Siapa dalangi perang saudara Syria?  
Serangan gas beracun meragut ribuan nyawa dan menjadi mangsa sejak lebih 22 bulan di Syria.
DAMSYIK - Serangan gas beracun di pinggir Damsyik bukan perkara baru sejak pergolakan perang saudara mencecah lebih 22 bulan.

Namun, serangan kelmarin, paling dahsyat selepas lebih 1,300 maut di Ain Tarma, Zamalka dan Jobar dalam tempoh satu malam.

Presiden rejim Basyar Al-Assad dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) saling tuduh menuduh dan banyak negara dunia pula menjadi 'batu api' dalam tuduhan itu.

Liga Arab menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menyiasat serangan itu yang disahkan berlaku di timur Gutah iaitu kawasan puak Sunni yang dikuasai FSA.