MIMPI SENJA |
- Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial
- Umno terlibat dengan komunis.
- Skandal Adi Putra & Isteri Orang : Tiada Kes - Bebas dari sebarang pertuduhan
- Model Seksi Hilang Selepas Ternampak 'Hantu' Ditemui Selamat
- Rafizi desak Najib letak jawatan
- Wanita Dikaitkan Dengan Skandal Adi Putra Dedah Kes Esok [Jumaat]
Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial Posted: 12 Dec 2013 08:40 PM PST Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi "bahan lawak" di kalangan rata-rata pengguna media sosial. Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah. "KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?" tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini." KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni. Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu. "Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi juga memberitahu semalam, Mohamad adalah orang yang dimaksudkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengatakan orang nombor dua PAS menganut fahaman Syiah semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013. "Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, Komunis, Hindu? "Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?" tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter @saifuddinabd petang semalam. Ada juga pengguna media sosial yang beranggapan pendedahan KDN mengenai 10 bukti pengelibatan Mohamad dengan fahaman Syiah sebagai tindakan Ahmad Zahid memperkudakan penjawat awam. "Saya tak peduli Mat Sabu nak jadi Sunni atau Syiah tapi saya kecewa dan marah bila menteri perkuda penjawat awam untuk tutup aib politik sendiri," tulis seorang pengguna Twitter @najwanhalimi. "KDN dijadikan kuda politik oleh Zahid Hamidi untuk tutup 'political blunder' yang dia buat ketika berucap dlm #PAU2013. Tak gentleman langsung!". Mengulas isu ahli politik menggunakan penjawat awam @AbdMalekHussin menulis: "Seperkara lagi. Jika Rahim Radzi KSU KDN nak main politik atau nak jadi macai politik Zahid Hamidi ~ letak jawatan masuk mana-mana cawangan Umno!" Selain itu, turut disebarkan oleh pengguna media sosial adalah gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Ayatollah Khomeini di Paris, Perancis sebelum pemimpin itu pulang ke Tehran untuk merasmikan Revolusi Islam Iran. "Zahid kata sapa kagum dengan Khomeini jadi Syiah - ada gambar Brahim Ali dengan Khomeini- Braheng jadi Shiah - kah kah kah. http://tukartiub.blogspot.com/2013/12/ibrahim-ali-shiah.html…," tulis Hishamuddin Rais yang menggendalikan blog Tukar Tiub di akaun Twitter @ishamrais. "Siapa Syiah? KDN kata sapa hormat pada Ayatollah Khomeini ialah Syiah – habis semua bani Melayu jadi Syiah kah kah kah." Dalam reaksi awal kepada pendedahan KDN Timbalan Presiden PAS berkata, beliau sememangnya mengagumi perjuangan Ayatollah Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. "Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih. "Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrallah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider semalam. – 13 Disember, 2013. |
Posted: 12 Dec 2013 07:27 PM PST SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pas mendakwa 10 bukti didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan orang nombor duanya dengan fahaman Syiah, tidak kukuh. Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berdasarkan pendedahan KDN yang hanya merujuk kepada sumber-sumber tertentu dan bukannya bukti sahih. "Rakyat boleh menilai sendiri pendedahan tersebut. Bukti KDN tidak kukuh kerana mereka hanya buat rujukan dengan sumber. "Saya percaya KDN berbuat begini hanya kerana mereka dicabar dedahkan bukti. Bagi kita, ini bukan isu besar tapi mengarut," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau mengulas pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar semalam mengenai 10 bukti yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas dengan fahaman Syiah. Mahfuz berkata, tidak wajar mengaitkan seseorang itu dengan Syiah hanya kerana beliau mengagumi dan pernah melawat pemimpin Syiah. "Tindakan KDN ini seolah-olah mengatakan sesiapa saja yang pernah berjumpa dengan pemimpin sesuatu amalan, maka dia juga mengikuti amalan itu. "Kalau begitu, kita boleh kata (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (bekas Perdana Menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad) komunis kerana mereka pernah jumpa dengan pemimpin komunis," katanya. Ditanya adakah Pas akan mengambil tindakan memandangkan KDN menyebut terus nama pemimpin parti itu, Mahfuz berkata: "Tindakan kita selepas ini ialah kita akan menyenaraikan 10 bukti Umno terlibat dengan komunis." - Sinar Harian |
Skandal Adi Putra & Isteri Orang : Tiada Kes - Bebas dari sebarang pertuduhan Posted: 12 Dec 2013 08:14 AM PST KUALA LUMPUR - Setelah empat bulan dikaitkan dengan skandal dan penyebaran foto sensual dengan isteri orang, pelakon sensasi Mohamed Hadi Putera atau Adi Putra menegaskan dirinya kini bebas daripada sebarang tuduhan. Adi, 32, memberitahu, beliau telah menerima keputusan rasmi tersebut daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 2 Disember lalu dan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA). "Selepas siasatan dibuat, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai NFA. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar bagi kesudahan kes tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Disoal kenapa kes berkenaan digugurkan, Adi bagai manapun tidak boleh menyatakannya. - KOSMO |
Model Seksi Hilang Selepas Ternampak 'Hantu' Ditemui Selamat Posted: 12 Dec 2013 04:44 AM PST Oleh JASTIN AHMAD TARMIZI PETALING JAYA: Kecoh di laman sosial Facebook mengenai berita seorang model berusia 23 tahun didakwa menghilangkan diri selepas dia ternampak 'hantu' di kondominiumnya. Ibu mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Ong mengesahkan anaknya Germaine Ong berada dalam keadaan selamat. "Dia sudah berada di sini sekarang," katanya ketika dihubungi pada Khamis. Menurut posting di Facebook, Germaine menghilangkan diri selepas dia masuk ke kondominium yang disewanya. Satu lagi posting mendakwa Germaine dikatakan bercakap dengan dinding batu tempat dia tinggal sepanjang hari. "Dia kata sekiranya dia mati keesokan hari, bermaksud 'hantu' telah makan dirinya," dakwa posting tersebut. Ibu bapa kepada rakan Germaine, yang dikenali sebagai Melvin berkata kali terakhir dia melihat mangsa di Empire Soho pada pukul 1 petang Selasa lalu. Kereta mangsa ditinggalkan di tempat letak kereta kondominium berkenaan dan dia dipercayai berjalan keluar daripada rumahnya tanpa menaiki kereta.- mStar |
Rafizi desak Najib letak jawatan Posted: 12 Dec 2013 03:15 AM PST Rafizi desak Najib letak jawatan kerana aliran wang haram tinggiRafizi Ramli (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung "Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011" yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia. Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah. "Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan. "Kedegilan Najib menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri. Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah. Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk kerajaan melalui Bank Negara Malaysia. "Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI juga menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar. "Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat. "Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya. Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini. Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun berturut-turut. "Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013. - TMI |
Wanita Dikaitkan Dengan Skandal Adi Putra Dedah Kes Esok [Jumaat] Posted: 12 Dec 2013 12:50 AM PST |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan