RAKYAT MARHAEN |
- Political decision to shield Najib,Rosmah? Ex-bodyguards acquitted from Altantuya murder
- Sirul, Azilah bebas tuduhan bunuh Altantuya, siapa pembunuh sebenar?
- Terkini: Azilah, Sirul dibebaskan daripada pertuduhan bunuh Altantuya
- Azilah, Sirul freed of Altantuya murder charge
- Breaking: Court frees Azilah, Sirul of Altantuya murder charge
- Siapa dalangi perang saudara Syria?
- ElBaradei jadi kambing hitam Al Sisi..?
- Lensa: Husni Mubarak keluar dari PENJARA
- Umno perlu diremajakan semula...?
- Azalina mahu remajakan Umno..??
- 100 hari Mukhriz masih dibayangi Mahathir
- Mengapa Pak Lah tidak akan jawab serangan Dr Mahathir?
- Awakening: Jawapan Mahathir di luar jangkaan
- Exclusive Images Show Mubarak Release
- More chemical weapons use in Syria?
- 'We will nab culprits behind Sanjeevan's shooting'
- Al Jazeera's Bernard Smith's report on Egypt crisis
- More Bombing in Syria As Leaders Weigh Response
- Egypt's Hosni Mubarak released from prison
- Egypt's Hosni Mubarak leaves prison
- Egypt's Mubarak released from prison, under house arrest
- Anjing dan isu masyarakat Malaysia
- Dua Orang Insan yang BODOH dalam menganalisis Isu Mesir
- MUBARAK DALAM PROSES DIKELUARKAN DARIPADA PENJARA TORA
- Antara Sebab Morsi Digeruni Yahudi
Political decision to shield Najib,Rosmah? Ex-bodyguards acquitted from Altantuya murder Posted: 22 Aug 2013 09:04 PM PDT KUALA LUMPUR - In a shock decision, the former bodyguards of Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor were freed from murder charges by the Court of Appeal. Ex-chief inspector Azilah Hadri and former corporal Sirul Azhar Umar had been sentenced to hang for murdering Altantuya Shaariibuu, the 28-year-old Mongolian national suspected of being a former lover of the Malaysian leader and who had told her father she was coming to Malaysia to him. On Friday, a 3-member Appeals Court panel led by Md Apandi Ali ruled that there had been serious misdirection in the case, telling the prosecutors they could appeal to the Federal Court if they so wished. "We acquit and discharge the two appellants," said the Star reported Justice Tengku Maimun as saying. The third member of the panel was Justice Linton Albert. The family and supporters of the accused were seen sighing in relief, and uttering thanks when they heard the judgement, while the appellants remained calm in the dock. Shielding the principals? The ruling has aroused mixed response. Many believe it was yet another example of the Malaysian judiciary being used by those in power to escape punishment, no matter that it might destroy the reputation of the country's courts. Some were more focused, pointing the finger directly at Najib and Rosmah, both of whom have been accused of ordering the murder. Critics of the Malayian leader and his wife believe that they are now using the clout won from the recently-concluded general elections to put further distance between themselves and the murder. "The criminal justice system is now made a joke in the eyes of the world with this decision. It is obvious to all and sundry that Sirul and Azilah are the killers with the principals who ordered the killing yet to be identified," Sivarasa Rasiah, an Opposition MP who is also a prominent criminal lawyer, told Malaysia Chronicle. "This verdict as the acquittal of Razak Baginda will be seen as apolitical decision to shield those who ordered the killing." Why acquittal and not RETRIAL? While the murder trial has been heavily criticized for being biased, with the trial judge disallowing any questioning that probed into who were those who might have ordered the 2 bodyguards to kill Altantuya, many Malaysians had expected the higher court to order a retrial rather than acquit the duo. Both Azilah and Sirul had admitted killing Altantuya and in his police statement, Sirul had admitted doing so because he had been paid. According to Siva, it was now up to the Attorney-General's chambers whether or not to pursue the case, and while he does not doubt that the Attorney General, Gani Patail, will do so, he says it is obvious there will be further delay. Both men were convicted in 2009 and their appeal allowed only this year, after the May 5 general election was held. Other risks cited by lawyers approached by Malaysia Chronicle for their views are that the killers might leave the country. But the greatest danger, the lawyers agreed, was that those who had ordered the killing could approach Azilah and Sirul again with fresh offers to change their testimony. "The Appeals Court had ample power to order a retrial which should have been done," said Sivarasa. Prosecution to appeal |
Sirul, Azilah bebas tuduhan bunuh Altantuya, siapa pembunuh sebenar? Posted: 22 Aug 2013 09:02 PM PDT KUALA LUMPUR 23 OGOS: Timbul persoalan besar siapa pembunuh sebenar Altantuya Shaariibuu apabila Mahkamah Rayuan pagi ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia itu. Mengikut laporan media, panel tiga hakim – Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan mereka. Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006. Sebelum ini, bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang juga rakan baik Perdana Menteri sekarang yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya. |
Terkini: Azilah, Sirul dibebaskan daripada pertuduhan bunuh Altantuya Posted: 22 Aug 2013 07:11 PM PDT Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar. Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006. Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. |
Azilah, Sirul freed of Altantuya murder charge Posted: 22 Aug 2013 07:00 PM PDT Two former police commandos were free men today after the Court of Appeal allowed their appeal and overturned their conviction for the 2006 murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu. A three-member bench comprising judges Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert and Datuk Tengku Maimun Tuan Mat made the unanimous decision to allow the appeal by former chief inspector Azilah Hadri and former corporal Sirul Azhar Umar. Both were convicted by the High Court in Shah Alam in 2009 for murdering Altantuya, 28, at a forest reserve in Shah Alam in October, 2006. They were then with the Bukit Aman Special Action Squad and were in Datuk Seri Najib Razak's security team. Najib was then the deputy prime minister and defence minister. |
Breaking: Court frees Azilah, Sirul of Altantuya murder charge Posted: 22 Aug 2013 06:58 PM PDT Special Action unit officers Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar were today freed by the Court of Appeal with a charge of murdering Mongolian translator Altantuya Shaariibuu. |
Siapa dalangi perang saudara Syria? Posted: 22 Aug 2013 06:55 PM PDT Namun, serangan kelmarin, paling dahsyat selepas lebih 1,300 maut di Ain Tarma, Zamalka dan Jobar dalam tempoh satu malam. Presiden rejim Basyar Al-Assad dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) saling tuduh menuduh dan banyak negara dunia pula menjadi 'batu api' dalam tuduhan itu. Liga Arab menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menyiasat serangan itu yang disahkan berlaku di timur Gutah iaitu kawasan puak Sunni yang dikuasai FSA. |
ElBaradei jadi kambing hitam Al Sisi..? Posted: 22 Aug 2013 06:54 PM PDT ElBaradei (kiri) mengangkat sumpah di hadapan Presiden sementara Adly Mansour pada 14 Julai lalu. Foto: Press TV BEKAS Timbalan Presiden Sementara, Mohamed ElBaradei, 71, bakal diheret ke mahkamah susulan daripada keputusan beliau meletak jawatan sebagai bantahan terhadap tentera kerana melancarkan tindakan keganasan hingga menyebabkan pertumpahan darah pada minggu lalu.Elbaradei berhadapan tuduhan mengkhianat kerana melepaskan jawatannya di tengah-tengah kemelut yang sedang memuncak di negara itu. Perkara itu diumumkan selepas pihak berkuasa Mesir menahan tiga pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Am Mohammed Badie di timur Kaherah. Difahamkan kes tersebut akan dibicarakan di Kaherah pada 19 September depan dan jika didapati bersalah ElBaradei bakal berhadapan hukuman penjara tiga tahun atau mungkin dikenakan denda. Sebelum ini, pemimpin bersama Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) turut mendakwa tentera telah melancarkan semula revolusi yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak pada Februari 2011.Read More / Baca Lagi >> |
Lensa: Husni Mubarak keluar dari PENJARA Posted: 22 Aug 2013 06:48 PM PDT Kaherah - Perdana Menteri Mesir Hazem al-Bablawi mengeluarkan keputusan memindahkan mantan Presiden Hosni Mubarak menjadi tahanan rumah pada Rabu 21 Julai waktu tempatan. Mubarak "dibebaskan" setelah lebih dari dua tahun berada dalam sel tahanan. Demikian disiarkan Associated Press, Khamis (23/8/2013). Pengumuman rasmi mengenai pembebasan Mubarak dibuat satu jam setelah pihak kehakiman Mesir mengajukan permohonan supaya Mubarak yang ditahan sejak April 2011 dibebaskan. Pembebasan Mubarak bukan berarti tanpa adanya kontroversi, kebebasan ini justeru dikhuatirkan membuat keadaan Mesir semakin buruk. Langkah tersebut semakin memberikan petunjuk penggulingan Morsi Julai lalu adalah untuk mengembalikan rejim lama ke tampuk pemerintahan. PM el-Beblawi dalam kenyataan rasminya mengaku jika "pembebasan" Mubarak sebagai salah satu langkah sukar untuk diambilnya pada bulan ini. Keputusan ini seperti membuka ruang kritik lebih besar pada pemerintah tentera Mesir dan kritikan dianggap akan muncul pada penghakiman terhadap Mubarak yang dijadual minggu depan. |
Umno perlu diremajakan semula...? Posted: 22 Aug 2013 06:36 PM PDT Abdul Razak IdrisSudah 67 tahun Umno menjadi parti politik utama di negara ini. Bukan itu sahaja, Umno menjadi parti tonggak kepada kemerdekaan dan pentadbiran negara. Umno sebagai parti tertua di negara ini sudah melalui pelbagai kemelut dalaman dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj hingga ke kepemimpinan era ini.Maka, sudah sampai masa Umno diremajakan semula, dengan mengangkat muka baru yang bukan sahaja berpelajaran, berketerampilan malahan mampu berpidato dengan begitu hebat sekali. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih ramai bakat baharu dalam Umno harus diberi peluang mengisi jawatan penting dalam pemilihan parti Oktober ini. Beliau yang juga Presiden Umno berkata, kombinasi bakat baharu di samping penyertaan muka-muka lama penting bagi memperkukuh dan memastikan parti itu terus kekal relevan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, inilah saat sebenar untuk ahli Umno yang berjumlah 3.2 juta menentukan saf kepimpinan mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kurang lima tahun lagi. Proses peremajaan Umno sememangnya bukan suatu misi yang mudah tetapi tidak mustahil boleh dilaksanakan. Ahli Umno dari pucuk sampai ke akar umbi diberi mandat untuk memilih pemimpin cawangan, bahagian malahan sampai ke peringkat pusat. Jika ini bukan dinamakan demokrasi terpimpin apakah ayat yang sesuai untuk kita gambarkan era Najib. Kita jangan jadi Melayu yang memandang sebelah mata kepada anak-anak kita yang kita curahkan ilmu dan kemajuan selama ini. Mereka kini sudah besar panjang dan mempunyai wibawa untuk menjadi pewaris kepimpinan negara yang semakin berkembang di segala segi. Sampai bila golongan muda terus tunduk kepada pengaruh pemimpin lama yang enggan melepaskan jawatan mereka di mana- mana peringkat sekalipun. Takut nanti bakat muda menjadi tukun politik semata- mata. Najib sendiri melahirkan kebimbangan jika tiada bakat baru dalam Umno pasti satu hari nanti masalah hendak memilih calon berwibawa akan berulang. Jangan sampai masalah memilih calon yang dihadapi Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 bakal berulang. Dalam mana tamadun sekalipun, jika tiada pemimpin pelapis pasti tamaddun tersebut akan runtuh. Sekalipun ada pelapis sudah pasti yang mengganti tempatnya, merupakan pemimpin yang lemah sebagaimana yang dihadapi oleh Kerajaan Mesir Purba. Yang tinggal di Mesir kini adalah warisan dunia iaitu pyramid dan sphinx yang dibayangi sengketa antara penyokong Mursi dan puak Tamarod. Seharusnya pengorbanan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti dianggap suatu ketentuan qada dan qadar. Read More / Baca Lagi >> |
Azalina mahu remajakan Umno..?? Posted: 22 Aug 2013 06:26 PM PDT KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said, yang berhasrat meremajakan Pergerakan Wanita Umno, menawarkan diri bertanding bagi merebut jawatan Ketua Wanita pada pemilihan parti itu, yang dijadual Oktober ini. Beliau berkata ini selaras dengan tranformasi yang ingin dilihat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat hasrat meremajakan Umno menjadi realiti. "Saya tawarkan diri kerana ingin membawa beberapa perubahan serta pendekatan kepada sayap Wanita kerana saya tidak mahu melihat berlakunya tsunami golongan muda yang menolak Umno pada pilihan raya umum ke-14 nanti. "Pemilihan kali ini bagi saya merupakan persaingan yang sihat bagi memastikan Umno masih relevan kepada Melayu," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan BernamaTV di saluran 502 Astro malam tadi. Mengulas teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan semangat Umno untuk memperjuangkan masa depan rakyat, agama dan negara sudah lama hilang dan sifat setia terhadap parti bertukar kepada kepentingan individu, Azalina berkata ia bertujuan mengingatkan anggota Umno agar tidak leka. "Teguran itu menunjukkan bahawa kita perlu menremajakan parti. Jangan samakan kita dengan pembangkang yang hanya cakap kosong, kita perlu ada pemimpin baru untuk bimbing generasi muda supaya bersama-sama Umno," katanya bekas Ketua Puteri Umno itu. - Bernama |
100 hari Mukhriz masih dibayangi Mahathir Posted: 22 Aug 2013 06:24 PM PDT Oleh Zulkifli yahaya Datuk Mukhriz Mahathir - dengan imej jubah berkopiah muncul di mana-mana, di paparan billboard dan banner seluruh Kedah. Di luar papan iklan pun imej sebenar Mukhriz kelihatan agak 'Islamik'. Sewaktu para Exconya turun ke program rasmi dengan baju Melayu bersamping, Menteri Besar Kedah itu pula hanya berkopiah putih dan berkain pelikat. Di waktu Subuh, ramai jemaah masjid yang terkejut kerana tiba-tiba Mukhriz muncul bersolat subuh. Jarang sekali para pemimpin Umno dapat turun ke pondok-pondok pengajian di Kedah tetapi Mukhriz boleh melakukannya. Beliau hadir dan diraikan. Dahulu, penguasa pusat pendidikan Islam, khususnya pondok dan sekolah agama rakyat di Kedah agak terasing dengan Umno. Mungkin kerana dianggap kubu PAS. Di era Mukhriz bukan setakat Umno tiada masalah dengan banyak pondok, NGO yang bergerak atas nama tahfiz dan pusat pengajian juga tidak kekok berkunjung hormat ke pejabat Menteri Besar. Itu kelebihan Mukriz yang tidak mampu dilakukan oleh Menteri Besar Kedah dari Umno sebelum ini. Kuliah agama di Seri Mentaloon yang diwujudkan di zaman Ustaz Azizan, diteruskan selepas terhenti beberapa ketika, walaupun kehadiran orang ramai yang mengikuti kuliah jauh merosot. "Kita akan meneruskan apa-apa program yang baik untuk rakyat yang dimulakan oleh kerajaan lalu," katanya. Beliau meneruskan pemberian sumbangan saguhati untuk guru-guru Al-Quran dan bidan kampung. Khabarnya juga mereka akan meneruskan pemberian bantuan untuk para pelajar yang memasuki IPTA dan pemberian Kafalah seperti yang dimulakan oleh kerajaan lalu. Hari ini gambar Mukhriz terpampang di mana-mana, di seluruh negeri Kedah. Ala-ala Sadam Husein sewaktu jadi Presiden Iraq dulu. Hinggakan banner kuliah agama di Seri Mentaloon pun bukan gambar penceramah yang terpampang tapi wajah Mukhriz. "Kalau macam ni susahlah nampaknya PAS nak ambik balik Kedah," ujar seorang rakan aktivis. "Baru 100 hari mana boleh buat andaian, masih ada empat tahun lebih lagi... macam-macam boleh berlaku," lantas saya menyanggah. Sebenarnya lebih banyak sisi yang tempang bagi Mukhriz sepanjang 100 hari, namun berjaya diselindungi di sebalik imej lahiriah bikinannya. Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid pernah 'berpesan' kalau jadi menteri jangan layan sangat wartawan. Mengapa? "Supaya apabila wartawan bertanya, tak nampak sangat bahawa kita tak tahu," ujar Sanusi. Read More / Baca Lagi >> |
Mengapa Pak Lah tidak akan jawab serangan Dr Mahathir? Posted: 22 Aug 2013 06:23 PM PDT Dalam banyak-banyak persoalan dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) dalam blognya semalam, yang paling menyakitkan hati ialah: siapa hilang lima negeri kepada pembangkang? Tetapi, jangan harap serangan balas dari Abdullah. Pada ketika penyokongnya dalam Umno dan pembangkang mengharapkan perang mulut besar-besaran antara dua bekas perdana menteri itu, Abdullah mungkin tidak akan membalas. Beliau memberitahu rakan-rakan, Dr Mahathir tidak penting dalam hidupnya dan walaupun didesak penyokong, Abdullah tidak berminat untuk menyerang kembali. Kenyataan lanjut mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir akan terdapat dalam memoir yang dijangka berada di pasaran tahun depan. Realitinya, Dr Mahathir tidak boleh menyakitkan hati Abdullah mengenai prestasi buruk dalam pilihan raya berbanding apa yang Abdullah lakukan terhadap dirinya. Pembantu dan rakan Abdullah memberitahu, bekas perdana menteri itu sering kali mengulangi bercakap mengenai keputusan Pilihan Raya 2008. Beliau tahu rakyat Malaysia memberikannya mandat terbesar dalam sejarah semasa pilihan raya pertama sebagai perdana menteri pada 2004 kerana sudah muak dengan Dr Mahathir. Abdullah masih lagi kesal kerana gagal menggunakan mandat besarnya untuk membersihkan Malaysia daripada barah zaman Dr Mahathir: rasuah berleluasa, kegagalan penswastaan, politik wang dalam Umno, pentadbiran lemah, kemusnahan institusi negara termasuk kehakiman dan polis. Di sebalik cabaran untuk melakukan perubahan, beliau ditekan oleh golongan konservatif Umno dan dihukum rakyat Malaysia dalam pilihan raya 2008 – kehilangan Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kepada Pakatan Rakyat (PR) selain majoriti tradisi Parlimen gabungan dipimpinnya buat pertama kali dalam sejarah. Jadi, tidak banyak boleh dilakukan Dr Mahathir dalam tulisan di blognya untuk menyakitkan lagi hati Abdullah. Tulisan Dr Mahathir di blognya sebagai respon kepada komen Abdullah dalam buku bertajuk, "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia", mengenai hubungannya dengan perdana menteri paling lama berkhidmat itu. Read More / Baca Lagi >> |
Awakening: Jawapan Mahathir di luar jangkaan Posted: 22 Aug 2013 06:22 PM PDT Setelah menangguh beberapa lama untuk memberi respon terhadap dakwaan Pak Lah terhadapnya dalam buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, Mahathir akhirnya menulis dalam blognya untuk menjawab sebahagian daripada isu-isu yang ditujukan kepadanya. Namun tidak sebagaimana biasanya, Mahathir yang sering melawan apabila dicabar dan bertindak lebih keras terhadap orang yang mengkritiknya, kali ini beliau memilih untuk menjawab dengan cara sinis dan sindiran saja. Dalam blognya hari ini, Mahathir menjawab bahawa walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Pak Lah untuk menghadapi pilihanraya 2008 adalah kerajaan yang kaya dan mampu menyimpan berbilion ringgit wang kerajaan tetapi lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan telah jatuh ke tangan pembangkang serta menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga. Kerajaan yang menghadapi pilihanraya 2008 adalah kerajaan yang kaya tetapi malangnya rakyat tidak menghargainya, sindir Mahathir lagi. Dengan nada yang lebih sinis, Mahathir juga berkata, cuba bayangkan berapa billion ringgit akan dapat diselamatkan jika beliau bersara lebih awal daripada itu dan kita akan duduk di atas gunung-ganang yang dipenuhi wang ringgit. Sebaik buku itu diterbitkan dan terkandung didalamnya wawancara dengan Pak Lah yang antara lain memuatkan dakwaannya bahawa negara akan muflis jika beliau terus berbelanja sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2003 lalu serta meneruskan projek-projek besar yang dimulai oleh Mahathir, jawapan balas daripada bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sentiasa ditunggu-tunggu. Antara projek yang dibatalkan oleh Pak Lah sebaik mengambil alih jawatan Perdana Menteri, walaupun sudah diluluskan dan dipersetujui kabinet ialah pembinaan rel berkembar dari selatan ke utara tanahair dan Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor. Pembatalan itu bagaimanapun membuatkan kerajaan membayar pampasan yang agak besar kepada syarikat-syarikat terbabit manakala pembinaan rel berkembar pula diteruskan beberapa tahun kemudian dengan kos yang lebih tinggi. Read More / Baca Lagi >> |
Exclusive Images Show Mubarak Release Posted: 22 Aug 2013 06:15 PM PDT |
More chemical weapons use in Syria? Posted: 22 Aug 2013 06:14 PM PDT |
'We will nab culprits behind Sanjeevan's shooting' Posted: 22 Aug 2013 04:54 PM PDT |
Al Jazeera's Bernard Smith's report on Egypt crisis Posted: 22 Aug 2013 04:53 PM PDT |
More Bombing in Syria As Leaders Weigh Response Posted: 22 Aug 2013 04:52 PM PDT |
Egypt's Hosni Mubarak released from prison Posted: 22 Aug 2013 04:50 PM PDT |
Egypt's Hosni Mubarak leaves prison Posted: 22 Aug 2013 04:49 PM PDT |
Egypt's Mubarak released from prison, under house arrest Posted: 22 Aug 2013 04:47 PM PDT |
Anjing dan isu masyarakat Malaysia Posted: 22 Aug 2013 07:40 AM PDT Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat era baru kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas. Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hariraya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi. Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut. Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap 'a dog is a man's best friend' namun jika kita berkata 'you are like a dog' ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli. Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) "Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-'Araf: 175-176). Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini. Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan? Read More / Baca Lagi >> |
Dua Orang Insan yang BODOH dalam menganalisis Isu Mesir Posted: 22 Aug 2013 07:28 AM PDT Kiri: Khiri Jalalluddin sebagai Atase Pendidikan Akademik (Perubatan), Unit Penyelidikan dan Pengkomersilan di Education Malaysia Egypt. pegawai kerajaan. kanan: Mohd Faizal Sabhon Graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah dan sekarang menuntut di Universiti Cairo dalam bidang Perundangan Islam di peringkat Sarjana (MA) tokoh yang beliau kagum adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Blog : http://www.ezoegypt.blogspot.com/ boleh lihat pada WALL FACEBOOK mereka. Disaat sahabat-sahabat seperjuangan kita memperjuangkan Syariah dan Syariyyah, dua individu ini boleh mengatakan mereka pengganas, jika mereka pengganas sudah lama mereka mengganas sejak 30 Jun yang lalu, mengapa mereka tidak lakukan, malah sebulan lebih mereka bermunajjat di dua medan Nahdah dan Rab'ah. Dalam Al-Quran menyebut seseorang berhak malah wajib mempertahankan diri mereka apabila mereka diserang dengan syarat tidak dahulukan serangan. Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah 2:190) Jika ada bukti yang jelas bahawa pihak Penyokong Dr. Mursi melakukan serangan dahulu sila kemukakan... jangan hanya tayang video pendek dan ambil berita yang telah dimanipulasi. |
MUBARAK DALAM PROSES DIKELUARKAN DARIPADA PENJARA TORA Posted: 22 Aug 2013 07:26 AM PDT Selepas keputusan Mahkamah untuk membebaskan Presiden Diktator, Husni Mubarak. Pihak keselamatan dan pentadbiran Penjara Tora, tempat Husni Mubarak dipenjarakan sedang dalam proses akhir untuk mengeluarkan beliau. Diberitakan helikopter yang akan membawa beliau keluar telah siap dilengkapi dengan peralatan rawatan. Dan dijangka berlepas ke Hospital Maadi di Kaherah petang ini. Sumber : Al-Arabiya, Rassd.com |
Antara Sebab Morsi Digeruni Yahudi Posted: 22 Aug 2013 07:25 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan