RAKYAT MARHAEN |
- Anwar Ibrahim: Isu Lawatan Ke Luar Negara
- Anwar Ibrahim: Kerajaan Nak Buat GST Sebab Wang Tak Ada Sekarang
- Khalid Samad: GST Membebankan Rakyat
- SG LIMAU: MEDIA UMNO MENIPU CAKAP 86 PENYOKONG PR TUKAR HALUAN MENYOKONG UMNO/BN!!
- Utusan Malaysia mahu PAS gantikan Khalid sebagai MB Selangor, bukan Azmin
- Utusan Malaysia: Politik Cina melampau dan bahaya
- GST: Dua-dua dapat untung, kata pengampu
- Bajet 2014: Untuk rakyat, dari rakyat
- Improving Budget Management: Our Obssession with the 55% Debt Ceiling
- Bajet 2014: Gula dan GST
- Bajet 2014: Ulang tayang filem lama
- MB Selangor: Bajet 2014 gagal imbang hutang negara
- Pelaksanaan GST siapa untung?
- Protesters Tell U.S. Government to Stop Snooping
- Syrian rebels clash with government forces in Damascus
- US protesters call for end to spying
- Women braving driving ban in Saudi Arabia
- India struggles to handle onion crisis
- Israeli encroachment continues threatening Palestinian farms
- No evacuation call made, say Cameron flood victims
- Going hungry in Myanmar
- Sg Limau: Lensa Kempen Ust Azam - 26-10-2013
- Habuan PRK: TPM umum RM1.8 juta lagi bantuan di Sg Limau
- Bajet 2014: Tiada pelan konkrit untuk OKU
- Bajet 2014 : Batalkan penubuhan Yayasan Hijau Malaysia
Anwar Ibrahim: Isu Lawatan Ke Luar Negara Posted: 26 Oct 2013 09:31 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Kerajaan Nak Buat GST Sebab Wang Tak Ada Sekarang Posted: 26 Oct 2013 09:13 PM PDT |
Khalid Samad: GST Membebankan Rakyat Posted: 26 Oct 2013 09:12 PM PDT |
SG LIMAU: MEDIA UMNO MENIPU CAKAP 86 PENYOKONG PR TUKAR HALUAN MENYOKONG UMNO/BN!! Posted: 26 Oct 2013 08:48 PM PDT Seorang pemuda bernama Hassan terkejut besar apabila rakaman gambar dirinya sedang bersalaman dengan pemimpin UMNO dei DUN Sg Limau telah digunakan oleh media rasmi lidah biawak UMNO dengan menyatakan beliau dan 86 orang lain telah keluar PAS masuk UMNO, sedangkan rakaman gambar itu tidak ada kena mengena dengan apa yang dihebohkan. UMNO DAN TIPU LANGSUNG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN. |
Utusan Malaysia mahu PAS gantikan Khalid sebagai MB Selangor, bukan Azmin Posted: 26 Oct 2013 08:36 PM PDT Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mempersoalkan keengganan PAS menyertai kepimpinan tertinggi negeri Selangor setelah wujud perselisihan dalaman PKR bagi memilih Menteri Besar Selangor yang paling layak. Beliau berkata desas-desus bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali (gambar) tidak lama lagi. "Adakah parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menentang habis-habisan jika PAS mengambil tindakan sedemikian? Kebanyakan pemimpin PAS negeri juga dikatakan lebih condong kepada Khalid. "Isu ini sedang hangat diperkatakan dalam PKR. Bagaimanapun khabarnya Khalid enggan berundur walaupun didesak oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini. Menurut Awang Selamat, pihak yang menyokong Abdul Khalid kurang senang dengan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kerana mereka berpendapat kejayaan pakatan pembangkang mempertahankan Selangor turut disumbangkan oleh faktor kepimpinan Menteri Besar Selangor itu. Katanya, beberapa pemimpin PKR Selangor yang menyokong Azmin mahukan Anwar lebih tegas melakukan perubahan kepada jawatan Menteri Besar. Read More / Baca Lagi >> |
Utusan Malaysia: Politik Cina melampau dan bahaya Posted: 26 Oct 2013 07:22 PM PDT Menurut kolumnisnya Awang Selamat, penulis buku itu tidak malu untuk mengakui orang Cina Malaysia bersikap tidak adil terhadap orang Melayu malah katanya, masyarakat Cina taksub menyokong parti ekstrem DAP serta mahu menuntut hak sama rata dengan orang Melayu. "Rumusan yang boleh dibuat dari buku tersebut, orang Cina di negara ini lebih beruntung berbanding negara lain tetapi masih tidak bersyukur. Penulis menekankan bagaimana sikap pemurah orang Melayu dalam kontrak sosial sebelum merdeka membolehkan kaum Cina mendapat kerakyatan. "Penduduk Cina di Indonesia turut mengalami nasib sama apabila identiti mereka dihapuskan, begitu juga di Filipina, yang kaum Cina dinafikan kerakyatan mereka,'' katanya. Awang Selamat berkata, buku tersebut menjadi sangat relevan untuk dibaca terutama pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan tsunami kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan orang Melayu. Read More / Baca Lagi >> |
GST: Dua-dua dapat untung, kata pengampu Posted: 26 Oct 2013 07:19 PM PDT Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 2015 akan memberi impak menang-menang kepada kerajaan dan rakyat. Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, pelaksanaan GST secara asasnya untuk menyenangkan rakyat, di samping melebarkan cukai kepada semua kelompok rakyat. Cukai yang dipungut itu katanya dapat membantu kerajaan menjana ekonomi negara yang kemudiannya dikembalikan dalam bentuk pembangunan kepada rakyat sebagai timbal balik dalam usaha menuju negara berpendapatan tinggi. "Asasnya, kedua-dua rakyat dan negara pasti akan untung. "Rakyat akan menyumbang kepada pendapatan cukai negara. "Kerajaan pula akan memikirkan bagaimana cukai itu perlu digunakan, namun dalam pada itu, kerajaan perlu memikirkan keuntungan rakyat juga untuk membentuk kestabilan negara," katanya kepada Sinar Harian. Read More / Baca Lagi >> |
Bajet 2014: Untuk rakyat, dari rakyat Posted: 26 Oct 2013 06:37 PM PDT Firman Allah, maksudnya: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Al-A'raf: 96) Bajet tahunan kerajaan (annual budget) adalah instrumen utama dalam urustadbir fiskal negara yang memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi tahun mendatang. Komponen utama sesebuah belanjawan adalah sumber pendapatan (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang) demi mencapai objektif utama dasar ekonomi negara iaitu memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment). Justeru, setiap instrumen di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosio-ekonomi negara dengan mengambil kira keperluan dan pertimbangan faktor dalaman dan luar negara semasa. Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan (negara) atau seorang Bapa yang mengetuai sebuah keluarga (isi rumah), iaitu "berbelanja ikut kemampuan dan keperluan, bukan ikut kemahuan". Sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri (Nota: Malaysia mencatat defisit berturut-turut sejak format penjawatan CEO dan CFO kerajaan dipegang oleh individu yang sama bermula 1998), kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM264.2 bilion untuk dibelanjakan pada tahun 2014 (2013: RM261 bilion, 2012: RM252 bilion), dibiayai dengan sumber hasil berjumlah RM224.1 bilion (2013: RM220 bilion, 2012: RM207 bilion), dengan kurangan pendapatan berjumlah RM37.1 bilion atau 3.5% defisit daripada KDNK (2013: 4.0%, 2012: 4.5%) Ke mana RM264.2 bilion ini diperuntukkan? Sebanyak RM217 bilion (83%) diperuntukkan untuk tujuan pengurusan (2013: RM216 bilion, 2012: RM205 bilion). Perbelanjaan emolumen sebanyak RM63 bilion kekal sebagai komponen terbesar (2014: 29%, 2013: 28%, 2012: 29%) bagi menanggung gaji 1.4 juta penjawat awam serta imbuhan berkaitan, diikuti peruntukan subsidi bernilai RM39 bilion (2014: 18%, 2013: 21%, 2012: 21%) dan perbekalan bernilai RM36 bilion (2014: 17%, 2013: 16%, 2012: 15%). Manakala RM46.5 bilion (17%) diperuntukkan untuk tujuan pembangunan (2013: RM45 bilion, 2012: RM47 bilion) meliputi projek fizikal dan inisiatif tranformasi NKRA dan NKEA dalam sektor ekonomi, sosial dan keselamatan. Nisbah perbelanjaan pembangunan yang rendah (17% daripada keseluruhan bajet, 4% daripada KDNK), adalah satu nisbah yang kurang sihat untuk sebuah negara membangun untuk memacu pembangunan masa depan yang mampan. Read More / Baca Lagi >> |
Improving Budget Management: Our Obssession with the 55% Debt Ceiling Posted: 26 Oct 2013 06:36 PM PDT MPs were supplied with voluminous documents relating to the state of the economy. We were ploughing through the documents to analyse the management of the economy while Najib drone on waxing lyrical, poetic and at times, waxing sarcastic over his thematic budget. 2014 has another theme. The theme of the 2014 budget is "STRENGTHENING ECONOMIC RESILIENCE, ACCELERATING TRANSFORMATION AND FULFILLING PROMISES". If that makes him happy, so be it. Giving an artful theme to the budget does not make it a better budget. The devil is in the details. But where is the promise of giving RM1200 BR1M which he sold the voting public in last May's elections? Where is the promise to narrow the gap between the rich and the poor? Najib has reneged on this promise and stated poker-faced about paying out reduced BR1Ms. The scaled down BR1M hand-outs are downsized by the financial capacity of the government. Finally the chickens come home to roost. He has to face reality something the opposition MPs have warned continuously- that out of control spending is bad for the economy. Public debt is now more than the 55% legislated debt ceiling simply because this government hides the real debt by various tricks. Eventually the weight of public debt will come down crushing. In 2013 alone, the deficit incurred by some GLCs amounted to RM93billion. When opposition MPs say this budget is for the rich, it wasn't said out of spite. In 2013, the BR1M given to poor people amounted to RM7 billion. Compare this to the freedom given to some GLCs to overspend by RM93 billion. The people who should be grateful are not the ordinary rakyat but the BN politicians and their corporate conspirators for being able to hide from the rakyat the magnitude of their extravagance. They should be grateful the public hasn't turned on them yet. Maybe we should do a Louis and Marie Antoinette on them and that is not even Islamic law. In the coming days, we will dissect his budget. Apart from minor jeering, we did not steal the Finance Minister's thunder. We jeered only when he made political capital of certain portions of his presentation. IMPROVING BUDGET MANAGEMENT Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 26 Oct 2013 06:33 PM PDT Dua perkara dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat hangat menjadi perbualan ramai: pemansuhan subsidi gula 34 sen secara serta-merta dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Pemansuhan subsidi gula sememangnya akan menjejaskan kehidupan rakyat jelata terutamanya orang-orang Melayu kerana penggunaan gula yang tinggi dalam pemakanan mereka. Semasa membentangkan Bajet 2014, Najib mengatakan pemansuhan subsidi gula adalah kerana penyakit kencing manis atau diabetes kini menjadi ancaman utama negara. Hujah itu dijawab dengan serta-merta oleh doktor-doktor pada malam selepas Bajet 2014 dibentangkan bahawa gula bukan satu-satunya punca penyakit kencing manis, makanan berkarbohidrat yang sebenarnya banyak menyumbang kepada penyakit berbahaya itu. Ini menyebabkan Najib terpaksa menggunakan hujah lain untuk mempertahankan pemotongan subsidi gula apabila berkata, pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan lelaki lemah tenaga batin. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula pergi lebih jauh lagi apabila berkata langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak. Azizan meninggal dunia baru-baru ini dan menyebabkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berlangsung sekarang. Read More / Baca Lagi >> |
Bajet 2014: Ulang tayang filem lama Posted: 26 Oct 2013 06:30 PM PDT DIAM tak diam, ini adalah kali ke-5 Datuk Seri Mohd Najib Razak membentangkan bajet negara atas kedudukannya selaku Menteri Kewangan. Read More / Baca Lagi >>Maknanya sudah empat tahun lamanya dia memegang portfolio berkenaan. Bagi seseorang dalam waktu sama memegang portfolio lain, apatah lagi selaku Perdana Menteri, apakah ada ruang bagi membolehkannya merancang ekonomi negara secara efektif? Justeru menerusi empat bajet tahunan lalu apakah kita telah menyaksikan terlaksananya pelbagai transformasi dan perubahan positif lain dalam perlaksanaan? Tanyalah masyarakat luar bandar – nelayan, petani, penoreh, pengusaha sendiri dan sebagainya – apakah kehidupan mereka mengalami 'langkauan ke depan besar' (a great leap forward) sebaik sahaja Najib melantik dirinya sendiri selaku Menteri Kewangan empat tahun lalu? Selepas Abdullah Ahmad Badawi mempersiapkan pentas untuk Najib beraksi di persada kewangan negara, ramai meletakkan harapan kepada Najib, selaku pemimpin yang sekurang-kurangnya ada kefahaman asas tentang ekonomi dan untuk setidak-tidaknya memperbetulkan huru-hara ekonomi warisan Pak Lah. 'Habuk pun tarak' Kini setelah lima bajet, kita semakin faham, Najib lebih banyak menyembunyikan handicap kemampuannya dalam perancangan dan urus tadbir ekonomi negara di sebalik kata-kata dan tema berbunyi gah serta perkataan teknikal mengenai ekonomi yang boleh melopongkan mulut orang kampung. Walhal realitinyanya 'habuk pun tarak'. Bagi Bajet 2014 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lalu, berlatarbelakangkan keterujaan rakyat yang kian memudar serta keyakinan semakin terhakis, Najib berdiri di hadapan dewan penuh dan membentangkan bajet tahun depan dengan disangkakannya disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi siaran langsung. |
MB Selangor: Bajet 2014 gagal imbang hutang negara Posted: 26 Oct 2013 06:29 PM PDT SHAH ALAM - Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengimbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengurangkan defisit sebanyak tiga peratus pada 2015. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pendekatan yang diambil dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan GST dan menaikkan cukai hartanah (RPGT) tidak menepati kehendak perubahan sebenar bagi memastikan kecekapan perbelanjaan dan rasionalisasi untuk mengurangkan keborosan dan ketirisan. "Perbelanjaan operasi kos rasionalisasi akan meningkat kepada 82.4 peratus pada 2014 dari 80.2 peratus pada tahun ini," katanya. Abdul Khalid berkata, Selangor akan mengambil kesempatan ke atas langkah untuk memperkayakan sektor perkhidmatan melalui Blueprint Sektor Perkhidmatan apabila kerajaan persekutuan merancang untuk melancarkannya pada 2014. Antara subsektor perkhidmatan untuk dipromosikan bahawa Selangor akan menjadi peneraju kepada sektor logistik, penerbangan, pelancongan dan industri berasaskan bio. |
Posted: 26 Oct 2013 06:27 PM PDT KHABAR yang bertiup kencang beberapa bulan lalu bahawa kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat kelmarin telah mengumumkan GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015. Pengumuman itu dibuat saat pemimpin pembangkang lantang berhujah bahawa GST hanya akan membebankan rakyat dan menindas golongan berpendapatan rendah. Malah, di luar Parlimen kelmarin turut berlangsung demonstrasi bagi membantah pelaksanaan GST oleh kerajaan. Namun, pemimpin utama negara itu tetap tenang mengumumkan hasrat kerajaan untuk melaksanakan cukai baharu yang diberi nama GST bermula April 2015. Najib berhujah, kerajaan sudah mengkaji sedalam-dalamnya dan memutuskan bahawa 2015 adalah masa paling sesuai untuk GST dilaksanakan di negara ini. Katanya, pelaksanaannya didorong oleh kedudukan inflasi yang rendah serta terkawal selain menangani kelemahan dalam sistem percukaian. Pelaksanaan GST bagaimanapun katanya, tidak akan melibatkan barang keperluan asas seperti gula, garam, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, belacan serta budu. Malah, Najib berkata, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan ketika peringkat peralihan. Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan sokongan itu termasuk pertama, pembayaran sekali RM300 kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kedua adalah kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Read More / Baca Lagi >> |
Protesters Tell U.S. Government to Stop Snooping Posted: 26 Oct 2013 06:15 PM PDT |
Syrian rebels clash with government forces in Damascus Posted: 26 Oct 2013 06:15 PM PDT |
US protesters call for end to spying Posted: 26 Oct 2013 06:14 PM PDT |
Women braving driving ban in Saudi Arabia Posted: 26 Oct 2013 06:14 PM PDT |
India struggles to handle onion crisis Posted: 26 Oct 2013 06:12 PM PDT |
Israeli encroachment continues threatening Palestinian farms Posted: 26 Oct 2013 06:12 PM PDT |
No evacuation call made, say Cameron flood victims Posted: 26 Oct 2013 06:11 PM PDT |
Posted: 26 Oct 2013 06:11 PM PDT |
Sg Limau: Lensa Kempen Ust Azam - 26-10-2013 Posted: 26 Oct 2013 08:30 AM PDT |
Habuan PRK: TPM umum RM1.8 juta lagi bantuan di Sg Limau Posted: 26 Oct 2013 07:51 AM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan sekurang-kurangnya sebanyak RM1.8 juta lagi kepada penduduk Sungai Limau petang tadi. Ia diumumkan pada majlis 'Himpunan peladang, penternak dan nelayan Mada 2013' di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) petang tadi. Bantuan itu adalah dalam bentuk Insentif Bantuan Projek Azam Tani Mara sebanyak RM802,700 untuk kira-kira 107 orang serta bantuan tambahan sebanyak RM1 juta dari Yayasan Felda kepada 200 penduduk untuk memperbaiki rumah mereka. Di majlis yang sama, Muhyiddin turut mengagihkan bantaun zakat dari Agrobank kepada penduduk setempat berjumlah RM19,700; 70 set pembesar suara mudah alih untuk kegunaan NGO serta bantuan 'touch point' dalam bentuk dua anak pokok, 10 kilogram baja, serta 20 ekor anak ayam kepada sebahagian hadirin majlis. Read More / Baca Lagi >> |
Bajet 2014: Tiada pelan konkrit untuk OKU Posted: 26 Oct 2013 07:44 AM PDT Kuala Lumpur: Sekretariat Prihatin OKU, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Parti Islam Semalaysia melalui pengerusinya Mohammad Faizal Che Yusof, meminta kerajaan menunjukkan kesungguhan membantu golongan OKU. "Selain sejumlah peruntukan sebanyak RM441 juta, kami dapati tiada sebarang pengumuman berkaitan langkah-langkah strategik untuk dilaksanakan bagi memacu pembangunan OKU yang menyeluruh di Negara ini." Demikian ulasnya dalam kenyataan media yang dihantar kepada harakahdaily. Yang perikut adalah kenyataan penuh Sekretariat Prihatin OKU Pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia dalam pembentangan belanjawan 2014 berkaitan Orang Kurang Upaya adalah suatu menifestasi peri pentingnya suara OKU yang terus bersatu mengatasi kefahaman politik dan anutan agama. Pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini harus menunjukkan iltizam yang sepenuhnya sebagaimana janji yang diumumkan dalam belanjawan 2014 iaitu melihat pembangunan OKU berdasarkan potensi OKU dan keperluan sebenar OKU yang pelbagai katagori. Read More / Baca Lagi >> |
Bajet 2014 : Batalkan penubuhan Yayasan Hijau Malaysia Posted: 26 Oct 2013 07:37 AM PDT Piarapakaran SPelaksanaan GST bagi bekalan tenaga elektrik perlu dikaji semula oleh kerajaan. Ini disebabkan, komponen kos daripada Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PPA) bagi Penjana Bebas (IPP) Generasi Pertama dan Kedua masih ditanggung oleh tarif elektrik semasa. Berdasarkan perbincangan Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) baru-baru ini, ST tidak akan melakukan rundingan semula bagi PPA generasi kedua. Rundingan semula bagi PPA generasi pertama bermula dari tahun 2007 dan telah gagal sepenuhnya untuk mengurangkan impak PPA yang sebenar kepada tarif elektrik. PPA generasi pertama (kecuali beberapa IPP yang mendapat sambungan PPA) dijangka tamat menjelang tahun 2016. Manakala, PPA generasi kedua pula dijangka tamat di antara tahun 2020 hingga 2024. Penyusunan semula peruntukan guna tenaga dalam sektor pengangkutan AWER mengalu-alukan pelaksanaan projek-projek Pengangkutan Awam yang akan menyumbang secara positif dalam peruntukkan guna tenaga (sumber tenaga). Ini kerana perubahan daripada penggunaan kenderaan persendirian ke pengangkutan awam hanya boleh dipercepatkan dengan jaringan pengangkutan awam yang bersepadu. AWER menyeru kerajaan untuk membangunkan Pelan Pengangkutan Awam Jangka Panjang untuk memastikan pembangunan pengangkutan awam yang terancang dengan sasaran-sasaran yang terperinci. Pada masa yang sama, AWER juga menyeru kerajaan untuk melaksanakan Piawaian Minima Prestasi Tenaga (MEPS ) dan pelabelan kecekapan tenaga mandatori untuk kenderaan bagi kedua-dua kegunaan peribadi dan komersil. Mekanisme pelabelan ini akan membolehkan pembelian kenderaan yang cekap dalam penggunaan bahan api dan membantu mengurangkan penggunaan bahan api serta menjadi lebih mesra alam. Ini juga akan membantu program rasionalisasi subsidi bahan api secara berperingkat. Margin Simpanan (Reserve Margin) bekalan air terawat kurang daripada 20% di seluruh negara Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan