MIMPI SENJA |
Posted: 13 Jul 2013 08:57 PM PDT Tarikh: 14 Julai 2013 Cinta rahsia Allah. Itulah ungkapan Abby Abadi mengenai jodohnya. Terbaru menerusi akaun Instagram, Abby memuat naik beberapa gambar 'misteri' bagi berkongsi kegembiraannya berkenaan berita bahagianya. Antara gambar yang dimuat naik adalah gambar cincin berbentuk hati dengan status 'Jodoh Rahsia Allah'. Malah dia turut memaklumkan akan mengumumkan 'berita bahagia' sambil mengharapkan doa daripada pengikutnya. Tidak lama selepas itu, Abby memuat naik pula gambar kabur seorang lelaki yang sedang memegang bunga dengan status bertulis 'Jeng! Jengggg! Jenggg!!! Taraaaaaa!'. Inikah lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya? Pada 3 Julai lalu, Abby ada memuat naik gambar yang telah menimbulkan persoalan dikalangan peminatnya. Gambarnya bersama seorang lelaki bernama Farhan itu turut disertakan dengan 'caption' berikut; "Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong... bgtau jer.... orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu... Semoga impian terlaksana." Jika ini jodoh Abby, MH online mendoakan yang terbaik kepada mereka. Tahniah! |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan