muktamar pas
SHAH ALAM - Pas mendesak kerajaan menggubal dan meminda Perlembagaan bagi membolehkan Undang-Undang Jenayah Islam menjadi sebahagian daripada sistem perundangan negara.

Perwakilan Pas Kuala Krau, Shahril Azman mengusulkan perkara itu pada sesi perbahasan usul di Muktamar Tahunan Pas ke-59, di sini, hari ini.

"...kadar jenayah dalam negara semakin hari semakin meruncing dengan kadar jenayah melibatkan senjata api dan pembunuhan sentiasa meningkat. Penjenayah seolah-olah tak takut kepada undang-undang penguatkuasaan dalam negara.

"Bukan samseng saja yang dibunuh sekarang ini. Petani, peniaga, cikgu malah penguatkuasa agama juga dibunuh," katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha kerajaan bagi membendung jenayah dilihat semakin gagal.

"Pelbagai cara dibuat kerajaan dalam membendung jenayah berat ini semakin gagal sekalipun penguatkuasaan undang-undang turut menekankan aspek agama, nilai murni dan moral bagi mewujudkan kawalan sosial.