dollah yankee |
Amaran untuk 'orang susah':Jangan minum racun, jangan terjun banggunan! Posted: 26 Oct 2013 06:29 PM PDT Reaksi pertama dari Anwar Ibrahim berhubung dengan cukai GST telah meredakan sedikit kemarahan rakyat kepada Haji Najib kerana reaksi nya itu benar-benar mahu menyelamatkan dan membantu rakyat-rakyat bawahan yang terdiri dari orang-orang susah atau mereka yang dalam kumpulan ' very low income group' (berapa ramai yang gaji mereka hanya dibawah $1,500.00?). Anwar Ibrahim tepat dan benar bila dia kata yang kaya akan bertambah kaya, yang miskin akan terus papa-kedana'. Yang miskin, yang papa, yang kedana akan tolong tanggung beban kepada yang si-kaya. Yang kaya akan 'enjoy' dengan cukai-cukai yang dikurangkan. Para pelabur pula akan mendapat beberapa insentif dan 'fund' istimewa untuk syarikat-syarikat mereka. Manakala untuk rakyat dan orang-orang susah dikenakan cukai dan harga barangan dinaikan. Ini lah yang dikatakan 'yang kaya bertambah kaya,yang miskin akan papa-kedana'. Kos sara hidup yang sudah pun dan semakin mahal, ditambah lagi dengan cukai GST. Akhir sekali rakyat yang susah, yang miskin akan habiskan semua pendapatan mereka itu dan kemungkinan nak beli seluar dalam pun lain kali kena fikir tiga,empat kali. Inisiatif bagaimana mahu mengatasi soal-soal duit-duit yang tiris atau bocor, pembaziran yang tak masuk dek akal dan rasuah dengan nilai yang menggila tidak disentuh langsung. Sepatutnya dia mestilah membaiki paip-paip yang berlaku kebocoran dan ketirisan, tapi dia tak buat malah tekanan paip air itu dibuka lagi kuat. Untuk rakyat yang susah, yang miskin mulai hari ini akan ada yang pecah kepala sebab terpaksa fikir tambahan bebanan dan perbelanjaan yang akan datang sebab gaji dok takuk lama juga, tak naik-naik. Bila jadi macam ni baru lah mereka-mereka yang bangang akan paham... "ohh..yang ni lah inflasi kot?, duit yang keluar lebih dari duit yang masuk". Waktu itu lah baru semua mereka ini siang malam akan menyumpah dan memaki Haji Najib supaya cepat mamposs. Gurkah-gurkah politik di'port' pula cuma mampu berdoa supaya projek-projek yang di rancang dalam Bajet 2014 itu tak ada bahagian atau 'allocation' yang disediakan untuk ahli-ahli politik yang perlukan di-'rasuah'kan. 265 billion beb! dollah yankee - Harap tak ramai orang susah yang terjun bangguna ... |
Posted: 26 Oct 2013 12:00 AM PDT dollah yankee - PAS/PR akan ada banyak modal untuk kempen ... |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan