Panel hakim tarik diri 
 Mohamed Badie melaungkan slogan mengutuk pemerintahan tentera yang telah menggulingkan bekas Presiden Mohammed Mursi.
KAHERAH - MESIR. Perbicaraan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin (IM), Mohamed Badie bersama 17 anggota gerakan itu bertukar kecoh selepas tiga hakim sekali lagi menarik diri daripada meneruskan prosiding itu yang berlangsung, kelmarin.

Menurut AFP, difahamkan, insiden itu berlaku selepas beberapa tertuduh termasuk Setiausaha Agung Mohammed el-Beltagy mula melaungkan slogan mengutuk pemerintahan tentera selain menyifatkan perbicaraan itu sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Peguam bela IM, Mohammed el-Damati berkata, kesemua anak guamnya berkelakuan seperti itu kerana mereka khuatir tidak akan dibicarakan secara adil.