MIMPI SENJA |
- Aksi 'Pak Meon' UMNO di PWTC ... hehehe
- TERKINI : Banjir Di Pantai Timur Bertambah Buruk, 42,626 Mangsa Dipindahkan
- Artis : Amanda Misbun dah bertudung ...
- Nelson Mandela Meninggal Dunia
- [Video] Ceramah Perdana Rafizi Ramli Di Pandan 1/12/13
- Mat Salleh mendakwa sudah lebih 160 tahun, 30 kali kahwin
- Saya masih muda, tiada masalah terjun bangunan - Andy Lau
Aksi 'Pak Meon' UMNO di PWTC ... hehehe Posted: 05 Dec 2013 10:08 PM PST ' Pak Maon versi umno,aku malas nak tulis panjang2 korang tengok je la aksi penyokong tegar Umno ni berjoget sakan kat Perhimpunan Agung mereka kahh..kahh..kahh..hebat kan... Video dirakamkan oleh Blogger Umno di PWTC ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2013.Video juga boleh dilihat DISINI. Kat bawah ni pulak aksi Pak Maon sebenar dari filem Nasib Do Re Mi arahan Tan Sri P Ramlee~ Tinta Hijau DKB sumber : TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT |
TERKINI : Banjir Di Pantai Timur Bertambah Buruk, 42,626 Mangsa Dipindahkan Posted: 05 Dec 2013 07:45 PM PST
Ibu tunggal bina rumah rakit elak banjir JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba. Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka. Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir. "Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir. "Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan. Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang. Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km62 Jalan Kuantan-Rompin. "Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera, daerah terbaharu memindahkan mangsa banjir, mempunyai 61 orang di pusat pemindahan pagi ini. Di KELANTAN, menurut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jumlah penduduk Kelantan yang dipindahkan di enam jajahan di negeri itu bertambah pagi ini dengan keseluruhannya sebanyak 2,339 orang. Banjir itu turut merebak ke Tumpat yang merupakan jajahan keenam menerima musibah itu berikutan limpahan air Sungai Golok. Pasir Mas di Rantau Panjang menyaksikan jumlah terbanyak mangsa dipindahkan iaitu 1,345 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan, dan diikuti jajahan Kuala Krai sebanyak 506 orang. Di Tanah Merah, sebanyak 222 orang masih berada di 10 pusat pemindahan, Pasir Puteh (219) dan Tumpat hanya lapan orang. Keadaan cuaca yang baik sejak semalam menyebabkan keadaan paras air sungai surut namun di Sungai Golok, Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 10.34 meter (bahaya 9 meter). Tiada jalan utama yang ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir di Kelantan dan keadaan cuaca pada pagi ini cerah. Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir masih kekal seperti malam tadi iaitu 6,052 orang daripada 1,559 keluarga. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) kawasan yang terjejas banjir di Terengganu ialah Kemaman, Dungun, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu. Katanya sehingga pukul 8 pagi, jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga). Pusat pemindahan yang beroperasi masih kekal seperti malam tadi, kesemuanya 82 buah iaitu di Kemaman (31), Dungun (29), Hulu Terengganu (13), Marang dan Setiu, masing-masing (4). Di MELAKA, air Sungai Kesang yang melimpah sehingga memaksa 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kini berada di bawah paras waspada. Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Mejar Jafri Mohamed berkata mereka masih belum dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga ditambah dengan keadaan cuaca mendung pagi ini. Air Sungai Kesang kini berada pada paras 3.04 meter, katanya ketika dihubungi di sini. -Bernama Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir meningkat kepada 2,571 orang sehingga jam 9 pagi berbanding 1,675 orang jam 11 malam tadi. Semua mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan banjir di Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas dan Tumpat. -Harian Metro 34,216 Mangsa Banjir Berada Di Pusat Pemindahan Di Pahang KUANTAN: Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 2 pagi tadi, semua mangsa adalah dari lapan daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan yang terbaru adalah Bera. Dan Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,651 orang yang ditempatkan di 50 pusat pemindahan. Di Rompin, seramai 2,757 mangsa banjir di 11 pusat pemindahan, Pekan 3,122 mangsa di 20 pusat pemindahan, Maran, 44 mangsa di 2 pusat pemindahan, Jerantut 431 mangsa di 9 pusat, Lipis pula 33 mangsa di 2 pusat, Temerloh dengan 137 mangsa di 5 pusat pemindahan dan Bera dengan 41 mangsa di 5 pusat. Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis. Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berteru
KUANTAN: Menyedihkan... Itulah yang mampu diungkapkan apabila melihat ratusan kenderaan tersadai di sempadan Kemaman-Kuantan dekat Chendor. Ratusan pengguna jalanraya yang terperangkap sejak semalam, malah ada yang selama dua hari, termasuk tersadai di lebuhraya Jabor-Jerangau menuju ke Kuantan. Sebaik mendapat maklumat berhubung situasi di sini, pasukan bertindak Bencana Alam Indera Mahkota diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu terus menyediakan makanan tengahari beserta air mineral bagi meringankan bebanan mereka. Keadaan d burukkan lagi dengan tiadanya liputan telefon bimbit yang menyukarkan perhubungan dengan keluarga ataupun syarikat. "Justeru saya menyeru agar pihak berwajib atau agensi yang bertanggungjawab agar segera ke sana bagi membantu ratusan pengguna jalanraya yang terkandas lebih-lebih lagi kanak-kanak dan orang tua," ujar Andansura sewaktu membahagikan bekalan makanan di sana sebentar tadi. Itu pun Shahidan Kassim kata Malaysia Terbaik Urus Banjir .... pooraahhhh |
Artis : Amanda Misbun dah bertudung ... Posted: 05 Dec 2013 06:09 PM PST Hatinya terbuka untuk berhijrah sebaik saja selesai menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung pada Disember tahun lalu. Bagi pelakon muda berbakat besar, Amanda Misbun, 24, dia nekad bertudung kerana percaya sudah sampai masanya dia menunaikan kewajipannya sebagai wanita Islam. "Terus terang, saya bertudung dengan kerelaan hati tanpa paksaan daripada sesiapa. "Saya sudah tidak boleh menidakkan perintah agama selepas kehidupan saya kini lengkap bergelar isteri dan memiliki cahaya mata. "Saya bersyukur, suami, Hairulzain Fauzi, 29, dan anggota keluarga termasuk kakak, Haliza serta orang di sekeliling yang rapat memberi sokongan positif pada penghijrahan ini," katanya. -metro |
Nelson Mandela Meninggal Dunia Posted: 05 Dec 2013 05:36 PM PST BEKAS Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya, Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru. Presiden Jacob Zuma mengatakan Mandela 'pergi dengan damai'. "Bangsa kita kehilangan seorang yang terbaiknya," kata Zuma. Sejak tahun 2004 Mandela sudah jarang dilihat masyarakat umum, namun pernah muncul seketika Piala Dunia Afrika Selatan 2010. "Apa yang membuatkan Nelson Mandela agung adalah sikap sejatinya yang membuat dia sebagai manusia. "Kita melihat dalam dirinya apa yang kita lihat di dalam diri kita," jelas Zuma ketika bersiaran di stesen TV Nasional. Beliau meraih Nobel Perdamaian pada tahun 1993 dan terpilih sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan tahun 1994 sebelum mengundurkan diri setelah lima tahun memikul tanggungjawab tersebut. Mandela juga dilihat sebagai satu ikon dunia dan pernah di penjara selama 27 tahun di bawah rejim aparteid Afrika Selatan. |
[Video] Ceramah Perdana Rafizi Ramli Di Pandan 1/12/13 Posted: 05 Dec 2013 06:48 AM PST |
Mat Salleh mendakwa sudah lebih 160 tahun, 30 kali kahwin Posted: 05 Dec 2013 04:24 AM PST Pasir Mas: Seorang lelaki dari Kampung Gelugur, Bukit Panau di sini, mendakwa berusia lebih 160 tahun dan dilahirkan pada tahun sama dengan pejuang Tok Janggut atau Mat Hassan Panglima Munas, iaitu pada 1850. Jika dakwaannya benar, Mat Salleh Ali (gambar kecil), mampu mencipta nama orang paling tua dalam Guinness World Records. Ketika ini, orang paling tua di dunia ialah dari Jepun, Jirouemon Kimura, berusia 114 tahun. Bagaimanapun, tarikh kelahiran pada kad pengenalan Mat Salleh ialah 18 Disember 1919. Ini bermakna, dia berusia 94 tahun, tetapi menjelaskan bahawa usianya lebih daripada itu kerana tiada sebarang dokumen dibuat ketika kelahirannya. Tiada dokumen jadi bukti "Saya mengakui tiada dokumen dapat dijadikan bukti bahawa saya sudah berusia lebih 160 tahun kerana ketika dilahirkan tiada sebarang usaha untuk mendokumentasikan tarikh kelahiran. "Namun, apa yang boleh dikatakan ialah saya dilahirkan sezaman dengan Tok Janggut walaupun pada kad pengenalan mencatat dilahirkan pada 1919," katanya ketika ditemui di rumah anaknya, Othman, 59, di Kampung Gelugur, semalam. Mat Salleh yang berkahwin sebanyak 30 kali, mempunyai 12 anak dengan lima sudah meninggal dunia. Dia mampu berjalan lebih empat kilometer dan matanya masih boleh melihat dengan jelas termasuk membaca al-Quran. Ditanya rahsianya yang masih sihat, Mat Salleh berkata, dia selalu ingat pada Allah dengan solat dan membaca al-Quran serta menjaga pemakanannya. Dia akan memastikan apa yang dimakan tidak akan memberi kesan kepada perkembangan kesihatan. Sentiasa berjalan kaki "Sejak dari muda lagi saya sentiasa berjalan walaupun ke mana saja pergi, selain mengamalkan minum air telaga serta mengelak dari minum ais atau minuman yang mempunyai susu," katanya. Mengenai perkahwinannya sebanyak 30 kali itu, Mat Salleh berkata, dia berkahwin empat dan apabila berlaku perceraian, kekosongan itu akan diisi dengan isteri baru. Sementara itu, Othma n mengakui tiada dokumen yang boleh mengesahkan bapanya sudah berusia lebih 160 tahun, tetapi percaya kerana abang sulungnya berusia lebih 80 tahun. "Bapa mempunyai banyak ilmu sehingga ada yang datang ke rumah untuk belajar ilmu agama dan pada masa yang sama ada juga yang datang untuk meminta air tawar bagi menyembuh penyakit tertentu," katanya. - BH |
Saya masih muda, tiada masalah terjun bangunan - Andy Lau Posted: 05 Dec 2013 03:20 AM PST Meskipun sudah berusia 52 tahun, namun bukan penghalang bagi bintang filem terkenal Hong Kong, Andy Lau untuk melakonkan sendiri pelbagai aksi lagak ngeri tanpa menggunakan pelakon lagak ngeri profesional (stuntman). Keupayaan tersebut dibuktikan menerusi filem terbaru lakonannya, Firestorm. Aksi terjun dari tingkat 11, bukan semua pelakon mampu melakukannya tanpa sebarang kecederaan. Begitupun Andy dapat menyahut cabaran tersebut dengan baik meskipun mengetahui risiko yang bakal dihadapi. Lantas filem yang ke-146 beliau ini merupakan filem paling bahaya pernah dijayakan. "Saya masih muda okay! Saya masih mampu melakukannya. Semestinya famili saya bimbang akan keselamatan saya tetapi ketika saya melakukan semua aksi-aksi bahaya tersebut, saya dijaga rapi dan semuanya selamat. "Saya rasa tidak ada babak yang paling sukar kerana semuanya dirancang dengan baik sekali. Cuma keadaan cuaca memberi cabaran besar pada kami. Ketika penggambaran dijalankan, cuaca sangat sejuk. "Saya seorang yang jujur, jika saya mampu melakukannya, saya akan lakukan dan jika tidak boleh, saya akan cakap tidak. Dan saya sangat selesa sepanjang penggambaran dijalankan. Tiada apa-apa kecederaan berlaku pada saya ketika penggambaran. Semua itu adalah kesan (effect) daripada make up dan ia tidak benar", katanya ketika ditemubual pihak media di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, kelmarin. Pemilik nama sebenar, Lau Tak Wah ini berkunjung ke Malaysia pada Selasa lalu sebagai memenuhi jadual rangka promosi filem gangster 3D pertama Hong Kong ini. Selain menghadiri malam gala, beberapa jam sebelum itu, Andy Lau sempat mengadakan sesi bertemu mesra bersama para peminatnya, bertempat di pusat membeli belah Pavilion. Menariknya, Firestorm arahan Alan Yuen ini ia adalah filem gangster 3D pertama Hong Kong. Menjalani penggambaran sekitar November 2012 hingga Februari 2013, Firestorm memaparkan visual seperti satu peperangan di sebuah bandar. Setiap babak dalam filem ini mempunyai kesukarannya kerana kebanyakkannya berlaku di dalam Bandar yang sibuk sepanjang masa dan ia merupakan satu cabaran yang besar dalam sejarah pefileman Hong Kong. Ketika penggambaran, pihak produksi telah menggunakan lebih daripada 100 jenis senjata api, 20,000 prop peluru, berpuluh-puluh anggota SDU, beratus-ratus kenderaan serta aksi letupan dan babak kemalangan. Beberapa laluan di kawasan Pedder Street turut ditutup untuk memudahkan penggambaran dan aksi tembak menembak. Selain Andy Lau, filem turut dibintangi oleh barisan pelakon Gordon Lam Ka Tun, Yao Chen, Ray Lui Michael Fitzgereld Wong, Michael Tong Man Lung dan Hu Jun. Firestorm mula ditayangkan di Malaysia pada 12 Disember 2013. Sementara itu mengenai perkembangan terbarunya, Andy berkata buat masa ini belum ada apa-apa projek besar di HongKong. Ditanya sama beliau merancang memgembangkan kariernya di Hollywood, kata pemegang Guinness World Records untuk gelaran "Most Awards Won by a Cantopop Male Artis" - sebanyak 292 anugerah (setakat ini), "Kalau ada pun tawaran dari Hollywood pada masa akan datang, saya rasa saya perlu pertingkatkan dulu kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris. Apa yang pasti, selepas tamat promosi Firestorm, saya mahu bercuti selama 3 bulan", katanya sambil tersenyum. - mD |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan