Rabu, 18 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


SANTAI PETANG [Video] Toilet or A Boardroom

Posted: 18 Dec 2013 10:08 PM PST

Toilet or A Boardroom

Perjanjian lebuh raya lumayan tetapi rakyat menjadi mangsa

Posted: 18 Dec 2013 09:51 PM PST

DECEMBER 19, 2013
Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tahun hadapan. Gambar fail.Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tahun hadapan. Gambar fail.Amalan penswastaan Putrajaya sekali lagi berdepan kritikan, dengan penganalisis berkata rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap perjanjian konsesi berat sebelah menyebabkan harga tol akan naik bulan depan.
Kesilapan Putrajaya pada masa lalu kembali berulang kerana terikat dengan perjanjian tersebut dan kenaikan tol adalah salah satu daripada perjanjian - kerajaan terpaksa mengalah dan tunduk kepada syarikat konsesi.
Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tetapi kerajaan belum lagi mengumumkan kadar akhir.
Cadangan kenaikan tol diumumkan ketika Putrajaya telah pun mengumumkan kadar tarif elektrik baru serta cadangan untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam di ibu kota.
"Jika anda menandatangani perjanjian, anda perlu berpegang dengan apa yang anda telah tandatangani," kata perunding ekonomi Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan seorang pegawai bank Syed Akbar Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider.
"Jika anda menentang kenaikan tersebut, mengapa anda menandatangani perjanjian itu," ujarnya yang mempersoalkan tindakan kerajaan.
Syed Akbar merujuk kepada manifesto (BN) pilihan raya Barisan Nasional (BN), di mana Datuk Seri Najib Razak berjanji kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
"Beliau adalah PM ya. Tetapi dengan pihak berkuasa mana beliau berjanji? Satu perjanjian, yang mengikat secara sah telah ditandatangani."
Ketua ekonomi RAM Holdings Berhad Dr Yeah Kim Leng bersetuju, sambil menambah bahawa jika perjanjian konsesi tidak dipenuhi, kredibiliti kerajaan akan berdepan risiko.
"Bukan itu sahaja, penarafan kredit Malaysia juga akan terjejas.
"Sudah tentu kerajaan boleh menggunakan pengaruhnya untuk meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini lebih bertimbang rasa dalam kenaikan tol," katanya lagi.
Bagaimanapun, ahli ekonomi menggesa Putrajaya untuk melihat ke dalam isu ini 'satu persatu', meneliti mana satu tol yang buat untung atau sebaliknya.
"Jadi mungkin untuk mengurangkan kesan ke atas pengguna jalan raya, mereka boleh meningkatkan tol lebuh raya yang tidak benar-benar membuat wang kerana aliran trafik yang rendah.
"Kenaikan tol di lebuh raya yang sedia sesak dan banyak membuat untung kerana jumlah trafik yang tinggi bukan suatu yang wajar.
"Kerana ini kemudiannya akan memberi Putrajaya lebih banyak kelebihan untuk 'memujuk dan merundingkan semula 'dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya agar tidak menaikkan kadar tol mereka," tegasnya lagi.
Syed Akbar mencadangkan Putrajaya supaya lebih berhati-hati dalam menandatangani perjanjian pada masa depan untuk mengelakkan isu-isu kenaikan tol ketika kos sara hidup meningkat berikutan kenaikan harga petrol, gula dan lain-lain.
"Salah satu syarat mereka perlu masukan adalah seperti jumlah peningkatan trafik, kenaikan tol lebih rendah dan kenaikan harus ditambat dengan jumlah wang yang syarikat konsesi berhutang kepada bank, "katanya.
"Selain itu, tempoh  konsesi juga perlu diteliti kerana sebahagian daripada mereka mempunyai tempoh konsesi yang panjang."
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata Putrajaya "lebih mengasihani" apabila menandatangani perjanjian dengan konsesi lebuh raya dan syarikat bekalan air.
Beliau menegaskan kerajaan berkemampuan berunding semula untuk memendekkan tempoh konsesi dan untuk menghentikan kenaikan kadar tol, memandangkan perjanjian adalah berdasarkan kepada unjuran jumlah trafik untuk menggunakan lebuh raya tertentu.
"Di lebuh raya bandar seperti Lebuhraya Pantai Baru dan Kesas, pengguna lebih banyak daripada apa yang mereka jangkakan.
"Oleh itu, Kadar Pulangan Dalaman sebanyak 15% akan dicapai lebih awal dan mereka akan memperoleh pelaburan mereka," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor tersebut.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga menyalahkan kenaikan tol berpunca daripada 'kekurangan integriti ' yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat, menyifatkan kegagalan untuk mengamalkan tender terbuka dalam pemberian sebagai punca perjanjian menjadi berat sebelah.
"Sepatutnya , syarikat konsesi tol telah memperoleh kembali pelaburan awal mereka dan tidak perlu untuk mengumpul lagi bayaran tol tetapi disebabkan perjanjian konsesi, mereka mempunyai hak untuk terus mengumpul bayaran tol dan menaikkan kadar. Jadi ini adalah kekurangan kerajaan Barisan Nasional dalam integriti.
"Syarikat tersebut hanya mengumpul keuntungan bersih daripada kutipan tol, ditolak dengan kos penyelenggaraan. Kami menentang cadangan kenaikan ini, tetapi oleh kerana perjanjian itu telah ditandatangani , orang ramai perlu menanggungnya," kata pemimpin DAP itu.
Dr Dzulkefly berkata perjanjian konsesi perlu diteliti semula bagi melindungi kepentingan awam.
"Tetapi ia jelas sekarang kerajaan lebih berminat untuk menjaga syarikat konsesi kroni kerajaan BN.
"Butir-butir perjanjian konsesi perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan yang lebih besar kepada rakyat, "kata beliau. – 19 Disember, 2013. -TMI

Lelaki Myanmar dituduh cabul remaja

Posted: 18 Dec 2013 09:39 PM PST

BATU GAJAH: Seorang lelaki warga Myanmar dituduh di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi atas dakwaan mencabul seorang ramaja perempuan pada Ahad lalu.
Tertuduh Mohamad Jasim Nurul Hakim, 27, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di dapur Dewan Ballroom Kelab Golf Clearwater Sanctuary Resort, di sini pada kira-kira jam 5 petang hujung minggu lalu. 
Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya, tertuduh mendakwa memahami serba sedikit Bahasa Melayu dan mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.


Majistret Soleha Noratikah Ismail, kemudian menetapkan 24 Januari tahun depan tarikh sebutan semula kes serta mengarahkan mahkamah menyediakan jurubahasa kerana tertuduh tidak fasih berbahasa Melayu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan. -myMetro 19 Dec

'Turunkan, Bukan Naikkan Kadar Tol' - BNBBC

Posted: 18 Dec 2013 06:57 PM PST



PETALING JAYA: Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat-peringkat daripada menaikkan kadar tersebut.
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, walaupun kerajaan belum mengumumkan sama ada kadar tol akan dinaikkan, mereka harus memenuhi janji pada PRU-13 yang lalu.
"Perkara penting di sini adalah manifesto kita menyatakan bahawa kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dan oleh itu, BNBBC berharap tidak akan ada sebarang kenaikan," kata Shahrir.
Manifesto itu turut menyatakan antara perkara lain yang ditekankan Barisan Nasional (BN) adalah untuk mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat-peringkat' dalam tempoh lima tahun akan datang.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, tiada sebarang rancangan oleh BNBBC untuk membantah kenaikan tersebut kerana kerajaan masih belum mengesahkan mengenai perkara itu.
"Isu itu masih dibincangkan oleh kerajaan, pemimpin-pemimpin BN yang terdiri daripada Ahli Parlimen di pelbagai kawasan tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai perkara ini kerana tidak semua di kalangan kami mempunyai tol di kawasan masing-masing," katanya.
Walaupun pemimpin-pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang mengenai kenaikan kadar tol itu kerana kawasan mereka tidak terlibat, Ahli Parlimen lain, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang dan beberapa bandar utama amat 
  • Reezal Merican
 1 / 1 
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semula kerajaan BN agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol.

Menurutnya, ia adalah kerana BN pada PRU13 lalu telah berjanji secara spesifik melalui akujanji pilihan raya bahawa akan mengurangkan tol secara berperingkat.

"Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'.

"Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif. Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ianya pasti diberi perhatian oleh kerajaan," katanya, semalam.

Selain itu, Reezal turut menyeru Kementerian Kerja Raya membuat kajian lebih holistik sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada masa akan datang.

"Ia perlu dilakukan dengan mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan. Antara lebuhraya baharu dalam peringkat kajian, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) mempunyai implikasi kewangan 'harian' kepada pengguna," katanya.

Katanya lagi, Kementerian Kerja Raya juga perlu menyatakan kepada umum mengenai status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

"Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula, apatah  lagi ia dinyatakan secara spesifik dalam Pelan Perancangan Strategik Kementerian Kerja Raya.

"Rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati, agar ia tidak membebankan rakyat dalam apa jua keadaan. Berdasarkan maklum balas rakyat, mereka terbeban dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini," katanya. - Sinar Harian

Linda Onn Sahkan Bakal Kahwin Kerabat Diraja

Posted: 18 Dec 2013 08:07 AM PST



Linda mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini.
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.
Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini.
"Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah," katanya ketika ditemui di stesen radio Suria FM di sini pada Rabu.
Penyampai radio Suria FM itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hari bahagianya itu.
Linda diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu mengenai khabar angin pernikahannya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember depan yang akan diadakan di kampung halamannya di Johor Baharu.
Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu.
Linda dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal.
Dalam perkembangan sama, Linda berkata, dia akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat ini. -  mStar 

[Video] TV3suku kata perhimpunan 31 Dec di Dataran Merdeka untuk guling kerajaan?

Posted: 18 Dec 2013 06:38 AM PST






SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menganjurkan Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka, hujung bulan ini menafikan penglibatan mereka dalam satu penganjuran himpunan di lokasi sama yang bertujuan mengguling kerajaan.

Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, tidak dinafikan ada pihak atau individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan.


"Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri," katanya.

Beliau berkata, Protes Rakyat Ambang 2014 itu bagi menyatakan bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau.

Menurutnya, ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.

"Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekali gus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respons kebanyakan menteri terhadap kenaikan ini turut memacu kemarahan rakyat.

"SAMM menyeru kepada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. SAMM percaya semua tidak terkecuali, sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan," katanya dalam satu kenyataan.

Edy berkata, bagi SAMM, jelas himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein.

"Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata," katanya, - Sinar Harian

GEMPAR ... Puting Beliung di Johor Bahru petang tadi

Posted: 18 Dec 2013 05:20 AM PST

Gambar puting beliung di JB Johor Bahru pada 18 Disember 2013. Dilaman sosial, kecoh apabila beberapa pengguna telah merakamkan fenomena puting beliung yang melanda dibeberapa kawasan sekitar Johor Bahru kira-kira jam 6.30 petang. Menerusi imej yang dirakam, terpapar seolah-olah puting beliung sedang berlegar di ruang angkasa dan tidak mencecah tanah. Foto tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian umum khususnya dilaman sosial. Apapun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan akibat fenomena tersebut.
puting-beliung-5

puting-beliung-4
puting beliung 2 puting beliung 3 puting beliung
puting beliung 7 puting beliung 8 puting beliung 10 puting beliung 11 puting beliung 12 puting beliung9 putingbeliung3



Sumber: melvistar

Anwar: PKR halang kenaikan tol melalui pegangan saham Kerajaan Selangor

Posted: 18 Dec 2013 04:56 AM PST


Oleh : Siraj

anwar-pc-2013
PETALING JAYA 18 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghalang kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di Selangor melalui pegangan saham yang dimiliki Kerajaan Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berikutan Kerajaan Selangor memiliki 30 peratus pegangan saham KESAS melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala SPRINT dan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) 20 peratus melalui Kumpulan Perangsang.
Beliau sudah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju membawa isu itu dalam mesyuarat Exco dan arahan bakal dibuat kepada wakil Kerajaan Negeri dalam konsortium lebuh raya untuk menolak kenaikan tol.
"Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan bersetuju Kerajaan Negeri akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya untuk menolak kenaikan tol yang diumumkan BN," katanya.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di sini, hari ini.
Kata Anwar, Abdul Khalid bersetuju Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat lebih ketat terhadap cadangan lebuh raya baru yang mahu dibina iaitu DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR.
Katanya, antara syarat dikenakan ialah kebenaran pembangunan hanya diberi jika syarat keuntungan yang mengikut formula lebih adil kepada rakyat dipatuhi Kerajaan Pusat dan pemegang konsesi.
Beliau berkata, pemegang tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya dibenarkan jika syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan kebertanggungjawaban pemegang konsesi kepada rakyat Selangor dipatuhi.
"Ini sebahagian tindakan yang boleh diambil Kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol.
tol naikSebenarnya, kuasa yang ada di peringkat Kerajaan Pusat jauh lebih besar dan sudah tentu boleh sahaja menghentikan kenaikan tol jika ada kemahuan dan keikhlasan,"katanya lagi.
Menyangkal dakwaan menteri konon kenaikan tol tidak dapat dielak, Anwar berkata Kerajaan Pusat ada pegangan saham besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuh raya, sekali gus boleh menggunakannya untuk melindungi kepentingan rakyat.
"Kerajaan Negeri pula ada kuasa memastikan kebenaran merancang, pengambilalihan tanah, jajahan dan lain-lain tertakluk kepada syarat tertentu yang ditetapkan sebelum lebuh raya dibina," katanya.
Oleh sebab itu, Anwar n kerana ia termaktub di dalam perjanjian yang dimenterai.
"Saya juga menolak alasan yang diberikan BN bahawa kerajaan tidak berkuasa untuk membendung kenaikan tol,"katanya lagi.
-EZY - Selangorkini

ATM terima maklumat risik pengganas cuba masuk Sabah.

Posted: 18 Dec 2013 03:54 AM PST

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan menerima maklumat terdapat cubaan kumpulan militan dari selatan Filipina yang dipercayai ada kaitan dengan kes penculikan wanita warga Taiwan di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah, pada 15 November lalu, memasuki semula perairan negeri itu semalam.

Panglima 1 Divisyen Infantri, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar (gambar) berkata, berdasarkan maklumat risikan, kumpulan militan tersebut telah melintasi beberapa pusat peranginan di negeri tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan tujuan kumpulan terbabit memasuki perairan negara.


Mohd. Zaki menegaskan, pihak ATM sentiasa berhubung rapat dengan semua pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Penculikan yang berlaku baru-baru ini adalah di bawah bidang kuasa polis namun ATM sentiasa bersiap sedia dengan langkah pengawasan yang lebih besar sekiranya berlaku sebarang kejadian yang mengancam keselamatan negara.

"Sehingga tengah malam tadi, ATM tidak menerima sebarang maklumat mengenai pencerobohan pengganas Kiram di Sabah.

"Tetapi ada maklumat daripada sumber mengenai kumpulan pengganas terlibat dalam kes penculikan di Pulau Pom-Pom memasuki perairan yang menempatkan beberapa pulau peranginan di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Syarahan Ancaman Bahaya Syiah yang dihadiri oleh 400 pegawai dan anggota lain-lain pangkat di Kem Penrissen di Kuhcing Selasa.-17/12/2013

[HR]

[B]ESSCOM nafi khabar angin ada cubaan kumpulan Abu Sayaf nak serang Timur Sabah[/B]

 [IMG]/images/stories/lahad-tempurxx513.jpg[/IMG]Jangan panik dengar khabar angin yang berlegar konon kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) hendakk menceroboh masuk untuk serang kawasan pesisir pantai timur Sabah.

Nasihat ini diberi oleh Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad sendiri menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa.

"Berdasarkan risikan yang diperoleh ESSCOM, setakat ini tiada cubaan untuk menceroboh masuk oleh kumpulan Abu Sayyaf atau MNLF seperti didakwa. Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas termasuk melalui media sosial,"katanya.

Beliau berkata keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) adalah terkawal dan terjamin.

Zon tersebut merangkumi 10 daerah meliputi jarak 1,733.7 kilometer dari Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Sehubungan itu Mohammad meminta orang ramai, bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.

Khalid berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan).

Mohammad berkata kawalan keselamatan di ESSZONE diperketatkan termasuk bilangan rondaan pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin.

"Kita juga meningkatkan pengawasan dan kawalan di pos-pos keselamatan bukan sahaja di pos kawalan di pulau tetapi juga di pos kawalan daratan," katanya.

Selain itu, Mohammad berkata ESSCOM, yang dipertanggungjawab menyelaras agensi pertahanan dan keselamatan di ESSZONE, mewujud dan menempatkan Pasukan Tindakan Pantas di beberapa tempat strategik bagi memintas bot atau kumpulan tertentu yang cuba memasuki perairan negara ini untuk melakukan jenayah penculikan.

"Pewujudan Pasukan Tindakan Pantas ini juga bertujuan untuk memastikan tidak berlaku atau mengelak sebarang pencerobohan.

"Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan maritim kita, aset pertahanan dan keselamatan seperti kapal terbang dan helikopter turut digunakan," katanya.

Justeru, Mohammad memberi amaran kepada mereka yang cuba bersekongkol dengan pihak musuh, termasuk memberi maklumat kepada kumpulan yang ingin atau cuba menceroboh masuk untuk tujuan aktiviti penculikan, supaya tidak berbuat demikian kerana tindakan tegas akan dikenakan.-17/12/2013

[HR]

Pangganas nak serang Sabah esok...?[hari ini]

Entah betul atau gempak saja lebih, khabar angin mengenai Pengganas dari Selatan Filipina hendak serang Malaysia esok dan hari Khamis ini tersebar luas.

Sampaikan polis sendiri mengaku mereka terima maklumat tersebut.

Bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.

Menurutnya bagi memastikan ancaman itu ditangani dari awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan pelbagai operasi.

"Operasi itu termasuklah Ops Cantas Khas oleh PDRM dan Ops Gasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah. Melaluinya kita akan 'flush out' semua anasir yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan), pada esok dan hari Krismas ini.

"Kami terima maklumat itu dan kami bersiap sedia," kata Khalid.

Pada 1 dan 2 Mac 2013 akan dikenang sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya.

Pada tarikh itu bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah, bermandi darah apabila senjata api kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memuntahkan peluru menembusi tubuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka memburu pengganas yang mendakwa daripada kesultanan Sulu.

Kumpulan itu dikenal pasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Feb bagi merampas kembali wilayah mereka di pantai timur Sabah tersebut.

Pencerobohan kumpulan pengganas itu turut mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebanyak 68 anggota militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.- Agenda Daily

[EDISI PELIK/LAWAK] Macam2 cerita skrg ni ... 300 ekor ayam jadi mangsa rogol seekor manusia ...

Posted: 18 Dec 2013 01:55 AM PST


Bukan fenomena cuaca je semakin pelik sekarang ni, fenomena dengan perangai & nafsu manusia pun ber double pelik. Kalau bernafsu sesama jantina tu dah bersepah walau jelik tapi tak pelik sangat dah sebab bukan sesuatu yang baru & luar biasa lagi. Bernafsu kat haiwan pun sekarang dah dengar tak berapa pelik tapi bernafsu kepada haiwan bernama Ayam ni maybe akak pelik jugak sebab tak pernah dengar atau kalau yang pernah dengar pun jarang2 nak dengar.

Pesanan buat ayam2 jangan seksi2.. hangpa pun berisiko kena rogol

Tadi terbaca kat Mynewshub alkisah pasal sespesis manusia ni yang di dakwa kerana merogol seorang kanak - kanak sekaligus telah membongkarkan 1 rahsia yang mengejutkan semua orang bila dia mengaku dia memperkosa lebih dari 300 ayam sehingga mati. Mak Aih.. Ni nafsu jin mana pulak ni taste dengan ayam.

Sumber Mynewshub

Aduhai makin dunia berada kat hujung2.. Makin pelik pulak spesis2 manusia. Kat mana yang dia pandang ayam tu bernafsu sangat pun tak tau.. nak kata ayam dok tayang lurah dendam macam si Nooraida tu takde pulak.. lagipun ayam mana ada buah dada besar. nak kata ayam pinggang ramping ala2 rozita che wan pun.. takde langsung.. nak kata ayam tu comel macam syasya solero maybe la kot walau ayam tu takde mata besar macam syasya solero kan... Tapi ayam antara spesis haiwan comel jugak di pandang. tapi takkan tengok ayam comel pun kau dah teransang. Memang nafsu ko di luar kewarasan seorang manusia...

Ya Allah.. moga kau jauhkan la keluarga kami.. anak2 kami.. saudara mara kami.. & teman2 kami dari bernafsu pelik & songsang sehingga susah untuk di terima akal. Sesungguhnya perasaan & nafsu yang Allah anugerahkan untuk kami sudah cukup memberi nikmat. Tak perlu nak upgrade sangat sampai jadi pelik & jijik - sumber.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Perjanjian lebuh raya lumayan tetapi rakyat menjadi mangsa kelemahan kerajaan 47%

Posted: 18 Dec 2013 09:26 PM PST

Amalan penswastaan Putrajaya sekali lagi berdepan kritikan, dengan penganalisis berkata rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap perjanjian konsesi berat sebelah menyebabkan harga tol akan naik bulan depan.
Kesilapan Putrajaya pada masa lalu kembali berulang kerana terikat dengan perjanjian tersebut dan kenaikan tol adalah salah satu daripada perjanjian - kerajaan terpaksa mengalah dan tunduk kepada syarikat konsesi.
Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tetapi kerajaan belum lagi mengumumkan kadar akhir.
Cadangan kenaikan tol diumumkan ketika Putrajaya telah pun mengumumkan kadar tarif elektrik baru serta cadangan untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam di ibu kota.
"Jika anda menandatangani perjanjian, anda perlu berpegang dengan apa yang anda telah tandatangani," kata perunding ekonomi Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan seorang pegawai bank Syed Akbar Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider.
"Jika anda menentang kenaikan tersebut, mengapa anda menandatangani perjanjian itu," ujarnya yang mempersoalkan tindakan kerajaan.
Syed Akbar merujuk kepada manifesto (BN) pilihan raya Barisan Nasional (BN), di mana Datuk Seri Najib Razak berjanji kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
"Beliau adalah PM ya. Tetapi dengan pihak berkuasa mana beliau berjanji? Satu perjanjian, yang mengikat secara sah telah ditandatangani."
Ketua ekonomi RAM Holdings Berhad Dr Yeah Kim Leng bersetuju, sambil menambah bahawa jika perjanjian konsesi tidak dipenuhi, kredibiliti kerajaan akan berdepan risiko.
"Bukan itu sahaja, penarafan kredit Malaysia juga akan terjejas.
"Sudah tentu kerajaan boleh menggunakan pengaruhnya untuk meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini lebih bertimbang rasa dalam kenaikan tol," katanya lagi.
Bagaimanapun, ahli ekonomi menggesa Putrajaya untuk melihat ke dalam isu ini 'satu persatu', meneliti mana satu tol yang buat untung atau sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan Syiah macam kemuncup melekat di seluar

Posted: 18 Dec 2013 09:25 PM PST

ALOR SETAR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memandang enteng tuduhan Syiah yang dibuat pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadapnya dengan menganggap seolah-olah 'kemuncup yang melekat di seluar' sahaja.

"Saya sedar apa yang dilakukan oleh mereka adalah bertujuan untuk menyibukkan kita (PAS) dengan kerja menjawab tuduhan atau membuat penafian.

"Dengan itu pemimpin Umno/ BN berharap usaha kita menggerakkan penentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang, tarif elektrik, tol dan sebagainya akan dilupakan," ujarnya.

Sedangkan, katanya, 10 tuduhan yang dibuat KDN untuk mengaitkannya dengan ajaran Syiah langsung tidak berasas dan hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat.

Mohamad yang ditemui di majlis Taklimat dan Dailog Menuntut Kenaikan Harga Padi anjuran Belatani di sini berkata, beliau tidak akan melayan atau menjawab semua tuduhan tersebut sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk menguruskan dakwaan Menteri Dalam Negeri mengikut saluran keadilan.

"Saya akan teruskan kerja saya membela rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga minyak, elektrik, tol... isu peningkatan kos hidup, isu GST, TPPA, walaupun pemimpin Umno/BN cuba untuk mengalih fokus saya," tegasnya.

Syiah, Mat Sabu dan kesesatan terpilih

Posted: 18 Dec 2013 09:24 PM PST

MOHAMED HANIPA MAIDIN
MUNGKIN Haji Mohamad Sabu ialah pemimpin PAS  paling kerap diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang Umno tidak lakukan bagi mendepani Mat Sabu. Di tahan ISA dua kali Mat Sabu tetap istiqamah. Ditangkap dan ditahan dilokap terlalu banyak dan kerap.

Didakwa di mahkamah, dulu, kini dan tidak tahu sampai bila. Siapakah pemimpin PAS yang terpaksa berhadapan dengan lebih 1000 laporan polis selain Mat Sabu? Mungkin laporan sebanyak itu boleh tersenarai dalam Buku Rekod Guiness sebagai laporan yang paling banyak di Malaysia atau di Asia atau mungkin juga di dunia.

Semasa kes Almarhum Mat Indera dahulu, ada yang minta Mat Sabu ditarik  kerakyatan, di buang negara, diancam dengan simbahan asid ke atas beliau dan keluarga, dicuba bakar rumahnya, diganggu ceramahnya, dipotretkan gambarnya dengan bintang tiga dan akhirnya didakwa di mahkamah.

Kita tidak pasti adakah Umno masih mempunyai senarai tuduhan baru di dalam stoknya untuk dilabelkan ke atas Mat Sabu selepas label Syiah. Tidak peritkah insan bernama Mat Sabu jika musuh di luar dan juga kawan di dalam berkongsi menuduh beliau dengan tuduhan Syiah.

Tapi itulah Mat Sabu. Dalam keadaan orang ramai beristirehat di rumah beliau berceramah di seluruh pelosok daerah dan kampung menyedarkan rakyat betapa bobroknya Umno dalam memerintah negara. Jika orang lain gembira meraikan perkahwinan anak gadis mereka, Mat Sabu pula dikepung , dipecah cermin keretanya dengan ganas, digari, ditangkap dan diaibkan saat beliau dan keluarga ingin meraikan perkahwinan anak gadisnya. Untuk Umno, adakah kamu fikir Allah melupakan segala kezaliman yang kamu lakukan ke atas Mat Sabu?

Read More / Baca Lagi >>

Orang S'wak mangsa 'pengundi hantu'?

Posted: 18 Dec 2013 08:48 PM PST

Adakah penduduk Sarawak dijadikan mangsa "pengundi hantu" dan pengundi pos di Semenanjung Malaysia ekoran satu penemuan kes minggu ini?

NONEPersoalan itu ditimbulkan setiausaha DAP negeri Alan Ling Sie Kong (kanan) selepas Andrew Laja, 54, dari Ulu Tinjar, Baram, mendapati beliau didaftarkan sebagai pengundi di Perak.

Selepas mendaftar sebagai pengundi pada 1996, Andrew terlepas tiga pilihan raya Parlimen dan empat pilihan raya negeri kerana namanya tidak terdapat dalam daftar pemilih di Baram.

Pada Selasa lalu, beliau baru sedar bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Parlimen Tanjung Malim.

Namanya juga tersenarai sebagai pengundi polis.

Mengetengahkan kes Andrew itu, Ling meluahkan kebimbangannya atas kemungkinan lelaki itu menjadi "mangsa pengundi hantu" dan boleh jadi lebih ramai penduduk Sarawak mengalami nasib sama.

Kenaikan: PR didesak rakyat turun ke jalanan

Posted: 18 Dec 2013 08:21 PM PST

PETALING JAYA - Pakatan pembangkang mendakwa didesak oleh orang ramai untuk turun ke jalanan membantah kenaikan kos hidup yang berpunca daripada pengurangan subsidi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat yang merasa bebanan itu mendesak pembangkang untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya dapat menimbang semula keputusan mengurangkan subsidi keperluan tertentu seperti minyak petrol.

"Kami akan bincangkan isu ini secara lanjut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR Jumaat ini. Agenda mesyuarat ini hanya satu iaitu berbincang mengenai kenaikan harga yang diumumkan kerajaan.

"Sama ada kita akan adakan perhimpunan besar-besaran atau tidak, akan diputuskan Jumaat ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, mesej yang diutarakan rakyat itu sangat jelas bahawa mereka sangat marah dengan kenaikan yang bertindan dalam tempoh enam bulan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Isu tol: Kerajaan 47% patut lebih prihatin kata MP BN

Posted: 18 Dec 2013 08:18 PM PST

SHAH ALAM - Kerajaan seharusnya lebih prihatin dengan bebanan yang dihadapi rakyat kerana banyak kenaikan berlaku dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin berkata, jika kerajaan terus bertegas menaikkan kadar tol, sudah pasti ia lebih menekan rakyat.

"Saya berharap kerajaan mengkaji semula kenaikan itu, kerana kita (BN) perlu berpegang kepada janji yang telah dibuat sebelum ini.

"Saya percaya ada ruang untuk kerajaan berbuat (mengkaji) demikian, jika diteruskan juga rakyat akan melabel kerajaan s tidak prihatin," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mas Ermieyati yang juga Ketua Puteri Umno berkata, sebagai wakil rakyat, beliau mendapat banyak keluhan daripada rakyat bawahan apabila berlaku kenaikan barangan dan perkhidmatan dalam masa singkat.

"Dalam tempoh dua ke tiga hari ini ramai mengadu mengenai bebanan dihadapi dan terbaru mengenai kenaikan tol, sehubungan itu saya harap kerajaan menimbang semula," katanya.

Menurutnya, sebagai kerajaan yang prihatin seharusnya memberi fokus dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat bagi membolehkan golongan bawahan dan pertengahan menampung kos sara hidup masa kini.

Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan ke atas saya hanya bersifat sementara - Bang Mat

Posted: 18 Dec 2013 08:16 PM PST

Walaupun dituduh pengamal mazhab Syiah, Mat Sabu tidak berdendam dengan Zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi menyifatkan tuduhan Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau menganuti fahaman mazhab Syiah, adalah merupakan satu tindakan jangka pendek yang pernah dilakukan oleh pemerintah terdahulu sewaktu penentangan terhadap fahaman komunis.

Sewaktu ditemubual semalam, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu kelihatan tidak gusar dengan dakwaan sedemikian malah dengan yakin menerangkan bahawa hal berkenaan akan lenyap tidak lama lagi.

"Dahulu di zaman 60an, 70an,dan 80an, hasutan bahawa komunis itu jijik dan kotor dimainkan dengan begitu hebat sekali. Perang Amerika dengan Vietnam sebagai contohnya kita lihat bagaimana fahaman komunis itu dikatakan fahaman paling kejam di dunia,"
"Akan tetapi selepas Amerika tewas di Vietnam dan apabila Amerika mula berdagang bersama China, momok komunis itu hilang dan sehingga hari ini kita lihat bagaimana China telah menjadi satu sosok ekonomi yang kuat di dunia,"
"Jelas permainan seperti ini tidak akan kekal lama," kata beliau.
Veteran PAS itu juga menyifatkan tindakan Ahmad Zahid yang cuba memperhangatkan isu fahaman Syiah adalah sebagai 'manusia yang terperangkap dengan permainan ideologi' sambil menambah bahawa ramai diantara kita yang telah jatuh kedalam permainan kuasa besar.
"Iran ditakuti oleh Amerika dan Israel kerana berjaya menghidupkan program kuasa nuklear dan hampir semua negara di timur tengah di takut takutkan malah diugut oleh Amerika untuk tidak meneruskan hubungan dagangan,"
Read More / Baca Lagi >>

Demokrasi: Prinsip atau sekadar alat?

Posted: 18 Dec 2013 08:04 PM PST

Hasbullah Faudzi

Demokrasi, apakah dilihat sebagai suatu prinsip yang dibiaskan melalui sikap atau semata-mata menanggapinya sebagai alat demi sebuah cita-cita politik dan kekuasaan?
Demokrasi yang dilihat sebagai prinsip, akan terrefleks melalui sikap manusia dalam menyantuni manusia lain. Bahkan, segala elemen yang mengundang pada kecelaruan prinsip demokrasi, akan jelas-jelas ditolak. Mereka tidak akan kecewa apabila sahabatnya berbeza pandangan dengannya serta berbeza pilihan calon dalam pemilihan politik kepartiannya. Mereka akan tetap menghormati keputusan yang diambil oleh sahabatnya, kerana soal kefahaman tentang perjuangan itu berbeza-beza menurut intepretasi dan pengalaman individu terbabit.
Sedangkan, apabila demokrasi dilihat sebagai alat untuk sebuah pemerintahan, maka, demokrasi dilihat sebagai sebahagian daripada alat untuk mencapai tujuan. Bahkan, sekiranya perlu melakukan persekongkolan dengan penguasa, sebagaimana cubaan yang dilakukan oleh Machiavelli dalam penulisannya "The Prince" untuk mengiktiraf keluarga de Medici untuk kepentingan politiknya, maka mereka akan lakukan.
Seperti harus kita tanyakan kembali, demokrasi apakah ini, andai penyempadanan kawasan tetap akan memihak kepada golongan yang kalah? Pabila demokrasi itu dilihat hanya pada nama pilihan raya dan pemilihan secara terbuka, begitulah jadinya. Demokrasi hanya dilihat sebagai alat, seperti alat untuk melegakan hati semua pihak, dengan mengadakan rundingan meja bulat, walhal telah dipersetujui oleh sekalian menteri untuk menaikkan harga gula, petrol, listrik dan kenakan cukai barangan.
Read More / Baca Lagi >>

MCA beri amaran Umno jangan bangkit kemarahan bukan Melayu

Posted: 18 Dec 2013 08:00 PM PST


MCA memberi amaran Umno hari ini agar lebih berhati-hati dalam ucapan dan tindakan supaya tidak membangkitkan kemarahan bukan Melayu dan mengatakan pengundi Cina tidak akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) jika pemimpin hanya memperjuangkan bangsa tertentu sahaja.

"Keadaan ini akan memberi kesan atau memusnahkan masa depan BN," kata bekas ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong (gambar) dalam ucapannya di perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA menjelang pilihanraya sayap itu hari ini.


Selepas pilihan raya umum Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyalahkan 'tsunami Cina' terhadap prestasi buruk BN dengan mengatakan bahawa beliau tidak menjangka dipinggirkan oleh masyarakat Cina.

Read More / Baca Lagi >>

2014 bakal jadi tahun demo

Posted: 18 Dec 2013 07:56 PM PST

Dengan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, tahun 2014 yang bakal tiba dua minggu lagi mungkin akan menjadi tahun demonstrasi.

NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) malam tadi mengumumkan, sebuah perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 1 Mei ini, yang juga Hari Buruh, bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat.

Menjeling itu juga, katanya, "perhimpunan kecil-kecilan" akan tetap diadakan bagi membina momentum menjelang perhimpunan yang belum ditetapkan lokasi dan tarikh tetapnya itu.

Menurutnya, himpunan "kecil" yang boleh mencapai jumlah 20,000 orang itu akan bermula di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di ibu negara esok.

NONE"Kemuncaknya, 1 Mei, saya sendiri akan bergerak ke seluruh Malaysia bersama NGO untuk ajak orang (turun) pada 1 Mei ini yang kebetulan Hari Pekerja.

"Yang menderita sekarang adalah pekerja awam khasnya dengan tambang sekolah, semuanya sekali.

"Maka eloklah rakyat kita keluar (berhimpun) kerana negara kita miskin, bukan kerana tak ada hasil tetapi kerana rasuah dan penyelewengan.

"Ini yang perlu ditekankan kepada rakyat," katanya sewaktu wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama bersama beberapa wartawan atas talian, termasuk Malaysiakini.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah Mansor...Cer Jawab Ni Dulu Beb..!!!

Posted: 18 Dec 2013 07:35 PM PST

"Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi kain orang lain. Dan jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tak mengata orang, tak memburukkan pembangkang,"- Mama Rosmah.

PERGHH.

Ingat aku akan terbeli dan cayor la lepas baca penjelasan kat bawah neh? Jangan harap la mama Rosmah oi. Makin bertambah2 pelik lagi ada. Nak tahu kenapa?

1. Apa bukti program PERMATA jadi beberapa negara luar sedangkan kejayaan program itu sendiri diragui dalam negara?


2. Kalau ye pergi sana buat kerja apa jadahnya pula isteri2 menteri ikut sekali? Mereka buat apa? Takan jadi makcik2 pacak kot? Shahrizat pun ada sekali. Kenapa? Apa peranan2 mereka semua? Kenapa itu tak didedahkan juga? Ce citer.

3. Siap membesar2kan lagi citer yang mama Rosmah pernah bantu rakyat Malaysia. Perlu ke citer tue? Rasanya tak perlu. Apatah lagi ada beberapa pihak menafikan bahawa mama Rosmah berperanan dalam menyelamatkan rakyat Malaysia sebaliknya ia adalah hasil usaha dari pihak2 lain. Apa pun aku rasa ia mungkin hasil kolektif. Sana sikit, sini sikit, sama2 membantu, sama2 berperanan. Tak kisah la tue. Tapi perlu ke memperbesar2kan citer tue dan perlu ke bagitau satu dunia yang mama Rosmah rapat dengan isteri Hosni Mubarak? Ini bukan perkara yang membanggakan pun.. aduhai.

4. Sekali lagi rakyat minta bukti. Apa keuntungan dan kebaikan kepada rakyat dengan lawatan2 kerja yang dibuat oleh Rosmah Mansur ke beberapa buah negara?

5. Tidur hotel, makan dan sebagainya guna duit sapa?

Mohon mama Rosmah jawab yang ini dulu la. Ini aje pun yang penting2 rakyat nak tahu. Lain2 yang bersifat peribadi HARAM rakyat nak amek peduli. Terima kasih ye mama ku sayang. Mohon jangan spin lagi ye.

Bersediakah rakyat ikat perut?

Posted: 18 Dec 2013 07:29 PM PST

Nampaknya saya dan keluarga kenalah ikat perut. Hal ini kerana harga barangan keperluan harian semakin hari semakin membimbangkan melambung naik. Bayangkan harga ikan kembung, selar dan berjenis ikan lain yang manusia boleh makan sudah naik harganya hingga mencecah RM20 sekilogram dan udang yang kecil saja saiznya dahulunya RM10 sekilogram kini sudah RM28 sekilogram.

Adakah kita akan menghadapi inflasi atau mata wang kita sudah susut nilainya ataupun keadaan terpaksa kerana fenomena di seluruh dunia menghadapi ancaman dan turut terlibat menghadapi situasi sebegini? Ataupun adakah negara kita saja berhadapan dengan masalah kerana tidak bijak menanganinya.

Apa akan jadi nilai RM100 pada tahun 2020 nanti? Adakah dengan nilai sebegitu pada masa itu hanya mampu beli sekilo udang atau sotong? Atau dengan nilai wang kertas RM100 hanya boleh bertahan makan nasi lemak di sebelah pagi dan untuk makan tengah hari sahaja tetapi untuk makan malam sudah tidak mampu lagi?
Read More / Baca Lagi >>

BN tidak sensitif penderitaan rakyat

Posted: 18 Dec 2013 07:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pengguna jalan raya disarankan menggunakan jalan biasa bagi menggelak membayar tol membuktikan kerajaan BN langsung tidak sensitif dengan penderitaan rakyat.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof apa yang diperjuangkan oleh kerajaan BN hanya untuk kepentingan dan keuntungan poket sendiri dan kroni mereka.

Katanya, kenyataan itu jelas tidak bertanggungjawab dan sebagai kerajaan seharusnya mereka memikirkan dan menyelami kemampuan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi dengan harga barangan bertambah mahal.

Beliau menegaskan kerajaan seharusnya memikirkan pendapatan rakyat masih ramai yang berada di bawah garis kemiskinan ditambah dengan isu pengangguran yang belum dapat diselesaikan oleh kerajaan BN.

"Kerajaan seharusnya melihat beban yang ditanggung oleh rakyat begitu besar terutama mereka yang berpendapatan rendah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau AES boleh ambil, kenapa tidak konsesi tol?

Posted: 18 Dec 2013 07:24 PM PST

KUALA LUMPUR: Jika kerajaan boleh mengambilalih pengendalian Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), mengapa kerajaan tidak boleh mengambilalih syarikat-syarikat konsesi tol, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

"Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar serius mahu membantu rakyat daripada tekanan kenaikan tol, mengapa tidak ambilalih pengendalian tol dari syarikat-syarikat yang diberikan konsesi seperti yang dilakukan ke atas pengendalian AES?

"Jika kerajaan ambil alih, tidak timbul lagi soal perjanjian atau apa sahaja yang menjadi alasan kerajaan untuk membenarkan kenaikan tol," kata beliau.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Bagi Mahfuz, hujjah kerajaan itu tidak boleh diterima memandangkan badan-badan kerajaan seperti  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham utama hampir kesemua syarikat konsesi tol.
Read More / Baca Lagi >>

'Saya tak kelahi peribadi dengan Zahid Hamidi' - Bang Mat

Posted: 18 Dec 2013 07:21 PM PST

Walaupun dituduh bertubi-tubi sebagai penganut mazhab Syiah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak menganggap serangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
itu sebagai bersifat peribadi terhadap dirinya.

Menurutnya, beliau tetap mesra dengan pemimpin-pemimpin Umno walaupun berbeza fahaman politik.

"Saya tak ada bergaduh personal, saya kalau jumpa mereka rapat semua termasuk yang paling kuat saya serang dahulu, Tan Sri Muhamad Mohd Taib (bekas menteri besar Selangor). Sekarang dia kawan baik.

"Macam Zahid Hamidi juga, tiada apa-apa personal dengan dia, kita berlawan atas dasar perkara-perkara tertentu dan bukan berkelahi atas perkara peribadi dan sebagainya," katanya dalam wawancara khas bersama beberapa media atas talian, termasuk Malaysiakini malam tadi.

Bercakap dalam wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama di ibu negara, Mohamad juga menegaskan, persoalan tentang kedudukan Syiah sebagai mazhab dalam Islam sepatutnya dibincangkan golongan ilmuwan.
Read More / Baca Lagi >>

Perang Bermula: Hukum Syiah boleh tetapi jangan Wahhabi kata Shahidan pada Zamihan KDN

Posted: 18 Dec 2013 07:00 PM PST

Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
"Kita tidak ada masalah dengan tindakan Zamihan dalam menentang pengaruh Syiah."
Zamihan sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Menurut Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis itu, pengasas fahaman Wahhabi Syeikh Muhammad Abdul Wahab lebih mirip melaksanakan amalan Nabi Muhamad dan sebahagian besar daripada ajarannya diasaskan oleh Muhammad Ibni Hanbal yang merupakan imam kepada mazhab Hanbali.
"Muhammad Abdul Wahab menaikkan semangat jihad dan menentang orang-orang putih yang telah pun menguasai Bani Uthmaniyyah (memerintah Mekah/Madidinah di bawah negara Hijaz) bila penguasaan British semakin bertambah kuat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Cerita syiah dah habis muncul cerita guling kerajaan pulak ? ha ha ha...

Posted: 18 Dec 2013 04:52 PM PST


Cerita syiah dah habis,  tiba tiba pulak keluar cerita guling kerajaan? ha ha ha...

Kelakor memang kelakor ..

Yang aku  nampak semua ini  satu saje iaitu untuk alih isu  kenaikan harga barang    dan keperluan asas yang memang menyusahkan rakyat marhaen yang tengah hangat sekarang.

Rakyat  dilalaikan dengan momokan isu isu sensasi seperti syiah dan ter now ialah menguling kerajaan supaya semua rakyat dan yang terutama sekali macai macai BN terleka  dan berkhayal   serta akan bersimpati dengan kerajaan.

Aku memang sokong dan amat bersetuju untuk mengulingkan kerajaan , tetapi bukan cara kotor seperti yang digembar gemburkan.

Aku  hanya menyokong  cara mengulingkan kerajaan BN melalui kertas undi semasa pilihan raya itu saje faham.

Sekali lagi aku  gelak nguling nguling pasai kelakor dengor berita ini ha ha ha.....

Politik '5 kaki 2 inci 3 suku'

Posted: 18 Dec 2013 04:39 PM PST

Oleh Tarmizi Anuwar
Belakangan ini gempita dalam negara apabila pelbagai harga barang dinaikkan. Ia bermula dengan kenaikan harga bahan bakar yang memberikan kesan domino kepada barangan lain dalam negara.
Secara asasnya kesan domino ini adalah reaksi rantaian yang berlaku hasil daripada perubahan harga sesuatu barang yang menyebabkan perubahan yang sama terhadap barang-barang lain.

Peniaga restoran terpaksa menaikkan harga makanan disebabkan oleh kos pengangkutan yang digunakan telah meningkat.

Ia juga disebabkan barangan mentah yang diperlukan turut meningkat disebabkan penjual barangan itu turut menghadapi masalah yang sama.
Kemudian berlaku pengumuman kenaikan harga ayam, tarif elektrik, harga gula dan yang terbaru adalah berkaitan kenaikan harga tol.

Turut menjadi polemik adalah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ingin dilaksanakan secara tergesa-gesa.
Negara jiran Malaysia, Singapura telah melancarkan penggunaan GST pada tahun 1994 setinggi 3 peratus.

Tekanan psikologi

Kemudian selepas 9 tahun ia dinaikkan kepada 4 peratus, yakni hanya tambahan 1 peratus. Tahun selepasnya, 2004 dinaikkan 1 peratus lagi menjadi 5 peratus.

Akhirnya, pada tahun 2007 kadar peratusan GST yang dikenakan kepada rakyat Singapura adalah sebanyak 7 peratus dan kekal sehingga hari ini.
Selama 13 tahun, Singapura memerlukan tempoh masa untuk melaksanakan GST secara berperingkat.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Tak Nak...Rakyat Pilih Jalan Lain..!!!

Posted: 18 Dec 2013 04:28 PM PST


Pakatan, aktivis, rancang demonstrasi raksasa Hari Buruh 2014 bantah kenaikan kos kehidupan

Posted: 18 Dec 2013 04:24 PM PST


Demonstrasi raksasa untuk membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan sedang dirancang Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan aktivis kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) malam tadi.
Demonstrasi raksasa 1 Mei akan menjadi kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin PR selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober.
Langkah ini dilihat untuk mengulangi kejayaan perhimpunan Bersih pada 2007 yang turut dirancang enam bulan sebelum perhimpunan pada ketika itu.
Bantahan kecil-kecilan disasarkan untuk membangkitkan sentimen kemarahan terhadap apa yang mereka dakwa sebagai percubaan Barisan Nasional (BN) untuk menutup kelemahan menguruskan ekonomi dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mengurangkan subsidi.
Menurut Mohamad, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan akan disokong oleh parti PR seperti PAS, DAP dan PKR. Bagaimanapun, tempat demonstrasi masih belum ditetapkan.
Read More / Baca Lagi >>

Pasangan baru kahwin pun tidak mungkir janji secepat Ini!

Posted: 18 Dec 2013 04:23 PM PST


Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihan raya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya antara sebelum dengan selepas pilihan raya.
Jika sebelum pilihan raya 5 Mei lalu dan dalam manifesto pilihan raya atau rayuannya meminta sokongan, begitu banyak janji-janji indah yang dihamburkan, kini semuanya bagai tinggal kata-kata saja. Hanya setelah enam bulan memperolehi kuasa yang membolehkannya terus kekal di puncak kuasa dan mendiami lagi Seri Perdana, bukan saja pembaziran dan kemewahan terus diamalkan tetapi juga menunjukkan sudah begitu banyak janjinya sendiri mulai dimungkiri.
Terlalu banyak janji yang dibuatnya barang kali menyebabkan beliau lupa apa yang pernah diucapkannya. Lantaran itu, tanpa rasa berdosa, selepas mengumumkan kenaikan harga minyak sebaik saja pilihan raya umum lalu berakhir, satu demi satu kenaikan terus berlaku. Harga gula, tarif elektrik, cukai pintu, pengenalan cukai GST, kenaikan kadar tol adalah antara kenaikan yang mula meresahkan kehidupan rakyat sekarang ini.
Tidak cukup dengan itu, isterinya Rosmah Mansor juga terus bergentayangan terbang ke serata dunia dengan jet eksekutif kerajaan serta berbelanja mewah menggunakan wang pembayar cukai tanpa rasa bersalah atau ada sedikit pun perasaan belas kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang kian terhimpit kehidupannya.
Walaupun Ahmad Maslan berhujah bahawa kenaikan elektrik tidak membebankan kehidupan rakyat bawahan berikutan mereka yang mempunyai bil RM70 ke bawah didakwanya tidak mengalami sebarang perubahan, sebaliknya lebih memberi kesan kepada kelompok industri tetapi sedarkah beliau bahawa sekiranya kos industri meningkat, ia juga akan menyebabkan harga barangan meningkat.
Apabila harga barangan meningkat, siapakah yang menerima kesannya?
Read More / Baca Lagi >>

Populariti Najib jatuh kerana jurang antara retorik dan realiti, kata penganalisis

Posted: 18 Dec 2013 04:21 PM PST

Jurang di antara retorik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan realiti kehidupan rakyat Malaysia menyebabkan populariti perdana menteri jatuh 10% dalam kajian terbaru Merdeka Center, kata penganalisis.
Mereka juga memberitahu The Malaysian Insider, terdapat juga jurang di antara apa yang pentadbiran Najib mahu rakyat Malaysia lakukan dan bagaimana mereka menguruskan dana awam.
"Kerajaan gagal menunjukkan mereka juga merasai kekangan kewangan dengan menghapuskan pembaziran.
"Sebaliknya masyarakat melihat beban untuk perbelanjaan berhemat dicampakkan kepada mereka," kata penganalisis politik Khoo Kay Peng.
Semalam, Merdeka Center mengumumkan kajian terbaru penilaian penerimaan terhadap Najib jatuh mendadak daripada 62% pada Ogos 2013 kepada hanya 52% pada Disember.
Kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.
Menurut Merdeka Center, isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan kepada 67% daripada responden yang ditanya.
Selain itu, 54% daripada responden juga tidak percaya kepada kenyataan dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaaan ekonomi negara.
Khoo mengatakan, pendapatan per kapita rakyat Malaysia menjadi cabaran kepada Najib berikutan kemarahan orang ramai dengan kenaikan tarif elektrik dan harga petrol.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan Islam selar menteri isu tol

Posted: 18 Dec 2013 07:53 AM PST

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyarankan pengguna menggunakan jalan biasa jika tidak selesa dengan kenaikan kadar tol diselar kumpulan Islam.

NONEMereka melihat kenyataan itu sebagai celupar, angkuh, biadap serta tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) antaranya amat kesal dengan kenyataan tersebut dan menyifatkan sebagai penghinaan terhadap rakyat terbanyak.

"Beliau (Wahid) sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keceluparan yang begitu biadab," kata presidennya Amidi Abd Manan (kiri) dalam kenyataan semalam.

Abim turut memberikan komitmen turut berkempen menentang kenaikan tol dan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang menurutnya makin menjerut leher rakyat biasa.

Wahid pada Isnin dilaporkan berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan alternatif jika menganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) pula menyatakan rasa terkejut mereka dengan kenyataan "kurang bijak" Wahid itu.

"Kita menganggap kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat angkuh tanpa mengambil peduli kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat melalui siri-siri penderaan satu demi satu di negara ini.

"Ini bukan soal nak bayar tol atau tidak, juga bukan soal perjanjian konsesi yang terkandung, tetapi ini soal kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban dan kesengsaraan rakyat," kata Pengerusi majlis politiknya Ahmad Afif Zulkipli.

Adun & MP KEADILAN Pahang siap sedia gelombang kedua banjir

Posted: 18 Dec 2013 07:50 AM PST

kuantan banjirKUALA LUMPUR 18 DIS: Ahli parlimen dan Adun KEADILAN Pahang telah bersiap sedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku minggu ini.
"Untuk gerak kerja awal persediaan menghadapi gelombang kedua, jawatankuasa tindakan telah dibentuk," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Cheah Chung.
Katanya, terdapat beberapa perkara yang harus diberikan tumpuan bagi menghadapi gelombang banjir kedua.
Lee berkata, empat kawasan yang berisiko banjir ialah Cenderawasih, Bukit Setongkol, Kampung Tiram dan Taman Impianku, semuanya dalam kawasan Semambu dan ia berhampiran kawasan sungai.
fuziahMengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia(JMM) , gelombang kedua akan berlaku pada 22 Disember depan.
Sementara itu, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh menjelaskan kerosakan yang berlaku akibat banjir kerana kebanyakan rumah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung merosakkan keseluruhan harta benda.
"Banjir teruk menjejaskan kira-kira 20 taman perumahan, termasuk rumah-rumah kampung dan setinggan sepanjang jalan berhampiran fly over Batu 6 Kuantan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Rahman menyatakan air di kawasannya sekarang sudah surut, namun banyak yang terjejas akibat banjir.
Read More / Baca Lagi >>

MB arah PKNS guna pemilikan saham bagi halang kenaikan tol

Posted: 18 Dec 2013 07:49 AM PST

PC EXCO Jan 2013 MB 01SHAH ALAM 18 DIS : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki saham dalam salah satu syarikat konsesi lebuh raya di negeri ini diarah membuat beberapa cadangan bagi menghalang kenaikan kadar tol.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri sudah meminta ahli lembaga pengarah PKNS untuk mengadakan perbicangan dengan syarikat konsesi terbabit demi kepentingan rakyat.
Katanya, kerajaan negeri berkeupayaan melaksanakan perkara itu kerana memiliki pegangan saham kira-kira 30 peratus dalam syarikat konsesi berkenaan.
"Kita arahkan ahli lembaga pengarah mewakili PKNS untuk membuat beberapa cadangan supaya syarikat ini meminta kenaikan tol tidak dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.
"Kita berharap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah dan mereka boleh buat apa-apa keputusan," katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata pulangan yang diperolehi PKNS melalui pelaburan dalam syarikat konsesi lebuh raya itu juga memberangsangkan setakat ini.
Beliau berpendirian kenaikan kadar tol tidak perlu  meskipun perjanjian antara syarikat konsesi berkenaan dengan pihak berkuasa lebuh raya membenarkan perkara itu.