Rabu, 25 September 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Rintihan anak muda penyokong BN (LM)

Posted: 25 Sep 2013 10:56 AM PDT

Surat terbuka buat Dato' Najib daripada Siti Hajar Aladin

Assalamualaikum Dato' seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri..

Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato' Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. 

Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Sakmongkol

Posted: 25 Sep 2013 07:14 AM PDT


Rencana

Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Sakmongkol

September 25, 2013
Siapa Bumiputera yang Umno maksudkan? Bumiputera itu maksudnya Melayu. Melayu didahulukan daripada Bumiputera bukan Melayu. Melayu Umno didahulukan daripada Melayu bukan Umno. Maka, bila Umno bercakap mengenai Bumiputera dan Melayu - tidak semesti yang dimaksudkan itu, Melayu kebiasaan. Seperti yang saya katakan banyak kali, 4 juta lebih Melayu kali ini tidak menyokong Umno secara keseluruhannya.

Apa boleh kita buat, ini standard pemikiran pemimpin Umno.  Kenalah kita terima sehingga kelompok berminda seperti ini disingkirkan. Beberapa minggu sudah berlalu sejak Najib berucap mengisytiharkan pelan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Ia memberi peluang kita meneliti pelan tersebut dengan lebih teliti dan rapi. Ada beberapa unsur yang baik dalam pelan itu. Sayang sekali, saya percaya, pelan itu akan mengalami nasib yang sama dengan DEB-1. Pelan ini suatu retorik politik. Ia dimunculkan dengan tergesa gesa untuk Najib buat pengisytiharan.


Apa punca utama ia akan gagal? Sebab prinsip asasnya tidak betul. Prinsipnya ialah habuan/hadiah kehidupan tidak akan datang melalui penggubalan undang-undang dan peruntukan di bawah undang-undang. The Reward System cannot be legislated or arranged by setting out laws and regulations. Mengayakan orang Melayu mesti dilakukan dengan meletakkan sumber pengkayaan secara langsung dalam tangan mereka yang mahu dikayakan. The Reward System must be based on qualifications- those not academically inclined qualify to get rewards by sheer hard work and diligence; those who are academically and technically competent are rewarded in accordance to their marketed talent.
Saya bukan bercakap mengenai mereka yang kurang upaya, warga emas, golongan kekurangan serba serbi yang memerlukan bantuan kebajikan sosial. Mereka ini semua mesti terus dibantu. Itu sebabnya kita ada sistem jaringan keselamatan sosial.

Kelompok yang saya maksudkan ialah kelompok yang able bodied yang mahu berkerja dan berusaha , mahu melayakkan diri untuk mendapatkan habuan hidup, mahu berdikari tapi tidak ada sumber pengkayaan. Mereka tidak ada perumahan, tanah, alatan kelengkapan dan modal kewangan. Berikan mereka perkara  ini semua secara langsung, maka kerajaan tidak memerlukan suatu pelan yang penceritaan dan pencanangannya  hebat, tapi pelaksanaannya lemah .

Pelan mengayakan Melayu dan pemilihan Umno

Sekarang ini, apa sahaja kenyataan oleh pemimpin Umno, kita kena lihat dalam konteks pemilihan Umno. Semua yang mahu bertanding akan menunjukan mereka lebih Melayu daripada Melayu lain. Maksud saya sesama Melayu Umno.

Tiga penyandang bermuafakat dan menyatakan mereka perlu dipilih semula untuk mendokong dan mengembangkan wawasan Najib. Mereka yang lebih layak dan ada kerasian meneruskan wawasan Najib.

Apa dia wawasan Najib?  Yang terbaru ialah pelan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Tidak ada pelan lain yang meminatkan Melayu Umno daripada suatu pelan yang mengayakan mereka.

Kita kena faham bahawa dalam Umno, perjuangan pemimpinnya bukan kerana suatu idealisme atau ideologi. Umno tidak ada ideologi. Perjuangan dalam Umno ialah perlumbaan mendapat kuasa dan kedudukan. Sebab daripada kuasa dan kedudukan, yang dipilih akan dapat memberi naungan dan habuan kepada penyokong. Mukhriz Mahathir misalnya - berkata bahawa kerajaan negerinya tidak akan bantu sekolah Cina sebab Cina menolak MCA. Dia mahu berlaku adil, tapi dia mesti tolong orang yang sokongnya dahulu, kalau ada lebih, baru tolong orang lain. Inilah dia dia quotient kenegarawanan yang ada dalam diri Mukhriz.

Jadi kita tengok, semua orang berlumba-lumba menunjukkan mereka lebih Melayu berbanding Melayu lain. Isa Samad, Ali Rustam semua menunjukkan kemelayuan mereka.  Kerana itu, orang Melayu bila dengar omongan Najib tentu gembira. Suka hati kerana Najib buat banyak langkah untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu. Inilah peluang mengayakan diri dan memaksa pelaksanaan, pemberian lesen, monopoli dan keistimewaan lain atas nama mendepankan kepentingan ekonomi bangsa Melayu. – sakmongkol.blogspot.com, 25 September, 2013.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Raub.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Hajat terakhirku - Chin Peng

Posted: 25 Sep 2013 07:04 AM PDT


Rencana

Hajat terakhirku - Chin Peng

September 25, 2013


Kawan-kawan seperjuangan dan saudara-saudara setanahair yang tercinta,
Apabila anda membaca surat ini, saya sudah tidak di dunia ini lagi.

Niat asal saya ialah meninggal dunia secara senyap-senyap dan membiarkan saudara-mara saya mengendalikan sendiri hal-hal pengebumian. Akan tetapi, pengaruh daripada kesilapan media pada awal bulan Oktober 2011 yang mewartakan bahawa kesihatan saya telah berada di taraf yang amat kritis meyakinkan saya betapa perlunya saya meninggalkan surat ini.

Saya  berasa amat bertuah kerana kedua-dua anak saya bersedia untuk mengurus jenayah seorang ayah yang tidak dapat memberikan mereka kasih sayang, kemesraan keluarga dan perlindungan semenjak  mereka dilahirkan lagi. Sayang sekali, saya hanya mampu mengembalikan kasih sayang saya kepada mereka setelah saya melepaskan tugas politik dan tanggungjawab awam. Secara ironi, saya dapat berbuat demikian hanya setelah saya sudah tidak bernyawa lagi dan tidak sanggup memberikan apapun kepada mereka.

Apa yang dikesali ialah mereka mengenali ayah sendiri jauh setelah mereka mendewasa, seorang ayah yang begitu asing bagi mereka. Saya tidak berhak menuntut mereka memahami dan memaafkan saya. Mereka tidak ada pilihan. Mereka terpaksa menerima realiti yang zalim. Sama seperti ramai keluarga para pahlawan dan kawan-kawan saya yang lain, mereka terpaksa menanggung kesusahan dan penderitaan yang di luar kemahuan mereka sendiri. Mereka terpaksa menanggunginya kerana keputusan kami hendak mencabar dan mengubah kuasa yang kejam.

Sayang beribu sayang, saya tidak berjaya menziarah makam ibu-bapa saya yang dikebumikan di kampung halaman Sitiawan. Saya tidak dibenarkan menjejakkan kaki di tanah air tercinta, bumi tempat saya dan rakan-rakan seperjuangan saya berjuang keras menentang kaum penceroboh dan penjajah asing.

Saya dan kawan-kawan saya telah menyumbangkan seumur hidup kami kepada usaha perjuangan politik yang kami yakini, dan telah memberikan berbagai pergorbanan. Apapun risiko yang menimpa diri kami, keluarga kami dan masyarakat kita, kami terima dengan hati terbuka.

Pada hakikatnya, saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik, yang sanggup mengistiharkan kepada dunia bahawa dia berani menghabiskan seumur-hidupnya demi cita-cita yang dipegangnya, iaitu mewujudkan satu dunia yang lebih baik kepada rakyat jelata.

Berjaya atau tidak lain perkara, yang penting ialah usaha yang saya lakukan ke arah tersebut. Mudah-mudahan, jalan yang saya tempuhi ini akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh generasi muda.Saya yakin penuh bahawa api perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam.

Selamat tinggal, kawan-kawan seperjuangan yang tercinta! Selamat tinggal, saudara-saudari setanahair yang dikasihi! Selamat tinggal, tanah air yang dicintai! - 25 September, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


* Chin Peng (Ong Boon Hua) ialah bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya.

JANJI 1 MALAYSIA

Posted: 25 Sep 2013 04:45 AM PDT


 KATA-KATA PM DI KELAB KOMANWEL DI SAN FRANCISCO.

Terpegun juga aku baca kata-kata ini terutamanya bab rasuah. Makna kata, Malaysia akan jadi macam Singapura yang bebas rasuah. kalau ada pun kot bayaq duit kopi bawah meja .Tak la sampai billion-billion.Tiba-tiba aku pula terkejut dengan pendedahan anak beranak kroni yang pegang syarikat cat. Malas lah aku nak layan cakap-cakap janji 1 Malaysia.Hangpa baca la...baru pagi tadi aku baca dan penuh semangat nak jadi Melayu berjaya..top-top, aku tau dah siapa yang akan berjaya.Mana aci.....aku orang kampung,kerja kampung ,  tak dapat apa pun.




  • Anak Najib dalam SerSol Holdings
  • NONEKemasukannya ke dalam SerSol diikuti dengan lantikan anak Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sebagai pengarah pengurusan pada 3 September lalu.   
  • DIBAWAH INI INTISARI SYARAHAN PM KAT KOMENWEL ATAU KAT DUNIA ATAU KAT RAKYAT MALAYSIA.AKU PUN RASA KAT DUNIA NIH...WAH HEBAT-HEBAT AKU RASA SEBAGAI RAKYAT 1 MALAYSIA.

"Saya sudah mewujudkan peranan menteri tadbir urus dan integriti dalam Kabinet yang disandang bekas presiden Tranparency International cawangan Malaysia," katanya.



"Kami berharap suruhanjaya ini boleh menjadi contoh untuk negara lain yang sedang berusaha untuk membina keupayaan institusi bagi memerangi rasuah," katanya.



"Jika kita dapat menunaikan janji kita kepada rakyat - dalam hal ini, kesungguhan untuk memerangi rasuah - dan melaksanakannya dari semasa ke semasa, maka nilai mata wang itu akan dipandang tinggi.

"Ganjarannya bukan sekadar mempunyai persekitaran perniagaan yang lebih terbuka dan telus, dengan pasaran yang lebih bertenaga dan peluang yang lebih meluas, tetapi juga memperoleh kepercayaan baharu tentang kemampuan kerajaan mengubah keadaan menjadi kepada yang lebih baik," katanya.



"Sekiranya kita tidak memberi peluang kepada semua rakyat kita untuk memainkan peranan berhubung masa depan rantau itu, kita menghadapi risiko menggalakkan tercetusnya ketegangan etnik, pelampau agama dan ketidakstabilan
politik.

"Ini seterusnya akan menyekat tercapainya objektif kita: sebuah Asia yang lebih makmur dan harmoni.

"Oleh itu, kita perlu pastikan pembangunan melahirkan peluang ekonomi untuk semua, bukan memberi kekayaan hanya untuk segelintir manusia; yang bukan sekadar meningkatkan angka nominal KDNK, tetapi juga infrastruktur sosial yang amat penting.



"Tetapi, berdasarkan sifat semula jadinya, kewangan Islam tidak terdedah kepada pembaziran yang telah merosakkan ekonomi dunia kerana ia tidak membenarkan spekulasi dan melarang faedah, manakala pulangan hanya dikira berdasarkan perkongsian keuntungan," katanya.


"Ini adalah antara cara untuk meningkatkan penyertaan dalam ekonomi, mengukuhkan ekonomi kami secara menyeluruh dan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut mengecapi hasil daripada kejayaan negara kami," kata Najib.

Tiada ulasan: