Khamis, 7 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Jamil Khir hang jangan la bohong

Posted: 07 Nov 2013 07:20 PM PST


Karnival Jualan Murah ini diadakan secara kebetulan sama dengan PRK Sg Limau - Jamil Khir

Ketika kempen pilihan raya kecil (PRK la) Sungai Limau baru saja berlalu, perkara paling menarik yang dilakukan oleh BN dalam usaha memenangi kerusi itu ialah dengan mengadakan karnival jualan murah di mana gula hanya dijual RM1 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula dijual dengan harga RM5 sahaja.
Harga pasaran gula setelah dimansuhkan subsidinya ialah RM2.84 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula ialah RM13.
Menariknya jualan murah itu ialah kerana ketika pembentangan Bajet 2014, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula ialah bertujuan mengurangkan pengidap penyakit kencing manis di kalangan rakyat yang dianggap tinggi ketika ini. Malangnya kerana kepentingan kerusi dan kuasa, BN jadi tunggang-langgang dan sanggup mengadakan jualan murah seolah-olah menggalakkan rakyat memakan lebih banyak gula daripada biasa.
Walaupun karnival jualan murah itu kemudiannya dihalalkan oleh SPR dengan mengatakan ia sama sekali tidak berunsur rasuah kerana pembeli tidak dipaksa untuk mengundi calon tertentu, tetapi akal yang waras tidaklah sukar memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat daripada  jualan murah gula dan beras itu.
Lagi pula, karnival itu diadakan untuk menyokong calon BN dan sudah pasti terdapat poster dacing serta gambar calon BN di sekitarnya. Tanpa disebut atau disuruh memangkah calon BN pun, pembeli sudah pasti tahu bahawa siapa yang mereka rasa terhutang budi kerana mengadakan jualan murah  beras dan gula itu.
Meskipun mungkin ada pembeli yang rasa tidak terikat untuk mengundi calon BN apabila membeli gula dan beras murah itu, bilangannya tentulah sangat kecil. Kebanyakannya akan membalas budi dengan undi, lebih-lebih lagi orang Melayu yang memang terkenal dengan sikap mengenang budi dan membalas budi.
Golongan yang tidak mahu terikat dengan budi, biasanya tidak akan singgah membeli gula dan beras murah itu. Mereka lebih rela membeli beras dan gula dengan harga biasa daripada menebalkan muka membeli barangan itu dan kemudian rasa terhutang budi pula sambil menambahkan pula kencing manis di kalangan ahli keluarga.
Apabila SPR mengeluarkan kenyataan yang jelas memperlihatkan kecondongannya kepada BN, ia sebenarnya  hanya menambahkan lagi persepsi gelap rakyat terhadap badan yang sepatutnya bebas dalam mengendalikan pilihan raya. SPR seharusnya lebih bijaksana, sesuai dengan kebijaksanaan rakyat yang semakin meningkat sekarang ini.
Hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Jamil Khir Baharom mengatakan,  jualan murah gula dan beras di Sungai Limau tempoh hari bukanlah kerana adanya pilihan raya dan ia hanya kebetulan saja diadakan ketika kempen pilihan raya.
Kata beliau lagi, "Jualan murah ini ada di mana-mana, di pasaraya juga selalu ada jualan murah. Jadi apa yang nak dihairankan. Hanya kebetulan saja jualan murah itu diadakan ketika kempen pilihan raya Sungai Limau".
Wah, wah...cantik sekali hujah politik orang agama dalam menegakkan benang basah! Kenapa perlu berbohong dan bukankah berbohong itu dilarang oleh agama? Sebagai pemimpin yang tahu agama, tahu halal haram, hukum berbohong itu bukankah lebih besar dosanya?
Kenapa susah sangat Jamil Khir mengaku bahawa jualan murah itu memang sebahagian daripada acara kempen pilihan raya BN? Mengaku sahajalah, kalau memang itu hakikatnya.
Memang benar jualan murah ada di mana-mana dan pasaraya juga kerap melakukannya tetapi belum pernah rasanya gula dan beras turut dijual murah. Biasanya jualan murah di kampung-kampung dan di mana saja hanya  melibatkan pakaian, barangan plastik, pinggan mangkuk dan sebagainya. Sejak lebih 56 tahun merdeka,belum pernah ada jualan murah gula dan beras kecuali di Sungai Limau.
Murahnya pula bukan kepalang. Gula hanya dijual RM1 sedangkan harga biasanya RM2.84 manakala beras pula hanya RM5 sedangkan harga biasanya RM13. Sudah tentu kalau bukan kerana pilihan raya dan maksud membeli undi, tiada siapa sanggup menjual harga semurah itu.
Siapa pun akan mengatakan karnival jualan murah gula dan beras itu adalah kerana kempen pilihan raya. Tidak ada maksud lain daripada itu kerana tidak ada peniaga yang sanggup rugi. Kalau betul bukan  kerana pilihan raya, buatlah karnival jualan murah yang serupa di tempat lain juga.
Kepada Jamil Khir, jadilah pemimpin agama yang baik janganlah berbohong. Lebih nampak hodohnya kalau pemimpin agama pun sudah pandai berbohong. Kerja-kerja bohong ini biarlah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin lain dalam Umno. – shahbudindotcom, 

dollah yankee

dollah yankee


2 beranak masih 'moody'

Posted: 06 Nov 2013 10:36 PM PST


Menurut sahabat dan rakan di pejabat MB Kedah di Wisma Darulaman, sampai pagi ini muka dan 'mood' Mukhriz tetap tak bagus semenjak keputusan PRK Sg.Limau hari itu.

Sebagai Jeneral dalam perang hati itu, Mukhriz kena lah tanggung semua benda. Biarpun dia telah menerima sokongan-sokongan yang 'endless' dari bermacam-macam benda dan berbagai sumber milik kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada PRK itu, sehinggakan dia juga sanggup dan akan jadikan DUN Sg.Limau itu sebagai 'anak angkat' dan dia sebagai 'bapa angkat'nya dan dia juga akan memberikan berbagai macam benda dan bantuan kepada orang-orang kampung disitu jika BN/umno berjaya rampas kerusi tersebut dari PAS. Namun orang-orang kampung 'tak lah bodoh sangat' macam Mat Maslan dan macam bini Mat Yo (Kah..Kah..Kah..) sebab orang-orang kampung semua sudah cukup masak dengan janji-janji yang sering di'capati'kan dan mereka juga mengamalkan apa yang dipanggil 'apa pun hang bagi kami ambil, undi tetap untuk untuk PAS'.

Ini kali ke-dua Mukhriz dan bapa dia dirundung malang. Dan dua kegagalan yang berturut-turut ini tak mudah dilupa semua orang dalam masa yang singkat.

Bapa Mukhriz lagi lah 'kecewa banget' kata orang jawa. 'Frust Menonggeng' kata orang-orang melayu. Sebab nya bapa dia sanggup turun ke kampung-kampung demi mahu memenangkan calon BN/umno dan membantu memulihkan kekecewaan Mukhriz yang kalah semasa pemilihan jawatan Naib Presiden hari itu.

Dan nampaknya kehadiran bapa dia disana semasa tiga empat hari-hari terakhir kempen juga langsung tidak mendapat sambutan. Pengaruh bapanya sebagai bekas PM, bekas Presiden umno, dan sebagai orang lama negeri Kedah, dalam kempennya ke kampung-kampung dalan DUN itu juga dilihat tidak membantu dan sudah lemah.

dollah yankee -
Mahathir sudah mula menyerang ... 



RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dr Maza: Berpolitik cara melampau tanpa memikirkan agama bangsa dan negara

Posted: 07 Nov 2013 07:37 AM PST

7 tahun berlalu, pembunuh Altantuya masih bebas dan KITA TAHU SIAPA MEREKA!

Posted: 07 Nov 2013 06:40 AM PST

KP Chee, Malaysia Chronicle
7 tahun berlalu, pembunuh Altantuya masih bebas dan KITA TAHU SIAPA MEREKA!Walaupun pengakuan terperinci telah diberi oleh Sirul Azhar bin Haji Umar (IC No: RF12559 ) tentang pembunuhan terancang yang dicatatkan dalam Laporan Polis No: 7380 /06 pada 9 November 2006 pada jam 1635 oleh Inspektor Nom Phot a/l Prack Dit, Mahkamah rayuan pada 23 Ogos tahun ini telah memutuskan untuk membiarkan kedua-dua Sirul Azhar dan pemberi arahan, Kapten Azilah Hadri bebas begitu sahaja.
Umum mengetahui bahawa Kapten Azilah Hadri adalah bekas polis dari unit elit UTK (Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia) dan pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri yang pada masa itu merupakan Datuk Seri Najib Razak. Dia telah dipanggil oleh Setiausaha peribadi Najib dan ketua keselamatan, DSP Musa Safri, selepas Abdul Razak Baginda melaporkan kepada kawan rapat yang juga rakan bisnes terbesarnya Najib Razak, bahawa dia telah diganggu oleh wanita Mongolia yang menuntut bahagian sogokannya daripada RM540 juta wang rasuah dari transaksi jual beli rahsia kapal selam dari Perancis.

Sirul Azhar menyatakan dalam kenyataan polis bahawa dia telah diarahkan oleh Azilah untuk membantu 'menguruskan' wanita bernama Aminah atau Altantuya Shaariibuu yang sering mengganggu seorang tokoh penting. Dia juga menambah bahawa ganjaran wang tunai sebanyak RM50, 000 -100,000 akan diberikan. Saya tidak pasti jika Sirul tahu siapa yang telah membuat tawaran itu, dan jika tahu sekalipun, apa sahaja nama yang disebutnya sudah pasti telah dipadam dari kenyataannya oleh pegawai-pegawai polis yang setia melindungi VVIP dalam Umno Baru.

Pernah buat 'kerja serupa' sebanyak 6 kali
Tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan kejam ialah Abdul Razak Baginda yang mengemukakan afidavit bersumpah yang ada menyebut bahawa dia telah memperincikan maklumat kepada Kapten Azilah Hadri mengenai masalah dengan si Altantuya.

Razak Baginda juga menambah bahawa Kapten Azilah memberi jaminan bahawa tugas itu akan segera diselesaikan dan dengan riaknya memberitahu bahawa sebelum ini dia pernah menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes yang serupa.

Tiada siapa yang waras akan mengaku melakukan pembunuhan kejam - lebih-lebih lagi apabila mangsa tidak dikenali olehnya dan adalah seorang wanita cantik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki Casanova yang rapat dengan ahli politik. Altantuya jelas bukanlah seorang penjenayah tegar. Siapa yang tergamak untuk menembak perempuan itu sebanyak dua kali dengan jarak dekat di kepala walaupun dia merayu untuk tidak di apa-apakan - termasuk anak dalam kandungan? Apa sahaja jenayah yang mungkin telah dilakukan, mengugut umpamanya, dia tetap berhak untuk dibicarakan di mahkamah. Setiap anggota polis tahu bahawa - atau sepatutnya tahu akan hak itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Tuan Ibrahim tarik diri tanding Timbalan Presiden

Posted: 07 Nov 2013 06:09 AM PST


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan sempena Muktamar ke-59 bermula 22 November ini.

Keputusan itu dinyatakan dalam satu kenyataan di facebook beliau sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden, iaitu jawatan yang pernah disandang beliau empat tahun lalu.

"Pada saya, jawatan (timbalan presiden) itu adalah sangat besar dan di luar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.

"Tambahan pula buat masa ini, saya masih diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Negeri Pahang, yang memerlukan tumpuan gerak kerja dan masa yang banyak bagi menghadapi PRU ke-14 akan datang.

"Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Keputusan penerimaan pencalonan

Terdahulunya, saya ucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya  dalam Mesyuarat Agung PAS kawasan masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Buku Iqra': 447 kesalahan, 18 tahun tiada pembetulan

Posted: 07 Nov 2013 05:46 AM PST



 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, mempersoal tindakan kerajaan yang sehingga kini masih belum membetulkan sejumlah 477 kesalahan dalam buku Iqra' yang diajar kepada pelajar sekolah kebangsaan dalam mata pelajaran pengajian al-Quran di seluruh negara.

Bercakap sewaktu membahaskan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ni, beliau berkata, tindakan itu memperlihatkan sikap tidak serius kerajaan, yang memandang remeh terhadap pendidikan Islam khususnya dalam pengajian al-Quran.

Beliau merujuk kepada satu kajian oleh aktivis pendidikan terhadap Buku Iqra' (cara cepat membaca Al-Quran) Rasm Uthmani, karangan Ustaz Haji As'ad Humam daripada Indonesia, yang didapati mengandungi 447 kesalahan dan kekeliruan.

"Kita kesal dengan sikap kerajaan yang seolah-olah memandang remeh soal pengajian Al-Quran.

"Kenapa buku Interlok ditarik balik hanya kerana ada perkataan 'paria', sedangkan dalam Buku Iqra' ada 447 kesalahan tapi terus dibiar untuk digunakan," katanya pada sidang media selepas itu.

Menurutnya, isu ini pernah dibangkit oleh ahli parlimen PAS ketika penggal lalu, namun sehingga kini, kesalahan dalam buku yang diguna sejak 18 tahun itu, tidak dibetulkan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS gesa siasat dalang MyKad palsu pendatang

Posted: 07 Nov 2013 05:45 AM PST


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat siasatan khas bagi mengenal pasti dalang sebenar yang memberi kad pengenalan (MyKad) palsu kepada pendatang asing.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kes-kes penemuaan pegawai keselamatan yang disahkan mempunyai MyKad palsu adalah amat besar.

"Kita dilaporkan terdapat kes-kes pengawal keselamatan yang ditangkap dan disahkan memiliki IC palsu dan ia merupakan satu kes besar.

"Kita mendesak kerajaan di bawah KDN membuat suatu siasatan serta kajian khas bagi mendalami isu ini supaya ia tidak berterusan, selain itu juga kerajaan perlu menyiasat siapa dalan sebenar dalam memberi IC palsu," jelasnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di lobi Parlimen.

Katanya lagi, sindiket itu telah terbukti menggugat kehidupan malah telah mengorban nyawa rakyat Malaysia.

"Ia tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh diselesaikan melalui proses pentadbiran biasa, membuat pemeriksaan syarikat keselamatan dan tangkap, sedangkan dalang sebenar kita tidak tahu siapa. Mereka tidak perlu dilindungi.
Read More / Baca Lagi >>

JPP: Kenapa Persekutuan nak langgar undang-undang?

Posted: 07 Nov 2013 05:33 AM PST


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendakwa Kerajaan Pusat melanggar Perlembagaan apabila menubuhkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, fungsi JPP yang dicadangkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah sama dengan tugas ahli majlis PBT.

Beliau berkata, JPP adalah tidak perlu memandangkan kerajaan negeri sudah berkuasa ke atas PBT.

"Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM63 juta untuk tubuh JPP, ini bagi saya memang adalah pelanggaran kepada peruntukan Perlembagaan.

"Kami perintah Kelantan 1990, Kerajaan Persekutuan tubuh JPP, kerajaan dalam kerajaan. Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) juga di bawah kerajaan negeri tapi Kerajaan Persekutuan buat juga JKKK.

"Sekarang kerajaan negeri lantik ahli majlis, Persekutuan pun lantik lagi. Jelas bercanggah dengan undang-undang dan bermotif politik.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada jalan mudah ke syurga

Posted: 07 Nov 2013 05:33 AM PST

Aspan Alias


Politik ini adalah satu permainan yang aneh. Politik terutamanya di sini, boleh menyatakan yang mustahil dan boleh memustahilkan yang nyata. Politik di sini benar-benar menjadi petunjuk yang dunia semakin hampir kepada kiamat. Perkara yang benar disalahkan dan yang salah pula dibenarkan. Maka kita hidup dalam keadaan yang amat keliru, dan kekeliruan itu boleh merosakkan agama dan pegangan kita apatah lagi kepada kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum ini.
Apabila pimpinan politik sudah keliru, maka kita lihat tindakan mereka itu sentiasa songsang dan meranapkan moral hidup bermasyarakat, bersosial dan beragama. Kekeliruan ini seolah-olah dirancang kerana semua yang terlibat dalam kancah kekeliruan ini, kecuali mereka yang masih teguh dengan iman ketuhanan serta yang cekal menghadapi perubahan negatif masyarakat ini.
Kalau hendak mendapatkan perubahan ke arah perubahan yang positif sekumpulan kecil yang masih kuat pegangan mereka dan tidak mampu diasuh dan diubah oleh kebatilan ini yang akan merobahnya. Kumpulan kecil inilah yang terpaksa bersabar dan menunggu waktu dan saat yang tepat untuk melakukan perubahan dan hanya Tuhan sahaja yang boleh menyempurnakan afa'alNya untuk perubahan melalui kumpulan ini.
Nyata sekali di dalam keadaan hari ini, kita mendengar dan melihat betapa kelirunya hidup jika tidak memahami keadaan kehidupan sebenarnya. Rakyat dan umat keliru dan dalam kita mengakui dunia sedang menghadapi kekalutan ekonomi yang juga melibatkan pendapatan negara kita juga, kita masih mendengar dan terbaca semua pihak diminta berkorban perkara-perkara yang telah dinikmati rakyat. Rakyat bersetuju kerana ini negara kita yang wajar dilakukan apa sahaja demi kebaikan negara tempat mereka berteduh ini.
Tetapi dalam masa yang sama kita melihat dan terbaca, pemimpin utama kita tidak rela melakukan pengorbanan malah telah menyediakan peruntukan berlipat kali ganda jumlahnya untuk menjadi Perdana Menteri dan menguruskan jabatan yang beliau ketuai itu. Najib seolah-olah mempunyai sikap terhadap rakyat seperti sikap 'kau buat apa yang aku suruh buat, jangan kau buat apa yang aku buat'.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor sah ambil alih 4 konsesi air

Posted: 07 Nov 2013 05:17 AM PST

Abdul Khalid Ibrahim 
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor dimuktamadkan untuk mengambil alih dan mengurus sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata surat rasmi yang diterima pada 9 September lepas daripada kerajaan persekutuan menunjukkan kesepakatan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan segera isu pengurusan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Benar, pengurusan Syabas telah diberikan kepada kerajaan negeri namun sekarang, kita masih berunding dengan pihak terlibat tentang bayaran dan nilai pengambilalihan tersebut.

"Jika rundingan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini, proses mengambil alih akan memakan sedikit masa...mungkin dalam tiga hingga enam bulan.

"Apa yang penting, para pekerja syarikat konsesi air itu tidak akan diberhentikan malah boleh bekerja seperti biasa cuma di bawah pentadbiran baharu saja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan BN mesti henti soal 'apa lagi Cina mahu?', kata MP BN

Posted: 07 Nov 2013 05:13 AM PST

Siapa Yang Berani: Putuskan hubungan dengan negara iktiraf Israel - OIC

Posted: 07 Nov 2013 03:30 AM PST

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak negara-negara anggota memutuskan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang mengiktiraf keputusan Israel menggabungkan Baitulmaqdis atau memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis.

Dalam satu kenyataan, OIC berkata isu itu yang ditonjolkan oleh Setiausaha Agung badan itu Ekmeleddin Ihsanoglu, adalah antara resolusi yang akan dibincangkan di sesi ke-40 mesyuarat Majlis Menteri Luar OIC pada Disember di Conakry, Guinea.

Ihsanoglu juga berkata sesi khas mengenai Baitulmaqdis akan diadakan di luar mesyuarat itu, bertujuan merencana sebuah visi tentang bagaimana pertubuhan 57 negara anggota itu dapat bertindak di pelbagai peringkat bagi menyekat pencabulan Israel di Baitulmaqdis.

Beliau berkata terdapat perakuan untuk menyelaras usaha Islam di Majlis Hak Asasi Manusia bagi menyekat percubaan Israel menghapuskan perkara tujuh agenda Majlis itu untuk memeriksa situasi hak asasi manusia di Palestin dan wilayah Arab lain yang ditakluki Israel.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tolak Peguam Negara yang dipersoal integritinya

Posted: 07 Nov 2013 03:28 AM PST


Negara tidak sepatutnya memiliki penasihat undang-undang utama yang dipersoalkan integritinya, kata PAS.
Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar), berkata walau apa pun muslihat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, PAS berpendapat kerajaan perlu membuka fail siasatan secara menyeluruh terhadap Abdul Gani.
"Mereka perlu mengkaji semula semua laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk dakwaan lain yang pernah dibuat ke atas Abdul Gani," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media bahawa Dr Mahathir sedang menekan Abdul Gani dalam siri pertemuannya dengan beberapa pihak beberapa bulan lalu.
Malaysiakini melaporkan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu dengan Dr Mahathir dan berbincang kedudukan Abdul Gani.
Hadir sama adalah bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusoff yang memberi taklimat kepada Dr Mahathir tentang isu tersebut.
Perbincangan juga berkisar salah laku yang dilakukan Abdul Gani termasuk pemalsuan bukti yang membabitkan kes Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Ia bermula apabila Mat Zain menerima panggilan mengejut daripada Shafee yang mahu berjumpa dengannya di kediaman merangkap pejabat di Bukit Tunku pada 10 Ogos.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Negara bertanggungjawab kes kehilangan Batu Puteh?

Posted: 07 Nov 2013 03:27 AM PST


 
Pada tahun 2008, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar bertitah kepada Dewan Undangan Negeri Johor: "Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu."

Lima tahun kemudian, seorang bekas pegawai tinggi polis menerajui usaha supaya kerajaan mengheret mereka yang didakwa bertanggungjawab atas kehilangan pulau itu.

Individu berkenaan adalah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim - seorang bekas pegawai polis yang kerjayanya berjalinan dengan politik selepas ditugaskan menyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

NONESejak bersara, Mat Zain telah memulakan misi peribadinya untuk menghantar surat terbuka kepada pihak berkuasa atasan, menggesa mereka mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang didakwa rasuah yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar.

Dan beliau melangkah setapak lagi, kali ini mengenai kes Batu Puteh - atau Pedra Branca menurut Putrajaya - dengan membuat satu akuan bersumpah (SD) mengenai maklumat baru yang diterimanya mengenai perkara itu.

Malaysiakini melihat SD tersebut dan telah dimaklumkan oleh Mat Zain bahawa salinannya telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Gesa tubuh RCI
Read More / Baca Lagi >>

Jadi pemimpin agama janganlah berbohong

Posted: 07 Nov 2013 03:25 AM PST

Shahbudin Husin

Ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau baru saja berlalu, perkara paling menarik yang dilakukan oleh BN dalam usaha memenangi kerusi itu ialah dengan mengadakan karnival jualan murah di mana gula hanya dijual RM1 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula dijual dengan harga RM5 sahaja.
Harga pasaran gula setelah dimansuhkan subsidinya ialah RM2.84 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula ialah RM13.
Menariknya jualan murah itu ialah kerana ketika pembentangan Bajet 2014, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula ialah bertujuan mengurangkan pengidap penyakit kencing manis di kalangan rakyat yang dianggap tinggi ketika ini. Malangnya kerana kepentingan kerusi dan kuasa, BN jadi tunggang-langgang dan sanggup mengadakan jualan murah seolah-olah menggalakkan rakyat memakan lebih banyak gula daripada biasa.
Walaupun karnival jualan murah itu kemudiannya dihalalkan oleh SPR dengan mengatakan ia sama sekali tidak berunsur rasuah kerana pembeli tidak dipaksa untuk mengundi calon tertentu, tetapi akal yang waras tidaklah sukar memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat daripada  jualan murah gula dan beras itu.
Lagi pula, karnival itu diadakan untuk menyokong calon BN dan sudah pasti terdapat poster dacing serta gambar calon BN di sekitarnya. Tanpa disebut atau disuruh memangkah calon BN pun, pembeli sudah pasti tahu bahawa siapa yang mereka rasa terhutang budi kerana mengadakan jualan murah  beras dan gula itu.
Meskipun mungkin ada pembeli yang rasa tidak terikat untuk mengundi calon BN apabila membeli gula dan beras murah itu, bilangannya tentulah sangat kecil. Kebanyakannya akan membalas budi dengan undi, lebih-lebih lagi orang Melayu yang memang terkenal dengan sikap mengenang budi dan membalas budi.
Golongan yang tidak mahu terikat dengan budi, biasanya tidak akan singgah membeli gula dan beras murah itu. Mereka lebih rela membeli beras dan gula dengan harga biasa daripada menebalkan muka membeli barangan itu dan kemudian rasa terhutang budi pula sambil menambahkan pula kencing manis di kalangan ahli keluarga.
Apabila SPR mengeluarkan kenyataan yang jelas memperlihatkan kecondongannya kepada BN, ia sebenarnya  hanya menambahkan lagi persepsi gelap rakyat terhadap badan yang sepatutnya bebas dalam mengendalikan pilihan raya. SPR seharusnya lebih bijaksana, sesuai dengan kebijaksanaan rakyat yang semakin meningkat sekarang ini.
Hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Jamil Khir Baharom mengatakan,  jualan murah gula dan beras di Sungai Limau tempoh hari bukanlah kerana adanya pilihan raya dan ia hanya kebetulan saja diadakan ketika kempen pilihan raya.
 (Doa Ulama Umno Telah Di Makbulkan)

Kata beliau lagi, "Jualan murah ini ada di mana-mana, di pasaraya juga selalu ada jualan murah. Jadi apa yang nak dihairankan. Hanya kebetulan saja jualan murah itu diadakan ketika kempen pilihan raya Sungai Limau".
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: PAS tolak dakwaan MCA Kedah

Posted: 07 Nov 2013 03:21 AM PST

PAS menolak dakwaan MCA Kedah kononnya pengundi Cina lari meninggalkan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau baru-baru ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata pengundi Cina kekal sebagaimana pilihan raya umum lalu manakala sebahagian daripada mereka tidak keluar mengundi.
"Jika benar dakwaan MCA itu bermakna undi Melayu untuk Umno turun mendadak. Apakah Umno bersetuju," kata Mahfuz.
Mahfuz berkata, sebahagian kecil pengundi Cina yang mengundi PAS dalam pilihan raya lalu mengambil jalan selamat kali ini selepas dikelilingi oleh tukang kempen BN khasnya MCA sepanjang kempen.
"Sebahagian mereka memang tidak keluar mengundi kerana menjaga kepentingan mereka dengan BN. Mereka takut jika BN tahu mereka mengundi PAS, mereka akan susah," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya undi Cina untuk BN meningkat dalam PRK Sungai Limau.
Bakal Exco Kedah dari MCA,  Dr Leong Yong Kong dalam kenyataannya kepada media Cina, berkata BN berjaya mendapat 75.27 % undi Cina dalam PRK Sungai Limau iaitu 892 undi daripada 1,185 pengundi Cina yang membuang undi dalam PRK itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pengundi Cina kembali ke pangkuan BN?

Posted: 07 Nov 2013 03:18 AM PST



Sementara pengundi Cina dilihat mengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau pada Isnin, ia tidak bermakna pendirian politik mereka telah berubah khasnya sekarang ini.
Ahli politik serta penganalisis politik masih berwaspada dengan perkembangan ini dan percaya masih terlalu awal untuk mengatakan yang masyarakat Cina kini telah kembali ke pangkuan BN.
Lagipun, sentimen PRK ini jauh berbeza daripada sentimen yang dialami oleh komuniti itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU).
Pada PRK itu, PAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samat, 37, meraih 12,069 undi sementara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, mendapat 10,985 undi.
Bagaimanapun, kali ini PAS hanya mampu memperolehi majoriti 1,084 undi di kubu kuatnya sejak 1995 itu berbanding majoriti 2,774 undi yang diperolehinya semasa GE13 pada Mei khasnya kerana bilangan keluar mengundi yang lebih rendah selain sebahagian besar undi masyarakat Cina berpihak kepada BN.
Parti-parti komponen BN yang berasaskan masyarakat Cina iaitu MCA dan Gerakan dengan cepat menunjukkan bahawa keputusan di lima pusat mengundi  - Simpang Tiga, Sg Limau, Kabu Sepuloh, Batu Enam Belas and Kampung Titi Batu -  menunjukkan lebih 70% daripada 1,842 pengundi Cina memilih BN.
Adakah keadaan memihak kepada BN?
Timbalan Presiden Gerakan Dr Cheah Soon Hai yang juga Ketua Gerakan Kedah dalam menjelaskan lanjut berkata bahawa 208 daripada 295 pengundi Cina yang mengundi di Batu Enam Belas memilih BN. Ini menunjukkan 70% sokongan Cina bagi BN.
Pada masa yang sama, di Sungai Limau Dalam, 480 daripada 605 pengundi Cina memilih BN (79%) sementara di Simpang Tiga 204 daripada 285 pengundi Cina memilih BN (71%).
Read More / Baca Lagi >>

Bazir Wang Rakyat: MP PR cadang PM, TPM guna pesawat komersial

Posted: 07 Nov 2013 03:16 AM PST

Ahli Parlimen PR mencadangkan supaya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk penerbangan domestik.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mendakwa, kerajaan telah membelanjakan RM489 ribu bagi setiap penerbangan yang dilakukan setiap hari pada 2012.

Menurutnya, perbelanjaan tersebut adalah pembaziran keterlaluan yang melibatkan perbelanjaan kerajaan.

"Penerbangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut melibatkan penerbangan domestik yang boleh dikurangkan perbelanjaannya dengan menggunakan pesawat komersial.

"Setiap kali Perdana Menteri naik kapal terbang, kosnya adalah RM489,000 untuk setiap penerbangan. Jumlah ini adalah melibatkan 372 penerbangan tahun lalu seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim.

Read More / Baca Lagi >>

SPR: Mana ada pengundi hantu di Sungai Limau

Posted: 07 Nov 2013 03:12 AM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan wujudnya pengundi hantu di PRK Dun Sungai Limau pada 4 November lalu.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,  dakwaan kononnya wujud pengundi haru itu hanyalah 'salah tanggapan' semata-mata.

"Pada SPR tiada istilah pengundi hantu.

"… apa yang berlaku sebenarnya ialah pengundi tersebut mendaftar sebagai pengundi di Dun Sungai Limau, namun pengundi tersebut telah berpindah tetapi tidak memaklumkan hal tersebut kepada SPR," katanya ketika di hubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian menggulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim yang mendakwa pada PRK lalu, terdapat pengundi yang tidak dapat dikesan kerana alamat tidak sama dengan tempat pembuangan undi.

Sehubungan itu, Shahidan mendakwa wujudnya "pengundi hantu" di Dun Sungai Limau.

Read More / Baca Lagi >>

Ada Berani: PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain..bukan masa PRK jer..!!!

Posted: 07 Nov 2013 03:10 AM PST

'Mana boleh kebetulan...Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama.'

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain.
Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan.
"Mana boleh kebetulan…Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama," katanya dalam perbualan telefon.
Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja.
"Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana," cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan.
Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN.
Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13.
Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi.
Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

NFC: ‘Muhyiddin should have resigned with Shahrizat’

Posted: 07 Nov 2013 03:07 AM PST

PKR's Zuraida Kamaruddin says Muhyiddin was negligent and not transparent in awarding the NFC project to Shahrizat's family.

KUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin should have stepped down following the exposé of the National Feedlot Centre (NFC) scandal as he was the Agriculture and Agro-Based Industry Minister who awarded project to a company with no capability, Ampang MP Zuraida Kamaruddin said today.
The PKR leader said Muhyiddin had been negligent and acted without any transparency in awarding the NFC project to a company (NFCorp) which was not experienced.
"No consideration was given to the code of ethics on conflict of interest between family members in receiving loans from the government.
"He should have taken responsibility for awarding the contract and resigned immediately," she said.
Yesterday, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) revealed that the allegations against the NFC scandal were indeed true.
It said the Agriculture Ministry had awarded the project to a company which had no technical or financial capabilities.
The NFC project was awarded to NFCorp, run by the husband and children of then cabinet minister Shahrizat Abdul Jalil.
Read More / Baca Lagi >>

PR Ulang Gesa Hentikaan TPPA

Posted: 07 Nov 2013 02:31 AM PST

Hakka makan Hakka, kata penduduk

Posted: 07 Nov 2013 02:22 AM PST

Kerajaan perlu tangguh GST, kaji pendapatan golongan sederhana dan rendah - MTUC

Posted: 07 Nov 2013 02:20 AM PST

MP DAP Segambut & PKR Sungai Petani Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Posted: 07 Nov 2013 02:18 AM PST

MP PAS Shah Alam Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Posted: 07 Nov 2013 02:11 AM PST

MP DAP Seputeh Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Posted: 07 Nov 2013 02:09 AM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


VIDEO MELAYU MESTI TONTON: HIDUP MELAYU....PASAI HANGPA @#$%^&*

Posted: 07 Nov 2013 03:29 PM PST

Terbongkar lagi.. NAJIB TIDAK SEBUT pun pemotongan beberapa dalam Bajet 2014 dalam ucapannya... Akhirnya DSAI bongkar satu persatu pemotongan tersebut..











Pembangunan kesihatan luar bandar DIPOTONG RM130 juta....
 DIPOTONG PULA Institut Kemahiran MARA RM50 juta, HIDUP MELAYU!!!...
DIPOTONG LAGI bekalan elektrik luar bandar RM47 juta...
DIPOTONG LAGI bekalan air luar bandar RM136 juta...
DIPOTONG LAGI Jabatan Kemajuan Orang Asli RM24 juta.. Nampaknya bulat2 meLAYU Kena Tipu Sama meLAYU.....


Sebab tulah Najib lari ke London kerana tak berani nak bersemuka dan bersidang di Parlimen nak menghadap pembangkang terutama dengan Ketua Pembangkang DSAI dalam Bahas Rang Undang-Undang Peberkalan 2014...

Ini la sebabnya tidak disiar dalam dlm RTM 1, RTM 2, TV3 atau media elektronik lain perbahasan penuh di Parlimen kerana UMNO takut informasi yg telus rakyat dapat menilai, media2 dari suku sakat UMNO hanya ambil sekerat dan di reka ulasan sehingga rakyat jadi keliru.

Kalau dah sifat pemimpin yg mereka pilih hanya berani fitnah bila ajak berhujah semua pakat kecut apa lagi Geng Otak Karat Biru saban masa duk jaja auta putar belit fitnah berpisah tiada..


Suhaimi Said dua kali ditahan di bawah ISA

Posted: 07 Nov 2013 02:51 PM PST


Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.
PETALING JAYA: Sekitar tahun 1980an, nama Suhaimi Said yang sinonim dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) begitu popular. Sebagai peguam yang aktif dalam parti pembangkang, beliau mudah diminta sebarang komen untuk mana-mana akhbar tabloid.
Beliau memulakan karier politiknya dalam PSRM kemudiannya menyertai PAS, UMNO dan berakhir dengan PKR. Beliau menyertai Umno bersama Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang keluar dari PAS.
Semalam Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR itu kembali ke rahmatullah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat  PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.
Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu kerana disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakang.
Sebagai seorang peguam, Suhaimi banyak membantu memperjuangkan nasib warga Felda sejak tahun 1980-an dan terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Lubuk Merbau, Kedah ketika bergerak aktif dalam PAS.
Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika bergiat di dalam PAS.
Anak kelahiran Kampung Lubok Kawah, Temerloh,  beliau dilahirkan pada 8 Disember 1944.
Beliau adalah anak kepada pejuang Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Allahyarham memulakan karier politik dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM)  sebelum menyertai PAS.
Ketika bergiat aktif dalam PAS, Suhaimi memperjuangkan hak pemilikan individu untuk peneroka Felda yang dibelenggu Akta Penempatan Berkelompok (GSA) .
Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.
Di Melaka beliau menubuhkan banyak cawangan PAS dan mewujudkan Gagasan Selatan-Selatan membabitkan PAS Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.  Keadaan ini amat merunsing pemimpin Umno Melaka yang ketika itu diterajui Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Beliau sekali lagi ditahan di bawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.
Konflik dalaman PAS ekoran tindakan bekas Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaei meninggalkan PAS dan menyertai Umno turut mengheret Suhaimi.
Allahyarham menyertai Umno dan bergiat aktif di peringkat bahagian tetapi kemudian menyepikan diri.
Menyifatkan penyertaannya dalam Umno sebagai satu kesilapan besar dalam kerjaya politiknya, Suhaimi kemudian meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali.  Takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said. Alfatihah.

RANGKUMAN BERITA HARI INI.

Posted: 07 Nov 2013 02:49 PM PST

Dok kutuk Anwar...Suaram...Malaysiakini...Gabungan BERSIH...
Kini terdedah dlm Pentabiran Najib ada perisik CIA...bkn calang-calang  jabatan...tetapi di Jabatan Peguam Negara...
KITA DOA KAN SEMOGA TUN DR MAHATHIR...PANJANG UMURNYA HINGGA PRU14..KERANA "MELAYU MUDAH LUPA".
 
  PERSIDANGAN SOSIALISME
 
Persidangan SOSIALISME 2013 kembali lagi. Kali ini membawa topik perbincangan hangat mengenai model alternatif kepada sistem kapitalisme dan gerakan massa di dunia dan Malaysia.

Antara topik adalah Sosialisme Sebagai Alternatif, Pergolakan di Timur Tengah, Gerakan Kiri di Malaysia, Mengimbas Kembali Parti Komunis Malaya dan Arah Tuju Selepas PRU Ke-13

Daftar Sekarang !!!!
 

PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain

Ikhwan Zulkaflee | November 7, 2013
'Mana boleh kebetulan...Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama.'
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain.
Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan.
"Mana boleh kebetulan…Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama," katanya dalam perbualan telefon.

Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja.
"Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana," cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan.

Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN.

Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13.

Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi.

Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


Wartawan Suara Keadilan diusir Timbalan Pengarah PTG

Posted: 07 Nov 2013 03:38 AM PST

Wartawan Suara Keadilan diusir Timbalan Pengarah PTG

KUALA LUMPUR 29 OKT: Seorang wartawan akhbar Suara Keadilan pagi ini diusir dari membuat liputan perbincangan antara penduduk dengan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan berhubung perobohan rumah mereka di Kampung Chubadak, Sentul, 23 Oktober lalu.
Seorang lagi wartawan dari Harakah turut dikenakan tindakan serupa.


Abdul Aziz tidak mahu memulakan perbincangan selagi wartawan tidak keluar dari bilik mesyuarat tersebut.
Abdul Aziz tidak mahu memulakan perbincangan selagi wartawan tidak keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

Kedua-dua mereka pada awalnya dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat di bangunan Rumah Persekutuan itu di Jalan Sultan Hishammudin, kira-kira 9.15 pagi bersama sekumpulan penduduk tetapi dihalang dan diusir oleh Timbalan Pengarah PTG, Abdul Aziz Ismail.

Insiden itu berlaku sebaik Abdul Aziz mengetahui terdapat media di kalangan kumpulan penduduk terlibat.
"Pertama sekali saya tak nak bincang dengan surat khabar. Tak boleh. Kita mahu bincang dengan penduduk sahaja. Kita tak nak bincang dengan surat khabar. Tak selesai isu. Dengan penduduk lebih selesa," katanya.
Ditanya adakah perbincangan tidak akan diteruskan selagi media bersama kumpulan berkenaan, Abdul Aziz bertegas enggan memberi kerjasama.

"Tak boleh. Tak boleh langsung pegawai kerajaan buat statement (kenyataan) dengan surat khabar. Terus dikenakan tindakan tatatertib.

"Memang saya tutup (perbincangan). Saya tak nak diri saya kena tatatertib. Saya nak pencen dah. Saya tak nak bincang dengan surat khabar.

"Kalau saya jadi YB tak apa. Tapi saya tak cenderung jadi YB," kata Abdul Aziz sekali lagi mengarahkan wartawan beredar dari mengikuti perbualan mereka.

Dalam pertemuan itu, penduduk diwakili Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Abdul Aziz pula ditemani dua pegawai lain.

Perbincangan yang diteruskan tanpa liputan media itu selesai selepas lebih sejam.
robohRabu lalu, beberapa rumah keluarga di Kampung Chubadak musnah dirobohkan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan bantuan polis.

Perobohan dijalankan tanpa sebarang notis atau arahan daripada mahkamah.
Lebih malang, perobohan atas arahan PTG itu diteruskan walaupun penduduk tidak sempat memindahkan barang mereka mengakibatkan kebanyakannya rosak.

Dianggarkan 80 anggota penguatkuasa dan polis bersama tiga jentolak menjalankan operasi meroboh dua rumah serta merosakkan sebuah rumah penduduk di kawasan itu.


Suara Keadilan edisi hari ini memaparkan dua muka penuh liputan kezaliman kerajaan meranapkan rumah penduduk terlibat dan kesengsaraan ditanggung mereka. Dapatkan di pasaran sekarang.