Khamis, 12 September 2013

dollah yankee

dollah yankee


Pak tiri, laki mak aku punya ..

Posted: 12 Sep 2013 05:15 PM PDT



 "ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja." amboi mak! apa? ini kementerian sdn. bhd. ka?

Dalam hal ini Nazri barangkali sebab banyak sangat letak proksi dalam syarikat-syarikat terlupa bahawa kementerian bukanlah milik individu. Kementerian bukan seperti syarikat sendirian berhad. Kementerian adalah milik kerajaan dan rakyat, menteri yang duduk di situ hanyalah atas ehsan Perdana Menteri melantiknya setelah beliau dipilih olih rakyat (yang bangang) dan menang sebagai wakil rakyat .

Selagi rakyat (yang bangang dalam Parlimen Padang Rengas) terus menyokongnya, dapatlah dia terus jadi menteri, tetapi lagi empat tahun bila rakyat-rakyat dalam parlimen Padang Rengas yang bangang tadi telah sedar dan mereka akan beralih arah kepada PR, kedudukan menteri itu terpaksa lah dilepaskan dan boleh lah ucapkan selamat tinggal kepada kementerian.

Jadi, janganlah sombong dan bongkak sangat kerana dapat jadi menteri seolah-olah boleh melakukan apa saja. dan menganggap kementerian itu pak tiri, laki mak dia punya.

Pelbagai peringkat dalam Umno sendiri ada yang secara terbuka dan ada yang secara diam-diam sering memaki dan menyumpah dia sebenar nya. Macam tu juga dengan blogger pro umno apatah lagi blogger yang pro PR, juga tidak henti-henti menyumpah beliau sambil mengaitkan dengan beberapa kenyataannya yang berbaur angkuh dan sombong setiap kali isu mengenai anaknya itu menjadi kontroversi.

Sebelum ini isu mengenai anaknya yang dikaitkan dengan tauke balak, Michael, Nazri juga bingkas mempertahankan anaknya itu dengan nada yang juga sombong dan angkuh. Kali ini, timbul lagi isu anaknya jadi pegawai khas kementeriannya, sombong dan angkuhnya tetap sama juga.

Najib sebenarnya sudah menerima banyak sekali maklumbalas yang negatif daripada umno sendiri mengenai tindakan Nazri itu, tetapi tiada apa yang Najib buat, apa yang dia takut sangat dengan Nazri Aziz ini pun tak tau lah.

dollah yankee -
Kalau Nazeri hilang jawatan atau kalah pun tak pa dah .. duit yang dok ada, 7 keturunan pun makan tak boleh abisss !!!

Dreber pun hampehhh ...

Posted: 11 Sep 2013 10:12 PM PDT



Seorang kawan yang bekerja di sebuah bank telah memberitahu gurkah-gurkah di'port' bagaimana dia begitu bimbang dengan nilai ringgit Malaysia pada saat ini. Dia juga telah membayangkan bahawa krisis kewangan ulangan tahun 1998 boleh berlaku atau 'just arround the corner'.

Gurkah-gurkah politik ini semua bukan lah juara atau 'champion' tentang ekonomi, sebab buku saving mereka ini semua banyak yang "KELUAR dari MASUK(banyak out'come dari income..KahKahKah..)", dan mereka juga tak ambil peduli sangat tentang ringgit yang naik atau turun, yang mereka tahu tentang ekonomi hanya lah cuma pelaburan-pelaburan dalam 'Labu Peram dan Pak Man Telo' saja, dan sekitar setahun dua ini mereka ada terlibat dalam pelaburan ikan arowana (boleh tahan juga pulangan dividen).

Tetapi setelah pulang dari berhujung minggu di Hatyai.Songkhla minggu lepas, gurkah-gurkah ini semua mula terasa kebenaran kata-kata sahabat yang kerja di bank itu tentang nilai ringgit Malaysia bila mereka nak check-out dari hotel penginapan dan mereka berikan 'tip' kepada pekerja hotel dan bila pekerja hotel itu berkata "No..No.. No Malaysia money, Thai Baht please..".

dollah yankee -
Ada PEMANDU pun dok bawa kereta 'gey-long', kiri..kanan..kiri..kanan.., dok tunggu nak masuk gaung saja lagi ...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Premis Haram : MPK Bertindak Mengikut Akta Tanah Negara

Posted: 12 Sep 2013 08:50 PM PDT

Roboh premis haram: Noh Omar usah tunjuk lagak..!!

Posted: 12 Sep 2013 08:44 PM PDT

KLANG: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dinasihatkan mendapat maklumat tepat berhubung isu perobohan premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru di sini sebelum membuat ulasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, berkata tindakan Noh mempersoal tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu tanpa maklumat tepat hanya menampakkan sikap cuba mencari keuntungan politik semata-mata.

Menurut Abdul Rani, tindakan meroboh sembilan premis perniagaan milik warga tempatan dan empat milik warga asing melibatkan gerai makanan, kedai runcit dan buah-buahan di bahu jalan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat.

Tindakan itu juga dibuat mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Kanun Tanah Negara kerana beroperasi secaraa haram.

"Jangan salahkan MPK, tindakan ini adalah operasi bersama atas aduan penduduk, malah penduduk di situ sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi masalah dengan premis tersebut sejak 15 tahun lalu," katanya.

Abdul Rani berkata, tidak sewajarnya Noh mempersoalkan tindakan MPK itu lebih-lebih lagi tindakan itu adalah operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat.

Ianya termasuk Jabatan Perkhidmatan dan Persekitaran (JPP), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Read More / Baca Lagi >>

Turunkan harga kereta sebelum naik harga minyak - Rafizi

Posted: 12 Sep 2013 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu harga minyak mengikut pasaran dunia," kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR itu merujuk kepada laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan.

Katanya, struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

"Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak.

Sebaliknya, kata beliau Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.
Read More / Baca Lagi >>

Antara 11 Sept dan 16 Sept

Posted: 12 Sep 2013 08:39 PM PDT

Rakyat Amerika memperingati tarikh 11 September tetapi rakyat Malaysia cuba melupakan tarikh 16 September.

Untuk apa sesuatu tarikh diingati atau diraikan? Hari jadi atau hari ulangtahun perkahwinan disambut sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan.
Lain orang lain caranya. Di Amerika Syarikat, 11 September bukan hari gembira tapi hari kesedihan tapi ia tetap disambut dan dikenang sebagai tarikh penting dalam kalendar rakyat Amerika.
Berbeza dengan tarikh 16 September yang akan disambut dalam empat hari lagi. Tarikh itu amat bersejarah kepada negara, kerana pada 16 September 1963 sebuah negara baru ditubuhkan. Ia "Hari Jadi Malaysia" yang sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan.
Tetapi kemusykilan rakyat Sabah dan Sarawak, kenapa tarikh 16 September itu cuba diluput dan dilupakan? Kenapa setelah melalui ranjau sepanjang jalan untuk menubuhkan negara Malaysia, Kerajaan Persekutuan enggan menyambut hari kelahiran Malaysia?
Hari Malaysia cuma diisytihar sebagai cuti umum dan disambut di seluruh negara pada tahun 2009, oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Perayaan dan sambutan itu terlewat 46 tahun. Hanya setelah BN hampir tumbang pada PRU 2008, barulah Kerajaan Persekutuan berterima kasih kepada Sarawak dan Sabah yang menyumbang 56 kerusi parlimen kepada BN.
Kenapa lima Perdana Menteri Malaysia sebelum Najib enggan mengiktiraf tarikh 16 September?
Apakah kenyataan Datuk Dr Jeffrey Kitingan bahawa tarikh 16 September adalah "hari penjajahan" adalah antara sebab utama kenapa tarikh 16 September cuba dipadamkan dari sejarah negara?
Jika diimbas kembali, cadangan menubuhkan gagasan Malaysia yang menggabungkan Sarawak, Sabah, Singapura dengan Federation Of Malay States mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Kedua-dua negara itu menuntut hak ke atas wilayah North Borneo (Sabah).
Ganyang Malaysia
Indonesia malah melancarkan dakyah "Ganyang Malaysia" dan tuntutan Filipina ke atas wilayah Sabah sehingga hari ini belum lagi dimuktamadkan.
Read More / Baca Lagi >>

BN jangan ingat semua rakyat BODOH.. biarlah macai UMNO@BN dicucuk hidungnya..!!

Posted: 12 Sep 2013 08:38 PM PDT


 http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/62608_135990126588336_1355781109_n.jpgKSN semalam bercakap pasal pengangkutan. Dan bagaimana kerajaan perlu mengurangkan subsidi untuk minyak disebabkan sumber alam itu tidak selama2nya akan kekal.

Ko tahu apa yang aku terfikir bila dengar statement tersebut? Ini semua salah BN. Bukan aku nak salahkan BN suka2 tapi memang ini semua salah BN.

Bayangkan jika kita ada sistem jaringan pengangkutan yang effisen bandar dan luar bandar. Bayangkan aje jika kita semua boleh pergi ke mana2 dengan pengangkutan awam yang jimat dan murah, contohnya BAS, apakah rakyat akan terlalu bergantung harap pada kenderaan sendiri?

Mungkin hari2 kerja mereka akan gunakan pengangkutan awam. Hari2 cuti gunakan kenderaan sendiri. Maka disini aje dah dapat jimatkan jumlah penggunaan minyak sehari hari oleh rakyat Malaysia pasal kebanyakkan guna train ataupun bas.

Bila jimat penggunaan minyak itu bermaksud jumlah subsidi yang perlu dikeluarkan juga akan berkurangan. Tak betul ke calculation aku sekarang?

Rakyat bukan mahu hidup berlagak. Rakyat juga bukan mahu besar kepala tidak mahu gunakan pengangkutan awam. Tetapi apa yang berlaku sekarang neh ialah rakyat menghadapi beberapa masalah berkaitan dengan pengangkutan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Jurujual ditahan kerana “ugut” Ketua Polis Negara

Posted: 12 Sep 2013 08:35 PM PDT


Komen di laman Facebook yang dikatakan mengugut ketua polis negara.Komen di laman Facebook yang dikatakan mengugut ketua polis negara.Seorang jurujual ditahan kerana dikatakan membuat ugutan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial Facebook.
Sebagai respon kepada insiden tembakan di Melaka di mana dua gangster ditembak mati oleh polis, jurujual dari Melaka itu menulis, "Bolehkah sesiapa mengupah lelaki bersenjata untuk tembak polis atau KPN."
Dua lagi pengguna Facebook turut menulis komen menghina polis. Mereka turut menuduh insiden tembakan terbaru berlaku kerana "profil kaum."
Jurujual berumur 33 tahun itu menyerah diri kepada polis semalam.
Beliau dijangka direman hari ini untuk soal siasat lanjut.

Akhirnya Blogger Papagomo diperintah bayar RM500,000 dalam kes saman fitnah

Posted: 12 Sep 2013 08:34 PM PDT


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar).
Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.
Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.
Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.
Vazeer juga memerintahkan Papagomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.
Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papagomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.
Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity).

Ibrahim Ali: Kekayaan Melayu perlu dipertingkat secara total..??

Posted: 12 Sep 2013 07:18 PM PDT

Datuk Ibrahim Ali  menyambut baik inisiatif terbaru kerajaan untuk memperkasa ekonomi orang Melayu dan bumiputera yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu ini.
Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) itu berharap kerajaan memastikan inisiatif ini dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.
"Apa yang kita mahu ialah peningkatan kekayaan Bumiputera dan orang Melayu secara total.
"Jika diikutkan kekayaan itu harus mewakili sebanyak 60 peratus iaitu menyamai bilangan penduduk bumiputera di negara ini," katanya.
Selain itu, Ibrahim menggesa kerajaan melakukan usaha memperbetul tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sudah tidak relevan bagi membolehkan kerajaan merealisasikan hasrat melihat Bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus kek ekonomi negara.
"Kerajaan perlu melakukan perubahan besar termasuk memperbetulkan kembali undang-undang bagi mengatasi kelemahan yang masih dihadapi Bumiputera.
"Persepsi yang mengatakan keistimewaan Bumiputera perlu dihapuskan juga perlu diperbetul," katanya dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Polis dakwa pengerusi MyWatch tidak buat laporan..!!

Posted: 12 Sep 2013 07:14 PM PDT


Gambar fail menunjukkan Pengerusi My Watch, R Sri Sanjeevan dibawa ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan mengeluarkan peluru.Gambar fail menunjukkan Pengerusi My Watch, R Sri Sanjeevan dibawa ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan mengeluarkan peluru.Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Datuk Osman Salleh mengesahkan tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan berhubung kehadiran individu bertopeng di hadapan kawasan rumahnya.
Beliau berkata, polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya tiada laporan yang dibuat oleh pengadu.
"Setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada Sanjeevan, tidak ada langsung, "katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Malah beliau turut menafikan dakwaan Sanjeevan yang menyatakan polis menolak untuk memberi perlindungan biarpun mengetahui diri dan keluarga aktivis pemantau jenayah itu diancam bahaya.
"Kenapa tuduh polis tidak beri kerjasama sedangkan dia tidak membuat laporan dan kita sendiri tidak tahu bentuk ancaman yang dia terima.
"Tambah menghairankan ialah kerana polis sering membuat rondaan di kawasan perumahan Sanjeevan namun tidak melihat individu mencurigakan, jadi mana datangnya dakwaan tersebut,"katanya.
Read More / Baca Lagi >>

THAILAND: Rubber subsidy

Posted: 12 Sep 2013 07:05 PM PDT

Kerry Rejects Assad's 30-day Timetable

Posted: 12 Sep 2013 07:02 PM PDT

"This is not a game," says US Secretary of State about Syria diplomacy

Posted: 12 Sep 2013 07:01 PM PDT

Experts Weigh Disarming Syria of Chem. Weapons

Posted: 12 Sep 2013 07:01 PM PDT

John Kerry: Syria agreement must be timely

Posted: 12 Sep 2013 07:00 PM PDT

Syria says it signed chemical weapons ban

Posted: 12 Sep 2013 07:00 PM PDT

Syria: Chemical weapons are "a mere deterrence"

Posted: 12 Sep 2013 07:00 PM PDT

Bashar al-Assad's cousin: He will give up weapons

Posted: 12 Sep 2013 06:59 PM PDT

Assad cousin: We want genuine democracy

Posted: 12 Sep 2013 06:59 PM PDT

Former head of IAEA talks about chemical weapon regulation

Posted: 12 Sep 2013 06:58 PM PDT

Syria chemical weapons talks start in Geneva

Posted: 12 Sep 2013 06:58 PM PDT

Pemimpin bangsa Melayu, Pemimpin UMNO....

Posted: 12 Sep 2013 06:56 PM PDT

Orang UMNO nak marah dengan tulisan ini kenapa? Saya bukan bercakap mengenai UMNO. Saya tak berminat nak masuk campur dengan pemilihan UMNO. Mereka mahu pilih sitongong jadi pemimpin pun takpe.
Oh..kali ini pemilihan UMNO suatu yang revolusioner. Semua pemimpin UMNO berdegar degar bercakap mengenai perkara ini. Mana ada pemimpin boleh bayar 150,000 perwakilan cawangan kebahagian? Dengan kaedah pemilihan kali ini, rasuah akan jadi a thing of the past.
Kalau kita ada RM200 dalam poket tentulah tidak boleh tapi seorang yang bernafsu tinggi yang ada RM50juta dan berani buang berjuta juta, dia akan membeli undi. Orang yang hendak jadi atau kekal jadi presiden UMNO –kalau dia bayar RM200 kepada semua perwakilan cawangan keBahagian hanya berbelanja RM30 juta!. Jumlah ini akan direcover bila menang. Bukankah projek landasan kretapi berbiliun nilai nya? Ini setetes air dalam lautan sahaja. Jika ada 30 juta, kamu boleh membeli satu tempat dalam MKT.
Dan bolehkah UMNO melakukan transformasi? Janganlah buat lawak. UMNO akan transform jka perwakilan bahagian terdiri dari Melayu yang insaf dan sedar dan serious akan peranan mereka menentukan pemimpin untuk negara dan bangsa Melayu seluruhnya. Jika pandangan kakilangit mereka hanya tersekat pada menentukan pemimpin untuk UMNO, bangsa Melayu akan tetap dalam keadaan mereka. Ingat pesan Zaaba- pemerintah yang menindas bansga Melayu ialah pemerintah dari bangsa sendiri.
Lihatlah bagaimana mudah nya bangsa Melayu terutama UMNO ditipu. Pemotongan sabsidi di agungkan sebagai langkah untuk membaiki ekonomi. Sambil pandu kereta saya dengar pembaca berita mengatakan pelabur asing yakin kepada rasionalisasi sabsidi sebagai langkah mengurus ekonomi. Saya nak maki, dia pembaca berita. Ramai juga dikalangan mereka yang undi Pakatan hari itu.
Seolah olah nya pemotongan sabsidi itulah pengubat dan penawar kepada incompetence kerajaan. Mengapa tidak ada orang UMNO bercakap mengenai berhentikan projek2 mewah dan perbelanjaan mengurus kerajaan yang tidak berdisplin? Mengapa tidak ada orang bercakap hukum perasuah dengan hukuman berat untuk mengurangkan kebocoron dan ketirisan wang?
Read More / Baca Lagi >>

Bekas Ketua Polis Negara Pula Dapat Habuan..!!!

Posted: 12 Sep 2013 06:48 PM PDT


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Perancis yang baharu.
Ismail merupakan antara enam Ketua Perwakilan Malaysia baharu yang akan menerima Watikah Tauliah Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Jumaat.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Jerman yang baharu.
Datuk Rohana Ramli pula dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Awang Sahak Awang Salleh (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei), Raszlan Abdul Rashid (bakal Duta Besar Malaysia ke Kemboja) dan Jilid Kuminding@Zainuddin (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea).
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa, Ismail mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada tahun 1971 dan dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 sehingga persaraan beliau pada 17 Mei lepas.
Salman merupakan pegawai kanan Kementerian Luar yang berkhidmat sejak tahun 1979 dan pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Konsul Jeneral Malaysia ke Davao City, Filipina dari 1995 hingga 1998; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei (2001-2003) dan Duta Besar Malaysia ke Republik Czech (2005-2009).
Read More / Baca Lagi >>

Guru Tak Cukup..!!: Graduan DPLI GSTT gesa kerajaan beri tempat mengajar

Posted: 12 Sep 2013 06:46 PM PDT


Keresahan graduan ambilan khas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang masih belum mendapat penempatan tetap di sekolah menengah kerajaan mendapat perhatian Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Beliau berkata, graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) GSTT yang masih belum diberikan tempat mengajar adalah pembaziran dana kerajaan.
"Graduan yang diberikan elaun RM1,300 sebulan selama 18 bulan itu menjadi pembaziran dana kerajaan apabila mereka masih belum mendapat tempat di sekolah kerajaan.
"Kementerian Pendidikan yang melatih mereka selama tempoh itu, seharusnya segera menempatkan mereka supaya kekurangan guru di sekolah dapat diatasi segera.
"Penjelasan segera perlu diberikan mengapa graduan ini masih belum ditempatkan dan berapa lama lagi mereka harus menunggu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, disebabkan penangguhan ini, ramai graduan yang masih belum mendapat pekerjaan dan tertunggu-tunggu panggilan oleh Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, seorang graduan yang mahu dikenali sebagai Azwina, 32, graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, status mereka ibarat 'gantung tidak bertali' apabila Kementerian Pendidikan masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung penempatan mereka meskipun ramai yang mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tamat pengajian sejak Julai lalu.
Katanya, graduan DPLI ini banyak bergantung kepada khabar angin yang tersebar di media sosial selepas Kementerian Pendidikan gagal memberi kata putus berhubung penempatan mereka ke sekolah menengah kerajaan.
"Kebanyakan daripada kami berusia dalam lingkungan 30-an dan lebih menyedihkan apabila ada graduan yang kini berusia 35 tahun dikhuatiri gagal mendapat skim pencen selepas tamat perkhidmatan nanti ekoran kurang tahun perkhidmatan bersama kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

RM jatuh, pelabur tidak yakin dengan kerajaan BN

Posted: 12 Sep 2013 06:44 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) dilihat kekhuatiran pelabur luar untuk masuk negara ini akibat kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 2/3 majoriti pada pilihanraya umum yang lalu.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin menjelaskan pelabur melihat beberapa dasar serta keputusan yang dibuat oleh kerajaan mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat, antaranya kenaikan harga minyak.

Tindakan tersebut membuatkan mereka (pelabur) tidak yakin dengan kekuatan BN terutamanya perkara yang mempunyai kaitan dengan rakyat.

"Faktor utama kejatuhan RM adalah disebabkan ketidakstabilan kerajaan BN yang dilihat pelabur banyak kelemahan.

"Mereka melihat dasar mahupun apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan mendapat tentang dari pembangkang terutamanya jika melibatkan masalah rakyat," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Tahniah Rakyat Sabah.. inilah hadiah untuk anda selepas PRU13..!!

Posted: 12 Sep 2013 06:40 PM PDT

Harga rumah di Sabah naik

Harga rumah di Sabah naik 
Harga hartanah di Sabah dijangka meningkat dalam tempoh beberapa bulan lagi selepas kenaikan caj pengangkutan oleh pengusaha pengangkutan di Sabah beberapa hari lalu.

PERSATUAN Pemaju Hartanah Perumahan Sabah (Shareda) dan Majlis Tindakan Pengguna Labuan (LCAC) menjangkakan peningkatan sedikit harga rumah dan hartanah tahun depan memandangkan kenaikan harga bahan api baru-baru ini.

Presiden Shareda, Francis Goh berkata, peningkatan itu terutamanya disebabkan caj pengangkutan 15 peratus seperti dicadangkan oleh pengusaha pengangkutan di Sabah beberapa hari lalu.

"Sudah pasti akan ada peningkatan sedikit harga hartanah dalam tempoh beberapa bulan akan datang atau mungkin tahun depan kerana pemilik kenderaan mungkin perlu belanja tambahan RM100 hingga RM200 bagi bahan api, tetapi kami tidak dapat nyatakan buat masa sekarang berapa peratus harga hartanah dijangka naik," katanya, semalam.
Beliau berkata, peningkatan itu hanya bagi hartanah baru dilancarkan tetapi bagi yang dalam pembinaan ia tertakluk kepada harga ditetapkan di bawah perjanjian jual dan beli yang telah ditandatangani.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


JANGAN JADI MACAM PPSMI TERHADAP BAHASA INGGERIS

Posted: 12 Sep 2013 08:35 PM PDT

Jika dakwaan bahawa 42,000 guru bahasa inggeris tidak layak, maka bagaimana pula dengan membawa fasilitator dari British dengan gaji dan bayaran yang tinggi mengajar guru-guru bahasa inggeris di kawasan pedalaman. Kini tahap guru tersebut bagaimana pula? Dan kenapa pula guru dari India yang dibawa masuk, sedang kan kita mampu untuk melakukannya dengan memberikan latihan terus dari tenaga pengajar

 

PAS persoal Putrajaya ambil guru dari India ajar Bahasa Inggeris

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
September 13, 2013
PAS hari ini mempersoalkan sama ada benar atau tidak Putrajaya mengambil guru Bahasa Inggeris dari India, berikutan dakwaan 70 peratus guru bahasa Inggeris di negara ini tidak layak mengajar.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata dengan melaksanakan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus menjelang 2016, Kementerian Pendidikan seharusnya bersedia merealisasikan perkara itu.

"Apakah kerajaan sudah ada penyelesaian kepada masalah ini, tetapi masih dirahsiakan kerana pemilihan Umno yang semakin dekat," katanya.

"Dengan keyakinan kerajaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib, PAS ingin bertanya apakah langkah mengambil guru India ini solusi yang dirahsiakan?

"Apakah langkah membuat Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru India ini," katanya.
Beliau turut mempersoalkan bilangan guru dari India yang akan di bawa masuk Putrajaya sekiranya perjanjian itu dipersetujui.

"Bagaimana skim gaji mereka, berapa lama kontrak mereka, apakah mereka akan diberi kerakyatan selepas tempoh tertentu dan appakah kemasukan mereka akan menindas guru yang ada.

"Bagaimana pula dengan nasib 42,000 guru Bahasa Inggeris yang lemah kini," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya melabur untuk meningkatkan kualiti guru Inggeris tempatan dan bukannya melabur pada negara India dan memberikan pekerjaan pada warga asing tatkala rakyat disuruh berjimat dengan pengurangan subsidi.

Katanya, jika tidak benar guru India akan diimport masuk, kementerian harus mengemukakan satu pelan untuk mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris berkualiti yang dihadapi kini. - 13 September, 2013.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TOLONG NASEHAT SUAMI DAHULU

Posted: 12 Sep 2013 06:00 PM PDT



SITI NAJIBAH 



Najib minta rakyat Malaysia tingkatkan usaha untuk lebih celik kewanga

Najib minta rakyat Malaysia tingkatkan usaha untuk lebih celik kewanga
KUALA LUMPUR: Najib Razak hari ini menggesa rakyat Malaysia supaya melipatgandakan usaha untuk memastikan akses yang lebih luas kepada pembiayaan dan celik kewangan yang lebih besar.


Beliau berkata walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dari segi akses kepada celik kewangan dan kredit, terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... SEBELUM NASEHAT KAN RAKYAT MALAYSIA.... kah kah kah..

kah kah kah ... NASEHATKAN SUAMI SENDIRI DULU.... kah kah kah..

kah kah kah... JANGAN BAHAM DUIT NEGARA... kah kah kah...

kah kah kah...JANGAN GUNAKAN 1MDB...  kah kah kah..

 kah... 1MDB UNTUK REMBAT LAPANGAN TERBANG TUDM... kah ...

SANG SAKA MERAH PUTEH
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

ANAK LELAKI ISDKANDAR MENIPU LAGI

Posted: 12 Sep 2013 07:00 AM PDT



MUSTAHIL TAK TAHU
 Pemimpin Sabah dakwa Dr Mahathir menipu dalam RC
Pemimpin politik Sabah membidas keterangan TMahathir Mohamad dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini dan menyifatkannya satu penipuan kerana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pernah membuat kenyataan sebaliknya sebelum ini.
Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR)  Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Mahathir yang sering meletak kesalahan kepada pihak lain.
"Beliau tidak menafikan kad pengenalan diberikan secara haram. Beliau hanya tidak tahu tentang Projek IC yang diberikan namanya oleh pihak lain," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... PADAN MUKA... kah kah kah..

kah kah kah....BARU SEKARANG SEDAR... kah kah kah...

kah kah kah...MAMAT NI AJAK SAMA SAMA TAK NAK...kah kah k kah..

kah kah kah... SAMA SAMA TUMBANGKAN GEROMBOLAN TAK NAK... kah mkah kah..

kah kah kah... SAMPAI KIAMAT JADI KULI BATAK .... kah kah kah




    SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

KITA TUNNGU APA JADI DENGAN BERITA INI

Posted: 12 Sep 2013 06:00 AM PDT


Polis kenal pasti identiti suspek kes pembunuhan timbalan ketua pengarah kastam - Bernama






Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam...SELA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..MARI KIAT TUNGGU... kah kah kah..

kah kah kah...INI BETUL KE ATAU ACAH ACAH ... kah kah kah..

kah kah kah..BANYAK SANGAT BERITA MACAM INI.... kah kah kah..

kah kah kah.. SEMUA ILANG TENGHA JALAN... kah kah kah..

woit...INGAT TALK KERETA TAN SERI KENA BOM... kah kah kah./.

kah kah kah.. SESUDAH RAYA...  DI CHERAS... kah kah kah..

kah kah kah...LEAPS TU SATU HABUK TAK ADA.... kah kah kah..

kah kah kah....BERITA MISTER CLEAN  INI KITA TUNGGU... kah kah kah..

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

MINTA BATUAN ORANG RAMAI - HILANG ENTAH DIMANA

Posted: 11 Sep 2013 11:24 PM PDT




PENGUMUMAN
PEREMPUAN GEMOK HILANG

adalah diumumkan
seorang perempuan gemok hotok
berat 187 kilo 
tinggi 4 kali 5 inchi
tidak termasuk sanggul dan rambut
telah hilang dari penglihatan umum

perempuan  gemok ini 
yang selalunya amat  suka terkinjak-kinjak
dihadap media kini hilang lenyap


pihak berwajib sedang cuba
menghubungi interpol
untuk mencari perempuan gemok ini

pihak berwajib 
telah juga menghubungi kedutaan kazakhtan
kerana perempuan  gemok ini
dikatakan ada memilihara besan di negara ini

perempuan gemok ini telah hilang
telah hampir satu bulan
tidak  ada lagi muncul dalam akhbar
tidak ada lagi muncul di kaca tv
apa sudah jadi?

apakah perempuan gemok ini
sedang  menguruskan badan
kah kah kah


DI MANA HILANG
PEREMPUAN GEMOK INI

PEREMPUAN GEMOK
 BERJAHAT DI KABUL?
gambar  dibawah ini sedang tersebar
dalam alam maya

apakah ini gambar perempuan gemok itu?
apakah perempuan gemok ini
sedang  berjahat di afghanistan?
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

AKHIRNYA BERITA TERBONGGENG

Posted: 11 Sep 2013 09:00 PM PDT





   NASIONAL
McDonald's nafi guna bahan ada unsur babi
2013/09/12 - 05:36:13 

Kuala Lumpur: McDonald's Malaysia menafikan rangkaian restoran itu di negara ini menggunakan bahan berasaskan babi dalam produknya dan menyifatkan ia khabar angin yang sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab.


Jurucakap syarikat berkenaan, berkata semua produk yang dijual di rangkaian restoran makanan segera itu dijamin halal sepenuhnya dan mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malah makanan jualannya bersama sos yang diimport, memenuhi standard dan kualiti keselamatan makanan yang tinggi

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INGAT TAK MACAM MANA MEMBACA AKHBAR MALAYSIA... kah kah kah..

kah kah kah..JANGAN  LUPA CARA MEMBACA... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU ADA PENAFIAN ERTINYA BERITA ITU BENAR... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU TIDAK KENAPA PERLU DINAFI... kah kah kah..

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit.. ADA SIJIL JAKIM... kah kah kah

woit... LIHAT BERIAT BERITA DI BAWAH INI... kah kah kah..

kah kah kah... JAKIM PUN MAKAN RASUAH... kah kah kah..

woit...CUBA TANYA PEKERJA  DAGING ITU DARI MANA?... kah kah kah..

kah kah kah... DAGING BANGAI LEMBU ATAU BANGKAI KUDA... kah kah kah

Pegawai JAKIM Makan Rasuah? | Pena Kusisip Blog

abushahid.wordpress.com/.../pegawai-jakim-makan-ra...
Translate this page
Feb 19, 2011 - PEGAWAI SPRM menunjukkan sijil nikah palsu yang didalangi kakitangan JAKIM, di Putrajaya, semalam. Sudah 500 orang terlibat termasuk .

  1. Rasuah Jakim, pengurusdipenjara dipenjara - Utusan Online

    www.utusan.com.my/utusan/info.asp?...
    Translate this page
    Jan 26, 2011 - ... Sesyen di sini hari ini kerana memberi rasuah RM1,000 kepada duapegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), lima tahun lalu.

penguatkuasa agama pun disuap rasuah untuk bebaskan kaki ...

sejarahmelayu.blogspot.com/.../penguatkuasa-agama-...
Translate this page
Aug 25, 2013 - patut la kes khalwat meningkat sebab yang kaki sangap ni bolehrasuah kepada pengkhianat dalam penguatkuasa agama..syabas SPRM ..


PEGAWAI SPRM menunjukkan sijil nikah palsu yang didalangi kakitangan JAKIM, di Putrajaya, semalam.

Sudah 500 orang terlibat termasuk Tan Sri dan artis guna sindiket nikah palsu.SPRM tahan 4 orang termasuk pegawai JAKIM

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara lebih 500 pelanggan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu. Kebanyakan pelanggan sindiket yang dianggotai empat orang itu dipercayai mereka yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas SPRM menahan empat anggota sindiket terbabit, termasuk dipercayai dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Bernama

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----

SATU PENCERAHAN DARI PEMBACA

Posted: 11 Sep 2013 07:50 PM PDT



NOTA INGATAN
tulisan ini adalah
padangan si penulis
blog ini hanya membawa pencerahan
gambar ddipaparkan bukan din ayam
ini semata-mata untuk hiasan sahaja
sidang pengarang tak tersangkut


Ni pencerahan tentang siapa din ayam. Siap ada gambar lagi http://maemahi.blogspot.com/2013/05/siapa-dia-din-ayam.html on TEKNIK DAN CARA MENGENAL MUSUH

SIAPA DIA DIN AYAM

Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa Pak Lah jadi PM dulu.

Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

Islam cara Din ayam boleh khianat kerusi kawan. Haram PKR khianat kerusi PAS. Tp halal PAS khianat kerusi PKR. Islam cara Din Ayam adalah haram untuk orang lain. Islam orang lain semua tidak betul. Tp halal jika din ayam yang buat.


baca disini:


MALAM INI
DI DEWAN CHINA
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

PECAHNYA TEMBELANG JALUR TEMBERANG

Posted: 11 Sep 2013 07:30 PM PDT


SEKALI LAGI
SANG SAKA MERAH PUTEH

Hishamuddin Rais pertahan Sang Saka Malaya
Jika anda tertanya-tanya mengapa rekaan bendera Singapura, Indonesia, Umno dan PAS pada tahun 1950-an menggunakan motif merah dan putih, kemungkinan besar ia berpunca dari satu bendera kuno mewakili kepulauan Melayu atau Nusantara.

Menurut aktivis politik Hishamuddin Rais, yang pernah menulis panjang lebar berhubung perkara tersebut sejak sedekad lalu, motif merah dan putih tersebut digelar Sang Saka, yang juga menjadi asas bendera Umno.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada minggu lalu, Hishamuddin berkata beliau percaya bahawa atas dasar itulah Sang Saka perlu digunakan sebagai bendera kebangsaan.

"Bendera sedia ada tiada asas sejarah. Ia hasil satu pertandingan di mana orang tersebut mengasaskannya dari Star Spangled Banner Amerika Syarikat," kata Hishamuddin.

Bendera tersebut direka pada 1950 orang seorang penjawat awam Mohamad Hamzah yang dipilih sebagai bendera Malaya melalui undian umum dalam akhbar The Malay Mail.

Ia kemudiannya dinamakan sebagai Jalur Gemilang pada 1997.

seterusnya..


SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
------------