RAKYAT MARHAEN |
- Fitnah Menguling: Dituduh sebagai dalang: SAMM dan Jingga 13 akan saman Polis
- Rasionalisasi ekonomi kerajaan 47% BN yang tidak rasional
- Emel Fitnah: Siasat penulis blog isu emel 'letupan' - Rafizi
- Fitnah "BOM": Rafizi beri keterangan hari ini, persoal kewajaran tindakan polis
- Apa kaitan Riza Shahriz – Jho Low??
- Dihalau seperti PATI: Penduduk Kampung Railway tuntut bela di mahkamah
- Rafizi kesal polis tidak ambil tindakan terhadap blogger Umno
- Rakyat Perlu Berjimat Untuk Kerajaan 47% Bermewah..!!!
- Polis pantas siasat Rafizi isu emel palsu 'letupan' yang dicipta macai Umno..!!
- SAMM: Tarik balik fitnah atau disaman RM100juta
- TURUN 31 Dis: Wanita PKR Johor bawa isi hati rakyat
- Tuduh dalang guling k'jaan 47% BN, NGO mahu saman Amar Singh RM100 juta
- Khidmat bas, tren RapidKL hingga 2 pagi pada 1 Jan
- Cover Line Malu Umno: Tidak salah Ali serah balik darjah kebesaran, masyarakat sudah berubah, kata Awang Selamat
- Mingguan Malaysia siar surat fitnah macai ‘C for Chaos’ yang kononnya dihantar kepada Rafizi
- PARKIR KERETA DI BAWAH SELIAAN DAN KUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, PERAK SUDAH DIKENAKAN GST 6%??
- Rafizi: Polis Perlu Tangkap & Siasat Blogger UMNO Sebar Fitnah Ancaman Bom
- Menanti 2014 yang lebih mahal
- 2014: Hadiah bom jangka kerajaan 47% BN kepada rakyat Malaysia
- Kenaikan harga barang: Tiada aduan atau menteri tidak mendengar?
- Takkanlah Kerajaan 47% Najib Serapuh Biskut Kering?
- Pemuda PAS kerah anak muda sertai himpunan TURUN
- Pemuda PAS dikerah turun walaupun Umno dan macainya dakwa mahu guling kerajaan 47%, kata Suhaizan
- Mahasiswa tetap terus himpunan Turun walaupun KDN beri amaran
- Berbeza pendapat bukan alasan perlu tinggalkan Malaysia, kata pengkritik kepada pemimpin BN dan Macai Umno
Fitnah Menguling: Dituduh sebagai dalang: SAMM dan Jingga 13 akan saman Polis Posted: 28 Dec 2013 09:27 PM PST Polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai dalang utama perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan. Read More / Baca Lagi >>Empat pertubuhan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan senjata. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya telah mengenal pasti kumpulan tersebut berdasarkan hasil maklumat dan risikan. "Justeru polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang akan menggugat ketenteraman awam pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam. Rentetan dari itu laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13 terhadap tuduhan tidak berasas yang dianggap sebagai fitnah itu, dan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut akan disaman dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun sekumpulan individu dari PERKASA yang dibiayai oleh Kerajaan dilaporkan telah cuba menghalang laporan Polis itu. Selain Jingga 13, SAMM yang turut difitnah sebagai dalang untuk menggulingkan kerajaan pada tahun baru ini turut mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau atau berhadapan saman RM100Juta. SAMM: Tarik balik fitnah atau disaman RM100j SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini. |
Rasionalisasi ekonomi kerajaan 47% BN yang tidak rasional Posted: 28 Dec 2013 09:23 PM PST KERAJAAN Pusat sudah melaksanakan rasionalisasi ekonominya menerusi pendekatan menaikkan harga barangan dan caj tenaga serta yang terbaru cadangan menaikkan bayaran tol pengguna lebuh raya. Ia adalah lanjutan daripada siri-siri kenaikan harga barangan asas selepas pilihan raya umum yang ketika kempen pihak BN menjanjikan untuk mengurang kos sara hidup rakyat. Namun apa yang berlaku ialah kos sara hidup itu cuba dikurangkan dengan menaikkan harga petrol, diesel dan gas. Seperti mana pada 3 September lalu harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan kepada 20 sen menyambung daripada siri-siri kenaikan harga sebelum ini. Kerajaan BN Pusat cuba memujuk rakyat dengan mengadakan beberapa pendekatan antaranya membuka rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malik semasa perasmian KR1M di Tawau, Sabah pada 15 September lalu berkata, langkah kerajaan membuka KR1M dan bersedia menjual sebanyak 397 jenis barangan pengguna pada harga berpatutan membuktikan kerajaan menepati janji. Kenyataan ini adalah permainan wayang yang cuba mempersendakan rakyat. Ia ditambah buruk lagi dengan sikap pemimpin BN yang menghiburkan rakyat dengan segala pemberian termasuk BR1M, insuran satu Malaysia dan pelbagai skim kredit atas jenama 1Malaysia. KR1M bukan penyelesaian Read More / Baca Lagi >> |
Emel Fitnah: Siasat penulis blog isu emel 'letupan' - Rafizi Posted: 28 Dec 2013 09:21 PM PST Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau terkejut dipanggil memberi keterangan berhubung sebaran emel yang mendakwa akan berlaku kejadian letupan semasa perhimpunan pada malam 31 Disember. Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepatutnya menyiasat penulis blog dan juga akhbar yang didakwanya menyebarkan emel khabar angin tersebut. "Hal ini bukan saja drama yang teruk, tapi mewujudkan satu duluan yang teruk. "Adakah selepas ini jika ada orang dapat emel mengenai cerita (Datin Seri) Rosmah (Mansor), PDRM akan panggil beliau (Rosmah)? MP Pandan itu juga berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang usaha berhubung apa-apa letupan pada malam 31 Disember. "Satu-satunya bom yang saya tahu ialah kuih bom," kata MP muda itu secara berseloroh. Read More / Baca Lagi >> |
Fitnah "BOM": Rafizi beri keterangan hari ini, persoal kewajaran tindakan polis Posted: 28 Dec 2013 09:20 PM PST Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat PKR Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan kewajaran tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil beliau untuk disoal siasat berhubung satu emel mendakwa usaha membuat letupan di beberapa kawasan semasa sambutan tahun baru yang dimulakan oleh blog Umno. Beliau menyifatkan permintaan untuk beliau datang ke balai polis adalah sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan ia hanyalah tuduhan tanpa sebarang bukti. "Saya begitu terkejut dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu ini kerana bagi saya ia satu tuduhan yang dibuat secara main-main oleh pihak blogger. Read More / Baca Lagi >> |
Apa kaitan Riza Shahriz – Jho Low?? Posted: 28 Dec 2013 08:06 PM PST Anak tiri Najib Razak, anak Rosmah Mansor Riza Shahriz Abdul Aziz dilaporkan membeli kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York. Gambar di atas adalah gambar Riza Shahriz Abdul Aziz (kiri) dan jutawan Low Taek Jho (kanan), yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low. Jho Low sebelum ini telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi oleh Najib Razak seperti didakwa Anwar, di sini. Apakah kaitan mereka berdua sehingga Riza Shahriz Abdul Aziz yang menyimpan sejak kecil seperti ibunya mampu membeli kondo RM110 juta di New York? |
Dihalau seperti PATI: Penduduk Kampung Railway tuntut bela di mahkamah Posted: 28 Dec 2013 08:01 PM PST James (dua, kanan) menunjukkan keratan akhbar mengenai anaknya yang didakwa dicederakan pihak berkuasa. KUALA LUMPUR - Rumah bagi projek perumahan rakyat (PPR) yang dijanjikan masih belum siap, namun rumah sedia ada sudah dirobohkan manakala pampasan dijanjikan juga tidak diberi.Itu antara isu yang menjadi pertikaian penduduk Kampung Railway sehingga memaksa mereka membuat desakan terhadap pihak berkuasa serta tuntutan di mahkamah bagi membela nasib. Seorang penduduk, S Prawathy, 56, berkata tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan rumah mereka dianggap tidak berperikemanusiaan dan dilihat seperti menghalau orang asing sedangkan mereka adalah rakyat tempatan. "Kami tinggal di sini sejak kecil dan sudah lima generasi hidup dan membesar di kampung ini. Datuk saya juga bekas kakitangan syarikat pengangkutan kereta api yang tinggal di sini sampai keadaannya uzur. "Tapi sampai hari ini kita dibuang begitu saja. Rumah tiada. Terpaksa tinggal di rumah pakcik. Bagaimana nasib kami?" Katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Batu, semalam. Menurut Prawathy, mereka hanya mahukan pembelaan sewajarnya dengan memberikan rumah dijanjikan. |
Rafizi kesal polis tidak ambil tindakan terhadap blogger Umno Posted: 28 Dec 2013 07:58 PM PST KUALA LUMPUR 29 DIS : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengambil tindakan undang-undang ekoran tuduhan mengaitkan beliau dengan perancangan letupan bom pada malam 31 Disember ini. Beliau turut kesal dengan tindakan polis yang memanggil beliau untuk diberi keterangan sedangkan perkara itu jelas disebarkan oleh blogger Barisan Nasional (BN). Rafizi menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak adil kerana tidak memanggil pihak yang bertanggungjawab dalam sebaran berita terbabit. "Tuduhan itu jelas rekaan dari blogger Umno, saya sangat kesal dengan pihak polis yang berat sebelah memanggil saya untuk memberi keterangan. "Sedangkan yang sepatutnya dipanggil atau memberi keterangan dan disiasat ialah blogger Umno kerana mereka bertindak menjejaskan ketenteraman awam dengan menyebarkan berita palsu," katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Program Advokasi Anti Pemerdangangan Manusia, di Pangsapuri Intan, di sini. Rafizi turut mempersoalkan tindakan polis yang sebelum ini tidak pernah menyoal siasat blogger Umno walaupun pelbagai fitnah dilemparkan berunsurkan jenayah. "Kalau perkara itu orang biasa, sudah lama polis letak mereka dalam penjara. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat Perlu Berjimat Untuk Kerajaan 47% Bermewah..!!! Posted: 28 Dec 2013 07:53 PM PST SHAH ALAM – Kerajaan boleh menjimatkan kos dengan mengurangkan perbelanjaan yang dianggap kurang penting. Pakar ekonomi, Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, walaupun nampak remeh, tetapi banyak perbelanjaan yang boleh dijimatkan tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan. "Misalnya, perbelanjaan perjalanan pemimpin boleh dikurangkan dengan menggunakan pesawat penerbangan yang lebih murah. Selain itu, boleh juga kurangkan mesyuarat yang tidak penting. "Itu belum lagi kos untuk makan mewah setiap kali mesyuarat diadakan. Sedangkan benda ini kalau dikurangkan, langsung tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut beliau, setiap jabatan kerajaan juga perlu memikirkan cara kreatif untuk mengurangkan kos dalam perkhidmatan mereka. "Contohnya, kemudahan e-mel boleh digunakan bagi menggantikan telefon. Jabatan juga boleh sediakan peruntukan untuk kakitangannya menggunakan aplikasi perhubungan yang percuma seperti Whatsapp. "Malah, sebagai galakan untuk jabatan-jabatan berusaha mengurangkan kos, mungkin kerajaan boleh sediakan penghargaan kepada mereka," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Polis pantas siasat Rafizi isu emel palsu 'letupan' yang dicipta macai Umno..!! Posted: 28 Dec 2013 07:40 PM PST Polis memanggil pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk siasatan berhubung kandungan satu emel yang mendakwa mengenai usaha untuk membuat letupan di beberapa kawasan semasa sambutan malam tahun baru. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu kenyataan berkata, emel tersebut didakwa dihantar oleh Dr Rahim Ghouse – seorang bekas exco Pemuda Umno Pulau Pinang. Kenyataan polis bagaimanapun tidak menyebut sama ada pasukan itu juga telah mengenalpasti pihak yang mula-mula menyebarkan emel berkenaan. "PDRM memandang serius terhadap penyebaran e-mel yang dikatakan dihantar oleh Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli mengenai rancangan letupan di beberapa kawasan strategik sempena sambutan Tahun Baru. "Pengarah Strategi PKR yang juga MP Pandan Rafizi Ramli telah dipanggil bagi membantu siasatan. "Sehingga hari ini, sejumlah 1,151 laporan polis diterima dari seluruh negara terhadap bantahan penganjuran perhimpunan memudaratkan ketenteraman awam yang disebarkan melalui media sosial sebelum ini," kenyataan itu dipetik. Read More / Baca Lagi >> |
SAMM: Tarik balik fitnah atau disaman RM100juta Posted: 28 Dec 2013 07:38 PM PST SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini. Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu. "Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. "…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut. "…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya," katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya. Read More / Baca Lagi >> |
TURUN 31 Dis: Wanita PKR Johor bawa isi hati rakyat Posted: 28 Dec 2013 07:36 PM PST Natrah (tiga, kiri) mengiringi Haniza (dua, kanan) beramah mesra dengan Wanita PKR negeri yang hadir ke Majlis Pemilihan Jawatankuasa Pilihanraya Wanita PKR Negeri Johor, semalam. JOHOR BAHRU – Wanita PKR Johor akan menghantar jenteranya untuk bersama-sama menyertai himpunan di Dataran Merdeka, 31 Disember ini.Ketuanya, Natrah Ismail berkata, Wanita PKR menolak dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan himpunan berkenaan diadakan untuk mengguling kerajaan sedia ada. Sebaliknya menurutnya, himpunan itu dibuat untuk bersama-sama memprotes pelbagai kenaikan harga barang yang tidak disangka-sangka hanya beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Kita akan bersama-sama membawa isi hati rakyat kerana pelbagai kenaikan barangan yang berlaku secara mendadak menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, tapi mereka tidak berani untuk tampil ke depan. "Kalau ramai yang membantah, contohnya berpuluh ribu, tak mungkin kerajaan masih tidak peka dengan kehendak rakyat," katanya selepas Majlis Pemilihan Jawatankuasa Pilihanraya Wanita Negeri Johor, semalam. Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Pilihanraya Wanita PKR merangkap Adun Taman Medan Selangor, Haniza Talha. |
Tuduh dalang guling k'jaan 47% BN, NGO mahu saman Amar Singh RM100 juta Posted: 28 Dec 2013 07:28 PM PST KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan saman terhadap Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan mereka antara dalang himpunan guling kerajaan 31 Disember ini. Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, tuduhan Amar Singh yang turut mengaitkan namanya itu adalah bersifat fitnah jahat serta cuba mengalih isu sebenar terhadap kemarahan rakyat akibat kenaikan kos hidup. "Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. "Saya dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, Amar Singh pada satu sidang media mendedahkan kononnya empat NGO sebagai dalang utama himpunan 'menggulingkan kerajaan' malam sambutan tahun baru Selasa ini. Beliau menamakan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta beberapa individu yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan bom dan senjata. Read More / Baca Lagi >> |
Khidmat bas, tren RapidKL hingga 2 pagi pada 1 Jan Posted: 28 Dec 2013 07:26 PM PST (Pemuda Umno Kata Ubah Cara Sambutan..?? Ada Berani...!!) Perkhidmatan pengangkutan awam bandar bas RapidKL, sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan dilanjutkan sempena sambutan Tahun Baharu 2014, Selasa ini. Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad Lim Jin Aun berkata semua stesen LRT dan monorel akan dibuka sehingga pukul 1 pagi dengan stesen utama iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa melanjutkan operasi masing-masing sehingga pukul 2 pagi. "Meskipun begitu, kami akan memantau bilangan pengguna dengan teliti. Jika terdapat keperluan untuk melanjutkan lagi tempoh operasi, kami akan berbuat demikian selain menambah bilangan tren," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Perkhidmatan bas RapidKL pula akan dilanjut setengah jam melebihi perkhidmatan tren bagi memudahkan orang ramai, katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 28 Dec 2013 07:23 PM PST Akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini menyifatkan tindakan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, bekas Pengerusi Johor Coorporation (JCorp) memulangkan semua tiga anugerah yang diterimanya kepada istana Johor tidak menjadi suatu kesalahan. Bagi akhbar mingguan kepada Utusan Malaysia itu, Ali sebagai rakyat sebenarnya boleh memulangkan darjah yang diterima. "Tiada salahnya kerana individu atas nama rakyat juga ada hak. Lagipun nilai masyarakat sudah berubah, tidak lagi seperti dahulu kala," tulis Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini. Semalam Ali mengesahkan bahawa beliau telah memulangkan tiga anugerah yang diberikan oleh istana Johor kepada beliau. "Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013," kata Mohamad Ali. Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ). Read More / Baca Lagi >> |
Mingguan Malaysia siar surat fitnah macai ‘C for Chaos’ yang kononnya dihantar kepada Rafizi Posted: 28 Dec 2013 07:21 PM PST Akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan sepucuk surat yang didakwanya ditulis oleh rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung rancangan mencetuskan huru-hara pada perhimpunan 31 Disember ini yang kononnya tersebar luas di internet sejak kelmarin. Dalam surat yang bertajuk 'C For Chaos' (C Untuk Huru-hara) itu, Abdul Rahim didakwa meminta Rafizi dan pemimpin pembangkang mengeksploitasi kebanjiran orang ramai menyambut malam ambang tahun baharu untuk 'bertindak seperti yang dirancang pada mesyuarat sebelum ini'. Beliau turut dikatakan meminta mereka mengelak lima lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat pusat beli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan. Apabila rakaman-rakaman tersebut menjadi 'viral' jelas surat itu, beliau dikatakan akan meminta Rafizi meletakkan kesalahan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dan dari situ, mereka akan memantau corak kejadian yang berlaku untuk perancangan seterusnya. Read More / Baca Lagi >> |
PARKIR KERETA DI BAWAH SELIAAN DAN KUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, PERAK SUDAH DIKENAKAN GST 6%?? Posted: 28 Dec 2013 07:16 PM PST Resit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbandaran Manjung, Majlis Perbandaran Manjung yang menyatakan dengan jelas G.S.T 6% telah dikenakan kepada tuan punya kereta yang meletakkan keretanya selama 1 hari 20 jam dan 57 minit. Mengikut kata janji Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 ... GST hanya akan mulai dikuatkuasakan mulai April 2015 ... tetapi mengapa pihak Majlis Perbandaran Manjung dibawah pemerintahan UMNO/BN telah melaksanakan terlebih awal dari janji bajet???? Mohon penjelasan yang benar lagi menyakinkan demi pencerahan dari pihak yang berwajib. |
Rafizi: Polis Perlu Tangkap & Siasat Blogger UMNO Sebar Fitnah Ancaman Bom Posted: 28 Dec 2013 06:38 PM PST
Fitnah Macai Semasa Bersih Fitnah Macai Semasa TURUN |
Posted: 28 Dec 2013 06:23 PM PST Akhirnya tirai 2013 berlabuh untuk memberikan laluan kepada kedatangan 2014. Apakah tahun baru akan menjadi lebih baik buat kita? Kita hanya boleh berharap. Tanpa harapan sudah pasti ramai yang terjun dari bangunan atau menggunakan pelbagai cara lain untuk menamatkan riwayat mereka. Paling penting apa yang kita pelajari daripada peristiwa-peristiwa berlaku sepanjang 2013 untuk lebih mendewasakan minda kita. Suka atau tidak 2014 akan menjadi tahun yang lebih mahal buat kita. Tidak ada lagi yang murah-murah walaupun gaji kita masih terus rendah. Seorang teman rapat memberitahu beliau baru sahaja berjaya menghabiskan wang simpanan untuk kos persekolahan dua orang anaknya. Walaupun sekarang ini yuran sekolah dan buku teks percuma bagi sekolah kerajaan, kos untuk membeli buku latihan yang diwajibkan itu amatlah mahal. Belum lagi ditambah dengan kos lain seperti pakaian sekolah, bas sekolah dan belanja harian. Bagi yang mempunyai anak ramai, keperitannya lebih terasa. Apatah lagi tinggal di ibu kota di mana pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak boleh dikira golongan miskin. Di kala kita sedang pening mencongak apakah kita mampu meneruskan kehidupan di Malaysia pada tahun akan datang, terdapat isu lain yang diperbesarkan oleh media-media arus perdana. Sepanjang dua minggu ini, tidak adalah cerita lain selain "perhimpunan menggulingkan kerajaan pada 31 Disember." Read More / Baca Lagi >> |
2014: Hadiah bom jangka kerajaan 47% BN kepada rakyat Malaysia Posted: 28 Dec 2013 06:22 PM PST Ahmad Fuad Mohd Zani20 sen kenaikan bahan api sudah cukup untuk dijadikan alasan bagi 'menghalalkan' kenaikan berantai barang barang keperluan harian rakyat, diikuti dengan rasionalisasi subsidi (baca: kenaikan) harga gula dan tepung, seterusnya tarif eletrik juga meningkat naik, diikuti kenaikan tol dan bakal tiba cukai GST yang bakal diperkenalkan kepada rakyat menjelang April 2014 merupakan ibarat 'bom jangka' hadiah daripada kerajaan buat rakyat. Paling teruk terkesan dengan kenaikan ini adalah golongan pertengahan dibandar yang rata ratanya berpendapatan antara RM1500-RM3000 sebulan. Mungkin pendapatan RM3000 yang dikategorikan sebagai miskin bandar sudah tidak relevan lagi pada masa hadapan, kita tidak akan pelik suatu masa nanti apabila RM4000-RM5000 masih lagi dikategorikan sebagai miskin di kawasan bandar. Belum cukup lagi 365 hari selepas kerajaan Barisan Nasional memerintah, pelbagai kenaikan mendadak dibuat tanpa mengkaji kedudukan sosio ekonomi rakyat, bermula dengan kenaikan RON95 sebanyak 20 sen seliter, kerajaan berdolak dalih dengan rakyat, sedangkan pada masa itu harga minyak sedunia adalah di bawah paras AS$100 setong, dan beberapa hari kemudian barulah diberitahu rakyat bahawa kenaikan itu sebagai salah satu daripada proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Maka menteri yang menjaga hal ehwal pengguna memberi amaran tegas kepada peniaga peniaga agar tidak menaikkan harga sesuka hati dan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan mereka. Suatu alasan dangkal, apabila terus menerus menafikan hakikat bahawa kenaikan tidak akan membebankan pengguna, ironinya, manusia yang waras berfikir dan sejahtera akal fikirannya tidak akan dapat menafikan hakikat bahawa setiap kenaikan pasti akan memberi kesan dan menambah beban kepada pengguna walaupun sebanyak 10 sen! Begitu juga dengan peniaga, apabila kos bahan api meningkat, maka kos kos yang lain juga turut meningkat, justeru apakah mereka sanggup merugikan perniagaan mereka sendiri dengan mengambil kisah larangan menteri kerajaan yang sentiasa memberi alasan alasan bodoh setiap kali kenaikan, hakikatnya kenaikan walaupun sedikit, akan memberi kesan kepada rakyat daripada yang miskin sehingga yang kaya. Read More / Baca Lagi >> |
Kenaikan harga barang: Tiada aduan atau menteri tidak mendengar? Posted: 28 Dec 2013 06:17 PM PST Abdul Hadi AliasRamai berpendapat, sebagai salah seorang penduduk Sarawak, pastinya kurang terasa dengan pengumuman demi pengumuman yang dibuat dan bakal dibuat mengenai kenaikan harga barang. Di Sarawak, tiada pengumuman kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tol. Ya, secara umumnya, penduduk Sarawak tidak begitu terjejas dengan pengumuman-pengumuman ini. Ini kerana, sudah sekian lama penduduk Sarawak dibebankan dengan kos sara hidup jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia. Cadangan kenaikan tol-tol dalam bandar sekitar Lembah Klang memang merungsingkan. Bayangkan kenaikan sekitar RM0.30 hingga RM1.00 bakal meningkatkan perbelanjaan harian pengguna tol sebanyak RM9- RM30 sebulan. Namun, rakyat Sarawak tidaklah merasai kenaikan harga tol ini. Pertama, kerana ia kenaikan harga tol dalam bandar. Tol-tol sebegini tidak wujud di Sarawak. Kedua, kerana tol-tol Sarawak sudah jauh lebih mahal daripada itu. Seperti yang pernah diulas oleh Ketua Pemuda Sarawak, tol Jambatan Miri-Kuala Baram yang panjangnya hanya sekitar 1 kilometer, mengenakan tol RM10 bagi satu arah. Begitu juga dengan Jambatan Lanang, Sibu, yang pernah dijanjikan 'kajian' untuk pemansuhan tol oleh Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada tahun 2011, masih mengenakan bayaran tol RM3. Panjang jambatan ini hanyalah 1.2 km. Harapnya 'kajian' Kementerian Kerjaraya ini bakal disiapkan dalam waktu terdekat kerana sudah ramai yang mengadu terbeban dengan bayaran tol ini. (Jambatan Pulau Pinang, yang sepanjang 7.5 km, mengenakan bayaran tol RM9.40 bagi kenderaan kelas dua). Tarif elektrik yang mahal Pengumuman kenaikan tarif elektrik oleh TNB berkuat kuasa 1 Januari 2014 baru-baru ini adalah secara purata akan memberikan kenaikan 10.6% kenaikan atau 3.03 sen/kWh. Namun kenaikan ini dikatakan tidak menjejaskan lebih 70% pengguna elektrik yang menggunakan elektrik dengan kadar minimum (kurang 300kWh). Read More / Baca Lagi >> |
Takkanlah Kerajaan 47% Najib Serapuh Biskut Kering? Posted: 28 Dec 2013 06:12 PM PST Serentak dengan sambutan malam tahun baru beberapa hari lagi, beberapa NGO pro pembangkang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Dataran Merdeka untuk menzahirkan luahan perasaan terhadap kerajaan yang menaikkan beberapa harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa bulan lalu. Sejak pilihanraya umum Mei lalu, kerajaan didapati telah menaikkan empat hingga lima barang dan perkhidmatan, manakala menjelang 1 Januari 2014 nanti, beberapa kenaikan lagi turut menyusul yang sekaligus menjadikan kehidupan rakyat terus-terusan disusahkan oleh kerajaan. Siri kenaikan yang paling banyak dalam sejarah negara ini jelas tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan sepatutnya mengurangkan kos, bukannya menaikkan harga. Lebih dari itu, ada yang menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barang naik dan tahun sengsara bagi rakyat yang pada hakikatnya semakin hari semakin dikemudiankan oleh kerajaan. Lantaran itu, perhimpunan aman di malam ambang merdeka ini tentulah dapat difahami maksud dan tujuannya. Ia hanyalah sekadar medan untuk rakyat meluahkan perasaan dan agar kerajaan lebih mendengar rintihan mereka. Bagaimanapun, sementara sesetentah pemimpin dan ahli UMNO memahami dengan rasional tujuan perhimpunan itu, terdapat pula pihak lain yang cuba memesongkan pemikiran massa dengan mengatakan perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan. Beratus-ratus laporan polis sudah dibuat untuk meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Pemuda PAS kerah anak muda sertai himpunan TURUN Posted: 28 Dec 2013 06:08 PM PST KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan mobilisasi anak muda supaya menyertai himpunan Turun pada malam 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan. Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah. Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup. Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini. "Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti. "Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan. Himpunan turun sempenan malam menyambut tahun baru otu dianjurkan NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi membantah kenaikan harga beberapa barangan yang diumumkan kerajaan BN yang sekaligus akan menyebabkan peningkatan kos hidup . |
Pemuda PAS dikerah turun walaupun Umno dan macainya dakwa mahu guling kerajaan 47%, kata Suhaizan Posted: 28 Dec 2013 06:07 PM PST "Sempena hadiah tahun baru 2014 dengan kenaikan pelbagai harga barang oleh kerajaan Umno BN pimpinan Perdana Menteri Najib, pemuda PAS akan memobilisasi seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk turun ke Dataran Merdeka pada malam tahun baru yang tinggal beberapa hari sahaja," kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini. Menurut Suhaizan, ini bukan soal menggulingkan kerajaan atau tidak, tetapi himpunan ini adalah tuntutan demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan lebih-lebih lagi di saat perut rakyat diikat ketat dengan segala peningkatan kos sara hidup. Menurut Suhaizan, tidak berbangkit langsung soal mahu menggulingkan siapa dalam perhimpunan ini sebagaimana yang didakwa oleh media BN dan polis. "Saya tegaskan. Kita tolak ketepi soal siapa menggulingkan siapa. Malam 31 Disember 2013 ini merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27 juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yg amat mendadak ini," kata Suhaizan. Umno dan medianya melaporkan bahawa perhimpunan 31 Disember ini adalah perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Ekoran itu, laporan telah dibuat oleh para pemuda, wanita, puteri dan NGO tajaan Umno di seluruh negara. Read More / Baca Lagi >> |
Mahasiswa tetap terus himpunan Turun walaupun KDN beri amaran Posted: 28 Dec 2013 06:05 PM PST Menyifatkan program Turun sebagai salah satu cara kritikan membina rakyat, Exco Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Nor Azhar Baharum berkata mahasiswa UIAM tidak gentar dengan ugutan pihak berkuasa demi ingin meluaskan penerangan dan meluahkan kebimbangan terhadap situasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang terpaksa dihadapi rakyat. Nor Azhar mendakwa, KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba memberi gambaran salah kepada masyarakat mengenai perjuangan gerakan itu dengan menggambarkan seolah-olah Turun bertujuan memberi ancaman kepada keharmonian negara dengan bertindak untuk menggulingkan kerajaan. Lebih daripada itu tindakan pihak berkuasa yang masih menggunakan alasan teknikal seperti mengaitkan isu permit memperlihatkan ketidakmatangan KDN dan PDRM menangani isu seperti ini. "Tuduhan sebegini seolah-oleh menunjukkan mahasiswa tidak faham dengan sistem demokrasi raja beperlembagaan di Malaysia. "Kami sudah terlibat dalam Pilihan Rayu Umum yang lalu, sudah mengundi, maka tersangat bodohkah kami untuk memahami sistem negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Polis semalam menamakan empat pertubuhan di belakang perhimpunan mendesak kerajaan agar menurunkan harga barangan dan perkhidmatan 31 Ogos ini termasuklah Turun yang diketuai oleh Nor Azan Safar. Melalui media, empat pertubuhan ini digambarkan sebagai pihak yang mahu menggulingkan kerajaan. Sehubungan itu, Nor Azhar mengutuk media pro Barisan Nasional seolah-olah tidak memahami isu yang cuba disampaikan oleh Turun. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 28 Dec 2013 06:04 PM PST (Ketua Wanita Umno Kuantan) Rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan berbeza dengan Putrajaya bukan tidak patriotik atau perlu meninggalkan negara ini selepas berbeza pendapat dengan menteri, kata penganalisis. Mereka yang selalu mempertikaikan kerajaan sebenarnya lebih sayangkan negara ini, kata ahli politik pembangkang dan juga penganalisis. Ketika memberikan komen terhadap pemimpin Umno yang mencadangkan agar pihak yang tidak suka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) meninggalkan negara ini, mereka berkata, ia adalah sikap besar kepala yang menunjukkan mereka kurang pengetahuan dan tidak faham perasaan pihak lain. "Kerajaan adalah wakil yang kita pilih untuk mentadbir dan tidak semestinya mereka boleh berbuat apa sahaja yang mereka mahu. "Kuasa kita tidak tamat selepas kita mengundi, ia akan kekal sehinggalah penggal mereka tamat," katanya kepada The Malaysian Insider. Katanya, menyatakan sesuatu pendapat tidak ada kaitan langsung dengan tidak patriotik atau tidak taat kepada negara. Kerajaan BN sepatutnya tidak perlu takut dengan apa yang dikatakan oleh rakyat, katanya. "Pendapat sesetengah kumpulan tidak semestinya mewakili pandangan semua rakyat Malaysia. Apa yang kerajaan patut buat adalah memahaminya. "Saya tidak tahu apa yang pemimpin kita takut sangat. Mengapa mereka tidak bertemu dengan orang sebegini dan berbincang untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan kualiti negara kita," katanya. Katanya, mendapatkan maklum balas tidak bermakna menerima semua cadangan itu tetapi ia boleh menyeimbangkan keperluan setiap pihak untuk menghasilkan pelan dan polisi terbaik negara. Jayum memberikan reaksi ke atas kenyataan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan Datuk Zaiton Mat yang berkata adalah senang bagi sesetengah pihak untuk mengkritik kelemahan Putrajaya tetapi mengenepikan kebaikan yang dibuat terutama dalam membentuk suasana yang aman dan harmoni. "Sesetengah pihak yang suka membuat kacau dan mengganggu keharmonian negara sebenarnya tidak berterima kasih terhadap kebaikan yang mereka kecapi. "Mengapa mereka mahu menghancurkan keamanan negara dengan menganjurkan perhimpunan untuk mengguling kerajaan?" katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan bagi menentang cadangan perhimpunan 31 Disember di Kuala Lumpur yang didakwa sebagai mahu menggulingkan kerajaan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan