MIMPI SENJA |
- Rafizi pula nak saman polis
- che’GuBard kepada Amar Singh - Minta Maaf atau saman RM100 juta
- Takkan la kerajaan Najib serapuh biskut kering?
- Perhimpunan 3112 : Penganjur bawa senjata termasuk bom tangan ooi, hangpa jaga2 ... depa nak gulin Najib ... hehehe aku gelak gulin-gulin
- Wanita dirogol beramai-ramai malam Krismas
Posted: 28 Dec 2013 08:41 PM PST Oleh: Norhayati UmorKUALA LUMPUR 29 DIS : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengambil tindakan undang-undang ekoran tuduhan mengaitkan beliau dengan perancangan letupan bom pada malam 31 Disember ini. Beliau turut kesal dengan tindakan polis yang memanggil beliau untuk diberi keterangan sedangkan perkara itu jelas disebarkan oleh blogger Barisan Nasional (BN). Rafizi SAMRafizi menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak adil kerana tidak memanggil pihak yang bertanggungjawab dalam sebaran berita terbabit. "Tuduhan itu jelas rekaan dari blogger Umno, saya sangat kesal dengan pihak polis yang berat sebelah memanggil saya untuk memberi keterangan. "Sedangkan yang sepatutnya dipanggil atau memberi keterangan dan disiasat ialah blogger Umno kerana mereka bertindak menjejaskan ketenteraman awam dengan menyebarkan berita palsu," katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Program Advokasi Anti Pemerdangangan Manusia, di Pangsapuri Intan, di sini. Rafizi turut mempersoalkan tindakan polis yang sebelum ini tidak pernah menyoal siasat blogger Umno walaupun pelbagai fitnah dilemparkan berunsurkan jenayah. "Kalau perkara itu orang biasa, sudah lama polis letak mereka dalam penjara. "Tapi blogger Umno, sampai sekarang bukan mereka yang disiasat sedangkan mereka yang lakukan segala fitnah dan menjejaskan ketenteraman awam, sebaliknya orang macam saya yang kena tuduh. "Oleh itu, saya kesal dengan tindak tanduk polis, jika polis bertindak melampaui batas, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya. Difahamkan, Rafizi dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi, pada 11 pagi,hari ini. Sebelum ini, beberapa blogger mengeluarkan satu lampiran yang kononnya dipintas masuk ke e-mail milik Rafizi berhubung letupan bom di lima kawasan sekitar Kuala Lumpur pada 31 Disember. Rafizi sebelum ini, menafikan penglibatan Pakatan Rakyat dalam bantahan yang akan diadakan ekoran kenaikan harga barangan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka. - SUMBER Rafizi: Siasat penulis blog isu emel 'letupan' Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau terkejut dipanggil memberi keterangan berhubung sebaran emel yang mendakwa akan berlaku kejadian letupan semasa perhimpunan pada malam 31 Disember. Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepatutnya menyiasat penulis blog dan juga akhbar yang didakwanya menyebarkan emel khabar angin tersebut. "Hal ini bukan saja drama yang teruk, tapi mewujudkan satu duluan yang teruk. "Adakah selepas ini jika ada orang dapat emel mengenai cerita (Datin Seri) Rosmah (Mansor), PDRM akan panggil beliau (Rosmah)? MP Pandan itu juga berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang usaha berhubung apa-apa letupan pada malam 31 Disember. "Satu-satunya bom yang saya tahu ialah kuih bom," kata MP muda itu secara berseloroh. Rafizi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 11:30 pagi tadi diiringi peguamnya N. Surendran dan Pengerusi Biro Guaman PKR, Latheefa Koya. Beliau kini sedang memberi keterangan setelah dipanggil untuk siasatan hari ini. Sementara itu Surendran berkata PDRM patut menarik balik anggapan buruk terhadap Rafizi kerana ia hanya tohmahan semata. "Saya beri amaran jika mereka (PDRM) tidak minta maaf atas tuduhan ini, kita akan saman di mahkamah," kata beliau. |
che’GuBard kepada Amar Singh - Minta Maaf atau saman RM100 juta Posted: 28 Dec 2013 07:15 PM PST KENYATAAN MEDIA 29 Disember 2013 Simpati PDRM diperalat regim. Amar Sigh, minta maaf atau disaman RM100juta 1. Dengan ini saya merakamkan rasa terkejut dan kecewa dengan tuduhan Timbalan Ketua Polis K.Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan saya dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan tuduhan menganjurkan himpunan untuk mengulingkan kerajaan pada 31 Disember nanti.Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu konon wujud perancangan mengebom dan sebagainya. 2. Rakyat terhimpit dengan kenaikan kos hidup. Ini berkait rapat dengan kegagalan regim pemerintah selama ini dengan memungkiri janji janji pilihanraya yang belum setahun berlalu. Di masa pilihanraya Bn telah berjanji untuk menurunkan tol dan perbagai lagi usaha pengurangan kos hidup. Tetapi akhirnya mereka sendiri menipu, bukan sahaja gagal mengawal kos hidup tetapi mereka sendiri mengumumkan kenaikan berantai bermacam macam lagi keperluan asas yang lain seperti minyak ,elektrik, gula dan lain lain lagi. Sedar dengan kegagalan dan penipuan regim ini maka muncul cadangan untuk rakyat turun ke Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes terhadap kenaikkan kos sara hidup. Cadangan ini bermula dengan persetujuan yang diolah dalam media baru seperti Facebook. Ekoran itu beberapa ngo seperti SAMM menyambut baik persetujuan yang diolah secara organik ini dengan menyusun promosi dan seumpamanya, malah satu seketeriat ditubuhkan bukan sebagai penganjur tetapi penyelengara untuk melicinkan perbagai urusan. 3. Namun regim yang sentiasa menganggap kebangkitan kesedaran dan kecerdikan rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikkan kos sara hidup sebagai himpunan menggulingkan kerajaan. 4. Media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikkan kos sara hidup kepada menggulingkan kerajaan . SAMM antara yang bersetuju dengan hak rakyat berhimpun dan menyatakan protes terhadap kos kehidupan serta penipuan janji janji pilihanraya Bn, telah berkali kali menegaskan melalui kenyataan persendirian dan kenyataan bersama bahawa himpunan ini cuma himpunan rakyat menyatakan protes bukan berbentuk keganasan tetapi aman. 5. Malah pra himpunan banyak telah di adakan atas nama flashmob di banyak tempat sama ada di dalam atau diluar lembah Kelang. Semua berjalan baik,begitulah bentuk himpunan ini cuma ia dalam skala yang besar di Dataran Merdeka pada malam tahun baru nanti. 6. Tidak di nafikan banyak juga pihak termakan dakyah jahat yang mengaitkan himpunan malam tahun baru nanti dengan keganasan menggulingkan kerajaan. Cuma tidak pasti PDRM merupakan pihak yang terpedaya propaganda jahat tersebut atau dengan sendirinya terlibat menjayakan propaganda tersebut. 7. Kemuncaknya adalah semalam apabila Timbalan Ketua Polis KL telah membuat sidang media seolah mempunyai maklumat gempar. Ia kelihatan seperti lidah propaganda jahat menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama saya dan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai terlibat menganjurkan himpunan guling kerajaan malam tahun baru yang bukan sahaja bersifat ganas tetapi terkait juga dengan bom dan sebagainya. Amar Singh kononya ada maklumat mengenainya. Lebih lawak jenaka kerana dalam begitu serius membawa tuduhan mengenai himpunan besar menggulingkan kerajaan, dia sendiri pula berkata bahawa NGO – NGO yang disebut itu cuma NGO kecil sahaja dan himpunan tersebut hanya akan dihadiri oleh ratusan orang sahaja. Saya amat kasihan dengan Amar Singh, seoprang pegawai polis kanan begitu kelihatan bodoh ketika menjadi alat aparat dakyah regim. 8. Saya dengan ini menafikan dakyah Amar Singh ini. Mohon semua pihak bertenang, ini semua usaha mengalihkan isu sebenar –rakyat susah, kos hidup naik, regim gagal, janji PRU Bn menipu. Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Amar Singh dan memohon maaf. Dia harus dedah sumber pembohongan ini. Saya akan mengambil tindakan undang – undang terhadap dia dan semua media jahat yang menjadi penyambung fitnah tersebut. Isnin 30 Disember) akan menghantar notis undang – undang terhadap Amar Singh dan media – media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100juta ke atasnya. 9. Semua harus datang secara aman, jika ada bersenjata dan membuat provokasi menghasut keganasan, ia agen jahat maka rakyat sendiri akan tangkap dan serah kepada polis. Polis juga sudah tentu tidak mahu menandakan permulaan tahun baru ini dengan titik hitam hubungan polis dengan rakyat. Hanya bersenjatakan banner, poster dan laungan kita jumpa di Dataran Merdeka 31 Disember ini. ** kenyataanm ini dikeluarkan dari Miri, Sarawak kerana dalam Lawatan Kerja SAMM ke Sarawak. Dua hari berada di belantara Baram bersama komuniti orang asal yang bangkit menentang pembinaan Empangan Baram. Sebentar lagi akan terbang ke Kuching untuk pelancaran program anak muda Sarawak- Nyah Taib |
Takkan la kerajaan Najib serapuh biskut kering? Posted: 28 Dec 2013 06:28 PM PST Serentak dengan sambutan malam tahun baru beberapa hari lagi, beberapa NGO pro pembangkang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Dataran Merdeka untuk menzahirkan luahan perasaan terhadap kerajaan yang menaikkan beberapa harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa bulan lalu. Sejak pilihanraya umum Mei lalu, kerajaan didapati telah menaikkan empat hingga lima barang dan perkhidmatan, manakala menjelang 1 Januari 2014 nanti, beberapa kenaikan lagi turut menyusul yang sekaligus menjadikan kehidupan rakyat terus-terusan disusahkan oleh kerajaan. Siri kenaikan yang paling banyak dalam sejarah negara ini jelas tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan sepatutnya mengurangkan kos, bukannya menaikkan harga. Lebih dari itu, ada yang menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barang naik dan tahun sengsara bagi rakyat yang pada hakikatnya semakin hari semakin dikemudiankan oleh kerajaan. Lantaran itu, perhimpunan aman di malam ambang merdeka ini tentulah dapat difahami maksud dan tujuannya. Ia hanyalah sekadar medan untuk rakyat meluahkan perasaan dan agar kerajaan lebih mendengar rintihan mereka. Bagaimanapun, sementara sesetentah pemimpin dan ahli UMNO memahami dengan rasional tujuan perhimpunan itu, terdapat pula pihak lain yang cuba memesongkan pemikiran massa dengan mengatakan perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan. Beratus-ratus laporan polis sudah dibuat untuk meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan itu. Walaupun sudah dijelaskan berkali-kali oleh pihak penganjur bahawa perhimpunan itu tiada kena-mengena dengan agenda menggulingkan kerajaan, namun ia seperti tidak diendahkan dan laporan polis terus juga dibuat. Termasuk yang tidak mahu faham dan turut mengaitkannya dengan tujuan menggulingkan kerajaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang turut mengetuai sekumpulan orang membuat laporan polis semalam. Rupa-rupanya bukan kalangan pemimpin muda daripada Pemuda UMNO saja yang tidak faham, pemimpin sudah beruban seperti Ali Rustam pun turut sama tidak faham. Hakikatnya, ketidakfahaman mereka itu lebih menggambarkan kebimbangan terhadap kejayaan perhimpunan tersebut. Mereka tahu rakyat sedang marah ketika ini dan ia mungkin mendorong ramai daripadanya untuk turut sama turun ke Dataran Merdeka. Jika ramai yang turun ke Dataran Merdeka, tentulah ia dilihat sebagai manifestasi bahawa rakyat semakin jauh dengan kerajaan. Tetapi ia cuma sekadar itu. Sambil merayakan sambutan tahun baru, mereka ingin juga melakukan sesuatu yang bermakna, selain daripada berhibur. Selebihnya mungkin hadir hanya untuk berhibur semata-mata. Tidak mungkin kerajaan terguling atau tumbang hanya kerana sekumpulan anak-anak muda mengadakan protes kenaikan harga barang. Sistem, budaya dan kedudukan masyarakat kita jelas tidak menerima kerajaan ditumbangkan melalui rusuhan atau tunjuk perasaan. Berdemo dan mengadakan tunjuk perasaan hanyalah sekadar meluahkan perasaan, lagi pula ia dibenarkan dalam Perlembagaan dan sesuai dengan janji Najib mengenai perhimpunan aman sendiri. Tidak mungkin kerajaan tumbang atau terguling hanya ketana perhimpunan seperti jni, kecualilah kerajaan Najib ini sudah begitu rapuh seperti biskut kering yang mudah dipatah atau lembut bila direndam dalam air. Tetapi adakah begitu keadaannya? Sejarah telah membuktikan bahawa kita ada rekod dan sistem tersendiri kalau mahu menukar kerajaan atau menukar Perdana Menteri. Jadi, janganlah kalut terlebih-lebih dengan perhimpunan ini. Begitu dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis KL, Amar Singh Ishar Singh yang menyatakan perhimpunan itu bertujan menimbulkan kekecohan, malah menyatakan penganjur akan mendirikan beberapa khemah di sekitar Dataran Merdeka serta membawa pelbagai senjata termasuk bom ke perhimpunan itu. Kenyataan ini lebih bertujuan menakutkan rakyat dan tidak membantu memperbaiki imej kerajaan. Polis seharusnya lebih fokus kepada kawalan keselamatan dan mencegah sesuatu yang buruk. Jika ada bukti kukuh dan sahih, tangkaplah mereka yang terbabit itu walaupun secara realitinya ternampak mustahil penganjur secara terbuka mendirikan khemah dan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan ke tempat awam. Jika benar polis mempunyai maklumat seperti itu, mereka yang terbabit seharusnya ditahan sebelum pun mereka sampai ke Dataran Merdeka lagi. Maklumat seperti ini tidak seharusnya diucapkan secara santai melalui media, kecualilah tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan dan menghalang kehadiran rakyat. Walaupun sudah beratus laporan polis dan nyanyian mengguling kerajaan semakin kuat kedengaran, pihak polis tidak seharusnya mudah melatah dengan perkara ini. Biarkanlah anak-anak muda ini meluahkan perasaan mereka, tetapi mesti diingatkan supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang buruk yang boleh menjejaskan keselamatan. Daripada menghebahkan pelbagai perkara yang tidak pasti, pihak polis sebaiknya memanggil penganjur terlibat dan meminta jaminan tiada kekecohan, huru-hara atau keganasan daripada mereka atau mereka akan dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu yang buruk. Kerajaan seharusnya lebih bijaksana menangani isu, manakala sikap kalut dan reaksi berlebih-lebih hanya memperlihatkan kepimpinan Najib sedang rapuh dan umpama biskut kering saja kedudukannya.- SH |
Posted: 28 Dec 2013 05:14 AM PST Kalau mengikut risikan polis himpunan haram yang dirancang oleh kumpulan yang dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang gugat keamanan negara. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan. Empat kumpulan yang dikenalpasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Sabtu beliau memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka Selasa ini. Katanya pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012. Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara. Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan.-28/12/2013 - Agenda Daily |
Wanita dirogol beramai-ramai malam Krismas Posted: 27 Dec 2013 11:40 PM PST New Delhi 28 Dis - Seorang wanita berusia 20 tahun didakwa menjadi mangsa rogol beramai-ramai menjelang sambutan Krismas di selatan India, lapor media semalam, kejadian terbaru dalam siri serangan seksual yang dilaporkan di negara itu. Laporan mengenai serangan terbaru berkenaan tersiar dua hari sebelum India dijangka memperingati ulang tahun pertama kematian penuntut wanita yang dirogol beramai-ramai di atas bas dalam serangan yang mengejutkan negara itu. Wanita yang diserang menjelang Krismas itu memberitahu polis beliau diculik tiga lelaki ketika bersiar-siar dengan rakan-rakannya di Karaikal, bandar raya pelabuhan di Puducherry, laporan Times of India dan rangkaian televisyen. Salah seorang lelaki berkenaan merogolnya di sebuah tempat terpencil sebelum membebaskan mangsa, menurut Times of India. Beliau meminta tolong tetapi sekumpulan tujuh lelaki lain menyerangnya ketika dibawa ke tempat selamat. Enam daripada mereka merogolnya. "Satu kes sudah dilaporkan. Ada 15 tertuduh dan seorang mangsa," kata pegawai kanan polis, Monika Bhardwaj. Bhardwaj berkata, tiga daripada tertuduh melarikan diri. Akhbar Times of India melaporkan polis mendaftarkan kes berkenaan sebagai penculikan, rogol berkumpulan dan ugutan jenayah terhadap tertuduh. - AFPs |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan