Kes pukul: Calon MT minta polis siasat segera 
KUALA LUMPUR – Calon Majlis Tertinggi Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz yang mendakwa dipukul ketika menghantar borang pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian Umno Titiwangsa, Sabtu lalu meminta pihak polis menyegerakan siasatan kes itu.

Menurut Mohd Ariff, dia turut mengenali pihak yang memukulnya itu kerana individu berkenaan turut memegang jawatan dalam Umno Bahagian Titiwangsa.

"Gejala samseng dalam Umno perlu dihapuskan agar ia tidak memberi imej buruk kepada parti terbesar dalam negara ini.

"Di bahagian lain semuanya berjalan lancar, tetapi kenapa berlaku kejadian ini untuk bahagian Titiwangsa," katanya kepada media, semalam.

Mohd Ariff berkata, kes pukul berkenaan tidak boleh dikaitkan dengan Datuk Johari Abdul Ghani kerana pada masa itu Ketua Umno Bahagian Titiwangsa itu masih belum menghantar borang untuk mengekalkan jawatannya.

"Namun, saya menafikan kenyataan Datuk Johari yang menganggap kejadian pukul ini merupakan satu drama yang dilakukan untuk memburukkan nama beliau.