan manusia terus hidup.
Tanpa harapan sudah pasti ramai yang terjun dari bangunan atau menggunakan pelbagai cara lain untuk menamatkan riwayat mereka.
Paling penting apa yang kita pelajari daripada peristiwa-peristiwa berlaku sepanjang 2013 untuk lebih mendewasakan minda kita.
Suka atau tidak 2014 akan menjadi tahun yang lebih mahal buat kita.
Tidak ada lagi yang murah-murah walaupun gaji kita masih terus rendah.
Seorang teman rapat memberitahu beliau baru sahaja berjaya menghabiskan wang simpanan untuk kos persekolahan dua orang anaknya.
Walaupun sekarang ini yuran sekolah dan buku teks percuma bagi sekolah kerajaan, kos untuk membeli buku latihan yang diwajibkan itu amatlah mahal.
Belum lagi ditambah dengan kos lain seperti pakaian sekolah, bas sekolah dan belanja harian.
Bagi yang mempunyai anak ramai, keperitannya lebih terasa.
Apatah lagi tinggal di ibu kota di mana pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak boleh dikira golongan miskin.
Di kala kita sedang pening mencongak apakah kita mampu meneruskan kehidupan di Malaysia pada tahun akan datang, terdapat isu lain yang diperbesarkan oleh media-media arus perdana.
Sepanjang dua minggu ini, tidak adalah cerita lain selain "perhimpunan menggulingkan kerajaan pada 31 Disember."
Read More / Baca Lagi >>

2014: Hadiah bom jangka kerajaan 47% BN kepada rakyat Malaysia

Posted: 28 Dec 2013 06:22 PM PST

Ahmad Fuad Mohd Zani

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, tahun 2014 bakal menjelma, tahun yang dikatakan amat mencabar terutamanya bagi rakyat Malaysia khususnya, apabila mungkin sambutan tahun baru pada tahun ini disambut dengan kenaikan berantai barangan keperluan dan kos sara hidup yang tinggi.
20 sen kenaikan bahan api sudah cukup untuk dijadikan alasan bagi 'menghalalkan' kenaikan berantai barang barang keperluan harian rakyat, diikuti dengan rasionalisasi subsidi (baca: kenaikan) harga gula dan tepung, seterusnya tarif eletrik juga meningkat naik, diikuti kenaikan tol dan bakal tiba cukai GST yang bakal diperkenalkan kepada rakyat menjelang April  2014 merupakan ibarat 'bom jangka' hadiah daripada kerajaan buat rakyat.
Paling teruk terkesan dengan kenaikan ini adalah golongan pertengahan dibandar yang rata ratanya berpendapatan antara RM1500-RM3000 sebulan. Mungkin pendapatan RM3000 yang dikategorikan sebagai miskin bandar sudah tidak relevan lagi pada masa hadapan, kita tidak akan pelik suatu masa nanti apabila RM4000-RM5000 masih lagi dikategorikan sebagai miskin di kawasan bandar.
Kronologi kenaikan
Belum cukup lagi 365 hari selepas kerajaan Barisan Nasional memerintah, pelbagai kenaikan mendadak dibuat tanpa mengkaji kedudukan sosio ekonomi rakyat, bermula dengan kenaikan RON95 sebanyak 20 sen seliter, kerajaan berdolak dalih dengan rakyat, sedangkan pada masa itu harga minyak sedunia adalah di bawah paras AS$100 setong, dan beberapa hari kemudian barulah diberitahu rakyat bahawa kenaikan itu sebagai salah satu daripada proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.
Maka menteri yang menjaga hal ehwal pengguna memberi amaran tegas kepada peniaga peniaga agar tidak menaikkan harga sesuka hati dan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan mereka.
Suatu alasan dangkal, apabila terus menerus menafikan hakikat bahawa kenaikan tidak akan membebankan pengguna, ironinya, manusia yang waras berfikir dan sejahtera akal fikirannya tidak akan dapat menafikan hakikat bahawa setiap kenaikan pasti akan memberi kesan dan menambah beban kepada pengguna walaupun sebanyak 10 sen!
Begitu juga dengan peniaga, apabila kos bahan api meningkat, maka kos kos yang lain juga turut meningkat, justeru apakah mereka sanggup merugikan perniagaan mereka sendiri dengan mengambil kisah larangan menteri kerajaan yang sentiasa memberi alasan alasan bodoh setiap kali kenaikan, hakikatnya kenaikan walaupun sedikit, akan memberi kesan kepada rakyat daripada yang miskin sehingga yang kaya.
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan harga barang: Tiada aduan atau menteri tidak mendengar?

Posted: 28 Dec 2013 06:17 PM PST

Abdul Hadi Alias


Saya membaca penuh minat laporan-laporan mengenai kenaikan harga barang. Selaku rakyat biasa, pastinya pengumuman menggila daripada kerajaan ini sedikit sebanyak memberi kegusaran kepada saya.
Ramai berpendapat, sebagai salah seorang penduduk Sarawak, pastinya kurang terasa dengan pengumuman demi pengumuman yang dibuat dan bakal dibuat mengenai kenaikan harga barang. Di Sarawak, tiada pengumuman kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tol.
Ya, secara umumnya, penduduk Sarawak tidak begitu terjejas dengan pengumuman-pengumuman ini. Ini kerana, sudah sekian lama penduduk Sarawak dibebankan dengan kos sara hidup jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia.
Tol-tol yang mahal di Sarawak
Cadangan kenaikan tol-tol dalam bandar sekitar Lembah Klang memang merungsingkan. Bayangkan kenaikan sekitar RM0.30 hingga RM1.00 bakal meningkatkan perbelanjaan harian pengguna tol sebanyak RM9- RM30 sebulan.
Namun, rakyat Sarawak tidaklah merasai kenaikan harga tol ini. Pertama, kerana ia kenaikan harga tol dalam bandar. Tol-tol sebegini tidak wujud di Sarawak. Kedua, kerana tol-tol Sarawak sudah jauh lebih mahal daripada itu. Seperti yang pernah diulas oleh Ketua Pemuda Sarawak, tol Jambatan Miri-Kuala Baram yang panjangnya hanya sekitar 1 kilometer, mengenakan tol RM10 bagi satu arah.
Begitu juga dengan Jambatan Lanang, Sibu, yang pernah dijanjikan 'kajian' untuk pemansuhan tol oleh Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada tahun 2011, masih mengenakan bayaran tol RM3. Panjang jambatan ini hanyalah 1.2 km. Harapnya 'kajian' Kementerian Kerjaraya ini bakal disiapkan dalam waktu terdekat kerana sudah ramai yang mengadu terbeban dengan bayaran tol ini. (Jambatan Pulau Pinang, yang sepanjang 7.5 km, mengenakan bayaran tol RM9.40 bagi kenderaan kelas dua).
Tarif elektrik yang mahal
Pengumuman kenaikan tarif elektrik oleh TNB berkuat kuasa 1 Januari 2014 baru-baru ini adalah secara purata akan memberikan kenaikan 10.6%  kenaikan atau 3.03 sen/kWh. Namun kenaikan ini dikatakan tidak menjejaskan lebih 70% pengguna elektrik yang menggunakan elektrik dengan kadar minimum (kurang 300kWh).
Read More / Baca Lagi >>

Takkanlah Kerajaan 47% Najib Serapuh Biskut Kering?

Posted: 28 Dec 2013 06:12 PM PST

Serentak dengan sambutan malam tahun baru beberapa hari lagi, beberapa NGO pro pembangkang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Dataran Merdeka untuk menzahirkan luahan perasaan terhadap kerajaan yang menaikkan beberapa harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa bulan lalu.

Sejak pilihanraya umum Mei lalu, kerajaan didapati telah menaikkan empat hingga lima barang dan perkhidmatan, manakala menjelang 1 Januari 2014 nanti, beberapa kenaikan lagi turut menyusul yang sekaligus menjadikan kehidupan rakyat terus-terusan disusahkan oleh kerajaan.

Siri kenaikan yang paling banyak dalam sejarah negara ini jelas tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan sepatutnya mengurangkan kos, bukannya menaikkan harga.

Lebih dari itu, ada yang menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barang naik dan tahun sengsara bagi rakyat yang pada hakikatnya semakin hari semakin dikemudiankan oleh kerajaan.

Lantaran itu, perhimpunan aman di malam ambang merdeka ini tentulah dapat difahami maksud dan tujuannya. Ia hanyalah sekadar medan untuk rakyat meluahkan perasaan dan agar kerajaan lebih mendengar rintihan mereka.

Bagaimanapun, sementara sesetentah pemimpin dan ahli UMNO memahami dengan rasional tujuan perhimpunan itu, terdapat pula pihak lain yang cuba memesongkan pemikiran massa dengan mengatakan perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan. Beratus-ratus laporan polis sudah dibuat untuk meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS kerah anak muda sertai himpunan TURUN

Posted: 28 Dec 2013 06:08 PM PST

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan mobilisasi anak muda supaya menyertai himpunan Turun pada malam 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah.

Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.

"Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling  tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti.

"Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.

Himpunan turun sempenan malam menyambut tahun baru otu dianjurkan NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi membantah kenaikan harga beberapa barangan yang diumumkan kerajaan BN yang sekaligus akan menyebabkan peningkatan kos hidup .

Pemuda PAS dikerah turun walaupun Umno dan macainya dakwa mahu guling kerajaan 47%, kata Suhaizan

Posted: 28 Dec 2013 06:07 PM PST



 
Walau berhadapan dengan dakwaan mahu menggulingkan kerajaan, Pemuda PAS mengambil sikap akan turun beramai-ramai untuk bersama-sama anak muda bagi membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan (GST) 31 Disember ini.
"Sempena hadiah tahun baru 2014 dengan kenaikan pelbagai harga barang oleh kerajaan Umno BN pimpinan Perdana Menteri Najib, pemuda PAS akan memobilisasi seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk turun ke Dataran Merdeka pada malam tahun baru yang tinggal beberapa hari sahaja," kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
Menurut Suhaizan, ini bukan soal menggulingkan kerajaan atau tidak, tetapi himpunan ini adalah tuntutan demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan lebih-lebih lagi di saat perut rakyat diikat ketat dengan segala peningkatan kos sara hidup.
"Saya akan turun ke Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti," katanya.
Menurut Suhaizan, tidak berbangkit langsung soal mahu menggulingkan siapa dalam perhimpunan ini sebagaimana yang didakwa oleh media BN dan polis.
"Saya tegaskan. Kita tolak ketepi soal siapa menggulingkan siapa. Malam 31 Disember 2013 ini merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27 juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yg amat mendadak ini," kata Suhaizan.
Umno dan medianya melaporkan bahawa perhimpunan 31 Disember ini adalah perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Ekoran itu, laporan telah dibuat oleh para pemuda, wanita, puteri dan NGO tajaan Umno di seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa tetap terus himpunan Turun walaupun KDN beri amaran

Posted: 28 Dec 2013 06:05 PM PST



 
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  tetap bertegas akan meneruskan himpunan  Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menimbang semula beberapa isu berkaitan kos sara hidup biarpun usaha itu cuba dikekang oleh polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menyifatkan program Turun sebagai salah satu cara kritikan membina rakyat, Exco Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Nor Azhar Baharum  berkata mahasiswa UIAM tidak gentar dengan ugutan pihak berkuasa demi ingin meluaskan penerangan dan meluahkan kebimbangan terhadap situasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang terpaksa dihadapi rakyat.
Nor Azhar mendakwa, KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba memberi gambaran salah kepada masyarakat mengenai perjuangan gerakan itu dengan menggambarkan seolah-olah Turun bertujuan memberi ancaman kepada keharmonian negara dengan bertindak untuk menggulingkan kerajaan.
Katanya reaksi pihak berkuasa yang cuba mengelirukan rakyat dengan fakta sebenar telah mencetuskan ketakutan umum berhubung gerakan itu hingga isu utama yang hendak disampaikan oleh Turun tenggelam.
Lebih daripada itu  tindakan pihak berkuasa yang masih menggunakan alasan teknikal  seperti mengaitkan isu permit memperlihatkan ketidakmatangan KDN dan PDRM menangani isu seperti ini.
"Tuduhan sebegini seolah-oleh menunjukkan mahasiswa tidak faham dengan sistem demokrasi raja beperlembagaan di Malaysia.
"Kami sudah terlibat dalam Pilihan Rayu Umum yang lalu, sudah mengundi, maka tersangat bodohkah kami untuk memahami sistem negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Polis semalam menamakan empat pertubuhan di belakang perhimpunan mendesak kerajaan agar menurunkan harga barangan dan perkhidmatan 31 Ogos ini termasuklah Turun yang diketuai oleh Nor Azan Safar.
Melalui media, empat pertubuhan ini digambarkan sebagai pihak yang mahu menggulingkan kerajaan.
Sehubungan itu, Nor Azhar mengutuk media pro Barisan Nasional seolah-olah tidak memahami isu yang cuba disampaikan oleh Turun.
Read More / Baca Lagi >>

Berbeza pendapat bukan alasan perlu tinggalkan Malaysia, kata pengkritik kepada pemimpin BN dan Macai Umno

Posted: 28 Dec 2013 06:04 PM PST

 (Ketua Wanita Umno Kuantan)


Rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan berbeza dengan Putrajaya bukan tidak patriotik atau perlu meninggalkan negara ini selepas berbeza pendapat dengan menteri, kata penganalisis.

Mereka yang selalu mempertikaikan kerajaan sebenarnya lebih sayangkan negara ini, kata ahli politik pembangkang dan juga penganalisis.
Ketika memberikan komen terhadap pemimpin Umno yang mencadangkan agar pihak yang tidak suka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) meninggalkan negara ini, mereka berkata, ia adalah sikap besar kepala yang menunjukkan mereka kurang pengetahuan dan tidak faham perasaan pihak lain.
Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum Jawan berkata, adalah menjadi hak rakyat untuk menyampaikan pandangan mereka terhadap tingkah laku kerajaan.
"Kerajaan adalah wakil yang kita pilih untuk mentadbir dan tidak semestinya mereka boleh berbuat apa sahaja yang mereka mahu.
"Kuasa kita tidak tamat selepas kita mengundi, ia akan kekal sehinggalah penggal mereka tamat," katanya kepada The Malaysian Insider.
Katanya, menyatakan sesuatu pendapat tidak ada kaitan langsung dengan tidak patriotik atau tidak taat kepada negara.
Kerajaan BN sepatutnya tidak perlu takut dengan apa yang dikatakan oleh rakyat, katanya.
"Pendapat sesetengah kumpulan tidak semestinya mewakili pandangan semua rakyat Malaysia. Apa yang kerajaan patut buat adalah memahaminya.
"Saya tidak tahu apa yang pemimpin kita takut sangat. Mengapa mereka tidak bertemu dengan orang sebegini dan berbincang untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan kualiti negara kita," katanya.
Katanya, mendapatkan maklum balas tidak bermakna menerima semua cadangan itu tetapi ia boleh menyeimbangkan keperluan setiap pihak untuk menghasilkan pelan dan polisi terbaik negara.
Jayum memberikan reaksi ke atas kenyataan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan Datuk Zaiton Mat yang berkata adalah senang bagi sesetengah pihak untuk mengkritik kelemahan Putrajaya tetapi mengenepikan kebaikan yang dibuat terutama dalam membentuk suasana yang aman dan harmoni.
"Sesetengah pihak yang suka membuat kacau dan mengganggu keharmonian negara sebenarnya tidak berterima kasih terhadap kebaikan yang mereka kecapi.
"Mengapa mereka mahu menghancurkan keamanan negara dengan menganjurkan perhimpunan untuk mengguling kerajaan?" katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan bagi menentang cadangan perhimpunan 31 Disember di Kuala Lumpur yang didakwa sebagai mahu menggulingkan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>