Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Inikah Jodoh Abby Abadi?

Posted: 13 Jul 2013 08:57 PM PDT


abby
Cinta rahsia Allah. Itulah ungkapan Abby Abadi mengenai jodohnya. Terbaru menerusi akaun Instagram, Abby memuat naik beberapa gambar 'misteri' bagi berkongsi kegembiraannya berkenaan berita bahagianya.
 
Antara gambar yang dimuat naik adalah gambar cincin berbentuk hati dengan status 'Jodoh Rahsia Allah'. Malah dia turut memaklumkan akan mengumumkan 'berita bahagia' sambil mengharapkan doa daripada pengikutnya.
 
Tidak lama selepas itu, Abby memuat naik pula gambar kabur seorang lelaki yang sedang memegang bunga dengan status bertulis 'Jeng! Jengggg! Jenggg!!! Taraaaaaa!'. Inikah lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya? 
 
Pada 3 Julai lalu, Abby ada memuat naik gambar yang telah menimbulkan persoalan dikalangan peminatnya. Gambarnya bersama seorang lelaki bernama Farhan itu turut disertakan dengan 'caption' berikut; 
 
"Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong... bgtau jer.... orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu... Semoga impian terlaksana."
 
Jika ini jodoh Abby, MH online mendoakan yang terbaik kepada mereka. Tahniah! 
abby
abby
abby

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PKR perlu bebaskan rumah Norhayati - Mohd Sayuti Omar

Posted: 13 Jul 2013 02:39 PM PDT

PKR perlu bebaskan rumah Norhayati - Mohd Sayuti Omar

Kenapa MSO memberi tajuk khas kebajikan Norhayati ini haruslah diambil pandangan bahawa kebajikan ahli parti yang sejak dari awal penubuhannya iniharuslah diberi perhatian serius.Mungkin ini salah satu dari beberapa kejadian yang dipandang sepi. Perjuangan adakalanya memerlukan sokongan dan bantuan parti.Jika hal seperti ini dibiarkan menangung sengsara seorang diri, ini diangap sebagai tidak ambil port oleh parti tersebut.MSO sudah pasti ada jawapan tuntas mengenainya.


Nasib yang dialami oleh Ketua PKR Negeri Pulau Pinang, Norhayati Jaafar di mana rumahnya disita oleh mahkamah ekoran kegagalan membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada seseorang yang telah menyamannya seperti mana dilaporkan seharusnya diberi perhatian.

Rumah Norhayati terletak di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam Pulau Pinang disita semalam atas perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sekiranya beliau gagal melunaskan ganti rugi berkenaan dalam masa 14 hari semua barangan di dalam rumah itu akan dilelong.

Kita sangat berharga semoga nasib atau masalah dihadapi Norhayati akan diselesai dalam tempoh terdekat. Semua pihak kena sedar kronologi yang dilalui oleh Ketua Wanita PKR itu ialah dalam tindakan untuk membela partinya.

Tidak ada apa-apa keperluan untuk beliau berbuat begitu kalau bukan untuk parti. Norhayati disaman oleh kerana beliau dikatakan memfitnah penyaman itu dengan menuduh penyaman itu tidak berakhlak, berpengetahuan dalam agama dan penyaman itu juga mencadangkan Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail bercerai dengan suaminya Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Umum PKR.

Tuduhan Norhayti Jaafar itu dibuat dalam satu sidang akhbar kemudian disiarkan dalam media massa termasuk Harakah. Selain Norhayati berberapa pihak lain juga disaman.

Walaupun apa yang dilakukan Norhayati diluar pengetahuan dan arahan parti, tetapi parti kena ambil peduli kerana ia berbuat begitu demi parti. Tidak ada apa-apa kepentingan untuk dirinya atas kenyataan yang menyebabkan dia difitnah.

Dalam hal ini seluruh ahli PKR boleh berpakat untuk membantu Norhayati. Tidak menjadi masalah kalau kutipan derma di kalangan ahli dilakukan untuk membantu Norhayati. Kalau kutipan untuk tujuan aktiviti parti lain boleh dibuat kenapa tidak untuk membantu ahli parti yang teraniaya?

Begitu pun kutipan seperti itu bukan patut dijadikan amalan tetapi setidak-tidak untuk dijadikan iktibar di masa akan datang. Ahli parti khasnya penjawat jawatan hendaklah berhati-hati dalam membuat kenyataan walaupun atas tujuan hendak membela parti dan pemimpin atasan. Juga apa yang boleh diambil iktibar sudah menjadi sunatullah dalam politik mana-mana ahli yang mendapat musibah ia akan tanggung sendiri.

Semoga kes dihadapi Norhayati itu akan diatasi dengan baik dan PKR akan menunjukkan sikap bertanggungjawab dan ehsan kepada ahli-ahlinya.

Rusuhan Tersembunyi / The Silent Riot By Nadira Ilana

Posted: 13 Jul 2013 03:16 AM PDT





Permit Suara Keadilan dihalang, tapi benar Utusan terus fitnah

Posted: 13 Jul 2013 03:07 AM PDT

Permit Suara Keadilan dihalang, tapi benar Utusan terus fitnah

(Oleh Mohd Arif Juhani)
KUALA LUMPUR, 11JULAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberi jawapan berhubung tindakan kerajaan membenar Utusan Malaysia diterbit dan diedar walaupun sering menghadapi saman fitnah.
Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam soalannya kepada KDN semalam mempersoal rasional rampasan 1,408 akhbar Suara Keadilan, Harakah (1,062) dan The Rocket (70)
KDN mendakwa rampasan akhbar Suara Keadilan ekoran pengedaran dan penjualan akhbar kononnya menyalahi undang-undang

.SK130
"Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan KDN pada 28 Jun 2010 kepada penerbit meminta penjelasan mengapa penerbit tidak boleh dikenakan tindakan dibawaha AMCP 1984.


"Penerbit menjawab surat itu pada 29 Jun 2010 tetapi jawapannya gagal memuaskan hati KDN. Justeru Surat Penjelasan dikeluarkan pada 2 Julai 2010," jawabnya melalui Jawapan Lisan.
Penjelasan dikemukakan menjawab Sim yang bertanyakan Suara Keadilan akan diberikan permit penerbitan semula dibawah Akta Penerbitan dan Pencetakan.


Namun soalan Sim berhubung Utusan Malaysia yang masih terbit dan diedarkan walaupun sering menghadapi saman fitnah, gagal dijawab KDN.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54217

Pakatan failkan saman pada SPR Isnin ini

Posted: 13 Jul 2013 03:06 AM PDT

Pakatan failkan saman pada SPR Isnin ini

KUALA LUMPUR 13 Julai: Pakatan Rakyat akan memfailkan saman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini berhubung isu dakwat tidak kekal, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak yang terkandung di dalamnya.

"Kami mempunyai bukti dan dokumen yang cukup untuk menyaman SPR. Mereka tidak boleh menukar kenyataan berhubung kandungan nitrat perak daripada lima ke tujuh peratus ke satu peratus dan kemudiannya mengumumkan hanya pewarna makanan," katanya dalam satu forum yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menyifatkan kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) membawa 22 syor PR dalam penambahbaikan perjalanan pilihan raya disebabkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai suara majoriti dan mengetuai suruhanjaya berkenaan.

"BN mempunyai ahli yang ramai manakala Ahli Parlimen PR mempunyai suara sedikit bagi membantah usul yang diutarakan suruhanjaya berkenaan.

"Cadangan ahli parlimen PR seperti Dr Mohd Hatta Ramli,  Azmin Ali dan Anthony Loke tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada PSC," ujarnya lapor The Malaysian Inside.

"Cadangan yang dikemukakan seperti pendaftaran pengundi secara automatik apabila berumur 21 tahun dan parlimen dibubarkan selepas empat tahun berlangsung turut tidak dilaksanakan," katanya ketika berucap di siri seminar pasca pilihan raya yang dianjurkan Majlis Peguam, hari ini.

Beliau menggesa SPR lebih telus dalam menjalankan proses persempadanan semula yang dijangka dilakukan penghujung tahun ini.


"SPR dilihat cenderung memberi kemenangan kepada BN dengan memperluaskan kawasan yang dimonopoli mereka seperti memecahkan kawasan di Sungai Besar, Selangor namun menyatukan kawasan yang tidak diungguli mereka dengan mencantumkan kawasan parlimen Ampang dan Pandan," katanya.
Antara syor diketengahkan PSC pada April tahun lalu ialah memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di perwakilan Malaysia atau secara pos; memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media serta membenarkan pra pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemiilih apabila mencapai umur 20 tahun.



RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


TG Nik Aziz: AS, jangan angkuh dengan kuasa

Posted: 13 Jul 2013 07:43 PM PDT

Nik Abdul Aziz Nik MatTINDAKAN Amerika SYARIKAT (AS) dan sekutunya menyokong rampasan kuasa adalah menghina umat Islam Mesir yang telah membuat keputusan memilih seorang presiden dari kumpulan Islamis secara sah.

Sikap AS itu adalah kelangsungan daripada penghinaan yang pernah dilakukan oleh regim sekular Mesir sebelum ini di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasir, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.

Sesungguhnya penghinaan AS itu samalah dengan puak-puak Ahli Kitab yang sentiasa bersikap suka menghina orang Arab dan sanggup berdusta terhadap ALLAH.

Menurut Al-Quran, Ahli Kitab itu berkata: "tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi (ditujukan kepada orang-orang Arab), dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap ALLAH sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)." (Maksud Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 75).

Berdasarkan firman ALLAH SWT ini, seharusnya umat Islam menganggap penghinaan AS itu sebenarnya turut menghina secara langsung persoalan hak dan akidah umat Islam Mesir, malah di seluruh dunia.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Pasar nelayan akan diwujudkan kerana PRK...selepas 56 tahun memerintah...!!!

Posted: 13 Jul 2013 07:39 PM PDT

BESUT - Pasar nelayan akan diwujudkan di Kuala Besut di sini dalam masa terdekat bagi membolehkan nelayan menjual hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah.
Menteri Pertanian dan Industi Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan pasar yang dijangka menelan kos RM200,000 itu akan disegerakan selepas tapak sesuai dikenal pasti memandangkan konsep pasar itu memerlukan ia dibangunkan berhampiran tempat pendaratan ikan.
"Pasar itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan nelayan selain memudahkan pengguna membeli ikan segar pada harga lebih murah," katanya selepas merasmikan Program Mesra Ramadan di Kampung Seberang Barat di sini semalam.
Sementara itu, Ismail Sabri menyelar dakwaan bahawa wang bantuan sara hidup RM200 yang diberikan kepada nelayan pada setiap bulan adalah cara untuk mengikat golongan itu supaya terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.
Sebaliknya, beliau menjelaskan wang itu diberi kepada semua nelayan tanpa mengira fahaman politik dengan tujuan membantu menambah pendapatan mereka terutama pada musim tengkujuh. - Bernama

PRK Kuala Besut: 'Che Long' Akui Tiada Cita-Cita Politik Dan Peribadi

Posted: 13 Jul 2013 07:29 PM PDT



BESUT: Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof menyifatkan kesediaannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bukan untuk kepentingan peribadi atau mengejar cita-cita politik.
Sebaliknya kontraktor kayu itu berkata, penglibatannya dalam politik dan bertanding dalam pilihan raya merupakan tanggungjawab demi memperjuangkan parti.
"Saya bukan bertanding untuk diri sendiri...untuk parti. Ini merupakan perjuangan parti yang diamanahkan kepada saya," katanya ringkas ketika ditemui di sini, Sabtu.
Bagaimanapun Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' berkata, kesediaannya menceburi bidang politik adalah bagi membantu rakyat.
"Niat saya nak tolong masyarakat di Kuala Besut. Saya cuba untuk membantu menyediakan keperluan asas serta menyelesaikan isu kemiskinan," katanya.
Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Azlan bakal berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang merupakan seorang jurutera awam.
Azlan dan Tengku Zaihan masing-masing merupakan calon muka baru.
Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Persempadanan Semula: Apa Lagi Helah SPR?

Posted: 13 Jul 2013 07:22 PM PDT

Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Malaysia dilakukan pada 1958, 1966, 1974, 1983, 1992 dan 2003.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan dibawah perkara 113, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diberi amanah untuk melakukan kajian semula persempadanan kawasan pilihanraya setiap 10 tahun.
Persempadanan semula tersebut dilakukan berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi.
Ia juga atas kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi Parlimen dan DUN.
Tujuan persempadanan semula dilakukan bagi memastikan tidak berlaku ketidak seimbangan sesuatu kawasan berpenduduk yang menyulitkan pentadbiran disebabkan berlakunya pertambahan penduduk.
SPR garis kuning 01Keadaan ini lebih ketara berlaku di kawasan bandar akibat peningkatan proses pembangunan yang menjurus kepada migrasi penduduk secara aktif.
Maka asas utama persempadanan semula ini samaada Parlimen atau Dun perlu berpaksi kepada rasionaliti jumlah pemilih, keluasan sempadan kawasan dan aksessibiliti yang dapat memudahkan wakil rakyat untuk berhubung dan berkhidmat kepada pengundi.
Berdasarkan tahun akhir persempadanan semula pada 2003 maka SPR tidak ada pilihan selain melakukannya pada tahun ini. Walaupun ura-uranya mahu dilakukan pada 2011 lalu. SPR memberikan alasannya untuk dilakukan selepas PRU 13 kerana tidak mahu mengganggu perjalanan PRU tersebut.
Apapun alasannya SPR yang berada dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh dan masa untuk mengkaji semula dan menyiapkan persempadanan kawasan pilihanraya yang baru.
'Gerrymandering' Selamatkan Najib
Pada PRU 10 pada 1999, Ahli Parlimen Pekan yang kini menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 241 undi.
Akibat persempadanan semula pada 2003, SPR telah memasukkan beberapa kem tentera yang sebelum ini berada dikawasan parlimen Kuantan ke dalam kawasan pilihanraya parlimen Pekan.
gerrymanderSejak itu Najib yang ketika itu menjadi Menteri Pertahanan berada dalam kemenangan selesa dalam setiap kali PRU walaupun Parlimen Kuantan akhirnya tergadai kepada Pakatan Rakyat sejak PRU 2008 hingga kini.
Cara inilah juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh SPR bagi memastikan kemenangan besar Umno-BN dalam PRU selepas melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
Walaupun kaedah ini terpaksa menggadai kawasan lain kepada pihak lawan.
Dalam pengajian Sains Sosial dan Sains politik, kaedah yang digunakan oleh SPR untuk meneruskan kemenangan Najib itu disebut sebagai kaedah "Gerrymandering'
Gerrymandering ialah satu tindakan memanipulasi pihak yang mempunyai kuasa politik dalam sesuatu negara/negeri dalam penyusunan dan pengaturan semula kawasan-kawasan pentadbirannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya yang akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa Kapitalis: Rumah ganti tidak siap, pelarian perang Lahad Datu hidup dengan RM15 sehari

Posted: 13 Jul 2013 07:18 PM PDT


Tunggu rumah ganti tidak siap-siap, penduduk Kampung Tanjung Batu bagaikan 'merempat'Bagi rakyat Malaysia, bukan suatu yang menyenangkan untuk menetap di satu-satunya kem pelarian perang.
Bernard Muddin tinggal beratapkan kayu untuk berteduh dari kepanasan matahari Kampung Tanjung Batu di Sabah – tempat yang semakin dilupakan.
Kampung itu antara kawasan pertempuran beberapa bulan lalu, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad.
Ia menjadi perhatian dunia apabila penceroboh bersenjata dari Filipina menceroboh kawasan Lahad Datu pada Fabuari untuk membuat tuntutan bagi 'sultan' mereka.
Pasukan keselamatan Malaysia menyerang dalam perang terbuka. Pada Mac, 65 orang terbunuh, antaranya enam orang awam di kampung berkenaan.
Sekarang tiada lagi tindakan ketenteraan, tiada lagi laporan media, tiada lagi badan bebas atau sukarelawan, tiada badan bukan kerajaan, tiada personaliti berprofil tinggi yang cuba mencari peluang untuk bergambar.
Muddin hanya duduk dan menunggu rumah baru yang dijanjikan siap bulan lalu. Untuk nasi dan makanan kering yang dihantar dua kali sebulan, untuk RM15 sehari yang keluarganya terima dari Jabatan Pertahanan Awam.
"Kami terpaksa mengemas barang dan dipindah oleh pasukan keselamatan ke pusat pemindahan di Dewan Cenderawasih," kata Muddin kepada The Malaysian Insider merujuk kepada tempat pertama mereka dihantar sebelum tiba di kampung itu.
"Selepas pengganas Sulu dihalau keluar oleh pasukan keselamatan Malaysia, kami fikir boleh pulang ke rumah.
"Sebaliknya, kami dapati yang tinggal di Kampung Tanduo hanyalah sekam dan runtuhan rumah kami," katanya.
Isterinya, Siti Rokiah Julpitli duduk di sebelahnya. Mereka ada lima anak akan tetapi tiga orang lemas di laut. Dua anak perempuannya yang  berumur 19 dan 22 turut menetap di pusat pemindahan itu.
Apakah selamat untuk Muddin dan keluarganya bersama 300 orang yang menetap di pusat pemindahan ini?
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Kemiskinan aset BN ‘ikat’ pengundi

Posted: 13 Jul 2013 07:12 PM PDT



 BESUT: PAS mendakwa Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan kemiskinan rakyat sebagai aset penting kepada parti itu untuk mengikat pengundi setia bersama BN.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Umno menjadikan kemiskinan rakyat itu sebagai aset penting kepada parti agar masyarakat dan pengundinya 'terlekat' kepada BN.

"Kemiskinan itu seolah-olah menjadi aset kepada BN, menggunakan itu supaya rakyat dan pengundi 'terlekat' kepada BN.

"Ini bukan suatu cara yang baik untuk membangunkan masyarakat, hendak membina masyarakat dan hendak membawa kemajuan kepada masyarakat. Bukan caranya meletakkan kebergantungan terus-menerus kepada BN sejak berpuluh tahun lalu," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Markaz Besar Pilihan Raya N1 Dun Kuala Besut, di Kampung Baru, Kuala Besut dekat sini, semalam. Turut serta ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Pekerjaan terhad bentuk jurang masyarakat

Posted: 13 Jul 2013 07:10 PM PDT



Masalah kemiskinan dan kemiskinan tegar masih menjadi fokus utama dalam kempen Pilihan raya Kecil N01 Kuala Besut yang sedang rancak berlangsung.
Jemputlah datang untuk meninjau kawasan penempatan penduduk di pesisir pantai dan di sekitar perkampungan Tok Saboh. Tanda-tanda kemelaratan hidup rakyat di negeri 'Kuwait Malaysia' dapat disaksikan oleh semua orang.
Sebagai contohnya, 'Rumah 30 Tok Saboh', istilah yang sedia difahami oleh masyarakat setempat. Seramai 30 keluarga diberikan rumah papan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau dikenali sebagai 'rumah ssekin' oleh masyarakat tempatan.
Setelah lebih kurang 30 tahun berlalu, walaupun rumah papan tersebut telah berganti dengan rumah PPRT baru, tetapi kemiskinan menyebabkan anak-anak yang telah berkeluarga sendiri, beranak-pinak masih menetap dengan ibu bapa di sebuah rumah PPRT yang keluasannya sedia dimaklumi sehingga dua atau tiga keluarga menghuni sebuah rumah.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Muslimat akan pastikan Che Long menang

Posted: 13 Jul 2013 07:08 PM PDT

DEWAN Muslimat Pas Pusat tidak kecewa dengan pemilihan Pas meletakkan calon lelaki mewakili parti bagi menentang calon BN pada PRK Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.

Walaupun pada PRU13 lalu kerusi tersebut ditandingi calon Muslimat, Napisah Ismail, Dewan Muslimat menerima perkara itu dengan terbuka.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Dewan Muslimat sebelum ini turut mencadangkan Napisah untuk bertanding semula di Kuala Besut pada PRK ini, namun Napisah menarik diri kerana faktor kesihatan.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul langsung isu kecewa atau tidak puas hati dengan pelantikan calon lelaki, malah Muslimat akan mengerahkan sepenuh tenaga memastikan calon bertanding mendapat sokongan sebahagian besar pengundi wanita di Kuala Besut.

"Kita akan bekerja memberi kerjasama sepenuhnya dan insya-ALLAH, kita pastikan calon kita menang," katanya ketika ditemui di Majlis Penamaan Calon PRK Dun Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut di Kampung Raja, Kuala Besut, di sini, kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Populariti bekas Adun, pengaruh Idris Jusoh bayangi calon

Posted: 13 Jul 2013 07:01 PM PDT

Populariti Datuk Seri Idris Jusoh dan rekod cemerlang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar bakal menjadi cabaran besar buat calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Calon PAS Endut @Azlan Jusoh dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dilihat perlu menyaingi rekod A Rahman yang sangat disenangi penduduk setempat terutama masyarakat di Pulau Perhentian.
Maju mundurnya Pulau Perhentian dikaitkan dengan keputusan PRK Kuala BesutMengakui perkara itu, Ketua Kampung Pulau Perhentian, Zainuddin Mohd, 44, berkata A Rahman mengambil berat keadaan masyarakat, malah sanggup berada bersama mereka sehingga jam 2 pagi mendengar masalah penduduk.
"Kalau nak banding kita tidak boleh buat perbezaan, macam Dr Rahman ini perlu jadi 'role model', kepada calon (yang bertanding)," katanya Zainuddin kepada The Malaysian Insider.
Zainuddin yang menjadi ketua kampung sejak dua tahun lalu juga mengakui sikap A Rahman harus dicontohi calon BN.
"Dia (A Rahman) tiada protokol. Tengku Zaihan perlu contohi dia," katanya yang mesra dengan panggilan Abang Din.
Beliau berkata, pengaruh Idris yang juga Ahli Parlimen Besut turut menjadi cabaran calon bertanding.
Hal itu juga diakui penduduk Pulau Perhentian, Dazrul Che Daud, yang berkata Menteri Pendidikan II itu sangat disenangi penduduk kerana usahanya membangunkan kawasan itu.
"Majoriti orang di sini suka Idris. Dia bagus, buat kerja," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kerusi DUN Kuala Besut menjadi tumpuan ekoran kematian A Rahman dan menjadi kerusi pertama berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh kurang dua bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Read More / Baca Lagi >>

PRK KUALA BESUT: LAWATAN CHE LONG DI PASAR RAMADHAN DISAMBUT DENGAN DEMO ANAK MUDA!

Posted: 13 Jul 2013 03:03 PM PDT


Betul kah anak-anak muda Kuala Besut tolak calon PAS PRK DUN N01 Kuala Besut Endut@Azlan Yusof@ Che Long.

Ini berdasarkan rakaman gambar sekumpulan anak-anak muda sedang memegang plakad berarak ketika calon PAS Che Long sedang membuat lawatan mesra di Pasar Ramadhan Kuala Besut petang semalam.

Rupa-rupa demo bukan bantah tidak menyokong calon PAS sebaliknya demo berikan sokongan padu kepada Che Long agar mencapai kemenangan dengan cemerlang.

Dalam lawatan Che Long di Pasar Ramadhan petang semalam jelas sekali para peniaga pasar Ramadan yang juga anak watan Kuala Besut menerima kunjungan beliau dengan penuh mesra.

Harapan DUN Terengganu menjadi 16-16 selepas 24hb Julai 2013 ini dikira Ins'ya Allah amat cerah.

PERANG ‘16:16’ DI PRK KUALA BESUT – SLOGAN BN SEPATUTYA ‘MAJORITI 4,000’

Posted: 13 Jul 2013 02:53 PM PDT


"Kebimbangan Muhyiddin dan pemimpin BN lain ada kewajarannya jika kedudukan 16:16 dan pastinya rakyat Kuala Besut perlu sedar pujukan pembangkang itu akan hanya meletakkan kerajaan Terengganu tidak stabil, sekali gus mengundang pelbagai masalah."

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mahu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) mengatur segera gerak kerja sesuai dengan Ramadan.

Selain itu, katanya, gerak kerja itu perlu menghormati pandangan dan sensitiviti pengundi.

Namun, di sebalik itu, apakan gerak kerja ittu berfokus dan mempunyai  slogan untuk kempen BN di PRK Kuala Besut ini?

Apakah 'Gelombang Biru Semakin Biru Di Kuala Besut' cukup 'umphh'?

Saya fikir tidak!

Semua pihak dalaam BN mengharapkan rakyat Kuala Besut tidak terpedaya dengan pujukan pembangkang mahu menjadikan kerusi pembangkang 16-16 dengan BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Muhyiddin berkata, 17,683 pemilih berdaftar di kawasan itu seharusnya memilih jalan paling mudah bagi mengelakkan ia terjadi, iaitu dengan memilih calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan menolak calon PAS, Endot@Azlan Yusof, 48.

Jadi, untuk menjuruskan pemikiran pengundi di PRK ini, selain menyesuaikan dengan gerak kerja yang mahukan kemenangan bergaya, UMNO dan BN perlu menanam ingatan dan dibenak setiap pengundi dengan slogan 'Majoriti 4,000'. Dengan slogan sedemikian, pekerja parti digerak dan ditanamkan dengan semangat 'Majoriti 4,000' sementara pengundi pula dikerah untuk menjamin sasaran majoriti 4,000 itu dicapai dengan jayanya. 
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut : Muhyiddin Rasmi Pembinaan 'Lay Out ' Tok Saboh Atas Runtuhan Rumah rakyat

Posted: 13 Jul 2013 02:52 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/20130712_175644(1).jpg
BESUT - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri muhyiddin Yassin hari ini 13 Julai, merasmikan pembinaan flat empat tingkat diatas tanah 'lay out' Tok Saboh yang sebelumnya adalah tapak rumah rakyat miskin yang dirobohkan pada 4 Oktober 2012.

Berikut adalah liputan buletinonline mengenai berita tersebut;

Rampas Tanah, Roboh Rumah; Wakil Rakyat Umno Hanya Kata 'Nasiblah!'

BESUT - Ketika wakil rakyat Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tersenyum lebar diagunerahkan tanah masing-masing antara antara dua hingga lima ekar seorang tetapi tanah dan rumah rakyat dirampas dan dirobohkan.

Kejadian yang memilukan hati itu berlaku sekitar jam 10.30 pagi di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tok Saboh di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Besut pada 4 Oktober lalu, ketika tuan rumah tiada di rumah.

Tinjauan mendapati sejumlah lima buah rumah rakyat yang telah siap termasuk dalam pembinaan diroboh oleh pihak berkuasa kerajaan BN Terengganu.
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/anak2%20mengutip%20alatan%20dapur.jpg
Anak-anak Rosli hanya mampu mengutip alatan dapur rumah mereka yang teah dirobohkan

Mangsa kejadian roboh rumah, Encik Rosli Jaafar, 50, melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian tersebut kerana sebelum ini diberi kebenaran membayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi Jadual I pada bulan Mac 2012 lalu.

Beliau keliru dengan tindakan Pejabat Tanah Daerah Besut yang sebelum ini membenarkan pembayaran lesen Jadual I serta melakukan kerja-kerja mengukur tanah bagi lot PT.1359 berkenaan.

"Saya rasa sangat dukacita, kecewa, sedih dan keliru dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Pejabat Tanah Besut dan agensi terlibat.
Read More / Baca Lagi >>

Israel behind mystery attack on Syrian port - US sources

Posted: 13 Jul 2013 02:45 PM PDT

PRK Kuala Besut : Bukan Pertandingan Siapa Lebih Mesra Media - Khalid Samad

Posted: 13 Jul 2013 02:40 PM PDT

PRK Kuala Besut : PR Punya Formula Selesaikan Masalah 16:16

Posted: 13 Jul 2013 02:36 PM PDT

PRK Kuala Besut: "Seluruh Gaji Dan Elaun Untuk Rakyat" - Salahuddin Ayub

Posted: 13 Jul 2013 02:36 PM PDT

PRK Kuala Besut: "Undi Ambo Untuk Islam" - Che Long

Posted: 13 Jul 2013 02:34 PM PDT

Najib meraban kaitkan Mesir dengan Malaysia

Posted: 13 Jul 2013 08:09 AM PDT


DATUK Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Akhirnya, kata Najib, ia menyebabkan rakyat menuntut perubahan sekali lagi.

Siapa pun yang menjadi pemimpin kepada kerajaan tua BN tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengeksploit kemelut di Mesir perihal bahayanya menukar kerajaan. Tun Mahathir Mohamad sewaktu berkuasa sehingga kini pun masih bercakap dalam nada yang sama; bahaya menukar kerajaan. Sekalipun, katanya, kerajaan yang ada (BN) bukanlah sempurna.

Walhal situasi di Mesir berbeza sama sekali dengan Malaysia. Pertama kali rakyat bangkit menentang rejim Hosni Mubarak dua tahun lalu setelah merasakan kerajaan pimpinannya tidak membawa apa-apa perubahan dalam menjaga kebajikan rakyat, sedangkan pada ketika itu rakyat mengalami tekanan ekonomi yang sangat teruk.

Isu utamanya masih persoalan 'bread and butter' atau periuk nasi, bukan perjuangan berteraskan ideologi. Cuma solidariti kebangkitan rakyat dibantu oleh pelbagai golongan, antaranya yang memperjuangkan keadilan sosial, menuntut demokrasi, yang menolak sekular dan memperjuangkan Islam, pejuang kebebasan bersuara, golongan miskin serta yang sekadar hadir untuk mencatat sejarah. Tanpa dipimpin oleh sesiapa, mereka semua bersatu menumbangkan rejim Mubarak yang tidak pernah mempamerkan model demokrasi sebenar di negaranya.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: Lautan Himpunan Tolak Rampaskuasa, Tuntut 4 Perkara

Posted: 13 Jul 2013 07:54 AM PDT

MESIR12 Julai 2013 tarikh Mesir: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah.

Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan. Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum.

Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar. Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam. Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi.

Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu;

1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara.

2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan.

3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.

4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan."

Mesir ; Kudeta Bakal Tumbang Tidak Lama Lagi

Posted: 13 Jul 2013 07:53 AM PDT

Melihat kepada penentangan rakyat yang semakin membuak-buak dan memuncak tidak mustahil pentadbiran Kudeta zalim di Mesir akan tumbang dengan sendirinya tidak lama lagi bayangkan puluhan juta rakyat berhimpun menyatakan bantahan semalam selepas solat Jumaat.

Mereka berikrar untuk kekal di sana sehingga kerajaan zalim runtuh. Mereka sanggup berhari raya di kawasan perhimpunan mereka khususnya di Dataran Raba'ah

Semalam Pentas Raba'ah mengumumkan bahawa jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu 3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah,  Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta), Giza (350 ribu), Ramsis (500 ribu), Istana Ittihadiyyah (150 ribu), Qina (100 ribu), Aswan (30 ribu), puluhan ribu di Fayoum, ratusan ribu di Asyut serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia.
Media juga melaporkan bantahan terhadap kudeta ini telah merebak ke seluruh dunia di mana mereka-mereka yang cintakan kedamaian dan demokrasi mula menyatakan sokongan terbuka kepada Morsi dan menentang tindakan rampasan kuasa yang meragut mandat rakyat kepada Morsi. Di Palestin rakyatnya berhimpun membantah rampasan kuasa ini. Begitu juga di beberapa negara umat Islam lain.
Tidak syak kudeta bakal jatuh tersungkur dengan sendirinya. Sementara itu  laporan menunjukkan bahawa sebagian besar rakyat Mesir menentang rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Morsi
Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi. 
Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.
Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.
Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu. 
Read More / Baca Lagi >>

Mesir akan terus menjadi tempat permainan kuasa asing

Posted: 13 Jul 2013 07:48 AM PDT

Mesir sudah menjadi sebuah negara yang kacau bilau. Mesir yang terkenal dalam sejarah sebagai negara yang bermulanya tamadun moden manusia kini boleh dianggap sebagai sebuah negara yang sudah hancur lebur dalam mana di negara itu sudah tidak tentu lagi mana yang benar dan mana yang salah. Semalam telah dijangka puluhan juta rakyat yang menyokong Mohamad Morsi akan berhimpun di Dataran Raba'ah dan ini merupakan himpunan terbesar di negara itu selepas tumbangnya Hosni Mubarak dua tahun lepas.
Hosni Mubarak berkuasa selama 30 tahun dan isu yang dibangkitkan oleh rakyat ialah rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh beliau dan keluarga beliau. Itu adalah isu yang nyata benar. Tetapi kita tidak bertanya siapa dan tangan siapa yang bermain dalam isu penentang terhadap Mohamad Morsi itu? Isu rasuah itu dijadikan oleh pihak  kuasa asing untuk membawa rakyat ke jalanan untuk menentang Hosni sehingga Hosni rebah dan jatuh dimata rakyat dalam kehinaan.
Morsi mengambilalih kuasa setelah ketiadaan Mubarak melalui pilihanraya rakyat. Morsi yang mendapat 52 peratus sokongan rakyat hanya berkuasa selama hampir dua tahun sahaja kerana beliau telah ditumbangkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan sokongan tentera Mesir setelah jutaan rakyat berhimpun di Dataran Tahrir beberapa ketika.
Semalam, setelah Morsi ditumbangkan oleh sebahagian rakyat dengan bantuan tenteranya maka Mesir kembali bergolak dalam mana penyokong Mohamad Morsi kembali ke jalanan menentang pihak tentera dan yang menyingkirkan Morsi melalui sokongan tentera tadi. Begitulah keadaannya di Mesir dan keadaan ini berlaku tentunya kerana adanya permainan pihak luar dan pengaruh asing untuk melemahkan Mesir.
Kehadiran Morsi sebagai pemimpin baru Mesir sebenarnya tidak di senangi oleh pihak barat terutamanya AS yang begitu tidak senang dengan pendirian Mesir terhadap isu Palestin dan Israel. Kuasa Barat yang begitu senang kedudukan mereka semasa pemerintahan Hosni Mubarak telah begitu gusar dengan pendirian Morsi dalam isu Timur Tengah yang masih bergolak sejak 1967 dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Kami sedia sambut hari raya di sini - Penyokong Morsi

Posted: 13 Jul 2013 07:46 AM PDT

MESIR: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah.

Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan.

Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum.

Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar.

Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam.

Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi.

Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu;

1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara.

2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan.

3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.

4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan."
Read More / Baca Lagi >>

Kajian: 63% bantah kudeta, sokong Morsi presiden sah

Posted: 13 Jul 2013 07:46 AM PDT


MESIR: Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi.

Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.

Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.

Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu.

Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa.

Melalui hasil kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar.

Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus.

Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam".
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan tidak benar laksana kerajaan sementara PRU13 lalu, kata SPR

Posted: 13 Jul 2013 07:44 AM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan garis panduan berhubung kerajaan sementara selepas pembubaran parlimen pada April lalu adalah kerana tidak mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan, kata anggota badan penggendali pilihan raya itu Datuk Dr. P. Manogran (gambar).
Menurut Manogran lagi, kementerian berkaitan juga tidak membenarkan SPR melakukan sedemikian.
"Kementerian yang berkaitan tidak membenarkan SPR untuk menyediakan satu garis panduan kepada kerajaan sementara menyebabkan kuasa SPR untuk melaksanakan peraturan berkenaan tidak berjaya," kata beliau semasa berucap di sebuah forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap persepsi orang ramai yang terus menyalahkan SPR berhubung permasalahan yang berlaku semasa pilihan raya lalu sedangkan SPR sendiri sudah mengambil tindakan seperti membuat laporan polis terhadap ejen daftar pemilih yang cuai.
"Kita telah memberi kebenaran kepada ejen parti politik, badan bukan kerajaan dan wakil Institut Pengajian Tinggi untuk membantu SPR bagi melancarkan proses pendaftaran pemilih.
Read More / Baca Lagi >>

Anak Razak Baginda (Altantuya) berhujah soal bangsa dengan NGO

Posted: 13 Jul 2013 07:43 AM PDT

Anak perempuan penganalisis politik, Abdul Anak Razak Baginda berhujah dengan seorang pemimpin NGO Tindak Malaysia berhubung soal bangsa dan reformasi pilihan raya.

Dengan memperkenalkan dirinya sebagai Rowena, dia menyoal pemimpin  Tindak Malaysia, Wong Piang Yow mengenai ketiadaan bangsa dalam  pembentangannya mengenai cadangan reformasi pilihan raya di forum Majlis Peguam dalam Kuala Lumpur.

rowena abdul razakDia berkata rakyat Malaysia masih mengundi mengikut garis
perkauman dan bertanya bagaimana mungkin masyarakat minoriti melindungi status majoriti Melayu.

Rowena (kiri) menarik perhatian hadirin terhadap negara Bahrain yang ditadbir oleh kerajaan majoriti Sunni, dan menurutnya, mereka tidak dapat melindungi majoriti Syiah.

Di Malaysia, katanya, Wong mencadangkan sesuatu di mana golongan minoriti diberi kuasa, tetapi Rowena bertanya bagaimana mereka hendak melindungi hak-hak majoriti.

Wong berkata soalan itu aneh, sambil menegaskan bahawa ia adalah perkara biasa bagi majoriti untuk melindungi minoriti dan bukan sebaliknya.

"Bangsa majoriti di seluruh dunia biasanya akan menghasilkan perdana Menteri.

"Anda bertanya bagaimana minoriti boleh melindungi majoriti, minoriti tidak dapat melindungi diri mereka sendiri, jadi bagaimana mereka boleh melindungi orang lain, " katanya.

Representasi bangsa
Read More / Baca Lagi >>

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION GADAI NEGARA

Posted: 13 Jul 2013 07:00 PM PDT





Perjanjian TPPA Merosak Ekonomi Rakyat,
 Menggadai Kedaulatan Negara !

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa semua pihak bersatu menentang perjanjian TPPA yang disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru. Lebih malang apabila penjajahan baru ini dihalalkan oleh pemerintah di atas kepentingan tertentu yang tidak menyebelahi rakyat.

Perjanjian multilateral terikat TPPA yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam juga berkisar tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka. Persoalannya, sejauh manakah industri perkhidmatan kita bersedia untuk berdepan syarikat gergasi super multinasional barat?

Dari pengamatan SAMM, kesan TPPA sangat besar dan menyeluruh khususnya terhadap rakyat yang berpendapatan sederhana. Ianya lebih dari soal globalisasi perdagangan, ia turut meliputi penggubalan undang-undang bagi memberi laluan kepada agenda tersembunyi Amerika dan konglomerat dunia untuk terus menjarah negara, tanpa sempadan. Namun walaupun punya impak yang besar, perjanjian yang bakal ditandatangani pada Oktober nanti telah dibincangkan secara senyap dan penuh kerahsiaan. Apakah yang cuba disorokkan? 

Apakah melihat Perjanjian TPPA ini agak teknikal maka rakyat tidak berhak untuk mendapat penerangan dan memberi maklumbalas?

Kita amat yakin banyak pemain industri tempatan masih memerlukan bantuan kerajaan dalam meletakkan perniagaan mereka ke landasan maju dan berdaya saing terutama golongan bumiputera sedangkan TPPA dilihat tidak mesra kepada dasar yang membezakan antara pemain tempatan dan antarabangsa. Bagaimanakah kerajaan memastikan kedaulatan Malaysia akan dijaga dan bukan dijadikan bahan belasahan Konglomerat Kapitalis di Tribunal Timbangtara Antarabangsa kelak? 

Contoh, di Australia, Kerajaan mereka disaman oleh Philip Morris Tobacco Company hanya kerana mereka mahu implement kotak rokok plain. Belum pun TPPA dilaksanakan sepenuhnya, konglomerat kapitalis sudah mula menunjukkan sikap sebenar mereka walaupun perundangan yang ingin dilaksanakan itu sebenarnya memberikan kebaikan untuk rakyat tetapi ia merupakan kemusnahan kepada konglomerat kapitalis. Justeru, konglomerat bertindak menafikan kedaulatan sesebuah negara dalam melaksana tindakan berlandas dasar dan perundangan negara tersebut.

Kesedaran rakyat tentang isu TPPA amatlah penting. Maka SAMM bersama sekutu NGO dan front anak muda mahasiswa telah bertekad memastikan kefahaman tentang TPPA diperluas dan seterusnya melakukan beberapa aksi bagi menghalang kerajaan sewenang-wenangnya memetrai perjanjian yang menjahanamkan kehidupan rakyat negara ini. 

Bagi menambah momentum perlawanan terhadap perjanjian TPPA, beberapa siri demonstrasi telah disusun dan dijadualkan berlangsung pada 19 Julai 2013 bertempat di Masjid Wilayah. Demonstrasi 19 jun ini juga akan menyaksikan perarakan dari Masjid Wilayah ke ibu pejabat MITI untuk disampaikan sebuah memorandum. SAMM gesa warga lembah klang khususnya anak muda yang berkesempatan untuk hadir menyatakan bantahan terhadap perjanjian TPPA.

Rundingan rahsia TPPA yang mengheret Malaysia harus dihentikan segera. SAMM tidak menolak kemungkinan mesyuarat perjanjian TPPA pusingan ke-18 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu bermula 15 Julai ini digagalkan oleh rakyat. Ia sekaligus menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada penentangan dari rakyat bagi menjamin negara ini tidak dijajah kembali dalam bentuk ekonomi global.

Harus semua ingat, kesan TPPA terhadap rakyat adalah sangat besar dan cukup radikal, maka untuk melawan perjanjian dan persekongkolan penuh rahsia TPPA ini juga perlu bersifat radikal agar dunia tahu rakyat Malaysia tidak semudah diperkotak-katikkan.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


-------

GERAKAN TIBAI NAJIB BERGERAK LAGI

Posted: 13 Jul 2013 01:00 AM PDT

 

KOMENTAR TUKAR TIUB

apa maknanya berita ini?
berita ini adalah berita tibai najib
jangan lupa
sila ingatkan kembali
sesudah bersih 2
najib telah pergi jumpa pope
dan membuka hubungan diplomatik

MAT MONGOL
YANG BUKA HUBUNGAN
ingat tak?

sebelum ke rome
najib hampir pengsan
apabila baginda elizebeth pakai baju kuning
dalam bilik tamu dihiasi bunga ros kuning

 

Usir Duta Vatican City

KUALA LUMPUR 12 Julai - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini. 
 
Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.

"Tindakan biadab dan kurang ajar duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik.





-----------

LAGI LAGI KESAH DARI KUALA BESUT

Posted: 13 Jul 2013 12:00 AM PDT

 

 
KUALA BESUT 
PAGI INI



RESTORAN UNGGUN API

ada rojak buah
ada rojak ayam
memang enak
aku layan kerang bakar 
ini bukan makan serious
aku melepak dalam restoran ini
untuk mendengar gosip politik

dalam restoran ini ada banyak jenis yang datang
sentiasa penuh hingga ke sahur
ada pelanggan tempatan
dan ada pelanggan luar macam aku
amat sibut sekarang
kerana restoran ini tak jauh dari  salah satu pusat pas

 BERSAHUR  MELINTASI SEMPADAN
pagi kelmarin aku melintasi sempadan

masuk ke kelantan
menuju ke tok bali
bukan ke pasar
tapi mencari sahur

aku dapat maklumat
ada ikan bakar dan pulut ikan
lalu merentas jalan
maklumat memang tepat
banyak kedai makan dan restoran

pasar tok bali aku ternampak  tutup
lalu pusing pulang ke kuala besut
lalu singgah disebuah restoran ikan bakar

aku memesan dua jenis ikan
boleh dibakar kering
boleh dibakar dengan rempah

aku memilih dengan rempah


dan paling menarik
datang bersama ikan bakar
ialah sepinggan nasi
bersama ulam pucuk ketereh
ulam timun
ulam kacang botol
bersama budu
bersama air asam 

aku hanya minum air panas
rasakan nikamtnya!




PAGI INI
aku bangun awal pagi ini

telah ada temu janji dengan penjual daging
juga wajib ke pasar ikan

tanpa mandi
aku telah pergi ke pasar ikan
memang ramai mak cik dan pak cik
memang ramai tok peraih
ramai mak cik beli ikan ujung minggu
masak ikan comel comel agar suami
tak cari bini baru

pasar ini terletak disebelah jeti
tepi  kuala sungai besut yang masuk ke laut
ini bangunan baru

untuk sesiapa yang selalu mencari ikan segar
yang selalu mencari ikan baru naik
pasti akan tahu bahawa disetiap wilayah nelayan
akan ada bangunan jabatan perikanan yang menyediakan
tempat untuk ikan naik
ikan akan ditimbang untuk dijadikan stastik
maka kita tahu berapa banyak ikana yang dimakan
oleh warga malaysia

SATU KOMPLIN
seharusnya aku ada cadangan
dalam setiap kapal dan perahu nelayan
ada jaring  - ada jaring penapis

apabila ikan masuk pukat maka ikan ini
wajib masuk ke  jaring penapis dulu
mana ikan kecil jatuh kembali ke laut
yang besar sahaja boleh dibawa ke darat
dengan cara bagini kita dapat
memastikan ikan kita tidak lupus

jika ikan  kecil lagi
anak ikan pun kita baham
maka pasti ikan dilaut  akan pupus

IKAN DIPASAR
aku beli dua jenis ikan  merah
ikan ini aku kenal
daging manis
dan juga ikan parang
bukan untuk aku tapi untuk kawan
yang ibunya mahu buat asam pedas ikan parang

harganya agak demokratik

tetapi apabila aku sampai ke kereta
ada seorang mak cik
yang bertanya harga ikan ikan aku
aduh!
mengikut kata mak cik ini
pagi ini harga ikan mahal
kerana puasa
kerana orang luar ramai datang
suami mak cik ini muncul
dia  menyokong kesah isterinya
nampak sang suami dan isteri
datang  dengan teksi milik mereka

DAGING DAGING
aku menepati janji
pak cik penjual daging menyimpan
tiga kilo daging untuk aku
tapi BUKAN batang pinang yang aku mimpikan
lalu aku hanya membeli sekilo satengah

aku masih lagi belum bertemu
daging batang pinang yang aku kenal 

NAK POTONG RAMBUT
dari kelmarin aku mencari  gedai gunting
pusing pusing tapi gagal
hari ini di jalan pantai
tempat ceramah kelmarin
aku terjumpa
seorang abang melayu
tukang gunting
kedainya koyak rabak
tapi amat menarik
dinding terbuka luas dan angin laut datang menderu
kedai gunting ini cukup menarik
kedai gunting yang berlatarkan laut luas

sayangnya
abang  tukang gunting yang bertopeng ini hanya
menggunting rambut
aku perlu bercukur

lalu aku mengundur diri
dan mengucapkan selamat hari raya
abang ini ketawa

TABIAT LAMA
aku memiliki satu tabiat
macam anjing
jika berjalan ke tempat baru
sang anjing akan terkencing
aku pula - jika sampai ke tempat baru
akan potong rambut dan bercukur

dieropah ramai orang ada satu tabiat
bila sampai ke tempat baru
anak anak muda eropah dapat cari kekasih baru
di kuala besut ini
mustahil tabiat ini boleh dilakukan
tapi mungkin di pulau perhentian akan minah saleh 
yang sedang ingin mencari mamat tak kulup
 
BERBUKA PETANG INI DI MANA
masih belum tahu
masih berangan angan
merancang nak ke kota bahru



-------

SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA

Posted: 12 Jul 2013 10:00 PM PDT






KOMENTAR TUKAR TIUB
persoalan hakiki ialah
kenapa razak baginda yang terlibat
dalam kes bunuh altantuya dibebaskan
tanpa diminta ulang bicara

ini persoalan yang masih belum dijawab


TERLIBAT KES BUNUH
BUNUH PENYEDAP NAJIB

KEADILAN mengecam tindakan Kerajaan Persekutuan mebuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes A Kugan.

Tindakan ini langsung tidak prihatin kerana tindakan ini hanya memanjangkan penderitaan keluarga Kugan, termasuk ibunya N. Indra, yang telah terpaksa berjuang begitu lama dan gigih untuk memenangi keadilan untuk anaknya.

Tidak patut seorang ibupun melalui pengalaman getir sebegini dan kita sewajarnya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan Kerajaan Persekutuan.

Rayuan ini juga sekali lagi menarik perhatian terhadap kegagalan Kerajaan Persekutuan menerima kritikan terhadap dasar-dasar mereka dan ketakutan, malah fobia, terhadap apa jua bentuk kebertanggungjawaban.

Justeru, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya membebankan keluarga malang ini dengan penderitaan berpanjangan dan membazir masa dan wang yang berharga, tetapi sebaliknya melaksanakan reformasi terhadap Polis Di Raja Malaysia sebagaimana didesak masyarakat sivil selama ini termasuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Pendokong IPCMC telah berkali-kali menekankan bahawa badan ini bukanlah satu konspirasi untuk menghina atau melemahkan PDRM tetapi sebaliknya melahirkan institusi polis yang benar-benar bebas dan berkesan demi Malaysia yang lebih selamat. Harus diingat, cadangan IPCMC ini mula-mula dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah.

Tujuannya juga agar tragedi seperti kes Kugan ini dan begitu banyak lagi kematian di dalam tahanan – yang menjejaskan nama baik negara – tidak akan berulang lagi.

Jelas dan nyata sekali Kerajaan Persekutuan tersilap dalam membuat keputusan ini.


NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYA



--------

GEROMBOLAN HANYA DAPAT 47% UNDI - JANGAN ANGKUH

Posted: 12 Jul 2013 09:01 PM PDT

  • KOMENTAR TUKAR TIUB
  • mustappa wajib sedar
  • united malay national organisation
  • hanya menang dengan 47% peratus undi rakyat
  • pakatan rakyat mendapat 52%
  • jadi jangan angkuh
  • menang pru13 dengan jalan tipu
  •  
  •  
  • Mustapa mengelak jawab soalan di forum TPPA
  • mustapa mohamedKetika tarikh akhir bagi Malaysia menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) semakin mendekati, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dilihat seolah-olah mengelak menjawab beberapa isu penting yang dibangkitkan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...HABIS NEGARA KENA JUAL.....kah kah kah

kah kah kah.... NAK TANYA PUN TAK BOLEH... kah kah kah...


--------

MAT SAID LAWAN IDRIS JUSUH

Posted: 12 Jul 2013 08:36 PM PDT





PENCERAHAN 
DARI WARGA  KUALA BESUT



 RESTORAN UNGGUN API

"dalam restoran unggun api ini baru sakejap tadi kesah ini telah terdengar malah sesudah pru13 lalu hampir bergaduh kerana ramai kena kencing tup tup yb mati maka ini jadi berita hangat" Terbaekk ah berita ni bro tt.. on KESAH DAN CERITA DARI KUALA BESUT

         
Anonymous
         
on 7/13/13
MAT SAID LAWAN MAT DERIS
pilihanraya ini penting untuk UMNO sebelum perhimpunan agung umno nanti..ini pertemuan dua musuh perang dingin antara Mat Said melawan Idris Jusoh...ini juga hidup dan nyawa BN/UMNO di Terengganu yg kaya dgn minyak...soal calon PAS tidak penting..tatkala PAS makin pudar di Kedah dan kelantan...PAS Terengganu makin kuat dan berpengaruh..

MAt Said dah ada 'banker' baru...seorang taikon yg dapat projek mining bukit besi dan pasar kedai payang...bangun anak muda..peliharalah Pasar Kedai Payang..kekalkan identiti sejarah turun temurun...kesianlah makcik pakcik tua nak meniaga..nanti pasar digantikan dgn hotel dan mek Donel,giant,Louis Vutton dan Birkin... on BERITA BARU MASUK DARI KUALA BESUT
         
Anonymous
         
on 7/13/13
          KES PEWAJA
calon BN dr kemamang?WTF... ini pertarubgab Mat Said VS Iblis Jusoh...nampaknya mat said nak sebar pengaruh di Besut...Mat said juga ada kroni..abu juling...jgn lupa beli The Star..Sabtu..

Abu Juling nak cuci tangan kat Perwaja..Abu Juling nak hentam Madey..Abu Juling nak salahkan ramai orang..Abu Juling nak duit modal buat Pasar kedai Payang..projek mat said..projek kasi undi pada Pakatan...mungkin jadi isu di besut nanti..rafizi bila nak masuk??? on CERAMAH TEPI PANTAI
         
Anonymous
         
on 7/13/13


DARI JAMIE D - ATAU JAMES DEAN

Jamie D berkata...

    dah lama aku kagum, style penceritaan yang simple tapi ada pelbagai peristiwa dalam 1 masa. kisah2 begini hanya boleh dibaca beberapa kali dalam TT; ketika mencari makan di param dlm bulan ramadhan, ketika senja berlabuh, ketika musim pilihanraya atau ketika merantau melihat2 tempat org.

 Unik, itu yg aku suka. dalam serius ada lawak. mana tak lawak, elok2 bercerita pasal bakal calon yb, gulai itik + tuak, tiba2 terselit pasal minah salleh tetek kencang dan sarkot!!

    LPF takleh tapis! ini jujur at the highest level! i like!!

    kahkahkah

-------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT