WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- VIDEO MELAYU MESTI TONTON: HIDUP MELAYU....PASAI HANGPA @#$%^&*
- Suhaimi Said dua kali ditahan di bawah ISA
- RANGKUMAN BERITA HARI INI.
- Wartawan Suara Keadilan diusir Timbalan Pengarah PTG
VIDEO MELAYU MESTI TONTON: HIDUP MELAYU....PASAI HANGPA @#$%^&* Posted: 07 Nov 2013 03:29 PM PST Terbongkar lagi.. NAJIB TIDAK SEBUT pun pemotongan beberapa dalam Bajet 2014 dalam ucapannya... Akhirnya DSAI bongkar satu persatu pemotongan tersebut.. Pembangunan kesihatan luar bandar DIPOTONG RM130 juta.... DIPOTONG PULA Institut Kemahiran MARA RM50 juta, HIDUP MELAYU!!!... DIPOTONG LAGI bekalan elektrik luar bandar RM47 juta... DIPOTONG LAGI bekalan air luar bandar RM136 juta... DIPOTONG LAGI Jabatan Kemajuan Orang Asli RM24 juta.. Nampaknya bulat2 meLAYU Kena Tipu Sama meLAYU..... Sebab tulah Najib lari ke London kerana tak berani nak bersemuka dan bersidang di Parlimen nak menghadap pembangkang terutama dengan Ketua Pembangkang DSAI dalam Bahas Rang Undang-Undang Peberkalan 2014... Ini la sebabnya tidak disiar dalam dlm RTM 1, RTM 2, TV3 atau media elektronik lain perbahasan penuh di Parlimen kerana UMNO takut informasi yg telus rakyat dapat menilai, media2 dari suku sakat UMNO hanya ambil sekerat dan di reka ulasan sehingga rakyat jadi keliru. Kalau dah sifat pemimpin yg mereka pilih hanya berani fitnah bila ajak berhujah semua pakat kecut apa lagi Geng Otak Karat Biru saban masa duk jaja auta putar belit fitnah berpisah tiada.. |
Suhaimi Said dua kali ditahan di bawah ISA Posted: 07 Nov 2013 02:51 PM PST Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu. PETALING JAYA: Sekitar tahun 1980an, nama Suhaimi Said yang sinonim dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) begitu popular. Sebagai peguam yang aktif dalam parti pembangkang, beliau mudah diminta sebarang komen untuk mana-mana akhbar tabloid.Beliau memulakan karier politiknya dalam PSRM kemudiannya menyertai PAS, UMNO dan berakhir dengan PKR. Beliau menyertai Umno bersama Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang keluar dari PAS. Semalam Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR itu kembali ke rahmatullah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu. Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu kerana disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakang. Sebagai seorang peguam, Suhaimi banyak membantu memperjuangkan nasib warga Felda sejak tahun 1980-an dan terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Lubuk Merbau, Kedah ketika bergerak aktif dalam PAS. Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika bergiat di dalam PAS. Anak kelahiran Kampung Lubok Kawah, Temerloh, beliau dilahirkan pada 8 Disember 1944. Beliau adalah anak kepada pejuang Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Allahyarham memulakan karier politik dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) sebelum menyertai PAS. Ketika bergiat aktif dalam PAS, Suhaimi memperjuangkan hak pemilikan individu untuk peneroka Felda yang dibelenggu Akta Penempatan Berkelompok (GSA) . Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka. Di Melaka beliau menubuhkan banyak cawangan PAS dan mewujudkan Gagasan Selatan-Selatan membabitkan PAS Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Keadaan ini amat merunsing pemimpin Umno Melaka yang ketika itu diterajui Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Beliau sekali lagi ditahan di bawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan. Konflik dalaman PAS ekoran tindakan bekas Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaei meninggalkan PAS dan menyertai Umno turut mengheret Suhaimi. Allahyarham menyertai Umno dan bergiat aktif di peringkat bahagian tetapi kemudian menyepikan diri. Menyifatkan penyertaannya dalam Umno sebagai satu kesilapan besar dalam kerjaya politiknya, Suhaimi kemudian meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali. Takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said. Alfatihah. |
Posted: 07 Nov 2013 02:49 PM PST |
Wartawan Suara Keadilan diusir Timbalan Pengarah PTG Posted: 07 Nov 2013 03:38 AM PST Wartawan Suara Keadilan diusir Timbalan Pengarah PTGKUALA LUMPUR 29 OKT: Seorang wartawan akhbar Suara Keadilan pagi ini diusir dari membuat liputan perbincangan antara penduduk dengan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan berhubung perobohan rumah mereka di Kampung Chubadak, Sentul, 23 Oktober lalu.Seorang lagi wartawan dari Harakah turut dikenakan tindakan serupa. Kedua-dua mereka pada awalnya dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat di bangunan Rumah Persekutuan itu di Jalan Sultan Hishammudin, kira-kira 9.15 pagi bersama sekumpulan penduduk tetapi dihalang dan diusir oleh Timbalan Pengarah PTG, Abdul Aziz Ismail. Insiden itu berlaku sebaik Abdul Aziz mengetahui terdapat media di kalangan kumpulan penduduk terlibat. "Pertama sekali saya tak nak bincang dengan surat khabar. Tak boleh. Kita mahu bincang dengan penduduk sahaja. Kita tak nak bincang dengan surat khabar. Tak selesai isu. Dengan penduduk lebih selesa," katanya. Ditanya adakah perbincangan tidak akan diteruskan selagi media bersama kumpulan berkenaan, Abdul Aziz bertegas enggan memberi kerjasama. "Tak boleh. Tak boleh langsung pegawai kerajaan buat statement (kenyataan) dengan surat khabar. Terus dikenakan tindakan tatatertib. "Memang saya tutup (perbincangan). Saya tak nak diri saya kena tatatertib. Saya nak pencen dah. Saya tak nak bincang dengan surat khabar. "Kalau saya jadi YB tak apa. Tapi saya tak cenderung jadi YB," kata Abdul Aziz sekali lagi mengarahkan wartawan beredar dari mengikuti perbualan mereka. Dalam pertemuan itu, penduduk diwakili Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Abdul Aziz pula ditemani dua pegawai lain. Perbincangan yang diteruskan tanpa liputan media itu selesai selepas lebih sejam. Rabu lalu, beberapa rumah keluarga di Kampung Chubadak musnah dirobohkan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan bantuan polis. Perobohan dijalankan tanpa sebarang notis atau arahan daripada mahkamah. Lebih malang, perobohan atas arahan PTG itu diteruskan walaupun penduduk tidak sempat memindahkan barang mereka mengakibatkan kebanyakannya rosak. Dianggarkan 80 anggota penguatkuasa dan polis bersama tiga jentolak menjalankan operasi meroboh dua rumah serta merosakkan sebuah rumah penduduk di kawasan itu. Suara Keadilan edisi hari ini memaparkan dua muka penuh liputan kezaliman kerajaan meranapkan rumah penduduk terlibat dan kesengsaraan ditanggung mereka. Dapatkan di pasaran sekarang. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan