RAKYAT MARHAEN |
- Mesir telah bangun dari tidurnya..!!!
- Syiah yang bunuh Husain bukan Yazid
- Maut Untuk Morsy! Maut Untuk al-Qaradhawi! Maut Untuk Musuh Syiah!
- Video Serangan Tentera Zionis As Sisi Di Masjid As-Salihin Mesir !
- Isu CCRIS & PTPTN: Siapa buat drama Melayu?
- AES :Lagi ‘flip-flop’ BN untuk untungkan kroni
- Mesir: Media asing berdepan ancaman serangan regim zionis As Sisi
- Krisis Mesir: Firaun moden bakar masjid, hospital
- US, UN Demand Information on Alleged Gas Attack
- UN holds emergency meeting on Syria attack
- Al Jazeera's Bernard Smith on Mubarak trial
- Malaysiaku: Atuk, nenek brutal..!!!
- Apa kaitan tidak bayar saman dengan kemalangan..??
- Syiah:Betul atau salah serah kepada masyarakat?
- Dasar Flip-Flop: Bincang dahulu, jangan kelirukan rakyat
- PTPTN KAN ADO...!!: Kerajaan UMNO@BN hanya tangguh senarai nama dalam CCRIS
- Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan oleh regim zionis As Sisi
- POLIS MEMBERITAHU KEPADA PARA GENG 04 BAHAWA PDRM LANGSUNG TIDAK GENTAR DENGAN AMARAN MEREKA DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS!!
- Masih ada ahli keluarga menteri, timbalan menteri bekerja di kementerian..!!
- Syrian government denies chemical attack claims
- EU suspends some arms export licenses to Egypt
- White House Condemns Chemical Weapons in Syria
- Chemical expert breaks down attack in Syria
- White House calls for UN probe of alleged Syria gas attack
- Thai rebels demand freedom before dialogue
Mesir telah bangun dari tidurnya..!!! Posted: 21 Aug 2013 08:52 PM PDT Kegagalan tentera memahami demokrasi merupakan satu kesilapan paling besar. Peristiwa berdarah pembantaian rakyat oleh tentera rejim Mesir yang baru adalah satu pelanggaran hak asasi manusia. Satu jenayah berat yang langsung tidak diendahkan oleh badan-badan dunia besar seperti Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara-Negera Islam (OIC), Liga Arab dan badan-badan dunia lain walaupun peristiwa itu sudah melewati seminggu. Keadaan huru-hara di Mesir, tidak seperti peristiwa-peristiwa berdarah lain yang selalunya mendapat kecaman terus menerus. Umum juga perlu memahami bahawa warga awam yang terkorban itu tidak semestinya orang beragama Islam tetapi juga penganut Kristian dan lain-lain lagi. Persoalan sedikit atau banyak bukan lagi isu. Yang utama ialah kenapa pembantaian begini berlaku di dalam sebuah negara yang dikatakan mempunyai sejarah tamadun bangsa yang lama? Malah tidak pula dikecam oleh sesiapa pun yang kononnya mendokong hak-hak asasi manusia? Saya pernah mengikuti proses pendemokrasian di Mesir sebagai pemantau pilihanraya pasca rejim Hosni Mubarak. Rata-rata rakyat Mesir yang berpesta menyambut demokrasi adalah anak muda kelas pertengahan yakni golongan yang arif berkomunikasi secara berinternet. Berbanding dengan keadaan dan gaya hidup penduduk Mesir di luar kota-kota besar atau pusat-pusat pelancongan yang mana kehidupan harian berkisar cucuk tanam, berkeldai dan beratur untuk mendapatkan gas memasak seperti di Assiut, Sohag dan negeri-negeri Delta Nil. Orang-orang kampung tidak mendapat impak dari apa yang berlaku di Tahrir Square. Bagi mereka, ibu kota Kaherah adalah satu negara lain. Kalau dulu di zaman Mubarak, seseorang yang ingin keluar dari daerah perlu mendapat pengesahan pihak polis. Checkpoint polis dan tentera ada di mana-mana sahaja. Melawat Piramid Giza samalah seperti orang kampung di Malaysia melawat Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon! Ketika Tahrir Square dipenuhi warga yang berprotes aman mahukan sebuah kepimpinan baru yang lebih baik, masyakarat golongan tani terus diketepikan. Protes di Tahrir Square diadakan atas sambutan solidariti kepada warga Tunisia yang memprotes pentadbiran rejim Ben Ali. Mereka lantang menyuarakan kebencian terhadap Feloul (anggota dan ahli Parti Demokratik Nasional). Gelanggang politik Ketika ini, pilihan mereka bukanlah sesiapa pun. Melihat akan peluang untuk dilihat relevan dan mahu menjadi moderator, institusi tentera – Supreme Council of Armed Forces - mula masuk gelanggang politik secara langsung – meminta Hosni Mubarak berundur selepas beberapa peristiwa berdarah yang melibatkan 200 nyawa. Pada mulanya, tentera Mesir dikagumi kerana memihak kepada rakyat lalu mereka dianggap neutral. Rakyat yang pernah hidup di zaman Presiden Gamal Abdel Naseer mula beromantisan agar Mesir terus dipimpin pemimpin nasionalis, berwawasan yakni berlatar-belakangkan ketenteraan. Tongkat kuasa telah beralih tangan. Memang diketahui bahawa kelompok Ikhwanul Muslimin yang diharamkan pemerintah Mesir selama enam dekad telah jitu berpersatuan demi tuntutan wadahnya. Begitu sampainya proses demokrasi yang dituntut majoriti rakyat, maka bermulalah pengembaraan Ikhwanul Muslimin di dalam dunia yang serba tak menentu. Tarikh pilihanraya dipersetujui. Saf dirapatkan. Dana dicari. Kempen bermula. Pengalaman berpersatuan dan berstruktur sewaktu diharamkan dijadikan asas kemenangan besar di dalam dua pilihan raya (Dewan Parlimen dan Majlis Shura). Kuasa yang diingini mulai dikecapi sedikit demi sedikit. Tiba pula pilihanraya Presiden yang mana selepas berkempen lebih dari dua bulan dan melalui dua proses saringan, wakil Ikhwanul Muslimin – Dr Mohammed Morsi menang dengan majoriti undi kecil dengan lawannya Ahmed Syafik, mantan menteri di bawah pentadbiran Mubarak. | |
Syiah yang bunuh Husain bukan Yazid Posted: 21 Aug 2013 08:46 PM PDT | |
Maut Untuk Morsy! Maut Untuk al-Qaradhawi! Maut Untuk Musuh Syiah! Posted: 21 Aug 2013 08:44 PM PDT | |
Video Serangan Tentera Zionis As Sisi Di Masjid As-Salihin Mesir ! Posted: 21 Aug 2013 08:42 PM PDT | |
Isu CCRIS & PTPTN: Siapa buat drama Melayu? Posted: 21 Aug 2013 08:29 PM PDT Awal minggu ini anak muda terutama peminjam PTPTN dikejutkan dengan UGUTAN Menteri Pendidikan Dato Idris Jusoh yang mahu blacklist nama peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang PTPTN di sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara. Apa itu CCRIS? Jika nama peminjam tersenarai dalam CCRIS ini maka anda tidak boleh membuat sebarang pinjaman daripada bank atau institusi kewangan kerana nama telah disenaraihitamkan. Jadi, anda tidak boleh membeli kereta, rumah dan membuat pinjaman peribadi. Drama Politik Cadangan ugutan CCRIS ini telah mendapat kritikan keras anak muda di Twitter sejak Isnin lps dan antara politikus yang terawal membantah dan menerangkan bab CCRIS ini ialah Rafizi Ramli. Kemudian harini Menteri KBS, Khairy Jamaluddin juga membantah cadangan pengunaan CCRIS ini dan isu ini juga telah dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet. Apa yang menarik selepas mesyuarat Kabinet, Khairy Jamaluddin dengan bangganya mengumumkan pembatalan langkah penggunaan CCRIS ke atas peminjam PTPTN. Persoalan di sini : 1) Siapa KJ mendahului Menteri Pendidikan dalam membuat pengumuman soal pembatalan CCRIS ini? Orang lain yang umum orang lain pula yang menjawab? 2) Kerajaan BN sendiri buat keputusan, kerajaan sendiri yang batal ? Yang dapat nama ialah Khairy Jamaluddin KJ. Konon dengar suara anak muda atau ini strategi politik menjelang pemilihan? | |
AES :Lagi ‘flip-flop’ BN untuk untungkan kroni Posted: 21 Aug 2013 08:24 PM PDT SHAH ALAM, 22 OGOS: Tindakan 'flip-flop' Kerajaan Umno-BN dalam beberapa isu yang melibatkan pengambilan wang rakyat dilihat seolah-olah sengaja dilakukan bagi membolehkan pemimpin-pemimpin Umno/BN menyalurkan keuntungan kepada para kroni. Ini termasuklah pengumuman terbaru kerajaan yang bercadang untuk mengambilalih Operasi Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang diumumkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata tidak mustahil kerajaan sudah merancang pengambilalihan operasi AES sebelum sistem perangkap had laju berkamera itu memulakan operasinya tahun lalu. Johari yakin tindakan kerajaan tersebut diambil ekoran respon dari bantahan yang dibuat rakyat dan pembangkang. Beliau juga menjangkakan pengambilalihan ini akan melibatkan pengaliran dana kerajaan kira-kira RM1 bilion kepada dua syarikat pengendali terbabit, sekaligus merugikan rakyat. "Ini bukan dasar 'flip-flop', tetapi memang 'di-design' untuk 'flip-flop' sebab sepatutnya projek seperti ini perlukan tata kelola yang betul, kajian mendalam termasuk ahli akademi dan respon dari persatuan berkaitan. Read More / Baca Lagi >> | |
Mesir: Media asing berdepan ancaman serangan regim zionis As Sisi Posted: 21 Aug 2013 08:21 PM PDT MESIR: Kerajaan sementara Mesir yang kini sedang berusaha menutup kekejaman mereka terhadap rakyatnya, bertindak mengancam media asing yang didakwa mereka sebagai berat sebelah dalam membuat laporan khususnya berhubung beberapa siri serangan dan pembunuhan yang berlaku. Sehingga kini sejumlah wartawan telah ditahan, diserang malah ada yang terkorban ditembak penembak tepat sewaktu sedang merakam gambar dan membuat liputan siri-siri serangan tentera terhadap rakyat. Beberapa laporan media menyebut Agensi Maklumat Negeri telah mengeluarkan kenyataan kepada wartawan pada Sabtu lepas, menjelaskan isu-isu yang dilihat sebagai media berlaku tidak adil. Laporan itu antara lain menyebut bahawa pihak kudeta merasakan kepahitan dan keperitan terhadap beberapa saluran media Barat yang berpihak kepada Ikhwanul Muslimin dan tidak mengendahkan keganasan yang telah dilakukan oleh kumpulan ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Krisis Mesir: Firaun moden bakar masjid, hospital Posted: 21 Aug 2013 08:19 PM PDT | |
US, UN Demand Information on Alleged Gas Attack Posted: 21 Aug 2013 08:13 PM PDT | |
UN holds emergency meeting on Syria attack Posted: 21 Aug 2013 08:13 PM PDT | |
Al Jazeera's Bernard Smith on Mubarak trial Posted: 21 Aug 2013 08:13 PM PDT | |
Malaysiaku: Atuk, nenek brutal..!!! Posted: 21 Aug 2013 05:23 PM PDT Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit 'berperang' apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang. Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula. "Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka. | |
Apa kaitan tidak bayar saman dengan kemalangan..?? Posted: 21 Aug 2013 05:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan pihak berkuasa supaya tidak sesekali menduga kemarahan rakyat apabila sering kali menghadirkan cadangan yang tidak berperikemanusiaan. Read More / Baca Lagi >>Justeru, SAMM melihat pengumuman Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik supaya dibatalkan lesen memandu jika enggan membayar baki tertunggak saman lalu lintas, adalah keterlaluan dan umpama hilang kewarasan. "Cadangan 'jahat' ini dilihat lebih menjengkelkan dengan alasan kononnya tidak berpuas hati dengan keputusan statistik kemalangan Ops Selamat ketika Aidilfitri lalu. "Apakah kaitan antara tidak bayar saman dengan peningkatan jumlah kemalangan?" tanya beliau dalam satu kenyataan, semalam. Katanya, jika KPN tidak berpuas hati dengan statistik kemalangan, sila buat kajian lebih terperinci punca kemalangan berlaku, sudah pasti bukan kerana pemandu tidak membayar saman. Namun, ujarnya pemikiran yang mungkin dipengaruhi oleh kedudukan kantung kewangan kerajaan maka lahirlah idea yang menafikan hak untuk rakyat memandu. "Apalah nasib rakyat Malaysia, dari menteri sampai ke polis, semuanya seolah berniat untuk menganiaya rakyat," ujarnya. | |
Syiah:Betul atau salah serah kepada masyarakat? Posted: 21 Aug 2013 05:18 PM PDT Zahiruddin ZabidiIslam adalah agama yang menetapkan umatnya bersikap wasath. Meskipun wasatiyyah kemudian diterjemahkan sebagai kesederhaan atau moderate namun ia tidak menepati dimensi wasath yang dijelaskan oleh al-Qur'an dan yang dipraktiskan dalam al-Sunnah. Prof Dr Shaykh Yusuf al-Qaradawi antara yang banyak menulis dan memberikan komentar terhadap konsep pemikiran wasatiyyah dalam bukunya.Al-Wasath menurut Imam Ibn Kathir r.h. dalam tafsirnya adalah 'pilihan yang terbaik', ummatan wasath adalah umat yang sentiasa membuat pilihan yang terbaik berdasarkan neraca al-Qur'an dan al-Sunnah. Seerti dengannya adalah khayra ummah yakni umat yang terbaik. Wasath juga seringkali dinisbahkan sebagai al-`Adl (keadilan) dan al-Hikmah (kebijaksanaan). Semuanya berkenaan dengan melakukan sesuatu pada tempat yang terbaik, masa terbaik, keadaan terbaik, pemilihan terbaik dan seumpama. Semua sifat dan sikap di atas hanya dapat dicapai dengan ilmu, dan sebagai seorang Muslim yang mana Islam adalah agama yang meletakkan ilmu dan aktiviti keilmuan (intelektual) di tempat sangat utama dan tinggi, istilah murid (mim-waw-ra-ya-dal) yang bermaksud orang yang berkehendak (barangkali istilah ini kemudian dipinjamkan dalam bahasa Melayu menjadi 'murid-murid') adalah istilah yang sesuai bagi seorang Muslim yang sentiasa cintakan ilmu secara kolektif dan bukan secara partikal sahaja. Justeru sebagai seorang murid paling tidak ada empat perkara yang mesti dihapuskan dalam diri seseorang itu: 1. Taqlid buta: Mengikuti seseorang, amalan atau pemikiran tanpa ilmu yakni hujah dan dalil yang sahih daripada al-Qur'an dan al-Sunnah khususnya dalam bab aqidah dan ibadah 2. Ta`asub: Kepada diri sendiri, individu (biasanya dalam ajaran sesat dan pengikut memang dimanipulasi untuk ta`asub kepada kesaktian yang direka-reka, kumpulan (biasanya dalam jemaah atau parti politik) dan ideologi (Komunisme, Nasionalisme, Liberalisme, Feminisme dll.) 3. Jumud: Menyempitkan ajaran agama yang luas berdasarkan kefahaman sendiri yang tidak menepati Islam sebagai agama rahmat 4. Ghuluw: Melampau dalam segenap segi sama ada dalam memudahkan dan menyusahkan, menghalalkan pertumpahan darah atas nama agama dan melakukan sesuatu atas nama agama sedangkan tidak menepati langsung ajaran agama itu sendiri. Apabila bertaqlid buta tanpa ilmu yang sahih berasaskan al-Qur'an dan al-Sunnah, seseorang akan menjadi ta`asub secara membabi buta, seterusnya menjadi sangat jumud dan akhirnya membuahkan tindakan ekstrem/melampau yang mungkin diyakininya atas nama agama namun hakikatnya atas kehendak nafsu individu yang berkepentingan. Keempat-empat ciri ini adalah antara berpunca daripada kejahilan individu dan masyarakat yang akhirnya menyebabkan fitnahnya terpalit kepada Islam semula. Banyak perkara yang terpesong daripada aqidah dan syariat Islam berpunca daripada empat sikap ini yang menguasai individu dan masyarakat Muslim. Contoh yang paling mudah adalah dengan meninjau modus operandi ajaran sesat yang muncul selama ini. Syria, Syiah dan Malaysia Krisis kemanusiaan di Syria yang masih berlanjutan menyebabkan pelbagai persoalan muncul dalam mencerap apakah isu sebenar di sana dan apakah pula jalan penyelesaiannya? Secara umum ada tiga isu berlegar di sana iaitu; 1. Pertembungan Syiah dan Sunni, 2. Pertembungan negara blok Sosialis dan blok Kapitalis, 3. Pertembungan mauqif (ketetapan pendapat) sesama ulama sunni sendiri termasuk gerakan Islam dalam isu Syria. Read More / Baca Lagi >> | |
Dasar Flip-Flop: Bincang dahulu, jangan kelirukan rakyat Posted: 21 Aug 2013 05:07 PM PDT TEMERLOH: Kabinet perlu berbincang semasak-masaknya dahulu sebelum mengumumkan sesuatu dasar supaya tidak mengelirukan rakyat, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Read More / Baca Lagi >>Beliau menyatakan demikian ketika diminta menulas mengenai penarikan balik Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh kabinet. Katanya, ini penting supaya pengumuman yang tergesa-gesa kemudian ditarik balik, tidak mengelirukan rakyat. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian pada sidang media sselepas mempengerusikan mesyuarat PAS negeri di sini, semalam. CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan. | |
PTPTN KAN ADO...!!: Kerajaan UMNO@BN hanya tangguh senarai nama dalam CCRIS Posted: 21 Aug 2013 05:06 PM PDT PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menangguhkan cadangan menyenaraikan 420,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. Ujarnya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan tindakan selanjutnya akan ditentukan selepas menerima pandangan pelbagai pihak. "Kementerian perlu mencari punca kenapa para peminjam gagal membayar pinjaman kerana kerajaan bukannya hendak memufliskan para peminjam yang bermasalah. Kementerian sentiasa fleksibel dan terbuka dalam menyelesaikan masalah ini," katanya pada sidang akhbar semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan di sini semalam. KO. | |
Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan oleh regim zionis As Sisi Posted: 21 Aug 2013 05:03 PM PDT Terbaharu, pihak berkuasa menahan dua lagi pemimpin pergerakan berkenaan, Saf- wat Hegazy dan Mourad Ali semasa mereka cuba melarikan diri ke Libya dan Itali. Safwat merupakan seorang ulama konservatif manakala Mourad pula bertindak sebagai jurucakap sebuah parti politik naungan Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan atas tuduhan menghasut orang ramai supaya mencetuskan kegana- san. Penahanan tersebut merupakan tindakan keras terbaharu pemerintah Mesir yang disokong tentera terhadap Ikhwanul Musli- min. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Abdel-Fattah Othman berkata, Saf- wat ditangkap pagi semalam di bandar Mersa Matruh di sempadan Libya dan dibawa ke sini untuk disoal siasat. Dalam pada itu, seorang pegawai kese- lamatan lain memberitahu, Mourad pula ditahan di lapangan terbang Kaherah semasa dia cuba menaiki sebuah pesawat ke Itali. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 21 Aug 2013 05:01 PM PDT GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada individu dan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng 04 supaya tidak mencabar kewibawaan pihak polis dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam. Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli kumpulan berkenaan yang cuba mencetuskan ketegangan sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang awam. "Polis memandang serius tindakan beberapa lelaki dipercayai anggota kumpulan berkenaan yang mencetuskan kekecohan semasa upacara pengkebumian salah seorang daripada lima lelaki yang ditembak mati Isnin lalu. "Polis mempunyai rakaman video dan sudah mengenal pasti kesemua ahli kumpulan yang terlibat.Read More / Baca Lagi >> | |
Masih ada ahli keluarga menteri, timbalan menteri bekerja di kementerian..!! Posted: 21 Aug 2013 04:58 PM PDT Masih ada ahli keluarga sesetengah anggota pentadbiran Najib dibayar kementerian, bercanggah dengan arahan Putrajaya bahawa mereka hanya boleh bekerja di kawasan Parlimen. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai anak perempuan yang bekerja di pejabatnya sementara menantu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bekerja dengannya. Shahidan enggan memberikan komen apabila ditanya oleh The Malaysian Insider. "Tiada sesiapa yang bercakap mengenai perkara ini dan saya juga tidak mahu bercakap mengenainya," katanya apabila ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam. Apabila ditanya lagi sama ada anak perempuannya Nur Shafizah adalah setiausaha sulitnya satu "jawatan yang diwartakan", Shahidan mengulangi tidak mahu bercakap mengenainya. "Cukup-cukuplah mencari kesalahan saya. Saya sudah mengalami masa yang sukar di Parlimen," katanya. Tajuddin juga tidak mahu mengakui atau menafikan menantunya, Firdaus Mufazal Faiz bekerja dengannya. "Mereka tidak tahu hujung pangkal. Ini adalah politik murahan," kata Tajuddin. Pengambilan ahli keluarga untuk "jawatan yang diwartakan" heboh apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikatakan menggajikan anaknya Muhammad Nedim untuk bekerja di kementerian, membangkitkan tentang isu nepotisme dan kronisme. Bagaimanapun, Nazri menjelaskan anaknya, Nedim tidak dilantik secara rasmi sebagai pegawai khas kementerian akan tetapi bekerja dengannya untuk menguruskan anak muda "Gen Y" di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak. Katanya, gaji Nedim tidak dibayar kerajaan tetapi dibayar sendiri olehnya. Sebagai respon terhadap kritikan kepada Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan tidak ada masalah jika menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil ahli keluarga mereka sebagai pembantu jika tidak melibatkan gaji atau elaun dari kerajaan. "Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri. "Jadi tiada wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai kerja yang anak beliau lakukan kerana itu kerja sukarelawan semata-mata," kata perdana menteri. Najib juga berkata, anggota pentadbirannya boleh megambil ahli keluarga untuk bekerja di kawasan Parlimen. | |
Syrian government denies chemical attack claims Posted: 21 Aug 2013 04:46 PM PDT | |
EU suspends some arms export licenses to Egypt Posted: 21 Aug 2013 04:45 PM PDT | |
White House Condemns Chemical Weapons in Syria Posted: 21 Aug 2013 04:44 PM PDT | |
Chemical expert breaks down attack in Syria Posted: 21 Aug 2013 04:43 PM PDT | |
White House calls for UN probe of alleged Syria gas attack Posted: 21 Aug 2013 04:42 PM PDT | |
Thai rebels demand freedom before dialogue Posted: 21 Aug 2013 10:37 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan