Sabtu, 26 Oktober 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anwar Ibrahim: Isu Lawatan Ke Luar Negara

Posted: 26 Oct 2013 09:31 PM PDT

Anwar Ibrahim: Kerajaan Nak Buat GST Sebab Wang Tak Ada Sekarang

Posted: 26 Oct 2013 09:13 PM PDT

Khalid Samad: GST Membebankan Rakyat

Posted: 26 Oct 2013 09:12 PM PDT

SG LIMAU: MEDIA UMNO MENIPU CAKAP 86 PENYOKONG PR TUKAR HALUAN MENYOKONG UMNO/BN!!

Posted: 26 Oct 2013 08:48 PM PDT

Seorang pemuda bernama Hassan terkejut besar apabila rakaman gambar dirinya sedang bersalaman dengan pemimpin UMNO dei DUN Sg Limau telah digunakan oleh media rasmi lidah biawak UMNO dengan menyatakan beliau dan 86 orang lain telah keluar PAS masuk UMNO, sedangkan rakaman gambar itu tidak ada kena mengena dengan apa yang dihebohkan.

UMNO DAN TIPU LANGSUNG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.
 
 

Utusan Malaysia mahu PAS gantikan Khalid sebagai MB Selangor, bukan Azmin

Posted: 26 Oct 2013 08:36 PM PDT


Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mempersoalkan keengganan PAS menyertai kepimpinan tertinggi negeri Selangor setelah wujud perselisihan dalaman PKR bagi memilih Menteri Besar Selangor yang paling layak.
Beliau berkata desas-desus bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali (gambar) tidak lama lagi.
"Awang tertanya-tanya mengapa PAS tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar? Adakah PAS tidak cukup keyakinan untuk menggalas teraju kepimpinan dengan sekadar jadi pengekor?
"Adakah parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menentang habis-habisan jika PAS mengambil tindakan sedemikian? Kebanyakan pemimpin PAS negeri juga dikatakan lebih condong kepada Khalid.
"Isu ini sedang hangat diperkatakan dalam PKR. Bagaimanapun khabarnya Khalid enggan berundur walaupun didesak oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
Menurut Awang Selamat, pihak yang menyokong Abdul Khalid kurang senang dengan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kerana mereka berpendapat kejayaan pakatan pembangkang mempertahankan Selangor turut disumbangkan oleh faktor kepimpinan Menteri Besar Selangor itu.
Katanya, beberapa pemimpin PKR Selangor yang menyokong Azmin mahukan Anwar lebih tegas melakukan perubahan kepada jawatan Menteri Besar.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Malaysia: Politik Cina melampau dan bahaya

Posted: 26 Oct 2013 07:22 PM PDT

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini meneruskan serangan terhadap masyarakat Cina apabila melabelkan kaum itu tidak suka ditegur dan mengatakan pendekatan politik mereka sudah melampau dan berbahaya hasil pengamatan dari sebuah buku 'The Chinese Dilemma', tulisan Ye Lin Shing.
Menurut kolumnisnya Awang Selamat, penulis buku itu tidak malu untuk mengakui orang Cina Malaysia bersikap tidak adil terhadap orang Melayu malah katanya, masyarakat Cina taksub menyokong parti ekstrem DAP serta mahu menuntut hak sama rata dengan orang Melayu.
"Rumusan yang boleh dibuat dari buku tersebut, orang Cina di negara ini lebih beruntung berbanding negara lain tetapi masih tidak bersyukur. Penulis menekankan bagaimana sikap pemurah orang Melayu dalam kontrak sosial sebelum merdeka membolehkan kaum Cina mendapat kerakyatan.
"Masyarakat Cina Malaysia juga perlu menghayati nasib dialami warga Cina di Vietnam menjadi orang hanyut dipaksa meninggalkan negara itu serta kaum Cina di Kemboja yang ramai daripada mereka dibunuh atau dihalau.
"Penduduk Cina di Indonesia turut mengalami nasib sama apabila identiti mereka dihapuskan, begitu juga di Filipina, yang kaum Cina dinafikan kerakyatan mereka,'' katanya.
Awang Selamat berkata, buku tersebut menjadi sangat relevan untuk dibaca terutama pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan tsunami kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Dua-dua dapat untung, kata pengampu

Posted: 26 Oct 2013 07:19 PM PDT

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 2015 akan memberi impak menang-menang kepada kerajaan dan rakyat.

Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, pelaksanaan GST secara asasnya untuk menyenangkan rakyat, di samping melebarkan cukai kepada semua kelompok rakyat.

Cukai yang dipungut itu katanya dapat membantu kerajaan menjana ekonomi negara yang kemudiannya dikembalikan dalam bentuk pembangunan kepada rakyat sebagai timbal balik dalam usaha  menuju negara berpendapatan tinggi.

"Asasnya, kedua-dua rakyat dan negara pasti akan untung.

"Rakyat akan menyumbang kepada pendapatan cukai negara.

"Kerajaan pula akan memikirkan bagaimana cukai itu perlu digunakan, namun dalam pada itu, kerajaan perlu memikirkan keuntungan rakyat juga untuk membentuk kestabilan negara," katanya kepada Sinar Harian.

Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014: Untuk rakyat, dari rakyat

Posted: 26 Oct 2013 06:37 PM PDT

Firman Allah, maksudnya: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Al-A'raf: 96)

Bajet tahunan kerajaan (annual budget) adalah instrumen utama dalam urustadbir fiskal negara yang memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi tahun mendatang.

Komponen utama sesebuah belanjawan adalah sumber pendapatan (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang) demi mencapai objektif utama dasar ekonomi negara iaitu memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment). Justeru, setiap instrumen di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosio-ekonomi negara dengan mengambil kira keperluan dan pertimbangan faktor dalaman dan luar negara semasa. Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan (negara) atau seorang Bapa yang mengetuai sebuah keluarga (isi rumah), iaitu "berbelanja ikut kemampuan dan keperluan, bukan ikut kemahuan".

Sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri (Nota: Malaysia mencatat defisit berturut-turut sejak format penjawatan CEO dan CFO kerajaan dipegang oleh individu yang sama bermula 1998), kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM264.2 bilion untuk dibelanjakan pada tahun 2014 (2013: RM261 bilion, 2012: RM252 bilion), dibiayai dengan sumber hasil berjumlah RM224.1 bilion (2013: RM220 bilion, 2012: RM207 bilion), dengan kurangan pendapatan berjumlah RM37.1 bilion atau 3.5% defisit daripada KDNK (2013: 4.0%, 2012: 4.5%)

Ke mana RM264.2 bilion ini diperuntukkan? Sebanyak RM217 bilion (83%) diperuntukkan untuk tujuan pengurusan (2013: RM216 bilion, 2012: RM205 bilion). Perbelanjaan emolumen sebanyak RM63 bilion kekal sebagai komponen terbesar (2014: 29%, 2013: 28%, 2012: 29%) bagi menanggung gaji 1.4 juta penjawat awam serta imbuhan berkaitan, diikuti peruntukan subsidi bernilai RM39 bilion (2014: 18%, 2013: 21%, 2012: 21%) dan perbekalan bernilai RM36 bilion (2014: 17%, 2013: 16%, 2012: 15%). Manakala RM46.5 bilion (17%) diperuntukkan untuk tujuan pembangunan (2013: RM45 bilion, 2012: RM47 bilion) meliputi projek fizikal dan inisiatif tranformasi NKRA dan NKEA dalam sektor ekonomi, sosial dan keselamatan. Nisbah perbelanjaan pembangunan yang rendah (17% daripada keseluruhan bajet, 4% daripada KDNK), adalah satu nisbah yang kurang sihat untuk sebuah negara membangun untuk memacu pembangunan masa depan yang mampan.
Read More / Baca Lagi >>

Improving Budget Management: Our Obssession with the 55% Debt Ceiling

Posted: 26 Oct 2013 06:36 PM PDT

MPs were supplied with voluminous documents relating to the state of the economy. We were ploughing through the documents to analyse the management of the economy while Najib drone on waxing lyrical, poetic and at times, waxing sarcastic over his thematic budget. 2014 has another theme. The theme of the 2014 budget is "STRENGTHENING ECONOMIC RESILIENCE, ACCELERATING TRANSFORMATION AND FULFILLING PROMISES". If that makes him happy, so be it.
Giving an artful theme to the budget does not make it a better budget. The devil is in the details.
But where is the promise of giving RM1200 BR1M which he sold the voting public in last May's elections? Where is the promise to narrow the gap between the rich and the poor?
Najib has reneged on this promise and stated poker-faced about paying out reduced BR1Ms. The scaled down BR1M hand-outs are downsized by the financial capacity of the government. Finally the chickens come home to roost. He has to face reality something the opposition MPs have warned continuously- that out of control spending is bad for the economy.
Public debt is now more than the 55% legislated debt ceiling simply because this government hides the real debt by various tricks. Eventually the weight of public debt will come down crushing. In 2013 alone, the deficit incurred by some GLCs amounted to RM93billion. When opposition MPs say this budget is for the rich, it wasn't said out of spite. In 2013, the BR1M given to poor people amounted to RM7 billion. Compare this to the freedom given to some GLCs to overspend by RM93 billion. The people who should be grateful are not the ordinary rakyat but the BN politicians and their corporate conspirators for being able to hide from the rakyat the magnitude of their extravagance.  They should be grateful the public hasn't turned on them yet. Maybe we should do a Louis and Marie Antoinette on them and that is not even Islamic law.
In the coming days, we will dissect his budget. Apart from minor jeering, we did not steal the Finance Minister's thunder. We jeered only when he made political capital of certain portions of his presentation.
IMPROVING BUDGET MANAGEMENT
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014: Gula dan GST

Posted: 26 Oct 2013 06:33 PM PDT


Dua perkara dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat hangat menjadi perbualan ramai: pemansuhan subsidi gula 34 sen secara serta-merta dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pemansuhan subsidi gula sememangnya akan menjejaskan kehidupan rakyat jelata terutamanya orang-orang Melayu kerana penggunaan gula yang tinggi dalam pemakanan mereka.
Sudah pasti harga nasi lemak, kuih-muih dan banyak lagi akan naik dengan mendadak.
Semasa membentangkan Bajet 2014, Najib mengatakan pemansuhan subsidi gula adalah kerana penyakit kencing manis atau diabetes kini menjadi ancaman utama negara.
Hujah itu dijawab dengan serta-merta oleh doktor-doktor pada malam selepas Bajet 2014 dibentangkan bahawa gula bukan satu-satunya punca penyakit kencing manis, makanan berkarbohidrat yang sebenarnya banyak menyumbang kepada penyakit berbahaya itu.
Ini menyebabkan Najib terpaksa menggunakan hujah lain untuk mempertahankan pemotongan subsidi gula apabila berkata, pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan lelaki lemah tenaga batin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula pergi lebih jauh lagi apabila berkata langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.
Azizan meninggal dunia baru-baru ini dan menyebabkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berlangsung sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014: Ulang tayang filem lama

Posted: 26 Oct 2013 06:30 PM PDT


DIAM tak diam, ini adalah kali ke-5 Datuk Seri Mohd Najib Razak membentangkan bajet negara atas kedudukannya selaku Menteri Kewangan.


Maknanya sudah empat tahun lamanya dia memegang portfolio berkenaan.

Bagi seseorang dalam waktu sama memegang portfolio lain, apatah lagi selaku Perdana Menteri, apakah ada ruang bagi membolehkannya merancang ekonomi negara secara efektif?

Justeru menerusi empat bajet tahunan lalu apakah kita telah menyaksikan terlaksananya pelbagai transformasi dan perubahan positif lain dalam perlaksanaan?

Tanyalah masyarakat luar bandar – nelayan, petani, penoreh, pengusaha sendiri dan sebagainya – apakah kehidupan mereka mengalami 'langkauan ke depan besar' (a great leap forward) sebaik sahaja Najib melantik dirinya sendiri selaku Menteri Kewangan empat tahun lalu?

Selepas Abdullah Ahmad Badawi mempersiapkan pentas untuk Najib beraksi di persada kewangan negara, ramai meletakkan harapan  kepada Najib, selaku pemimpin yang sekurang-kurangnya ada kefahaman asas tentang ekonomi dan untuk setidak-tidaknya memperbetulkan huru-hara ekonomi warisan Pak Lah.


'Habuk pun tarak'

Kini setelah lima bajet,  kita semakin faham, Najib lebih banyak menyembunyikan handicap kemampuannya dalam perancangan dan urus tadbir ekonomi negara  di sebalik kata-kata dan tema berbunyi gah serta perkataan teknikal mengenai ekonomi yang boleh melopongkan mulut orang kampung.  Walhal realitinyanya 'habuk pun tarak'.

Bagi Bajet 2014 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lalu, berlatarbelakangkan  keterujaan rakyat yang kian memudar serta keyakinan semakin terhakis,  Najib berdiri di hadapan dewan penuh dan membentangkan bajet tahun depan dengan disangkakannya disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi siaran langsung.

Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor: Bajet 2014 gagal imbang hutang negara

Posted: 26 Oct 2013 06:29 PM PDT

SHAH ALAM -  Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengimbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengurangkan defisit sebanyak tiga peratus pada 2015.

Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pendekatan yang diambil dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan GST dan menaikkan cukai hartanah (RPGT) tidak menepati kehendak perubahan sebenar bagi memastikan kecekapan perbelanjaan dan rasionalisasi untuk mengurangkan keborosan dan ketirisan.

"Perbelanjaan operasi kos rasionalisasi akan meningkat kepada 82.4 peratus pada 2014 dari 80.2 peratus pada tahun ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, Selangor akan mengambil kesempatan ke atas langkah untuk memperkayakan sektor perkhidmatan melalui Blueprint Sektor Perkhidmatan apabila kerajaan persekutuan merancang untuk melancarkannya pada  2014.

Antara subsektor perkhidmatan untuk dipromosikan bahawa Selangor akan menjadi peneraju kepada sektor logistik, penerbangan, pelancongan dan industri berasaskan bio.

Pelaksanaan GST siapa untung?

Posted: 26 Oct 2013 06:27 PM PDT

KHABAR yang bertiup kencang beberapa bulan lalu bahawa kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat kelmarin telah mengumumkan GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015.

Pengumuman itu dibuat saat pemimpin pembangkang lantang berhujah bahawa GST hanya akan membebankan rakyat dan menindas golongan berpendapatan rendah.

Malah, di luar Parlimen kelmarin turut berlangsung demonstrasi bagi membantah pelaksanaan GST oleh kerajaan.

Namun, pemimpin utama negara itu tetap tenang mengumumkan hasrat kerajaan untuk melaksanakan cukai baharu yang diberi nama GST bermula April 2015.

Najib berhujah, kerajaan sudah mengkaji sedalam-dalamnya dan memutuskan bahawa 2015 adalah masa paling sesuai untuk GST dilaksanakan di negara ini.

Katanya, pelaksanaannya didorong oleh kedudukan inflasi yang rendah serta terkawal selain menangani kelemahan dalam sistem percukaian.

Pelaksanaan GST bagaimanapun katanya, tidak akan melibatkan barang keperluan asas seperti gula, garam, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, belacan serta budu.

Malah, Najib berkata, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan ketika peringkat peralihan.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan sokongan itu termasuk pertama, pembayaran sekali RM300 kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kedua adalah kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan.

Read More / Baca Lagi >>

Protesters Tell U.S. Government to Stop Snooping

Posted: 26 Oct 2013 06:15 PM PDT

Syrian rebels clash with government forces in Damascus

Posted: 26 Oct 2013 06:15 PM PDT

US protesters call for end to spying

Posted: 26 Oct 2013 06:14 PM PDT

Women braving driving ban in Saudi Arabia

Posted: 26 Oct 2013 06:14 PM PDT

India struggles to handle onion crisis

Posted: 26 Oct 2013 06:12 PM PDT

Israeli encroachment continues threatening Palestinian farms

Posted: 26 Oct 2013 06:12 PM PDT

No evacuation call made, say Cameron flood victims

Posted: 26 Oct 2013 06:11 PM PDT

Going hungry in Myanmar

Posted: 26 Oct 2013 06:11 PM PDT

Sg Limau: Lensa Kempen Ust Azam - 26-10-2013

Posted: 26 Oct 2013 08:30 AM PDT



























Habuan PRK: TPM umum RM1.8 juta lagi bantuan di Sg Limau

Posted: 26 Oct 2013 07:51 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan sekurang-kurangnya sebanyak RM1.8 juta lagi kepada penduduk Sungai Limau petang tadi.

sungai limau by election 261013 muhyiddin meet with the people sessionIa diumumkan pada majlis 'Himpunan peladang, penternak dan nelayan Mada 2013' di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) petang tadi.

Bantuan itu adalah dalam bentuk Insentif Bantuan Projek Azam Tani Mara sebanyak RM802,700 untuk kira-kira 107 orang serta bantuan tambahan sebanyak RM1 juta dari Yayasan Felda kepada 200 penduduk untuk memperbaiki rumah mereka.

Di majlis yang sama, Muhyiddin turut mengagihkan bantaun zakat dari Agrobank kepada penduduk setempat berjumlah RM19,700; 70 set pembesar suara mudah alih untuk kegunaan NGO serta bantuan 'touch point' dalam bentuk dua anak pokok, 10 kilogram baja, serta 20 ekor anak ayam kepada sebahagian hadirin majlis.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014: Tiada pelan konkrit untuk OKU

Posted: 26 Oct 2013 07:44 AM PDT

Kuala Lumpur: Sekretariat Prihatin OKU, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Parti Islam Semalaysia melalui pengerusinya Mohammad Faizal Che Yusof, meminta kerajaan menunjukkan kesungguhan membantu golongan OKU.

"Selain sejumlah peruntukan sebanyak RM441 juta, kami dapati tiada sebarang pengumuman berkaitan langkah-langkah strategik untuk dilaksanakan bagi memacu pembangunan OKU yang menyeluruh di Negara ini." Demikian ulasnya dalam kenyataan media yang dihantar kepada harakahdaily.

Yang perikut adalah kenyataan penuh Sekretariat Prihatin OKU

Pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia dalam pembentangan belanjawan 2014 berkaitan Orang Kurang Upaya adalah suatu menifestasi peri pentingnya suara OKU yang terus bersatu mengatasi kefahaman politik dan anutan agama.

Pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini harus menunjukkan iltizam yang sepenuhnya sebagaimana janji yang diumumkan dalam belanjawan 2014 iaitu melihat pembangunan OKU berdasarkan potensi OKU dan keperluan sebenar OKU yang pelbagai katagori.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014 : Batalkan penubuhan Yayasan Hijau Malaysia

Posted: 26 Oct 2013 07:37 AM PDT

Piarapakaran S

 Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Pelaksanaan GST bagi bekalan tenaga elektrik perlu dikaji semula oleh kerajaan. Ini disebabkan, komponen kos daripada Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PPA) bagi Penjana Bebas (IPP) Generasi Pertama dan Kedua masih ditanggung oleh tarif elektrik semasa.
Berdasarkan perbincangan Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) baru-baru ini, ST tidak akan melakukan rundingan semula bagi PPA generasi kedua.
Rundingan semula bagi PPA generasi pertama bermula dari tahun 2007 dan telah gagal sepenuhnya untuk mengurangkan impak PPA yang sebenar kepada tarif elektrik. PPA generasi pertama (kecuali beberapa IPP yang mendapat sambungan PPA) dijangka tamat menjelang tahun 2016. Manakala, PPA generasi kedua pula dijangka tamat di antara tahun 2020 hingga 2024.
Pada masa yang sama, ST mesti melaksanakan penetapan tarif elektrik yang telus dengan penglibatan semua pihak berkepentingan. Cadangan-cadangan penambahbaikan sistem penetapan tarif serta industri elektrik negara telah beulang kali diberikan kepada ST dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) oleh AWER sejak tahun 2011.
Penyusunan semula peruntukan guna tenaga dalam sektor pengangkutan
AWER mengalu-alukan pelaksanaan projek-projek Pengangkutan Awam yang akan menyumbang secara positif dalam peruntukkan guna tenaga (sumber tenaga). Ini kerana perubahan daripada penggunaan kenderaan persendirian ke pengangkutan awam hanya boleh dipercepatkan dengan jaringan pengangkutan awam yang bersepadu.
AWER menyeru kerajaan untuk membangunkan Pelan Pengangkutan Awam Jangka Panjang untuk memastikan pembangunan pengangkutan awam yang terancang dengan sasaran-sasaran yang terperinci. Pada masa yang sama, AWER juga menyeru kerajaan untuk melaksanakan Piawaian Minima Prestasi Tenaga (MEPS ) dan pelabelan kecekapan tenaga mandatori untuk kenderaan bagi kedua-dua kegunaan peribadi dan komersil.
Mekanisme pelabelan ini akan membolehkan pembelian kenderaan yang cekap dalam penggunaan bahan api dan membantu mengurangkan penggunaan bahan api serta menjadi lebih mesra alam. Ini juga akan membantu program rasionalisasi subsidi bahan api secara berperingkat.
Margin Simpanan (Reserve Margin) bekalan air terawat kurang daripada 20% di seluruh negara
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BAJET TERLOPONG BUAT SABAH DAN SARAWAK

Posted: 26 Oct 2013 10:09 AM PDT

Bajet 2014: Sabah, Sarawak adalah tali hayat BN, tetapi dapat 'lopong' sahaja - Aspan Alias

October 26, 2013
Bajet 2014 yang dibentangkan Menteri Kewangan Malaysia semalam, dikatakan ramai sebagai 'ritual' biasa dan tidak memberikan apa-apa yang memberangsangkan kepada rakyat terutamanya Sabah dan Sarawak. Yang memberikan pujian seperti biasa hanyalah profesor-profesor yang menjadi  politikus 'arm chair' setiap kali bajet tahunan dibentangkan.

Banyak di antara perkara yang hendak dilaksanakan akan mula terlaksana pada 2015 dan 2016 nanti. Saya sebagai orang kampung yang simple dan sebagai rakyat biasa sahaja tidak nampak apa-apa impak kepada kehidupan rakyat kecuali bagi mereka yang sudah sedia kaya-raya sekarang ini.

Mereka yang miskin masih lagi dinodai BRIM yang tidak ada apa-apa 'consequence' terhadap kehidupan rakyat seperti kami. Oleh itu, biarlah kami memberikan komen seperti orang biasa sahaja tanpa menggunakan istilah-istilah besar seperti yang digunakan oleh pembentang bajet itu.

Sabah dan Sarawak tidak mempunyai apa-apa kelebihan dari apa yang kita jangkakan sebelum itu. Kedua-dua negeri yang sedang dalam keadaan tertekan dalam banyak hal tidak mendapat apa-apa kelebihannya walaupun kedua-duanya adalah kekuatan kerajaan yang ada pada hari ini.
Walaupun BN Sabah dan Sarawak menyumbang hampir 50 kerusi di Dewan Parlimen Persekutuan, sumbangan mereka itu tidak dihargai oleh pimpinan persekutuan dalam pembahagian belanjawan kali ini.
Walaupun di dalam bajet yang didasarkan kepada lima teras utama itu dibaca kuat dan jelas, ia tidak perlu dilaungkan lagi kerana ia adalah ritual ucapan biasa yang didengar setiap tahun.

Bajet itu hanyalah premis paling sesuai untuk meminta sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk diluluskan bagi mengurangkan subsidi terhadap rakyat dan menambahkan beban rakyat semata-mata. Jelas daripada pencukaian dan punca-punca lain tidak mampu untuk memenuhi apa yang diperlukan oleh kerajaan itu maka kepada rakyatlah pimpinan pada hari ini mencari sumber kewangan yang sangat-sangat diperlukan itu.

Seperti yang dijangkakan, harga gula misalnya naik lagi dengan mengurangkan subsidinya dan alasannya seperti biasa untuk mengurangkan kencing manis seperti yang disebut oleh pembentang bajet itu.

Topik-topik lain seperti penyediaan rumah mampu milik dan sebagainya adalah isu biasa bagi semua negara sedang membangun dan ia tidaklah membuatkan bajet negara kali ini berbeza dengan bajet sebelumnya atau di negara membangun lain.

Apa yang jelas ialah pengabaian terhadap negeri-negeri Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak walaupun kedua-dua negeri itulah letaknya nyawa dan nafas BN sehingga pilihan raya akan datang.

Tidak ada apa-apa yang cemerlang kali ini. Biarlah bajet ini mendapat pujian mereka daripada ahli-ahli akademik yang begitu laris untuk diminta pandangan dan ulasan bagi disiarkan melalui stesyen-stesyen TV arus perdana kita. –aspanaliasnet.blogspot.com, 26 Oktober, 2013.


dollah yankee

dollah yankee


Amaran untuk 'orang susah':Jangan minum racun, jangan terjun banggunan!

Posted: 26 Oct 2013 06:29 PM PDT

Reaksi pertama dari Anwar Ibrahim berhubung dengan cukai GST telah meredakan sedikit kemarahan rakyat kepada Haji Najib kerana reaksi nya itu benar-benar mahu menyelamatkan dan membantu rakyat-rakyat  bawahan yang terdiri dari orang-orang susah atau mereka yang dalam kumpulan ' very low income group' (berapa ramai yang gaji mereka hanya dibawah $1,500.00?).

Anwar Ibrahim tepat dan benar bila dia kata yang kaya akan bertambah kaya, yang miskin akan terus papa-kedana'. Yang miskin, yang papa, yang kedana akan tolong tanggung beban kepada yang si-kaya. Yang kaya akan 'enjoy' dengan cukai-cukai yang dikurangkan. Para pelabur pula akan mendapat beberapa insentif dan 'fund' istimewa untuk syarikat-syarikat mereka. Manakala untuk rakyat dan orang-orang susah dikenakan cukai dan harga barangan dinaikan.

Ini lah yang dikatakan 'yang kaya bertambah kaya,yang miskin akan papa-kedana'. Kos sara hidup yang sudah pun dan semakin mahal, ditambah lagi dengan cukai GST. Akhir sekali rakyat yang susah, yang miskin akan habiskan semua pendapatan mereka itu dan kemungkinan nak beli seluar dalam pun lain kali kena fikir tiga,empat kali.

Inisiatif bagaimana mahu mengatasi soal-soal  duit-duit yang tiris atau bocor, pembaziran yang tak masuk dek akal dan rasuah dengan nilai yang menggila tidak disentuh langsung. Sepatutnya dia mestilah membaiki paip-paip yang berlaku kebocoran dan ketirisan, tapi dia tak buat malah tekanan paip air itu dibuka lagi kuat.

Untuk rakyat yang susah, yang miskin mulai hari ini akan ada yang pecah kepala sebab terpaksa fikir tambahan bebanan dan perbelanjaan yang akan datang sebab gaji dok takuk lama juga, tak naik-naik. Bila jadi macam ni baru lah mereka-mereka yang bangang akan paham... "ohh..yang ni lah inflasi kot?, duit yang keluar lebih dari duit yang masuk". Waktu itu lah baru semua mereka ini siang malam akan menyumpah dan memaki Haji Najib supaya cepat mamposs.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula cuma mampu berdoa supaya projek-projek yang di rancang dalam Bajet 2014 itu tak ada bahagian atau 'allocation' yang disediakan untuk ahli-ahli politik yang perlukan di-'rasuah'kan. 265 billion beb!

dollah yankee -
Harap tak ramai orang susah yang terjun bangguna ...

 





Sg.Limau: Kempen hari ke-4

Posted: 26 Oct 2013 12:00 AM PDT



dollah yankee -
PAS/PR akan ada banyak modal untuk kempen ...

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TERBAIK DARI PURKASA

Posted: 26 Oct 2013 06:00 PM PDT



PATUTNYA
DALAM MASA 12 JAM
WAJIB TARIK BALIK 

  • PERKASA tuntut Kamalanathan tarik balik kenyataan
  • "Kenyataan ahli parlimen P Kamalanathan yang tidak membenarkan ibadah korban dilakukan di sekolah adalah satu tindakan yang menghina orang Melayu dan seluruh Umat Islam," tulis Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris dalam blognya


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...MEMANG BETUL.... kah kah kah...

kah kah kah...HAJAR SIKIT YB INI.... kah kah kah...

kah kah kah...TAPI KENAPA TAK BERI AMARAN KERAS.... kah kah kah..

kah kah kah... TARIK BALIK DALAM MASA 48 JAM.... kah kah kah..

kah kah kah...ATAU  DALAM MASA 24 JAM.... kah kah kah..

kah kah kah... MINTAK TARIK BALIK.... NI DAH LEMBIK...kah kah kah..

kah kah kah...DULU ADA TEMPOH.... kah kah kah..

woit...PASAL APA TAK ADA TEMPOH.... kah kah kah..

kah kah kah/.....TAKUT DENGAN MAT KARI INI KE?.... kah kah kah

SEMUA TAK TAKUT
DENGAN PUURKASA


--------

SANDIWARA BERITA TIPU HASAN MALEH

Posted: 26 Oct 2013 07:00 AM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
ini sandiwara 
ini ceritan rekaan
sengaja di buat buat
tiap kali ada barang naik harga
maka akan ada orang yang ditahan

ini lakunan untuk mengolah persetujuan
untuk sedapkan hati orang melayu yang marah
alihkan  kemarahan kepada towkay china

towkay china  yang dituduh salah
naikkan harga

BERITA BOHONG INI
peniaga ini sorok malam jumaat
sorok pasal apa?
kenapa perlu naikan harga?
esoknya gula naik harga

sorok waktu malam di putrajaya?
nampak sangat bohonganya
siapa pergi ke kedai waktu malam di putrajaya

tolong jangan hasan malekkan rakat
jangan buat berita palsu

tak caya?
kes ini tak akan ada 
di mahkamah
siapa towkay ini
mana gambar?
bila ke mahkamah?

apa yang akan berlaku
akan  ada tangkapan lagi
nak senangkan hati mak cik felda

inilah kerja bani ketuanan melayu
rakyat dihasan malekkan


ANUGERAH HASAN MALEK

Dua Peniaga Cuba Sorok Gula Ditahan - Hasan Malek

YAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan dua peniaga yang cuba menyorok gula di premis perniagaan mereka di Putrajaya malam Jumaat.
Hasan Malek berkata, mereka ditahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Akta Peruncitan 2011 kerana menyorok gula dengan niat untuk menjual pada harga yang tinggi.
Mereka cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tinggi berikutan pengumuman pemansuhan subsidi gula.



--------

PECAH BERIAT SEDUNIA - WORLD BREAKING NEWS

Posted: 25 Oct 2013 10:10 PM PDT




ANUGERAH 
HASAN MALIK


HARGA GULA NAIK 

YB Dato' Hasan  Malik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengunaan telah dilaporkan berkata:

" Kalau harga gula naik kita wajib beralih jangan beli gula lagi.

Kita patut beli garam. Harga garam masih murah"

Dato' Hasan Malik  bekas graduan Malay Studies dari Universiti Malaya telah berkata pagi ini ketika merasmikan
Khemah Hujung Minggu Pengakap di Hulu Bendul.


------

TEATER BILIK SULIT KE UTARA

Posted: 25 Oct 2013 09:42 PM PDT



PENGEMBARAAN
TEATER BILIK SULIT 
DI TERUSKAN

IPOH - PERAK
JUMAAT 8 NOVEMBER 2013
DEWAN YMCA IPOH
JALAN RAJA MUSA AZIZ IPOH

PULAU PINANG
SABTU 9 NOVEMBER 2013
DEWAN MALIKI
PERMATANG BERTAM - KEPALA BATAS
PULAU PINANG

AHAD 10 NOVEMBER 2013
DEWAN ORANG RAMAI CHEROK TOK KUN
JALAN KOLAM  BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

NOTA
teater bermula jam 8:30 malam
masuk dengan derma dan sumbangan

SILA AMBIL PERHATIAN
teater bilik sulit disokong oleh suaram
dilakuan oleh kumpulan teater bukan teater
didanai oleh orang ramai

WASPADA
bilik sulit teater melawan
bukan teater membodek
dan
bukan teater hasan malik


---------



JANGAN HASAN MALIK KAN RAKYAT

Posted: 25 Oct 2013 09:07 PM PDT



GASAK SAMPAI TERBURAI
G

Maklumat betul mengenai GST akan disebarkan kepada rakyat: Abdul Wahid


PUTRAJAYA: Maklumat betul dan tepat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disebarkan kepada rakyat bahawa pengenalan GST tidak akan membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar berkata apabila GST dikuatkuasakan pada 1 April 2015, ia bukannya cukai tambahan kerana cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada akan dimansuhkan. 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... APA DIA MAKLUMAT BETUL INI?.... kah kah kah..

kah kah kah... MUNKEE INI INGAT RAKYAT INI HASAN MALIK?... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU HASAN MALIK BOLEH LAAA.... kah kah kah

woit... GST ERTINYA KENA CUKAI... kah kah kah..

 kah kah..,.KENA CUKAI ERTINYA  DUIT  DIRAMPAS KERAJAAN... kah kah ..

kah kah ka..GST IALAH ROMPAKAN SIANG HARI... kah kah kah..

kah kah kah....NAK TERANG MACAM MANA LAGI?... kah kah kah

woit..JANGAN HASAN MALIK KAN RAKYAT... kah kah kahj

MAT BODOH 
GRADUAN MALAY STUDIES

-----------

BELANJAWAN NAJIBAH

Posted: 25 Oct 2013 08:32 PM PDT





Belanjawan orang kaya, yang miskin papa kedana
Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Dato' Sri Najib Tun Razak dalam ucapan belanjawannya di Parlimen hari ini adalah satu tamparan hebat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Malah, bermula pada kadar 6%, adalah sangat melampau. Perbandingan pelaksanaan GST yang dilaksanakan di Singapura pada kadar 7% sekarang ini juga adalah cubaan mengelirukan rakyat kerana ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dengan kadar hanya 3%, sejak 13 tahun yang lalu.
Dalam apa keadaan pun, membuat perbandingan dengan negara seperti Singapura dan negara-negara Eropah adalah sia - sia disebabkan tahap urus tadbir yang baik jauh lebih tinggi di negara - negara tersebut.
Bagi rakyat Malaysia, kos sara hidup sudah cukup membebankan tanpa GST. Dengan adanya cukai ini, beban yang lebih berat akan menimpa golongan miskin memandangkan mereka hampir tidak ada pilihan lain selain membelanjakan juga sebahagian besar daripada pendapatan boleh guna (disposable income) yang ada.

Hujah Najib bahawa GST akan menyebabkan kos barangan dan perkhidmatan semakin berkurang adalah bohong dan sekali lagi cuba mengelirukan rakyat.

Majoriti rakyat tidak akan dapat memanfaatkan GST dengan penjimatan ataupun pelaburan seperti golongan kaya dan berpendapatan tinggi. Ini akan mewujudkan jurang yang lebih nyata dan menyebabkan ketidakadilan sosial yang lebih berpanjangan.

Jika belanjawan tahun lalu adalah belanjawan rakyat disebabkan pilihanraya bulan Mei lalu, maka yang ini merupakan belanjawan orang kaya kerana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional merasakan ia sudah tidak lagi terhutang budi kepada rakyat.

Mereka lewatkan GST kerana mereka tahu rakyat akan membantah dan kini selepas pilihan raya mereka melaksanakannya. Maka Belanjawan 2014 ini hanya akan melebarkan kesenjangan ekonomi rakyat. Jurang kaya - miskin, gini - coefficient rakyat akan terus meluas.

Selain itu, saya meramalkan tekanan inflasi yang bakal menimbun serta kos sara hidup yang kian meningkat.

Dorongan untuk memacu sektor pelancongan, dengan membina lebih banyak hotel bertaraf lima bintang dan bersaing dengan dunia untuk memiliki bandar terhebat tidak memberi kelebihan dan kemakmuran kepada rakyat.

Di mana usaha Kerajaan untuk merendahkan kos pengangkutan atau memperbaiki pengangkutan awam ? Tidak ada disebut tentang perumahan mampu milik. Malah program kesihatan rakyat terus diabaikan.

Meskipun peruntukan yang diumumkan amat substansial, namun yang masih menjadi permasalahan adalah pengagihan dan penggunaan dana tersebut. Perbelanjaan negara tahun lalu tentang latihan Bahasa Inggeris sahaja sudah cukup menjadi contoh bagaimana pembaziran berlaku.

Dana keusahawanan melalui pinjaman mudah bagi mengurangkan pengangguran di kalangan graduan hanya akan menjurus kepada nilai hutang yang semakin memuncak. Apa yang diperlukan oleh graduan - graduan ini adalah kemahiran'soft skill' dan lebih banyak latihan kemahiran dan teknikal untuk meningkatkan kebolehan mereka diambil bekerja, bukan hutang yang lebih banyak. Cadangan untuk memberi dana kepada pelajar lepasan SPM untuk latihan kemahiran adalah baik dari segi prinsip, akan tetapi yang lebih signifikan adalah soal pelaksanaan serta pengkhususan di lapangan.

Kita semua setuju bahawa defisit belanjawan mesti dikurangkan, tetapi memeras lebih banyak wang daripada rakyat bukanlah caranya. Masalah asas adalah soal ketirisan, pembaziran dan rasuah. Dengan menangani masalah ini secara tidak komprehensif, kita tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah yang tidak akan berkesudahan. Masalah ini tidak mampu diselesaikan dengan hanya mengutip cukai sebanyaknya.

MOHAMED AZMIN ALI



---------