RAKYAT MARHAEN |
- KAGUM: Kalau nak saman, silakan - Zahid
- Syiah-Suni-Sekolah : Indoktrinasi atau pencerahan?
- Bomoh Jawapan Bola Sepak Kita?
- Bahang artikel PM, Rosmah landa 'The Heat'
- GFI sahkan aliran wang haram dari Malaysia berkait rasuah
- Penghambaan Minda Melayu Oleh UMNO..!!!
- Cadangan tubuh pasukan “Polis Syariah” diperhalusi, kata Zahid Hamidi
- Kenapa masalah Sunni dan Syiah ditimbulkan sekarang?
- Can Pakatan win GE14?
- Bersih akan lancar kempen ’100 orang di 100 parlimen’
- KAGUM: Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial
- BN, Pakatan gagal selesai petisyen pilihan raya, serah kepada mahkamah
- Kudeta: Panel hakim tarik diri lagi
- Warga KL diseru hadir bantahan depan DBKL 16 Disember ini
- Rejim Zionis Bashar tubuh unit pembunuh
- Racun dalam minyak kitar semula..!!
- Apabila wasatiyah menjadi asabiyah
- Tertekan sejarah hitam bersama PAS punca sebenar Kazim tolak MT Umno
- KAGUM: "Hikayat Mat Sabu Syiah", Sekadar Penglipur Lara
- KAGUM: Soalan Untuk Zahid Hamidi, Bolehkah Mat Sabu Ditahan Dengan 10 Bukti Itu?
- Student protests in Egypt continue despite crackdown
- Ukraine Protesters Young and Old
- U.S. vows support for Syrian opposition despite troubles
- Ukraine's new revolution
- UN confirms chemical arms were used repeatedly in Syria
KAGUM: Kalau nak saman, silakan - Zahid Posted: 12 Dec 2013 07:52 PM PST Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membanteras penularan fahaman Syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik. Beliau berkata jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah. "Saya tidak fikir kita mahu itu berlaku. Atas kesedaran ini, kita tekankan soal banteras dahulu sebelum ia terus tersebar luas. "Bukanlah untuk menakut-nakutkan umat Islam di negara ini tetapi kita mahu menekankan kepentingan mengelak perpecahan ummah khususnya dari dalam," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program "Ruang Bicara" terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, malam tadi. Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata terdapat 18 markas Syiah di Malaysia dengan lebih 300,000 pengikut. Read More / Baca Lagi >> | ||
Syiah-Suni-Sekolah : Indoktrinasi atau pencerahan? Posted: 12 Dec 2013 07:50 PM PST Apa jua isu yang yang menjadi wacana sebagaimana praktis tamadun luar, tidak menjadi budaya awam di Malaysia Pertembungan faham suni-syiah telah sangat lama terjadi. Pertembungan ini pernah mencetus pergaduhan fizikal hingga menjadi perang, tetapi pertembungan ini juga telah dapat membuka banyak wacana ilmiah di segenap pelusuk dunia. Bukan hanya dibahas dikalangan muslim tetapi meliputi pemikir peradaban yang cuba memcecah akan kedangkalan sifat manusia yang mahu memilik-punya kebenaran atau Tuhan. Namun, apa jua isu yang yang menjadi wacana sebagaimana praktis tamadun luar, tidak menjadi budaya awam di Malaysia sebaliknya peluang wacana ini dirampas oleh apparatus ideologi kerajaan (daulah) menjadi propaganda dan bahan ugutan. Inilah yang cuba dijelaskan oleh Marxism bahawa 'ideological state apparatus' digunakan untuk mengekalkan kestabilan sosial. Kestabilan sosial menurut faham kerajaan adalah tiada cabaran kepada kuasa dan legitimasi daulah – di sini, kerajaan UMNO BN. Penggunaan agensi kerajaan ini juga sebenarnya satu bentuk eksploitasi dan pengkhianatan kepada kakitangan agensi kerana tidak semua kakitangan agensi yang diperalat itu rela 'diperalatkan' oleh parti pemerintah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bomoh Jawapan Bola Sepak Kita? Posted: 12 Dec 2013 07:49 PM PST SAMBIL menanti hansard sesi kedua Kedai Kopi Assembly (KKA) siap, izinkan saya menyebut sikit mengenai bola sepak tanah air. Sebelum itu, saya perlu jelaskan yang saya bukan kaki bola atau peminat tegar sukan. Namun saya baca mengenai sukan kerana sejak lebih sedekad, tabiat saya adalah membaca akhbar dari belakang ke hadapan. Sukan, antarabangsa dan ekonomi. Kalau ada semangat yang kuat barulah baca berita di hadapan yang sering memeningkan. Daripada apa yang saya baca, tonton dan dengar dari media massa dan diceritakan oleh kaki bola, nampaknya macam-macam sudah dilakukan bagi menaikkan taraf bola sepak negara. Tahniah kepada semua pihak terlibat. Kerajaan sudah beri bantuan. Kaki bola (Khairy Jamaluddin) sudah jadi Menteri Belia dan Sukan. Pemain dan pelatih luar sudah diimport. Gaji pemain bola lumayan. Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah pecat-memecat. Pintu stadium sudah dirempuh dan padang bola sudah ditakluki.
Saya dimaklumkan oleh seorang kawan yang dua tahun jadi sukarelawan Harimau Muda bahawa itulah satu-satunya harapan masa depan bola sepak Malaysia yang menunjukkan harapan. Jadi jangan rosakkan mereka dengan politik bola dan sogokan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bahang artikel PM, Rosmah landa 'The Heat' Posted: 12 Dec 2013 07:47 PM PST Nampaknya menerbitkan artikel berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor boleh menyebabkan sesuatu organisasi bermasalah. Malaysiakini difahamkan, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mingguan The Heat berhubung artikel berjudul "All eyes on big spending Najib" dalam keluaran Novembernya. The Heat sebuah penerbitan bawah Kumpulan HCK Capital yang diterajui oleh ahli korporat Clement Hii. Sumber enggan mendedahkan kandungan surat itu. Begitu juga Ketua Pengarang David Lee Boon Siew. "The Heat tiada komen untuk diberikan," katanya ketika diminta mengesahkan menerimat surat tunjuk sebab itu. Sebelum ini, Malaysian Insider melaporkan, Pejabat Perdana Menteri mengarahkan Astro Awani menarik balik artikel berhubung Rosmah, yang ditulis berdasarkan tulisan bekas tokoh wartawan A Kadir Jasin di blog. | ||
GFI sahkan aliran wang haram dari Malaysia berkait rasuah Posted: 12 Dec 2013 06:41 PM PST Laporan GFI "Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011" (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002 – 2011) mengesahkan bahawa ada kaitan rapat di antara rasuah dan jumlah aliran wang haram yang keluar dari sesebuah negara. Ini adalah salah satu daripada kesimpulan paling utama yang dibuat di dalam laporan terkini yang dikeluarkan semalam. Mukasurat (xi) laporan menyatakan bahawa "..The panel data regressions also show that an increase in corruption increases trade misinvoicing.." Kesimpulan ini dibuat berdasarkan analisa empirikal data-data kewangan dari semua negara yang terbabit termasuklah Malaysia. Laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk Kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang sebelum ini mempersoalkan kaedah yang digunakan. Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI kali ini juga menyanggah kenyataan Kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik (berhubung errors and omission) bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar. Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka Kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat oleh GFI. Jumlah aliran wang haram yang mencecah USD54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa yang rakyat sedia maklum. Read More / Baca Lagi >> | ||
Penghambaan Minda Melayu Oleh UMNO..!!! Posted: 12 Dec 2013 06:26 PM PST Saya cuba terangkan dalam bahasa yang mudah supaya orang Melayu faham. Dalam negara kita ada 18 juta orang Melayu. Kita ada 3 juta ahli UMNO. Ertinya dari setiap 6 orang Melayu, terdapat 1 dari nya ahli UMNO. Siapa yang lebih ramai? Jadi kenapa kita biarkan UMNO membuli kita? Kenapa biarkan UMNO menghamba-abdikan pemikiran orang Melayu? Boleh kah kita yang begini ramai ditenggelamkan oleh bangsa lain? Ertinya isiu pokok orang Melayu bukanlah isiu hak dan kepentingan orang Melayu dirampas oleh bangsa lain. Ambil contoh DAP. Tunjukkan contoh DAP menolak raja2 Melayu yang kedudukan nya termetra dalam Perlembgaan Malaysia. Iaitu keduukan raja2 Melayu dilindung oleh undang2 dan ramai nya orang Melayu yang setia kepada konsep Raja Melayu. Saya kata setia pada konsep- sebab tidak dapat dinafikan bahawa ada orang Melayu yang membenci Raja Melayu. Ini fakta dalam sejarah pun. Ada Raja yang di tombak dan ada raja yang diperangi. Biasalah lah itu. Raja adil raja disembah, raja zamil raja disanggah. Kita tidak boleh memaksa kesetiaan fisikal. Tapi saya rasa rata2 nya orang Melayu setia kepada konsep raja Melayu berpelembagaan. Raja2 Melayu pun kenalah faham konsep ini. Mana dia punah-sihat dan punai-sihat Tuanku2? Read More / Baca Lagi >> | ||
Cadangan tubuh pasukan “Polis Syariah” diperhalusi, kata Zahid Hamidi Posted: 12 Dec 2013 06:21 PM PST Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan. Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kenapa masalah Sunni dan Syiah ditimbulkan sekarang? Posted: 12 Dec 2013 06:19 PM PST "Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama'ah," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan. Beliau menegaskan, ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama'ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama'ah dalam PAS. "Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk Umno sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama'ah. "Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama'ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS," jelas beliau lagi. Kenyataan penuh beliau seperti di bawah. PAS tetap teguh dengan Ahli Al-Sunnah Wal Jama'ah, kenapa masalah sunni dan syiah ditimbulkan sekarang? Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama'ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama'ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama'ah dalam PAS. Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama'ah. Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama'ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS. Namun PAS yang teguh berpegang dengan Islam dan mazhab Ahli al Sunnah wal Jama'ah ini mengadakan hubungan dengan semua pihak lain, termasuklah di kalangan bukan Islam. PAS lebih ke depan dalam mengadakan hubungan dengan semua kumpulan Islam NGO yang berbeza pendekatan dan berbagai mazhab. PAS dapat membezakan dengan ilmu Islam, berdasarkan batas-batas yang diizinkan oleh syara'. Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara barat dan komunis. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 12 Dec 2013 05:44 PM PST Pakatan must realise that Umno is a formidable opponent with deep pockets, large armies and an uncanny ability to go into the elections with all the positives stacked in their favour. "The performance of the Pakatan parties in the 2008 and 2013 GEs have shown that the three component parties have their basic strengths. "If we are prepared to persevere in a common patriotic cause – to save the country from corruption, cronyism, abuses of power, exploitation of the poor and downtrodden regardless of race, religion or region, extremism and intolerance. "And put in place good governance, public integrity, accountability, respect for democracy, human rights, moderation and tolerance, we have no reason to be pessimistic about the future of the country or the outcome of the GE14." – DAP's Lim Kit Siang. Based on this statement made by Lim Kit Siang, it would seem that Pakatan has already won the GE14 and will form the next government come 2018, or thereabouts. Lim is quite confident even as the Umno-led Barisan Nasional is slowly but surely dismantling whatever "basic strengths" and "common patriotic case" that Pakatan may have to save this country from the corruption, cronyism and abuse of power perpetrated by the BN government. Let's examine the facts. Am I to believe that with all the overwhelming overt evidence of foul play, vote rigging, phantom, pendatang's and illegal voters that number in the thousands (so Pakatan tell us), nothing can be done to present irrefutable evidence to the courts to overturn ANY of the GE13 results? Read More / Baca Lagi >> | ||
Bersih akan lancar kempen ’100 orang di 100 parlimen’ Posted: 12 Dec 2013 05:38 PM PST KUALA LUMPUR 13 DIS: Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih) akan melancarkan kempen '100 orang di 100 parlimen' bagi membantah persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijangka tidak lama lagi. "Kita hendak bersedia dengan minimum 100 orang di setiap kawasan parlimen. Bermula dengan 100 kawasan parlimen yang kita nampak penting. "Sasaran kita hendak dapat semaksimum mungkin pengundi yang menyokong program ini bagi menyatakan bantahan terhadap persempadanan semula SPR," kata wakil sekretariat Bersih, Adam Adli (gambar). Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak perlu merujuk kepada mana-mana parti politik dalam urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Tambahnya, kempen tersebut ditumpukan dahulu kepada mereka yang terlibat dalam jentera pilihan raya sebelum hebahan secara besar-besaran dilakukan selepas ini. "Kita dah buat 'roadshow' ke Johor, Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri pantai timur. "Kita sedang membuat sesi penerangan pendidikan pengundi untuk menerangkan apa yang mereka perlu tahu berkaitan persempadanan semula yang akan dilakukan oleh SPR," katanya lagi. | ||
KAGUM: Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial Posted: 12 Dec 2013 05:12 PM PST Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi "bahan lawak" di kalangan rata-rata pengguna media sosial. Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah. "KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?" tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni. Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu. "Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
BN, Pakatan gagal selesai petisyen pilihan raya, serah kepada mahkamah Posted: 12 Dec 2013 05:09 PM PST Satu cadangan penyelesaian di luar mahkamah antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menarik balik petisyen rayuan bagi Pilihan Raya Umum 5 Mei di mahkamah senyap begitu saja. Bagi mengesahkan "penyelesaian global" terhadap rayuan 19 petisyen pilihan raya itu gagal, peguam PR dan pemimpin politik berkata mereka akan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan ke atas undang-undang pilihan raya yang boleh dipersoalkan. Satu penyelesaian global merujuk kepada perjanjian antara dua pihak sebagaimana yang dipersetujui bersama. Menurut laporan, bulan lalu peguam BN dan PR sudah berbincang untuk menentukan sama perkara itu boleh diselesaikan secara baik. "Kita tidak akan tahu dengan pasti apa kedudukan sebenar berkenaan isu-isu perbalahan yang dibangkitkan. Setakat ini jika kita telah memilih penyelesaian secara global," katanya kepada The Malaysian Insider. Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang berkata, parti itu mungkin tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah tetapi itu adalah satu-satunya saluran bagi mendapatkan penyelesaian. "Bagaimanapun, kita akan tahu mana prosedur dalam undang-undang pilihan raya litigan yang perlu diikuti agar petisyen berkenaan tidak akan ditolak atas alasan teknikal," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kudeta: Panel hakim tarik diri lagi Posted: 12 Dec 2013 05:06 PM PST Mohamed Badie melaungkan slogan mengutuk pemerintahan tentera yang telah menggulingkan bekas Presiden Mohammed Mursi. KAHERAH - MESIR. Perbicaraan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin (IM), Mohamed Badie bersama 17 anggota gerakan itu bertukar kecoh selepas tiga hakim sekali lagi menarik diri daripada meneruskan prosiding itu yang berlangsung, kelmarin.Menurut AFP, difahamkan, insiden itu berlaku selepas beberapa tertuduh termasuk Setiausaha Agung Mohammed el-Beltagy mula melaungkan slogan mengutuk pemerintahan tentera selain menyifatkan perbicaraan itu sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Peguam bela IM, Mohammed el-Damati berkata, kesemua anak guamnya berkelakuan seperti itu kerana mereka khuatir tidak akan dibicarakan secara adil. | ||
Warga KL diseru hadir bantahan depan DBKL 16 Disember ini Posted: 12 Dec 2013 04:57 PM PST KUALA LUMPUR 13 DIS: Ahli parlimen Batu, Tian Chua menyeru seluruh warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang hadir ke himpunan membantah kenaikan cukai taksiran di hadapan bangunan DBKL Isnin, 16 Disember ini. "Saya menyeru supaya datang beramai-ramai ke Dataran DBKL Isnin ini. "Ahli parlimen lain daripada Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur akan turut bersama turun pada himpunan tersebut," kata Tian Chua kepada Keadilandaily. Menurut Tian, hari tersebut merupakan pusingan akhir petugas kempen mengumpul surat bantahan cukai taksiran DBKL dan diserahkan terus ke ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut. "Sesiapa yang tak sempat mengisi surat bantahan sebelum ini boleh mengisinya pada masa tersebut," kata Tian. Beliau kini ke seluruh Kuala Lumpur bagi mengumpul surat bantahan untuk diserahkan 16 Disember depan. | ||
Rejim Zionis Bashar tubuh unit pembunuh Posted: 12 Dec 2013 04:44 PM PST Binatang pun membunuh kerana makanan Manusia membunuh kerana kuasa dan tidak mengenal mangsa Setan jenis apakah yang ada di jiwa mereka? Kanak-kanak antara mangsa bunuhan tentera rejim DAMSYIK - SYRIA. Gabungan Kebangsaan Syria (SNC) melaporkan, rejim Presiden Bashar al-Assad membunuh lebih 2,900 orang dengan menggunakan pisau. Maenurut The Daily Star, laporan disahkan Pertubuhan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa turut mendakwa, rejim melakukan pembunuhan lebih 2,885 orang menggunakan pisau sepanjang tahun ini. "Pembunuhan ini adalah dirancang, lebih 200 kanak-kanak dan 120 orang wanita menjadi mangsa. | ||
Racun dalam minyak kitar semula..!! Posted: 12 Dec 2013 04:41 PM PST Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr. Fatimah Arshad berkata, kebiasaannya minyak kitar semula yang sudah bertukar kehitaman akibat proses oksidasi itu turut mengandungi karsinogen iaitu zat kimia yang menjadi punca kanser. "Jika pengguna terdedah dalam tempoh jangka masa panjang dengan minyak masak yang sudah tercemar itu, risiko untuk mereka diserang penyakit kanser adalah amat tinggi,"' katanya kepada Kosmo! semalam. Fatimah berkata, orang ramai seelok-eloknya menggunakan minyak masak sebanyak tiga kali sahaja untuk menggoreng makanan. | ||
Apabila wasatiyah menjadi asabiyah Posted: 12 Dec 2013 04:38 PM PST Oleh SELENA TAY DALAM satu perhimpunan parti yang telah diadakan awal bulan ini, seorang perwakilan telah bangkit mencadangkan bahawa slogan 1Malaysia ditukarkan kepada 1Melayu. Seorang lagi perwakilan pula mengesyorkan supaya BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) jangan diberikan kepada penyokong pihak pembangkang. Dan yang amat malang sekali, seorang perwakilan wanita menggunakan perkataan "bangsat." Semua ini jelas menunjukkan bahawa parti tersebut ialah parti yang mengamalkan fahaman asabiyah walaupun ketua pemimpinnya pernah menekankan amalan wasatiyah. Dari sini, rakyat harus sedar bahawa kelakuan perwakilan parti tersebut merupakan hasrat terpendam parti itu. Jelaslah juga bahawa parti itu bukan sebuah parti yang prihatin terhadap rakyat tetapi hanya berniat untuk memecahbelahkan rakyat supaya mereka dapat berkuasa selamalamanya. Niat mereka bukan berjuang demi kebaikan rakyat tetapi mereka hanya berjuang untuk suku-sakat serta saku mereka sendiri. Dan niat mereka telah terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi. Oleh itu, tidak perlulah mereka melaungkan slogan kosong 1Malaysia dengan semangat yang berkobarkobar kerana ramai orang sudah tahu bahawa slogan itu hanyalah untuk memancing undi masyarakat bukan-Melayu sahaja. Justeru, tidak sesiapa pun yang perlu diperdayakan lagi. | ||
Tertekan sejarah hitam bersama PAS punca sebenar Kazim tolak MT Umno Posted: 12 Dec 2013 04:36 PM PST Tertekan dengan sejarah hitam hubungannya dengan PAS dipercayai menjadi punca Mohammad Kazim Elias atau Ustaz Kazim mengambil tindakan menolak pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno. Kazim berkata, beliau bimbang jika menerima pelantikan itu, semua tindakan dan apa yang diperolehinya nanti adalah kerana beliau ahli anggota MT parti Melayu terbesar itu dan akan menekan segala usaha dibuatnya sekarang. "Jika saya menerima jawatan ini, orang akan fitnah saya dan juga Perdana Menteri dengan pelbagai perkara hanya kerana saya ahli Majlis Tertinggi Umno," kata Kazim dalam satu temu ramah eksklusif bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di Ipoh awal minggu ini. Sebelum pelantikan dibuat, sekurang-kurangnya empat panggilan telefon dibuat oleh pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri dan Najib sendiri kepada Kazim. Najib melantik Kazim walaupun melanggar perlembagaan Umno kerana hanya mereka yang menjadi ahli parti itu selama sekurang-kurangnya tiga tahun boleh dilantik ke jawatan ini. Kazim, seorang penceramah agama dan motivasi yang sangat popular melalui rancangan TV di Astro Oasis dan juga di kalangan masyarakat khasnya di Perak khasnya di kalangan wanita. Kazim mengaku 3/4 daripada pengikutnya adalah golongan wanita kerana isu kekeluargaan adalah topik kegemarannya. Namun selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Kazim memaklumkan beliau terpaksa menolak jawatan itu walaupun namanya sudah diumumkan sebagai anggota MT Umno yang baru dilantik. Kazim tidak pernah menjadi ahli Umno akan tetapi menyertai PAS bersama dengan Datuk Dr Hasan Ali pada tahun 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Selepas menyertai PAS, beliau terpaksa meninggalkan segala-galanya termasuk gaji, pendapatan dan sebagainya sehingga terpaksa menjadi imam dengan gaji RM500 sebulan. Namun kata Kazim, hubungannya dengan PAS keruh bermula apabila beliau terpaksa menolak menjadi calon parti Islam itu pada pilihan raya umum 2004 kerana calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu merupakan abangnya sendiri. Atas permintaan ibunya, Kazim menolak permintaan PAS kerana tidak mahu bertembung dengan abangnya sendiri dalam pilihan raya dan tidak berkempen untuk parti Islam itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
KAGUM: "Hikayat Mat Sabu Syiah", Sekadar Penglipur Lara Posted: 12 Dec 2013 04:28 PM PST Oleh WFAUZDIN NS AKHIRNYA Zahid komedi buat pendedahan melalui orang suruhannya. Aku ingatkan betullah ada fakta dan bukti kukuh tentang "Syiah'nya Mat Sabu seperti mereka boleh buktikan terhadap Abu Ya, Almarhum Us Ashaari Muhamad Syeikhul Arqam dulu. Malangnya, pendedahan Zahid komidi menjadi betul-betul komedi. Apa faktanya? Kutip dari blog. Lagi? Kutip dari perbualan orang tentang Mat Sabu. Lagi? Cerita tentang Mat Sabu kagum dengan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini. Lain? Cerita Mat Sabu Solat guna batu letak di tempat sujud. Ehhh....tak perasan pulak aku dahi Mat Sabu hitam sebab bertahun sujud atas batu. Kahkahkah.... Yang hitam dahi tu bukan Sepol Bukhari yang tidak cuci dubur dua hari itu ke? Kahkahkah.... Kesihan sungguh Zahid komidi. Tak pasal-pasal orang dok kata dia Menteri bengap. Pelik bin ajaibnya, kesemua kisah Mat Sabu yang dibawa oleh puak tu kisah berpuluh tahun dulu. Sekarang baru tahu Syiah tu kononnya sesat? Apabila Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS baru Syiah sesat? Kahkahkah.... KDN tahu ada guru pondok yang mengamalkan Syiah dan katanya Mat Sabu sering ke sana dulu. Mengapa tak tangkap guru tersebut? Mengapa Mat Sabu? Ohhh,,,,sebab guru itu bukan pemimpin PAS, bukan? Kahkahkah..... Dalam pendedahannya semalam, tidak seorang pun tampil untuk menjadi saksi pernah menjadi pengikut Mat Sabu sebagai ahli Syiah. Yang mereka bawa cerita dari mulut ke mulut umpama cerita Pak Pandir. Orang boleh ketawa dengar kisah Pak Pandir tetapi orang tidak percaya kisah itu berlaku. Samalah macam cerita Hikayat Mat Sabu Syiah ini. Orang ketawa mendengarnya tapi untuk percaya hanyalah puak yang otak lembu kondo saja. Puak ini kalau disebut Najib itu sama seperti Nabi perjuangannya. mereka pun percaya dan beriman sungguh asalkan dapat BR1M. | ||
KAGUM: Soalan Untuk Zahid Hamidi, Bolehkah Mat Sabu Ditahan Dengan 10 Bukti Itu? Posted: 12 Dec 2013 04:25 PM PST Ketika berucap di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, 7 Disember lalu, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam Pas. "Pas, ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana Pas memilih pemimpin Syiah itu untuk menjadi orang nombor dua dalam Pas. Jangan berselindung. Jangan berselindung. "Datuk Jamil Khir, KDN bagi kuasa, ambil tindakan kepada pemimpin Pas itu," tegasnya seakan memberi arahan kepada menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama. Mendengar ucapan beliau itu, sudah pastilah sesiapa pun beranggapan bahawa Zahid dan KDN sudah mempunyai cukup bukti untuk menahan orang nombor dua dalam Pas iaitu Mohamad Sabu yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Pas.. Seolah-olah bukti yang ada hanya menunggu masa yang sesuai saja lagi untuk menahannya. Jamil Khir pula dalam reaksinya kepada arahan Zahid itu berkata, pembuktian kukuh diperlukan kerana Syiah melibatkan iktikad seseorang dan bukan berdasarkan sentimen kepartian semata-mata. Apabila diasak oleh media kemudiannya, Zahid berkata suatu sidang akhbar khas yang akan dilakukan Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohamad Radzi akan diadakan untuk mendedahkan bukti-bukti tersebut. Sebagaimana yang dijanjikan, petang 12 Disember, sidang akhbar itu diadakan dan 10 bukti yang dijanjikan adalah seperti berikut: Read More / Baca Lagi >> | ||
Student protests in Egypt continue despite crackdown Posted: 12 Dec 2013 04:18 PM PST | ||
Ukraine Protesters Young and Old Posted: 12 Dec 2013 04:18 PM PST | ||
U.S. vows support for Syrian opposition despite troubles Posted: 12 Dec 2013 04:17 PM PST | ||
Posted: 12 Dec 2013 04:16 PM PST | ||
UN confirms chemical arms were used repeatedly in Syria Posted: 12 Dec 2013 04:15 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan