RAKYAT MARHAEN |
- Kerajaan BN minta lagi bajet tambahan RM 14 bilion dalam tempoh 4 bulan
- 'Minyak naik ketentuan pasaran, bukan k'jaan'
- Zahid Hamidi beri kenyataan bercanggah mengenai situasi jenayah
- IGP: AmBank founder’s assassin arrested
- Lagi NGO tampil menyokong protes kenaikan harga minyak
- Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (4)
- Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (3)
- Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2)
- Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (1)
- Hutang mengikut perspektif Islam
- Pinda akta mahkamah syariah - Tg Hadi Awang
- PAS mufaraqah daripada PKR?
- Komen TG Nik Aziz Berkaitan Lawatan Obama Ke Malaysia
- Dalam protes, penakungan Murum dimulakan oleh Kerajaan BN
- Abdul Hadi ikhtiraf golongan profesioal
- BOLEHLAND: KATA-KATA HEBAT PARA MENTERI DAN PEMIMPIN BN PASCA PRU 13!!
- Tribunal Rakyat akan keluarkan laporan tiga bulan akan datang
- SPR akan ambil kira aduan salah laku PRU13 dalam Tribunal Rakyat..!!!
- September bulan malang buat Anwar
- Kongsi gelap: Bukan babak orang jahat dilihat jadi baik
- PAS dan dinamika politik
- Proses biasa kaji pakatan politik
- Al-Assad, As-Sissi pasti gagal
- Apa lagi Najib mahu?
- Malaysia Hebat: Hutang langsai, rumah hilang..!!
Kerajaan BN minta lagi bajet tambahan RM 14 bilion dalam tempoh 4 bulan Posted: 22 Sep 2013 09:07 PM PDT Kerajaan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan kedua dalam tempoh empat bulan dengan meminta tambahan RM14 bilion untuk perbelanjaan kerajaan, daripada Parlimen hari ini. Selepas meminta RM13 bilion pada Jun bawah tahun fiskal 2012, kerajaan kini memohon tambahan bawah tahun fiskal 2013. Perkhidmatan Am Perbendaraan meminta sebahagian besar daripada rang undang-undang itu, dengan lebih RM11 bilion. | ||
'Minyak naik ketentuan pasaran, bukan k'jaan' Posted: 22 Sep 2013 08:58 PM PDT Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak kerana ia ditetapkan oleh harga pasaran minyak sedunia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Ahmad memberitahu Parlimen pagi ini bahawa kerajaan hanya mengurangkan subsidi dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kenaikan harga minyak. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena). | ||
Zahid Hamidi beri kenyataan bercanggah mengenai situasi jenayah Posted: 22 Sep 2013 08:56 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan bercanggah di Parlimen hari ini apabila mengatakan keadaan jenayah dalam negara masih terkawal. Katanya keadaan jenayah negara turun dengan drastik selepas penahanan 7,200 individu yang dipercayai anggota kongsi gelap dari 17 Ogos hingga sekarang. Bulan lalu pada 20 Ogos semasa mengumumkan Ops Cantas dan dua pasukan khas untuk memerangi jenayah Ahmad Zahid mengatakan, "Saya ada bukti peningkatan kadar jenayah terutamanya di kawasan merah". Dalam reaksi serta-mertanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua mengatakan kata-katanya menteri itu tidak mempunyai kredibiliti. "JIka keadaan jenayah terkawal, mengapa dia heboh tentang undang-undang Ordinan Darurat (EO)? soal Pua. "EO dan kadar jenayah tidak eksklusif. Jadi dia kena buat keputusan pindaan EO bermasalah atau kadar jenayah. Kenyataan beliau bercanggah," katanya. | ||
IGP: AmBank founder’s assassin arrested Posted: 22 Sep 2013 08:53 PM PDT Inspector General of Police Khalid Abdu Bakar said that the suspect, Sei Ngan Chai was arrested with two others in Taiping early this morning. The shooter, identified as Sei Ngan Chai, was arrested early this morning at a housing area in Taiping at 12.30am, "We tracked down the suspect in Taiping and have arrested him, along with two others whom we believe helped protect him," Inspector General of Police (IGP) Khalid Abu Bakar said at a press conference at the Kuala Lumpur police headquarters. "He has been brought to Kuala Lumpur. After this, we will try to track down the weapon used to kill Hussain." said the top cop, adding that he believed Sei had been on the run since Hussain's murder. Two Chinese men, 31 and 26, suspected to Sei's accomplices, will be investigated under Section 212 of the Penal Code, for harbouring a criminal offender. Hussain, 75, was gunned down in cold blood on July 29 at cark park in Jalan Ceylon, amid a surge in shooting crimes that had the nation reeling in fear for the past few months. The septuagenarian sustained two shots in the chest while his wife, who was by his side, was hit in the left hand. | ||
Lagi NGO tampil menyokong protes kenaikan harga minyak Posted: 22 Sep 2013 08:52 PM PDT Program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia. Dalam satu sidang media khas bersama NGO dan wakil daripada parti politik hari ini, jurucakap Penganjur bersama, Abib Ismadi, aktivis Teori Timur, protes ini menuntut penurunan kembali harga minyak dan mengembalikan subsidi rakyat serta mengurangkan subsidi korporat. "Kami sebagai gabungan NGO bantah kenaikan harga minyak menyeru masyarakat awam untuk hadir bersama kami pada masa yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan semua, program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia," katanya. Beliau juga menjelaskan bahawa gabungan ini terdiri daripada Pusat Teori Timur, Sarawak Youth for Change, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS) dan Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) untuk kawasan Sarawak. "Selain itu, kita mendapat sokongan dari rakan-rakan NGO kita di Semenanjung." tambah beliau. Pengerusi bersama, Nicholas Mujah berkata: "Bagi kita (SADIA) amat menyokong misi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar pesisir kerana kenaikan minyak yang kita hadapi adalah amat bertentangan dimana pemerintah (BN) yang kita ada sekarang semasa PRU lalu tidak akan membebankan masyarakat luar bandar." "Rakyat di luar bandar banyak membuat aduan kepada kita kerana mereka sangat merasakan kesan kenaikan ini disebabkan masalah pengangkutan dan kos yang tinggi untuk bergerak." tegas beliau. Beliau juga memohon agar kerajaan menyemak kembali harga minyak dan lebih mengutamakan masyarakat luar bandar. Jurucakap Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS), Mohd Salleh Shawkatali, menyokong protes "Walk Against 20 cent". Read More / Baca Lagi >> | ||
Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (4) Posted: 22 Sep 2013 08:38 PM PDT | ||
Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (3) Posted: 22 Sep 2013 08:37 PM PDT | ||
Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2) Posted: 22 Sep 2013 08:33 PM PDT | ||
Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (1) Posted: 22 Sep 2013 08:32 PM PDT | ||
Hutang mengikut perspektif Islam Posted: 22 Sep 2013 08:17 PM PDT Naib Yang Dipertua 1 Persatuan Ulama Malaysia, Dr Fauzi Draman (kanan) membentangkan kertas kerjanya sempena Seminar Maqasid Syariah di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, kelmarin. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki Berikut sambungan ucaptama Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam seminar Maqasid Syariah, Isu-isu Kepenggunaan: Realiti dan Cabaran yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.ii) Hutang dari perspektif Islam Perspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)" (Riwayat Muslim, 6/28) Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH akan merugikannya" (Riwayat al-Bukhari, 2/83) Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi: "Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" (Riwayat al-Bukhari, 1/214) Di dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda: Ertinya: Ya ALLAH, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seseorang bertanya, "Apakah tuan menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah?, "Benar," jawab Rasulullah. (Riwayat an-Nasaie, 2/316, Ahmad, 3/38, al-Hakim berkata, sahih dan disepakati oleh az-Zahabi, menurut Albani: Dhaif) Berhutang dari perspektif Islam adalah perkara yang tidak baik dan perlu dijauhi, kecuali dalam keadaan kesempitan yang amat sangat. Namun, sekarang kita dapati industri perbankan, termasuk sektor perbankan Islam, amat menggalakkan budaya berhutang. Akibat aktiviti mereka yang ingin berkembang, tahap hutang masyarakat menjadi bertambah. iii) Peningkatan hutang isi rumah di Malaysia Data menunjukkan tahap dan tren hutang isi rumah di Malaysia sedang meningkat dari setahun ke setahun. Menurut laporan Bank Negara, hutang isi rumah di negara kita telah meningkat selama 10 tahun berturut-turut pada kadar tahunan sebanyak 12.5 peratus pada Disember 2011. Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar negara adalah 76.6 peratus. Malah, hampir 50 peratus daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membiayai bebanan hutang. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan bersih yang tertinggi. | ||
Pinda akta mahkamah syariah - Tg Hadi Awang Posted: 22 Sep 2013 08:16 PM PDT Presiden Pas itu berkata, akta tersebut mengehadkan hukuman syariah kepada formula 356 iaitu penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan. Katanya, akta tersebut dilihat jauh ketinggalan dan tidak lagi menggerunkan bagi membendung jenayah syariah. "Sebatan pula biar sampai pecah kulit, sebat habis-habisan dan sangat menyeksakan. Ini tidak diajar dalam Islam. Negeri tiada kuasa, ia bercanggah dengan al-Quran. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 22 Sep 2013 08:10 PM PDT Yasir TamiziMelihat kepada kekuatan politik, PAS dengan ketumbukan jenteranya merupakan sebuah parti yang tersusun dan kuat. Mufaraqah daripada kepimpinan PKR tidak akan sama sekali melemahkan PAS. Namun, jika PAS hanya mahu bekerjasama dengan DAP, PAS harus bersedia dengan kitaran hubungan pasang surutnya yang akan berulangan, dek perbezaan pendirian yang besar antara kedua-dua buah parti tersebut. Sebenarnya, Pakatan Rakyat adalah satu pakatan politik yang sangat bagus. Peranan PKR, DAP dan PAS dalam Pakatan adalah lebih kepada saling melengkapi, di mana PKR menerajui politik dasar, PAS menggerakkan ketumbukan jentera terbesar dan DAP menarik perhatian dan kepercayaan penyokong-penyokong baru. Secara amnya, dua gerakan Islam yang berpengaruh dan besar di Malaysia, ABIM dan IKRAM (dulunya JIM), mempunyai sejarah dan hubungan yang baik dengan Ketua Umum PKR. Rentetan program besar termasuk program yang baru-baru ini seperti, Islamic Resurgence anjuran ABIM dan Syria Is Calling anjuran IKRAM, yang melibatkan Ketua Umum PKR sebagai tokoh utama, menjadi bukti hubungan baik dan pengiktirafan antara ketiga-tiga belah pihak. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai pemimpin yang rapat dengan gerakan Islam tempatan dan antarabangsa, mempunyai sejarah panjang dan pengaruh yang tidak boleh dipinggirkan dalam gerakan Islam di Malaysia juga Dunia. Read More / Baca Lagi >> | ||
Komen TG Nik Aziz Berkaitan Lawatan Obama Ke Malaysia Posted: 22 Sep 2013 07:52 PM PDT | ||
Dalam protes, penakungan Murum dimulakan oleh Kerajaan BN Posted: 22 Sep 2013 07:43 PM PDT Empangan itu memerlukan setahun sebelum airnya cukup untuk digunakakan sebagai janakuasa. Penyelaras Kebangsaan Gabungan Pemuliharaan Persekitaran Semulajadi Sarawak (SCANE) Raymond Abin (kiri) berkata, terdapat lebih 100 penduduk Penan masih membentuk hadangan di situ setelah mendakwa SEB gagal menunaikan janji. Mereka daripada Long Wat, Long Luar, Long Tangau, Long Menapa, Long Singu dan Long Malim. Penduduk Penan menuntut pampasan RM500,000 sekeluarga untuk kehilangan tanah dan kampung, tanah gantian 25 hektar untuk setiap keluarga, kawasan hutan 30,000 hektar, 10 peratus royalti daripada keuntungan empangan dan pemilikan untuk semua kawasan yang tidak ditenggelami air. Dalam pertemuan awal bulan ini, permintaan mereka ditolak. | ||
Abdul Hadi ikhtiraf golongan profesioal Posted: 22 Sep 2013 07:40 PM PDT Sebenarnya saya lebih suka kalau ahli-ahli Pas tidak dipecahkan kepada dua 'mazhab' atau puak yang berlandaskan kepada latar belakang pendidikan ataupun perwatakan diri, ataupun apa-apa kriteria seperti apa yang disebut sekarang ini, sepuak golongan ulamak dan sepuak lagi golongan profesional.
Istilah diguna pakai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa saya rasakan lebih tepat, lunak dan jelas. Beliau menamakan dua kumpulan yang 'dipisahkan' itu sebagai konservetif dan modern. Koservetif mereka yang ingin mengekalkan beberapa ciri-ciri atau pegangan berpersatuan lama di dalam Pas yang dilihat perlu kepada perubahan. Manakala yang modern yang ingin merubah yang konservetif itu agar lebih progresif dan dinamik lagi. Saya kira perwujudan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang diuruskan Mujahid itu adalah langkah ke arah memodenkan (dinamik) Pas sejajar dengan kehendak semasa. Saya tidak setuju dengan perwujudan DHPP kerana melihat kesan jangka panjangnya tetapi akhirnya ia tidak dapat mengelak kepada perwujudannya kalau Pas ingin berjaya. Sebaik-baiknya tidak ada penduaan (faraq) ahli dan pemimpin didalam Pas. Suka di sini saya menarik perhatian kepada penjelasan atau seruan Presiden Pas Abdul Hadi Awang terhadap golongan yang dikatakan profesional atau pun moden tadi. Abdul Hadi juga turut sama menggunakan istilah berkenaan, profesional dan ulamak. Menurutnya golongan profesional besar jasanya dalam menubuhkan Pas sehinggakan mungkin kalau tidak ada mereka (profesional) Pas tidak wujud (sistemetik) seperti hari ini. Lantas beliau menyebut Yang diPertua Pas Dr Alias Abbas adalah antara orang yang berusaha untuk mendaftarkan Pas. Turut sama berperanan ialah Prof Ahmad Ibrahim, Ungku Omar dan Aminuddin Baki. Ertinya golongan profesional inilah yang menjadi tuan hak milik kepada Pas sebagai sebuah badan siasah. Read More / Baca Lagi >> | ||
BOLEHLAND: KATA-KATA HEBAT PARA MENTERI DAN PEMIMPIN BN PASCA PRU 13!! Posted: 22 Sep 2013 07:32 PM PDT Sebahagian dari koleksi kata-kata "keramat" para menteri pemimpin UMNO/BN pasca PRU 13. Dato' Seri Ahmad Zahid Hamid, Menteri Dalam Negeri - " KALAU TIDAK SUKA UNDANG-UNDANG MALAYSIA, SILA KELUAR DARI MALAYSIA. Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian Dan Asas Tani - " JANGAN BELI SAYUR KALAU HARGA NAIK , TANAM SAYUR SENDIRI " Datuk Harun Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - " JANGAN MAKAN AYAM KALAU HARGA NAIK, MAKAN IKAN ATAU DAGING ". Datuk Seri Teuku Adnan Teuku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, - " JANGAN BELI RUMAH KALAU HARGA RUMAH NAIK ". Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II - " HANTAR ANAK KELUAR NEGARA JIKA TIDAK SETUJU PELAN PENDIDIKAN NEGARA " . Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan, - " NAIK HARGA GULA ELAK DIABETES" Dato' Seri Noh Omar, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor - " INDIVIDU YANG TIDAK SUKA DENGAN SISTEM PILIHANRAYA NEGARA INI, SEWAJARNYA DUDUK DALAM HUTAN". Malaysia amat "bertuah" kerana memiliki pemimpin dari kelompok UMNO/BN yang mempunyai akal cerdas dan bijak cara menyelesaikan permasalahan rakyat. Bakal ada lagi kata-kata hebat bijak bertaraf keramat bakal diucapkan oleh para pemimpin UMNO/BN dari masa kesemasa. Kita wajar bersyukur dan berterima kasih. | ||
Tribunal Rakyat akan keluarkan laporan tiga bulan akan datang Posted: 22 Sep 2013 07:30 PM PDT Panelis Tribunal Rakyat yang dianjurkan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) akan mengeluarkan laporan dan cadangan tiga bulan selepas Jumaat. Perkara itu diumumkan Pengerusi tribunal berkenaan, Yash Pal Ghai selepas saksi terakhir, Datuk Ambiga Sreenevasan memberikan keterangannya lewat petang semalam. Tribunal berkenaan bermula 18 September lalu menampilkan beberapa panel dari dalam dan luar negara, antaranya bekas Timbalan Pengerusi Komite Pemilihan Umum Indonesia, Ramlan Surbakti, dan Presiden Kaukus Antara Parlimen Asean Myanmar, Kraisak Choonhavan Read More / Baca Lagi >> | ||
SPR akan ambil kira aduan salah laku PRU13 dalam Tribunal Rakyat..!!! Posted: 22 Sep 2013 07:30 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil kira setiap aduan yang dikemukakan dalam Tribunal Rakyat anjuran Bersih bagi menyiasat salah laku dalam pilihan raya umum lalu sambil menyatakan keengganan pihaknya menghadiri sidang selama lima hari itu kerana terdapat agenda politik di sebalik tribunal tersebut. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) memberitahu The Malaysian Insider pihaknya memandang serius segala apa yang dilontarkan dalam tribunal berkenaan. "Sudah tentu kita ketahui perkembangan terkini tribunal berkenaan melalui media massa. Ini maklumat berharga dan satu bentuk maklumbalas kepada kami. Inilah yang kami mahu," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam. "Kerana ia adalah tribunal. Gelarkan sesuatu yang berbeza seperti forum atau analisis pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kami pasti ke sana. Mengapa kami tidak hadir jika ia tidak bertunjang politik dan berbincang tentang salah laku pilihan raya? "Namun apabila ia sebuah tribunal dengan pendekatan politik, ia bermakna terdapat penilaian siapa betul dan siapa salah. "Mereka mahu kami menjawab segala soalan serta-merta dan menuduh kami gagal menjalankan pilihan raya bebas dan adil," katanya. Dalam maklum balas berasingan, Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata telah berlaku salah faham terhadap matlamat tribunal itu oleh SPR. Read More / Baca Lagi >> | ||
September bulan malang buat Anwar Posted: 22 Sep 2013 07:28 PM PDT September bulan yang malang buat Anwar Ibrahim - bukan sekali, tapi dua kali. Dia tewas dalam dua percubaan politik besarnya. Kali pertama, semasa beliau dijatuhkan sebagai 'orang nombor dua' dalam kerajaan dan kali kedua - apabila projek 16 September menjadi harapan yang tinggal angan-angan. Pada September 1998, Anwar segera bangun dengan gerakan Reformasi, sebagai percubaan untuk membenam seteru politik yang menjatuhkan beliau, iaitu Mahathir Mohamad. Dia tersilap langkah, Mahathir lebih bijak membidak catur - namun, percubaan ini separa berhasil. Detik 20 September 1998 setidaknya mengumpulkan rakyat dari setiap pelosok kota turun ke jalan - dengan satu moto yang jelas, "keadilan". Dia dihukum dengan tuduhan yang tak berasas, tanpa pula dibicarakan secara adil. Tapi biasalah, sudah terhantuk baru tengadah. Jika dahulu di dalam kerajaan, Anwar juga berdiam diri dengan seribu satu alasan, tetapi, setelah itu - dia sudah tidak punya jawapan untuk membidas lagi. Ibarat dipulangkan paku buah keras, begitulah Anwar di awal gerakan Reformasi. Sejarah hukuman terbaik Read More / Baca Lagi >> | ||
Kongsi gelap: Bukan babak orang jahat dilihat jadi baik Posted: 22 Sep 2013 07:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) Pulau Pinang, Kumaresan Aramugam menggesa supaya jalan konkrit perlu diambil bagi menyelesaikan masalah kongsi gelap. Read More / Baca Lagi >>Menurutnya, pihaknya menyokong tindakan kerajaan untuk membasmi gangsterisme melalui Ops Cantas namun risau dengan keadaan tempoh hari ramai anak muda ditangkap mahupun ditembak mati. Menurut Kumar, dengan operasi demikian ia bukannya satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap kumpulan kongsi gelap kerana tanpa satu kaedah yang konkrit, maka cerita kongsi gelap tidak akan berakhir. "Ini bukan cerita filem di mana dalam filem pada babak klimaks dilihat orang jahat menjadi baik dan karakter tersebut ditamatkan, namun dalam isu sekarang adalah berbeza kerana ianya adalah realiti dan bukan untuk sekadar tontonan," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya lagi, pihaknya juga percaya bahawa isu kongsi gelap tidak akan berakhir kerana kumpulan tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Walaupun ketua-ketua mereka tiada lagi, namun katanya kumpulan kongsi gelap mampu bergerak aktif semula dengan diterajui muka baru. | ||
Posted: 22 Sep 2013 07:25 PM PDT
Politik ialah mengenai kuasa dan tidak ada siapapun yang berjuang di pentas parti politik yang tidak bermatlamatkan untuk mendapatkan kuasa iaitu bagi yang belum berkuasa dan mempertahankan kuasa bagi yang telah berkuasa. Read More / Baca Lagi >>Tetapi politik itu sangat dinamik sifatnya, iaitu cepat berubah dan memerlukan perubahan. Dinamik atau Dinamisme, berasal dari bahasa Latin dan sering digunakan oleh ahli falsafah Virginia Postrel untuk menjelaskan filosofi sosialnya yang melibatkan perubahan budaya, pilihan individual, kebebasan, demokrasi dan masyarakat terbuka. Di negara ini, parti politik yang bernuansa Islam seperti PAS yang berinteraksi dengan masyarakat moden Malaysia maka ia tidak boleh lari dari apa yang dinamakan dinamik atau dinamisme, dengan huraiannya yang lebih tepat ia mestilah bersifat dinamik – memahami dan menerima realiti yang ada yang sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa, walaupun sudah pastilah ia mesti kekal dalam orbit Islam. Berbanding dengan negara lain, suasana politik dan sosial di Malaysia sangat jauh berbeza, iaitu dengan masyarakat majmuknya yang luar biasa di mana pegangan agama, nilai budaya dan tradisi antara kaumnya bersifat pelbagai. Oleh itu demografi politik di Malaysia sangat berwarna warni kerana ia berada di tengah masyarakat majmuk yang pelbagai ragam. Di sinilah PAS, sebagai sebuah parti politik bernuansa Islam, hadir untuk berpartisipasi di tengah kancah politik demokrasi di negara ini. Walau apapun bentuk dan wajah demokrasi di negara ini, namun PAS terus berpartisipasi dalam PRU tiap lima tahun sekali. Ertinya, PAS hadir di tengah dinamik (perubahan) politik di Malaysia sejak 13 kali pilihan raya umum. | ||
Proses biasa kaji pakatan politik Posted: 22 Sep 2013 07:22 PM PDT Oleh HARIS ZALKAPLI RAMAI yang terkejut dengan satu resolusi multaqa ulama PAS yang mengusulkan kerjasama politik PAS dengan sekutu Pakatan Rakyat dikaji untuk menilai untung ruginya kepada agenda parti. Pelbagai spekulasi timbul akibat kenyataan yang dinilai sebagai bertentangan dengan hasrat rakyat dan ketetapan muktamar itu, yang sebahagian besarnya segera mahu melihat sisi yang negatif. Banyak pihak terus mengaitkannya dengan hasrat untuk keluar daripada gabungan Pakatan, dan ada yang terus mengaitkannya dengan bersatu dengan Umno. Hakikatnya, proses penilaian seperti yang diusulkan itu masih panjang perjalanannya, dan tidak dapat dipastikan lagi yang ketetapan akhir yang akan dicapai ialah keluar daripada Pakatan. Pakatan politik ialah satu proses biasa dalam sistem politik seperti yang diamalkan di negara kita, dengan kewujudan parti-parti dan gabungangabungan yang bersaing dalam pilihan raya untuk membentuk kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan. Segalanya bertolak daripada persoalan untung rugi dalam penyertaan dalam politik demokrasi, yang memerlukan proses pilihan raya dalam usaha memilih kerajaan mewakili rakyat. Setiap parti yang wujud dan menyertai proses pilihan raya mempunyai agenda dan ideologi yang berbeza, dan terpaksa melakukan rundingan dan tawar-menawar dalam menjalin kerjasama dengan parti lain apabila perlu. Dalam sistem politik yang menyaksikan parti-parti yang terlibat mesti membina pakatan untuk membentuk kerajaan persekutuan, penubuhan pakatan ialah sesuatu yang penting untuk dilakukan dan dipastikan terus wujud dan kukuh. Read More / Baca Lagi >> | ||
Al-Assad, As-Sissi pasti gagal Posted: 22 Sep 2013 07:21 PM PDT DIKTATOR Syria, Bashar al-Assad dan Jeneral Mesir, Abdel Fattah As-Sissi, nampaknya menuju menjadi tokoh terkemuka dalam kejahatan kemanusiaan (genosid), di mana kedua-dua dapat dikatakan sebagai Hitler dan Firaun moden dari dunia Arab. Al-Assad dan As-Sissi dengan 'selamba' membunuh ribuan rakyat sivil tanpa peduli. Bashar al-Assad menggunakan senjata pemusnah besar-besaran (kimia) menghadapi rakyatnya. Ribuan rakyatnya maut dalam serangan senjata pemusnah besarbesasran di pinggir kota Damsyik. Lebih 2,000 penduduk, di pinggir kota terbunuh, akibat senjata pemusnah besar-besaran. Padahal, senjata pemusnah besar-besaran sudah dilarang oleh Konvensyen Geneva. Tetapi, Bashar tak peduli menggunakan senjata pemusnah itu, melawan rakyatnya sendiri. Bashar al-Assad tetap menolak penggunaan senjata kimia, seakan dia manusia suci dengan moral, dan selalu menggunakan kaedah 'double standard' ketika menghadapi masyarakat dunia. Bukti-bukti sudah cukup, ketika sesudah tanggal 21 Ogos, di mana Bashar al-Assad menggunakan senjata pemusnah besar-besaran seperti kimia, di Ghouta, timur Damsyik. Rejim Syiah Alawiyyin melakukan genosid terhadap rakyatnya. Namun, seperti dilaporkan oleh pelbagai kantor berita internasional, Bashar al-Assad mengecam, dan menuduh adanya, 'konspirasi' antabangsa, yang ingin menghukum tindakannya yang telah melakukan genosid terhadap rakyatnya. Hal ini, sama persis seperti dilakukan oleh Menteri Pertahanan Mesir, Jeneral As-Sissi yang dengan kejinya membantai para demonstran yang mendukung Presiden Mohamad Morsi, di Medan Rabiaah al-Adawiyah, Nahda, dan Ramses, di mana ribuan pendukung Morsi terbunuh, dan puluhah ribu lainnya mengalami luka-luka. Masalahnya, moral masyarakat internasional sangat lembik, dan tidak memiliki sikap yang jelas, terhadap dua pemimpin zalim yang telah melakukan kejahatan yang sangat luar biasa, membunuh rakyat sivil yang tidak bersalah, dan dibiarkan tanpa adanya tindakan daripada masyarakat antarabangsa. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 22 Sep 2013 04:53 PM PDT Najib kian hari dilihat seolah-olah berada pada ambang percutian setiap masa. Inilah persoalan yang bermain di dalam fikiran orang ramai, apatah lagi kaum kerabat pembangkang. Sejak pilihanraya umum ke-13, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan agak lesu dan tidak bermaya dalam menangani isu-isu yang kian menghangat di dalam negara. Malahan Najib telah secara teori dicela, dibelasah, dilenyek, ditumis, dipijak, dihina dan diperlekeh bukan sahaja oleh musuh-musuh ketatnya di arena politik, tetapi tidak juga ketinggalan orang awam yang kian merasa rimas dengan kebisuannya. Lihat sahaja media sosial seperti "Facebook" dan blog-blog peribadi pengkritik-pengkritik di dalam dan luar negeri. Mereka seolah-olah berpesta mengumpat Perdana Menteri kita saban hari. Ada sahaja komen-komen yang menyilukan hati para penyokong Najib tetapi apatah daya mereka kerana Najib sendiri tidak kelihatan tergerak untuk membidas kririk-kritiknya. Apa lagi Najib mahu? Dari skandal seks dan kapal selam Altantuya, isu jenayah yang semakin memuncak, protes jalanan, hala-tuju pelan pendidikan yang huru-hara, ekonomi yang merundum dan keretakkan yang mendalam dalam silaturahim antara kaum kian menghebat di mulut orang ramai tetapi Najib masih enggan mengulas secara terbuka. Najib kian hari dilihat seolah-olah berada pada ambang percutian setiap masa. Walupun ada sedikit bisikan dari pejabat perdana menteri, tetapi amat ketara ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada orang awam. Najib sudah boleh diklasifikasikan sebagai sekadar pemerhati dan tidak lagi mempunyai motivasi untuk bergerak ke hadapan. Impian 1Malaysia beliau yang hangat diperlaungkan sejak 2009 tidak terpakai pada 5 May 2013. Agak menyilukan dan pada masa yang sama menyakitkan hati bahawa walaupun jutaan ringgit telah dibelanja oleh kerajaan Najib, namun konsep 1Malaysia masih lagi kabur di mata orang Malaysia. Kemungkinan besar Najib telah dinasihati oleh pembantu-pembantu yang tidak berkaliber langsung dalam isu-isu perpaduan. Najib boleh dikatakan telah diperlekehkan oleh mereka-mereka yang besar kebarangkalian juga dibayar gaji lumayan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Malaysia Hebat: Hutang langsai, rumah hilang..!! Posted: 22 Sep 2013 04:47 PM PDT sudah melangsaikan pinjaman." width="490"> Pembeli unit Pangsapuri Subang Permai buntu apabila bakal kehilangan rumah mereka meskipun mendakwa sudah melangsaikan pinjaman. SUBANG JAYA – Seramai 10 pemilik unit pangsapuri di Subang Permai buntu kerana bakal kehilangan kediaman dibeli meskipun sudah melangsaikan sepenuhnya ansuran pinjaman bank.Masalah berlaku apabila pihak bank yang memberi pinjaman kepada pemilik didakwa gagal menunjukkan 'disclaimer letter' membuktikan 'redemption sum' sudah dibayar kepada syarikat pemilik gadaian hartanah terbabit. Lebih mengecewakan pembeli, pihak bank seolah-olah lepas tangan dan enggan membantu. Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, pangsapuri dibina lebih 20 tahun lalu itu mempunyai 260 unit rumah. Menurutnya, pemaju asal yang sepatutnya mendapatkan hak milik strata untuk pembeli gulung tikar dan ketika projek dalam pembinaan, 'master title' sudah digadaikan kepada sebuah bank. Katanya, bank yang sudah dua kali bertukar nama itu kemudian menjual gadaian tersebut kepada sebuah syarikat. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan