Ahad, 22 September 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kerajaan BN minta lagi bajet tambahan RM 14 bilion dalam tempoh 4 bulan

Posted: 22 Sep 2013 09:07 PM PDT

Kerajaan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan kedua dalam tempoh empat bulan dengan meminta tambahan RM14 bilion untuk perbelanjaan kerajaan, daripada Parlimen hari ini.

Selepas meminta RM13 bilion pada Jun bawah tahun fiskal 2012, kerajaan kini memohon tambahan bawah tahun fiskal 2013.

Perkhidmatan Am Perbendaraan meminta sebahagian besar daripada rang undang-undang itu, dengan lebih RM11 bilion.

'Minyak naik ketentuan pasaran, bukan k'jaan'

Posted: 22 Sep 2013 08:58 PM PDT

Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak kerana ia ditetapkan oleh harga pasaran minyak sedunia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad memberitahu Parlimen pagi ini bahawa kerajaan hanya mengurangkan subsidi dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kenaikan harga minyak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Zahid Hamidi beri kenyataan bercanggah mengenai situasi jenayah

Posted: 22 Sep 2013 08:56 PM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan bercanggah di Parlimen hari ini apabila mengatakan keadaan jenayah dalam negara masih terkawal.

Katanya keadaan jenayah negara turun dengan drastik selepas penahanan 7,200 individu yang dipercayai anggota kongsi gelap dari 17 Ogos hingga sekarang.

Bulan lalu pada 20 Ogos semasa mengumumkan Ops Cantas dan dua pasukan khas untuk memerangi jenayah Ahmad Zahid mengatakan, "Saya ada bukti peningkatan kadar jenayah terutamanya di kawasan merah".

Dalam reaksi serta-mertanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua mengatakan kata-katanya menteri itu tidak mempunyai kredibiliti.

"JIka keadaan jenayah terkawal, mengapa dia heboh tentang undang-undang Ordinan Darurat (EO)? soal Pua.

"EO dan kadar jenayah tidak eksklusif. Jadi dia kena buat keputusan pindaan EO bermasalah atau kadar jenayah. Kenyataan beliau bercanggah," katanya.

IGP: AmBank founder’s assassin arrested

Posted: 22 Sep 2013 08:53 PM PDT

Inspector General of Police Khalid Abdu Bakar said that the suspect, Sei Ngan Chai was arrested with two others in Taiping early this morning.

KUALA LUMPUR: The police have arrested the man suspected of gunning down AmBank founder Hussain Ahmad Najadi back in July.
The shooter, identified as Sei Ngan Chai, was arrested early this morning at a housing area in Taiping at 12.30am,
"We tracked down the suspect in Taiping and have arrested him, along with two others whom we believe helped protect him," Inspector General of Police (IGP) Khalid Abu Bakar said at a press conference at the Kuala Lumpur police headquarters.
"He has been brought to Kuala Lumpur. After this, we will try to track down the weapon used to kill Hussain."  said the top cop, adding that he believed Sei had been on the run since Hussain's murder.
Two Chinese men, 31 and 26, suspected to Sei's accomplices, will be investigated under Section 212 of the Penal Code, for harbouring a criminal offender.
Hussain, 75, was gunned down in cold blood on July 29 at cark park in Jalan Ceylon, amid a surge in shooting crimes that had the nation reeling in fear for the past few months.
The septuagenarian sustained two shots in the chest while his wife, who was by his side, was hit in the left hand.

Lagi NGO tampil menyokong protes kenaikan harga minyak

Posted: 22 Sep 2013 08:52 PM PDT

Program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia.

KUCHING: Lebih banyak NGO dan wakil parti politik tampil menyokong protes kenaikan harga minyak yang bakal diadakan pada 28 September ini.
Dalam satu sidang media khas bersama NGO dan wakil daripada parti politik hari ini, jurucakap Penganjur bersama, Abib Ismadi, aktivis Teori Timur, protes ini menuntut penurunan kembali harga minyak dan mengembalikan subsidi rakyat serta mengurangkan subsidi korporat.
"Kami sebagai gabungan NGO bantah kenaikan harga minyak menyeru masyarakat awam untuk hadir bersama kami pada masa yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan semua, program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia," katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa gabungan ini terdiri daripada Pusat Teori Timur, Sarawak Youth for Change, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS) dan Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) untuk kawasan Sarawak.
"Selain itu, kita mendapat sokongan dari rakan-rakan NGO kita di Semenanjung." tambah beliau.
Pengerusi bersama, Nicholas Mujah berkata: "Bagi kita (SADIA) amat menyokong misi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar pesisir kerana kenaikan minyak yang kita hadapi adalah amat bertentangan dimana pemerintah (BN) yang kita ada sekarang semasa PRU lalu tidak akan membebankan masyarakat luar bandar."
"Rakyat di luar bandar banyak membuat aduan kepada kita kerana mereka sangat merasakan kesan kenaikan ini disebabkan masalah pengangkutan dan kos yang tinggi untuk bergerak." tegas beliau.
Beliau juga memohon agar kerajaan menyemak kembali harga minyak dan lebih mengutamakan masyarakat luar bandar.
Jurucakap Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS), Mohd Salleh Shawkatali, menyokong protes "Walk Against 20 cent".
Read More / Baca Lagi >>

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (4)

Posted: 22 Sep 2013 08:38 PM PDT

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (3)

Posted: 22 Sep 2013 08:37 PM PDT

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Posted: 22 Sep 2013 08:33 PM PDT

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Posted: 22 Sep 2013 08:32 PM PDT

Hutang mengikut perspektif Islam

Posted: 22 Sep 2013 08:17 PM PDT

Hutang mengikut perspektif Islam 
 Naib Yang Dipertua 1 Persatuan Ulama Malaysia, Dr Fauzi Draman (kanan) membentangkan kertas kerjanya sempena Seminar Maqasid Syariah di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, kelmarin. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
Berikut sambungan ucaptama Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam seminar Maqasid Syariah, Isu-isu Kepenggunaan: Realiti dan Cabaran yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.

ii) Hutang dari perspektif Islam

Perspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)" (Riwayat Muslim, 6/28)

Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH akan merugikannya" (Riwayat al-Bukhari, 2/83)

Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:
"Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" (Riwayat al-Bukhari, 1/214)

Di dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: Ya ALLAH, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seseorang bertanya, "Apakah tuan menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah?, "Benar," jawab Rasulullah. (Riwayat an-Nasaie, 2/316, Ahmad, 3/38, al-Hakim berkata, sahih dan disepakati oleh az-Zahabi, menurut Albani: Dhaif)

Berhutang dari perspektif Islam adalah perkara yang tidak baik dan perlu dijauhi, kecuali dalam keadaan kesempitan yang amat sangat. Namun, sekarang kita dapati industri perbankan, termasuk sektor perbankan Islam, amat menggalakkan budaya berhutang. Akibat aktiviti mereka yang ingin berkembang, tahap hutang masyarakat menjadi bertambah.

iii) Peningkatan hutang isi rumah di Malaysia
Data menunjukkan tahap dan tren hutang isi rumah di Malaysia sedang meningkat dari setahun ke setahun. Menurut laporan Bank Negara, hutang isi rumah di negara kita telah meningkat selama 10 tahun berturut-turut pada kadar tahunan sebanyak 12.5 peratus pada Disember 2011. Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar negara adalah 76.6 peratus.

Malah, hampir 50 peratus daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membiayai bebanan hutang. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan bersih yang tertinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Pinda akta mahkamah syariah - Tg Hadi Awang

Posted: 22 Sep 2013 08:16 PM PDT

Abdul Hadi  
 Abdul Hadi menandatangani plak sebagai merasmikan Pusat Tarbiah Kawasan Tambun semalam.
IPOH – Akta Mahkamah Syariah 1965 yang kali terakhir disemak kira-kira 25 tahun lalu perlu dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat kepada pesalah jenayah syariah, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu berkata, akta tersebut mengehadkan hukuman syariah kepada formula 356 iaitu penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Katanya, akta tersebut dilihat jauh ketinggalan dan tidak lagi menggerunkan bagi membendung jenayah syariah.

"Sebatan pula biar sampai pecah kulit, sebat habis-habisan dan sangat menyeksakan.

Ini tidak diajar dalam Islam. Negeri tiada kuasa, ia bercanggah dengan al-Quran.
Read More / Baca Lagi >>

PAS mufaraqah daripada PKR?

Posted: 22 Sep 2013 08:10 PM PDT

Yasir Tamizi

Multaqa Ulama Se-Malaysia baru-baru ini menyatakan perlunya muafakat politik bersama Pakatan khususnya dengan PKR disemak semula dan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diberikan kepada golongan ulama'. Satu kenyataan kontroversi yang mencuit sedikit pemikiran penyokong PAS dan PKR, juga Pakatan Rakyat secara amnya.
Melihat kepada kekuatan politik, PAS dengan ketumbukan jenteranya merupakan sebuah parti yang tersusun dan kuat. Mufaraqah daripada kepimpinan PKR tidak akan sama sekali melemahkan PAS. Namun, jika PAS hanya mahu bekerjasama dengan DAP, PAS harus bersedia dengan kitaran hubungan pasang surutnya yang akan berulangan, dek perbezaan pendirian yang besar antara kedua-dua buah parti tersebut.
Sebenarnya, Pakatan Rakyat adalah satu pakatan politik yang sangat bagus. Peranan PKR, DAP dan PAS dalam Pakatan adalah lebih kepada saling melengkapi, di mana PKR menerajui politik dasar, PAS menggerakkan ketumbukan jentera terbesar dan DAP menarik perhatian dan kepercayaan penyokong-penyokong baru.
Namun, jika PAS meneruskan agenda mufaraqah daripada PKR, dijangka PAS bakal kehilangan tiga golongan Islamis dalam PAS, golongan yang menjadi jambatan antara PAS dengan masyarakat.
Secara amnya, dua gerakan Islam yang berpengaruh dan besar di Malaysia, ABIM dan IKRAM (dulunya JIM), mempunyai sejarah dan hubungan yang baik dengan Ketua Umum PKR.
Rentetan program besar termasuk program yang baru-baru ini seperti, Islamic Resurgence anjuran ABIM dan Syria Is Calling anjuran IKRAM, yang melibatkan Ketua Umum PKR sebagai tokoh utama, menjadi bukti hubungan baik dan pengiktirafan antara ketiga-tiga belah pihak.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai pemimpin yang rapat dengan gerakan Islam tempatan dan antarabangsa, mempunyai sejarah panjang dan pengaruh yang tidak boleh dipinggirkan dalam gerakan Islam di Malaysia juga Dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Komen TG Nik Aziz Berkaitan Lawatan Obama Ke Malaysia

Posted: 22 Sep 2013 07:52 PM PDT

Saya ingin memberikan sedikit respon berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Pada saya, ia tidak lebih hanyalah tanda terima kasih Amerika kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika dalam pelbagai isu antarabangsa. Ini termasuklah dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir yang mana Malaysia hanya sanggup menyatakan tidak setuju dengan kadar yang paling minima sahaja tanpa disertai dengan apa-apa tindakan serius.
Kelantan, sekalipun sebuah negeri yang kecil di mata dunia antarabangsa berusaha sedaya upaya sekadar yang termampu untuk menyatakan rasa kesal terhadap kudeta yang berlaku di Mesir. Kelantan telah mengadakan sidang Dewan khas untuk meluluskan usul mengutuk dan menghantar nota bantahan.

Adapun kerajaan Malaysia, dalam hal ini masih bersikap takut-takut, dibimbangi mengguris hati Amerika Syarikat. Kepatuhan Malaysia ini melayakkan bumi Malaysia dipijak oleh Presiden Amerika Syarikat nanti.

Pada saya, tiada yang membanggakan jika Malaysia dikunjungi Presiden Amerika. Ia hanya mengesahkan hubungan baik antara kedua-duanya yang telah terjalin sekian lama.
 

Dalam protes, penakungan Murum dimulakan oleh Kerajaan BN

Posted: 22 Sep 2013 07:43 PM PDT


 
Syarikat milik kerajaan negeri Sarawak Energy Berhad (SEB) memulakan proses penakungan di empangan RM4 bilion Murum di Ulu Belaga semalam, tanpa mengambil kira bantahan masyarakat Penan daripada enam kampung yang mengadakan hadangan ke tempat itu.

Empangan itu memerlukan setahun sebelum airnya cukup untuk digunakakan sebagai janakuasa.

NONEPenyelaras Kebangsaan Gabungan Pemuliharaan Persekitaran Semulajadi Sarawak (SCANE) Raymond Abin (kiri) berkata, terdapat lebih 100 penduduk Penan masih membentuk hadangan di situ setelah mendakwa SEB gagal menunaikan janji.

Mereka daripada Long Wat, Long Luar, Long Tangau, Long Menapa, Long Singu dan Long Malim.

Penduduk Penan menuntut pampasan RM500,000 sekeluarga untuk kehilangan tanah dan kampung, tanah gantian 25 hektar untuk setiap keluarga, kawasan hutan 30,000 hektar, 10 peratus royalti daripada keuntungan empangan dan pemilikan untuk semua kawasan yang tidak ditenggelami air.

Dalam pertemuan awal bulan ini, permintaan mereka ditolak.

Abdul Hadi ikhtiraf golongan profesioal

Posted: 22 Sep 2013 07:40 PM PDT

Sebenarnya saya lebih suka kalau ahli-ahli Pas tidak dipecahkan kepada dua 'mazhab' atau puak yang berlandaskan kepada latar belakang pendidikan ataupun perwatakan diri, ataupun apa-apa kriteria seperti apa yang disebut sekarang ini, sepuak golongan ulamak dan sepuak lagi golongan profesional.


Abdul Hadi Awang
Sebab itu apabila media massa PB menyandarkan profesional sebagai nama perdana menteri Turki, Tayib Erdogan saya tidak kerap menggunakannya, saya lebih selesa menyebut mereka ini prolib - profesional liberal. Sebab jika dihaluri ada perbezaan di antara watak-watak profesional dalam Pas dengan Erdogan.

Istilah diguna pakai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa saya rasakan lebih tepat, lunak dan jelas. Beliau menamakan dua kumpulan yang 'dipisahkan' itu sebagai konservetif dan modern. Koservetif mereka yang ingin mengekalkan beberapa ciri-ciri atau pegangan berpersatuan lama di dalam Pas yang dilihat perlu kepada perubahan. Manakala yang modern yang ingin merubah yang konservetif itu agar lebih progresif dan dinamik lagi.

Saya kira perwujudan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang diuruskan Mujahid itu adalah langkah ke arah memodenkan (dinamik) Pas sejajar dengan kehendak semasa. Saya tidak setuju dengan perwujudan DHPP kerana melihat kesan jangka panjangnya tetapi akhirnya ia tidak dapat mengelak kepada perwujudannya kalau Pas ingin berjaya.

Sebaik-baiknya tidak ada penduaan (faraq) ahli dan pemimpin didalam Pas.

Suka di sini saya menarik perhatian kepada penjelasan atau seruan Presiden Pas Abdul Hadi Awang terhadap golongan yang dikatakan profesional atau pun moden tadi. Abdul Hadi juga turut sama menggunakan istilah berkenaan, profesional dan ulamak. Menurutnya golongan profesional besar jasanya dalam menubuhkan Pas sehinggakan mungkin kalau tidak ada mereka (profesional) Pas tidak wujud (sistemetik) seperti hari ini.

Lantas beliau menyebut Yang diPertua Pas Dr Alias Abbas adalah antara orang yang berusaha untuk mendaftarkan Pas. Turut sama berperanan ialah Prof Ahmad Ibrahim, Ungku Omar dan Aminuddin Baki. Ertinya golongan profesional inilah yang menjadi tuan hak milik kepada Pas sebagai sebuah badan siasah.

Read More / Baca Lagi >>

BOLEHLAND: KATA-KATA HEBAT PARA MENTERI DAN PEMIMPIN BN PASCA PRU 13!!

Posted: 22 Sep 2013 07:32 PM PDT


Sebahagian dari koleksi kata-kata "keramat" para menteri pemimpin UMNO/BN pasca PRU 13.

Dato' Seri Ahmad Zahid Hamid, Menteri Dalam Negeri - " KALAU TIDAK SUKA UNDANG-UNDANG MALAYSIA, SILA KELUAR DARI MALAYSIA.

Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian Dan Asas Tani -  " JANGAN BELI SAYUR KALAU HARGA NAIK , TANAM SAYUR SENDIRI "

Datuk Harun Malek, Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - " JANGAN MAKAN AYAM KALAU HARGA NAIK, MAKAN IKAN ATAU DAGING ".

Datuk Seri Teuku Adnan Teuku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, -  " JANGAN BELI RUMAH KALAU HARGA RUMAH NAIK ".

Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II -  " HANTAR ANAK KELUAR NEGARA JIKA TIDAK SETUJU PELAN PENDIDIKAN NEGARA " .

Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan, -   " NAIK HARGA GULA ELAK DIABETES"

Dato' Seri Noh Omar, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor -  " INDIVIDU YANG TIDAK SUKA DENGAN SISTEM PILIHANRAYA NEGARA INI, SEWAJARNYA DUDUK DALAM HUTAN".

Malaysia amat "bertuah" kerana memiliki pemimpin dari kelompok UMNO/BN yang mempunyai akal cerdas dan bijak cara menyelesaikan permasalahan rakyat.

Bakal ada lagi kata-kata hebat bijak bertaraf keramat bakal diucapkan oleh para pemimpin UMNO/BN dari masa kesemasa.

Kita wajar bersyukur dan berterima kasih.

Tribunal Rakyat akan keluarkan laporan tiga bulan akan datang

Posted: 22 Sep 2013 07:30 PM PDT


Panelis Tribunal Rakyat yang dianjurkan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) akan mengeluarkan laporan dan cadangan tiga bulan selepas Jumaat.
Perkara itu diumumkan Pengerusi tribunal berkenaan, Yash Pal Ghai selepas saksi terakhir, Datuk Ambiga Sreenevasan memberikan keterangannya lewat petang semalam.
Tribunal berkenaan bermula 18 September lalu menampilkan beberapa panel dari dalam dan luar negara, antaranya bekas Timbalan Pengerusi Komite Pemilihan Umum Indonesia, Ramlan Surbakti, dan Presiden Kaukus Antara Parlimen Asean Myanmar, Kraisak Choonhavan
Wakil Malaysia dalam Tribunal itu adalah bekas pegawai diplomatik dan pentadbiran Kementerian Luar Malaysia, Datuk Azzat Kamaludin; bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary; dan Rev Dr Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

SPR akan ambil kira aduan salah laku PRU13 dalam Tribunal Rakyat..!!!

Posted: 22 Sep 2013 07:30 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil kira setiap aduan yang dikemukakan dalam Tribunal Rakyat anjuran Bersih bagi menyiasat salah laku dalam pilihan raya umum lalu sambil menyatakan keengganan pihaknya menghadiri sidang selama lima hari itu kerana terdapat agenda politik di sebalik tribunal tersebut.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) memberitahu The Malaysian Insider pihaknya memandang serius segala apa yang dilontarkan dalam tribunal berkenaan.
"Sudah tentu kita ketahui perkembangan terkini tribunal berkenaan melalui media massa. Ini maklumat berharga dan satu bentuk maklumbalas kepada kami. Inilah yang kami mahu," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam.
Beliau turut menegaskan ketiadaan pihaknya dalam tribunal berkenaan kerana terdapat agenda politik di sebalik sidang tersebut.
"Kerana ia adalah tribunal. Gelarkan sesuatu yang berbeza seperti forum atau analisis pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kami pasti ke sana. Mengapa kami tidak hadir jika ia tidak bertunjang politik dan berbincang tentang salah laku pilihan raya?
"Namun apabila ia sebuah tribunal dengan pendekatan politik, ia bermakna terdapat penilaian siapa betul dan siapa salah.
"Mereka mahu kami menjawab segala soalan serta-merta dan menuduh kami gagal menjalankan pilihan raya bebas dan adil," katanya.
Dalam maklum balas berasingan, Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata telah berlaku salah faham terhadap matlamat tribunal itu oleh SPR.
Read More / Baca Lagi >>

September bulan malang buat Anwar

Posted: 22 Sep 2013 07:28 PM PDT

September bulan yang malang buat Anwar Ibrahim - bukan sekali, tapi dua kali. Dia tewas dalam dua percubaan politik besarnya.

Kali pertama, semasa beliau dijatuhkan sebagai 'orang nombor dua' dalam kerajaan dan kali kedua - apabila projek 16 September menjadi harapan yang tinggal angan-angan.

Pada September 1998, Anwar segera bangun dengan gerakan Reformasi, sebagai percubaan untuk membenam seteru politik yang menjatuhkan beliau, iaitu Mahathir Mohamad.

Dia tersilap langkah, Mahathir lebih bijak membidak catur - namun, percubaan ini separa berhasil.

Detik 20 September 1998 setidaknya mengumpulkan rakyat dari setiap pelosok kota turun ke jalan - dengan satu moto yang jelas, "keadilan".

Dia dihukum dengan tuduhan yang tak berasas, tanpa pula dibicarakan secara adil.

Tapi biasalah, sudah terhantuk baru tengadah. Jika dahulu di dalam kerajaan, Anwar juga berdiam diri dengan seribu satu alasan, tetapi, setelah itu - dia sudah tidak punya jawapan untuk membidas lagi.

Ibarat dipulangkan paku buah keras, begitulah Anwar di awal gerakan Reformasi.

Sejarah hukuman terbaik
Read More / Baca Lagi >>

Kongsi gelap: Bukan babak orang jahat dilihat jadi baik

Posted: 22 Sep 2013 07:26 PM PDT


KUALA LUMPUR: Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) Pulau Pinang, Kumaresan Aramugam menggesa supaya jalan konkrit perlu diambil bagi menyelesaikan masalah kongsi gelap.

Menurutnya, pihaknya menyokong tindakan kerajaan untuk membasmi gangsterisme melalui Ops Cantas namun risau dengan keadaan tempoh hari ramai anak muda ditangkap mahupun ditembak mati.

Menurut Kumar, dengan operasi demikian ia bukannya satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap kumpulan kongsi gelap kerana tanpa satu kaedah yang konkrit, maka cerita kongsi gelap tidak akan berakhir.

"Ini bukan cerita filem di mana dalam filem pada babak klimaks dilihat orang jahat menjadi baik dan karakter tersebut ditamatkan, namun dalam isu sekarang adalah berbeza kerana ianya adalah realiti dan bukan untuk sekadar tontonan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi,  pihaknya juga percaya bahawa isu kongsi gelap tidak akan berakhir kerana  kumpulan tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Walaupun ketua-ketua mereka tiada lagi, namun katanya kumpulan kongsi gelap mampu bergerak aktif semula dengan diterajui muka baru.
Read More / Baca Lagi >>

PAS dan dinamika politik

Posted: 22 Sep 2013 07:25 PM PDT

Abd Shukur Harun,
Politik ialah mengenai kuasa dan tidak ada siapapun yang berjuang di pentas parti politik yang tidak bermatlamatkan untuk mendapatkan kuasa iaitu bagi yang belum berkuasa dan mempertahankan kuasa bagi yang telah berkuasa.

Tetapi politik itu sangat dinamik sifatnya, iaitu cepat berubah dan memerlukan perubahan. Dinamik atau Dinamisme, berasal dari bahasa Latin dan sering digunakan oleh ahli falsafah Virginia Postrel untuk menjelaskan filosofi sosialnya yang melibatkan perubahan budaya, pilihan individual, kebebasan, demokrasi dan masyarakat terbuka.

Di negara ini, parti politik yang bernuansa Islam seperti PAS yang berinteraksi dengan masyarakat moden Malaysia maka ia tidak boleh lari dari apa yang dinamakan dinamik atau dinamisme, dengan huraiannya yang lebih tepat ia mestilah bersifat dinamik – memahami dan menerima realiti yang ada yang sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa, walaupun sudah pastilah ia mesti kekal dalam orbit Islam.

Berbanding dengan negara lain, suasana politik dan sosial di Malaysia sangat jauh berbeza, iaitu dengan masyarakat majmuknya yang luar biasa di mana pegangan agama, nilai budaya dan tradisi antara kaumnya bersifat pelbagai.

Oleh itu demografi politik di Malaysia sangat berwarna warni kerana ia
berada di tengah masyarakat majmuk yang pelbagai ragam. Di sinilah PAS, sebagai sebuah parti politik bernuansa Islam, hadir untuk berpartisipasi di tengah kancah politik demokrasi di negara ini.

Walau apapun bentuk dan wajah demokrasi di negara ini, namun  PAS terus  berpartisipasi dalam PRU tiap lima tahun sekali. Ertinya, PAS hadir di tengah dinamik (perubahan) politik di Malaysia sejak 13 kali pilihan raya umum.
Read More / Baca Lagi >>

Proses biasa kaji pakatan politik

Posted: 22 Sep 2013 07:22 PM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI
RAMAI yang terkejut dengan satu resolusi multaqa ulama PAS yang mengusulkan kerjasama politik PAS dengan sekutu Pakatan Rakyat dikaji untuk menilai untung ruginya kepada agenda parti. Pelbagai spekulasi timbul akibat kenyataan yang dinilai sebagai bertentangan dengan hasrat rakyat dan ketetapan muktamar itu, yang sebahagian besarnya segera mahu melihat sisi yang negatif.

Banyak pihak terus mengaitkannya dengan hasrat untuk keluar daripada gabungan Pakatan, dan ada yang terus mengaitkannya dengan bersatu dengan Umno. Hakikatnya, proses penilaian seperti yang diusulkan itu masih panjang perjalanannya, dan tidak dapat dipastikan lagi yang ketetapan akhir yang akan dicapai ialah keluar daripada Pakatan.
Pakatan politik ialah satu proses biasa dalam sistem politik seperti yang diamalkan di negara kita, dengan kewujudan parti-parti dan gabungangabungan yang bersaing dalam pilihan raya untuk membentuk kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.
Segalanya bertolak daripada persoalan untung rugi dalam penyertaan dalam politik demokrasi, yang memerlukan proses pilihan raya dalam usaha memilih kerajaan mewakili rakyat.
Setiap parti yang wujud dan menyertai proses pilihan raya mempunyai agenda dan ideologi yang berbeza, dan terpaksa melakukan rundingan dan tawar-menawar dalam menjalin kerjasama dengan parti lain apabila perlu.
 Dalam sistem politik yang menyaksikan parti-parti yang terlibat mesti membina pakatan untuk membentuk kerajaan persekutuan, penubuhan pakatan ialah sesuatu yang penting untuk dilakukan dan dipastikan terus wujud dan kukuh.
Read More / Baca Lagi >>

Al-Assad, As-Sissi pasti gagal

Posted: 22 Sep 2013 07:21 PM PDT

DIKTATOR Syria, Bashar al-Assad dan Jeneral Mesir, Abdel Fattah As-Sissi, nampaknya menuju menjadi tokoh terkemuka dalam kejahatan kemanusiaan (genosid), di mana kedua-dua dapat dikatakan sebagai Hitler dan Firaun moden dari dunia Arab.

Al-Assad dan As-Sissi dengan 'selamba' membunuh ribuan rakyat sivil tanpa peduli. Bashar al-Assad menggunakan senjata pemusnah besar-besaran (kimia) menghadapi rakyatnya.
Ribuan rakyatnya maut dalam serangan senjata pemusnah besarbesasran di pinggir kota Damsyik.
Lebih 2,000 penduduk, di pinggir kota terbunuh, akibat senjata pemusnah besar-besaran. Padahal, senjata pemusnah besar-besaran sudah dilarang oleh Konvensyen Geneva. Tetapi, Bashar tak peduli menggunakan senjata pemusnah itu, melawan rakyatnya sendiri.
Bashar al-Assad tetap menolak penggunaan senjata kimia, seakan dia manusia suci dengan moral, dan selalu menggunakan kaedah 'double standard' ketika menghadapi masyarakat dunia.
Bukti-bukti sudah cukup, ketika sesudah tanggal 21 Ogos, di mana Bashar al-Assad menggunakan senjata pemusnah besar-besaran seperti kimia, di Ghouta, timur Damsyik. Rejim Syiah Alawiyyin  melakukan genosid terhadap rakyatnya.
Namun, seperti dilaporkan oleh pelbagai kantor berita internasional, Bashar al-Assad mengecam, dan menuduh adanya, 'konspirasi' antabangsa, yang ingin menghukum tindakannya yang telah melakukan genosid terhadap rakyatnya.
Hal ini, sama persis seperti dilakukan oleh Menteri Pertahanan Mesir, Jeneral As-Sissi yang dengan kejinya membantai para demonstran yang mendukung Presiden Mohamad Morsi, di Medan Rabiaah al-Adawiyah, Nahda, dan Ramses, di mana ribuan pendukung Morsi terbunuh, dan puluhah ribu lainnya mengalami luka-luka.
Masalahnya, moral masyarakat internasional sangat lembik, dan tidak memiliki sikap yang jelas, terhadap dua pemimpin zalim yang telah melakukan kejahatan yang sangat luar biasa, membunuh rakyat sivil yang tidak bersalah, dan dibiarkan tanpa adanya tindakan daripada masyarakat antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Apa lagi Najib mahu?

Posted: 22 Sep 2013 04:53 PM PDT

Najib kian hari dilihat seolah-olah berada pada ambang percutian setiap masa.

Inilah persoalan yang bermain di dalam fikiran orang ramai, apatah lagi kaum kerabat pembangkang. Sejak pilihanraya umum ke-13, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan agak lesu dan tidak bermaya dalam menangani isu-isu yang kian menghangat di dalam negara.

Malahan Najib telah secara teori dicela, dibelasah, dilenyek, ditumis, dipijak, dihina dan diperlekeh bukan sahaja oleh musuh-musuh ketatnya di arena politik, tetapi tidak juga ketinggalan orang awam yang kian merasa rimas dengan kebisuannya.

Lihat sahaja media sosial seperti "Facebook" dan blog-blog peribadi pengkritik-pengkritik di dalam dan luar negeri. Mereka seolah-olah berpesta mengumpat Perdana Menteri kita saban hari.

Ada sahaja komen-komen yang menyilukan hati para penyokong Najib tetapi apatah daya mereka kerana Najib sendiri tidak kelihatan tergerak untuk membidas kririk-kritiknya.

Apa lagi Najib mahu?

Dari skandal seks dan kapal selam Altantuya, isu jenayah yang semakin memuncak, protes jalanan, hala-tuju pelan pendidikan yang huru-hara, ekonomi yang merundum dan keretakkan yang mendalam dalam silaturahim antara kaum kian menghebat di mulut orang ramai tetapi Najib masih enggan mengulas secara terbuka.

Najib kian hari dilihat seolah-olah berada pada ambang percutian setiap masa. Walupun ada sedikit bisikan dari pejabat perdana menteri, tetapi amat ketara ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada orang awam.

Najib sudah boleh diklasifikasikan sebagai sekadar pemerhati dan tidak lagi mempunyai motivasi untuk bergerak ke hadapan.

Impian 1Malaysia beliau yang hangat diperlaungkan sejak 2009 tidak terpakai pada 5 May 2013.

Agak menyilukan dan pada masa yang sama menyakitkan hati bahawa walaupun jutaan ringgit telah dibelanja oleh kerajaan Najib, namun konsep 1Malaysia masih lagi kabur di mata orang Malaysia.

Kemungkinan besar Najib telah dinasihati oleh pembantu-pembantu yang tidak berkaliber langsung dalam isu-isu perpaduan. Najib boleh dikatakan telah diperlekehkan oleh mereka-mereka yang besar kebarangkalian juga dibayar gaji lumayan.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Hebat: Hutang langsai, rumah hilang..!!

Posted: 22 Sep 2013 04:47 PM PDT

sudah melangsaikan pinjaman." width="490"> 
 Pembeli unit Pangsapuri Subang Permai buntu apabila bakal kehilangan rumah mereka meskipun mendakwa sudah melangsaikan pinjaman.
SUBANG JAYA – Seramai 10 pemilik unit pangsapuri di Subang Permai buntu kerana bakal kehilangan kediaman dibeli meskipun sudah melangsaikan sepenuhnya ansuran pinjaman bank.

Masalah berlaku apabila pihak bank yang memberi pinjaman kepada pemilik didakwa gagal menunjukkan 'disclaimer letter' membuktikan 'redemption sum' sudah dibayar kepada syarikat pemilik gadaian hartanah terbabit.

Lebih mengecewakan pembeli, pihak bank seolah-olah lepas tangan dan enggan membantu.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, pangsapuri dibina lebih 20 tahun lalu itu mempunyai 260 unit rumah.

Menurutnya, pemaju asal yang sepatutnya mendapatkan hak milik strata untuk pembeli gulung tikar dan ketika projek dalam pembinaan, 'master title' sudah digadaikan kepada sebuah bank.

Katanya, bank yang sudah dua kali bertukar nama itu kemudian menjual gadaian tersebut kepada sebuah syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

dollah yankee

dollah yankee


Hidup Melayu lagi?!!

Posted: 22 Sep 2013 05:41 AM PDT



Siapa sebenarnya yang mengkhianati bangsa melayu?! Siapa sebenarnya yang dapat hak istimewa bumiputera?! Siapa sebenarnya yang telah membiarkan orang melayu menjadi papa kedana?! Nasib penduduk melayu terutamanya di Pulau Pinang, siapa yang bela?! Siapa yang dah ambil tanah-tanah milik orang melayu kemudian cari dan jual dekat orang cina?! Siapa yang telah melacurkan tanah-tanah yang telah diberi percuma demi mahu memajukan bangsa melayu?! Siapa dapat projek buat parit dan turap jalanraya, tanpa apa-apa tender dibuat secara terbuka, kemudian projek itu pula di 'sub' kepada kontrektor cina?! Siapa yang telah kumpul kekayaan dan kumpul harta?! Siapa yang bina rumah besar macam istana di-tengah bendang dan dah boleh nampak dari Lebuhraya?! Siapa yang dapat saham bernilai juta-juta?! Siapa yang dapat projek besar dan projek-projek mega?!
Jadi hak melayu mana yang hangpa semua nak bela?!

Boleh belah lah !!!!

dollah yankee -
selamat bersidang umno bahagian..harap-harap jangan ada yang baling kerusi!!!

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TERIMA KASEH DARI TIM BILIK SULIT

Posted: 22 Sep 2013 06:30 PM PDT




 INI BILIK SULIT

TERIMA KASEH  

tim teater bukan teater
pelakon bilik sulit
pembantu teknikal
kaum kerabat bilik sulit
mengucapkan ribuan terima kaseh
kepada semua yang datang menonton
kepada semua yang datang memberi sumbangan

selama tiga malam
black box theatrette dewan china
telah dipenuhi oleh penonton

bilik sulit akan merayau
keluar dari perut kota

untuk warga di luar kuala lumpur
sila ikuti bila dan dimana
bilik sulit akan dipentaskan
ditempat anda atau tempat berhampiran

kepada aktivis yang mahu bilik sulit
di pentaskan ditempat anda
sila hubungi  019-390-65-05

bilik sulit teater melawan
bukan teater bidek

APA BERLAKU
DALAM BILIK SULIT
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga


--------

16 SEPTEMBER HARI MENENTANG PENJAJAH

Posted: 22 Sep 2013 06:00 PM PDT



PEMIMPIN 
PARTI KOMUNIS MALAY

Bekas tentera: Chin Peng pejuang kemerdekaan
Bekas pegawai tentera udara, yang hilang seorang kawan dalam tragedi Gubir 1976 selepas komunis menembak jatuh helikopter Nuri di Perak, berkata Chin Peng patut diperakui mempunyai peranan dalam gerakan kemerdekaan.

"Apabila kamu berlawan, kamu berkhidmat kepada negara kamu dan kamu menyerang apabila diserang.

"Tetapi kemudian, apabila saya membaca mengenainya, saya faham beliau melawan Jepun, beliau melawan British, jadi beliau melawan untuk negara ini juga," katanya.

Ditemui di majlis perkabungan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) di Bangkok pada Sabtu, pegawai tentera yang enggan dinamakan itu berkata, atas sebab itu beliau hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.

"Perjanjian damai sudah ditandatangani. Biarkan begitu. Saya di sini untuk memberikan penghormatan kepada seorang rakyat Malaysia.

"Sekarang abunya juga tidak dibenarkan kerajaan. Apa yang abunya boleh buat?" soalnya.

Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng tinggal di Malaysia atas alasan bukan warganegara negara ini dan tidak pernah memohon kembali selepas Perjanjian Damai 1989 ditandatangani. 

Dakwaan ini disangkal rakan dan anggota keluarganya.

KIBARKAN
SANG SAKA MALAYA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...I REST MAY CASE ME LORD.... kah kah kah..

kah kah kah.... 16 SEPTEMBER HARI MENGINGATI PEJUANG... kah kah kah

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga


----------

TUKAR TIUB PERTAMA DI DUNIA MERAMAL BERITA INI

Posted: 21 Sep 2013 11:49 PM PDT



BANGUN BERJUANG
MENENTANG PENJAJAH

KOMENTAR TUKAR TIUB
ramalan tukar tiub tepat
bila tukar tiub bergendang
maka utusan meloya menari

saperti yang telah ditulis
tarikh wafat chin peng
pada 16 september akan terus 
menjadi hari cuti umum
akan terus diingat sebagai
hari perjuangan menentang penjajah 

kerana itu utusan meloya
perkasa telah kelam kabut
buat cerita dongeng

ada ngo melayu islam
mencadangkan agar
16 september di ubah
kini utusan meloya telah buka kelentong
kata chin peng
wafat pada 15 september
semua dengan harapan 
pejuangan chin peng akan di lupakan

tapi saperti kata fatul bari
ini semua khendak allah
ini semua  rancangan allah
maka chin peng wafat
pada 16 september

anak anak muda
akan terus mengingati 
16 september sebagai hari
menentgang penjajah
dan mendapat cuti umum


Utusan spekulasi Chin Peng tak mati Hari M'sia
Utusan Malaysia berspekulasi bahawa tarikh kematian bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dirancang daripada 15 kepada 16 September bagi mengaitkannya dengan semangat nasionalisme Hari Malaysia.

Memetik sumber, Utusan Online melaporkan, Chin Peng dipercayai meninggal dunia di Hospital Bangkok pada petang 15 September tetapi kematiannya dilaporkan pada awal pagi 16 September, ketika sambutan Hari Malaysia.

"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," beliau dipetik sebagai berkata kepada Mingguan Malaysia.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TUKAR TIUB OTEK OTEK... kah kah kah..

kah kah kah..UTUSAN MELOYA TERUS TERKAM... kah kah kah.

kjah kah kah..MASUK DALAM PERANGKAP... kah kah kah

NOTA
bagilah hebatnya 
perangan internet
jika kita bijak kita boleh
merancang ajenda

terima kaseh ronald reagan
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga
--------

BILIK SULIT UNTUK DEWASA SAHAJA

Posted: 21 Sep 2013 09:30 PM PDT


MAKLUMAN
bilik sulit untuk 
warga dewasa sahaja
sila ambil perhatian

INI BUKAN TEATER BODEK
INI TEATER MELAWAN

BILIK SULIT
apa yang dilakukan oleh sb
apa sb buat
apa teknik sb
apa yang dicari oleh sb
semua boleh ditonton dalam bilik sulit

MALAM INI DI DEWAN CHINA
jam 8:30 malam
malam akhir dalam pusat kota
sebelum bergerak

WARGA DI LUAR KUALA LUMPUR
tunggu dan nanti
bilik sulit akan sampai

MAHU TEATER BILIK SULIT
kalau mahu  teater ini ditempat anda
sila hubungi
teater bukan teater
019-390-65-05


SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga

-----------

DI MANA KU LI HILANG?

Posted: 21 Sep 2013 08:30 PM PDT





DI HARI PENAMAAN CALON
hilang melarikan diri
kah kah kah
kah kah
kah
Sikap berpuak boleh hancurkan UMNO
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Pertandingan secara berpasukan dalam pemilihan UMNO tahun ini dikhuatiri menimbulkan gejala perpecahan di dalam parti.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan,  Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sikap berpuak-puak dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO boleh menyebabkan parti menjadi hancur.

"Saya tidak berminat bertanding secara berpasukan dan percaya ahli UMNO boleh fikir perkara ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..KENAPA MALAON NI CAKAP MACAM INI?.... kah kah kah...

kah kah kah..KERANA MALAON INI PASTI KALAH.... kah ah kah...

kah kah kah...MALAON INI OUTSIDER.... kah kah kah..

 kah... ZAHID HAMIDI JUGA AKAN TERIMA NASIB YANG SAMA.... kah 

kah kah kah... PARTI KETUANAN MELAYU PARTI FEUDAL... kah kah kah..

kah kah kah..MUSTAHIL ISA DAN ZAHID DITERIMA.... kah kah kah


woit... TAK  CAYA?.... TUNGGU DAN LIHAT.... kah kah kah


TUNGGU 
TARIKH DAN TEMPAT

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga

----------

KENAPA TETIBA HADI NAK JUMPA?

Posted: 21 Sep 2013 07:19 PM PDT







GIGIH 
BERSAMA RAKYAT

 PAS sedia bekerjasama dengan Umno jika dipelawa, kata Abdul Hadi – Bernama
PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa, kata Abdul Hadi Awang (gambar).
Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
Beliau berkata  Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini.
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit.... KAH KAH KAH.....kah kah kah


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH'


kah kah kah...HADI KETINGGALAN KAPAL TERBANG KE NEW YORK... kah kah kah..


kah kah kah...TIKET DAH ABIS.... kah kah kah

kah kah kah...OTEL DAH PENUH.,... kah kah kah....

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit... MAT SERBAN APA KESAH?.... kah kah kah

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga

-------