Sabtu, 14 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Enam sekeluarga dari UK tiba di Malaysia selepas perjalanan darat 155 hari

Posted: 14 Dec 2013 10:27 PM PST

DECEMBER 14, 2013

Setelah mengharungi perjalanan sejauh 25,500 kilometer dari United Kingdom dalam tempoh 155 hari, satu keluarga rakyat Malaysia seramai enam orang hari ini tiba di tanah air.
Jamalullail Ismail, 44, dan isterinya Sofinee Harun, 38, serta empat anak mereka, Puteri Sabeera, 17, Muhammad Syameem, 16, Sumrah, 13, dan Ahmad Seif, 10, tiba di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam kira-kira 12.30 tengah hari tadi setelah mengharungi perjalanan di 26 negara.
Jamalullail, seorang jurutera yang telah menetap di United Kingdom sejak 15 tahun lepas, berkata pengembaraan "By Road to Malaysia" itu menggunakan kenderaan karavan Mercedes Sprinter 1998 memberikan mereka pengalaman berharga.
Keluarga itu yang menetap di Seaham, Sunderland terpaksa melalui pelbagai kepayahan terutama masalah birokrasi dan perubahan cuaca di banyak negara sejak memulakan perjalanan pada 13 Julai lalu iaitu 4 Ramadan di United Kingdom.
"Suhu di Itali musim panas sampai 50 darjah Celcius, dahlah masa tu bulan puasa. Setiap negara ada cabarannya... macam di Iran kena rompak dua kali, dan hampir diculik.
"Banyak cabaran diplomatik... syukur Kedutaan Malaysia di negara-negara itu banyak menolong.
"Ada juga negara yang sepatutnya tak boleh masuk, tetapi duta di sana menggunakan kuasa diplomatik untuk membolehkan kami melalui negara tersebut.
"Ada masalah diplomatik, ada negara tak 'friendly'," katanya kepada pemberita ketika
ditemui di Taman Tema Darul Aman di Jitra hari ini.
Bagaimanapun, ada juga layanan yang baik daripada rakyat negara-negara yang dikunjungi seperti dibenarkan meletakkan kenderaan untuk tidur di stesen minyak, malah mereka disediakan makanan.
"Pengalaman saya, kita orang Malaysia ni dapat layanan istimewa. Ada sesetengah tempat orang luar susah nak masuk tetapi bila saya cakap orang Malaysia, mereka benarkan masuk," katanya.
Katanya mereka sekeluarga membelanjakan sekitar GBP60,000 (RM315,857) untuk perjalanan itu termasuk kenderaan.
Jamalullail, yang berasal dari Teluk Intan, Perak, berkata beliau cukup gembira dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap usaha beliau menerusi Facebook.
"Dalam Facebook 'By Road to Malaysia' ada 21,000 followers. Takde satu pun komen negatif, semuanya positif. Ini yang menguatkan semangat kami untuk menyempurnakan usaha ini," katanya.
Selain itu, Jamalullail juga sanggup berhenti kerja sebagai jurutera mekanikal di Seaham bagi merealisasikan hasratnya itu walaupun beliau boleh memohon cuti sabatikal sepanjang tempoh tersebut dan menerima bayaran gaji sebanyak 70%.
Sementara itu, Sofinee, yang berasal dari Perlis, berkata antara cabaran sukar dialami sepanjang perjalanan itu adalah kerana hampir semua negara, stereng kenderaan adalah di sebelah kiri.
"Semua negara, stereng kenderaan sebelah kiri kecuali United Kingdom dan Thailand (serta Malaysia). Untuk itu, sebelum memotong saya yang duduk sebelah pemandu kena tengok keadaan jalan dulu," katanya.
Terdahulu, ketibaan mereka di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam disambut oleh kaum keluarga mereka yang telah menunggu sejak pukul 10 pagi. – Bernama, 14 Disember, 2013.

[Jalan-Jalan] Jom ke Maldives

Posted: 14 Dec 2013 08:33 PM PST

oleh NIEZAM ABDULLAH

Pemandangan dari udara Holiday Inn Resort di Kandooma, Maldives.
APABILA sebut sahaja Maldives, saya percaya bagi pengembara bajet, mereka mungkin merasakan pulau ini bukanlah sebuah destinasi pilihan untuk dikunjungi.
Kebanyakan pengembara menganggap Maldives hanya sesuai bagi mereka yang gemarkan percutian mewah ataupun bertaraf lima bintang.
Ini kerana Maldives itu sendiri dilihat sebagai sebuah destinasi percutian yang eksklusif dengan keadaan laut, pasir dan pantainya yang begitu luar biasa.
Maka kos untuk menjejakkan kaki ke sebuah pulau di lautan India ini juga sering kali dianggap tinggi apatah lagi kedudukan bandar-bandarnya yang berselerak dengan 1,190 buah pulau.
Tetapi persepsi itu salah sama sekali kerana Maldives menyediakan percutian untuk semua peringkat iaitu daripada percutian 'ciput' sehinggalah kepada mewah.
Pantai dan laut, panorama yang indah.
Tempat-tempat penginapan yang disediakan serendah RM80 sehinggalah kepada RM2,000 bagi satu malam. Malah ada juga yang lebih daripada itu. Semuanya bergantung setakat mana kita mampu berbelanja untuk bercuti.
Terdapat kira-kira 105 tempat penginapan yang menyediakan pelbagai kemudahan sama ada untuk percutian bersama teman, keluarga ataupun berbulan madu.
Ia bukanlah satu halangan untuk kita memilih lokasi ini sebagai destinasi percutian terutamanya bagi mereka yang cintakan suasana pantai dan gemarkan aktiviti laut seperti menyelam skuba dan sebagainya.
Identiti Maldives sebenarnya menarik. Ia sebuah negara kecil dengan populasi penduduknya dianggarkan berjumlah kira-kira 350,000 ribu orang. Agama rasminya adalah Islam dan tidak sukar mencari makanan halal.
Menyedari pelancongan merupakan salah satu tarikan kepada negara ini, maka pemerintah terpaksa memperkenalkan dua undang-undang berbeza untuk rakyat dan juga pelancong.
Maldives juga sesuai untuk berbulan madu.
Bagi pelancong, mereka dibenarkan untuk meminum arak dan melakukan aktiviti-aktiviti sosial yang ditegah oleh agama Islam dan bagi penduduk pula mereka harus menghormati pelancong kerana ia adalah sumber pendapatan kepada negara.
Namun begitu penduduk harus mematuhi undang-undang Islam yang diamalkan termasuklah bersedia dihukum sebat di khalayak sekiranya ada di antara mereka ditangkap atas kesalahan melakukan zina.
Maldives menggunakan mata wang Rufiyaa (MRF). Setiap AS$1 dolar bersamaan MRF15.42. Bagaimanapun bagi memudahkan pelancong berbelanja, mata wang dolar Amerika Syarikat turut diterima untuk berurus niaga.
Pada Oktober lalu saya berkesempatan mengunjungi pulau itu bersama AirAsia X yang baharu sahaja membuka destinasi penerbangannya pada 28 September lepas.
Perjalanan selama kira-kira empat jam itu membangkitkan rasa teruja apabila pesawat bersedia untuk mendarat kerana air laut dan kecantikan pantai sudah dapat dilihat dari udara.
Dari lapangan terbang, saya dan para rombongan dibawa ke sebuah pulau kecil iaitu Kandooma Fushi yang terletak sebelah Selatan ibu negara Maldives iaitu Male.
Mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan dengan bot laju ke destinasi berkenaan, kita akan dapat melihat pulau-pulau kecil yang kebanyakannya menempatkan rumah penginapan menarik dan berbeza antara satu sama lain.
Destinasi percutian pilihan saya ialah di Holiday Inn Resort Kandooma, sebuah resort atas pulau kecil yang unik.
Resort ini menyediakan 160 buah vila dengan empat gaya berbeza sama ada vila dengan suasana pantai dan taman, rumah atas pantai, penginapan keluarga atau vila atas air.
Harga penginapannya di antara RM900 sehingga RM1,500 bagi satu malam. Ia mungkin mahal kerana resort ini bertaraf lima bintang. Tetapi jika anda mampu, mengapa tidak mencubanya.
Kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menikmati kemudahan lima bintang, agensi pelancongan di Maldives turut memberi ruang kepada pengembara bajet untuk menikmati kemudahan di resort seperti itu.
Ini kerana mereka menyediakan pakej menarik untuk pelancongan bajet. Contohnya jika anda menginap di hotel berharga RM80 semalam, anda boleh mengeluarkan sedikit belanja dalam jumlah tertentu untuk menikmati makan tengah hari di pulau A, makan malam di pulau B dan seterusnya melakukan aktiviti pantai di pulau C yang mana kesemua resort di pulau-pulau itu adalah lima bintang.
Ia lebih menjimatkan kerana walaupun ada menginap di sebuah hotel bajet tetapi anda tetap memperoleh peluang merasai kenikmatan di tempat-tempat mewah.
Langkah itu adalah salah satu usaha kerajaan Maldives untuk menggalakkan lebih ramai pelancong pelbagai peringkat menggunakan peluang sepenuhnya bercuti di pulau-pulau di negara berkenaan.
Mungkin ada yang menganggap menghabiskan masa lima hari di sebuah pulau kecil yang hanya ada sebuah resort agak membosankan, tidak seperti Pulau Langkawi yang boleh dijadikan sebagai tempat beli-belah.
Persepsi itu harus dibuang jauh kerana Maldives bukan destinasi seperti itu sebaliknya ia lebih memberi keutamaan kepada mereka yang benar-benar sukakan pantai dan laut.
Sama seperti kebanyakan pulau lain, pelbagai aktiviti dapat dilakukan sepanjang berada di Maldives antaranya menyelam skuba, bersnorkel untuk melihat batu-batu karang, memancing di waktu malam, BBQ dan juga menikmati permainan pantai.
Bagaimanapun tanpa aktiviti itu, percutian ke Maldives turut bermakna kerana air laut yang jernih berlatarkan langit membiru merupakan satu tarikan luar biasa yang mampu mempesonakan.
Ditambah lagi dengan hembusan bayu laut bersama putih pasir pantai, benar-benar membawa satu pengalaman baharu kepada pengembara.
Saya percaya, sekali anda berpeluang untuk menikmati percutian ke pulau eksklusif ini, sukar untuk anda padamkan betapa pulau ini benar-benar indah dan menakjubkan.
Bagaimana hendak ke Maldives?
Bermula 28 September 2013, AirAsia X memperkenalkan perjalanan terus dari Terminal Tambang Murah (LCCT), Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Ibrahim Nasir, Maldives.
Ia mengambil masa kira-kira empat jam dengan jumlah penerbangan empat kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad.
Pihak AirAsia X turut memperkenalkan kadar tambang promosi dari semasa ke semasa yang mana ia jauh lebih murah daripada kebanyakan syarikat penerbangan lain.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh melayari www.airasia.com bagi mendapatkan maklumat promosi yang ditawarkan.

"Hantu" di Kota Kemuning

Posted: 14 Dec 2013 05:25 PM PST

Shah Alam: Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota Kemuning, di sini, sejak beberapa hari lalu, menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.
Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini sebelum diperoleh seorang penduduk.
Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan.


Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak tanah di sebuah tapak pembinaan.
Foto
GAMBAR yang dirakam seorang lelaki dengan imej wanita berambut panjang di Kota Kemuning.

Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan.
"Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya.

"Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita berambut panjang," katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar itu.

Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan.

"Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan gambar berkenaan atau sebaliknya.

"Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat," katanya. - myMetro

Henti sebar gambar Haji dan Hajah

Posted: 14 Dec 2013 03:46 PM PST



  • Henti sebar gambar patung haji, hajahPatung yang didakwa diberi gelaran haji dan hajah yang tersebar di laman sosial.
 1 / 1 
IPOH – Perkongsian sebuah gambar patung berhala menyerupai imej warak di laman sosial menggemparkan masyarakat Islam, hari ini.

Gambar patung lelaki berkopiah dan wanita bertudung yang diperoleh daripada Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official itu dikatakan diletakkan di sebuah lokasi di Lumut  tanpa adanya perincian lokasi sebenar dinyatakan.

Laporan portal www.ismaweb.net dipetik berkata, peletakan patung berimej sedemikian didakwa bertujuan menunjukkan rasa hormat kepada masyarakat Melayu.


Pasangan patung yang turut diberi gelaran 'haji' dan 'hajah' itu mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca yang rata-ratanya mahu siasatan lanjut dibuat bagi mengesahkan kesahihannya.

Kerajaan negeri menggesa mana-mana pihak menghentikan segera sebarang perbuatan yang boleh mengundang kekeruhan dalam hubungan masyarakat majmuk di negara ini.

Exco Pendidikan Islam, Mohd Nizar Zakaria berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ianya menyentuh nilai sensitiviti serta budaya  masyarakat.

Malah menurutnya, perkara berkenaan juga bakal mencetuskan nilai persepsi atau dari segi nilaian agama itu sendiri.

"Berhati-hatilah dalam perkara seperti ini, sebaran dan perkongsian sesuatu yang belum tentu kesahihannya hanya akan mengundang kemarahan rakyat, jadi jangan dimuat turun secara sewenangnya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau turut memaklumkan, sedia untuk menyiasat sekiranya dakwaan gambar itu benar wujud.

Walau bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada sebarang aduan diterima berhubung kewujudan patung berkenaan, malah maklumat patung itu turut diketahui melalui internet, semalam.

"Jika betul ada, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan agama akan sedia siasat, Cuma kita khuatir jika ia tidak benar dan disebarkan atas maksud tertentu," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian  di sekitar  Lumut mendapati, rata-rata penduduk di sana tidak pernah melihat patung seumpama itu di mana-mana tokong di situ.Malah, ada antaranya memaklumkan, baru pertama kali melihat patung seumpama itu di internet.

Seorang penduduk, Ling Chin Tong, 50, berkata, dia tidak pernah melihat patung berpakaian seumpama itu seumur hidupnya.

"Saya memang tidak pernah melihat patung yang memakai kopiah dan tudung seperti di dalam gambar ini, saya tahu pun setelah melihat gambar yang ditunjukkan ini," katanya.

Chin Tong berkata, selama ini, dia hanya melihat patung biasa (tanpa bertudung dan berkopiah) yang sering digunakan penganut agama itu untuk ditempatkan di rumah ibadat.

"Jika patung seumpama ini memang saya tidak pernah lihat," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Yew Kong Tung, 47.

Kong Tung berkata, agak mustahil patung sedemikian ditempatkan di rumah ibadat mereka kerana semua masyarakat maklum ia menggambarkan imej Islam.

"Ia dilihat seperti agak pelik dan seolah-olah tidak wujud, saya pergi ke mana-mana pun tidak pernah melihat patung seperti itu," katanya.

Bagi Hong Chi Ping, 27, pula, patung dalam kepercayaan agama Buddha dianggap sebagai dewa.

"Patung itu dipuja untuk mendapatkan kebaikan, namun saya tidak pernah melihat ia dipakaikan dengan kopiah dan tudung kerana kebiasaannya ia dibuat rambut sahaja," katanya.

Seorang lagi penduduk, Haslinda Daud, 26, turut mengakui tidak pernah melihat patung sedemikian dan hanya mengetahui perkara itu di dalam internet.

Sebagai penduduk tempatan katanya, dia juga tidak mengetahui sama ada patung itu wujud atau tidak.

"Dalam laman sesawang semua orang bercerita mengenainya, jadi saya dapat maklumat pun dari situ.

"Saya sendiri tidak tahu sama ada ianya wujud atau tidak. Siasatan harus dilakukan supaya isu berkenaan mendapat penyelesaian terbaik," katanya.

Reaksi sama diluahkan Muhaiyudin Yusof, 31, yang mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum sesuatu tindakan diambil.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelak, timbul isu lain yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum.

"Perkara berkaitan Islam tidak seharusnya dijadikan permainan kerana ia melibatkan agama, siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengetahui sama ada ianya benar-benar wujud atau tidak kerana kita tidak mahu timbul isu lain pula selepas ini," katanya. - Sinar Harian

Baru padan muka hangpa ... aku pun sama la ... hahaha

Posted: 14 Dec 2013 08:34 AM PST

Kenaikan Tol Tahun Hadapan Tidak Dapat Dielakkan- Abdul Wahid
Abdul Wahid Omar
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.
"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara. "Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. -BERNAMA
  • Print this story

dollah yankee

dollah yankee


Big liar!!!

Posted: 14 Dec 2013 05:50 AM PST


No Rise in Toll Rate
PETALING JAYA: A picture of substantially increased toll rates for 10 for ten highways in the Klang Valley being circulated through social media  and on the internet is untrue.
News portal Malaysiakini manage to contact a Works Ministry spokesman who said the concessionaires submit proposed toll hikes every year which the cabinet will discuss.
Works Minister Fadillah Yusuf will likely be making a statement regarding the issue next week.
he picture has drawn much scorn from internet users, who decried the increase as unreasonable and over the top. - The Sun, Wednesday Dec 11,2013  



Toll rate hike next year unavoidable, says Minister - Bernama

The toll rate hike next year is unavoidable as it is an express condition in the concession agreement between the government and highway concession companies, according to Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar (pic).

dollah yankee -
Anwar Ibrahim wanted to give you a free toll...but you guys stupid kampong folk are so bloody idiot ... 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


CERAMAH TERBARU USTAZ ABDULLAH KHAIRI

Posted: 14 Dec 2013 04:55 AM PST


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Tambang bas naik jika kenaikan kadar baru tidak diumum

Posted: 14 Dec 2013 07:09 PM PST

Kenaikan kadar tol: Komen Timbalan Presiden FOMCA

Posted: 14 Dec 2013 07:08 PM PST

From Datuk T-Anwar to Mat Sabu-Shia, it confirms Umno bigwigs like Zahid LACK BASIC IQ

Posted: 14 Dec 2013 06:59 PM PST

The nation still remembers how Opposition leader, Anwar Ibrahim was portrayed in a video having sex with a China doll.
From Datuk T-Anwar to Mat Sabu-Shia, it confirms Umno bigwigs like Zahid LACK BASIC IQThe video clip, supposedly from a spy camera hidden in a closet, hit the streets, but the entire plot fell apart and people knew straightaway it was another of Umno Baru's fitnah against Anwar.
The latest plot is to try to weaken PAS's deputy president, Mohammad Sabu, who is known to all fellow Malaysians as Mat Sabu. The biggest weakness in this entire plot is the challenge by a young ustaz (Islamic scholar)who is a religious officer with the Home Ministry by the name of Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari.
In the latest report, Ustaz Zamihan has challenged Mat Sabu to deny the charges of being a Shiite. In a court of law, the onus is on the Home Ministry to prove beyond doubt that Mat Sabu is a Shiite. But as it is now, the evidences given are what Zamihan claims to be "Grade B" evidence.
As a non-Muslim reading about the so-called expose, it makes me wonder how our public funds are used by the government to go on a witch hunt. One's faith is a personal matter but it looks like the Home Ministry is going on a witch hunt: Who is Shiite, who is not?
End of UMNO Baru's political future
If this witch-hunting is allowed to dominate Malaysian politics, it will soon be the end of the UMNO-led Barisan Nasional.
UMNO, before it was declared illegal in the historic court decision of 1987, and its leaders such as Tun Abdul Rahman, and even Tun Hussein Onn would not have imagined UMNO would resort to all sort of fitnah in order to stay in power.
What's worse is the way how Islam is being portrayed by certain individuals who are using it for their own political expediency. When a minister gets excited over the expose even before the nation got to hear it from the Home Ministry's secretary general, the motive has to be nothing but political.
Ahmad Zahid Hamidi as Home Minister should be made responsible for his actions. His conclusion, even before the evidences were brought forward to the public, was, in my opinion, not only malicious but clearly a reflection of the political culture that is so synonymous to what UMNO Baru is what it is today.
Read More / Baca Lagi >>

Berbagai transformasi dilaungkan, tetapi UMNO 'business as usual'

Posted: 14 Dec 2013 06:57 PM PST

Global Financial Integrity (GFI) sekali lagi memberikan lapuran yang jumlah pengaliran wang secara haram keluar negara meletakkan Malaysia sebagai negara yang keempat tertinggi di dunia ini. Terdahulu Malaysia telah kehilangan sejumlah  RM1.03 trillion dari tahun 2001 sehingga tahun 2009 dan rakyat masih lagi berdiam diri dan hakikat ini tidak menjadi perkara besar bagi rakyat negara ini.
Entah bagaimana negara ini merupakan johan dalam isu yang buruk seperti ini dan isu ini ditatap oleh masyarakat antarabangsa. Tetapi dalam bidang lain Malaysia masih merangkak tidak dapat bergerak untuk kebaikan jika berbanding dengan negara lain. Bola sepak kita tidak menunjukkan apa-apa kemajuan malahan lebih mundur dari keadaan dahulu.
Kita menduduki tempat ke 160 dari 180 buah negara yang berkerajaan dan mempunyai pasukan bolasepaknya sendiri. Kita ketinggalan jauh dari Bangladesh dalam sukan ini dan kita adalah di antara negara yang paling hebat slogan yang di bawa ke negara tempat sukan ini di adakan. Dalam semua bidang, diperingkat antarabangsa kita ketinggalan. Kita hanya duduk di hadapan dalam bidang rasuah dan bidang membawa lari 'ill gotten monies keluar negara dalam jumlah yang besar.'
Kalau kita harapkan pimpinan dan kroni-kroni ini untuk memperbaiki diri mereka dan berhenti atau memulangkan kembali wang yang di bawa lari keluar negara ini secara sukarela diatas kesedaran masing-masing, ia tidak akan berlaku. Sesiapa yang mengharapkan itu berlaku mereka adalah 'bermimpi disiang hari'. Jika ahli-ahli UMNO sedar mereka lah yang boleh melakukan pemulihan itu. Jika ahli-ahli UMNO tidak mampu melakukannya kerana himpitan budaya buruk ini, maka rakyat akan melakukannya.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid Hamidi harus diajar, caranya terserah..!!

Posted: 14 Dec 2013 06:55 PM PST

Yang sempat saya baca ada dua orang pengamal undang-undang (peguam) yang memberi pandangan atau nasihat kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai cadangannya untuk saman Naib Presiden Umno Zahid Hamidi yang dianggap telah memfitnah dan memburukkan dirinya dengan fahaman Syiah. Zahid membuat dakwaan itu semasa di pentas Umno.

Seorang darinya, Dr Zulqranian Lukman penguam muda yang meningkat naik dan juga aktivis Pas. Manakala seorang lagi Zaid Ibrahim seorang pengamal undang-undang berpengalaman dan terkenal serta bekas menteri undang-undang di zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Zulqranian memberi pandangan dari sudut prosuder perundangan berpandukan kepada kes-kes yang telah lepas berhubung keberkesanan (kejayaan) atas tindakan bakal dilakukan Mohamad Sabu itu. Mengikut hematnya bukan mudah Mohamad Sabu akan menang dengan saman itu.

Beliau mengambil contoh macam mana Anwar Ibrahim sewaktu menyaman Mahathir Mohamad apabila Mahathir menuduh bekas TPM itu peliwat, ia dengan mudah ditolak mahakmah. Alasan yang diambil oleh mahkamah apa yang Mahathir kata itu sebagai termasuk dalam rukun-rukun, komen berpatutan (fair comment), atau kepentingan bersyarat (qualified privilege), kepentingan mutlak (absolute privilage) atau justifikasi (justification). Zulqarnaian tidak menyebut kemungkinan mahkamah tolak kerana pengaruh dan kedudukan Mahathir?

Berdasar apa dilalui Anwar itu, Zulqarnain mengingatkan Mohamad Sabu agar tidak mudah mengambil tindakan mahkamah. Sebalik apa yang disarankan ialah, agar Mohamad terlebih dahulu menyelesaikan kes itu dengan membiarkan pihak KDN atau kerajaan negeri mendakwanya atas kesalahan disebut Zahid itu.  KSU Kementerian Dalam Negeri, segeralah saman Mohamad Sabu sebab anda telah mendedahkan 10 bukti Mohamad Sabu sebagai Syiah? Sila... sila...

Read More / Baca Lagi >>

Mangsa banjir kecil hati, bukan tak dapat roti seperti didakwa tok nan..!!

Posted: 14 Dec 2013 06:50 PM PST

KUANTAN - Sekumpulan ahli Umno keluar parti bukan kerana tidak dapat roti, tetapi kerana kecewa dengan kelemahan petugas agensi kerajaan mengendalikan isu banjir, di sini, baru-baru ini.

"Bukan sebab roti, tapi rata-rata orang Kuantan, terutama mangsa banjir, berkecil hati dengan kelemahan agensi kerajaan kendali isu banjir," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semalam.

Katanya, mereka amat terasa hati apabila kepayahan yang mereka alami seolah-olah dilayan sambil lewa oleh pihak kerajaan.

Fuziah Salleh, yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas punca sebenar ahli-ahli Umno Cawangan Tanah Putih Baru, di sini, bertindak keluar parti dan memohon menyertai PKR.

Read More / Baca Lagi >>

Bangladesh clashes turn deadly after Islamist leader executed

Posted: 14 Dec 2013 04:41 PM PST

Maksud "Tidak Akan Masuk SYURGA" Bagi Pelaku DOSA BESAR - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Dec 2013 04:41 PM PST

Halalkan Hutang Orang, Senang Di Akhirat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Dec 2013 04:41 PM PST

TENTERA MERAH BAIKPULIH RUMAH MANGSA BANJIR

Posted: 14 Dec 2013 07:43 AM PST

BERITA GEMBIRA YANG DI TUNGGU-TUNGGU SEKIAN LAMA OLEH PARA PENYOKONG UMNO

Posted: 14 Dec 2013 06:58 AM PST

INI HARTA UMNO PUNYA: GAMBAR PARA PEMUDA DAN PUTERI UMNO KE SUKAN SEA KE-27 NAYPYITAW, MYANMAR SEBAGAI PEGAWAI PENUMPANG..!!

Posted: 14 Dec 2013 06:41 AM PST


Rupa-rupanya pihak wartawan kecam  Kementeria Belia dan Sukan kerana dikatakan membiayai beberapa indvidu ke Sukan SEA 27 di Naypyitaw, Myanmar sebagai pegawai penumpang sebenarnya adalah dari kalangan para Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan exconya yang menang baru-baru ini termasuklah dari kalangan Puteri UMNO.

Antara kelihatan ialah bekas Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia anak Allahyarham Megat Junid dan Pengerusi Biro Media Baru UMNO Ibdilillah Ishak.

Rakyat tidak mempertikaikan jika mereka kesana dengan perbelanjaan sendiri ataupun di taja pihak persendirian .. yang menjadi kecuhnya ialah mereka kesana dikatakan atas pembiayaan Kementerian Belia Dan Sukan .. wang rakyat ...
Read More / Baca Lagi >>

Banjir di Kuantan adalah BALA kerana projek 1 Malaysia Spiritual Tourism?

Posted: 14 Dec 2013 06:38 AM PST


Hadiah PRU13: Kenaikan tol terkandung dalam perjanjian konsesi, kata Menteri

Posted: 14 Dec 2013 06:28 AM PST


Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya hari ini.
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baru tiba.
"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu jangan buang masa saman Zahid Hamidi, kata bekas menteri

Posted: 14 Dec 2013 06:26 AM PST


Bekas anggota Kabinet Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya berhubung Syiah.
Menurut bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, lebih baik Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menumpukan perhatian kepada isu rakyat.
"Saya beritahu kawan saya Mat Sabu usah buang masa nak saman Zahid. Dulu komunis now Syiah esok entah apa lagi. Tumpu kpd isu Rakyat #fb," tulis Zaid melalui akaun Twitternya @zaidibrahim.
Menurut Zaid, Mohamad tidak perlu berdepan dengan Ahmad Zahid di mahkamah kerana perkara ini tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang, sebaliknya bergantung kepada pendapat orang ramai mengenainya.
Zaid turut berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu tidak akan memberi kesan terhadap Mohamad sebaliknya, ia akan hanya akan menjejaskan imej Naib Presiden Umno itu.
"Memang Zahid tak gentar disaman Mat. Dia hanya gentar bila PRU14 di pimpin oleh Mat. Dia takut pada PAS; tak payah layan dengan saman #fb," tulis Zaid lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah: Kuala Lumpur perlu lebih mesra OKU

Posted: 14 Dec 2013 05:20 AM PST

Egypt: A campus revolution?

Posted: 14 Dec 2013 04:33 AM PST

KOMPLOT: Hanif Omar perlu risaukan isu rasuah, kos sara hidup rakyat

Posted: 14 Dec 2013 01:59 AM PST

KUALA LUMPUR 14 DIS: Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar bahawa ada komplot untuk menghancurkan negara, disifatkan usaha menutup masalah sebenar seperti rasuah dan kenaikan kos sara hidup, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Menurutnya, Hanif sepatutnya bimbang dengan nasib rakyat yang dihimpit kenaikan harga barangan dan bukannya mengeluarkan kenyataan membodek kerajaan ataupun Sultan.
Pada masa ini, katanya, harga rumah, kos bahan api dan barang keperluan harian mengalami kenaikan dan membebankan rakyat, berbanding pendapatan mereka yang tidak berganjak.
"40% isi rumah di negara ini mempunyai pendapatan bawah RM3000 sebulan. Isu ini yang patut beliau bangkitkan. Bukan cuba momokkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan," katanya ketika dihubungi.
Saifuddin berkata, isu hak istimewa Bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu dan kesucian agama Islam tidak pernah dipersoalkan Pakatan Rakyat. Sebaliknya, pimpinan PR sendiri komited mempertahankan perkara itu seperti ditegaskan dalam perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

KDN cuba tutup pemborosan Najib, Rosmah

Posted: 14 Dec 2013 01:56 AM PST

The HeatKUALA LUMPUR 14 DIS:  Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar The Heat, dilihat sebagai cubaan menutup isu pemborosan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah mansor.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perbuatan itu jelas melanggar kebebasan media dan hak bersuara seperti ditegaskan dalam perlembagaan.
"Ini satu perkara yang amat dikesalkan. Najib bercakap tentang ketelusan integriti, KPI dan sebagainya, tapi apabila dia dan isterinya dikritik di akhbar, ada pula tindakan dari KDN.
"Dalam era media sosial sekarang, ini adalah satu langkah tidak bijak, sedangkan rakyat masih boleh mendapat maklumat dari sumber internet," ujar Muhammad Nur.
Beliau mengulas tindakan KDN memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar mingguan The Heat kerana menyiarkan laporan perbelanjaan melampau Najib dan Rosmah, baru -baru ini.
Terdahulu, portal Astro Awani dikatakan turut menarik balik berita mengenai kritikan sinis tokoh wartawan, A Kadir Jasin terhadap Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan untuk tujuan peribadi ke luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun

Posted: 14 Dec 2013 01:56 AM PST

2 (3)SUBANG 14 DIS: Rizab Kerajaan Selangor hampir RM3 bilion yang dimilikinya ketika ini mampu menampung perbelanjaan mengurus ekonomi dan perbelanjaan penting lain untuk jangka masa sehingga tiga tahun sekiranya berhadapan situasi kemelesetan ekonomi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata disebabkan itu Kerajaan Negeri komited menyediakan asas ekonomi kukuh sebagai persediaan menghadapi sesuatu keadaan yang tidak dijangka.
"Oleh sebab itulah tugas utama saya memastikan aset dan pendapatan Negeri Selangor dijaga dengan baik kerana ia bukan hak milik saya tetapi amanah rakyat.
"Sekarang Alhamdullilah dalam jangka masa tidak lebih enam tahun kita sudah capai satu tahap kita tidak takut dengan keadaan dua atau tiga tahun kita tidak mendapat hasil banyak kerana sudah menyediakan rizab hingga RM3 bilion.
"Sungguhpun begitu kalau kita ada duit banyak tetapi tidak dibelanjakan itu pun salah juga kerana duit ini bukan untuk beli beg yang cantik atau kereta mewah Exco tetapi bagi pembangunan rakyat di mana kita akan teruskan melabur untuk rakyat," kata Abdul Khalid dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yayasan Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor arah Puncak Niaga minimum kesan gangguan air

Posted: 14 Dec 2013 01:54 AM PST


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengarahkan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) mengambil langkah meminimumkan kesan gangguan bekalan air yang akan bermula pada 17 Disember ini.
Penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 yang membekalkan air ke Kolam Imbangan Bukit Mayong dan Matang Pagar dijangka menyebabkan hampir sejuta pengguna terjejas.
Bagaimanapun, Kolam Imbangan Bukit Mayong tidak akan terjejas semasa proses penyelenggaraan berjalan.
Susulan itu, Abdul Khalid telah mengarahkan rangkaian agihan bekalan air daripada Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3, Loji Rawatan Air Sungai Batu, dan Loji Rawatan Air Bukit Nanas diaktifkan untuk memberi bantuan kepada loji yang terjejas iaitu di Bukit Mayong.
"Justeru, loji-loji rawatan air ini akan membantu meminimumkan kesan gangguan bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas.
"Kita menjangkakan bahawa pengguna-pengguna di beberapa kawasan yang disenaraikan akan menerima bekalan air dengan tekanan yang rendah," kata Menteri Besar dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Syahidnya Abdul Qader Mulla jadi inspirasi aktivis Islam

Posted: 14 Dec 2013 01:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Kematian Abdul Qader Mulla (gambar) tidak dinafikan lagi adalah syahid dan almarhum akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Bangladesh tetapi juga kepada seluruh aktivis Islam di seluruh dunia.

Pembuktian yang direkacipta oleh para hakim yang korup jelas adalah di bawah arahan kerajaan dan bertujuan politik semata-mata.

Demikian ditegaskan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin; Timbalan Pengerusi Jama'iy Perak, Zulkifli Ibrahim; Timbalan Presiden Teras, Wan Tarmizi Abdul Aziz dan Yang Dipertua Salimah, Datin Aminah Zakaria dalam kenyataan media bersama, hari ini, sebagaimana di bawah.

Kami mengutuk dengan keras pembunuhan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Qader Mulla oleh kerajaan Awami League Bangladesh.

Kami berdiri teguh dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh yang dilaksanakan dua hari yang lalu adalah suatu pembunuhan kejam, zalim dan suatu keputusan oleh sebuah sistem kehakiman Bangladesh yang bersifat kriminal.

Kematian Abdul Qader tidak dinafikan lagi adalah syahid dan almarhum akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Bangladesh tetapi juga kepada seluruh aktivis Islam di seluruh dunia.

Pembuktian yang direkacipta oleh para hakim yang korup jelas adalah di bawah arahan kerajaan dan bertujuan politik semata-mata.

Mahkamah yang membicara beliau dan beberapa pemimpin Jamaat Islami lagi telahpun dipersoal oleh organisasi hak manusia antarabangsa, kerajaan dunia dan juga PBB.
Read More / Baca Lagi >>

KAGUM: Zahid tak gentar disaman tapi gentar PRU14 dipimpin Mat Sabu – Zahid Ibrahim

Posted: 14 Dec 2013 01:40 AM PST

Berikut adalah diantara tweet bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Zaid_Mat_Sabu_Syiah_1 
Tak perlu saman Zahid Hamidi kerana membuang masa. Dulu komunis kini Syiah, lebih baik tumpu kepada rakyat.
Zaid_Mat_Sabu_Syiah_2
Tak seharusnya berdepan dengan zahid kerana ia tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang, sebaliknya ia bergantung kepada pendapat orang ramai mengenainya.
Read More / Baca Lagi >>

KAGUM: Jamil serah pada Jabatan Agama Islam negeri tahan Mat Sabu

Posted: 14 Dec 2013 01:33 AM PST


 
Menteri di Jabatan Perdanan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah susulan pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin.

NONE"Itu (soal penahanan) kita serah kepada (Jabatan Agama Islam) negeri," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan 10 bukti yang mendakwa Mohamad yang didakwa terlibat dengan fahaman Syiah. Mohamad bagaimanapun menafikannya.

Kelmarin Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan antaranya Mohamad pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005 pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis.

Abdul Rahim juga berkata Mohamad pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatullah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

ayatullah khomeini iran spiritual leader 290509 05Kata Abdul Rahim lagi, Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.

Ditanya berhubung tindakan pihaknya selepas KDN mendedahkan bukti tersebut, Jamil berkata beliau akan berbincang lanjut dengan kementerian itu.

"Itu kita bincang dengan KDN nanti... Ketua pengarah Jakim keluar sudah keluar kenyataan semalam," kata Jamil Khir ringkas.

Semalam, Datuk Othman Mustapha dilapor menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Diminta mengulas cadangan penubuhan polis syariah untuk membanteras ajaran sesat dan fahaman Syiah, Jamil berkata pihaknya akan berbincang lebih lanjut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi secepat mungkin.
Read More / Baca Lagi >>

KAGUM: Tindakan undang-undang kesalahan Syariah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri

Posted: 14 Dec 2013 01:32 AM PST


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (Main).
Beliau berkata berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Main, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.
"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Main.
"Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)...hak dan milik kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak)  yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.
Read More / Baca Lagi >>