dollah yankee |
Pak tiri, laki mak aku punya .. Posted: 12 Sep 2013 05:15 PM PDT "ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja." amboi mak! apa? ini kementerian sdn. bhd. ka? Dalam hal ini Nazri barangkali sebab banyak sangat letak proksi dalam syarikat-syarikat terlupa bahawa kementerian bukanlah milik individu. Kementerian bukan seperti syarikat sendirian berhad. Kementerian adalah milik kerajaan dan rakyat, menteri yang duduk di situ hanyalah atas ehsan Perdana Menteri melantiknya setelah beliau dipilih olih rakyat (yang bangang) dan menang sebagai wakil rakyat . Selagi rakyat (yang bangang dalam Parlimen Padang Rengas) terus menyokongnya, dapatlah dia terus jadi menteri, tetapi lagi empat tahun bila rakyat-rakyat dalam parlimen Padang Rengas yang bangang tadi telah sedar dan mereka akan beralih arah kepada PR, kedudukan menteri itu terpaksa lah dilepaskan dan boleh lah ucapkan selamat tinggal kepada kementerian. Jadi, janganlah sombong dan bongkak sangat kerana dapat jadi menteri seolah-olah boleh melakukan apa saja. dan menganggap kementerian itu pak tiri, laki mak dia punya. Pelbagai peringkat dalam Umno sendiri ada yang secara terbuka dan ada yang secara diam-diam sering memaki dan menyumpah dia sebenar nya. Macam tu juga dengan blogger pro umno apatah lagi blogger yang pro PR, juga tidak henti-henti menyumpah beliau sambil mengaitkan dengan beberapa kenyataannya yang berbaur angkuh dan sombong setiap kali isu mengenai anaknya itu menjadi kontroversi. Sebelum ini isu mengenai anaknya yang dikaitkan dengan tauke balak, Michael, Nazri juga bingkas mempertahankan anaknya itu dengan nada yang juga sombong dan angkuh. Kali ini, timbul lagi isu anaknya jadi pegawai khas kementeriannya, sombong dan angkuhnya tetap sama juga. Najib sebenarnya sudah menerima banyak sekali maklumbalas yang negatif daripada umno sendiri mengenai tindakan Nazri itu, tetapi tiada apa yang Najib buat, apa yang dia takut sangat dengan Nazri Aziz ini pun tak tau lah. dollah yankee - Kalau Nazeri hilang jawatan atau kalah pun tak pa dah .. duit yang dok ada, 7 keturunan pun makan tak boleh abisss !!! |
Posted: 11 Sep 2013 10:12 PM PDT Seorang kawan yang bekerja di sebuah bank telah memberitahu gurkah-gurkah di'port' bagaimana dia begitu bimbang dengan nilai ringgit Malaysia pada saat ini. Dia juga telah membayangkan bahawa krisis kewangan ulangan tahun 1998 boleh berlaku atau 'just arround the corner'. Gurkah-gurkah politik ini semua bukan lah juara atau 'champion' tentang ekonomi, sebab buku saving mereka ini semua banyak yang "KELUAR dari MASUK(banyak out'come dari income..KahKahKah..)", dan mereka juga tak ambil peduli sangat tentang ringgit yang naik atau turun, yang mereka tahu tentang ekonomi hanya lah cuma pelaburan-pelaburan dalam 'Labu Peram dan Pak Man Telo' saja, dan sekitar setahun dua ini mereka ada terlibat dalam pelaburan ikan arowana (boleh tahan juga pulangan dividen). Tetapi setelah pulang dari berhujung minggu di Hatyai.Songkhla minggu lepas, gurkah-gurkah ini semua mula terasa kebenaran kata-kata sahabat yang kerja di bank itu tentang nilai ringgit Malaysia bila mereka nak check-out dari hotel penginapan dan mereka berikan 'tip' kepada pekerja hotel dan bila pekerja hotel itu berkata "No..No.. No Malaysia money, Thai Baht please..". dollah yankee - Ada PEMANDU pun dok bawa kereta 'gey-long', kiri..kanan..kiri..kanan.., dok tunggu nak masuk gaung saja lagi ... |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan