Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Tikam isteri disyaki curang

Posted: 21 Aug 2013 08:31 PM PDT

Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak kejam apabila menikam wanita itu sehingga mati di sebuah rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di Jalan Ganang Kepayan, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Suria Amuk, 45, yang bekerja sebagai buruh binaan mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk selepas ditikam tiga kali di dada dan belakang badan.
Difahamkan, suspek lingkungan 50-an, yang sudah enam bulan berhenti kerja di tapak pembinaan itu dipercayai ke rumah kongsi mangsa selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya sebelum lelaki terbabit menikam mangsa sebanyak tiga kali di dada dan belakang badannya menggunakan sebilah pisau.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang mati ditikam, semalam.

Akibat kejadian itu, mangsa terbaring di hadapan rumahnya dan dipercayai mati, manakala suspek tidak melarikan diri, sebaliknya menyerah diri kepada anggota polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan berkenaan kejadian itu.

TERKINI : Kemalangan Genting Highlands - 37 maut

Posted: 21 Aug 2013 04:13 AM PDT

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berusaha mengeluarkan mangsa. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. - foto THE STAR
PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.
Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan. - foto THE STAR
Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan.
Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan. - foto THE STAR
Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.


KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setin
ggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.
Setakat jam 5 petang, lapan lelaki dan lima wanita berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. 
Bagaimanapun, usaha menyelamatkan lebih 30 mangsa lain masih diteruskan.

Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.

Dipercayai 49 penumpang berada dalam bas ketika kejadian.

KUALA LUMPUR - Lebih 30 penumpang dikhuatiri maut apabila sebuah bas ekspres dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur jatuh ke dalam gaung sedalam 150 meter di KM3.5 dari Genting Highlands petang ini.
    
Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.45 petang.
    
"Daripada 49 penumpang bas itu, seorang daripada 17 yang dapat dikeluarkan telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
    
Beliau berkata dikhuatiri lebih 30 mangsa yang masih berada di dalam bas itu maut, dan kini operasi mengeluarkan mayat sedang dijalankan.
    
Tinjauan Bernama mendapati beberapa buah kenderaan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan ambulans berada di tempat kejadian dan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa.
    
Mereka menggunakan kren untuk menurun dan membawa keluar mangsa yang cedera. - Bernama


Najib nak lantik "Kak Ijat" jadi Penasihat Khas bertaraf menteri

Posted: 21 Aug 2013 01:21 AM PDT

AUGUST 21, 2013
Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang sedang bergelut mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 19 Oktober depan, dilaporkan akan dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri berkaitan pembangunan wanita dan keluarga dalam waktu terdekat ini.
Meskipun Najib belum mahu mengesahkan mengenai berita itu dengan hanya berkata, "Tiada apa-apa pengumuman lagi, biarkan saja begitu" ketika ditanya wartawan tetapi di dalam Umno ia sudah menjadi percakapan yang semakin meluas diperbualkan.
Pelbagai pro dan kontra kedengaran mengenai spekulasi itu tetapi kebanyakannya berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai untuk Najib memberikan jawatan yang boleh memperlihatkan sokongannya kepada mana-mana calon kerana ia dikhuatiri akan turut memberi kesan penolakan sama terhadap Perdana Menteri.
Sementara golongan yang kecewa dengan skandal lembu NFC kerana membebankan Umno dan mahukan Shahrizat ditukar dengan pemimpin lain yang tidak tercemar kepimpinannya, Shahrizat dan penyokong pula berasakan pelantikan sebagai penasihat ini berita gembira dan umpama tonik yang mampu menambah-segarkan lagi semangat untuk mempertahankan kedudukannya sekarang.
Beliau yang bakal dicabar Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said dan mungkin juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Halimah Saddique tentunya juga seperti mendapat nyawa tambahan jika pelantikan itu benar-benar menjadi kenyataan.
Dengan kedudukannya sekarang yang tidak memegang apa-apa jawatan, sementara pencabarnya berjawatan ahli parlimen dan timbalan menteri, di samping kontroversi berkaitan skandal lembu NFC yang pernah menyelubungi suami dan keluarganya serta majoriti ahli Umno berpendapat beliau wajar ditukar, penganugerahan jawatan penasihat itu juga menunjukkan bahawa Najib menyokong dan masih mahukan kepada kepimpinannya merajui Pergerakan Wanita Umno.
Sejak isu lembu NFC, nama Shahrizat dan Wanita Umno tercemar dengan teruk sekali. Walaupun isu itu hanya melibatkan suami dan anak-anaknya, kedudukan Shahrizat sebagai menteri ketika projek itu diberikan menimbulkan persoalan konflik kepentingannya sebagai pemimpin serta anggota pentadbiran kerajaan.
Apatah lagi, pinjaman mudah RM250 juta yang diperolehi untuk projek lembu itu turut dilaburkan untuk pembelian pelbagai jenis hartanah dan kondominium mewah yang membayangkan bahawa ada sesuatu tidak kena dalam pengendalian projek itu.
Berikutan desakan dan kecaman pelbagai pihak, Shahrizat akhirnya berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga serta tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum lalu. Beliau dilantik sebagai menteri pada 2009 walaupun selepas kalah kepada Nurul Izzah di Lembah Pantai pada 2008 lalu, jawatan penasihat berkaitan wanita dan keluarga kepada Perdana Menteri dianugerahkan kepadanya.
Jika berita mengenai pelantikan sebagai penasihat bertaraf menteri  benar-benar menjadi kenyataan, bermakna Shahrizat kembali semula ke jawatan yang pernah disandangnya suatu ketika dahulu.
Menjelang pemilihan parti Oktober ini, kedudukan Shahrizat adalah antara yang paling dipertikaikan. Ramai yang melihat isu yang pernah menyelubungi diri dan keluarganya akan terus menjadi beban kepada Umno jika beliau terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno.
Beberapa pemimpin Umno secara terbuka mendesak Shahrizat secara sukarela mengundurkan diri dan lebih memikirkan kepentingan parti secara keseluruhannya berbanding mengekalkan keinginan untuk terus bergayut pada jawatan yang pernah membahagiakan diri dan keluarganya itu.
Perkhabaran bahawa Najib bakal melantiknya sebagai penasihat dalam waktu yang terdekat ini tentunya juga mengundang persoalan yang tidak menggembirakan kepada kebanyakan pemimpin Umno. Dengan Najib melantiknya ke jawatan bertaraf menteri itu hanya beberapa bulan menjelang hari pemilihan pastinya ia dianggap suatu pengiktirafan dan sokongan pucuk pimpinan terhadapnya.
Lebih-lebih lagi bakal pencabar yang mahu menentangnya hanya berkedudukan sebagai ahli parlimen dan timbalan menteri sahaja.
Untuk berlaku adil dan supaya tidak dianggap memihak, adalah sebaiknya Najib menangguhkan pelantikan Shahrizat itu. Lagi pula tiada keperluan pun sebenarnya Najib mempunyai penasihat berkaitan wanita dan keluarga kerana jawatan Manteri Wanita dan Keluarga sudah pun ada penyandangnya iaitu Rohani Karim dari Sarawak.
Kalau pun ingin juga melantik Shahrizat sebagai penasihat, lantiklah selepas beliau menang Ketua Wanita Umno nanti.
Memberi jawatan kepada Shahrizat hanya menunjukkan Najib memberi sokongan kepadanya dan seolah-olah tidak mahu kepada calon lain memimpin Wanita Umno sedangkan calon lain mungkin lebih baik daripada Shahrizat.
Selain itu, pelantikan penasihat ketika ini juga pembaziran kerana jika Azalina dan Halimah yang menang nanti, kedua-dua mereka juga boleh terus dilantik sebagai menteri bagi mengisi kouta Ketua Wanita Umno tanpa perlu menambahkan beban kewangan kerajaan dengan mengisi jawatan penasihat dalam waktu yang sama.
Dengan menunjukkan sokongan dan pengiktirafan kepada Shahrizat juga, sedangkan majoriti ahli dan pemimpin Umno berpendapat beliau sebagai beban dan tidak lagi relevan kepada parti, kedudukan dan masa depan Najib juga boleh terancam kerananya. – shahbudindotcom.blogspot.com,

~penarik beca

0
sumber :-

~penarik beca


Saat Melintasi Shiratal Mustaqim

Posted: 21 Aug 2013 09:06 AM PDT

Kengerian waktu melintasi shirathal mustaqim sempatkah kita memikirkan menyeberangi sesuatu jembatan yang demikian kecil serta tidak tebal seukuran sehelai rambut dibelah tujuh.. ?
pikirkan begitu tipisnya ! pikirkan begitu tajamnya !
Begitulah kurang lebih bila kita mengumpamakan jembatan shirthal mustaqim yang dapat kita lewati kelak. sesuatu jembatan yang dapat menghubungkan surga serta neraka. sesuatu jembatan yang dapat memastikan selamat serta tidaknya kita untuk meraih ridha allah menuju jannah-nya.
"Rasulullah SAW mengumpamakan bahwa (sifat) titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang." (H.R.Ahmad)
cara manusia saat melintasi shirathal mustaqim. 

perjalanan umat manusia diatas sirathal mustaqim bisa ditempuhdengan berbagai macam situasi. 

perihal itu tercermin dari bagaimana mereka menggunakan banyak waktunya saat hidup didunia. tersebut disini macam-macam golongan manusia yang melintasinya : 

( 1 ). ada golongan yang bisa melintasinya secepat kilat. 
( 2 ). ada golongan yang bisa melintasinya seperti tiupan angin. 
( 3 ). ada golongan yang bisa melintasinya seperti burung terbang. 
( 4 ). ada golongan yang bisa melintasinya seperti kecepatan kuda lomba. 
( 5 ). ada golongan yang bisa melintasinya secepat lelaki perkasa. 
( 6 ). ada golongan yang bisa melintasinya secepat binatang peliharaan. 
( 7 ). ada golongan yang bisa melintasinya didalam periode waktu 1 hari semalam. 
( 8 ). ada golongan yang bisa melintasinya kurun waktu sepanjang 1bulan. 
( 9 ). ada golongan yang bisa melintasinya sepanjang bertahun-tahun. 
( 10 ). ada golongan yang bisa melintasinya sepanjang 25 ribu th.. 
( 11 ). ada golongan yang bisa melintasinya dengan tertatih-tatih. 
( 12 ). ada golongan yang segera terjatuh ke jurang api neraka. 


rasulullah saw bersabda : serta ditempatkan sesuatu jembatan di atas neraka jahannam, lantas saya serta ummatku jadi orang pertama yang meniti di atasnya.
Para Rasul berdo'a pada hari itu: "Ya ALLAH, selamatkan! Selamatkan! Di kanan kirinya ada pengait-pengaitseperti duri pohon Sa'dan.

Pernahkah kalian melihat duri pohon Sa'dan? "Para sahabat menjawab, "Pernah, Ya Rasulullah."

Lalu Rasulullah SAW melanjutkan, "Sesungguhnya pengait itu seperti duri pohon Sa'dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya, maka banyak umat manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia." (H.R.Muslim)
situasi pada waktu itu amatlah mengerikan. nada teriakan, raungan, jeritan menghendaki tolong tangisan serta ketakutan terdengar dari beragam arah. 

lebih mengerikan nada gemuruh api neraka dari bawah sirath yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. 


tidak henti-henti rasulullah saw serta nabi-nabi yang lain terhitung juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia :
"Ya ALLAH, Selamatkan! selamatkan!" "Ia (jembatan shirath) adalah sebuah jalan yang sangat licin. Dan kaki sulit sekali berdiri di atasnya." (H.R.Muslim)
bagaimanapun, sukses tidaknya kita seluruh waktu melintasi sirath diakhirat ini yaitu bentuk hasil dari pada titian ( jalur ) hidup yang kita tentukan sepanjang tinggal didunia. buah dari semua apa yang sudah kita perbuat sepanjang hidup didunia. 

barangsiapa yang senantiasa memilih ada di jalur allah serta selalu bepegang teguh dengan syariat islam, maka sirath di akhirat ini dapat gampang dilewati untuk hingga ke surga. insyaallah. 

walau demikian sebaliknya bila kita lakoni hidup penuh dengan kemaksiatan, maka bersiap-siaplah untuk disambar api neraka yang berkobar-kobar menyala, yang panas membaranya berpuluh-puluh kali panas bila dibanding dengan panas api dunia. 

naudzu billahi-min-dzalik. 

marilah kita keduanya sama bertaubat atas semua dosa serta maksiat sebelum saat terlambat. 

sebelum saat ajal datang menjemput. 

yuk luangkan diri untuk meng-amin-kan doa ini : 
rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina adzabannar. 

ya allah ya tuhan kami.. 
karuniakanlah pada kami seluruh, kebaikan didunia serta kebaikan di akhirat serta jauhkanlah kami dari siksa api neraka. 


aamiin ya rabbal alamin...

Amalan yang Dicintai Allah

Posted: 21 Aug 2013 08:59 AM PDT

=| "diantara amalan yang dicintai allah ta'ala" |=-

abdullah bin mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata ; "saya ajukan pertanyaan pada rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ; "amalan apa yang sangat dicintai allah swt... ? ? ?"

beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab ( bersabda ) ; "shalat pada saatnya... ! ! !"

saya ajukan pertanyaan lagi ; "kemudian apa... ? ? ?"

beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab ( bersabda ) ; "berbakti pada ke-2 orang tua... ! ! !"

saya ajukan pertanyaan lagi ; "kemudian apa... ? ? ?"

beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab ( bersabda ) ; "jihad di jalur allah... ! ! !"

ibnu mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata ; "rasulullah mengemukakan ketiganya pada saya, bila saya menambah pertanyaan tentangnya, niscaya beliau menjawabnya... ! ! !"

( muttafaq 'alaih ).

semoga kita dapat mengambil pelajaran serta mengamalkannya. 

aamiin..

Hukumnya Puasa Enam Hari Bulan Syawal

Posted: 21 Aug 2013 07:30 AM PDT

Puasa enam hari bln. syawal selepas  kerjakan puasa harus bln. ramadhan yaitu amalan sunnat yang disarankan bukan hanya harus. seorang muslim disarankan kerjakan puasa enam hari bln. syawal. sangat banyak keutamaan serta pahala yang besar untuk puasa ini. salah satunya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa 1 tahun penuh ( bila ia berpuasa pada bulan ramadhan).
sebagaimana diriwayatkan didalam sesuatu hadits shahih dari abu ayyub radhiyallahu anhu bahwa rasulullah shalallahu alaihi wassalam bersabda :
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh." (H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Rasulullah telah menjabarkan lewat sabda beliau:

"Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas 'Iedul Fitri berarti ia telah menyempurnakan puasa setahun penuh. Dan setiap kebaikan diganjar sepuluh kali lipat."

Dalam sebuah riwayat berbunyi:

"Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali lipat. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (H.R An-Nasa'i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At- Targhib).

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh:

"Puasa bulan Ramadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh."

beberapa pakar fiqih madzhab hambali serta syafii menegaskan bahwa puasa enam hari bln. syawal selepas kerjakan puasa ramadhan setara dengan puasa 1 tahun penuh, dikarenakan pelipat gandaan pahala dengan umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. serta juga tiap-tiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali lipat. 

di antara faidah terutama dari proses puasa enam hari bln. syawal ini yaitu menutupi kekurangan puasa harus pada bln. ramadhan. karena puasa yang kita kerjakan pada bln. ramadhan tentu tidak lepas dari kekurangan atau dosa yang bisa kurangi keutamaannya. pada hari kiamat kelak dapat di ambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa harus. 


sebagaimana sabda rasulullah shalallahu alaihi wassalam :
"Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta'ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-: "Periksalah ibadah shalat hamba-hamba-Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat:
"Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan shalat-shalat sunnat ? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan shalat wajibnya dengan shalat sunnat itu." Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya." (H.R Abu Dawud)

Wallahua`lam

Ingatlah pada pepatah

Posted: 21 Aug 2013 06:28 AM PDT

''jika anda tidak mempunyai apa yang anda sukai, maka sukailah apa yang anda punyai sekarang ini... ! ! !''

belajar terima apa ada serta berpikir positif...

※ ; rumah mewah seperti istana.
※ ; harta benda tidak terhitung.
※ ; kedudukan serta jabatan yang luar biasa.

tetapi, saat nafas paling akhir tiba... ? ? ?

◦ ; sebatang jarum lalu tidak dapat dibawa pergi... ! ! !
◦ ; sehelai benang lalu tidak dapat dimiliki... ! ! !

◦ ; terlebih yang akan di perebutkan... ? ? ?
◦ ; terlebih yang akan di sombongkan... ? ? ?

cuma amal ibadah kita ( masing² ) pada allah swt yang dapat menemani kita disana... ! ! ! 

Apa Itu Jilabab ?

Posted: 21 Aug 2013 06:13 AM PDT






※ ; jilbab itu... ?
⇉ ; bukan hanya budaya orang arab.

※ ; jilbab itu... ?
⇉ ; bukan hanya untuk mempercantik muka.

※ ; jilbab itu... ?
⇉ ; bukan hanya untuk tampak sholehah.

※ ; jilbab itu... ?
⇉ ; bukan hanya untuk main main.

※ ; jilbab itu... ?
⇉ ; bukan hanya untuk di buat jadi perhiasan.






Walau demikian.

※ ; jilbab itu... ?
⇉ ; untuk menutupi aurat.

※ ; jilbab itu... ?
⇉ ; yaitu keharusan tiap-tiap muslimah.

◦ ; Wanita buruk.
◦ ; Wanita cantik.
◦ ; Wanita yang berakhlak baik.
◦ ; Wanita yang berakhlak jelek.
◦ ; Wanita yang putih.
◦ ; Wanita yang hitam.

menggunakan jilbab itu ?
yaitu satu keharusan untuk tiap-tiap orang yang bergelar wanita yang telah baligh.

setuju.. ?

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mesir telah bangun dari tidurnya..!!!

Posted: 21 Aug 2013 08:52 PM PDT

Kegagalan tentera memahami demokrasi merupakan satu kesilapan paling besar.

Oleh Abu Hamzah
Peristiwa berdarah pembantaian rakyat oleh tentera rejim Mesir yang baru adalah satu pelanggaran hak asasi manusia. Satu jenayah berat yang langsung tidak diendahkan oleh badan-badan dunia besar seperti Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara-Negera Islam (OIC), Liga Arab dan badan-badan dunia lain walaupun peristiwa itu sudah melewati seminggu.
Keadaan huru-hara di Mesir, tidak seperti peristiwa-peristiwa berdarah lain yang selalunya mendapat kecaman terus menerus. Umum juga perlu memahami bahawa warga awam yang terkorban itu tidak semestinya orang beragama Islam tetapi juga penganut Kristian dan lain-lain lagi.
Persoalan sedikit atau banyak bukan lagi isu. Yang utama ialah kenapa pembantaian begini berlaku di dalam sebuah negara yang dikatakan mempunyai sejarah tamadun bangsa yang lama? Malah tidak pula dikecam oleh sesiapa pun yang kononnya mendokong hak-hak asasi manusia?
Saya pernah mengikuti proses pendemokrasian di Mesir sebagai pemantau pilihanraya pasca rejim Hosni Mubarak. Rata-rata rakyat Mesir yang berpesta menyambut demokrasi adalah anak muda kelas pertengahan yakni golongan yang arif berkomunikasi secara berinternet.
Berbanding dengan keadaan dan gaya hidup penduduk Mesir di luar kota-kota besar atau pusat-pusat pelancongan yang mana kehidupan harian berkisar cucuk tanam, berkeldai dan beratur untuk mendapatkan gas memasak seperti di Assiut, Sohag dan negeri-negeri Delta Nil.
Orang-orang kampung tidak mendapat impak dari apa yang berlaku di Tahrir Square. Bagi mereka, ibu kota Kaherah adalah satu negara lain. Kalau dulu di zaman Mubarak, seseorang yang ingin keluar dari daerah perlu mendapat pengesahan pihak polis.
Checkpoint polis dan tentera ada di mana-mana sahaja. Melawat Piramid Giza samalah seperti orang kampung di Malaysia melawat Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon!
Ketika Tahrir Square dipenuhi warga yang berprotes aman mahukan sebuah kepimpinan baru yang lebih baik, masyakarat golongan tani terus diketepikan. Protes di Tahrir Square diadakan atas sambutan solidariti kepada warga Tunisia yang memprotes pentadbiran rejim Ben Ali. Mereka lantang menyuarakan kebencian terhadap Feloul (anggota dan ahli Parti Demokratik Nasional).
Gelanggang politik
Ketika ini, pilihan mereka bukanlah sesiapa pun. Melihat akan peluang untuk dilihat relevan dan mahu menjadi moderator, institusi tentera  – Supreme Council of Armed Forces -  mula masuk gelanggang politik secara langsung – meminta Hosni Mubarak berundur selepas beberapa peristiwa berdarah yang melibatkan 200 nyawa.
Pada mulanya, tentera Mesir dikagumi kerana memihak kepada rakyat lalu mereka dianggap neutral. Rakyat yang pernah hidup di zaman Presiden Gamal Abdel Naseer mula beromantisan agar Mesir terus dipimpin pemimpin nasionalis, berwawasan yakni berlatar-belakangkan ketenteraan. Tongkat kuasa telah beralih tangan.
Memang diketahui bahawa kelompok Ikhwanul Muslimin yang diharamkan pemerintah Mesir selama enam dekad telah jitu berpersatuan demi tuntutan wadahnya. Begitu sampainya proses demokrasi yang dituntut majoriti rakyat, maka bermulalah pengembaraan Ikhwanul Muslimin di dalam dunia yang serba tak menentu. Tarikh pilihanraya dipersetujui. Saf dirapatkan. Dana dicari. Kempen bermula.
Pengalaman berpersatuan dan berstruktur sewaktu diharamkan dijadikan asas kemenangan besar di dalam dua pilihan raya (Dewan Parlimen dan Majlis Shura). Kuasa yang diingini mulai dikecapi sedikit demi sedikit.
Tiba pula pilihanraya Presiden yang mana selepas berkempen lebih dari dua bulan dan melalui dua proses saringan, wakil Ikhwanul Muslimin – Dr Mohammed Morsi menang dengan majoriti undi kecil dengan lawannya Ahmed Syafik, mantan menteri di bawah pentadbiran Mubarak.
Read More / Baca Lagi >>

Syiah yang bunuh Husain bukan Yazid

Posted: 21 Aug 2013 08:46 PM PDT

Maut Untuk Morsy! Maut Untuk al-Qaradhawi! Maut Untuk Musuh Syiah!

Posted: 21 Aug 2013 08:44 PM PDT

Video Serangan Tentera Zionis As Sisi Di Masjid As-Salihin Mesir !

Posted: 21 Aug 2013 08:42 PM PDT

Isu CCRIS & PTPTN: Siapa buat drama Melayu?

Posted: 21 Aug 2013 08:29 PM PDT

Awal minggu ini anak muda terutama peminjam PTPTN dikejutkan dengan UGUTAN Menteri Pendidikan Dato Idris Jusoh yang mahu blacklist nama peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang PTPTN di sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara.
Apa itu CCRIS?
Jika nama peminjam tersenarai  dalam CCRIS ini maka anda tidak boleh membuat sebarang pinjaman  daripada bank atau institusi kewangan kerana nama telah disenaraihitamkan. Jadi, anda tidak boleh membeli kereta, rumah dan membuat pinjaman peribadi.
Drama Politik
Cadangan ugutan CCRIS ini telah mendapat kritikan keras anak muda di Twitter sejak Isnin lps dan antara politikus yang terawal membantah dan menerangkan bab CCRIS ini ialah Rafizi Ramli.
Kemudian harini Menteri KBS, Khairy Jamaluddin  juga membantah cadangan pengunaan CCRIS ini dan isu ini juga telah dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet.
Apa yang menarik selepas mesyuarat Kabinet, Khairy Jamaluddin dengan bangganya mengumumkan pembatalan langkah penggunaan CCRIS ke atas peminjam PTPTN.
Persoalan di sini :
1) Siapa KJ mendahului Menteri Pendidikan dalam membuat pengumuman soal pembatalan CCRIS ini?
Orang lain yang umum orang lain pula yang menjawab?
2) Kerajaan BN sendiri buat keputusan, kerajaan sendiri yang batal ? Yang dapat nama ialah Khairy Jamaluddin KJ.
Konon dengar suara anak muda atau ini strategi politik menjelang pemilihan?

AES :Lagi ‘flip-flop’ BN untuk untungkan kroni

Posted: 21 Aug 2013 08:24 PM PDT



aes-johariSHAH ALAM, 22 OGOS: Tindakan 'flip-flop' Kerajaan Umno-BN dalam beberapa isu yang melibatkan pengambilan wang rakyat dilihat seolah-olah sengaja dilakukan bagi membolehkan pemimpin-pemimpin Umno/BN menyalurkan keuntungan kepada para kroni.
Ini termasuklah pengumuman terbaru kerajaan yang bercadang untuk mengambilalih Operasi Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang diumumkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata tidak mustahil kerajaan sudah merancang pengambilalihan operasi AES sebelum sistem perangkap had laju berkamera itu memulakan operasinya tahun lalu.
Johari yakin tindakan kerajaan tersebut diambil ekoran respon dari bantahan yang dibuat rakyat dan pembangkang.
Beliau juga menjangkakan pengambilalihan ini akan melibatkan pengaliran dana kerajaan kira-kira RM1 bilion kepada dua syarikat pengendali terbabit, sekaligus merugikan rakyat.
"Ini bukan dasar 'flip-flop', tetapi memang 'di-design' untuk 'flip-flop' sebab sepatutnya projek seperti ini perlukan tata kelola yang betul, kajian mendalam termasuk ahli akademi dan respon dari persatuan berkaitan.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: Media asing berdepan ancaman serangan regim zionis As Sisi

Posted: 21 Aug 2013 08:21 PM PDT

 
(Antara jurufoto media asing yang membuat liputan pembantaian di Medan Raba'ah pada 14 Ogos lalu)

MESIR: Kerajaan sementara Mesir yang kini sedang berusaha menutup kekejaman mereka terhadap rakyatnya, bertindak mengancam media asing yang didakwa mereka sebagai berat sebelah dalam membuat laporan khususnya berhubung beberapa siri serangan dan pembunuhan yang berlaku.

Sehingga kini sejumlah wartawan telah ditahan, diserang malah ada yang terkorban ditembak penembak tepat sewaktu sedang merakam gambar dan membuat liputan siri-siri serangan tentera terhadap rakyat.

Beberapa laporan media menyebut Agensi Maklumat Negeri telah mengeluarkan kenyataan kepada wartawan pada Sabtu lepas, menjelaskan isu-isu yang dilihat sebagai media berlaku tidak adil.

Laporan itu antara lain menyebut bahawa pihak kudeta merasakan kepahitan dan keperitan terhadap beberapa saluran media Barat yang berpihak kepada Ikhwanul Muslimin dan tidak mengendahkan keganasan yang telah dilakukan oleh kumpulan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Mesir: Firaun moden bakar masjid, hospital

Posted: 21 Aug 2013 08:19 PM PDT

US, UN Demand Information on Alleged Gas Attack

Posted: 21 Aug 2013 08:13 PM PDT

UN holds emergency meeting on Syria attack

Posted: 21 Aug 2013 08:13 PM PDT

Al Jazeera's Bernard Smith on Mubarak trial

Posted: 21 Aug 2013 08:13 PM PDT

Malaysiaku: Atuk, nenek brutal..!!!

Posted: 21 Aug 2013 05:23 PM PDT

Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit 'berperang' apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang.
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.

"Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

Apa kaitan tidak bayar saman dengan kemalangan..??

Posted: 21 Aug 2013 05:19 PM PDT


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan pihak berkuasa supaya tidak sesekali menduga kemarahan rakyat apabila sering kali menghadirkan cadangan yang tidak berperikemanusiaan.

Justeru, SAMM melihat pengumuman Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik supaya dibatalkan lesen memandu jika enggan membayar baki tertunggak saman lalu lintas, adalah keterlaluan dan umpama hilang kewarasan.

"Cadangan 'jahat' ini dilihat lebih menjengkelkan dengan alasan kononnya tidak berpuas hati dengan keputusan statistik kemalangan Ops Selamat ketika Aidilfitri lalu.

"Apakah kaitan antara tidak bayar saman dengan peningkatan jumlah kemalangan?" tanya beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, jika KPN tidak berpuas hati dengan statistik kemalangan, sila buat kajian lebih terperinci punca kemalangan berlaku, sudah pasti bukan kerana pemandu tidak membayar saman.

Namun, ujarnya pemikiran yang mungkin dipengaruhi oleh kedudukan kantung kewangan kerajaan maka lahirlah idea yang menafikan hak untuk rakyat memandu.

"Apalah nasib rakyat Malaysia, dari menteri sampai ke polis, semuanya seolah berniat untuk menganiaya rakyat," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Syiah:Betul atau salah serah kepada masyarakat?

Posted: 21 Aug 2013 05:18 PM PDT

Zahiruddin Zabidi

Islam adalah agama yang menetapkan umatnya bersikap wasath. Meskipun wasatiyyah kemudian diterjemahkan sebagai kesederhaan atau moderate namun ia tidak menepati dimensi wasath yang dijelaskan oleh al-Qur'an dan yang dipraktiskan dalam al-Sunnah. Prof Dr Shaykh Yusuf al-Qaradawi antara yang banyak menulis dan memberikan komentar terhadap konsep pemikiran wasatiyyah dalam bukunya.
Al-Wasath menurut Imam Ibn Kathir r.h. dalam tafsirnya adalah 'pilihan yang terbaik', ummatan wasath adalah umat yang sentiasa membuat pilihan yang terbaik berdasarkan neraca al-Qur'an dan al-Sunnah. Seerti dengannya adalah khayra ummah yakni umat yang terbaik. Wasath juga seringkali dinisbahkan sebagai al-`Adl (keadilan) dan al-Hikmah (kebijaksanaan). Semuanya berkenaan dengan melakukan sesuatu pada tempat yang terbaik, masa terbaik, keadaan terbaik, pemilihan terbaik dan seumpama.
Semua sifat dan sikap di atas hanya dapat dicapai dengan ilmu, dan sebagai seorang Muslim yang mana Islam adalah agama yang meletakkan ilmu dan aktiviti keilmuan (intelektual) di tempat sangat utama dan tinggi, istilah murid (mim-waw-ra-ya-dal) yang bermaksud orang yang berkehendak (barangkali istilah ini kemudian dipinjamkan dalam bahasa Melayu menjadi 'murid-murid') adalah istilah yang sesuai bagi seorang Muslim yang sentiasa cintakan ilmu secara kolektif dan bukan secara partikal sahaja.
Justeru sebagai seorang murid paling tidak ada empat perkara yang mesti dihapuskan dalam diri seseorang itu:
1. Taqlid buta: Mengikuti seseorang, amalan atau pemikiran tanpa ilmu yakni hujah dan dalil yang sahih daripada al-Qur'an dan al-Sunnah khususnya dalam bab aqidah dan ibadah 2. Ta`asub: Kepada diri sendiri, individu (biasanya dalam ajaran sesat dan pengikut memang dimanipulasi untuk ta`asub kepada kesaktian yang direka-reka, kumpulan (biasanya dalam jemaah atau parti politik) dan ideologi (Komunisme, Nasionalisme, Liberalisme, Feminisme dll.) 3. Jumud: Menyempitkan ajaran agama yang luas berdasarkan kefahaman sendiri yang tidak menepati Islam sebagai agama rahmat 4. Ghuluw: Melampau dalam segenap segi sama ada dalam memudahkan dan menyusahkan, menghalalkan pertumpahan darah atas nama agama dan melakukan sesuatu atas nama agama sedangkan tidak menepati langsung ajaran agama itu sendiri.
Apabila bertaqlid buta tanpa ilmu yang sahih berasaskan al-Qur'an dan al-Sunnah, seseorang akan menjadi ta`asub secara membabi buta, seterusnya menjadi sangat jumud dan akhirnya membuahkan tindakan ekstrem/melampau yang mungkin diyakininya atas nama agama namun hakikatnya atas kehendak nafsu individu yang berkepentingan.
Keempat-empat ciri ini adalah antara berpunca daripada kejahilan individu dan masyarakat yang akhirnya menyebabkan fitnahnya terpalit kepada Islam semula. Banyak perkara yang terpesong daripada aqidah dan syariat Islam berpunca daripada empat sikap ini yang menguasai individu dan masyarakat Muslim. Contoh yang paling mudah adalah dengan meninjau modus operandi ajaran sesat yang muncul selama ini.
Syria, Syiah dan Malaysia
Krisis kemanusiaan di Syria yang masih berlanjutan menyebabkan pelbagai persoalan muncul dalam mencerap apakah isu sebenar di sana dan apakah pula jalan penyelesaiannya? Secara umum ada tiga isu berlegar di sana iaitu; 1. Pertembungan Syiah dan Sunni, 2. Pertembungan negara blok Sosialis dan blok Kapitalis, 3. Pertembungan mauqif (ketetapan pendapat) sesama ulama sunni sendiri termasuk gerakan Islam dalam isu Syria.
Read More / Baca Lagi >>

Dasar Flip-Flop: Bincang dahulu, jangan kelirukan rakyat

Posted: 21 Aug 2013 05:07 PM PDT


TEMERLOH: Kabinet perlu berbincang semasak-masaknya dahulu sebelum mengumumkan sesuatu dasar supaya tidak mengelirukan rakyat, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta menulas mengenai penarikan balik Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh kabinet.

Katanya, ini penting supaya pengumuman yang tergesa-gesa kemudian ditarik balik, tidak mengelirukan rakyat.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian pada sidang media sselepas mempengerusikan mesyuarat PAS negeri di sini, semalam.

CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN KAN ADO...!!: Kerajaan UMNO@BN hanya tangguh senarai nama dalam CCRIS

Posted: 21 Aug 2013 05:06 PM PDT

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menangguhkan cadangan menyenaraikan 420,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.
Ujarnya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan tindakan selanjutnya akan ditentukan selepas menerima pandangan pelbagai pihak.
"Kementerian perlu mencari punca kenapa para peminjam gagal membayar pinjaman kerana kerajaan bukannya hendak memufliskan para peminjam yang bermasalah. Kementerian sentiasa fleksibel dan terbuka dalam menyelesaikan masalah ini," katanya pada sidang akhbar semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan di sini semalam.

KO.

Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan oleh regim zionis As Sisi

Posted: 21 Aug 2013 05:03 PM PDT

KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir semalam meneruskan operasi penahanan barisan pemimpin pergerakan Islam terbesar di negara berkenaan, Ikhwanul Muslimin.
Terbaharu, pihak berkuasa menahan dua lagi pemimpin pergerakan berkenaan, Saf- wat Hegazy dan Mourad Ali semasa mereka cuba melarikan diri ke Libya dan Itali.
Safwat merupakan seorang ulama konservatif manakala Mourad pula bertindak sebagai jurucakap sebuah parti politik naungan Ikhwanul Muslimin.
Mereka ditahan atas tuduhan menghasut orang ramai supaya mencetuskan kegana- san.
Penahanan tersebut merupakan tindakan keras terbaharu pemerintah Mesir yang disokong tentera terhadap Ikhwanul Musli- min.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Abdel-Fattah Othman berkata, Saf- wat ditangkap pagi semalam di bandar Mersa Matruh di sempadan Libya dan dibawa ke sini untuk disoal siasat.
Dalam pada itu, seorang pegawai kese- lamatan lain memberitahu, Mourad pula ditahan di lapangan terbang Kaherah semasa dia cuba menaiki sebuah pesawat ke Itali.
Read More / Baca Lagi >>

POLIS MEMBERITAHU KEPADA PARA GENG 04 BAHAWA PDRM LANGSUNG TIDAK GENTAR DENGAN AMARAN MEREKA DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS!!

Posted: 21 Aug 2013 05:01 PM PDT



GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada individu dan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng 04 supaya tidak mencabar kewibawaan pihak polis dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli kumpulan berkenaan yang cuba mencetuskan ketegangan sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang awam.

"Polis memandang serius tindakan beberapa lelaki dipercayai anggota kumpulan berkenaan yang mencetuskan kekecohan semasa upacara pengkebumian salah seorang daripada lima lelaki yang ditembak mati Isnin lalu.

"Polis mempunyai rakaman video dan sudah mengenal pasti kesemua ahli kumpulan yang terlibat.
Read More / Baca Lagi >>

Masih ada ahli keluarga menteri, timbalan menteri bekerja di kementerian..!!

Posted: 21 Aug 2013 04:58 PM PDT


Datuk Seri Shahidan Kassim enggan komen mengenai anaknya bekerja di kementeriannya.Datuk Seri Shahidan Kassim enggan komen mengenai anaknya bekerja di kementeriannya.Masih ada ahli keluarga sesetengah anggota pentadbiran Najib dibayar kementerian, bercanggah dengan arahan Putrajaya bahawa mereka hanya boleh bekerja di kawasan Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai anak perempuan yang bekerja di pejabatnya sementara menantu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bekerja dengannya.
Shahidan enggan memberikan komen apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.
"Tiada sesiapa yang bercakap mengenai perkara ini dan saya juga tidak mahu bercakap mengenainya," katanya apabila ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
Apabila ditanya lagi sama ada anak perempuannya Nur Shafizah adalah setiausaha sulitnya satu "jawatan yang diwartakan", Shahidan mengulangi tidak mahu bercakap mengenainya.
"Cukup-cukuplah mencari kesalahan saya. Saya sudah mengalami masa yang sukar di Parlimen," katanya.
Tajuddin juga tidak mahu mengakui atau menafikan menantunya, Firdaus Mufazal Faiz bekerja dengannya.
"Mereka tidak tahu hujung pangkal. Ini adalah politik murahan," kata Tajuddin.
Pengambilan ahli keluarga untuk "jawatan yang diwartakan" heboh apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikatakan menggajikan anaknya Muhammad Nedim untuk bekerja di kementerian, membangkitkan tentang isu nepotisme dan kronisme.
Datuk Seri Nazri Aziz dakwa gaji anaknya, Nedim bukan dibayar oleh kerajaan.Datuk Seri Nazri Aziz dakwa gaji anaknya, Nedim bukan dibayar oleh kerajaan.Bagaimanapun, Nazri menjelaskan anaknya, Nedim tidak dilantik secara rasmi sebagai pegawai khas kementerian akan tetapi bekerja dengannya untuk menguruskan anak muda "Gen Y" di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.
Katanya, gaji Nedim tidak dibayar kerajaan tetapi dibayar sendiri olehnya.
Sebagai respon terhadap kritikan kepada Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan tidak ada masalah jika menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil ahli keluarga mereka sebagai pembantu jika tidak melibatkan gaji atau elaun dari kerajaan.
"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri.
"Jadi tiada wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai kerja yang anak beliau lakukan kerana itu kerja sukarelawan semata-mata," kata perdana menteri.
Najib juga berkata, anggota pentadbirannya boleh megambil ahli keluarga untuk bekerja di kawasan Parlimen.

Syrian government denies chemical attack claims

Posted: 21 Aug 2013 04:46 PM PDT

EU suspends some arms export licenses to Egypt

Posted: 21 Aug 2013 04:45 PM PDT

White House Condemns Chemical Weapons in Syria

Posted: 21 Aug 2013 04:44 PM PDT

Chemical expert breaks down attack in Syria

Posted: 21 Aug 2013 04:43 PM PDT

White House calls for UN probe of alleged Syria gas attack

Posted: 21 Aug 2013 04:42 PM PDT

Thai rebels demand freedom before dialogue

Posted: 21 Aug 2013 10:37 AM PDT


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT