• Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
KUALA LUMPUR - Kaukus Parlimen perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan memastikan perjanjian yang membabitkan Malaysia tidak akan mengikut telunjuk negara-negara besar.

Pengerusi Kaukus Parlimen TPP, Datuk Ahmad Hamzah berkata, ia penting bagi menjaga kedaulatan negara daripada dicemari mana-mana pihak.

"Diharapkan kerajaan terus merundingkan perkara ini secara sukarela tanpa tekanan mana-mana pihak berlandaskan Perlembagaan Malaysia, kuasa-kuasa negeri dan dasar penting dipertahankan.

"Dalam memastikan perkembangan ekonomi negara, harus ada perlindungan promosi, pencapaian dan kesejahteraan yang mendahulukan rakyat," katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Katanya, pihaknya akan terus mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bagi mengikuti perkembangan terbaru berkenaan TPP.

"Pertemuan sekerap mungkin dengan Miti serta pihak lain yang berkepentingan agar dapat bertukar maklumat dengan pihak kementerian dan seterusnya akan menjemput pakar-pakar untuk memberi keterangan tentang isu kritikal di dalam perjanjian TPP sebelum merangka laporan kaukus.