MIMPI SENJA |
- Tikam isteri disyaki curang
- TERKINI : Kemalangan Genting Highlands - 37 maut
- Najib nak lantik "Kak Ijat" jadi Penasihat Khas bertaraf menteri
Posted: 21 Aug 2013 08:31 PM PDT Oleh Junaidi Ladjana Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak kejam apabila menikam wanita itu sehingga mati di sebuah rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di Jalan Ganang Kepayan, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Suria Amuk, 45, yang bekerja sebagai buruh binaan mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk selepas ditikam tiga kali di dada dan belakang badan. Difahamkan, suspek lingkungan 50-an, yang sudah enam bulan berhenti kerja di tapak pembinaan itu dipercayai ke rumah kongsi mangsa selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain. Berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya sebelum lelaki terbabit menikam mangsa sebanyak tiga kali di dada dan belakang badannya menggunakan sebilah pisau. ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang mati ditikam, semalam. Akibat kejadian itu, mangsa terbaring di hadapan rumahnya dan dipercayai mati, manakala suspek tidak melarikan diri, sebaliknya menyerah diri kepada anggota polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan berkenaan kejadian itu. |
TERKINI : Kemalangan Genting Highlands - 37 maut Posted: 21 Aug 2013 04:13 AM PDT PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang. Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53. Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter. KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setin ggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi. Setakat jam 5 petang, lapan lelaki dan lima wanita berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, usaha menyelamatkan lebih 30 mangsa lain masih diteruskan. Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang. Dipercayai 49 penumpang berada dalam bas ketika kejadian. KUALA LUMPUR - Lebih 30 penumpang dikhuatiri maut apabila sebuah bas ekspres dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur jatuh ke dalam gaung sedalam 150 meter di KM3.5 dari Genting Highlands petang ini. Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.45 petang. "Daripada 49 penumpang bas itu, seorang daripada 17 yang dapat dikeluarkan telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata dikhuatiri lebih 30 mangsa yang masih berada di dalam bas itu maut, dan kini operasi mengeluarkan mayat sedang dijalankan. Tinjauan Bernama mendapati beberapa buah kenderaan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan ambulans berada di tempat kejadian dan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Mereka menggunakan kren untuk menurun dan membawa keluar mangsa yang cedera. - Bernama |
Najib nak lantik "Kak Ijat" jadi Penasihat Khas bertaraf menteri Posted: 21 Aug 2013 01:21 AM PDT Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang sedang bergelut mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 19 Oktober depan, dilaporkan akan dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri berkaitan pembangunan wanita dan keluarga dalam waktu terdekat ini. Meskipun Najib belum mahu mengesahkan mengenai berita itu dengan hanya berkata, "Tiada apa-apa pengumuman lagi, biarkan saja begitu" ketika ditanya wartawan tetapi di dalam Umno ia sudah menjadi percakapan yang semakin meluas diperbualkan. Pelbagai pro dan kontra kedengaran mengenai spekulasi itu tetapi kebanyakannya berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai untuk Najib memberikan jawatan yang boleh memperlihatkan sokongannya kepada mana-mana calon kerana ia dikhuatiri akan turut memberi kesan penolakan sama terhadap Perdana Menteri. Sementara golongan yang kecewa dengan skandal lembu NFC kerana membebankan Umno dan mahukan Shahrizat ditukar dengan pemimpin lain yang tidak tercemar kepimpinannya, Shahrizat dan penyokong pula berasakan pelantikan sebagai penasihat ini berita gembira dan umpama tonik yang mampu menambah-segarkan lagi semangat untuk mempertahankan kedudukannya sekarang. Beliau yang bakal dicabar Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said dan mungkin juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Halimah Saddique tentunya juga seperti mendapat nyawa tambahan jika pelantikan itu benar-benar menjadi kenyataan. Dengan kedudukannya sekarang yang tidak memegang apa-apa jawatan, sementara pencabarnya berjawatan ahli parlimen dan timbalan menteri, di samping kontroversi berkaitan skandal lembu NFC yang pernah menyelubungi suami dan keluarganya serta majoriti ahli Umno berpendapat beliau wajar ditukar, penganugerahan jawatan penasihat itu juga menunjukkan bahawa Najib menyokong dan masih mahukan kepada kepimpinannya merajui Pergerakan Wanita Umno. Sejak isu lembu NFC, nama Shahrizat dan Wanita Umno tercemar dengan teruk sekali. Walaupun isu itu hanya melibatkan suami dan anak-anaknya, kedudukan Shahrizat sebagai menteri ketika projek itu diberikan menimbulkan persoalan konflik kepentingannya sebagai pemimpin serta anggota pentadbiran kerajaan. Apatah lagi, pinjaman mudah RM250 juta yang diperolehi untuk projek lembu itu turut dilaburkan untuk pembelian pelbagai jenis hartanah dan kondominium mewah yang membayangkan bahawa ada sesuatu tidak kena dalam pengendalian projek itu. Berikutan desakan dan kecaman pelbagai pihak, Shahrizat akhirnya berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga serta tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum lalu. Beliau dilantik sebagai menteri pada 2009 walaupun selepas kalah kepada Nurul Izzah di Lembah Pantai pada 2008 lalu, jawatan penasihat berkaitan wanita dan keluarga kepada Perdana Menteri dianugerahkan kepadanya. Jika berita mengenai pelantikan sebagai penasihat bertaraf menteri benar-benar menjadi kenyataan, bermakna Shahrizat kembali semula ke jawatan yang pernah disandangnya suatu ketika dahulu. Menjelang pemilihan parti Oktober ini, kedudukan Shahrizat adalah antara yang paling dipertikaikan. Ramai yang melihat isu yang pernah menyelubungi diri dan keluarganya akan terus menjadi beban kepada Umno jika beliau terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno. Beberapa pemimpin Umno secara terbuka mendesak Shahrizat secara sukarela mengundurkan diri dan lebih memikirkan kepentingan parti secara keseluruhannya berbanding mengekalkan keinginan untuk terus bergayut pada jawatan yang pernah membahagiakan diri dan keluarganya itu. Perkhabaran bahawa Najib bakal melantiknya sebagai penasihat dalam waktu yang terdekat ini tentunya juga mengundang persoalan yang tidak menggembirakan kepada kebanyakan pemimpin Umno. Dengan Najib melantiknya ke jawatan bertaraf menteri itu hanya beberapa bulan menjelang hari pemilihan pastinya ia dianggap suatu pengiktirafan dan sokongan pucuk pimpinan terhadapnya. Lebih-lebih lagi bakal pencabar yang mahu menentangnya hanya berkedudukan sebagai ahli parlimen dan timbalan menteri sahaja. Untuk berlaku adil dan supaya tidak dianggap memihak, adalah sebaiknya Najib menangguhkan pelantikan Shahrizat itu. Lagi pula tiada keperluan pun sebenarnya Najib mempunyai penasihat berkaitan wanita dan keluarga kerana jawatan Manteri Wanita dan Keluarga sudah pun ada penyandangnya iaitu Rohani Karim dari Sarawak. Kalau pun ingin juga melantik Shahrizat sebagai penasihat, lantiklah selepas beliau menang Ketua Wanita Umno nanti. Memberi jawatan kepada Shahrizat hanya menunjukkan Najib memberi sokongan kepadanya dan seolah-olah tidak mahu kepada calon lain memimpin Wanita Umno sedangkan calon lain mungkin lebih baik daripada Shahrizat. Selain itu, pelantikan penasihat ketika ini juga pembaziran kerana jika Azalina dan Halimah yang menang nanti, kedua-dua mereka juga boleh terus dilantik sebagai menteri bagi mengisi kouta Ketua Wanita Umno tanpa perlu menambahkan beban kewangan kerajaan dengan mengisi jawatan penasihat dalam waktu yang sama. Dengan menunjukkan sokongan dan pengiktirafan kepada Shahrizat juga, sedangkan majoriti ahli dan pemimpin Umno berpendapat beliau sebagai beban dan tidak lagi relevan kepada parti, kedudukan dan masa depan Najib juga boleh terancam kerananya. – shahbudindotcom.blogspot.com, |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan