WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Lagi slogan terbaru Najib ciplak Israel? Posted: 22 Aug 2013 04:38 AM PDT KUALA LUMPUR 22 Ogos: Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri 'Endless Possibilities' dikatakan diciplak daripada slogan yang digunakan negara Israel. Beberapa blog melaporkan 'Endless Possibilities merupakan slogan yang digunapakai oleh Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosikan negara itu pada 22 April 2013.empen berkenaan dikatakan bermula sejak awal tahun ini, namun pelancarannya dijangka dibuat pada 17 September depan. Portal Malaysian Insider difahamkan, semua menteri sudah dimaklumkan mengenai perkara itu. Semalam, Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata, 'Endless Possibilities' bukan menggantikan slogan '1Malaysia' sebaliknya pelengkap kepada slogan tersebut. Oleh sebab itu slogan itu selepas ini akan berbunyi '1Malaysia, Endless Possibilities' Beberapa blog menimbulkan dakwaan firma perunding bagi mencipta logo dan tema tersebut dibayar sebanyak RM30 juta, namun dakwaan itu tidak dapat dipastikan. Memetik laporan TMI, difahamkan Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru dengan slogan berkenaan. Sumber berkata, kempen baru itu bermula ketika majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan beberapa program Pelancongan Malaysia. Kaitan slogan terbaru itu dengan slogan dari Israel turut diulas blogger Pro Umno seperti outsidethebox.blogspot.com dan Jebatmustdie.wordpress.com. Sebelum ini, kerajaan Umno BN dikritik hebat apabila memperkenalkan slogan 1 Malaysia yang dikatakan ditiru daripada slogan One Israel. Kerajaan juga dibidas kerana melantik syarikat perunding Israel, Apco World Wide untuk membantu memulihkan imejnya dengan bayaran RM77 juta setahun. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan