Rabu, 25 September 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


'56 tahun merdeka masih perlu perunding luar?'

Posted: 25 Sep 2013 09:13 PM PDT



 
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempertikaikan tindakan kerajaan menggunakan khidmat perunding luar negara dengan bayaran RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menyifatkan perkara itu sebagai "skandal", presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja bayarannya sangat tinggi, tetapi soalan yang timbul, kenapa kerajaan mengetepikan pakar dalaman untuk tujuan itu.

protest israel penang 020109 teras president azmi abdul hamid"Di manakah yang dikatakan Majlis Profesor Negara yang menghimpun ratusan ahli sarjana yang pakar dalam pelbagai bidang?" sindirnya, merujuk kepada bayaran kepada McKinsey and Co.

"Apakah mereka lebih rendah ilmunya untuk menjadi pemikir bagi melakar rancangan sistem pendidikan negara ini, lalu kita memerlukan orang luar untuk melaksanakan tugas ini?"

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Azmi (kiri) juga menimbulkan soal kebolehan syarikat itu, seperti yang dipersoalkan anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, bahawa McKinsey tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan.

Soalnya bagaimana keputusan dibuat untuk melantik perunding ini, apa tujuan dan untuk keperluan apa syarikat itu dilantik serta apakah kriteria syarikat perunding itu dipilih?
Read More / Baca Lagi >>

Musim pemilihan, nepotisme dan gila kuasa

Posted: 25 Sep 2013 09:11 PM PDT

Musim pemilihan bermula lagi. Bagi penggiat politik kepartian, inilah masanya kegilaan bermula.

Menjelang detik pemilihan bagi Umno, PAS, PKR dan DAP, ahli politik tidak lekang mencatur strategi; sama ada dibunuh atau membunuh. Itulah resam parti politik.

Pemilihan kali ini lebih mencabar. Kegilaan baru sahaja bermula dan bakal mewarnai tajuk utama dada-dada akhbar dalam beberapa bulan ini. Pada masa inilah, keberkesanan politik benar-benar teruji.

Jika pilihan raya menjadi detik setiap ahli politik untuk meyakinkan pengundi-pengundi mereka, pemilihan dalam parti politik pula ruang untuk mereka membuktikan mereka layak mendapat kepercayaan ahli parti.

Tatkala itu, strategi untuk menikam seteru politik masing-masing sudah bermula secara tidak rasmi. Hanya menunggu wisel ditiupkan, maka segala onar dan keburukan pesaing mereka didedahkan untuk mempengaruhi keputusan ahli parti.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Li cadang Pelan Amanah untuk ganti agihan ekonomi ikut kaum

Posted: 25 Sep 2013 09:08 PM PDT


Tengku Razaleigh Hamzah ditemubual pemberita selepas menyampaikan ucapannya di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013.Tengku Razaleigh Hamzah ditemubual pemberita selepas menyampaikan ucapannya di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013.Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa perancangan ekonomi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk program transformasi kerajaan dan program transformasi ekonomi mempunyai hala tuju yang salah.
Tengku Razaleigh yang juga pengasas Petronas dan ahli penting dalam Kabinet pentadbiran bapa Najib, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein turut menggambarkan cadangan slogan baru kerajaan "Endless Possibilities" sebagai sukar difahami.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Li: Pelan ekonomi Najib tak tentu arah

Posted: 25 Sep 2013 09:07 PM PDT




 
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyelar program ekonomi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa dilaksanakan dengan tidak tentu arah.

Kenyataan itu antara lain mensasarkan kempen Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang sering diuar-uarkan kerajaan.

Pengasas syarikat petroleum negara Petronas dan anggota utama ada pentadbiran bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein, itu turut menyifatkan slogan "Endless Possibilities" yang dicadangkan Tengku Razaleigh, sebagai slogan yang kabur.

Turut menjadi sasarannya ialah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya memburukkan lagi keadaan hutang negara.

Al Fatihah : Yb Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak (Bekas MB Kedah) Telah Kembali Ke Rahmatullah

Posted: 25 Sep 2013 08:41 PM PDT

ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah bahiyah, di sini.

Jenazah almarhum akan disemadikan di Muasasah Darul Ulum, di sini petang ini.

PPPM: Malaysia ada pakar runding, tidak perlu kerajaan BN bazir RM20 juta pada firma asing...

Posted: 25 Sep 2013 08:25 PM PDT


DAP hari ini membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media semalam yang mempertahankan pembayaran RM20 juta kepada syarikat perunding bagi penyediaan Pelan Pembangunan dan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013 - 2025).
Ahli Parlimen Serdang,  Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata kenyataan Menteri Pendidikan itu sangat tidak jelas dan meragukan kerana McKinsey & Co dikatakan hanya firma perunding am biasa bukan pakar dalam bidang pendidikan seperti didakwa.
"Apa yang menghairankan ialah apabila syarikat itu langsung tidak disenaraikan dalam PPPM. Jika McKinsey tidak memberi sumbangan daripada segi input, adakah peranan mereka itu hanya sekadar menulis laporan sahaja," kata kedua-dua ahli parlimen DAP itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Mereka turut mempersoalkan kewajaran kerajaan melantik khidmat perunding asing walhal negara juga mempunyai pelbagai tenaga pakar bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan input terbaik.
"Kita ada pelbagai agensi kerajaan seperti pasukan NKRA dan NKEA Pendidikan (Pemandu), jadi tindakan Muhyiddin ini adakah bermaksud beliau tidak yakin dengan khidmat pegawai kerajaan," kata kenyataan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan bakal tawan Putrajaya, tidak perlu kerjasama BN, kata Mat Taib

Posted: 25 Sep 2013 08:23 PM PDT


Aksi Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika ditemubual. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2013.Aksi Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika ditemubual. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2013.Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyangkal pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kewujudan ruang kerjasama antara Umno dan PAS dengan menyatakan bahawa gabungan kerjasama itu tidak perlu kerana Pakatan Rakyat mempunyai peluang terbuka luas menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.
Muhammad berkata, parti komponen PR sepatutnya bersedia mengukuhkan parti untuk membentuk kerajaan dan jangan menerima agenda tersembunyi Barisan Nasional (BN) bagi menjalinkan kerjasama.
"Jangan ada agenda untuk menyelit ke sana dan ke sini. Nanti rakyat yang menjadi mangsa. PR harus berusaha sebaik mungkin memberi alternatif kepada rakyat. Apa jua kelemahan BN, jangan diulang.
"Jika BN menjadi pilihan dan mendengar suara rakyat, mengapa mereka mahu bekerjasama dengan pihak menentang untuk berunding bersama kerajaan? Jika BN bagus, berdiri atas kaki sendiri, melainkan jika mereka memang sudah ditolak.
"Kalau tidak bagus, hendak menang dan berkuasa, kenalah main tipu. Pakat dengan penjaga gol lawan dan suruh lepaskan bola. Tendang dari jauh pun boleh masuk. Dalam arena politik, kita tidak mahu wujudkan orang yang mengekalkan kuasa. Umno sudah lama mengekalkan kuasa hampir 60 tahun," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersamaThe Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor.
Beliau yang mesra dengan nama timangannya Mat Taib berkata, atas dasar BN yang mahu mengekalkan kuasa, rakyat menanggung kerugian jika rundingan berkenaan menemui kegagalan.
Sambil menggesa parti dalam PR mengukuhkan kepimpinan untuk menawan Putrajaya pada PRU14, beliau berkata, BN dan PR harus memilih jalan berbeza.
"BN yang ingin mengekalkan kuasa, tetapi rakyat yang menanggung rugi. Pandangan saya, biar BN dengan cara mereka sendiri dan PR mesti bersatu sebagaimana sebelum ini. Saya yakin PRU14 mereka tawan Putrajaya.
"Tiada apa yang salah kerana di Australia, rakyat mereka kerap bertukar kerajaan. Selepas dua penggal, kerajaan yang mentadbir akan ditukar kerana selama tempoh berkenaan mereka sudah mula 'berakar'. Bahaya biarkan sesebuah kerajaan untuk terus berakar.
"Apatah lagi Umno sudah 60 tahun, bukan berakar tetapi sudah berkabel. Kabel yang sangat besar. Umno hanya menguntungkan pihak tertentu tetapi kebajikan rakyat tidak dijaga. Sepatutnya lepas dua penggal kita tukar kerajaan, supaya pimpinan lebih segar," katanya dengan nada tegas.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat perlu mendapat faedah maksimum daripada sesebuah kerajaan dan bukan hanya berfikir untuk terus mengekalkan kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan anti Lynas, Empangan Murum gabung demonstrasi di Parlimen hari ini

Posted: 25 Sep 2013 08:21 PM PDT

Dua kumpulan membabitkan kira-kira 50 individu bergabung mengadakan demonstrasi di perkarangan pintu masuk Parlimen, hari ini, kerana membantah pembinaan empangan Murum di Sarawak dan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, di Gebeng, Kuantan.

Mereka berdemonstrai sambil memegang sepanduk tertulis perkataan membantah projek-projek mega berkenaan.

Kedua-dua kumpulan mula bergabung sekitar jam 10.30 pagi dan berbaris sambil melaungkan bantahan mereka.

"Hentikan pembinaan empangan Murum" dan "Utamakan rakyat berbanding keuntungan" adalah antara slogan dilaungkan kumpulan yang membela nasib etnik Penan kerana terjejas akibat pembinaan empangan berkenaan.

Laungan itu kemudiannya berselang seli dengan laungan "Hentikan Lynas" "Sayang Malaysia Hentikan Lynas", "kami bukan tikus makmal",  dilaungkan kira-kira 30 individu yang memakai kemeja-T anti Lynas.
Read More / Baca Lagi >>

TPP: Kerajaan BN berpotensi disaman

Posted: 25 Sep 2013 06:20 PM PDT

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) 
SHAH ALAM –  Kerajaan Malaysia berpotensi untuk disaman jika menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) namun pada masa yang sama, cuba untuk mengekalkan dasar-dasar sedia ada yang memberi perlindungan kepada usahawan tempatan.
     
Sekutu Kanan Polisi dan Kluster, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Rizal Jaapar berkata, tindakan boleh diambil jika syarikat asing gagal mendapat kontrak kerajaan menerusi TPP setelah perjanjian ditandatangani.

"Menerusi TPP, syarikat-syarikat besar tajaan Amerika Syarikat (AS) akan memastikan kepentingan mereka didahului dan adanya undang-undang memihak kepada mereka.

Saya yakin mereka akan mendesak supaya diberi kebebasan membawa keluar masuk modal dan keuntungan perniagaan mereka di Malaysia serta mahu layanan sama rata dengan usahawan tempatan.

"Mereka juga mahu pastikan bahawa teknologi dicipta dilindungi selama-lamanya di bawah peruntukan undang-undang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Perwakilan Muktamar PAS ke-59 makin matang....Umno gigit jari..!!

Posted: 25 Sep 2013 06:16 PM PDT


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berpandangan Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pada November depan menyaksikan perbahasan dari perwakilan yang semakin matang dalam menentukan hala tuju politik.

Beliau yang melihat perkembangan itu dari sudut positif dan PAS seharusnya bersedia untuk menyediakan ruang dan peluang bagi perwakilan menyatakan hasrat pandangan mereka demi kebaikan parti pada masa akan datang.

"Saya sendiri melihat aspek ini daripada sudut yang positif di mana keyakinan saya PAS harus berbangga dan bersedia untuk menyediakan ruang dan peluang bagi perwakilan menyatakan hasrat mereka pandangan mereka demi kebaikan parti.

"Ini dapat saya baca dan tekuni melalui kehadiran dalam majlis mesyuarat agung tahunan PAS peringkat kawasan, di mana ahli-ahli telah mula peka dengan peraturan dan perlembagaan parti.

"Ahli-ahli telah mula berani untuk dapatkan hak mereka dan yang paling penting rasa untuk turut sama membuat keputusan," jelasnya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, ini semua adalah merupakan elemen positif yang parti harus berbangga dan mencerminkan bahawa PAS akan memiliki ahli-ahli yang bermaklumat dan berpengetahuan pada masa akan datang.

Jelasnya lagi, beliau merasakan pimpinan PAS yang ada hari ini harus bersedia untuk memberi pendidikan politik supaya ahli-ahli akan terus terdidik dengan displin etika dan terus menjadikan mereka ahli dan perwakilan yang bijak dalam peranan membangunkan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Orang Bodoh Dalam UMNO Yang Mahathir Maksudkan?

Posted: 25 Sep 2013 06:15 PM PDT

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus melontarkan kritikannya terhadap UMNO. Jika sebelum ini beliau mengatakan UMNO sebagai parti yang sudah tua dan akan mati, kali ini pemimpin UMNO yang sudah lama memegang jawatan pula dijadikan sasarannya.

Walaupun hujah Mahathir yang mengatakan UMNO sudah tua dan bakal mati itu disanggah oleh Najib dengan mengatakan UMNO sebenarnya semakin diterima rakyat berdasarkan lebih kerusi dimenanginya dalam pilihanraya lalu berbanding pilihanraya 2008, namun Mahathir nampaknya terus juga melontarkan kritikannya.

Beliau yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin tidak seharusnya memegang kuasa terlalu dan perlu mengetahui bila waktunya mahu berhenti.

Langkah itu, menurutnya perlu dilakukan untuk mengelakkan parti daripada terus dikuasai oleh orang-orang bodoh.

Tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai golongan pemimpin yang tidak perlu memegang kuasa terlalu lama dan harus mengetahui waktu untuk berundur itu. Adakah beliau maksudkan kepada Najib? Atau barangkali ditujukan kepada Muhyiddin?

Memang Najib sudah berusia 60 tahun manakala Muhyiddin pula sudah berusia 64 tahun, tetapi mereka baru saja sepenggal menjadi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO? Apakah jika lebih lama Najib dan Muhyiddin memimpin UMNO, mereka akan termasuk dalam kategori orang-orang bodoh juga?

Oleh kerana anaknya, Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan kali ini, apakah sebenarnya Mahathir sedang menghantar isyarat kepada perwakilan agar menolak calon-calon berusia yang bertanding jawatan itu? Dengan Mukhriz berusia 49 tahun, Hishammuddin 52 tahun, Shafie Apdal 54 tahun, Zahid Hamidi 61 tahun, Isa Samad 63 tahun dan Ali Rustam 64 tahun, apakah tujuan Mahathir sebenarnya mahu perwakilan UMNO menolak mereka yang berusia lebih 60 tahun itu?

Atau Mahathir menujukan perkara itu kepada ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara yang masih lagi mahu bergayut pada jawatan masing-masing meskipun sudah sekian lama memegang jawatan tersebut?
Read More / Baca Lagi >>

Ada Berani: Ketua polis Pulau Pinang cabar pengirim SMS ugutan bersemuka

Posted: 25 Sep 2013 06:11 PM PDT

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu yang menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepadanya pada Isnin lalu untuk bersemuka.

Abdul Rahim berkata, beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di Pulau Pinang sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas.

"Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis.

"Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja, telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi. Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya, saya akan pergi," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013 di Georgetown, malam tadi.

Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kelmarin.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah "Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best".  Selain itu, pengirim SMS turut mengugut untuk "mengambil" Abdul Rahim atau rakannya, jika tidak berjaya "mengambil" Abdul Rahim.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Dan Babi: Fathul Bari tegur ahli ILMU.....

Posted: 25 Sep 2013 04:25 PM PDT


Fathul tegur ahli ILMU 

SHAH ALAM –  Sekretariat Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta isu status Facebook yang membandingkan pihak yang mendapat subsidi daripada kerajaan dengan babi, yang ditulis oleh seorang ahlinya tidak dibangkitkan lagi.

Pengerusinya, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, beliau sudah menegur penulis status itu, Abu Abdillah Riduan Khairi serta bertanya apa kewajaran untuk dia menggunakan perbandingan tersebut.

"Walaupun dia ahli ILMU tapi status itu tidak ada kena mengena dengan kita (ILMU). Kita pun tidak setuju dia gunakan istilah itu (babi) untuk dibandingkan dengan manusia. Saya sendiri sudah tegur dia," katanya, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Kena Maki Dan Ditendang: Majikan pertahan Azman

Posted: 25 Sep 2013 04:22 PM PDT

KUALA LUMPUR – Majikan kepada pengawal keselamatan, Azman Mohd. Nayan yang dikatakan dimaki hamun dan ditendang oleh isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bertegas akan mempertahankan tindakan pekerjanya itu yang disifatkan betul dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) syarikat.

Pengurus syarikat keselamatan Valiant Force Sdn. Bhd., Mukhveer Singh Gill berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti kesemua aspek termasuk mendengar keterangan saksi dan melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Subang Skypark di Subang dekat sini.

Kena Main: MB Terengganu tutup akaun Facebook

Posted: 25 Sep 2013 04:16 PM PDT

Datuk Seri Ahmad Said 
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta masyarakat agar tidak mengendahkan laman Fan Page Facebook (FB) yang menggunakan namanya kerana itu laman palsu yang dikendalikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya beliau telah menutup akaun FBnya sejak seminggu lepas setelah menyedari ada pihak lain membuka akaun yang menyamai Fan Page FB beliau.
"Ada orang hantar SMS (Sistem Pesanan Ringkas), beritahu ada lagi yang baru. Hanya URL dia saja lain daripada yang kita punya.
"Kita dah tutup (Facebook) dekat seminggu. Tiada media sosial lagi dan kalau ada itu semua tipulah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad juga tidak menolak kemungkinan kewujudan laman klon itu ada kaitan dengan pemilihan Umno kerana beliau mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kemaman.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah bolasepak; bila nak tangkap jerung?

Posted: 25 Sep 2013 07:49 AM PDT

Kes yang menimpa pasukan bola sepak Perak baru-baru ini menunjukkan bahawa rasuah bola sepak di Malaysia masih di takuk lama. Kejadian ini benar-benar menyedihkan. Patutlah bola sepak Malaysia masih gagal menyaingi kehebatan sukan ini era 80-an dulu.

Bagi saya, untuk menyalahkan pemain seratus-peratus tentulah tidak wajar. Jika tidak ada penawaran tentu tiada penerimaan. Dalam hal ini kedua-dua pihak iaitu perasuah dan penerima rasuah wajar dihukum.

Yang berlaku sekarang ialah hanya pemain yang dikenakan tindakan sedangkan pemberi rasuah terus bebas di luar sana. Oleh itu, walaupun pemain bola sepak bertukar generasi, pemberi rasuah mungkin masih orang yang sama.

Sebagai salah seorang peminat bola sepak, tentunya saya tidak mahu bencana rasuah yang pernah melanda Malaysia pada era 90-an berulang kembali. Sewajarnya Persatuan Bola Sepak Malaysia dan persatuan negeri belajar daripada pengalaman pahit itu untuk membendungnya.
Read More / Baca Lagi >>

Lima tahun penjara guna gelaran Datuk palsu di bawah pindaan undang-undang baru

Posted: 25 Sep 2013 07:31 AM PDT

Hukuman lima tahun penjara bagi sesiapa menggunakan gelaran Datuk palsu yang dikurniakan oleh pemimpin tidak sah seperti Sultan Sulu di bawah pindaan baru yang dikemukakan oleh Putrajaya.

Pelaksaan hukuman baru itu tertakluk di bawah Akta Nama dan Lambang (Pencegahan Salah Laku) 1963.

Thomas Su (DAP - Ipoh Timur) berkata pindaan itu satu langkah tepat bagi memastikan tiada pihak yang akan mengemukakan gelaran yang tidak dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan pembesar negeri.

"Ia akan mencegah orang ramai dari membayar ribuan ringgit untuk mendapat gelaran tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, Putrajaya harus ada garis pnduan yang jelas siapakah yang berhak memberi gelaran berkenaan di peringkat negeri.

Presiden Majlis Persekutuan Datuk Malaysia, Datuk Danny Ooi turut merasai kegusaran orang ramai berhubung penggunaan gelaran Datuk palsu sejak kebelakangan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Buang bayi sama seperti membunuh – Sivakumar

Posted: 25 Sep 2013 06:44 AM PDT

V Sivakumar 1KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER: DAP menggesa pihak berkuasa memandang serius kes pembuangan bayi yang berada pada tahap kritikal dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kes itu perlu diklasifikasikan sebagai satu jenayah serius kerana hukuman semasa bagi pembuangan bayi terlalu ringan untuk dijadikan penghalang agar ia tidak terus berleluasa.
"Undang-undang perlu dikaji semula dan juga perlu satu mekanisme untuk mengesan serta mencari sesiapa saja yang terbabit dalam pembuangan bayi, kita tidak boleh membiarkannya begitu saja.
"Kes ini harus dilihat sebagai jenayah serius kerana ia membabitkan pembunuhan. Tidak ada perbezaan dalam membunuh samada orang dewasa atau bayi baru lahir," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Sivakumar di Parlimen, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan terdapat sebanyak 417 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara antara 2009 dan Ogos lalu berdasarkan rekod polis.
Bilangan tertinggi kes yang dilaporkan adalah 98 pada 2011 atau secara purata sebanyak 8.2 bayi baru lahir dibuang setiap bulan.
Bagi 2013, sehingga kini terdapat 60 kes dilaporkan pada Ogos atau purata sebanyak 7.5 pembuangan bayi.
Read More / Baca Lagi >>

SKMM jangan pilih bulu, digesa siasat juga blog pro-UMNO

Posted: 25 Sep 2013 06:44 AM PDT

1002623_655000331177758_971637466_nKUALA LUMPUR, 25 SEPT: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menggesa supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia agar tidak pilih bulu berhubung dakwaan fitnah berbahaya melalui satu artikel yang disiarkan secara meluas melalui blog-blog pro Barisan Nasional.
Kata Teresa dalam satu kenyataan media hari ini, artikel yang bertajuk "Cina Pun Mahu Duit Zakat –Teresa Kok" itu merupakan satu fitnah berbahaya dan mampu mengancam kestabilan perpaduan masyarakat negara ini.
"Apa yang mengejutkan, menteri kata kes ini adalah kes serangan peribadi yang hanya libatkan dua pihak. Beliau juga kata bahawa kes sebegini lebih menjurus kepada tindakan sivil dimana yang difitnah perlu tampil membuat tuntutan terhadap pelaku tersebut.
"Padahal fitnah jahat ini sangat jelas dibuat untuk menimbulkan kebencian agama dan kaum apalagi menjelang hari raya puasa. Bagaimana mungkin Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh katakan ia satu serangan peribadi?" soal Teresa.
Read More / Baca Lagi >>

Harga Minyak Naik Dunia Yang Salah. Kerajaan BN Kurang Subsidi Sahaja!

Posted: 25 Sep 2013 06:32 AM PDT


Ahmad-MaslanAhmad Maslan? Ahmad Maslan tidak pernah kering idea untuk berkongsi pandangan mengenai isu kenaikan harga minyak di Malaysia baru-baru ini (SEPERTI DI SINI). Terbaru….Beliau ada mengatakan kenaikan harga minyak ditentukan oleh harga minyak dunia dan golongan yang berpendapatan tinggi tidak layak menikmati subsidi.
Walaubagaimanapun, Ahmad Maslan terlupa yang mana golongan kaya/berpendapatan tinggi yang membayar & menyumbang cukai pendapatan tinggi kepada negara. Jadi mereka sememangnya berhak mendapat subsidi yang disalurkan kerajaan. Bukan apa, harga minyak perlu dikawal kerana harga minyak yang tinggi mengakibatkan semua harga barang lain meningkat.
Yang perlu dikawal sekarang, adalah kemasukan berjuta-juta warga asing di Malaysia. Sekarang ini beratus-ratus ribu warga asing menunggu giliran untuk dibawa masuk ke Malaysia selepas berjaya menerima lampu hijau daripada kerajaan Malaysia. Ini yang menjadi bebanan tinggi kepada negara….Hakikatnya?
Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.
"Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.
"Lain…mana sama daripada RM1 subsidi untuk diesel kita kurangkan RM0.80, daripada RM0.83 subsidi untuk RON95, kita kurangkan kepada RM0.63, itu fakta dan hakikat yang sebenar, harga minyak ditentukan oleh turun naik harga pasaran dunia," katanya menjawab soalan ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.
Jelas ahli Parlimen Pontian itu lagi, selain mereka berpendapatan tinggi, warga asing turut menikmati kadar subsidi bahan api.
"RM2,000 juta sebulan wang rakyat telah hangus, dan satu lagi mengikut kajian IMF 80% subsidi ini dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi, kita bagi subsidi kepada orang kaya," katanya.
"Struktur subsidi sekarang adalah banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang berkemampuan serta warga asing, mereka menggunakan kenderaan berkuasa tinggi berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan bermotosikal," katanya lagi.
Subsidi kurang? Realitinya harga minyak tetap naik…

Harga Minyak Dunia Turun, Harga Minyak di Malaysia Naik?

Harga Minyak DuniaSubsidi? Benarkah? Sehingga ke hari ini kerajaan masih belum menerangkan secara jelas pembahagian subsidi secara jelas bagi harga minyak di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40. Boleh Beli Rumah Apa?

Posted: 25 Sep 2013 06:25 AM PDT

Siti Hajar
Assalamualaikum Dato' seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato' Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.
Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.
Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.
Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?
Read More / Baca Lagi >>

Confirmed! Proton, not Honda, is official car.??

Posted: 25 Sep 2013 06:20 AM PDT

Deputy Finance Minister confirms FMT's report that Proton will continue to deliver the government's official fleet. Official announcement will be made soon.
KUALA LUMPUR: Deputy Finance Minister Ahmad Maslan today confirmed that the government has ditched Honda Accord in favour of Proton as its official vehicles.
"The relevant ministry would make an announcement on this soon, we just wait and see.
"Maybe (Minister in the Prime Minister Department) Abdul Wahid Omar will take on this, but whatever said was true," he said in replying to a question if the government has reverted to continue using Proton.
Ahmad however declined to answer when asked if the decision was made due to intense lobbying from Proton.
FMT on Sept 17 carried an exclusive article stating that the government has made a last-minute U-turn to allow the national carmaker to continue supplying official vehicles to the federal government.
Read More / Baca Lagi >>

Bancian Al-Jazeera: 91.4% Responden Kata Roadmap Regim Zionis Al-Sisi Akan Gagal

Posted: 25 Sep 2013 06:18 AM PDT


Majoriti penonton Al-Jazeera telah meramalkan bahawa Peta Jalan (Roadmap) yang dilaksanakan oleh tentera Mesir akan gagal.

Seperti dikutip dari Middle East Monitor, Rabu (25/9/2013), jejak pendapat itu menunjukkan bahwa 91.4 peratus dari mereka yang disoalselidik menyatakan tidak percaya pada peta jalan tersebut dan meramalkan bahwa roadmap itu akan gagal. Roadmap itu diumumkan Menteri Pertahanan Mesir Abdul Fattah-Al-Sisi pada 3 Julai lalu, ketika pihak tentera melakukan kudeta.

Sekitar 13,848 orang responden memberikan suaranya dalam jejak pendapat itu, hanya sekitar 8.2 persen dari mereka menyatakan keyakinannya dalam peta jalan.

Ketika Presiden sah Mesir, Mohammed Morsi dikudeta oleh tentera, dengan pantas Al-Sisi mengumumkan roadmapnya untuk Mesir, lalu diikuti dengan penahanan dan pertumpahan darah yang dilakukan oleh junta tentera terhadap rakyatnya.

Indeks rasuah parah, Najib hanya bermain kata-kata

Posted: 25 Sep 2013 06:17 AM PDT


KUALA LUMPUR 25 SEPT: Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bermain kata-kata bagi membendung gejala rasuah sedangkan indeks rasuah pentadbiran Perdana Menteri itu semakin parah.
Situasi itu menunjukkan kerajaan tiada komitmen mengatasi gejala berkenaan sedangkan isu rasuah acap kali dibangkitkan selama ini.
najib tidoAhli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi lebih kuasa dari segi pendakwaan supaya mereka yang sabit kegiatan rasuah dijatuhi hukuman setimpal.
"Kenyataan ini terlalu kerap kita dengar dari Perdana Menteri tetapi pentadbiran hari ni yang lebih parah dari PM lalu.
"Indeks rasuah terlalu parah. Ini menunjukkan tiada komitmen dan kalau ada kesungguhan, saya ada beberapa saranan yang menjadikan SPRM itu diperkasa.
"Wujudkan bajet besar untuk membentuk suruhanjaya perkhidmatan sendiri supaya mereka boleh melantik atau memecat mana-mana pegawai. Ini tidak dilakukan malah ditangguh beberapa kali," katanya kepada TV Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

MP PAS Hulu Langat Bahas Bajet Tambahan (2013) 2013 [ 25 Sept 2013]

Posted: 25 Sep 2013 05:25 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Rintihan anak muda penyokong BN (LM)

Posted: 25 Sep 2013 10:56 AM PDT

Surat terbuka buat Dato' Najib daripada Siti Hajar Aladin

Assalamualaikum Dato' seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri..

Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato' Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. 

Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Sakmongkol

Posted: 25 Sep 2013 07:14 AM PDT


Rencana

Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Sakmongkol

September 25, 2013
Siapa Bumiputera yang Umno maksudkan? Bumiputera itu maksudnya Melayu. Melayu didahulukan daripada Bumiputera bukan Melayu. Melayu Umno didahulukan daripada Melayu bukan Umno. Maka, bila Umno bercakap mengenai Bumiputera dan Melayu - tidak semesti yang dimaksudkan itu, Melayu kebiasaan. Seperti yang saya katakan banyak kali, 4 juta lebih Melayu kali ini tidak menyokong Umno secara keseluruhannya.

Apa boleh kita buat, ini standard pemikiran pemimpin Umno.  Kenalah kita terima sehingga kelompok berminda seperti ini disingkirkan. Beberapa minggu sudah berlalu sejak Najib berucap mengisytiharkan pelan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Ia memberi peluang kita meneliti pelan tersebut dengan lebih teliti dan rapi. Ada beberapa unsur yang baik dalam pelan itu. Sayang sekali, saya percaya, pelan itu akan mengalami nasib yang sama dengan DEB-1. Pelan ini suatu retorik politik. Ia dimunculkan dengan tergesa gesa untuk Najib buat pengisytiharan.


Apa punca utama ia akan gagal? Sebab prinsip asasnya tidak betul. Prinsipnya ialah habuan/hadiah kehidupan tidak akan datang melalui penggubalan undang-undang dan peruntukan di bawah undang-undang. The Reward System cannot be legislated or arranged by setting out laws and regulations. Mengayakan orang Melayu mesti dilakukan dengan meletakkan sumber pengkayaan secara langsung dalam tangan mereka yang mahu dikayakan. The Reward System must be based on qualifications- those not academically inclined qualify to get rewards by sheer hard work and diligence; those who are academically and technically competent are rewarded in accordance to their marketed talent.
Saya bukan bercakap mengenai mereka yang kurang upaya, warga emas, golongan kekurangan serba serbi yang memerlukan bantuan kebajikan sosial. Mereka ini semua mesti terus dibantu. Itu sebabnya kita ada sistem jaringan keselamatan sosial.

Kelompok yang saya maksudkan ialah kelompok yang able bodied yang mahu berkerja dan berusaha , mahu melayakkan diri untuk mendapatkan habuan hidup, mahu berdikari tapi tidak ada sumber pengkayaan. Mereka tidak ada perumahan, tanah, alatan kelengkapan dan modal kewangan. Berikan mereka perkara  ini semua secara langsung, maka kerajaan tidak memerlukan suatu pelan yang penceritaan dan pencanangannya  hebat, tapi pelaksanaannya lemah .

Pelan mengayakan Melayu dan pemilihan Umno

Sekarang ini, apa sahaja kenyataan oleh pemimpin Umno, kita kena lihat dalam konteks pemilihan Umno. Semua yang mahu bertanding akan menunjukan mereka lebih Melayu daripada Melayu lain. Maksud saya sesama Melayu Umno.

Tiga penyandang bermuafakat dan menyatakan mereka perlu dipilih semula untuk mendokong dan mengembangkan wawasan Najib. Mereka yang lebih layak dan ada kerasian meneruskan wawasan Najib.

Apa dia wawasan Najib?  Yang terbaru ialah pelan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Tidak ada pelan lain yang meminatkan Melayu Umno daripada suatu pelan yang mengayakan mereka.

Kita kena faham bahawa dalam Umno, perjuangan pemimpinnya bukan kerana suatu idealisme atau ideologi. Umno tidak ada ideologi. Perjuangan dalam Umno ialah perlumbaan mendapat kuasa dan kedudukan. Sebab daripada kuasa dan kedudukan, yang dipilih akan dapat memberi naungan dan habuan kepada penyokong. Mukhriz Mahathir misalnya - berkata bahawa kerajaan negerinya tidak akan bantu sekolah Cina sebab Cina menolak MCA. Dia mahu berlaku adil, tapi dia mesti tolong orang yang sokongnya dahulu, kalau ada lebih, baru tolong orang lain. Inilah dia dia quotient kenegarawanan yang ada dalam diri Mukhriz.

Jadi kita tengok, semua orang berlumba-lumba menunjukkan mereka lebih Melayu berbanding Melayu lain. Isa Samad, Ali Rustam semua menunjukkan kemelayuan mereka.  Kerana itu, orang Melayu bila dengar omongan Najib tentu gembira. Suka hati kerana Najib buat banyak langkah untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu. Inilah peluang mengayakan diri dan memaksa pelaksanaan, pemberian lesen, monopoli dan keistimewaan lain atas nama mendepankan kepentingan ekonomi bangsa Melayu. – sakmongkol.blogspot.com, 25 September, 2013.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Raub.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Hajat terakhirku - Chin Peng

Posted: 25 Sep 2013 07:04 AM PDT


Rencana

Hajat terakhirku - Chin Peng

September 25, 2013


Kawan-kawan seperjuangan dan saudara-saudara setanahair yang tercinta,
Apabila anda membaca surat ini, saya sudah tidak di dunia ini lagi.

Niat asal saya ialah meninggal dunia secara senyap-senyap dan membiarkan saudara-mara saya mengendalikan sendiri hal-hal pengebumian. Akan tetapi, pengaruh daripada kesilapan media pada awal bulan Oktober 2011 yang mewartakan bahawa kesihatan saya telah berada di taraf yang amat kritis meyakinkan saya betapa perlunya saya meninggalkan surat ini.

Saya  berasa amat bertuah kerana kedua-dua anak saya bersedia untuk mengurus jenayah seorang ayah yang tidak dapat memberikan mereka kasih sayang, kemesraan keluarga dan perlindungan semenjak  mereka dilahirkan lagi. Sayang sekali, saya hanya mampu mengembalikan kasih sayang saya kepada mereka setelah saya melepaskan tugas politik dan tanggungjawab awam. Secara ironi, saya dapat berbuat demikian hanya setelah saya sudah tidak bernyawa lagi dan tidak sanggup memberikan apapun kepada mereka.

Apa yang dikesali ialah mereka mengenali ayah sendiri jauh setelah mereka mendewasa, seorang ayah yang begitu asing bagi mereka. Saya tidak berhak menuntut mereka memahami dan memaafkan saya. Mereka tidak ada pilihan. Mereka terpaksa menerima realiti yang zalim. Sama seperti ramai keluarga para pahlawan dan kawan-kawan saya yang lain, mereka terpaksa menanggung kesusahan dan penderitaan yang di luar kemahuan mereka sendiri. Mereka terpaksa menanggunginya kerana keputusan kami hendak mencabar dan mengubah kuasa yang kejam.

Sayang beribu sayang, saya tidak berjaya menziarah makam ibu-bapa saya yang dikebumikan di kampung halaman Sitiawan. Saya tidak dibenarkan menjejakkan kaki di tanah air tercinta, bumi tempat saya dan rakan-rakan seperjuangan saya berjuang keras menentang kaum penceroboh dan penjajah asing.

Saya dan kawan-kawan saya telah menyumbangkan seumur hidup kami kepada usaha perjuangan politik yang kami yakini, dan telah memberikan berbagai pergorbanan. Apapun risiko yang menimpa diri kami, keluarga kami dan masyarakat kita, kami terima dengan hati terbuka.

Pada hakikatnya, saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik, yang sanggup mengistiharkan kepada dunia bahawa dia berani menghabiskan seumur-hidupnya demi cita-cita yang dipegangnya, iaitu mewujudkan satu dunia yang lebih baik kepada rakyat jelata.

Berjaya atau tidak lain perkara, yang penting ialah usaha yang saya lakukan ke arah tersebut. Mudah-mudahan, jalan yang saya tempuhi ini akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh generasi muda.Saya yakin penuh bahawa api perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam.

Selamat tinggal, kawan-kawan seperjuangan yang tercinta! Selamat tinggal, saudara-saudari setanahair yang dikasihi! Selamat tinggal, tanah air yang dicintai! - 25 September, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


* Chin Peng (Ong Boon Hua) ialah bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya.

JANJI 1 MALAYSIA

Posted: 25 Sep 2013 04:45 AM PDT


 KATA-KATA PM DI KELAB KOMANWEL DI SAN FRANCISCO.

Terpegun juga aku baca kata-kata ini terutamanya bab rasuah. Makna kata, Malaysia akan jadi macam Singapura yang bebas rasuah. kalau ada pun kot bayaq duit kopi bawah meja .Tak la sampai billion-billion.Tiba-tiba aku pula terkejut dengan pendedahan anak beranak kroni yang pegang syarikat cat. Malas lah aku nak layan cakap-cakap janji 1 Malaysia.Hangpa baca la...baru pagi tadi aku baca dan penuh semangat nak jadi Melayu berjaya..top-top, aku tau dah siapa yang akan berjaya.Mana aci.....aku orang kampung,kerja kampung ,  tak dapat apa pun.




  • Anak Najib dalam SerSol Holdings
  • NONEKemasukannya ke dalam SerSol diikuti dengan lantikan anak Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sebagai pengarah pengurusan pada 3 September lalu.   
  • DIBAWAH INI INTISARI SYARAHAN PM KAT KOMENWEL ATAU KAT DUNIA ATAU KAT RAKYAT MALAYSIA.AKU PUN RASA KAT DUNIA NIH...WAH HEBAT-HEBAT AKU RASA SEBAGAI RAKYAT 1 MALAYSIA.

"Saya sudah mewujudkan peranan menteri tadbir urus dan integriti dalam Kabinet yang disandang bekas presiden Tranparency International cawangan Malaysia," katanya.



"Kami berharap suruhanjaya ini boleh menjadi contoh untuk negara lain yang sedang berusaha untuk membina keupayaan institusi bagi memerangi rasuah," katanya.



"Jika kita dapat menunaikan janji kita kepada rakyat - dalam hal ini, kesungguhan untuk memerangi rasuah - dan melaksanakannya dari semasa ke semasa, maka nilai mata wang itu akan dipandang tinggi.

"Ganjarannya bukan sekadar mempunyai persekitaran perniagaan yang lebih terbuka dan telus, dengan pasaran yang lebih bertenaga dan peluang yang lebih meluas, tetapi juga memperoleh kepercayaan baharu tentang kemampuan kerajaan mengubah keadaan menjadi kepada yang lebih baik," katanya.



"Sekiranya kita tidak memberi peluang kepada semua rakyat kita untuk memainkan peranan berhubung masa depan rantau itu, kita menghadapi risiko menggalakkan tercetusnya ketegangan etnik, pelampau agama dan ketidakstabilan
politik.

"Ini seterusnya akan menyekat tercapainya objektif kita: sebuah Asia yang lebih makmur dan harmoni.

"Oleh itu, kita perlu pastikan pembangunan melahirkan peluang ekonomi untuk semua, bukan memberi kekayaan hanya untuk segelintir manusia; yang bukan sekadar meningkatkan angka nominal KDNK, tetapi juga infrastruktur sosial yang amat penting.



"Tetapi, berdasarkan sifat semula jadinya, kewangan Islam tidak terdedah kepada pembaziran yang telah merosakkan ekonomi dunia kerana ia tidak membenarkan spekulasi dan melarang faedah, manakala pulangan hanya dikira berdasarkan perkongsian keuntungan," katanya.


"Ini adalah antara cara untuk meningkatkan penyertaan dalam ekonomi, mengukuhkan ekonomi kami secara menyeluruh dan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut mengecapi hasil daripada kejayaan negara kami," kata Najib.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


WALAU PUN 1000 TAHUN PENJARA

Posted: 25 Sep 2013 06:40 PM PDT





 KOMENTAR TUKAR TIUB
cinta tidak boleh d paksa paksa
mustahil penjara akan dapat memaksa cinta

daging anjing  mustahil 
boleh dijual sebagai daging kambing

barangan ciplak mustahil
boleh diterima sebagai  barang asli

wine  dari balakong
mustahil boleh menyamar 
sebagai wine dari peranchis

jalur temberang  bendera ciplak
jalur temberang diciplak dari bendera amerika 
mustahil  penjara akan mengubah hakikat ini

Sang Saka Malaya terus berkibar walau penjara 1,000 tahun, kata aktivis

Dua aktivis yang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengibarkan Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang Kemerdekaan lalu menganggap pindaan akta untuk memberikan hukuman penjara selama 15 tahun bagi tindakan menghina Jalur Gemilang tidak masuk akal.

Menurut Hishamuddin Rais (gambar), Sang Saka Malaya akan terus berkibar walau dipenjara 1,000 tahun sekalipun.
"Sang Saka Malaya (gambar) telah berkibar lebih 2,000 tahun. Bila wujudnya Jalur Gemilang itu?" soal Hishamuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider. 
"Sejak Merdeka hingga 2007 apa nama bendera kita? Seluruh Nusantara menggunakan Sang Saka Malaya," katanya, dan menambah hukuman penjara maksimum sebanyak 15 tahun itu juga sekadar "perkara kecil."


KIBARKAN 
SANG SAKA BENDERA RAKYAT
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

------------

SEMUA TURUN BERDEMO - JUMAAT 11HB DI KLCC

Posted: 25 Sep 2013 06:00 PM PDT




SEMUA TURUN BERDEMO
JUMAAT 11 OKTOBER 2013
 DI KLCC


11 Oktober - Hari Rakyat Malaysia Bantah Kehadiran Obama

Dalam sesi mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 24 September 2013, sewaktu sesi jawapan lisan, Menteri Perindustrian dan Pelaburan Antarabangsa,  Mustapha Mohamad telah menyatakan bahawa tiada keperluan satu demonstrasi atau tunjuk rasa membantah Perjanjian Persefahaman Trans-Pasifik (TPPA) ekoran daripada Kerajaan Persekutuan belum lagi menandatanganinya sebagai menjawab pertanyaan asal daripada Ahli Parlimen Putatan berhubung perjanjian ini.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) melihat bahawa TPPA hanya salah satu subjek yang telah menzahirkan seruan tunjuk rasa membantah kehadiran Presiden Obama yang dijadualkan pada 11 Oktober 2013. Tunjuk rasa terhadap pentadbiran dan dasar campurtangan Washington pada negara lain selama ini juga patut dijadikan sebab mengapa kita harus berkumpul melahirkan rasa bantahan terhadap mereka. Apatah lagi, kehadiran Obama adalah merupakan kunjungan pertama Presiden US ke negara ini selepas hampir 47 tahun.

Peluang julung kali ini tidak harus dipersiakan dengan memberikan permaidani merah terhadap Ketua Negara Pembuli Terbesar Dunia. Peluang yang amat jarang untuk diperolehi bagi kita sebagai sebahagian masyarakat dunia untuk menunjukkan bantahan secara terus kepada Presiden Obama.

Keperluan turun tunjuk rasa 11 Oktober ini harus melangkaui isu TPPA. Betapa banyak kemungkaran sikap Amerika Syarikat dalam membuli masyarakat dunia terutama masyarakat Timur Tengah selama ini tidak harus dipandang mudah dengan mengadakan demonstrasi kecil di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sahaja tetapi menikus dan memberikan sambutan gegak gempita terhadap 'ketua pembuli' yang akan singgah ke tanahair ini. 11 Oktober tidak menyaksikan kehadiran pelancong Amerika Syarikat atau tenteranya tetapi adalah watak tertinggi yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala dasar-dasar pencabulan, penindasan yang kerap dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

11 Oktober seharusnya menjadi tarikh keramat bantahan tegas rakyat Malaysia terhadap segala kemungkaran Amerika Syarikat terhadap isu kemanusiaan. Peristiwa penderaan tahanan penjara Abu Gharib, seksaan menggunakan teknik snowboarding oleh pihak penguasa Amerika Syarikat terhadap tahanan-tahanan di Guantanamo, pencerobohan terhadap negara-negara lain dan pengeboman menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) serta mangsa-mangsa yang tidak bersalah turut terbunuh dalam kempen-kempen tajaan Amerika Syarikat. Pembohongan kepada dunia berkenaan WMD (weapon of Mass Destruction) terhadap Iraq semata-mata untuk membenarkan penaklukan terhadap negara itu juga tidak perlu kita lupakan. Perang di Iraq adalah merupakan satu perang yang tidak sah di mata dunia.

Amerika Syarikat berulang kali menggunakan kuasa veto untuk menghalang resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Israel yang sehingga kini begitu biadap menyembelih dan mengambil nyawa rakyat awam Palestin tidak kira orang tua, wanita dan kanak-kanak. Inilah masa yang baik untuk kita bangkit nyatakan rasa kemanusiaan kita terhadap nasib Palestin.

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang terlalu menjaga kepentingan mereka sendiri semata-mata tanpa pernah menghargai kesepakatan Antarabangsa. Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang tidak menandatangani Kyoto Treaty berhubung alam sekitar, negara yang tidak mengiktiraf Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) serta menolak untuk tandatangan perjanjian berhubung senjata biologi.

Kini, sikap Washington juga jelas berpihak kepada kudeta tentera di Mesir. Mereka merupakan sebuah negara yang sering melaungkan agenda demokrasi apabila ingin menyerang negara-negara lain, perang atas nama demokrasi tetapi dalam isu Mesir, Washington jelas berpaksikan tindakan tindakan demokratik dan menyokong kudeta tentera yang sebenarnya telah memadamkan obor demokrasi Mesir. Inilah wajah sebenar Amerika Syarikat yang harus kita bangkit, bersolidariti bersama-sama pada 11 Oktober nanti.

Kesempatan 11 Oktober ini harus diambil secara serius oleh semua rakyat yang simpati terhadap nasib saudara-saudara kita yang telah dibuli Amerika Syarikat selama ini. Jangan kita hanya berani dengan kumpulan muzik seperti Metallica dan sekadar aktif menyelar di laman maya sahaja tetapi apabila Ketua Zionis datang, maka kita menikus mendiamkan diri. Inilah masanya untuk kita suarakan bantahan dan kepedulian kita terhadap nasib mereka-mereka ini walaupun Presiden Obama tidak dapat melihat demonstran-demonstran kerana dilindungi oleh pihak Secret Service dan PDRM namun media dari seluruh dunia pasti akan tetap pancarkan berita itu.

SAMM Johor dengan ini menyeru setiap rakyat Malaysia yang prihatin terhadap dasar-dasar Amerika Syarikat yang menindas dan mencabuli hak-hak rakyat seluruh dunia yang bebas dan merdeka untuk bersama-sama hadir bersolidariti dalam Himpunan 11 Oktober ini. Keberadaan kita pada tariklh tersebut menjadi bukti jelas keprihatinan dan ketegasan kita dalam menolak perangai membuli Amerika Syarikat selama ini.

Kepada semua NGO-NGO dan individu-individu anti penindasan, ayuh bersama bersolidariti Bantah TPPA, Bantah Penindasan AS dan Bantah Obama. 11 Oktober tarikh penting suara rakyat Malaysia bangkit dan tegas tolak agenda pembuli Antarabangsa, Amerika Syarikat-Israel dan sekutu bukan hanya sekadar membantah TPPA semata-mata.

Roslee Mohd Shariff
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Johor (SAMM Johor)

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

SURAT TERBUKA UNTUK HASAM MALEK

Posted: 25 Sep 2013 06:30 AM PDT



Mahathir: Lepaskan kuasa, elak Umno dipenuhi "orang bodoh"

Mahathir Mohamad anak lelaki Iskandar Kiktty  (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai "orang bodoh".
Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.
"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PADA SIAPA DI TUJU KAN INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...YANG JELAS PADA HASAN MALIK...kah kah kah

kah kah kah... GRADUAN MALAY STUDIES UM... kah kah kah..


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

 woit... ORANG KAMPONG DI PILAH MAKAN NASI... kah kah kah..

kah kah kah...HASAN MALEK  MAKAN DEDAK.... kah kah kah..

kah kah kah..TU PASAL JADI BANGANG... kah kah kah..

kah kah kah... TU PASAL BELAJAR MALAY STUDIES DI UM... kah kah kah

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

--------

SANG SAKA AKAN TERUS BERKIBAR

Posted: 25 Sep 2013 04:05 AM PDT




SEJARAH 
PERJUANGAN BANGSA

 
Penjara 15 tahun jika hina Jalur Gemilang
Pindaan yang ingin dibuat terhadap Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun termasuk didenda sekiranya ada individu yang menghina Jalur Gemilang.
Peruntukan pindaan yang ingin memasukkan Seksyen 12 E dalam Kanun Keseksaan yang dibacakan untuk kali pertama di Parlimen hari ini turut memberi peruntukan sama terhadap penggunaan logo atau simbol yang berlainan selain bendera bagi memperkenalkan negara.
"Mana-mana pihak yang cuba menukar, mengubahsuai, mengoyak, membakar, atau meletakkan, mempersoalkan untuk menghina sebarang logo nasional atau bendera, atau negara lain boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan juga boleh didenda," kata pindaan berkenaan


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....  HINA JALUR TEMBERANG?.... kah kah kah..

kah kah kah... BENDERA INI TAK PERLU DI HINA.... kah kah kah..

kah kah kah... BENDERA INI MEMANG ASALNYA HINA... kah kah kah..

kah...WUJUD HASIL PERTANDINGAN  MELUKIS KARTON...kah kah 

kah kah kah...OPPS.. SILAP... PERTANDINGAN LUKIS BENDERA... kah kah kah

kah kah kah...HINA KERANA DI CIPLAK DARI  BENDERA AMERIKA... kah kah kah...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TANYA PAKAR SEJARAH.... kah kah kah..

kah...DARI  31 OGOS 1957 HINGGA 2007 APA NAMA BENDERA MALAYSIA...kah ..

kah kah kah... KEMUDIAN TANYA TENTANG SANG SAKA... kah kah kah..

kah kah kah...SEJARAH SANG SAKA ADALAH SEJARAH NUSANTARA... kah kah kah

sila layari stesen punk rock
www.radiobangsarutama.com
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

---------

ISTERI ROSMAH BUAT LAWAK LAGI

Posted: 25 Sep 2013 01:00 AM PDT




Saya mahu jadikan rasuah perkara silam - NAJIB
Khairdzir Md Yunus | 8:32PM Sep 24 2013
Berucap pada Syarahan Kelab Komanwel di San Francisco, Isnin, Najib berkata langkah itu bermakna mengubah budaya organisasi dan perniagaan

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KALAU NAK BUAT LAWAK OKAY... kah kah kah..

kah kah kah..TAPI BUATLAH DI COMEDY STORE... kah kah kah..

kah kah kah..DI SAN FRANCISCO ADA... kah kah kah..

kah kah kah.. DI NEW YORK ADA... kah kah kah..

woit... ROSMAH NAK BUAT TARIAN GALAH PUN OK.. kah kah kah
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

DEMO ANTI AMERIKA 11 OKTOBER KLCC

Posted: 24 Sep 2013 09:30 PM PDT






TURUN DEMO
 ANTI AMERIKA
JUMAAT 11 OKTOBER
KENAPA OBAMA DATANG KESINI
Tanah Melayu adalah negara bekas tanah jajahan British.  Semenjak zaman Raffles, Lord Minto hingga  ke zaman Haji  Mubin Sheppard rujukkan politik , ekonomi dan budaya tanah Melayu ialah Britain. Anak-anak didik British berkeliaran. Ketika membesar mereka dididik di Malay College. Yang bijak dihantar ke Canada, New Zealand, Australia atau ke Old Mother England. Mereka diberi biasiswa Colombo Plan. Kemudian menjadi pegawai MCS (Malayan civil Service) , manakala guru-guru di Tanah Melayu dilatih di Kirby England.

Sebelum  Perang Dunia Kedua,  Tanah Melayu  dengan bijih dan getah telah menjadi penyumbang utama ekonomi Britain. Pada satu ketika yang lama dahulu hampir 60% ekonomi Britain datang dari Tanah Melayu. Justeru, tidak sakah kalau kita mengatakan bahawa kota London itu dibuat hasil rompakan harta kekayan Tanah Melayu.

Sejarah Tanah Melayu berubah sesudah Perang Dunia Kedua. Perang dunia telah memuflis kuasa imperial Britain. Kantong duit Baginda Queen  diburukkan lagi dengan serangan pukul mati dari  Parti Komunis Malaya  yang melancarkan gerakan bersenjata menentang penjajah British.  

Akhirnya  kuasa imperial Anglo terpaksa mengakui bahawa Britain bukan lagi kuasa imperialis  dunia yang mutlak.  Realpolitik sesudah Perang Dunia Kedua telah mewujud  dua kuasa besar – kuasa imperialis Amerika dan blok sosialis Soviet Union.

Mengakui realpolitik ini, maka Britain telah  mengeluarkan dasar ' mengundur dari Timur Suez'. Ertinya  Britain akan menutup semua pengkalan tentera disebelah Timur. Kem Terendak di Melaka pengkalan tentera terbesar Britain  di Tanah Melayu akhirnya ditutup. Pengkalan udara RAF di Changi Singapura juga tutup kedai. Australia – negara budak suruhan Baginda Queen juga menutup 'kedai kapal terbang ' di Butterworth.

Untuk anak-anak muda – jangan  tidak tahu  bahawa Universiti Sain  yang wujud hari ini didirikan diatas bekas tapak pengkalan tentera British. Justeru letaknya  diatas bukit yang stratejik. Dari bukit ini tentera British boleh   menjaga  dan mengawal kapal dagangan British yang keluar masuk dipelabuhan Tanjung.

Pengunduran tentera kolonial British ini menjadikan barua dan budak suruhan  British  di Asia Tenggra gelabah dan takut. Apabila British meninggalkan Tanah Melayu kepada United Malays National Organisation – parti Ketuanan Melayu ini  sedar bahawa tanpa bantuan ketenteraan British mustahil mereka dapat berkuasa. Untuk terus menjaga kepentingan ekonomi penjajah British  – Tanah Melayu yang  dikatakan 'merdeka' telah menjadi anggota Commonwealth hingga ke hari ini.

Dalam masa yang sama nasionalisma Dayak dan Iban di Borneo telah mula merebak. Indonesia dibawah nasionalis Bung Karno – yang anti-imperialis – telah  menjadi rujukan bukan sahaja di Tanah Melayu malah dinegara-negara tanah jajahan.  Angkat senjata melawan penjajah menajdi trend politik di Asia, Afrika dan Amerika Latin.  Diserata dunia anak tanah jajahan angkat senjata melawan penjajah.

Saperti Parti Komunis Malaya - Parti Komunis Sarawak dengan PARAKU – Pasukan Rakyat Kalimantan Utara – mula melancarkan perang gerila untuk menyatukan Sabah, Sarawak dan Berunai dalam sebuah negara yang akan dipanggil Kalimantan Utara. Keadaan ini menjadikan British takut lalu projek Malaysia dinetaskan pada tahun 1963. Projek Malaysia ini bertujuan untuk memastikan kepentinagn ekonomi Britain terjaga.

Kuasa imperialis dengan licik  telah menipu dan memaksa warga   Sabah dan Sarawak  mendirikan apa yang dipanggil gagasan Malaysia. Hakikatnya  – dalam realpolitik  Sabah dan Sarawak menjadi  'tanah jajahan  Semenanjung'.

Perang gerila PARAKU di Sarawak  dan serangan gerila dari Tentera Pembebasan  Rakyat Malaya  memperlihatkan bahawa   barua dan budak suruhan tinggalan British dalam keadaan terancam. Keselamatan mereka tidak mungkin terjamin. Dalam masa yang sama rakyat Vietnam dibawah pimpinan Ho Chi Minh telah berjaya mengalahkan kuasa kolonial Peranchis. Gerila-gerila dari Parti Komunis Pilipina, Burma dan Thailand  sedang melancar perang pembebasan.

Tahun-tahun 70'an memperlihat kuasa imperialisma British  cuba memperkukuh kedududkan dari menjunam terus. Dalam suasana  Perang Dingin ini inilah Perjanjian Ketenteraan Lima  Negara dimeteri pada tahun 1971. Ini sebelum British mengundur terus dari Asia Tenggara. Pejanjaian  antara Britain, Australia, New Zealkand, Malaysia dan Singapura ini bertujuan untuk menjaga kepentingan British di Asia Tenggara. Juga perjanjian ini untuk mententeramkan budak-budak suruhan British yang masih lagi menghadapi serangan bersenjata dari Parti Komunis.

Perjanjian Pertahanan  Lima Negara ini menunjukkan bahawa Malaysia termasuk Berunai masih tertaklok kedalam bakul  kepentingan ekjonomi Britain. Berunai  yang tidak jadi bersama Malaysia adalah contoh terbaik dimana Sultan Berunai hanya dapat diselamatkan dari kebangkitan  rakyat dengan bantuan soldadu upahan Ghurkha yang dibawa oleh Britain.

 Kuasa imperialis Amerika sedar akan pengaruh danh kepentingan ekonomi British keatas negara bekas tanah jalahan ini. Justeru Amerika tidak menggangu gugat pengaruh Britain.  Amerika  hanya memasukan jarum CIA untuk melakukan rampasan kuasa di Indonesia pada tahun 1965.  Bung Karno dijatuhkan dan dinaikkan Haji Muhamad Suharto untuk menjadi boneka Amerika.

Saperti Geng 24 dan Geng 30 – Amerika dan Britain juga  ada perjanjian  samseng yang tidak bertulis. Dua kuasa imperial ini  tidak akan 'menceroboh'  kawasan masing-masing. Mereka bekerjasama untuk membantu dalam hal rompak merompak negara Dunia Ketiga.

Kali pertama Amerika cuba mengembangkan sayap ke Malaysia pada tahun 1966. Ini ketika Perang Dingin  dan Perang Vietnam sedang hebat berjalan. Presiden Johnson telah datang secara resmi melawat Malaysia. Tujuan Presiden Johnson ialah untuk meminta Tunku menghatar tentera dan soldadu Malaysia bersama membantu Amerika dalam Perang Vietnam.

Presiden Johnson yang mengambil alih dari pembunuhan Kenendy sedang  terdesak oleh Perang Vietnam.  Politik dalaman Amerika sedang berkecamok. Anak-anak muda dikampus-kampus telah bangun  berdemo menentang Perang Vietnam. Warga Kulit Hitam menjadi radikal dengan Black Panther. Anak muda  kelas pertengahan Amerika telah menubuhkan Weatherman – gerakan gerilka bawah tanah – menentanmg kaum kapitalis tempatan.

Anak-anak muda Amerikan  secara terbuka telah membakar Kad Wajib Tentera. Mereka tidak mahu dipaksa menjadi soldadu untuk mati di Vietnam. Ramai yang  melarikan diri ke Canada dan keserata pelusuk dunia.  Gerakan anti-perang mengampoh ke seluruh dunia – dari London, Paris, Amsterdam ke Melbourne ke Tokyo.   Di Vietnam sendiri  jumlah soldadu Amerika  yang gugur terus bertambah.  Teknoloji termoden dan tercanggih  dalam dunia telah gagal mengalahkan Viet Cong.

Dalam suasa inilah Jonhnson sampai ke Kuala Lumpur. Presiden Amerika membuat kesilapan besar. Ketika ini Parti Buruh dan Parti Rakyat telah menyusun demo besar-besaran untuk 'menyambut Johnson'. Kemana sahaja Presiden Johanson melawat kaum nasionalis , kaum sosialis dan kaum kiri telah turun berdemo. Benterokan berlaku di Kuala Lumpur dan di Seremban ketika Johnson datang ke Labu untuk melawsat Felda Sendayan.

Melihat suasana kebangkitan rakyat ini  menjadikan Tunku menjadi kecut.  Tunku terpaksa menolak permintaan Johnson. Langkah ini  untuk mengelakkan dari belaku pemberontakan dalam negeri dan kemungkian tentangan hebat dalam parti United Malays National Organisation sendiri. Tunku pasti telah membaca  susana dalaman parti kerana 3 tahun sesudah lawatan Johnson  'rampasan kuasa'  berlalu. Tunku ditendang keluar.  

Presien Johnson dalam siri lawatan ke Asia Tengggara hanya  berjaya  mendapat sokongan junta tentera di Thailand dan Pilipina. Juntya tentera boneka Amerika ini bersetuju untuk menghantar  anak-anak muda mereka mati  di Vietnam.

Kuasa imperial Amerika menyedari bahawa jika pengaruh politik Britisih akan terus  merundum  di Malaysia.  Berkemungkinan saeorang pemimpin yang tidak pro-Barat dan tidak pro-imperialis  akan lahir. Apabila Mahathir Muhamad yang mengambil garis politik Pandang Ke Timur dan Buy British Last , ini menjadikan kuasa imperial Anglo-Amerika berwaspada.

Dengan licik kuasa imperialis Amerika telah menduga Mahathir. Mahathir  yang berretorik sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang  anti-Barat sebenarkan hanya hanya sebutir  kelapa – hitam diluar  tapi puteh didalam. Ini terbukti apabila desas desus mula muncul  tentang bagaimana secara rahsia satu Perjanjian antara Malaysia dengan Amerika  telah ditanda tangani pada tahun 1984. Apa yang dijanjikan antara Mahathir dngan Setiausaha Pertahan Casper Weinberger  wallahu alam bisawab.

Secara senyap-senyap Amerika telah memerangkap negara-negara bekas tanah jajahan Bristish ini ke dalam apa yang dipanggil APEC. Kemudian memaksa negara-negara APEC ini mengikat FTA – Free Trade Aggrement – Perjanjian Dagangan Bebas.

Tidak cukup dengan Perjanjian Dagangan Bebas – kuasa imperialis Amerika juga sedang merancang untuk memaksa negara-negara di pesisiran Laut Teduh untuk menanda tangani apa yang dipanggil Perjanjian Trans Pasifik – TPPA. 

Justeru pada 11 Oktober hadapan Presiden Obama akan menjadi presiden ke dua dari Amerika yang datang melawat  secara resmi ke Malaysia. Pasti Obama tidak akan pergi ke  Felda LBJ atau melawat Jenga saperti Presiden Lyndon Baines Johnson. Keadaan telah berubah.  Apa sebenarnya  rancangan dalam kepala Barack Hussein Obama apabila Rumah Puteh merancang untuk datang ke Kuala Lumpur.


Pasti bukan datang untuk makan nasi impit atau menjamah  ikan  patin masak tempoyak di Temerloh. Pasti juga bukan datang untuk melawat Zoo Negara. Justeru apa yang diimpikan oleh kuasa imperial ini? (TT)


tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03-92-21-1045
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

------------

LAGI SATU SURAT UNTUK DIN AYAM

Posted: 24 Sep 2013 08:30 PM PDT



INGATAN
dari almarhum
untuk din ayam
dan
lebai jet 

DARI FACE BOOK 

Khas utk DIN AYAM dan rakan rakan nya yg ghairah nak jawatan kahkahkah dah tangkap ke pengedar pil kuda dan karl marx dekat kota dam
SIAPA 
LEBAI JET INI?

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

EJEN JUAL TIKET KE SYURGA TIPU

Posted: 24 Sep 2013 07:57 PM PDT

ROHAYA Asmuni dan anak perempuannya, Nurul Azrikin Azman (kiri) dibawa oleh anggota polis ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Ejen pelancongan urus pakej umrah didakwa tipu
PETALING JAYA 24 Sept. - Seorang ejen pelancongan bersama anak perempuan dan menantunya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dua orang mutawwif bagi pakej umrah melibatkan kerugian lebih RM100,000 awal tahun ini.

Rohaya Asmuni, 52, yang merupakan pengusaha syarikat Arlief Juara Kembara Sdn. Bhd.; Nurul Azrikin Azman, 31; dan suami Nurul Azrikin, Muhammad Alif Haziq Aman, 23, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.

Mereka didakwa bersama-sama menipu Mohd. Yatim Abu Idras, 57, yang merupakan ejen pengurusan pakej umrah kepada 19 orang untuk menyerahkan wang RM79,550 kepada mereka sedangkan pakej tersebut tidak wujud.

Perbuatan itu didakwa berlaku di pejabat tertuduh di syarikat Arlief Juara Kembara Sdn. Bhd. di No. 55-3, Jalan PJU 5/20E, The Strand Damansara, Kota Damansara antara 13 Januari dan 22 Mei lalu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


woit... DALAM DUNIA INI ADA DUA PERNIAGAAN PALING TUA... kah .

kah kah kah..DUA PERNIAGAAN PALING LARIS... kah kah kah..

kah kah kah...SATU  JUAL AGAMA... kah kah kah..

kah kah kah... SATU LAGI  JUAL APA?.... kah kah kah...

kah kah kah..SILA TANYA CIK GU DAN CIK GI... kah kah kah..


JEMPUTAN FORUM
APA  EKONOMI SOSIALIS
malam ini
di dewan china 
jam 8:30 malam

PANELIS
Sdr Kia Meng
Sdr Anas Jalil
Sdr Hishamuddin Rais
Sdr Adam Adli - moderator

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA SEDUNIA

Posted: 24 Sep 2013 07:40 PM PDT


TER NOW TERKINI TERHOTT

sabentar lagi parlimen akan bincang
akta tangakap tanpa bicara
akta penjara tanpa mahkamah

ISA 
akan dikembalikan?

AKTA DARURAT
darurat akan di kembalikan?

majlis peguam TIDAK TAHU tentang ini
-----------