Ahad, 22 September 2013

dollah yankee

dollah yankee


Hidup Melayu lagi?!!

Posted: 22 Sep 2013 05:41 AM PDT



Siapa sebenarnya yang mengkhianati bangsa melayu?! Siapa sebenarnya yang dapat hak istimewa bumiputera?! Siapa sebenarnya yang telah membiarkan orang melayu menjadi papa kedana?! Nasib penduduk melayu terutamanya di Pulau Pinang, siapa yang bela?! Siapa yang dah ambil tanah-tanah milik orang melayu kemudian cari dan jual dekat orang cina?! Siapa yang telah melacurkan tanah-tanah yang telah diberi percuma demi mahu memajukan bangsa melayu?! Siapa dapat projek buat parit dan turap jalanraya, tanpa apa-apa tender dibuat secara terbuka, kemudian projek itu pula di 'sub' kepada kontrektor cina?! Siapa yang telah kumpul kekayaan dan kumpul harta?! Siapa yang bina rumah besar macam istana di-tengah bendang dan dah boleh nampak dari Lebuhraya?! Siapa yang dapat saham bernilai juta-juta?! Siapa yang dapat projek besar dan projek-projek mega?!
Jadi hak melayu mana yang hangpa semua nak bela?!

Boleh belah lah !!!!

dollah yankee -
selamat bersidang umno bahagian..harap-harap jangan ada yang baling kerusi!!!

Tiada ulasan: