RAKYAT MARHAEN |
- Tak rasmi: Tuan Ibrahim, Salahuddin dan Husam menang Naib Presiden PAS
- Coming soon: Rally to oppose BN’s corrupt practices
- GST: Gasak sampai tertonggeng
- Pemilihan PAS: Perwakilan memilih tokoh, bukan kumpulan
- Muktamar PAS cadang demonstrasi besar-besaran bantah GST, TPPA
- Kongres Nasional Khas KEADILAN pinda perlembagaan parti
- Muktamar PAS terima kaji semula tahaluf siyasi
- Muktamar: Pas Desak Perlembagaan Negara Digubal Untuk Undang-undang Jenayah Islam
- Naib presiden PAS: Pengiraan semula, keputusan esok
- Muktamar: Mat Sabu kekal Timbalan Presiden PAS, Keputusan Naib Presiden dikira semula dan diumum esok
- Video: Keputusan Pemilihan PAS Pusat Sesi 2013-2015
- Keputusan Pemilihan PAS Pusat Sesi 2013-2015
- Muktamar Tahunan Pas Ke-59 (23 Nov 2013 - Sesi Petang)
- Muktamar: Mohamad Sabu dipilih semula Timbalan Presiden PAS
- Muktamar: USUL Ekonomi, Desak Hapus Sistem Kabotaj
- Muktamar: Wujud task force tarik sokongan Melayu Terengganu
- Muktamar terima usul laksana undang-undang syariah
- Muktamar: DHPP gesa PAS tubuh pasukan pemikir untuk PRU14
- Muktamar: ‘Nikah Aminah, jangan ingat Fatimah’ - DHPP
- Muktamar: Mungkin Ahli Berkempen Fitnah - Mustafa Ali
- Muktamar: Perkukuh pendidkan sebagai hak asasi rakyat
- Muktamar: Majlis Syura Ulama disaran kaji kempen burukkan calon
- Muktamar: Bukan isu Erdogan dan ulama tapi Mr Arrogant
- Muktamar: PAS diminta bentang laporan “post-mortem” PRU13
- Konflik tahaluf siyasi diselesai secara dalaman - Presiden PAS
Tak rasmi: Tuan Ibrahim, Salahuddin dan Husam menang Naib Presiden PAS Posted: 23 Nov 2013 03:54 PM PST Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa sudah memenangi jawatan Naib-naib Presiden PAS setelah selesai kiraan semula, kata sumber parti. Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenainya hanya akan diumumkan esok di Muktamar PAS. Menurut sumber, wakil bagi pihak-pihak yang bertanding sudah menandatangani borang pengesahan keputusan itu setelah kiraan kali terakhir dibuat. |
Coming soon: Rally to oppose BN’s corrupt practices Posted: 23 Nov 2013 03:53 PM PST TPPA, GST and Rosmah's lavish lifestyle are among factors that led the call for the rally. SHAH ALAM: PAS has passed a resolution for a rally led by Pakatan Rakyat leaders and non-governmental organisations (NGO) to be held soon.The rally was proposed in order to reveal all the corruption and abuses of funds done by the government, as revealed by the Auditor-General's (AG) report. The motion which was proposed by the PAS central committee and the Dewan Ulama also urged the government to revoke the implementation of the goods and services tax (GST) and Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). While debating the motion, PAS deputy president Mohamad Sabu said a rally must be held, other than conducting forums and dialogues, for the people to relay the message to the government. "The AG's reports revealed year in and year out the government's misuse of funds involving billions of ringgit. "Also recently, misuse of the country's executive jets by the Prime Minister's wife (Rosmah Mansor) has been revealed," he said. Due to all these, Mohamad Sabu explained the government should have addressed fighting corruption and wastage first before implementing the GST and TPPA. "Previously, only 5% of the population have to pay tax. With the GST, everyone will be taxed," he said. |
Posted: 23 Nov 2013 03:10 PM PST |
Pemilihan PAS: Perwakilan memilih tokoh, bukan kumpulan Posted: 23 Nov 2013 06:12 AM PST Akhirnya, selepas siri kempen yang disifatkannya sebagai paling sengit dalam sejarah 35 tahun penyertaannya dalam PAS, Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua. Beliau berjaya menang dalam pertembungan sengit dengan calon yang pro ulama iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan. Mohamad mendapat 588 undi manakala Mohd Amar pula 490 undi. Mengiringi Mohamad Sabu adalah 11 rakan-rakan beliau yang dikira kumpulan "Erdogan" dalam Jawatankuasa PAS Pusat dari 18 yang menang. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar PAS cadang demonstrasi besar-besaran bantah GST, TPPA Posted: 23 Nov 2013 06:07 AM PST PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS ketika sidang Muktamar Tahunan ke-59 membangkitkan usul demonstrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga membantah gejala rasuah oleh Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS itu mengemukakan usul berkenaan semasa sesi perbahasan usul ekonomi di Stadium Melawati, Shah Alam di hadapan 1,129 perwakilannya. "Maka muktamar ini mencadangkan agar satu Himpunan Rakyat besar-besaran oleh parti politik, NGO, dan semua pihak untuk membongkarkan segala penyelewengan sebagaimana laporan audit serta membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA," kata Mohamad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelaksanaan GST akan berkuatkuasa April 2015 ketika pembentangan Bajet 2014 di Parlimen. "Mereka gasak kita sampai tertonggeng," kata Mohamad dan menambah, Putrajaya membebankan rakyat dengan GST, namun tiada tindakan membasmi gejala rasuah dan ketirisan. Read More / Baca Lagi >> |
Kongres Nasional Khas KEADILAN pinda perlembagaan parti Posted: 23 Nov 2013 06:01 AM PST SHAH ALAM 23 Nov: KEADILAN akan mengadakan Kongres Nasional Khas bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di sini pada 24 November (esok) yang akan dihadiri 2000 perwakilan termasuk Sabah dan Sarawak. Kongres khas tersebut yang bakal bermula seawal jam 7 pagi diadakan bagi membentang dan meluluskan beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti sebagai langkah memenuhi tuntutan semasa politik tanah air. Antara pindaan tersebut termasuk jumlah undi untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan parti itu yang dijangka pada April atau Mei tahun depan. Pindaan perlembagaan parti itu juga dikatakan bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai. Pindaan perlembagaan parti itu juga dikatakan bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota peringkat akar umbi untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar PAS terima kaji semula tahaluf siyasi Posted: 23 Nov 2013 05:59 AM PST Muktamar PAS hari ini menerima tanpa bahas usul yang dikemukakan Dewan Ulama PAS Pusat yang mahukan parti itu mengkaji, menyemak dan menilai tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan Rakyat. Dewan Ulama dalam usulnya berkata ini bagi menilai kekuatan dan kelemahan serta kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan). Ia juga bertujuan bagi penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan pada Pilihan Raya Umum ke-14. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar: Pas Desak Perlembagaan Negara Digubal Untuk Undang-undang Jenayah Islam Posted: 23 Nov 2013 05:57 AM PST SHAH ALAM - Pas mendesak kerajaan menggubal dan meminda Perlembagaan bagi membolehkan Undang-Undang Jenayah Islam menjadi sebahagian daripada sistem perundangan negara. Read More / Baca Lagi >>Perwakilan Pas Kuala Krau, Shahril Azman mengusulkan perkara itu pada sesi perbahasan usul di Muktamar Tahunan Pas ke-59, di sini, hari ini. "...kadar jenayah dalam negara semakin hari semakin meruncing dengan kadar jenayah melibatkan senjata api dan pembunuhan sentiasa meningkat. Penjenayah seolah-olah tak takut kepada undang-undang penguatkuasaan dalam negara. "Bukan samseng saja yang dibunuh sekarang ini. Petani, peniaga, cikgu malah penguatkuasa agama juga dibunuh," katanya. Menurutnya, pelbagai usaha kerajaan bagi membendung jenayah dilihat semakin gagal. "Pelbagai cara dibuat kerajaan dalam membendung jenayah berat ini semakin gagal sekalipun penguatkuasaan undang-undang turut menekankan aspek agama, nilai murni dan moral bagi mewujudkan kawalan sosial. |
Naib presiden PAS: Pengiraan semula, keputusan esok Posted: 23 Nov 2013 04:13 AM PST Persaingan kali ini menyaksikan penyandangnya, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa mempertahankan jawatan masing-masing. Ketiga-tiga penyandang itu dicabar oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik. Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Asmuni Awi, mengumumkan proses pengiraan semula itu, selepas mengumumkan keputusan bagi jawatan timbalan presiden yang dimenangi oleh Mohamad Sabu. Manakala Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ibrahim pula berkata keputusan pemilihan jawatan naib presiden diumumkan esok. |
Posted: 23 Nov 2013 04:10 AM PST Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PAS selepas mengalahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi. Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mendapat 588 manakala Mohd Amar mendapat 490 undi. Pengumuman untuk jawatan naib presiden PAS ditangguhkan kerana berlaku pengiraan semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi. Jawatankuasa ini membayangkan PAS dikuasai golongan profesional namun menyaksikan ramai muka baru di kalangan ulama. Muka baru di kalangan pro ulama adalah Nasrudin bekas ketua Pemuda PAS, bekas timbalannya, Nik Abduh, setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi dan Dr Ridhuan. Yang hilang dari senarai adalah Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding naib presiden, Abdul Ghani Samsudin yang tidak bertanding, Mohamad Abdul Wahid Endut yang turut tidak bertanding dan juga Mohd Amar yang tidak bertanding kerana bertanding untuk timbalan presiden. Semua penyandang yang bertanding untuk AJK PAS Pusat menang dalam Muktamar ke-59 kali ini. |
Video: Keputusan Pemilihan PAS Pusat Sesi 2013-2015 Posted: 23 Nov 2013 03:55 AM PST |
Keputusan Pemilihan PAS Pusat Sesi 2013-2015 Posted: 23 Nov 2013 03:52 AM PST PRESIDEN YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang TIMBALAN PRESIDEN Mohamad Sabu NAIB PRESIDEN (Kira Semula ) Esok Umum AHLI JAWATAN KUASA 1. Idris Ahmad, Ustaz 2. Mazlan Aliman, Haji 3. Mohd Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir. 4. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. 5. Mohd Hatta Ramli, YB Dr. 6. Nasrudin Hassan, YB Ustaz 7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz 8. Mujahid Yusof Rawa, YB Datuk Dr 9. Dzulkefly Ahmad, Dr 10. Mohamed hanipa Maidin, YB Hj 11. Kamaruddin Jaafar, YB Dato' 12. Khalid Abd samad, YB Hj 13. Nik Zawawi Salleh, Ustaz 14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. 15. Riduan Mohd Nor, Dr. 16. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 17. Siti Mariah Mahmud, YB.Dr. 18. Nuridah Salleh, Ustazah Keputusan bagi jawatan Naib Presiden hanya akan diumumkan esok pagi. |
Muktamar Tahunan Pas Ke-59 (23 Nov 2013 - Sesi Petang) Posted: 23 Nov 2013 03:38 AM PST |
Muktamar: Mohamad Sabu dipilih semula Timbalan Presiden PAS Posted: 23 Nov 2013 03:23 AM PST SHAH ALAM: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59. Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi. Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi. |
Muktamar: USUL Ekonomi, Desak Hapus Sistem Kabotaj Posted: 23 Nov 2013 03:02 AM PST SHAH ALAM, 23 Nov - PAS Kawasan Beaufort menggesa PAS mendesak kerajaan Pusat menghapuskan sistem kabotaj yang membebankan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak sejak Ordinan Perkapalan Perdagangan diwujudkan. Perwakilannya berkata, sistem Kabotaj ini membelenggu rakyat Sabah dan Sarawak sehingga wujud jurang ekonomi yang sangat jauh ketara. "Lonjakkan harga barang dan kehilangan kuasa membeli lebih dirasai dan dideritai oleh rakyat Sabah dan Sarawak, "Tekanan hidup yang semakin menghimpit dan menjerut leher rakyat ekoran daripada kegagalan UMNO BN menguruskan ekonomi negara dengan baik," tambahnya. Menyokong usul tersebut, Mohd Aizat Mohd Noor menyatakan, sistem inilah yang mewujudkan jurang ekonomi yang ketara antara Semenanjung dan Borneo. "Selagi sistem ini tidak ditangani, ketidak seimbangan harga dagangan seperti kos pengimportan dan eksport, selagi itulah rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan perlu membayar lebih harga barangan keperluan," tambahnya mewakili PAS Bintulu. Justeru, beliau mencadangkan PAS berperanan khusus menjadi suara besar mendesak kerajaan mengkaji semula dasar ini dan menghapuskan sistem kabotaj demi untuk menyelamatkan nasib masa depan rakyat. Malah, menjadikan ia sebagai agenda di peringkat nasional. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar: Wujud task force tarik sokongan Melayu Terengganu Posted: 23 Nov 2013 02:46 AM PST SHAH ALAM - Perwakilan Pas Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim mencadangkan supaya satu jawatankuasa bertindak (task force) ditubuhkan untuk mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap Pas negeri itu menjelang PRU14 akan datang. Katanya, walaupun Pas masih gagal menubuhkan kerajaan di Terengganu, namun katanya sokongan orang Melayu semakin bertambah sekaligus memberi harapan cerah jika task force tersebut ditubuhkan segera."Majoriti pengundi tegar di Terengganu adalah pengundi Melayu kesan daripada program kebajikan yang Pas perkenalkan, namun masih perlu diperkemaskan lagi. "Kita mahu Timbalan Presiden, Mohamad Sabu mengetuai task force ini jika ingin melihat Pas kembali berkuasa di Terengganu pada pilihan raya akan datang," katanya ketika perbahasan ucapan dasar Presiden Pas di Stadium Melawati, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Hishamuddin juga menegaskan kepimpinan, semua perwakilan Pas memperkukuhkan hubungan dalam parti dan menyelesaikan masalah dalaman yang wujud sebelum pulang ke tempat masing-masing. Ini katanya penting jika mahu melihat Pas kekal relevan dan mampu bersaing pada PRU14 nanti. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar terima usul laksana undang-undang syariah Posted: 23 Nov 2013 02:25 AM PST SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 hari ini menerima usul supaya PAS mendesak Kerajaan Malaysia menggubal serta meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan Undang-undang Jenayah Islam dilaksanakan. Usul yang dikemukakan oleh PAS Kuala Krau dan Dewan Muslimat PAS Pusat itu diterima sebulat suara agar undang-undang syariah ini menjadi sebahagian daripada undang-undang negara dan mana-mana kerajaan negeri yang ingin melaksanakannya tidak disekat. Shahril Azman Abdul Hamid yang membentangkan usul itu, turut disokong oleh wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi serta wakil PAS Klang, Mohd Prasad Hanif. Sementara itu, wakil PAS Jerlun, Abdul Ghani Ahmad mencadangkan sedikit penambahan, dengan meminta Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat sendiri menyerahkan usul yang dipersetujui di muktamar kali ini kepada Perdana Menteri dalam pertemuan hati ke hati. Berikut ialah kandungan usul berkenaan. Menyedari bahawa hak untuk hidup aman, sejahtera dan selamat adalah menjadi impian kepada semua manusia. Manusia memiliki naluri semulajadinya sayang kepada harta dan sangat memerlukan kepada perlindungan diri dalam meneruskan hidup dalam suasana aman dan tenteram. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar: DHPP gesa PAS tubuh pasukan pemikir untuk PRU14 Posted: 23 Nov 2013 02:07 AM PST Memetik pepatah Cina zhi ji zhi bi yang bermaksud 'kalau mengenali parti lawan, mengenali diri sendiri maka akan sentiasa menang', pengerusinya, Hu Phang Chaw mahu PAS menubuhkan pasukan pemikir dan pasukan perang saraf untuk melawan Umno BN. "Kalau tak ada strategi, segala rancangan kita akan jadi perbualan kedai kopi. "Pasukan pemikir penting dan pelu ditubuhkan bawah Pusat Penyelidikan PAS. "PAS juga perlu tubuhkan satu unit perang saraf menggunakan kepakaran daripada bekas pasukan keselamatan untuk lawan Umno," katanya sewaktu berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-59. Selain itu beliau turut mencadangkan setiap kawasan iaitu sebanyak 186 diwajibkan membeli akhbar Harakah untuk diedarkan ke setiap rumah bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang benar berkaitan isu-isu semasa. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar: ‘Nikah Aminah, jangan ingat Fatimah’ - DHPP Posted: 23 Nov 2013 01:54 AM PST Ahli DHPP diingatkan agar aktif berkempen di bawah PAS, bukannya dengan DAP. "Mereka berkata DAP lebih mewakili kepentingan masyarakat Cina. Saya hendak ingatkan, bila bernikah dengan Aminah, jangan ingat Fatimah," kata beliau ekoran wujudnya ahli DHPP peringkat cawangan yang lebih selesa dengan DAP. Beliau berkata demikian ketika perbahasan mengulas ucapan presiden PAS semasa Muktamar PAS ke – 59 di Stadium Melawati. Selain itu beliau turut mengingatkan pimpinan PAS Pusat agar menyediakan kad keahlian untuk ahli DHPP. "DHPP ditubuhkan dalam tahun 2010. Tiga bulan lepas kita dapat pejabat baru di Pejabat Agung PAS. Malah kita dapat komputer bulan lepas. |
Muktamar: Mungkin Ahli Berkempen Fitnah - Mustafa Ali Posted: 23 Nov 2013 01:31 AM PST SHAH ALAM, 23 Nov - PAS mengakui terdapat masalah dalam etika kempen sepanjang sei pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 ini. Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika ditemubual unit IT Muktamar pada hari ini di sini. "Saya tidak menolak kemungkinan berlakunya salah laku dalam kempen pada pemilihan kali ini, dan ia juga tidak mustahil dilakukan oleh ahli PAS sendiri," ujarnya. Beliau turut melahirkan kekesalan atas tindakan tidak bertanggungjawab tersebut yang disifatkan sampai ke tahap sanggup memfitnah calon-calon tertentu. Namun, Mustafa menyatakan bahawa PAS tidak dapat mengambil apa-apa tindakan ke atas pihak yang terbabit disebabkan gagal mengesan individu berkenaan. "Saya sedar dalam era ledakan teknologi maklumat serta penguasaaan media baru menjadi faktor kegagalan kami (PAS) untuk mengenal pasti identiti pelaku fitnah itu. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar: Perkukuh pendidkan sebagai hak asasi rakyat Posted: 23 Nov 2013 01:28 AM PST SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta PAS memperkukuhkan pendidikan di negara ini sebagai hak asasi rakyat bagi memasti kehidupan masyarakat lebih terjamin Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khiruddin dalam ucapan beliau menjelaskan, kajian yang dilakukan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2012 mendapati masih ramai pelajar gagal untuk mengucap dua kalimah syahadah. Jelasnya, pendedahan ini amat merisaukan dan perlu ditangani dengan segera agar remaja lebih celik kepada ajaran agama Islam. "Kita ingin menekankan agar PAS memperkukuhkan pendidikan sebagai hak asasi rakyat, kajian Jakim di Sekolah Rendah di Kuala Lumpur dari lima kelas mendapat dua pelajar masih tidak tahu mengucap syahadah. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar: Majlis Syura Ulama disaran kaji kempen burukkan calon Posted: 23 Nov 2013 01:27 AM PST SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS Pusat mencadangkan supaya Majlis Syura Ulama mengkaji dan meneliti penyebaran kempen yang tidak sihat sehingga ke tahap memburuk-burukkan calon tertentu. Perwakilan DMPP, Ustazah Dr Asiah Ali menegaskan, kempen memburuk-burukkan calon itu amat bahaya jika tidak dibendung segera ia akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam PAS. Hal ini kerana kata beliau, menjelang pemilihan penyebaran sms di `whatsapp dan facebook' mengenai kempen untuk Jawatankuasa telah dilakukan secara tidak sihat. Dalam perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden katanya, jika ahli dan pimpinan PAS ingin menjadi sebahagian daripada mata rantai perjuangan maka wajib mereka mencerna Perlembagaan dan merencana gerakan selari dengan usaha-usaha yang dinyatakan dalam Perlembagaan PAS. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar: Bukan isu Erdogan dan ulama tapi Mr Arrogant Posted: 23 Nov 2013 01:25 AM PST Menurut perwakilannya, Hishamuddin Abdul Karim (gambar), Mr. Arrogant inilah yang telah muncul di dalam PAS dan menguasai diri dalam pimpinan parti itu sehingga merasai diri merekalah yang terbaik. "Tetapi sebenarnya pimimpin parti dan ahli PAS telah melahirkan Mr. Arrogant dalam diri. Bolehkah kita setia dan sayangkan jemaah mengatasi kepentingan diri sendiri. "Ya, saya menaruh keyakinan Arrogant telah menguasai sebilangan diri kita pada hari ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-59, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar: PAS diminta bentang laporan “post-mortem” PRU13 Posted: 23 Nov 2013 01:24 AM PST Seorang perwakilan PAS dari Johor hari ini mempersoal kelewatan PAS Pusat membentang laporan post-mortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun ia sudah berakhir enam bulan lepas. Firdaus Masood berkata pemimpin akar umbi berharap laporan itu dikeluarkan sebelum Muktamar PAS tetapi mereka masih belum menerimanya. Kegagalan mengeluarkan laporan itu secepat mungkin menyebabkan pemimpin dan anggota akar umbi tidak tahu mengenai (apa dilakukan) parti, katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 hari ini. "Sekarang ini, terlalu ramai pemimpin yang bercakap dan ia menimbulkan kecelaruan dalam kalangan anggota," katanya. Firdaus turut menyarankan PAS supaya menubuhkan badan pemikir bebas yang dianggotai kumpulan teknokrat, veteran PAS, golongan profesional dan ulama untuk menjadi kumpulan pendesak kepada pimpinan Pusat. Beliau turut mahu kepimpinan PAS pusat mengamalkan doktrin pembahagian kuasa di peringkat kepimpinan mereka supaya dapat memberi fokus dan membezakan kerja dan tanggungjawab di peringkat pusat atau negeri. – Bernama |
Konflik tahaluf siyasi diselesai secara dalaman - Presiden PAS Posted: 23 Nov 2013 01:00 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan