RAKYAT MARHAEN |
- Berita Banjir: Macai UMNO Dan Berita Harian KANTOI Menipu Ubah Tarikh Berita Lama
- Perhimpunan Umno abai isu keselamatan negara
- 1Melayu: Gerakan tuntut permohonan maaf Umno...kita tunggu sape yg kena..!!
- Baru Sedar dari Mimpi PAU: Mana Fuziah ketika Kuantan banjir, soal Shahrizat...ha..ha..kak jat baru tau kuantan banjir..!!!
- Khianati Negara: Mat Zain disiasat SPRM isu SD Batu Puteh
- Banjir Besar: PAS gesa kerajaan isytihar ‘kawasan bencana’
- Banjir di pantai timur bertambah buruk, 42,626 telah dipindah pagi ini
- Banjir Besar: Hentikan retorika di PWTC, segera bantu rakyat - Mapim
- “Sultan zalim wajib disanggah”: Bekas CEO Johor Corp diminta beri penjelasan
- Banjir: Rakyat Kuantan mahu Bung Mokhtar mohon maaf
- Bumiputera Ditindas Pemerintah: MBKT, Sabasun Hyper Runcit perlu semuka..!!!
- Batu Puteh: Perwakilan Umno Johor minta PM siasat dakwaan Mat Zin ...ada berani..???
- Najib nie dia reti dan faham ka apa itu kemiskinan..!!
- Cover Line: Pemimpin MCA dakwa terima ancaman daripada presiden
- The govt is in reverse gear
- Tarif elektrik naik: Fikir beban rakyat marhaen
- PAU2013: Seorang Lagi Pemimpin 'Cap Ayam' Dalam UMNO
- Banjir Kuantan: Detik Katrina Najib dan Muhyi
- 'Najib-mathematics' over popular vote stirs laughter & sadness: SAME UMNO, POOR M'SIA!
- Respon Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap ucapan Najib di Perhimpunan Agung UMNO 2013...Ada berani..???
- Perwakilan UMNO diPAU2013 ingat duit BR1M duit mak bapak UMNO..!!
- Presiden PAS rasai denyut nadi mangsa banjir di Kemaman
- Banjir, oh banjir, di mana parti “pembela rakyat”?
- 34,058 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Pahang
- Perkembangan banjir di Pahang
Berita Banjir: Macai UMNO Dan Berita Harian KANTOI Menipu Ubah Tarikh Berita Lama Posted: 05 Dec 2013 10:34 PM PST Semalam di laman sosial golongan macai UMNO heboh menyebarkan keratan akhbar yang menyiarkan berita kononnya TPM, Mhyiddin Yassin "turun padang" melawat mangsa banjir. Apabila disemak dan diteliti ternyata berita akhbar itu adalah manipulasi pihak akhbar cap ayam bernama BERITA HARIAN mengubah berita lama menjadi berita baru. Berita asal disiarkan pada "2012/12/28", berita itu kemudian diulangsiar pada "28-11-13". Tarikh satu hal, disebutkan di caption gambar tersebut "Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek", sedangkan pada tahun 2013 bulan Nov, jawatan Ahmad Shabery yang sudah bertukar potfolio masih jadi menteri Belia dan Sukan. keji giler puak2 BN ni.. menipu x hengat... akhirnya kantoi jugak... kahh..kahh..kahh... konon nk tunjuk la .. pemimpin diaorang ni brjiwa rakyat trun ..padang masa bnjir.. rupa2nya .. diaorang tukar tarikh pada cerita lama ke tarih baru... adoii la guling2 tngok ... perangai puak2 tu ...hehehehe |
Perhimpunan Umno abai isu keselamatan negara Posted: 05 Dec 2013 10:30 PM PST KUALA LUMPUR 6 DIS: Perhimpunan Agung Umno 2013 lebih banyak membahaskan mengenai pemusatan habuan ekonomi serta pengekalan kuasa berbanding isu keselamatan negara, kata Naib Presiden KEADLAN, Nurul Izzah Anwar. Beliau merujuk pendedahan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim tentang sogokan wang melibatkan Peguam Negara. "Isu ini melibatkan pencabulan kedaulatan negara kita oleh rakyat kita sendiri," kata Nurul Izzah dalam kenyataan. Mat Zain dalam perakuan bersumpahnya mendedahkan Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail menerima sogokan wang sehingga keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak memihak kepada Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada 2007. Read More / Baca Lagi >> |
1Melayu: Gerakan tuntut permohonan maaf Umno...kita tunggu sape yg kena..!! Posted: 05 Dec 2013 10:27 PM PST Dalam kenyataan keras hari ini, Gerakan Pulau Pinang menggesa Umno mengarahkan Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta maaf dan menarik balik cadangannya bagi menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu Setiausaha Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata, kenyataan rasis itu merosakkan semangat 1Malaysia - slogan perdana menteri dan presiden Umno untuk kerajaan. Katanya, Musa tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno ekoran kontroversi itu akan merosakkan perkongsian dalam BN dan perpaduan nasional. Oh mendesak kepimpinan tertinggi Umno, termasuk Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan musa menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada bukan Melayu. "Saya rasa rasis seperti Musa ketinggalan zaman dan tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno dan BN. "Dengan kewujudannya, Umno dan BN hanya akan hilang lebih banyak sokongan," katanya. |
Posted: 05 Dec 2013 10:25 PM PST Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengecam beberapa pemilik akaun laman media sosial yang mengkritik kepimpinan Umno yang tidak prihatin dengan mangsa banjir di beberapa negeri, sebaliknya lebih fokus kepada Perhimpunan Agung Umno. Shahrizat ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, kenyataan-kenyataan berkenaan adalah tidak berasas kerana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin Umno lain telah pun berada di beberapa negeri yang dilanda banjir. "Kenyataan-kenyataan itu bangsat. Presiden kita semalam meninggalkan dewan untuk melawat mangsa banjir," katanya dan menambah, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini pula turut berada di kawasan banjir. "Wanita Umno ingin bertanya mana ahli Parlimen Kuantan ketika kawasan itu dilanda banjir," tegas Shahrizat, yang juga penasihat hal ehwal wanita, merujuk kepada wakil rakyat kawasan berkenaan, Fuziah Salleh. Pergerakan Wanita Umno jelasnya telah menyediakan 4,000 sukarelawan daripada Skuad Sayang di lokasi-lokasi pusat pemindahan bagi membantu mangsa banjir sejak semalam, katanya. |
Khianati Negara: Mat Zain disiasat SPRM isu SD Batu Puteh Posted: 05 Dec 2013 08:23 PM PST Bekas ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung akuan berkanun (SD) kontroversinya, terutamanya berhubung pemindahan wang ke akaun asing ekoran kehilangan Pulau Batu Puteh. Beliau hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi dan keluar pada jam 7 petang. "Saya sangat gembira dan berpuas hati berhubung bagaimana kenyataan saya dirakamkan oleh dua pegawai sangat kanan dan berpengalaman semalam. "Saya tidak akan dedahkan apa yang saya beritahu mereka," katanya kepada Malaysiakini. "Saya harap perdana menteri tidak akan bersembunyi di sebalik siasatan SPRM dan mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendapatkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk RCI (suruhanjaya siasatan diraja) berhubung Pulau Batu Puteh seperti diakui SD dan juga sebuah tribunal untuk mengadili Peguam Negara Abdul Gani Patail semasa siasatan kes mata lebam." Mat Zain membuat SD pada 7 Oktober dan memberikan salinannya pada Datuk Seri Najib Razak, Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Idrus Harun dan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berhubung pertemuan yang dihadirinya bersama peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. |
Banjir Besar: PAS gesa kerajaan isytihar ‘kawasan bencana’ Posted: 05 Dec 2013 08:00 PM PST KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan di Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sekarang ini sebagai 'Kawasan Bencana' akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri berkenaan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengisytiharan sebagai kawasan bencana ini adalah perlu kerana ianya akan membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan makanan, pakaian, air bersir terutamanya dapat dilakukan dengan kadar yang sangat segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara-perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional. Menruutnya, realiti yang berlaku sejak dua hari lalu ialah kelambatan dan kekurangan kelengkapan untuk menyelamatkan nyawa penduduk yang dilanda bencana ini, sehingga menyebabkan ada petugas agensi kerajaan yang terlibat juga menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kelambatan bantuan selain dari diremehkan oleh pihak atasan mereka. Tegasnya, bencana banjir ini tidak mengenal parti politik, usia dan status dalam masyarakat. Read More / Baca Lagi >> |
Banjir di pantai timur bertambah buruk, 42,626 telah dipindah pagi ini Posted: 05 Dec 2013 07:10 PM PST KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini. Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang. Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km62 Jalan Kuantan-Rompin. "Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera, daerah terbaharu memindahkan mangsa banjir, mempunyai 61 orang di pusat pemindahan pagi ini. Read More / Baca Lagi >> |
Banjir Besar: Hentikan retorika di PWTC, segera bantu rakyat - Mapim Posted: 05 Dec 2013 06:45 PM PST MAPIM kesal keadaan yang sedang sangat mendesak di Kuantan dan Kemaman yang ditenggelami air melibatkan puluhan ribu yang menunggu bantuan dan membayangkan bagaimana menghadapi penderitaan pasca banjir bila menghitung barangan rumah yang punah , namun, perhimpunan di PWTC yang selesa berhawa dingin , para Menteri dan perwakilan berbahas dan berpantun ditayang ke seluruh media kerajaan yang sebenarnya adalah milik rakyat. Jika dipertimbangkan skala penderitaan yang sedang dihadapi rakyat , sepatutnya perhimpunan para pemimpin Melayu yang terus beretorika di PWTC itu , merengkas acara dan terus bergagas melihat penderitaan rakyat. Apa yang dideritai rakyat itu bukan kecil. Melihat gambar yang dipapar dalam media menunjukkan bagaimana sebuah ibu negeri asal Perdana Menteri lumpuh oleh banjir yang luar biasa besar. Cukup melihat keadaan rakyat kecil , muda , tua , yang uzur , wanita yang menggendong bayi , meredah air , sepatutnya menginsafkan para perwakilan bahawa ini bukan masanya mempamirkan kepetahan berbicara di PWTC yang disambut dengan tepukan dan gelak ketawa . Apakah keadaan separah Kuantan dan Kemaman yang memperlihat rakyat berhadapan musibah besar , tiba-tiba para pemimpin dari sayap pemuda , wanita dan putri lantang dan sibuk bercakap soal menghentam parti lawan dan menuntut jawatan. Read More / Baca Lagi >> |
“Sultan zalim wajib disanggah”: Bekas CEO Johor Corp diminta beri penjelasan Posted: 05 Dec 2013 06:43 PM PST JOHOR BAHARU: Jumaah Majlis Diraja Johor meminta Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) memberi penjelasan berhubung artikel tulisannya 'Menuntut Hak, Menebus Masa Silam'. Disiarkan sebuah akhbar tempatan Isnin lepas, artikel itu dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja di negeri ini. Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata walaupun tidak menyebut sebarang nama, artikel itu boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan mengaitkannya dengan Sultan Johor. "Artikel tersebut menyebut nama Tanjung Puteri yang merupakan nama asal Johor Baharu, kita khuatir perkataan 'Sultan' pada ayat terakhir artikel tersebut boleh merujuk kepada Sultan Johor. "Penulisan atau tuduhan ini menunjukkan satu perbuatan menderhaka kepada Raja, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan pandangan rakyat terhadap Raja terpesong selain bertentangan dengan prinsip Rukun Negara," katanya pada sidang akhbar di Istana Besar di sini semalam. Muhammad Ali memuatkan sajak tulisan anak bongsunya yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah' dalam kolum 'Khalifah Bisnes' yang disiarkan akhbar itu. Read More / Baca Lagi >> |
Banjir: Rakyat Kuantan mahu Bung Mokhtar mohon maaf Posted: 05 Dec 2013 06:33 PM PST
"Bayangkan penduduk Kuantan terpaksa bertungkus-lumus separuh nyawa menghadapi banjir paling buruk dalam sejarah, tiba-tiba Bung Mokhtar tergamak mengganggu sambil mempersendakan usul tergempar yang dibawa Fuziah. "Bedasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Bumiputera Ditindas Pemerintah: MBKT, Sabasun Hyper Runcit perlu semuka..!!! Posted: 05 Dec 2013 06:26 PM PST
KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Syarikat Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd perlu bersemuka bagi menyelesaikan polemik yang melanda dan mengelak cerita sebenar dimanipulasikan. Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT), Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata, perkara ini perlu dipertimbangkan secara rasional dan tidak dihebohkan melalui media supaya mengelak berlakunya salah tanggapan kepada kedua-dua belah pihak. "Perkara ini perlu ditangani secara rasional. tidak perlu diheboh-hebohkan. Mengenai masalah teknikal dan birokrasi yang dihadapi Sabasun, pihak kerajaan perlu beri kelonggaran kepada mereka dengan mengurangkan karenah birokrasi. "Mungkin disebabkan pelbagai kesulitan dialami Sabasun menyebabkan mereka telah berputus asa untuk berurusan lagi dengan pihak MBKT. "Jadi, dalam hal ini saya lihat mereka perlukan pengantara, jika tidak pun kedua-dua pihak bersemuka bagi menyelesaikan isu ini," katanya. Katanya, DPMT ingin melihat usahawan Melayu maju, bukan mundur disebabkan masalah begini yang dianggap boleh diselesaikan dengan menggunakan budi bicara pihak berkuasa. "Jika benar Sabasun tidak cukup kawasan parkir, apa salahnya jika beri kemudahan parkir kepada mereka, jika bangunan mereka tidak cukup luas untuk tampung barang yang dijual, apa salahnya jika beri mereka ruang untuk besarkan bangunan. "Apa salahnya jika tanah kawasan parkir di belakang Sabasun itu dijual terus kepada syarikat itu supaya mereka boleh terus maju. Jika dilihat pada struktur asal tanah itu, kita tidak nampak sebarang pembangunan yang boleh dibangunkan di situ oleh pihak kerajaan. |
Batu Puteh: Perwakilan Umno Johor minta PM siasat dakwaan Mat Zin ...ada berani..??? Posted: 05 Dec 2013 06:21 PM PST Perwakilan Johor Zulkarnain Kamisan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyiasat dan memeriksa dakwaan bekas pegawai kanan PDRM, Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung isu Pulau Batu Puteh yang dikaitkannya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail seperti yang dilapor media. Katanya, rakyat mahu penjelasan berhubung kesahihan dakwaan tersebut. "Dakwaan ini bukan main-main. Johor meminta perdana menteri menyiasat dan memeriksa kesahihan perkara ini. "Ini soal maruah negara. Jangan memandang enteng, rakyat mahu penjelasan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden. |
Najib nie dia reti dan faham ka apa itu kemiskinan..!! Posted: 05 Dec 2013 06:18 PM PST Mana lah Najib hendak faham masaalah rakyat.Ia kan datang dari golongan Aristokrat. Dari kechil hingga besar ada amah jaganya.tidak bisa mandi ayer telaga,tidur dalam bilek aircondition,Pergi sekolah chauffer bawa kereta.Dari kechil pergi belajar di England.... Najib boleh bercakap soal kemiskinan tapi dia tidak tahu bagaimana kah pedih nya hidup sabagai saorang miskin, Menjadi penjaja dan burok kasar,anak ramai,dudok rumah setinggan,anak tidak ka sekolah atau jika ka sekolah kena berjalan berbatu batu. Sama lah juga dengan khairy ketua Pemuda dan Sharizat ketua wanita. Semua mereka datang dari keluarga yang kaya dan senang lenang.... Mereka tidak akan faham apa itu kemiskinan...... |
Cover Line: Pemimpin MCA dakwa terima ancaman daripada presiden Posted: 05 Dec 2013 06:14 PM PST Seorang pemimpin akar umbi MCA menuduh presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) menggunakan undang-undang untuk mengancam beliau daripada mendedahkan salah laku dalaman parti. Pengerusi Jawatankuasa Perlindungan Aset MCA Datuk Yew Teong Look berkata, beliau menerima sepucuk surat daripada peguam Dr Chua ekoran sebuah artikelnya yang disiarkan dalam akhbar harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau di mana beliau telah merujuk artikel sebuah blog tanpa nama bertajuk "Do Forensic Audit in Star Publications!" apabila menuduh wujudnya penyelewengan dana parti. Surat tersebut bertarikh 28 Oktober menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "tidak benar", "tidak bertanggungjawab" dan "merosakkan" kredibiliti Dr Chua dan Timbalan Pengerusi eksekutif Kumpulan Media The Star Tan Sri Vincent Lee. Yew yang juga ketua bahagian MCA Wangsa Maju menggangap surat tersebut sebagai "amaran" untuk menghalangnya daripada mendedahkan salah laku dalam parti. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 05 Dec 2013 05:48 PM PST There is already a glut in office space in the Klang Valley and it will be disastrous and suicidal if the Najib administration bulldozes ahead with its planned mega projects. But why then the Najib administration plans to put aside more than RM34 billion under the Economic Transformation Programme (ETP) to embark on gigantic projects such as the Tun Razak Exchange, Menara Wawasan, Sungai Besi Development and the former RRI land bank? There is no indication that the local investors are able to take up these additional floor space created by these mega projects. The foreign investors from both the American and European markets are not likely to take up these space, too, as their economies back home have yet to improve. It would be disastrous and suicidal if the Najib administration bulldozes ahead with these mega projects. Malaysia will certainly add on another few to its existing long list of "white elephants". The recent Real Property Gains Tax and other measures adopted by the federal government in the so-called efforts to reduce speculation on properties may be good in its intention but certainly would dampen the growth of the housing sector. The 141 sectors related to the housing industry closely or loosely would inevitably suffer a dip and eventually cause serious damage to the overall domestic economy. Even the first home-buyer category would not be spared as such measures will affect all our banks and financial institutions and make housing loan approval almost impossible for many home buyers. Reverse gear Read More / Baca Lagi >> |
Tarif elektrik naik: Fikir beban rakyat marhaen Posted: 05 Dec 2013 05:47 PM PST Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, pengumuman kerajaan Pusat ini tidak kena pada masanya dan dipercayai membebankan rakyat ekoran kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini. "Peratus kenaikan yang bakal dilaksanakan agak tinggi, sedangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memonopoli secara keseluruhan konsesi penyaluran tenaga elektrik di negara ini dan ia syarikat yang menguntungkan. "Umum maklum perbelanjaan mengurus sangat tinggi namun kenaikan itu lebih kepada mengaut untung. Pada pendapat saya tidak kena masa, rakyat marhaen dibebani kenaikan petrol RON95, gula dan bakal berdepan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," katanya kepada Sinar Harian, semalam. |
PAU2013: Seorang Lagi Pemimpin 'Cap Ayam' Dalam UMNO Posted: 05 Dec 2013 05:43 PM PST Seorang pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah yang berucap di Perhimpunan Agung UMNO petang semalam mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M agar ia hanya diberikan kepada penyokong UMNO serta BN sahaja dan tidak kepada penyokong PR. Shafei yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, walaupun penyokong pembangkang sering mengkritik BR1M tetapi mereka juga tidak segan-silu mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan itu. "Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mengkaji semula perlaksanaannya agar ada keberkesanan undi dalam pilihanraya umum ke 14 akan datang," jelasnya lagi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Ternampak bahawa dengan melontarkan idea sedemikian, Shafei masih dihantui kekecewaan akibat kekalahannya bertanding sebagai calon BN di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihanraya umum lalu. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima kekalahannya dengan kekurangan 5511 undi kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong sehingga tergamak memberi "cadangan gila" dan tidak masuk akal kepada kerajaan. Sebagai bekas Setiausaha Politik Najib, beliau seharusnya sedar bahawa BR1M diperkenalkan oleh Najib untuk meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik dengan memberikan mereka bantuan setahun sekali sebanyak RM500 dan untuk tahun depan dinaikkan kepada RM650. Mencadangkan BR1M hanya diberikan kepada penyokong UMNO dan BN adalah langsung tidak masuk akal kerana wang yang digunakan untuk memberikan bantuan itu bukannya datang daripada tabung UMNO atau BN tetapi daripada wang pembayar cukai. Read More / Baca Lagi >> |
Banjir Kuantan: Detik Katrina Najib dan Muhyi Posted: 05 Dec 2013 05:36 PM PST Other than the horrific loss of life and property which Hurricane Katrina wreaked on parts of America in 2005, the severity of the natural disaster was eclipsed by the monumental insensitivity of Bush Junior. Najib dan Muhyidin dengan hanya terbang diruang udara Kuantan tanpa singgah, melakukan monumental insensitivity seperti Bush. Seperti biasa Zahid Hamidi menunjukkan keangkuhan dan kedunguan dia. Saya hairan bagaimana pembelajaran yang tinggi sehingga peringkat Ph.D. tidak sedikit pun mengukir kehalusan dalam conduct Zahid. Bila ditanya oleh pemberita adakah banjir di Kuantan akan mendedahkan penduduk kuantan kepada Lynas- Zahid seperti biasa menunjukkan sikap membuli orang. Takkah dia tahu bagaimana hendak menjawab soalan? Setelah satu hari Kuantan banjir saya mendapat sms dari seorang mangsa banjir- di SMK Bkt Ranging- air, letrik xda, mknan x cukup, yb xda. Mana YB nak ada- mereka sibuk di PAU. Kepada Bani UMNO, PAU adalah acara terpenting dalam kehidupan orang Melayu. Bukan dia hendak jawab tapi cuba mengada ngada berkhutbah kepada pemberita mengenai betapa baik nya Najib dan Muhyidin meruangkan masa terbang diudara Kuantan meninjau keseriusan keadaan. Sukalah kita beritahu Zahid, Muhyidin dan Najib hanya terbang diudara Kuantan tanpa singgah pun! Perbuatan mereka sama seperti perbuatan idiotic George (kepada juruhebah Melayu pada siaran Radio Klasik, ini disebut Jorj ya- bukan Jorji) Bush junior yang terbang diudara meninjau kerosakan ketika puting beliung Katrina melanda daerah New Orleans Louisiana dan Mississippi di Amerika dalam tahun 2005. Kos kerosakan ialah USD81 billion dan ribuan nyawa terkorban. Read More / Baca Lagi >> |
'Najib-mathematics' over popular vote stirs laughter & sadness: SAME UMNO, POOR M'SIA! Posted: 05 Dec 2013 04:18 PM PST Despite clear-cut numbers provided by the Election Commission, often accused of bias towards his own coalition,Prime Minister Najib Razak told his Umno party that they had won the popular vote during the recent 13th general election. According to Najib, who is the Umno president, they won more votes in 9 states while the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim won more votes in only 4 states. This was how Najib justified his claims to delegates attending the Umno general assembly. His "illogic" drew immediate return fire from the Opposition. "We heard about Najib-nomics, this is Najib mathematics. Popular vote is who won the most number of votes from the nation as a whole, not carved out by states. If you count by states, then this would actually reflect the gerrymandering existing in the system. This is blatant bare-faced lying by Najib and it shows how little respect he has for the intellect of his own party mates. He really must believe they are dumb and bad at maths," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. During the May 5 general election, Najib's Umno-BN coalition won 133 of the federal Parliament's 222 seats but only captured 47% of the total votes cast, whereas the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim won control of 4 states and almost 52% of the total votes. "We are talking about popular vote, so we don't go by region but as a nation. How many people in this country are there and whom do most of them want to be their government? One man, one vote. So, this is what you add up and you find that the majority of voters in Malaysia want Pakatan. This is our rationale and if this is all the argument Najib can muster for the once Grand Old Party of Malaysia, it's really sad."" Nik Nazmi, the assemblyman for Seri Setia, told Malaysia Chronicle. "Najib may not realize it but he has just confirmed the gerrymandering that we have been protesting against. It's not the smartest comment to make and it shows he has not done his homework. The concept of popular vote does not differentiate where the voter comes from because each vote is treated as equal," Rafizi Ramli, the MP for Pandan, told Malaysia Chronicle. "The fact that our electoral boundary is drawn in such a way that states or constituencies with less voters cam overwhelm areas with more voters is precisely the gerrymandering and systemic bias in the electoral system propped up by the Election Commission and BN. And this was recently confirmed by the previous EC chief himself," Rafizi added. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 05 Dec 2013 04:15 PM PST PAKATAN RAKYAT TERBUKA BERDIALOG Pakatan Rakyat pada 19 September 2013 telah menyatakan kesediaan kami untuk mengadakan dialog dengan Barisan Nasional, yang seiring dengan kenyataan yang dibuat Presiden UMNO, DS Najib Razak sewaktu ucapan dasar beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini yang antara lain berkata: "...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik." Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu. Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN |
Perwakilan UMNO diPAU2013 ingat duit BR1M duit mak bapak UMNO..!! Posted: 05 Dec 2013 04:13 PM PST Kaji pemberian BR1M supaya penyokong pembangkang tidak dapat, kata perwakilan Umno Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Shafei Abdullah menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya. Mohd Shafei berkata penyokong pembangkang walaupun seringkali mengkritik pemberian BR1M, mereka juga tidak segan silu untuk mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan tersebut. "Sebagai contohnya bagi BR1M, berpusu dipulun orang PAS yang ambil walaupun sebelum itu mereka balun kita tapi bila bagi mereka ambil. "Oleh itu saya harap kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan, supaya ada keberkesanan undi pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti," kata Mohd Shafei, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Wangsa Maju pada PRU13 lalu tetapi tewas. Dalam pada itu, bekas penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersebut mendesak supaya kerajaan lebih memberi fokus kepada undi yang pasti, iaitu Bumiputera. Read More / Baca Lagi >> |
Presiden PAS rasai denyut nadi mangsa banjir di Kemaman Posted: 05 Dec 2013 04:02 PM PST KUALA LUMPUR: "Hari ini sepetang saya turun ke Kemaman bagi bersama-sama merasai denyut nadi mangsa banjir di sana, banjir kali ini agak lain dari biasa," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Menerusi facebooknya, beliau menyatakan ramai mangsa yang terjejas teruk kehidupan seharian. "Ayuh kita bersama-sama keperitan mereka. "Dengan ini saya memohon agar setiap masjid di Negeri Terengganu serta PAS kawasan membuat kutipan bantuan untuk mangsa banjir, berupa kewangan, barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang serta barangan keperluan yang berkaitan," ujarnya. Read More / Baca Lagi >> |
Banjir, oh banjir, di mana parti “pembela rakyat”? Posted: 05 Dec 2013 04:00 PM PST Soraya SalimSekadar melaungkan retorik di Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung di dewan berhawa dingin sambil berbangga bahawa parti itulah penyelamat bangsa?Atau sekadar meninjau dari helikopter tanpa turun padang mengalami sendiri penderitaan rakyat yang majoritinya berbangsa Melayu dari kawasan pedalaman (yang majoritinya telah memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13)? (Mereka Berpesta Ketika Rakyat Sedang Dilanda Musibah) Di mana Kelab Putra Umno 1Malaysia yang begitu gigih memberi bantuan kemanusiaan sejauh Gaza di Palestin, Somalia dan terbaru di Filipina? Mengapa diam membisu dalam krisis banjir yang mengancam nyawa ribuan rakyat di tanah air sendiri?Di mana pula sayap Puteri yang katanya tidak mahu sekadar dianggap "penyeri" parti? Di mana pula sayap Wanita yang mendabik dada sebagai "tulang belakang" parti? Hanya sekadar jadi perayu undi di musim pilihan raya? Adakah sayap elit Pemuda pula sedang bersenang-lenang di hotel lima bintang usai berpantun, menyanyi dan berlawak jenaka di persidangan agung? Lebih pelik, kelibat Menteri Besar Pahang dan Terengganu pula langsung tidak kelihatan di sisi rakyat! Adakah kerana ini belum lagi musim pilihan raya umum?! Seharusnya parti yang mengaku "pembela rakyat" ini menangguhkan sidang agungnya itu serta-merta dan segera mengerahkan ahlinya yang mencecah ratusan ribu turun padang menjadi sukarelawan semasa dan pasca banjir. Read More / Baca Lagi >> |
34,058 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Pahang Posted: 05 Dec 2013 03:57 PM PST Pahang. Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh. "Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 05 Dec 2013 03:49 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan