Khamis, 5 Disember 2013

bumiperak

bumiperak


Wajah sayu banjir di Kuantan Pahang

Posted: 05 Dec 2013 07:45 AM PST

Punca sebenarnya : Kazim tidak diterima oleh ahli Umno sendiri

Posted: 05 Dec 2013 07:33 AM PST

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, kononnya beliau telah menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu :
 1) Komitmen luar sebagai penceramah.
 2) Mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah
 3) Ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Kah! kah! kah! Alasan kamu 1 dan 2 itu aku tak berapa nak kisah sangat. Tapi alasan yang ke 3 itulah yang aku nak ulas lebih sikit ….

Nama baik Umno kepala lutut kaulah Kazim! Duduk perkara sebenarnya bukanlah fitnah sebagaimana yang kamu dakwakan itu. Ianya adalah berkaitan dengan perlembagaan parti Umno.

Ramai ahli-ahli Umno yang berjuang dalam parti itu berebut peluang untuk jadi MT Umno, tiba-tiba Kazim yang baru sahaja mengumumkan dirinya keluar dari PAS boleh dilantik dan diterima menjadi MT Umno? Banyak cantik lu punya muka Kazim? Lihat apa Kuda Kepang kata :

 Ko kena tunggulah sebagai ahli biasa selama 3 tahun baru layak menjawat sebarang jawatan dalam Umno tau! Kah! kah! kah!

 Tengku Adnan dan PM Najib tentu tidak sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh ahli Umno sendiri jika lantikan Kazim sebagai MT tetap mahu diteruskan kerana perhimpunan Agung Umno itu boleh jadi batal kerana antaranya adalah perlantikan Kazim sebagai ahli MT :

Itulah sebenarnya, Kazim terpaksa buat pengumuman dia tidak terima tawaran sebagai MT.Tetapi sebenarnya, ramai ahli-ahli Umno yang tidak mahu terima Kazim sebagai MT Umno. Kena ikut peraturanlah walau apa pun!

Kata-kata sindiran nakal Zaharin Kuda Kepang itu : "Pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapak dia punya!" patut juga diambil ingatan oleh para pemimpin PAS yang duk tinggi diatas singgahsana tu..... Biar aku tambah sedikit asam garamnya : Jangan buat PAS ini macam emak  bapak , anak dan menantu korang punya! Alhusseyn

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Aksi 'Pak Meon' UMNO di PWTC ... hehehe

Posted: 05 Dec 2013 10:08 PM PST

'


Pak Maon versi umno,aku malas nak tulis panjang2 korang tengok je la aksi penyokong tegar Umno ni berjoget sakan kat Perhimpunan Agung mereka kahh..kahh..kahh..hebat kan... 

Video dirakamkan oleh Blogger Umno di PWTC  ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2013.Video juga boleh dilihat DISINI.

Kat bawah ni pulak aksi Pak Maon sebenar dari filem Nasib Do Re Mi arahan Tan Sri P Ramlee~ Tinta Hijau DKB


sumber : TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

TERKINI : Banjir Di Pantai Timur Bertambah Buruk, 42,626 Mangsa Dipindahkan

Posted: 05 Dec 2013 07:45 PM PST



  • Ibu tunggal bina rumah rakit hadapi banjirHanisah berdiri di hadapan rumah rakit miliknya melihat keadaan banjir yang berlaku di Kampung Paya Garuk, di sini.
 1 / 1 
Ibu tunggal bina rumah rakit elak banjir

JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.


"Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir.

"Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan.


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.
Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.
Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km62 Jalan Kuantan-Rompin.
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera, daerah terbaharu memindahkan mangsa banjir, mempunyai 61 orang di pusat pemindahan pagi ini.
Di KELANTAN, menurut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jumlah penduduk Kelantan yang dipindahkan di enam jajahan di negeri itu bertambah pagi ini dengan keseluruhannya sebanyak 2,339 orang.
Banjir itu turut merebak ke Tumpat yang merupakan jajahan keenam menerima musibah itu berikutan limpahan air Sungai Golok.
Pasir Mas di Rantau Panjang menyaksikan jumlah terbanyak mangsa dipindahkan iaitu 1,345 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan, dan diikuti jajahan Kuala Krai sebanyak 506 orang.
Di Tanah Merah, sebanyak 222 orang masih berada di 10 pusat pemindahan, Pasir Puteh (219) dan Tumpat hanya lapan orang.
Keadaan cuaca yang baik sejak semalam menyebabkan keadaan paras air sungai surut namun di Sungai Golok, Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 10.34 meter (bahaya 9 meter).
Tiada jalan utama yang ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir di Kelantan dan keadaan cuaca pada pagi ini cerah.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir masih kekal seperti malam tadi iaitu 6,052 orang daripada 1,559 keluarga.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) kawasan yang terjejas banjir di Terengganu ialah Kemaman, Dungun, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu.
Katanya sehingga pukul 8 pagi, jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).
Pusat pemindahan yang beroperasi masih kekal seperti malam tadi, kesemuanya 82 buah iaitu di Kemaman (31), Dungun (29), Hulu Terengganu (13), Marang dan Setiu, masing-masing (4).
Di MELAKA, air Sungai Kesang yang melimpah sehingga memaksa 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kini berada di bawah paras waspada.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Mejar Jafri Mohamed berkata mereka masih belum dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga ditambah dengan keadaan cuaca mendung pagi ini.
Air Sungai Kesang kini berada pada paras 3.04 meter, katanya ketika dihubungi di sini.

-Bernama

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat
KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir meningkat kepada 2,571 orang sehingga jam 9 pagi berbanding 1,675 orang jam 11 malam tadi.
Semua mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan banjir di Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas dan Tumpat.

-Harian Metro

34,216 Mangsa Banjir Berada Di Pusat Pemindahan Di Pahang
KUANTAN: Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 2 pagi tadi, semua mangsa adalah dari lapan daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan yang terbaru adalah Bera.
Dan Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,651 orang yang ditempatkan di 50 pusat pemindahan.
Di Rompin, seramai 2,757 mangsa banjir di 11 pusat pemindahan, Pekan 3,122 mangsa di 20 pusat pemindahan, Maran, 44 mangsa di 2 pusat pemindahan, Jerantut 431 mangsa di 9 pusat, Lipis pula 33 mangsa di 2 pusat, Temerloh dengan 137 mangsa di 5 pusat pemindahan dan Bera dengan 41 mangsa di 5 pusat.
Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya
KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan,
KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman,
Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang,
KM 72 Jalan Kuantan-Segamat,
KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan
Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.
Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berteru

KUANTAN: Menyedihkan... Itulah yang mampu diungkapkan apabila melihat ratusan kenderaan tersadai di sempadan Kemaman-Kuantan dekat Chendor.
Ratusan pengguna jalanraya yang terperangkap sejak semalam, malah ada yang selama dua hari, termasuk tersadai di lebuhraya Jabor-Jerangau menuju ke Kuantan.
Sebaik mendapat maklumat berhubung situasi di sini, pasukan bertindak Bencana Alam Indera Mahkota diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu terus menyediakan makanan tengahari beserta air mineral bagi meringankan bebanan mereka.
Keadaan d burukkan lagi dengan tiadanya liputan telefon bimbit  yang menyukarkan perhubungan dengan keluarga ataupun syarikat.
 "Justeru saya menyeru agar pihak berwajib atau agensi yang bertanggungjawab agar segera ke sana bagi membantu ratusan pengguna jalanraya yang terkandas lebih-lebih lagi kanak-kanak dan orang tua," ujar Andansura sewaktu membahagikan bekalan makanan di sana sebentar tadi.


Itu pun Shahidan Kassim kata Malaysia Terbaik Urus Banjir .... pooraahhhh

Artis : Amanda Misbun dah bertudung ...

Posted: 05 Dec 2013 06:09 PM PST

Hatinya terbuka untuk berhijrah sebaik saja selesai menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung pada Disember tahun lalu.
Bagi pelakon muda berbakat besar, Amanda Misbun, 24, dia nekad bertudung kerana percaya sudah sampai masanya dia menunaikan kewajipannya sebagai wanita Islam.
"Terus terang, saya bertudung dengan kerelaan hati tanpa paksaan daripada sesiapa.

"Saya sudah tidak boleh menidakkan perintah agama selepas kehidupan saya kini lengkap bergelar isteri dan memiliki cahaya mata.

"Saya bersyukur, suami, Hairulzain Fauzi, 29, dan anggota keluarga termasuk kakak, Haliza serta orang di sekeliling yang rapat memberi sokongan positif pada penghijrahan ini," katanya. -metro

Nelson Mandela Meninggal Dunia

Posted: 05 Dec 2013 05:36 PM PST


Nelson Mandela
BEKAS Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya, Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.
Presiden Jacob Zuma mengatakan Mandela 'pergi dengan damai'.
"Bangsa kita kehilangan seorang yang terbaiknya," kata Zuma.
Sejak tahun 2004 Mandela sudah jarang dilihat masyarakat umum, namun pernah muncul seketika Piala Dunia Afrika Selatan 2010.
"Apa yang membuatkan Nelson Mandela agung adalah sikap sejatinya yang membuat dia sebagai manusia.
"Kita melihat dalam dirinya apa yang kita lihat di dalam diri kita," jelas Zuma ketika bersiaran di stesen TV Nasional.
Beliau meraih Nobel Perdamaian pada tahun 1993 dan terpilih sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan tahun 1994 sebelum mengundurkan diri setelah lima tahun memikul tanggungjawab tersebut.
Mandela juga dilihat sebagai satu ikon dunia dan pernah di penjara selama 27 tahun di bawah rejim aparteid Afrika Selatan.

[Video] Ceramah Perdana Rafizi Ramli Di Pandan 1/12/13

Posted: 05 Dec 2013 06:48 AM PST

Mat Salleh mendakwa sudah lebih 160 tahun, 30 kali kahwin

Posted: 05 Dec 2013 04:24 AM PST

 Pasir Mas: Seorang lelaki dari Kampung Gelugur, Bukit Panau di sini, mendakwa berusia lebih 160 tahun dan dilahirkan pada tahun sama dengan pejuang Tok Janggut atau Mat Hassan Panglima Munas, iaitu pada 1850.

Jika dakwaannya benar, Mat Salleh Ali (gambar kecil), mampu mencipta nama orang paling tua dalam Guinness World Records. 


Ketika ini, orang paling tua di dunia ialah dari Jepun, Jirouemon Kimura, berusia 114 tahun. 

Bagaimanapun, tarikh kelahiran pada kad pengenalan Mat Salleh ialah 18 Disember 1919. 

Ini bermakna, dia berusia 94 tahun, tetapi menjelaskan bahawa usianya lebih daripada itu kerana tiada sebarang dokumen dibuat ketika kelahirannya.



Tiada dokumen jadi bukti
"Saya mengakui tiada dokumen dapat dijadikan bukti bahawa saya sudah berusia lebih 160 tahun kerana ketika dilahirkan tiada sebarang usaha untuk mendokumentasikan tarikh kelahiran.

"Namun, apa yang boleh dikatakan ialah saya dilahirkan sezaman dengan Tok Janggut walaupun pada kad pengenalan mencatat dilahirkan pada 1919," katanya ketika ditemui di rumah anaknya, Othman, 59, di Kampung Gelugur, semalam.

Mat Salleh yang berkahwin sebanyak 30 kali, mempunyai 12 anak dengan lima sudah meninggal dunia.

Dia mampu berjalan lebih empat kilometer dan matanya masih boleh melihat dengan jelas termasuk membaca al-Quran.

Ditanya rahsianya yang masih sihat, Mat Salleh berkata, dia selalu ingat pada Allah dengan solat dan membaca al-Quran serta menjaga pemakanannya.

Dia akan memastikan apa yang dimakan tidak akan memberi kesan kepada perkembangan kesihatan.

Sentiasa berjalan kaki

"Sejak dari muda lagi saya sentiasa berjalan walaupun ke mana saja pergi, selain mengamalkan minum air telaga serta mengelak dari minum ais atau minuman yang mempunyai susu," katanya.

Mengenai perkahwinannya sebanyak 30 kali itu, Mat Salleh berkata, dia berkahwin empat dan apabila berlaku perceraian, kekosongan itu akan diisi dengan isteri baru.
Sementara itu, Othma
n mengakui tiada dokumen yang boleh mengesahkan bapanya sudah berusia lebih 160 tahun, tetapi percaya kerana abang sulungnya berusia lebih 80 tahun.

"Bapa mempunyai banyak ilmu sehingga ada yang datang ke rumah untuk belajar ilmu agama dan pada masa yang sama ada juga yang datang untuk meminta air tawar bagi menyembuh penyakit tertentu," katanya. - BH


Saya masih muda, tiada masalah terjun bangunan - Andy Lau

Posted: 05 Dec 2013 03:20 AM PST

..
Meskipun sudah berusia 52 tahun, namun bukan penghalang bagi bintang filem terkenal Hong Kong, Andy Lau untuk melakonkan sendiri pelbagai aksi lagak ngeri tanpa menggunakan pelakon lagak ngeri profesional (stuntman). Keupayaan tersebut dibuktikan menerusi filem terbaru lakonannya, Firestorm.
Aksi terjun dari tingkat 11, bukan semua pelakon mampu melakukannya tanpa sebarang kecederaan. Begitupun Andy dapat menyahut cabaran tersebut dengan baik meskipun mengetahui risiko yang bakal dihadapi. Lantas filem yang ke-146 beliau ini merupakan filem paling bahaya pernah dijayakan.
"Saya masih muda okay! Saya masih mampu melakukannya. Semestinya famili saya bimbang akan keselamatan saya tetapi ketika saya melakukan semua aksi-aksi bahaya tersebut, saya dijaga rapi dan semuanya selamat.
"Saya rasa tidak ada babak yang paling sukar kerana semuanya dirancang dengan baik sekali. Cuma keadaan cuaca memberi cabaran besar pada kami. Ketika penggambaran dijalankan, cuaca sangat sejuk.
"Saya seorang yang jujur, jika saya mampu melakukannya, saya akan lakukan dan jika tidak boleh, saya akan cakap tidak. Dan saya sangat selesa sepanjang penggambaran dijalankan. Tiada apa-apa kecederaan berlaku pada saya ketika penggambaran. Semua itu adalah kesan (effect) daripada make up dan ia tidak benar", katanya ketika ditemubual pihak media di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, kelmarin.
Pemilik nama sebenar, Lau Tak Wah ini berkunjung ke Malaysia pada Selasa lalu sebagai memenuhi jadual rangka promosi filem gangster 3D pertama Hong Kong ini. Selain menghadiri malam gala, beberapa jam sebelum itu, Andy Lau sempat mengadakan sesi bertemu mesra bersama para peminatnya, bertempat di pusat membeli belah Pavilion.
Menariknya, Firestorm arahan Alan Yuen ini ia adalah filem gangster 3D pertama Hong Kong. Menjalani penggambaran sekitar November 2012 hingga Februari 2013, Firestorm memaparkan visual seperti satu peperangan di sebuah bandar. Setiap babak dalam filem ini mempunyai kesukarannya kerana kebanyakkannya berlaku di dalam Bandar yang sibuk sepanjang masa dan ia merupakan satu cabaran yang besar dalam sejarah pefileman Hong Kong.
Ketika penggambaran, pihak produksi telah menggunakan lebih daripada 100 jenis senjata api, 20,000 prop peluru, berpuluh-puluh anggota SDU, beratus-ratus kenderaan serta aksi letupan dan babak kemalangan. Beberapa laluan di kawasan Pedder Street turut ditutup untuk memudahkan penggambaran dan aksi tembak menembak.
Selain Andy Lau, filem turut dibintangi oleh barisan pelakon Gordon Lam Ka Tun, Yao Chen, Ray Lui Michael Fitzgereld Wong, Michael Tong Man Lung dan Hu Jun. Firestorm mula ditayangkan di Malaysia pada 12 Disember 2013.
Sementara itu mengenai perkembangan terbarunya, Andy berkata buat masa ini belum ada apa-apa projek besar di HongKong.
Ditanya sama beliau merancang memgembangkan kariernya di Hollywood, kata pemegang Guinness World Records untuk gelaran "Most Awards Won by a Cantopop Male Artis" - sebanyak 292 anugerah (setakat ini),
"Kalau ada pun tawaran dari Hollywood pada masa akan datang, saya rasa saya perlu pertingkatkan dulu kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris. Apa yang pasti, selepas tamat promosi Firestorm, saya mahu bercuti selama 3 bulan", katanya sambil tersenyum.

- mD

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Berita Banjir: Macai UMNO Dan Berita Harian KANTOI Menipu Ubah Tarikh Berita Lama

Posted: 05 Dec 2013 10:34 PM PST


Semalam di laman sosial golongan macai UMNO heboh menyebarkan keratan akhbar yang menyiarkan berita kononnya TPM, Mhyiddin Yassin "turun padang" melawat mangsa banjir. Apabila disemak dan diteliti ternyata berita akhbar itu adalah manipulasi pihak akhbar cap ayam bernama BERITA HARIAN mengubah berita lama menjadi berita baru. Berita asal disiarkan pada "2012/12/28", berita itu kemudian diulangsiar pada "28-11-13".

Tarikh satu hal, disebutkan di caption gambar tersebut "Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek", sedangkan pada tahun 2013 bulan Nov, jawatan Ahmad Shabery yang sudah bertukar potfolio masih jadi menteri Belia dan Sukan.


keji giler puak2 BN ni.. menipu x hengat... akhirnya kantoi jugak... kahh..kahh..kahh... konon nk tunjuk la .. pemimpin diaorang ni brjiwa rakyat trun ..padang masa bnjir.. rupa2nya .. diaorang tukar tarikh pada cerita lama ke tarih baru... adoii la guling2 tngok ... perangai puak2 tu ...hehehehe

guling2 tngok ... perangai puak2 tu ...hehehehe

Tarikh asal article:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MangsabanjirterimaRM500/Article/

Tarikh yang ditukar:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MangsabanjirterimaRM500/Article/artikel

yng duk jaja cerita ni puak2 kat sini
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503426169771573&set=a.407263606054497.1073741825.407262292721295&type=1&theater

Perhimpunan Umno abai isu keselamatan negara

Posted: 05 Dec 2013 10:30 PM PST

PAUKUALA LUMPUR 6 DIS: Perhimpunan Agung Umno 2013 lebih banyak membahaskan mengenai pemusatan habuan ekonomi serta pengekalan kuasa berbanding isu keselamatan negara, kata Naib Presiden KEADLAN, Nurul Izzah Anwar.
Beliau merujuk pendedahan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim tentang sogokan wang melibatkan Peguam Negara.
"Isu ini melibatkan pencabulan kedaulatan negara kita oleh rakyat kita sendiri," kata Nurul Izzah dalam kenyataan.
Mat Zain dalam perakuan bersumpahnya mendedahkan Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail menerima sogokan wang sehingga keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak memihak kepada Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada 2007.
Read More / Baca Lagi >>

1Melayu: Gerakan tuntut permohonan maaf Umno...kita tunggu sape yg kena..!!

Posted: 05 Dec 2013 10:27 PM PST

Dalam kenyataan keras hari ini, Gerakan Pulau Pinang menggesa Umno mengarahkan Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta maaf dan menarik balik cadangannya bagi menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu

NONESetiausaha Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata, kenyataan rasis itu merosakkan semangat 1Malaysia - slogan perdana menteri dan presiden Umno untuk kerajaan.

Katanya, Musa tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno ekoran kontroversi itu akan merosakkan perkongsian dalam BN dan perpaduan nasional.

Oh mendesak kepimpinan tertinggi Umno, termasuk Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan musa menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada bukan Melayu.

"Saya rasa rasis seperti Musa ketinggalan zaman dan tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno dan BN.

"Dengan kewujudannya, Umno dan BN hanya akan hilang lebih banyak sokongan," katanya.

Baru Sedar dari Mimpi PAU: Mana Fuziah ketika Kuantan banjir, soal Shahrizat...ha..ha..kak jat baru tau kuantan banjir..!!!

Posted: 05 Dec 2013 10:25 PM PST

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengecam beberapa pemilik akaun laman media sosial yang mengkritik kepimpinan Umno yang tidak prihatin dengan mangsa banjir di beberapa negeri, sebaliknya lebih fokus kepada Perhimpunan Agung Umno.
Shahrizat ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, kenyataan-kenyataan berkenaan adalah tidak berasas kerana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin Umno lain telah pun berada di beberapa negeri yang dilanda banjir.
"Kenyataan-kenyataan itu bangsat. Presiden kita semalam meninggalkan dewan untuk melawat mangsa banjir," katanya dan menambah, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini pula turut berada di kawasan banjir.
"Ketika pemimpin-pemimpin kita berada di sana melawat mangsa banjir, mana pemimpin pembangkang?
"Wanita Umno ingin bertanya mana ahli Parlimen Kuantan ketika kawasan itu dilanda banjir," tegas Shahrizat, yang juga penasihat hal ehwal wanita, merujuk kepada wakil rakyat kawasan berkenaan, Fuziah Salleh.

Pergerakan Wanita Umno jelasnya telah menyediakan 4,000 sukarelawan daripada Skuad Sayang di lokasi-lokasi pusat pemindahan bagi membantu mangsa banjir sejak semalam, katanya.

Khianati Negara: Mat Zain disiasat SPRM isu SD Batu Puteh

Posted: 05 Dec 2013 08:23 PM PST



Bekas ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung akuan berkanun (SD) kontroversinya, terutamanya berhubung pemindahan wang ke akaun asing ekoran kehilangan Pulau Batu Puteh.

Beliau hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi dan keluar pada jam 7 petang.

NONE"Saya sangat gembira dan berpuas hati berhubung bagaimana kenyataan saya dirakamkan oleh dua pegawai sangat kanan dan berpengalaman semalam.

"Saya tidak akan dedahkan apa yang saya beritahu mereka," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya harap perdana menteri tidak akan bersembunyi di sebalik siasatan SPRM dan mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendapatkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk RCI (suruhanjaya siasatan diraja) berhubung Pulau Batu Puteh seperti diakui SD dan juga sebuah tribunal untuk mengadili Peguam Negara Abdul Gani Patail semasa siasatan kes mata lebam."

Mat Zain membuat SD pada 7 Oktober dan memberikan salinannya pada Datuk Seri Najib Razak, Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Idrus Harun dan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berhubung pertemuan yang dihadirinya bersama peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Banjir Besar: PAS gesa kerajaan isytihar ‘kawasan bencana’

Posted: 05 Dec 2013 08:00 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan di Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sekarang ini sebagai 'Kawasan Bencana' akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri berkenaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengisytiharan sebagai kawasan bencana ini adalah perlu kerana ianya akan membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan makanan, pakaian, air bersir terutamanya dapat dilakukan dengan kadar yang sangat segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara-perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional.

Menruutnya, realiti yang berlaku sejak dua hari lalu ialah kelambatan dan kekurangan kelengkapan untuk menyelamatkan nyawa penduduk yang dilanda bencana ini, sehingga menyebabkan ada petugas agensi kerajaan yang terlibat juga menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kelambatan bantuan selain dari diremehkan oleh pihak atasan mereka.

Tegasnya, bencana banjir ini tidak mengenal parti politik, usia dan status dalam masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir di pantai timur bertambah buruk, 42,626 telah dipindah pagi ini

Posted: 05 Dec 2013 07:10 PM PST

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.
      
Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.
      
Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.  

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km62 Jalan Kuantan-Rompin.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera, daerah terbaharu memindahkan mangsa banjir, mempunyai 61 orang di pusat pemindahan pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir Besar: Hentikan retorika di PWTC, segera bantu rakyat - Mapim

Posted: 05 Dec 2013 06:45 PM PST

MAPIM kesal keadaan yang sedang sangat mendesak di Kuantan dan Kemaman yang ditenggelami air melibatkan puluhan ribu yang menunggu bantuan dan membayangkan bagaimana menghadapi penderitaan pasca banjir bila menghitung barangan rumah yang punah , namun,  perhimpunan di PWTC yang selesa berhawa dingin , para Menteri dan perwakilan  berbahas dan berpantun ditayang ke seluruh  media kerajaan yang sebenarnya adalah milik rakyat.

Jika dipertimbangkan skala penderitaan yang sedang dihadapi rakyat , sepatutnya perhimpunan para pemimpin Melayu yang terus beretorika di PWTC itu ,  merengkas acara dan terus bergagas melihat penderitaan rakyat.

Apa yang dideritai rakyat itu bukan kecil. Melihat gambar yang dipapar dalam media menunjukkan bagaimana sebuah ibu negeri asal Perdana Menteri lumpuh oleh banjir yang luar biasa besar.

Cukup melihat keadaan rakyat kecil , muda , tua , yang uzur , wanita yang menggendong bayi , meredah air , sepatutnya menginsafkan para perwakilan bahawa ini bukan masanya  mempamirkan kepetahan berbicara di PWTC yang disambut dengan tepukan dan gelak ketawa .
Apakah keadaan separah Kuantan dan Kemaman yang memperlihat rakyat berhadapan musibah besar , tiba-tiba para pemimpin dari sayap pemuda , wanita dan putri lantang dan sibuk bercakap soal menghentam parti lawan dan menuntut jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

“Sultan zalim wajib disanggah”: Bekas CEO Johor Corp diminta beri penjelasan

Posted: 05 Dec 2013 06:43 PM PST

JOHOR BAHARU: Jumaah Majlis Diraja Johor meminta Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambarmemberi penjelasan berhubung artikel tulisannya 'Menuntut Hak, Menebus Masa Silam'.
              
Disiarkan sebuah akhbar tempatan Isnin lepas, artikel itu dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja di negeri ini.
              
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata walaupun tidak menyebut sebarang nama, artikel itu boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan mengaitkannya dengan Sultan Johor.
              
"Artikel tersebut menyebut nama Tanjung Puteri yang merupakan nama asal Johor Baharu, kita khuatir perkataan 'Sultan' pada ayat terakhir artikel tersebut boleh merujuk kepada Sultan Johor.
              
"Penulisan atau tuduhan ini menunjukkan satu perbuatan menderhaka kepada Raja, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan pandangan rakyat terhadap Raja terpesong selain bertentangan dengan prinsip Rukun Negara," katanya pada sidang akhbar di Istana Besar di sini semalam.
              
Muhammad Ali memuatkan sajak tulisan anak bongsunya yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah' dalam kolum 'Khalifah Bisnes' yang disiarkan akhbar itu.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir: Rakyat Kuantan mahu Bung Mokhtar mohon maaf

Posted: 05 Dec 2013 06:33 PM PST

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, penduduk Kuantan mahu Bung Mokhtar memohon maaf secara terbuka kerana dilihat jelas mempersendakan mangsa banjir yang sedang berdukacita.

"Bayangkan penduduk Kuantan terpaksa bertungkus-lumus separuh nyawa menghadapi banjir paling buruk dalam sejarah, tiba-tiba Bung Mokhtar tergamak mengganggu sambil mempersendakan usul tergempar yang dibawa Fuziah.

"Bedasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bumiputera Ditindas Pemerintah: MBKT, Sabasun Hyper Runcit perlu semuka..!!!

Posted: 05 Dec 2013 06:26 PM PST

  • MBKT, Sabasun perlu semuka
  • Tengku Ismail (kiri) bersama Setiausaha DPMT, Ahmad Azman Mohd Tajuddin memegang akhbar Sinar Harian Rabu lalu yang memaparkan polemik antara Syarikat Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd dan MBKT.
KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Syarikat Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd perlu bersemuka bagi menyelesaikan polemik yang melanda dan mengelak cerita sebenar dimanipulasikan.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT), Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata, perkara ini perlu dipertimbangkan secara rasional dan tidak dihebohkan melalui media supaya mengelak berlakunya salah tanggapan kepada kedua-dua belah pihak.

"Perkara ini perlu ditangani secara rasional. tidak perlu diheboh-hebohkan. Mengenai masalah teknikal dan birokrasi yang dihadapi Sabasun, pihak kerajaan perlu beri kelonggaran kepada mereka dengan mengurangkan karenah birokrasi.

"Mungkin disebabkan pelbagai kesulitan dialami Sabasun menyebabkan mereka telah berputus asa untuk berurusan lagi dengan pihak MBKT.

"Jadi, dalam hal ini saya lihat mereka perlukan pengantara, jika tidak pun kedua-dua pihak bersemuka bagi menyelesaikan isu ini," katanya.

Katanya, DPMT ingin melihat usahawan Melayu maju, bukan mundur disebabkan masalah begini yang dianggap boleh diselesaikan dengan menggunakan budi bicara pihak berkuasa.

"Jika benar Sabasun tidak cukup kawasan parkir, apa salahnya jika beri kemudahan parkir kepada mereka, jika bangunan mereka tidak cukup luas untuk tampung barang yang dijual, apa salahnya jika beri mereka ruang untuk besarkan bangunan.

"Apa salahnya jika tanah kawasan parkir di belakang Sabasun itu dijual terus kepada syarikat itu supaya mereka boleh terus maju. Jika dilihat pada struktur asal tanah itu, kita tidak nampak sebarang pembangunan yang boleh dibangunkan di situ oleh pihak kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Batu Puteh: Perwakilan Umno Johor minta PM siasat dakwaan Mat Zin ...ada berani..???

Posted: 05 Dec 2013 06:21 PM PST



Perwakilan Johor Zulkarnain Kamisan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyiasat dan memeriksa dakwaan bekas pegawai kanan PDRM, Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung isu Pulau Batu Puteh yang dikaitkannya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail seperti yang dilapor media.

Katanya, rakyat mahu penjelasan berhubung kesahihan dakwaan tersebut.

"Dakwaan ini bukan main-main. Johor meminta perdana menteri menyiasat dan memeriksa kesahihan perkara ini.

"Ini soal maruah negara. Jangan memandang enteng, rakyat mahu penjelasan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Najib nie dia reti dan faham ka apa itu kemiskinan..!!

Posted: 05 Dec 2013 06:18 PM PST

Mana lah Najib hendak faham masaalah rakyat.Ia kan datang dari golongan Aristokrat. Dari kechil hingga besar ada amah jaganya.tidak bisa mandi ayer telaga,tidur dalam bilek aircondition,Pergi sekolah chauffer bawa kereta.Dari kechil pergi belajar di England....
Najib boleh bercakap soal kemiskinan tapi dia tidak tahu bagaimana kah pedih nya hidup sabagai saorang miskin, Menjadi penjaja dan burok kasar,anak ramai,dudok rumah setinggan,anak tidak ka sekolah atau jika ka sekolah kena berjalan berbatu batu.
Sama lah juga dengan khairy ketua Pemuda dan Sharizat ketua wanita. Semua mereka datang dari keluarga yang kaya dan senang lenang....

Mereka tidak akan faham apa itu kemiskinan......

Cover Line: Pemimpin MCA dakwa terima ancaman daripada presiden

Posted: 05 Dec 2013 06:14 PM PST


Seorang pemimpin akar umbi MCA menuduh presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) menggunakan undang-undang untuk mengancam beliau daripada mendedahkan salah laku dalaman parti.
Pengerusi Jawatankuasa Perlindungan Aset MCA Datuk Yew Teong Look berkata, beliau menerima sepucuk surat daripada peguam Dr Chua ekoran sebuah artikelnya yang disiarkan dalam akhbar harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau di mana beliau telah merujuk artikel sebuah blog tanpa nama bertajuk "Do Forensic Audit in Star Publications!" apabila menuduh wujudnya penyelewengan dana parti.
Surat tersebut bertarikh 28 Oktober menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "tidak benar", "tidak bertanggungjawab" dan "merosakkan" kredibiliti Dr Chua dan Timbalan Pengerusi eksekutif Kumpulan Media The Star Tan Sri Vincent Lee.
Dr Chua dan Lee meminta jaminan daripada Yew supaya tidak membuat rujukan terhadap blog tersebut ataupun artikel dalam blog itu.
Yew yang juga ketua bahagian MCA Wangsa Maju menggangap surat tersebut sebagai "amaran" untuk menghalangnya daripada mendedahkan salah laku dalam parti.
Read More / Baca Lagi >>

The govt is in reverse gear

Posted: 05 Dec 2013 05:48 PM PST

There is already a glut in office space in the Klang Valley and it will be disastrous and suicidal if the Najib administration bulldozes ahead with its planned mega projects.

It was reported in the press that there is currently a glut in rentable space in the Klang Valley of no less than 7.6 million sq ft. The excess is not small by any standard. It would take a long time before these spaces could be absorbed by the market.
But why then the Najib administration plans to put aside more than RM34 billion under the Economic Transformation Programme (ETP) to embark on gigantic projects such as the Tun Razak Exchange, Menara Wawasan, Sungai Besi Development and the former RRI land bank?
There is no indication that the local investors are able to take up these additional floor space created by these mega projects.
The foreign investors from both the American and European markets are not likely to take up these space, too, as their economies back home have yet to improve.
It would be disastrous and suicidal if the Najib administration bulldozes ahead with these mega projects. Malaysia will certainly add on another few to its existing long list of "white elephants".
The recent Real Property Gains Tax and other measures adopted by the federal government in the so-called efforts to reduce speculation on properties may be good in its intention but certainly would dampen the growth of the housing sector.
The 141 sectors related to the housing industry closely or loosely would inevitably suffer a dip and eventually cause serious damage to the overall domestic economy.
Even the first home-buyer category would not be spared as such measures will affect all our banks and financial institutions and make housing loan approval almost impossible for many home buyers.
Reverse gear
Read More / Baca Lagi >>

Tarif elektrik naik: Fikir beban rakyat marhaen

Posted: 05 Dec 2013 05:47 PM PST

  • Ganabatirau
SHAH ALAM – Kenaikan 15 peratus tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dan 17 peratus di Sabah dan Labuan yang bakal berkuat kuasa awal bulan depan tidak kena pada masa dan membebankan rakyat marhaen.

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, pengumuman kerajaan Pusat ini tidak kena pada  masanya dan dipercayai membebankan rakyat ekoran kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini.

"Peratus kenaikan yang bakal dilaksanakan agak tinggi, sedangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memonopoli secara keseluruhan konsesi penyaluran tenaga elektrik di negara ini dan ia syarikat yang menguntungkan.

"Umum maklum perbelanjaan mengurus sangat tinggi namun kenaikan itu lebih kepada mengaut untung. Pada pendapat saya tidak kena masa, rakyat marhaen dibebani kenaikan petrol RON95, gula dan bakal berdepan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

PAU2013: Seorang Lagi Pemimpin 'Cap Ayam' Dalam UMNO

Posted: 05 Dec 2013 05:43 PM PST

Seorang pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah yang berucap di Perhimpunan Agung UMNO petang semalam mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M agar ia hanya diberikan kepada penyokong UMNO serta BN sahaja dan tidak kepada penyokong PR.

Shafei yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, walaupun penyokong pembangkang sering mengkritik BR1M tetapi mereka juga tidak segan-silu mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan itu.

"Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mengkaji semula perlaksanaannya agar ada keberkesanan undi dalam pilihanraya umum ke 14 akan datang," jelasnya lagi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Ternampak bahawa dengan melontarkan idea sedemikian, Shafei masih dihantui kekecewaan akibat kekalahannya bertanding sebagai calon BN di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihanraya umum lalu. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima kekalahannya dengan kekurangan 5511 undi kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong sehingga tergamak memberi "cadangan gila" dan tidak masuk akal kepada kerajaan.

Sebagai bekas Setiausaha Politik Najib, beliau seharusnya sedar bahawa BR1M diperkenalkan oleh Najib untuk meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik dengan memberikan mereka bantuan setahun sekali sebanyak RM500 dan untuk tahun depan dinaikkan kepada RM650.

Mencadangkan BR1M hanya diberikan kepada penyokong UMNO dan BN adalah langsung tidak masuk akal kerana wang yang digunakan untuk memberikan bantuan itu bukannya datang daripada tabung UMNO atau BN tetapi daripada wang pembayar cukai.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir Kuantan: Detik Katrina Najib dan Muhyi

Posted: 05 Dec 2013 05:36 PM PST

Other than the horrific loss of life and property which Hurricane Katrina wreaked on parts of America in 2005, the severity of the natural disaster was eclipsed by the monumental insensitivity of Bush Junior.
Najib dan Muhyidin dengan hanya terbang diruang udara Kuantan tanpa singgah, melakukan monumental insensitivity seperti Bush. 
Seperti biasa Zahid Hamidi menunjukkan keangkuhan dan kedunguan dia. Saya hairan bagaimana pembelajaran yang tinggi sehingga peringkat Ph.D. tidak sedikit pun mengukir kehalusan dalam conduct Zahid. Bila ditanya oleh pemberita adakah banjir di Kuantan akan mendedahkan penduduk kuantan kepada Lynas- Zahid seperti biasa menunjukkan sikap membuli orang. Takkah dia tahu bagaimana hendak menjawab soalan?
Setelah satu hari Kuantan banjir saya mendapat sms dari seorang mangsa banjir- di SMK Bkt Ranging- air, letrik xda, mknan x cukup, yb xda.

Mana YB nak ada- mereka sibuk di PAU. Kepada Bani UMNO, PAU adalah acara terpenting dalam kehidupan orang Melayu.
Bukan dia hendak jawab tapi cuba mengada ngada berkhutbah kepada pemberita mengenai betapa baik nya Najib dan Muhyidin meruangkan masa terbang diudara Kuantan meninjau keseriusan keadaan. Sukalah kita beritahu Zahid, Muhyidin dan Najib hanya terbang diudara Kuantan tanpa singgah pun! Perbuatan mereka sama seperti perbuatan idiotic George (kepada juruhebah Melayu pada siaran Radio Klasik, ini disebut Jorj ya- bukan Jorji) Bush junior yang terbang diudara meninjau kerosakan ketika puting beliung Katrina melanda daerah New Orleans Louisiana dan Mississippi  di Amerika dalam tahun 2005. Kos kerosakan ialah USD81 billion dan ribuan nyawa terkorban.
Read More / Baca Lagi >>

'Najib-mathematics' over popular vote stirs laughter & sadness: SAME UMNO, POOR M'SIA!

Posted: 05 Dec 2013 04:18 PM PST

Despite clear-cut numbers provided by the Election Commission, often accused of bias towards his own coalition,Prime Minister Najib Razak told his Umno party that they had won the popular vote during the recent 13th general election.
According to Najib, who is the Umno president, they won more votes in 9 states while the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim won more votes in only 4 states. This was how Najib justified his claims to delegates attending the Umno general assembly.
His "illogic" drew immediate return fire from the Opposition.
"We heard about Najib-nomics, this is Najib mathematics. Popular vote is who won the most number of votes from the nation as a whole, not carved out by states. If you count by states, then this would actually reflect the gerrymandering existing in the system. This is blatant bare-faced lying by Najib and it shows how little respect he has for the intellect of his own party mates. He really must believe they are dumb and bad at maths," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
During the May 5 general election, Najib's Umno-BN coalition won 133 of the federal Parliament's 222 seats but only captured 47% of the total votes cast, whereas the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim won control of 4 states and almost 52% of the total votes.
"We are talking about popular vote, so we don't go by region but as a nation. How many people in this country are there and whom do most of them want to be their government? One man, one vote. So, this is what you add up and you find that the majority of voters in Malaysia want Pakatan. This is our rationale and if this is all the argument Najib can muster for the once Grand Old Party of Malaysia, it's really sad."" Nik Nazmi, the assemblyman for Seri Setia, told Malaysia Chronicle.
"Najib may not realize it but he has just confirmed the gerrymandering that we have been protesting against. It's not the smartest comment to make and it shows he has not done his homework. The concept of popular vote does not differentiate where the voter comes from because each vote is treated as equal," Rafizi Ramli, the MP for Pandan, told Malaysia Chronicle.
"The fact that our electoral boundary is drawn in such a way that states or constituencies with less voters cam overwhelm areas with more voters is precisely the gerrymandering and systemic bias in the electoral system propped up by the Election Commission and BN. And this was recently confirmed by the previous EC chief himself," Rafizi added.
Read More / Baca Lagi >>

Respon Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap ucapan Najib di Perhimpunan Agung UMNO 2013...Ada berani..???

Posted: 05 Dec 2013 04:15 PM PST

PAKATAN RAKYAT TERBUKA BERDIALOG
Pakatan Rakyat pada 19 September 2013 telah menyatakan kesediaan kami untuk mengadakan dialog dengan Barisan Nasional, yang seiring dengan kenyataan yang dibuat Presiden UMNO, DS Najib Razak sewaktu ucapan dasar beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini yang antara lain berkata:
"...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik."
Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu.

Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN

Perwakilan UMNO diPAU2013 ingat duit BR1M duit mak bapak UMNO..!!

Posted: 05 Dec 2013 04:13 PM PST

Kaji pemberian BR1M supaya penyokong pembangkang tidak dapat, kata perwakilan Umno
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyMILxB7cwPcv14MnPtS_2s-K7xqOcw50k1ZgW8Ew-5enjxZeavE8FczcOVxIQdib4G7k5Blz-0MIAcvlV4P75sw_vhu9uj5G8RXIDmuoFtMZDpFmAN7V-3tZ3eRXomTzjopHekW6PGZg/s320/LOGO-BARU1.png
Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Shafei Abdullah menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.
Mohd Shafei berkata penyokong pembangkang walaupun seringkali mengkritik pemberian BR1M, mereka juga tidak segan silu untuk mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan tersebut.
"Sebagai contohnya bagi BR1M, berpusu dipulun orang PAS yang ambil walaupun sebelum itu mereka balun kita tapi bila bagi mereka ambil.
"Oleh itu saya harap kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan, supaya ada keberkesanan undi pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti," kata Mohd Shafei, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Wangsa Maju pada PRU13 lalu tetapi tewas.


Dalam pada itu, bekas penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersebut mendesak supaya kerajaan lebih memberi fokus kepada undi yang pasti, iaitu Bumiputera.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden PAS rasai denyut nadi mangsa banjir di Kemaman

Posted: 05 Dec 2013 04:02 PM PST

KUALA LUMPUR: "Hari ini sepetang saya turun ke Kemaman bagi bersama-sama merasai denyut nadi mangsa banjir di sana, banjir kali ini agak lain dari biasa," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menerusi facebooknya, beliau menyatakan ramai mangsa yang terjejas teruk kehidupan seharian.

"Ayuh kita bersama-sama keperitan mereka.

"Dengan ini saya memohon agar setiap masjid di Negeri Terengganu serta PAS kawasan membuat kutipan bantuan untuk mangsa banjir, berupa kewangan, barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang serta barangan keperluan yang berkaitan," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir, oh banjir, di mana parti “pembela rakyat”?

Posted: 05 Dec 2013 04:00 PM PST

Soraya Salim

Ketika ini, sedang rakyat Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor mengharungi derita banjir dengan kemusnahan tempat tinggal dan harta benda tanpa sumber makanan mencukupi, bekalan elektrik dan air yang terputus, selain anggota keselamatan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menyelamat mangsa dan menghulurkan bantuan, di mana parti yang sering mendabik dada sebagai "pembela rakyat"?
Sekadar melaungkan retorik di Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung di dewan berhawa dingin sambil berbangga bahawa parti itulah penyelamat bangsa?
Atau sekadar meninjau dari helikopter tanpa turun padang mengalami sendiri penderitaan rakyat yang majoritinya berbangsa Melayu dari kawasan pedalaman (yang majoritinya telah memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13)?
(Mereka Berpesta Ketika Rakyat Sedang Dilanda Musibah)
Di mana Kelab Putra Umno 1Malaysia yang begitu gigih memberi bantuan kemanusiaan sejauh Gaza di Palestin, Somalia dan terbaru di Filipina? Mengapa diam membisu dalam krisis banjir yang mengancam nyawa ribuan rakyat di tanah air sendiri?
Di mana pula sayap Puteri yang katanya tidak mahu sekadar dianggap "penyeri" parti? Di mana pula sayap Wanita yang mendabik dada sebagai "tulang belakang" parti?
Hanya sekadar jadi perayu undi di musim pilihan raya? Adakah sayap elit Pemuda pula sedang bersenang-lenang di hotel lima bintang usai berpantun, menyanyi dan berlawak jenaka di persidangan agung?
Lebih pelik, kelibat Menteri Besar Pahang dan Terengganu pula langsung tidak kelihatan di sisi rakyat! Adakah kerana ini belum lagi musim pilihan raya umum?!
Seharusnya parti yang mengaku "pembela rakyat" ini menangguhkan sidang agungnya itu serta-merta dan segera mengerahkan ahlinya yang mencecah ratusan ribu turun padang menjadi sukarelawan semasa dan pasca banjir.
Read More / Baca Lagi >>

34,058 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Pahang

Posted: 05 Dec 2013 03:57 PM PST

Mangsa banjir di Stadium SUKPA di Kuantan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Disember, 2013.
Mangsa banjir di Stadium SUKPA di Kuantan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Disember, 2013.Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Perkembangan banjir di Pahang

Posted: 05 Dec 2013 03:49 PM PST