Sabtu, 23 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PAS

Posted: 23 Nov 2013 09:47 AM PST




    Mat Sabu
    SHAH ALAM: Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.
    Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi.
    Mohamad menang kali pertama jawatan tersebut pada pemilihan 2011 apabila menewaskan penyandang ketika itu, Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
    Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 7.10 malam.
    Undi Tipis Menang Juga - Mat Sabu
    Mat Sabu bersalaman dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
    SHAH ALAM: Tiada sambutan bagi meraikan kemenangan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
    Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan persahabatan.
    "Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan.
    "Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti," katanya.
    Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus diumumkan memenangi jawatan tersebut.
    Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.
    Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi.
    Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga.

    Tiada ulasan: