dollah yankee |
Posted: 06 Nov 2013 10:36 PM PST Menurut sahabat dan rakan di pejabat MB Kedah di Wisma Darulaman, sampai pagi ini muka dan 'mood' Mukhriz tetap tak bagus semenjak keputusan PRK Sg.Limau hari itu. Sebagai Jeneral dalam perang hati itu, Mukhriz kena lah tanggung semua benda. Biarpun dia telah menerima sokongan-sokongan yang 'endless' dari bermacam-macam benda dan berbagai sumber milik kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada PRK itu, sehinggakan dia juga sanggup dan akan jadikan DUN Sg.Limau itu sebagai 'anak angkat' dan dia sebagai 'bapa angkat'nya dan dia juga akan memberikan berbagai macam benda dan bantuan kepada orang-orang kampung disitu jika BN/umno berjaya rampas kerusi tersebut dari PAS. Namun orang-orang kampung 'tak lah bodoh sangat' macam Mat Maslan dan macam bini Mat Yo (Kah..Kah..Kah..) sebab orang-orang kampung semua sudah cukup masak dengan janji-janji yang sering di'capati'kan dan mereka juga mengamalkan apa yang dipanggil 'apa pun hang bagi kami ambil, undi tetap untuk untuk PAS'. Ini kali ke-dua Mukhriz dan bapa dia dirundung malang. Dan dua kegagalan yang berturut-turut ini tak mudah dilupa semua orang dalam masa yang singkat. Bapa Mukhriz lagi lah 'kecewa banget' kata orang jawa. 'Frust Menonggeng' kata orang-orang melayu. Sebab nya bapa dia sanggup turun ke kampung-kampung demi mahu memenangkan calon BN/umno dan membantu memulihkan kekecewaan Mukhriz yang kalah semasa pemilihan jawatan Naib Presiden hari itu. Dan nampaknya kehadiran bapa dia disana semasa tiga empat hari-hari terakhir kempen juga langsung tidak mendapat sambutan. Pengaruh bapanya sebagai bekas PM, bekas Presiden umno, dan sebagai orang lama negeri Kedah, dalam kempennya ke kampung-kampung dalan DUN itu juga dilihat tidak membantu dan sudah lemah. dollah yankee - Mahathir sudah mula menyerang ... |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan