RAKYAT MARHAEN |
- '56 tahun merdeka masih perlu perunding luar?'
- Musim pemilihan, nepotisme dan gila kuasa
- Ku Li cadang Pelan Amanah untuk ganti agihan ekonomi ikut kaum
- Ku Li: Pelan ekonomi Najib tak tentu arah
- Al Fatihah : Yb Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak (Bekas MB Kedah) Telah Kembali Ke Rahmatullah
- PPPM: Malaysia ada pakar runding, tidak perlu kerajaan BN bazir RM20 juta pada firma asing...
- Pakatan bakal tawan Putrajaya, tidak perlu kerjasama BN, kata Mat Taib
- Kumpulan anti Lynas, Empangan Murum gabung demonstrasi di Parlimen hari ini
- TPP: Kerajaan BN berpotensi disaman
- Perwakilan Muktamar PAS ke-59 makin matang....Umno gigit jari..!!
- Siapa Orang Bodoh Dalam UMNO Yang Mahathir Maksudkan?
- Ada Berani: Ketua polis Pulau Pinang cabar pengirim SMS ugutan bersemuka
- Rakyat Dan Babi: Fathul Bari tegur ahli ILMU.....
- Kena Maki Dan Ditendang: Majikan pertahan Azman
- Kena Main: MB Terengganu tutup akaun Facebook
- Rasuah bolasepak; bila nak tangkap jerung?
- Lima tahun penjara guna gelaran Datuk palsu di bawah pindaan undang-undang baru
- Buang bayi sama seperti membunuh – Sivakumar
- SKMM jangan pilih bulu, digesa siasat juga blog pro-UMNO
- Harga Minyak Naik Dunia Yang Salah. Kerajaan BN Kurang Subsidi Sahaja!
- Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40. Boleh Beli Rumah Apa?
- Confirmed! Proton, not Honda, is official car.??
- Bancian Al-Jazeera: 91.4% Responden Kata Roadmap Regim Zionis Al-Sisi Akan Gagal
- Indeks rasuah parah, Najib hanya bermain kata-kata
- MP PAS Hulu Langat Bahas Bajet Tambahan (2013) 2013 [ 25 Sept 2013]
'56 tahun merdeka masih perlu perunding luar?' Posted: 25 Sep 2013 09:13 PM PDT Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempertikaikan tindakan kerajaan menggunakan khidmat perunding luar negara dengan bayaran RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Read More / Baca Lagi >>Menyifatkan perkara itu sebagai "skandal", presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja bayarannya sangat tinggi, tetapi soalan yang timbul, kenapa kerajaan mengetepikan pakar dalaman untuk tujuan itu. "Di manakah yang dikatakan Majlis Profesor Negara yang menghimpun ratusan ahli sarjana yang pakar dalam pelbagai bidang?" sindirnya, merujuk kepada bayaran kepada McKinsey and Co. "Apakah mereka lebih rendah ilmunya untuk menjadi pemikir bagi melakar rancangan sistem pendidikan negara ini, lalu kita memerlukan orang luar untuk melaksanakan tugas ini?" Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Azmi (kiri) juga menimbulkan soal kebolehan syarikat itu, seperti yang dipersoalkan anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, bahawa McKinsey tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan. Soalnya bagaimana keputusan dibuat untuk melantik perunding ini, apa tujuan dan untuk keperluan apa syarikat itu dilantik serta apakah kriteria syarikat perunding itu dipilih? |
Musim pemilihan, nepotisme dan gila kuasa Posted: 25 Sep 2013 09:11 PM PDT Musim pemilihan bermula lagi. Bagi penggiat politik kepartian, inilah masanya kegilaan bermula. Menjelang detik pemilihan bagi Umno, PAS, PKR dan DAP, ahli politik tidak lekang mencatur strategi; sama ada dibunuh atau membunuh. Itulah resam parti politik. Pemilihan kali ini lebih mencabar. Kegilaan baru sahaja bermula dan bakal mewarnai tajuk utama dada-dada akhbar dalam beberapa bulan ini. Pada masa inilah, keberkesanan politik benar-benar teruji. Jika pilihan raya menjadi detik setiap ahli politik untuk meyakinkan pengundi-pengundi mereka, pemilihan dalam parti politik pula ruang untuk mereka membuktikan mereka layak mendapat kepercayaan ahli parti. Tatkala itu, strategi untuk menikam seteru politik masing-masing sudah bermula secara tidak rasmi. Hanya menunggu wisel ditiupkan, maka segala onar dan keburukan pesaing mereka didedahkan untuk mempengaruhi keputusan ahli parti. Read More / Baca Lagi >> |
Ku Li cadang Pelan Amanah untuk ganti agihan ekonomi ikut kaum Posted: 25 Sep 2013 09:08 PM PDT Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa perancangan ekonomi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk program transformasi kerajaan dan program transformasi ekonomi mempunyai hala tuju yang salah. Tengku Razaleigh yang juga pengasas Petronas dan ahli penting dalam Kabinet pentadbiran bapa Najib, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein turut menggambarkan cadangan slogan baru kerajaan "Endless Possibilities" sebagai sukar difahami. Read More / Baca Lagi >> |
Ku Li: Pelan ekonomi Najib tak tentu arah Posted: 25 Sep 2013 09:07 PM PDT Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyelar program ekonomi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa dilaksanakan dengan tidak tentu arah. Kenyataan itu antara lain mensasarkan kempen Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang sering diuar-uarkan kerajaan. Pengasas syarikat petroleum negara Petronas dan anggota utama ada pentadbiran bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein, itu turut menyifatkan slogan "Endless Possibilities" yang dicadangkan Tengku Razaleigh, sebagai slogan yang kabur. Turut menjadi sasarannya ialah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya memburukkan lagi keadaan hutang negara. |
Al Fatihah : Yb Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak (Bekas MB Kedah) Telah Kembali Ke Rahmatullah Posted: 25 Sep 2013 08:41 PM PDT |
PPPM: Malaysia ada pakar runding, tidak perlu kerajaan BN bazir RM20 juta pada firma asing... Posted: 25 Sep 2013 08:25 PM PDT DAP hari ini membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media semalam yang mempertahankan pembayaran RM20 juta kepada syarikat perunding bagi penyediaan Pelan Pembangunan dan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013 - 2025). Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata kenyataan Menteri Pendidikan itu sangat tidak jelas dan meragukan kerana McKinsey & Co dikatakan hanya firma perunding am biasa bukan pakar dalam bidang pendidikan seperti didakwa. "Apa yang menghairankan ialah apabila syarikat itu langsung tidak disenaraikan dalam PPPM. Jika McKinsey tidak memberi sumbangan daripada segi input, adakah peranan mereka itu hanya sekadar menulis laporan sahaja," kata kedua-dua ahli parlimen DAP itu dalam satu kenyataan bersama hari ini. "Kita ada pelbagai agensi kerajaan seperti pasukan NKRA dan NKEA Pendidikan (Pemandu), jadi tindakan Muhyiddin ini adakah bermaksud beliau tidak yakin dengan khidmat pegawai kerajaan," kata kenyataan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Pakatan bakal tawan Putrajaya, tidak perlu kerjasama BN, kata Mat Taib Posted: 25 Sep 2013 08:23 PM PDT Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyangkal pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kewujudan ruang kerjasama antara Umno dan PAS dengan menyatakan bahawa gabungan kerjasama itu tidak perlu kerana Pakatan Rakyat mempunyai peluang terbuka luas menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak. Muhammad berkata, parti komponen PR sepatutnya bersedia mengukuhkan parti untuk membentuk kerajaan dan jangan menerima agenda tersembunyi Barisan Nasional (BN) bagi menjalinkan kerjasama. "Jangan ada agenda untuk menyelit ke sana dan ke sini. Nanti rakyat yang menjadi mangsa. PR harus berusaha sebaik mungkin memberi alternatif kepada rakyat. Apa jua kelemahan BN, jangan diulang. "Kalau tidak bagus, hendak menang dan berkuasa, kenalah main tipu. Pakat dengan penjaga gol lawan dan suruh lepaskan bola. Tendang dari jauh pun boleh masuk. Dalam arena politik, kita tidak mahu wujudkan orang yang mengekalkan kuasa. Umno sudah lama mengekalkan kuasa hampir 60 tahun," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersamaThe Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor. Beliau yang mesra dengan nama timangannya Mat Taib berkata, atas dasar BN yang mahu mengekalkan kuasa, rakyat menanggung kerugian jika rundingan berkenaan menemui kegagalan. Sambil menggesa parti dalam PR mengukuhkan kepimpinan untuk menawan Putrajaya pada PRU14, beliau berkata, BN dan PR harus memilih jalan berbeza. "BN yang ingin mengekalkan kuasa, tetapi rakyat yang menanggung rugi. Pandangan saya, biar BN dengan cara mereka sendiri dan PR mesti bersatu sebagaimana sebelum ini. Saya yakin PRU14 mereka tawan Putrajaya. "Tiada apa yang salah kerana di Australia, rakyat mereka kerap bertukar kerajaan. Selepas dua penggal, kerajaan yang mentadbir akan ditukar kerana selama tempoh berkenaan mereka sudah mula 'berakar'. Bahaya biarkan sesebuah kerajaan untuk terus berakar. "Apatah lagi Umno sudah 60 tahun, bukan berakar tetapi sudah berkabel. Kabel yang sangat besar. Umno hanya menguntungkan pihak tertentu tetapi kebajikan rakyat tidak dijaga. Sepatutnya lepas dua penggal kita tukar kerajaan, supaya pimpinan lebih segar," katanya dengan nada tegas. Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat perlu mendapat faedah maksimum daripada sesebuah kerajaan dan bukan hanya berfikir untuk terus mengekalkan kuasa. Read More / Baca Lagi >> |
Kumpulan anti Lynas, Empangan Murum gabung demonstrasi di Parlimen hari ini Posted: 25 Sep 2013 08:21 PM PDT Mereka berdemonstrai sambil memegang sepanduk tertulis perkataan membantah projek-projek mega berkenaan. Kedua-dua kumpulan mula bergabung sekitar jam 10.30 pagi dan berbaris sambil melaungkan bantahan mereka. "Hentikan pembinaan empangan Murum" dan "Utamakan rakyat berbanding keuntungan" adalah antara slogan dilaungkan kumpulan yang membela nasib etnik Penan kerana terjejas akibat pembinaan empangan berkenaan. Laungan itu kemudiannya berselang seli dengan laungan "Hentikan Lynas" "Sayang Malaysia Hentikan Lynas", "kami bukan tikus makmal", dilaungkan kira-kira 30 individu yang memakai kemeja-T anti Lynas. Read More / Baca Lagi >> |
TPP: Kerajaan BN berpotensi disaman Posted: 25 Sep 2013 06:20 PM PDT Sekutu Kanan Polisi dan Kluster, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Rizal Jaapar berkata, tindakan boleh diambil jika syarikat asing gagal mendapat kontrak kerajaan menerusi TPP setelah perjanjian ditandatangani. "Menerusi TPP, syarikat-syarikat besar tajaan Amerika Syarikat (AS) akan memastikan kepentingan mereka didahului dan adanya undang-undang memihak kepada mereka. Saya yakin mereka akan mendesak supaya diberi kebebasan membawa keluar masuk modal dan keuntungan perniagaan mereka di Malaysia serta mahu layanan sama rata dengan usahawan tempatan. "Mereka juga mahu pastikan bahawa teknologi dicipta dilindungi selama-lamanya di bawah peruntukan undang-undang," katanya. |
Perwakilan Muktamar PAS ke-59 makin matang....Umno gigit jari..!! Posted: 25 Sep 2013 06:16 PM PDT KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berpandangan Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pada November depan menyaksikan perbahasan dari perwakilan yang semakin matang dalam menentukan hala tuju politik. Read More / Baca Lagi >>Beliau yang melihat perkembangan itu dari sudut positif dan PAS seharusnya bersedia untuk menyediakan ruang dan peluang bagi perwakilan menyatakan hasrat pandangan mereka demi kebaikan parti pada masa akan datang. "Saya sendiri melihat aspek ini daripada sudut yang positif di mana keyakinan saya PAS harus berbangga dan bersedia untuk menyediakan ruang dan peluang bagi perwakilan menyatakan hasrat mereka pandangan mereka demi kebaikan parti. "Ini dapat saya baca dan tekuni melalui kehadiran dalam majlis mesyuarat agung tahunan PAS peringkat kawasan, di mana ahli-ahli telah mula peka dengan peraturan dan perlembagaan parti. "Ahli-ahli telah mula berani untuk dapatkan hak mereka dan yang paling penting rasa untuk turut sama membuat keputusan," jelasnya kepada Harakahdaily. Tambah beliau lagi, ini semua adalah merupakan elemen positif yang parti harus berbangga dan mencerminkan bahawa PAS akan memiliki ahli-ahli yang bermaklumat dan berpengetahuan pada masa akan datang. Jelasnya lagi, beliau merasakan pimpinan PAS yang ada hari ini harus bersedia untuk memberi pendidikan politik supaya ahli-ahli akan terus terdidik dengan displin etika dan terus menjadikan mereka ahli dan perwakilan yang bijak dalam peranan membangunkan parti. |
Siapa Orang Bodoh Dalam UMNO Yang Mahathir Maksudkan? Posted: 25 Sep 2013 06:15 PM PDT Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus melontarkan kritikannya terhadap UMNO. Jika sebelum ini beliau mengatakan UMNO sebagai parti yang sudah tua dan akan mati, kali ini pemimpin UMNO yang sudah lama memegang jawatan pula dijadikan sasarannya. Walaupun hujah Mahathir yang mengatakan UMNO sudah tua dan bakal mati itu disanggah oleh Najib dengan mengatakan UMNO sebenarnya semakin diterima rakyat berdasarkan lebih kerusi dimenanginya dalam pilihanraya lalu berbanding pilihanraya 2008, namun Mahathir nampaknya terus juga melontarkan kritikannya. Beliau yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin tidak seharusnya memegang kuasa terlalu dan perlu mengetahui bila waktunya mahu berhenti. Langkah itu, menurutnya perlu dilakukan untuk mengelakkan parti daripada terus dikuasai oleh orang-orang bodoh. Tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai golongan pemimpin yang tidak perlu memegang kuasa terlalu lama dan harus mengetahui waktu untuk berundur itu. Adakah beliau maksudkan kepada Najib? Atau barangkali ditujukan kepada Muhyiddin? Memang Najib sudah berusia 60 tahun manakala Muhyiddin pula sudah berusia 64 tahun, tetapi mereka baru saja sepenggal menjadi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO? Apakah jika lebih lama Najib dan Muhyiddin memimpin UMNO, mereka akan termasuk dalam kategori orang-orang bodoh juga? Oleh kerana anaknya, Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan kali ini, apakah sebenarnya Mahathir sedang menghantar isyarat kepada perwakilan agar menolak calon-calon berusia yang bertanding jawatan itu? Dengan Mukhriz berusia 49 tahun, Hishammuddin 52 tahun, Shafie Apdal 54 tahun, Zahid Hamidi 61 tahun, Isa Samad 63 tahun dan Ali Rustam 64 tahun, apakah tujuan Mahathir sebenarnya mahu perwakilan UMNO menolak mereka yang berusia lebih 60 tahun itu? Atau Mahathir menujukan perkara itu kepada ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara yang masih lagi mahu bergayut pada jawatan masing-masing meskipun sudah sekian lama memegang jawatan tersebut? Read More / Baca Lagi >> |
Ada Berani: Ketua polis Pulau Pinang cabar pengirim SMS ugutan bersemuka Posted: 25 Sep 2013 06:11 PM PDT Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu yang menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepadanya pada Isnin lalu untuk bersemuka. Abdul Rahim berkata, beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di Pulau Pinang sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas. "Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis. "Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja, telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi. Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya, saya akan pergi," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013 di Georgetown, malam tadi. Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kelmarin. Antara kandungan SMS berkenaan ialah "Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best". Selain itu, pengirim SMS turut mengugut untuk "mengambil" Abdul Rahim atau rakannya, jika tidak berjaya "mengambil" Abdul Rahim. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat Dan Babi: Fathul Bari tegur ahli ILMU..... Posted: 25 Sep 2013 04:25 PM PDT SHAH ALAM – Sekretariat Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta isu status Facebook yang membandingkan pihak yang mendapat subsidi daripada kerajaan dengan babi, yang ditulis oleh seorang ahlinya tidak dibangkitkan lagi. Pengerusinya, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, beliau sudah menegur penulis status itu, Abu Abdillah Riduan Khairi serta bertanya apa kewajaran untuk dia menggunakan perbandingan tersebut. "Walaupun dia ahli ILMU tapi status itu tidak ada kena mengena dengan kita (ILMU). Kita pun tidak setuju dia gunakan istilah itu (babi) untuk dibandingkan dengan manusia. Saya sendiri sudah tegur dia," katanya, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Kena Maki Dan Ditendang: Majikan pertahan Azman Posted: 25 Sep 2013 04:22 PM PDT KUALA LUMPUR – Majikan kepada pengawal keselamatan, Azman Mohd. Nayan yang dikatakan dimaki hamun dan ditendang oleh isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bertegas akan mempertahankan tindakan pekerjanya itu yang disifatkan betul dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) syarikat. Pengurus syarikat keselamatan Valiant Force Sdn. Bhd., Mukhveer Singh Gill berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti kesemua aspek termasuk mendengar keterangan saksi dan melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Subang Skypark di Subang dekat sini. |
Kena Main: MB Terengganu tutup akaun Facebook Posted: 25 Sep 2013 04:16 PM PDT Katanya beliau telah menutup akaun FBnya sejak seminggu lepas setelah menyedari ada pihak lain membuka akaun yang menyamai Fan Page FB beliau. "Ada orang hantar SMS (Sistem Pesanan Ringkas), beritahu ada lagi yang baru. Hanya URL dia saja lain daripada yang kita punya. "Kita dah tutup (Facebook) dekat seminggu. Tiada media sosial lagi dan kalau ada itu semua tipulah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ahmad juga tidak menolak kemungkinan kewujudan laman klon itu ada kaitan dengan pemilihan Umno kerana beliau mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kemaman. |
Rasuah bolasepak; bila nak tangkap jerung? Posted: 25 Sep 2013 07:49 AM PDT Kes yang menimpa pasukan bola sepak Perak baru-baru ini menunjukkan bahawa rasuah bola sepak di Malaysia masih di takuk lama. Kejadian ini benar-benar menyedihkan. Patutlah bola sepak Malaysia masih gagal menyaingi kehebatan sukan ini era 80-an dulu. Bagi saya, untuk menyalahkan pemain seratus-peratus tentulah tidak wajar. Jika tidak ada penawaran tentu tiada penerimaan. Dalam hal ini kedua-dua pihak iaitu perasuah dan penerima rasuah wajar dihukum. Yang berlaku sekarang ialah hanya pemain yang dikenakan tindakan sedangkan pemberi rasuah terus bebas di luar sana. Oleh itu, walaupun pemain bola sepak bertukar generasi, pemberi rasuah mungkin masih orang yang sama. Sebagai salah seorang peminat bola sepak, tentunya saya tidak mahu bencana rasuah yang pernah melanda Malaysia pada era 90-an berulang kembali. Sewajarnya Persatuan Bola Sepak Malaysia dan persatuan negeri belajar daripada pengalaman pahit itu untuk membendungnya. Read More / Baca Lagi >> |
Lima tahun penjara guna gelaran Datuk palsu di bawah pindaan undang-undang baru Posted: 25 Sep 2013 07:31 AM PDT Hukuman lima tahun penjara bagi sesiapa menggunakan gelaran Datuk palsu yang dikurniakan oleh pemimpin tidak sah seperti Sultan Sulu di bawah pindaan baru yang dikemukakan oleh Putrajaya. Pelaksaan hukuman baru itu tertakluk di bawah Akta Nama dan Lambang (Pencegahan Salah Laku) 1963. Thomas Su (DAP - Ipoh Timur) berkata pindaan itu satu langkah tepat bagi memastikan tiada pihak yang akan mengemukakan gelaran yang tidak dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan pembesar negeri. "Ia akan mencegah orang ramai dari membayar ribuan ringgit untuk mendapat gelaran tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider. Katanya, Putrajaya harus ada garis pnduan yang jelas siapakah yang berhak memberi gelaran berkenaan di peringkat negeri. Presiden Majlis Persekutuan Datuk Malaysia, Datuk Danny Ooi turut merasai kegusaran orang ramai berhubung penggunaan gelaran Datuk palsu sejak kebelakangan ini. Read More / Baca Lagi >> |
Buang bayi sama seperti membunuh – Sivakumar Posted: 25 Sep 2013 06:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER: DAP menggesa pihak berkuasa memandang serius kes pembuangan bayi yang berada pada tahap kritikal dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kes itu perlu diklasifikasikan sebagai satu jenayah serius kerana hukuman semasa bagi pembuangan bayi terlalu ringan untuk dijadikan penghalang agar ia tidak terus berleluasa. "Undang-undang perlu dikaji semula dan juga perlu satu mekanisme untuk mengesan serta mencari sesiapa saja yang terbabit dalam pembuangan bayi, kita tidak boleh membiarkannya begitu saja. "Kes ini harus dilihat sebagai jenayah serius kerana ia membabitkan pembunuhan. Tidak ada perbezaan dalam membunuh samada orang dewasa atau bayi baru lahir," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini. Dalam jawapan bertulis kepada soalan Sivakumar di Parlimen, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan terdapat sebanyak 417 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara antara 2009 dan Ogos lalu berdasarkan rekod polis. Bilangan tertinggi kes yang dilaporkan adalah 98 pada 2011 atau secara purata sebanyak 8.2 bayi baru lahir dibuang setiap bulan. Bagi 2013, sehingga kini terdapat 60 kes dilaporkan pada Ogos atau purata sebanyak 7.5 pembuangan bayi. Read More / Baca Lagi >> |
SKMM jangan pilih bulu, digesa siasat juga blog pro-UMNO Posted: 25 Sep 2013 06:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menggesa supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia agar tidak pilih bulu berhubung dakwaan fitnah berbahaya melalui satu artikel yang disiarkan secara meluas melalui blog-blog pro Barisan Nasional. Kata Teresa dalam satu kenyataan media hari ini, artikel yang bertajuk "Cina Pun Mahu Duit Zakat –Teresa Kok" itu merupakan satu fitnah berbahaya dan mampu mengancam kestabilan perpaduan masyarakat negara ini. "Apa yang mengejutkan, menteri kata kes ini adalah kes serangan peribadi yang hanya libatkan dua pihak. Beliau juga kata bahawa kes sebegini lebih menjurus kepada tindakan sivil dimana yang difitnah perlu tampil membuat tuntutan terhadap pelaku tersebut. "Padahal fitnah jahat ini sangat jelas dibuat untuk menimbulkan kebencian agama dan kaum apalagi menjelang hari raya puasa. Bagaimana mungkin Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh katakan ia satu serangan peribadi?" soal Teresa. Read More / Baca Lagi >> |
Harga Minyak Naik Dunia Yang Salah. Kerajaan BN Kurang Subsidi Sahaja! Posted: 25 Sep 2013 06:32 AM PDT Ahmad Maslan? Ahmad Maslan tidak pernah kering idea untuk berkongsi pandangan mengenai isu kenaikan harga minyak di Malaysia baru-baru ini (SEPERTI DI SINI). Terbaru….Beliau ada mengatakan kenaikan harga minyak ditentukan oleh harga minyak dunia dan golongan yang berpendapatan tinggi tidak layak menikmati subsidi. Walaubagaimanapun, Ahmad Maslan terlupa yang mana golongan kaya/berpendapatan tinggi yang membayar & menyumbang cukai pendapatan tinggi kepada negara. Jadi mereka sememangnya berhak mendapat subsidi yang disalurkan kerajaan. Bukan apa, harga minyak perlu dikawal kerana harga minyak yang tinggi mengakibatkan semua harga barang lain meningkat. Yang perlu dikawal sekarang, adalah kemasukan berjuta-juta warga asing di Malaysia. Sekarang ini beratus-ratus ribu warga asing menunggu giliran untuk dibawa masuk ke Malaysia selepas berjaya menerima lampu hijau daripada kerajaan Malaysia. Ini yang menjadi bebanan tinggi kepada negara….Hakikatnya? Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.
Subsidi kurang? Realitinya harga minyak tetap naik… Harga Minyak Dunia Turun, Harga Minyak di Malaysia Naik? Subsidi? Benarkah? Sehingga ke hari ini kerajaan masih belum menerangkan secara jelas pembahagian subsidi secara jelas bagi harga minyak di Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 25 Sep 2013 06:25 AM PDT Assalamualaikum Dato' seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato' Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun. Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan. Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan? Read More / Baca Lagi >> |
Confirmed! Proton, not Honda, is official car.?? Posted: 25 Sep 2013 06:20 AM PDT Deputy Finance Minister confirms FMT's report that Proton will continue to deliver the government's official fleet. Official announcement will be made soon. KUALA LUMPUR: Deputy Finance Minister Ahmad Maslan today confirmed that the government has ditched Honda Accord in favour of Proton as its official vehicles."The relevant ministry would make an announcement on this soon, we just wait and see. "Maybe (Minister in the Prime Minister Department) Abdul Wahid Omar will take on this, but whatever said was true," he said in replying to a question if the government has reverted to continue using Proton. Ahmad however declined to answer when asked if the decision was made due to intense lobbying from Proton. FMT on Sept 17 carried an exclusive article stating that the government has made a last-minute U-turn to allow the national carmaker to continue supplying official vehicles to the federal government. Read More / Baca Lagi >> |
Bancian Al-Jazeera: 91.4% Responden Kata Roadmap Regim Zionis Al-Sisi Akan Gagal Posted: 25 Sep 2013 06:18 AM PDT Majoriti penonton Al-Jazeera telah meramalkan bahawa Peta Jalan (Roadmap) yang dilaksanakan oleh tentera Mesir akan gagal. Seperti dikutip dari Middle East Monitor, Rabu (25/9/2013), jejak pendapat itu menunjukkan bahwa 91.4 peratus dari mereka yang disoalselidik menyatakan tidak percaya pada peta jalan tersebut dan meramalkan bahwa roadmap itu akan gagal. Roadmap itu diumumkan Menteri Pertahanan Mesir Abdul Fattah-Al-Sisi pada 3 Julai lalu, ketika pihak tentera melakukan kudeta. Sekitar 13,848 orang responden memberikan suaranya dalam jejak pendapat itu, hanya sekitar 8.2 persen dari mereka menyatakan keyakinannya dalam peta jalan. Ketika Presiden sah Mesir, Mohammed Morsi dikudeta oleh tentera, dengan pantas Al-Sisi mengumumkan roadmapnya untuk Mesir, lalu diikuti dengan penahanan dan pertumpahan darah yang dilakukan oleh junta tentera terhadap rakyatnya. |
Indeks rasuah parah, Najib hanya bermain kata-kata Posted: 25 Sep 2013 06:17 AM PDT KUALA LUMPUR 25 SEPT: Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bermain kata-kata bagi membendung gejala rasuah sedangkan indeks rasuah pentadbiran Perdana Menteri itu semakin parah. Situasi itu menunjukkan kerajaan tiada komitmen mengatasi gejala berkenaan sedangkan isu rasuah acap kali dibangkitkan selama ini. Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi lebih kuasa dari segi pendakwaan supaya mereka yang sabit kegiatan rasuah dijatuhi hukuman setimpal. "Kenyataan ini terlalu kerap kita dengar dari Perdana Menteri tetapi pentadbiran hari ni yang lebih parah dari PM lalu. "Indeks rasuah terlalu parah. Ini menunjukkan tiada komitmen dan kalau ada kesungguhan, saya ada beberapa saranan yang menjadikan SPRM itu diperkasa. "Wujudkan bajet besar untuk membentuk suruhanjaya perkhidmatan sendiri supaya mereka boleh melantik atau memecat mana-mana pegawai. Ini tidak dilakukan malah ditangguh beberapa kali," katanya kepada TV Selangor. Read More / Baca Lagi >> |
MP PAS Hulu Langat Bahas Bajet Tambahan (2013) 2013 [ 25 Sept 2013] Posted: 25 Sep 2013 05:25 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan