RAKYAT MARHAEN |
- Tambang bas naik jika kenaikan kadar baru tidak diumum
- Kenaikan kadar tol: Komen Timbalan Presiden FOMCA
- From Datuk T-Anwar to Mat Sabu-Shia, it confirms Umno bigwigs like Zahid LACK BASIC IQ
- Berbagai transformasi dilaungkan, tetapi UMNO 'business as usual'
- Zahid Hamidi harus diajar, caranya terserah..!!
- Mangsa banjir kecil hati, bukan tak dapat roti seperti didakwa tok nan..!!
- Bangladesh clashes turn deadly after Islamist leader executed
- Maksud "Tidak Akan Masuk SYURGA" Bagi Pelaku DOSA BESAR - Ustaz Azhar Idrus
- Halalkan Hutang Orang, Senang Di Akhirat - Ustaz Azhar Idrus
- TENTERA MERAH BAIKPULIH RUMAH MANGSA BANJIR
- BERITA GEMBIRA YANG DI TUNGGU-TUNGGU SEKIAN LAMA OLEH PARA PENYOKONG UMNO
- INI HARTA UMNO PUNYA: GAMBAR PARA PEMUDA DAN PUTERI UMNO KE SUKAN SEA KE-27 NAYPYITAW, MYANMAR SEBAGAI PEGAWAI PENUMPANG..!!
- Banjir di Kuantan adalah BALA kerana projek 1 Malaysia Spiritual Tourism?
- Hadiah PRU13: Kenaikan tol terkandung dalam perjanjian konsesi, kata Menteri
- Mat Sabu jangan buang masa saman Zahid Hamidi, kata bekas menteri
- Nurul Izzah: Kuala Lumpur perlu lebih mesra OKU
- Egypt: A campus revolution?
- KOMPLOT: Hanif Omar perlu risaukan isu rasuah, kos sara hidup rakyat
- KDN cuba tutup pemborosan Najib, Rosmah
- Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun
- MB Selangor arah Puncak Niaga minimum kesan gangguan air
- Syahidnya Abdul Qader Mulla jadi inspirasi aktivis Islam
- KAGUM: Zahid tak gentar disaman tapi gentar PRU14 dipimpin Mat Sabu – Zahid Ibrahim
- KAGUM: Jamil serah pada Jabatan Agama Islam negeri tahan Mat Sabu
- KAGUM: Tindakan undang-undang kesalahan Syariah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri
Tambang bas naik jika kenaikan kadar baru tidak diumum Posted: 14 Dec 2013 07:09 PM PST | ||
Kenaikan kadar tol: Komen Timbalan Presiden FOMCA Posted: 14 Dec 2013 07:08 PM PST | ||
From Datuk T-Anwar to Mat Sabu-Shia, it confirms Umno bigwigs like Zahid LACK BASIC IQ Posted: 14 Dec 2013 06:59 PM PST The nation still remembers how Opposition leader, Anwar Ibrahim was portrayed in a video having sex with a China doll. The video clip, supposedly from a spy camera hidden in a closet, hit the streets, but the entire plot fell apart and people knew straightaway it was another of Umno Baru's fitnah against Anwar. The latest plot is to try to weaken PAS's deputy president, Mohammad Sabu, who is known to all fellow Malaysians as Mat Sabu. The biggest weakness in this entire plot is the challenge by a young ustaz (Islamic scholar)who is a religious officer with the Home Ministry by the name of Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari. In the latest report, Ustaz Zamihan has challenged Mat Sabu to deny the charges of being a Shiite. In a court of law, the onus is on the Home Ministry to prove beyond doubt that Mat Sabu is a Shiite. But as it is now, the evidences given are what Zamihan claims to be "Grade B" evidence. As a non-Muslim reading about the so-called expose, it makes me wonder how our public funds are used by the government to go on a witch hunt. One's faith is a personal matter but it looks like the Home Ministry is going on a witch hunt: Who is Shiite, who is not? End of UMNO Baru's political future If this witch-hunting is allowed to dominate Malaysian politics, it will soon be the end of the UMNO-led Barisan Nasional.UMNO, before it was declared illegal in the historic court decision of 1987, and its leaders such as Tun Abdul Rahman, and even Tun Hussein Onn would not have imagined UMNO would resort to all sort of fitnah in order to stay in power. What's worse is the way how Islam is being portrayed by certain individuals who are using it for their own political expediency. When a minister gets excited over the expose even before the nation got to hear it from the Home Ministry's secretary general, the motive has to be nothing but political. Ahmad Zahid Hamidi as Home Minister should be made responsible for his actions. His conclusion, even before the evidences were brought forward to the public, was, in my opinion, not only malicious but clearly a reflection of the political culture that is so synonymous to what UMNO Baru is what it is today. | ||
Berbagai transformasi dilaungkan, tetapi UMNO 'business as usual' Posted: 14 Dec 2013 06:57 PM PST Global Financial Integrity (GFI) sekali lagi memberikan lapuran yang jumlah pengaliran wang secara haram keluar negara meletakkan Malaysia sebagai negara yang keempat tertinggi di dunia ini. Terdahulu Malaysia telah kehilangan sejumlah RM1.03 trillion dari tahun 2001 sehingga tahun 2009 dan rakyat masih lagi berdiam diri dan hakikat ini tidak menjadi perkara besar bagi rakyat negara ini. Entah bagaimana negara ini merupakan johan dalam isu yang buruk seperti ini dan isu ini ditatap oleh masyarakat antarabangsa. Tetapi dalam bidang lain Malaysia masih merangkak tidak dapat bergerak untuk kebaikan jika berbanding dengan negara lain. Bola sepak kita tidak menunjukkan apa-apa kemajuan malahan lebih mundur dari keadaan dahulu. Kita menduduki tempat ke 160 dari 180 buah negara yang berkerajaan dan mempunyai pasukan bolasepaknya sendiri. Kita ketinggalan jauh dari Bangladesh dalam sukan ini dan kita adalah di antara negara yang paling hebat slogan yang di bawa ke negara tempat sukan ini di adakan. Dalam semua bidang, diperingkat antarabangsa kita ketinggalan. Kita hanya duduk di hadapan dalam bidang rasuah dan bidang membawa lari 'ill gotten monies keluar negara dalam jumlah yang besar.' Kalau kita harapkan pimpinan dan kroni-kroni ini untuk memperbaiki diri mereka dan berhenti atau memulangkan kembali wang yang di bawa lari keluar negara ini secara sukarela diatas kesedaran masing-masing, ia tidak akan berlaku. Sesiapa yang mengharapkan itu berlaku mereka adalah 'bermimpi disiang hari'. Jika ahli-ahli UMNO sedar mereka lah yang boleh melakukan pemulihan itu. Jika ahli-ahli UMNO tidak mampu melakukannya kerana himpitan budaya buruk ini, maka rakyat akan melakukannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Zahid Hamidi harus diajar, caranya terserah..!! Posted: 14 Dec 2013 06:55 PM PST Yang sempat saya baca ada dua orang pengamal undang-undang (peguam) yang memberi pandangan atau nasihat kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai cadangannya untuk saman Naib Presiden Umno Zahid Hamidi yang dianggap telah memfitnah dan memburukkan dirinya dengan fahaman Syiah. Zahid membuat dakwaan itu semasa di pentas Umno. Seorang darinya, Dr Zulqranian Lukman penguam muda yang meningkat naik dan juga aktivis Pas. Manakala seorang lagi Zaid Ibrahim seorang pengamal undang-undang berpengalaman dan terkenal serta bekas menteri undang-undang di zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Zulqranian memberi pandangan dari sudut prosuder perundangan berpandukan kepada kes-kes yang telah lepas berhubung keberkesanan (kejayaan) atas tindakan bakal dilakukan Mohamad Sabu itu. Mengikut hematnya bukan mudah Mohamad Sabu akan menang dengan saman itu. Beliau mengambil contoh macam mana Anwar Ibrahim sewaktu menyaman Mahathir Mohamad apabila Mahathir menuduh bekas TPM itu peliwat, ia dengan mudah ditolak mahakmah. Alasan yang diambil oleh mahkamah apa yang Mahathir kata itu sebagai termasuk dalam rukun-rukun, komen berpatutan (fair comment), atau kepentingan bersyarat (qualified privilege), kepentingan mutlak (absolute privilage) atau justifikasi (justification). Zulqarnaian tidak menyebut kemungkinan mahkamah tolak kerana pengaruh dan kedudukan Mahathir? Berdasar apa dilalui Anwar itu, Zulqarnain mengingatkan Mohamad Sabu agar tidak mudah mengambil tindakan mahkamah. Sebalik apa yang disarankan ialah, agar Mohamad terlebih dahulu menyelesaikan kes itu dengan membiarkan pihak KDN atau kerajaan negeri mendakwanya atas kesalahan disebut Zahid itu. KSU Kementerian Dalam Negeri, segeralah saman Mohamad Sabu sebab anda telah mendedahkan 10 bukti Mohamad Sabu sebagai Syiah? Sila... sila... Read More / Baca Lagi >> | ||
Mangsa banjir kecil hati, bukan tak dapat roti seperti didakwa tok nan..!! Posted: 14 Dec 2013 06:50 PM PST KUANTAN - Sekumpulan ahli Umno keluar parti bukan kerana tidak dapat roti, tetapi kerana kecewa dengan kelemahan petugas agensi kerajaan mengendalikan isu banjir, di sini, baru-baru ini. "Bukan sebab roti, tapi rata-rata orang Kuantan, terutama mangsa banjir, berkecil hati dengan kelemahan agensi kerajaan kendali isu banjir," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semalam. Katanya, mereka amat terasa hati apabila kepayahan yang mereka alami seolah-olah dilayan sambil lewa oleh pihak kerajaan. Fuziah Salleh, yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas punca sebenar ahli-ahli Umno Cawangan Tanah Putih Baru, di sini, bertindak keluar parti dan memohon menyertai PKR. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bangladesh clashes turn deadly after Islamist leader executed Posted: 14 Dec 2013 04:41 PM PST | ||
Maksud "Tidak Akan Masuk SYURGA" Bagi Pelaku DOSA BESAR - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Dec 2013 04:41 PM PST | ||
Halalkan Hutang Orang, Senang Di Akhirat - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Dec 2013 04:41 PM PST | ||
TENTERA MERAH BAIKPULIH RUMAH MANGSA BANJIR Posted: 14 Dec 2013 07:43 AM PST | ||
BERITA GEMBIRA YANG DI TUNGGU-TUNGGU SEKIAN LAMA OLEH PARA PENYOKONG UMNO Posted: 14 Dec 2013 06:58 AM PST | ||
Posted: 14 Dec 2013 06:41 AM PST Rupa-rupanya pihak wartawan kecam Kementeria Belia dan Sukan kerana dikatakan membiayai beberapa indvidu ke Sukan SEA 27 di Naypyitaw, Myanmar sebagai pegawai penumpang sebenarnya adalah dari kalangan para Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan exconya yang menang baru-baru ini termasuklah dari kalangan Puteri UMNO. Antara kelihatan ialah bekas Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia anak Allahyarham Megat Junid dan Pengerusi Biro Media Baru UMNO Ibdilillah Ishak. Rakyat tidak mempertikaikan jika mereka kesana dengan perbelanjaan sendiri ataupun di taja pihak persendirian .. yang menjadi kecuhnya ialah mereka kesana dikatakan atas pembiayaan Kementerian Belia Dan Sukan .. wang rakyat ... | ||
Banjir di Kuantan adalah BALA kerana projek 1 Malaysia Spiritual Tourism? Posted: 14 Dec 2013 06:38 AM PST | ||
Hadiah PRU13: Kenaikan tol terkandung dalam perjanjian konsesi, kata Menteri Posted: 14 Dec 2013 06:28 AM PST Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. "Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain. Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baru tiba. "Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya. Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya. Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana. Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mat Sabu jangan buang masa saman Zahid Hamidi, kata bekas menteri Posted: 14 Dec 2013 06:26 AM PST Bekas anggota Kabinet Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya berhubung Syiah. Menurut bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, lebih baik Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menumpukan perhatian kepada isu rakyat. "Saya beritahu kawan saya Mat Sabu usah buang masa nak saman Zahid. Dulu komunis now Syiah esok entah apa lagi. Tumpu kpd isu Rakyat #fb," tulis Zaid melalui akaun Twitternya @zaidibrahim. Zaid turut berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu tidak akan memberi kesan terhadap Mohamad sebaliknya, ia akan hanya akan menjejaskan imej Naib Presiden Umno itu. "Memang Zahid tak gentar disaman Mat. Dia hanya gentar bila PRU14 di pimpin oleh Mat. Dia takut pada PAS; tak payah layan dengan saman #fb," tulis Zaid lagi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Nurul Izzah: Kuala Lumpur perlu lebih mesra OKU Posted: 14 Dec 2013 05:20 AM PST | ||
Posted: 14 Dec 2013 04:33 AM PST | ||
KOMPLOT: Hanif Omar perlu risaukan isu rasuah, kos sara hidup rakyat Posted: 14 Dec 2013 01:59 AM PST KUALA LUMPUR 14 DIS: Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar bahawa ada komplot untuk menghancurkan negara, disifatkan usaha menutup masalah sebenar seperti rasuah dan kenaikan kos sara hidup, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Menurutnya, Hanif sepatutnya bimbang dengan nasib rakyat yang dihimpit kenaikan harga barangan dan bukannya mengeluarkan kenyataan membodek kerajaan ataupun Sultan. Pada masa ini, katanya, harga rumah, kos bahan api dan barang keperluan harian mengalami kenaikan dan membebankan rakyat, berbanding pendapatan mereka yang tidak berganjak. "40% isi rumah di negara ini mempunyai pendapatan bawah RM3000 sebulan. Isu ini yang patut beliau bangkitkan. Bukan cuba momokkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan," katanya ketika dihubungi. Saifuddin berkata, isu hak istimewa Bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu dan kesucian agama Islam tidak pernah dipersoalkan Pakatan Rakyat. Sebaliknya, pimpinan PR sendiri komited mempertahankan perkara itu seperti ditegaskan dalam perlembagaan. Read More / Baca Lagi >> | ||
KDN cuba tutup pemborosan Najib, Rosmah Posted: 14 Dec 2013 01:56 AM PST KUALA LUMPUR 14 DIS: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar The Heat, dilihat sebagai cubaan menutup isu pemborosan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah mansor. Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perbuatan itu jelas melanggar kebebasan media dan hak bersuara seperti ditegaskan dalam perlembagaan. "Ini satu perkara yang amat dikesalkan. Najib bercakap tentang ketelusan integriti, KPI dan sebagainya, tapi apabila dia dan isterinya dikritik di akhbar, ada pula tindakan dari KDN. "Dalam era media sosial sekarang, ini adalah satu langkah tidak bijak, sedangkan rakyat masih boleh mendapat maklumat dari sumber internet," ujar Muhammad Nur. Beliau mengulas tindakan KDN memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar mingguan The Heat kerana menyiarkan laporan perbelanjaan melampau Najib dan Rosmah, baru -baru ini. Terdahulu, portal Astro Awani dikatakan turut menarik balik berita mengenai kritikan sinis tokoh wartawan, A Kadir Jasin terhadap Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan untuk tujuan peribadi ke luar negara. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun Posted: 14 Dec 2013 01:56 AM PST SUBANG 14 DIS: Rizab Kerajaan Selangor hampir RM3 bilion yang dimilikinya ketika ini mampu menampung perbelanjaan mengurus ekonomi dan perbelanjaan penting lain untuk jangka masa sehingga tiga tahun sekiranya berhadapan situasi kemelesetan ekonomi. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata disebabkan itu Kerajaan Negeri komited menyediakan asas ekonomi kukuh sebagai persediaan menghadapi sesuatu keadaan yang tidak dijangka. "Oleh sebab itulah tugas utama saya memastikan aset dan pendapatan Negeri Selangor dijaga dengan baik kerana ia bukan hak milik saya tetapi amanah rakyat. "Sekarang Alhamdullilah dalam jangka masa tidak lebih enam tahun kita sudah capai satu tahap kita tidak takut dengan keadaan dua atau tiga tahun kita tidak mendapat hasil banyak kerana sudah menyediakan rizab hingga RM3 bilion. "Sungguhpun begitu kalau kita ada duit banyak tetapi tidak dibelanjakan itu pun salah juga kerana duit ini bukan untuk beli beg yang cantik atau kereta mewah Exco tetapi bagi pembangunan rakyat di mana kita akan teruskan melabur untuk rakyat," kata Abdul Khalid dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yayasan Selangor. Read More / Baca Lagi >> | ||
MB Selangor arah Puncak Niaga minimum kesan gangguan air Posted: 14 Dec 2013 01:54 AM PST Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengarahkan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) mengambil langkah meminimumkan kesan gangguan bekalan air yang akan bermula pada 17 Disember ini. Penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 yang membekalkan air ke Kolam Imbangan Bukit Mayong dan Matang Pagar dijangka menyebabkan hampir sejuta pengguna terjejas. Bagaimanapun, Kolam Imbangan Bukit Mayong tidak akan terjejas semasa proses penyelenggaraan berjalan. "Justeru, loji-loji rawatan air ini akan membantu meminimumkan kesan gangguan bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas. "Kita menjangkakan bahawa pengguna-pengguna di beberapa kawasan yang disenaraikan akan menerima bekalan air dengan tekanan yang rendah," kata Menteri Besar dalam satu kenyataan hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Syahidnya Abdul Qader Mulla jadi inspirasi aktivis Islam Posted: 14 Dec 2013 01:54 AM PST Pembuktian yang direkacipta oleh para hakim yang korup jelas adalah di bawah arahan kerajaan dan bertujuan politik semata-mata. Demikian ditegaskan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin; Timbalan Pengerusi Jama'iy Perak, Zulkifli Ibrahim; Timbalan Presiden Teras, Wan Tarmizi Abdul Aziz dan Yang Dipertua Salimah, Datin Aminah Zakaria dalam kenyataan media bersama, hari ini, sebagaimana di bawah. Kami mengutuk dengan keras pembunuhan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Qader Mulla oleh kerajaan Awami League Bangladesh. Kami berdiri teguh dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh yang dilaksanakan dua hari yang lalu adalah suatu pembunuhan kejam, zalim dan suatu keputusan oleh sebuah sistem kehakiman Bangladesh yang bersifat kriminal. Kematian Abdul Qader tidak dinafikan lagi adalah syahid dan almarhum akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Bangladesh tetapi juga kepada seluruh aktivis Islam di seluruh dunia. Pembuktian yang direkacipta oleh para hakim yang korup jelas adalah di bawah arahan kerajaan dan bertujuan politik semata-mata. Mahkamah yang membicara beliau dan beberapa pemimpin Jamaat Islami lagi telahpun dipersoal oleh organisasi hak manusia antarabangsa, kerajaan dunia dan juga PBB. Read More / Baca Lagi >> | ||
KAGUM: Zahid tak gentar disaman tapi gentar PRU14 dipimpin Mat Sabu – Zahid Ibrahim Posted: 14 Dec 2013 01:40 AM PST Berikut adalah diantara tweet bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Tak perlu saman Zahid Hamidi kerana membuang masa. Dulu komunis kini Syiah, lebih baik tumpu kepada rakyat. Tak seharusnya berdepan dengan zahid kerana ia tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang, sebaliknya ia bergantung kepada pendapat orang ramai mengenainya. Read More / Baca Lagi >> | ||
KAGUM: Jamil serah pada Jabatan Agama Islam negeri tahan Mat Sabu Posted: 14 Dec 2013 01:33 AM PST Menteri di Jabatan Perdanan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah susulan pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin. Read More / Baca Lagi >>"Itu (soal penahanan) kita serah kepada (Jabatan Agama Islam) negeri," katanya dalam sidang medianya hari ini. Beliau menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan 10 bukti yang mendakwa Mohamad yang didakwa terlibat dengan fahaman Syiah. Mohamad bagaimanapun menafikannya. Kelmarin Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan antaranya Mohamad pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005 pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis. Abdul Rahim juga berkata Mohamad pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatullah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah. Kata Abdul Rahim lagi, Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan. Ditanya berhubung tindakan pihaknya selepas KDN mendedahkan bukti tersebut, Jamil berkata beliau akan berbincang lanjut dengan kementerian itu. "Itu kita bincang dengan KDN nanti... Ketua pengarah Jakim keluar sudah keluar kenyataan semalam," kata Jamil Khir ringkas. Semalam, Datuk Othman Mustapha dilapor menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak. Diminta mengulas cadangan penubuhan polis syariah untuk membanteras ajaran sesat dan fahaman Syiah, Jamil berkata pihaknya akan berbincang lebih lanjut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi secepat mungkin. | ||
KAGUM: Tindakan undang-undang kesalahan Syariah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Posted: 14 Dec 2013 01:32 AM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (Main). Beliau berkata berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Main, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat. "Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Main. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan