Khamis, 12 September 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Premis Haram : MPK Bertindak Mengikut Akta Tanah Negara

Posted: 12 Sep 2013 08:50 PM PDT

Roboh premis haram: Noh Omar usah tunjuk lagak..!!

Posted: 12 Sep 2013 08:44 PM PDT

KLANG: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dinasihatkan mendapat maklumat tepat berhubung isu perobohan premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru di sini sebelum membuat ulasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, berkata tindakan Noh mempersoal tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu tanpa maklumat tepat hanya menampakkan sikap cuba mencari keuntungan politik semata-mata.

Menurut Abdul Rani, tindakan meroboh sembilan premis perniagaan milik warga tempatan dan empat milik warga asing melibatkan gerai makanan, kedai runcit dan buah-buahan di bahu jalan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat.

Tindakan itu juga dibuat mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Kanun Tanah Negara kerana beroperasi secaraa haram.

"Jangan salahkan MPK, tindakan ini adalah operasi bersama atas aduan penduduk, malah penduduk di situ sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi masalah dengan premis tersebut sejak 15 tahun lalu," katanya.

Abdul Rani berkata, tidak sewajarnya Noh mempersoalkan tindakan MPK itu lebih-lebih lagi tindakan itu adalah operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat.

Ianya termasuk Jabatan Perkhidmatan dan Persekitaran (JPP), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Read More / Baca Lagi >>

Turunkan harga kereta sebelum naik harga minyak - Rafizi

Posted: 12 Sep 2013 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu harga minyak mengikut pasaran dunia," kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR itu merujuk kepada laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan.

Katanya, struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

"Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak.

Sebaliknya, kata beliau Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.
Read More / Baca Lagi >>

Antara 11 Sept dan 16 Sept

Posted: 12 Sep 2013 08:39 PM PDT

Rakyat Amerika memperingati tarikh 11 September tetapi rakyat Malaysia cuba melupakan tarikh 16 September.

Untuk apa sesuatu tarikh diingati atau diraikan? Hari jadi atau hari ulangtahun perkahwinan disambut sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan.
Lain orang lain caranya. Di Amerika Syarikat, 11 September bukan hari gembira tapi hari kesedihan tapi ia tetap disambut dan dikenang sebagai tarikh penting dalam kalendar rakyat Amerika.
Berbeza dengan tarikh 16 September yang akan disambut dalam empat hari lagi. Tarikh itu amat bersejarah kepada negara, kerana pada 16 September 1963 sebuah negara baru ditubuhkan. Ia "Hari Jadi Malaysia" yang sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan.
Tetapi kemusykilan rakyat Sabah dan Sarawak, kenapa tarikh 16 September itu cuba diluput dan dilupakan? Kenapa setelah melalui ranjau sepanjang jalan untuk menubuhkan negara Malaysia, Kerajaan Persekutuan enggan menyambut hari kelahiran Malaysia?
Hari Malaysia cuma diisytihar sebagai cuti umum dan disambut di seluruh negara pada tahun 2009, oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Perayaan dan sambutan itu terlewat 46 tahun. Hanya setelah BN hampir tumbang pada PRU 2008, barulah Kerajaan Persekutuan berterima kasih kepada Sarawak dan Sabah yang menyumbang 56 kerusi parlimen kepada BN.
Kenapa lima Perdana Menteri Malaysia sebelum Najib enggan mengiktiraf tarikh 16 September?
Apakah kenyataan Datuk Dr Jeffrey Kitingan bahawa tarikh 16 September adalah "hari penjajahan" adalah antara sebab utama kenapa tarikh 16 September cuba dipadamkan dari sejarah negara?
Jika diimbas kembali, cadangan menubuhkan gagasan Malaysia yang menggabungkan Sarawak, Sabah, Singapura dengan Federation Of Malay States mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Kedua-dua negara itu menuntut hak ke atas wilayah North Borneo (Sabah).
Ganyang Malaysia
Indonesia malah melancarkan dakyah "Ganyang Malaysia" dan tuntutan Filipina ke atas wilayah Sabah sehingga hari ini belum lagi dimuktamadkan.
Read More / Baca Lagi >>

BN jangan ingat semua rakyat BODOH.. biarlah macai UMNO@BN dicucuk hidungnya..!!

Posted: 12 Sep 2013 08:38 PM PDT


 http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/62608_135990126588336_1355781109_n.jpgKSN semalam bercakap pasal pengangkutan. Dan bagaimana kerajaan perlu mengurangkan subsidi untuk minyak disebabkan sumber alam itu tidak selama2nya akan kekal.

Ko tahu apa yang aku terfikir bila dengar statement tersebut? Ini semua salah BN. Bukan aku nak salahkan BN suka2 tapi memang ini semua salah BN.

Bayangkan jika kita ada sistem jaringan pengangkutan yang effisen bandar dan luar bandar. Bayangkan aje jika kita semua boleh pergi ke mana2 dengan pengangkutan awam yang jimat dan murah, contohnya BAS, apakah rakyat akan terlalu bergantung harap pada kenderaan sendiri?

Mungkin hari2 kerja mereka akan gunakan pengangkutan awam. Hari2 cuti gunakan kenderaan sendiri. Maka disini aje dah dapat jimatkan jumlah penggunaan minyak sehari hari oleh rakyat Malaysia pasal kebanyakkan guna train ataupun bas.

Bila jimat penggunaan minyak itu bermaksud jumlah subsidi yang perlu dikeluarkan juga akan berkurangan. Tak betul ke calculation aku sekarang?

Rakyat bukan mahu hidup berlagak. Rakyat juga bukan mahu besar kepala tidak mahu gunakan pengangkutan awam. Tetapi apa yang berlaku sekarang neh ialah rakyat menghadapi beberapa masalah berkaitan dengan pengangkutan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Jurujual ditahan kerana “ugut” Ketua Polis Negara

Posted: 12 Sep 2013 08:35 PM PDT


Komen di laman Facebook yang dikatakan mengugut ketua polis negara.Komen di laman Facebook yang dikatakan mengugut ketua polis negara.Seorang jurujual ditahan kerana dikatakan membuat ugutan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial Facebook.
Sebagai respon kepada insiden tembakan di Melaka di mana dua gangster ditembak mati oleh polis, jurujual dari Melaka itu menulis, "Bolehkah sesiapa mengupah lelaki bersenjata untuk tembak polis atau KPN."
Dua lagi pengguna Facebook turut menulis komen menghina polis. Mereka turut menuduh insiden tembakan terbaru berlaku kerana "profil kaum."
Jurujual berumur 33 tahun itu menyerah diri kepada polis semalam.
Beliau dijangka direman hari ini untuk soal siasat lanjut.

Akhirnya Blogger Papagomo diperintah bayar RM500,000 dalam kes saman fitnah

Posted: 12 Sep 2013 08:34 PM PDT


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar).
Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.
Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.
Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.
Vazeer juga memerintahkan Papagomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.
Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papagomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.
Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity).

Ibrahim Ali: Kekayaan Melayu perlu dipertingkat secara total..??

Posted: 12 Sep 2013 07:18 PM PDT

Datuk Ibrahim Ali  menyambut baik inisiatif terbaru kerajaan untuk memperkasa ekonomi orang Melayu dan bumiputera yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu ini.
Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) itu berharap kerajaan memastikan inisiatif ini dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.
"Apa yang kita mahu ialah peningkatan kekayaan Bumiputera dan orang Melayu secara total.
"Jika diikutkan kekayaan itu harus mewakili sebanyak 60 peratus iaitu menyamai bilangan penduduk bumiputera di negara ini," katanya.
Selain itu, Ibrahim menggesa kerajaan melakukan usaha memperbetul tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sudah tidak relevan bagi membolehkan kerajaan merealisasikan hasrat melihat Bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus kek ekonomi negara.
"Kerajaan perlu melakukan perubahan besar termasuk memperbetulkan kembali undang-undang bagi mengatasi kelemahan yang masih dihadapi Bumiputera.
"Persepsi yang mengatakan keistimewaan Bumiputera perlu dihapuskan juga perlu diperbetul," katanya dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Polis dakwa pengerusi MyWatch tidak buat laporan..!!

Posted: 12 Sep 2013 07:14 PM PDT


Gambar fail menunjukkan Pengerusi My Watch, R Sri Sanjeevan dibawa ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan mengeluarkan peluru.Gambar fail menunjukkan Pengerusi My Watch, R Sri Sanjeevan dibawa ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan mengeluarkan peluru.Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Datuk Osman Salleh mengesahkan tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan berhubung kehadiran individu bertopeng di hadapan kawasan rumahnya.
Beliau berkata, polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya tiada laporan yang dibuat oleh pengadu.
"Setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada Sanjeevan, tidak ada langsung, "katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Malah beliau turut menafikan dakwaan Sanjeevan yang menyatakan polis menolak untuk memberi perlindungan biarpun mengetahui diri dan keluarga aktivis pemantau jenayah itu diancam bahaya.
"Kenapa tuduh polis tidak beri kerjasama sedangkan dia tidak membuat laporan dan kita sendiri tidak tahu bentuk ancaman yang dia terima.
"Tambah menghairankan ialah kerana polis sering membuat rondaan di kawasan perumahan Sanjeevan namun tidak melihat individu mencurigakan, jadi mana datangnya dakwaan tersebut,"katanya.
Read More / Baca Lagi >>

THAILAND: Rubber subsidy

Posted: 12 Sep 2013 07:05 PM PDT

Kerry Rejects Assad's 30-day Timetable

Posted: 12 Sep 2013 07:02 PM PDT

"This is not a game," says US Secretary of State about Syria diplomacy

Posted: 12 Sep 2013 07:01 PM PDT

Experts Weigh Disarming Syria of Chem. Weapons

Posted: 12 Sep 2013 07:01 PM PDT

John Kerry: Syria agreement must be timely

Posted: 12 Sep 2013 07:00 PM PDT

Syria says it signed chemical weapons ban

Posted: 12 Sep 2013 07:00 PM PDT

Syria: Chemical weapons are "a mere deterrence"

Posted: 12 Sep 2013 07:00 PM PDT

Bashar al-Assad's cousin: He will give up weapons

Posted: 12 Sep 2013 06:59 PM PDT

Assad cousin: We want genuine democracy

Posted: 12 Sep 2013 06:59 PM PDT

Former head of IAEA talks about chemical weapon regulation

Posted: 12 Sep 2013 06:58 PM PDT

Syria chemical weapons talks start in Geneva

Posted: 12 Sep 2013 06:58 PM PDT

Pemimpin bangsa Melayu, Pemimpin UMNO....

Posted: 12 Sep 2013 06:56 PM PDT

Orang UMNO nak marah dengan tulisan ini kenapa? Saya bukan bercakap mengenai UMNO. Saya tak berminat nak masuk campur dengan pemilihan UMNO. Mereka mahu pilih sitongong jadi pemimpin pun takpe.
Oh..kali ini pemilihan UMNO suatu yang revolusioner. Semua pemimpin UMNO berdegar degar bercakap mengenai perkara ini. Mana ada pemimpin boleh bayar 150,000 perwakilan cawangan kebahagian? Dengan kaedah pemilihan kali ini, rasuah akan jadi a thing of the past.
Kalau kita ada RM200 dalam poket tentulah tidak boleh tapi seorang yang bernafsu tinggi yang ada RM50juta dan berani buang berjuta juta, dia akan membeli undi. Orang yang hendak jadi atau kekal jadi presiden UMNO –kalau dia bayar RM200 kepada semua perwakilan cawangan keBahagian hanya berbelanja RM30 juta!. Jumlah ini akan direcover bila menang. Bukankah projek landasan kretapi berbiliun nilai nya? Ini setetes air dalam lautan sahaja. Jika ada 30 juta, kamu boleh membeli satu tempat dalam MKT.
Dan bolehkah UMNO melakukan transformasi? Janganlah buat lawak. UMNO akan transform jka perwakilan bahagian terdiri dari Melayu yang insaf dan sedar dan serious akan peranan mereka menentukan pemimpin untuk negara dan bangsa Melayu seluruhnya. Jika pandangan kakilangit mereka hanya tersekat pada menentukan pemimpin untuk UMNO, bangsa Melayu akan tetap dalam keadaan mereka. Ingat pesan Zaaba- pemerintah yang menindas bansga Melayu ialah pemerintah dari bangsa sendiri.
Lihatlah bagaimana mudah nya bangsa Melayu terutama UMNO ditipu. Pemotongan sabsidi di agungkan sebagai langkah untuk membaiki ekonomi. Sambil pandu kereta saya dengar pembaca berita mengatakan pelabur asing yakin kepada rasionalisasi sabsidi sebagai langkah mengurus ekonomi. Saya nak maki, dia pembaca berita. Ramai juga dikalangan mereka yang undi Pakatan hari itu.
Seolah olah nya pemotongan sabsidi itulah pengubat dan penawar kepada incompetence kerajaan. Mengapa tidak ada orang UMNO bercakap mengenai berhentikan projek2 mewah dan perbelanjaan mengurus kerajaan yang tidak berdisplin? Mengapa tidak ada orang bercakap hukum perasuah dengan hukuman berat untuk mengurangkan kebocoron dan ketirisan wang?
Read More / Baca Lagi >>

Bekas Ketua Polis Negara Pula Dapat Habuan..!!!

Posted: 12 Sep 2013 06:48 PM PDT


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Perancis yang baharu.
Ismail merupakan antara enam Ketua Perwakilan Malaysia baharu yang akan menerima Watikah Tauliah Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Jumaat.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Jerman yang baharu.
Datuk Rohana Ramli pula dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Awang Sahak Awang Salleh (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei), Raszlan Abdul Rashid (bakal Duta Besar Malaysia ke Kemboja) dan Jilid Kuminding@Zainuddin (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea).
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa, Ismail mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada tahun 1971 dan dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 sehingga persaraan beliau pada 17 Mei lepas.
Salman merupakan pegawai kanan Kementerian Luar yang berkhidmat sejak tahun 1979 dan pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Konsul Jeneral Malaysia ke Davao City, Filipina dari 1995 hingga 1998; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei (2001-2003) dan Duta Besar Malaysia ke Republik Czech (2005-2009).
Read More / Baca Lagi >>

Guru Tak Cukup..!!: Graduan DPLI GSTT gesa kerajaan beri tempat mengajar

Posted: 12 Sep 2013 06:46 PM PDT


Keresahan graduan ambilan khas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang masih belum mendapat penempatan tetap di sekolah menengah kerajaan mendapat perhatian Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Beliau berkata, graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) GSTT yang masih belum diberikan tempat mengajar adalah pembaziran dana kerajaan.
"Graduan yang diberikan elaun RM1,300 sebulan selama 18 bulan itu menjadi pembaziran dana kerajaan apabila mereka masih belum mendapat tempat di sekolah kerajaan.
"Kementerian Pendidikan yang melatih mereka selama tempoh itu, seharusnya segera menempatkan mereka supaya kekurangan guru di sekolah dapat diatasi segera.
"Penjelasan segera perlu diberikan mengapa graduan ini masih belum ditempatkan dan berapa lama lagi mereka harus menunggu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, disebabkan penangguhan ini, ramai graduan yang masih belum mendapat pekerjaan dan tertunggu-tunggu panggilan oleh Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, seorang graduan yang mahu dikenali sebagai Azwina, 32, graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, status mereka ibarat 'gantung tidak bertali' apabila Kementerian Pendidikan masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung penempatan mereka meskipun ramai yang mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tamat pengajian sejak Julai lalu.
Katanya, graduan DPLI ini banyak bergantung kepada khabar angin yang tersebar di media sosial selepas Kementerian Pendidikan gagal memberi kata putus berhubung penempatan mereka ke sekolah menengah kerajaan.
"Kebanyakan daripada kami berusia dalam lingkungan 30-an dan lebih menyedihkan apabila ada graduan yang kini berusia 35 tahun dikhuatiri gagal mendapat skim pencen selepas tamat perkhidmatan nanti ekoran kurang tahun perkhidmatan bersama kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

RM jatuh, pelabur tidak yakin dengan kerajaan BN

Posted: 12 Sep 2013 06:44 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) dilihat kekhuatiran pelabur luar untuk masuk negara ini akibat kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 2/3 majoriti pada pilihanraya umum yang lalu.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin menjelaskan pelabur melihat beberapa dasar serta keputusan yang dibuat oleh kerajaan mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat, antaranya kenaikan harga minyak.

Tindakan tersebut membuatkan mereka (pelabur) tidak yakin dengan kekuatan BN terutamanya perkara yang mempunyai kaitan dengan rakyat.

"Faktor utama kejatuhan RM adalah disebabkan ketidakstabilan kerajaan BN yang dilihat pelabur banyak kelemahan.

"Mereka melihat dasar mahupun apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan mendapat tentang dari pembangkang terutamanya jika melibatkan masalah rakyat," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Tahniah Rakyat Sabah.. inilah hadiah untuk anda selepas PRU13..!!

Posted: 12 Sep 2013 06:40 PM PDT

Harga rumah di Sabah naik

Harga rumah di Sabah naik 
Harga hartanah di Sabah dijangka meningkat dalam tempoh beberapa bulan lagi selepas kenaikan caj pengangkutan oleh pengusaha pengangkutan di Sabah beberapa hari lalu.

PERSATUAN Pemaju Hartanah Perumahan Sabah (Shareda) dan Majlis Tindakan Pengguna Labuan (LCAC) menjangkakan peningkatan sedikit harga rumah dan hartanah tahun depan memandangkan kenaikan harga bahan api baru-baru ini.

Presiden Shareda, Francis Goh berkata, peningkatan itu terutamanya disebabkan caj pengangkutan 15 peratus seperti dicadangkan oleh pengusaha pengangkutan di Sabah beberapa hari lalu.

"Sudah pasti akan ada peningkatan sedikit harga hartanah dalam tempoh beberapa bulan akan datang atau mungkin tahun depan kerana pemilik kenderaan mungkin perlu belanja tambahan RM100 hingga RM200 bagi bahan api, tetapi kami tidak dapat nyatakan buat masa sekarang berapa peratus harga hartanah dijangka naik," katanya, semalam.
Beliau berkata, peningkatan itu hanya bagi hartanah baru dilancarkan tetapi bagi yang dalam pembinaan ia tertakluk kepada harga ditetapkan di bawah perjanjian jual dan beli yang telah ditandatangani.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: